Anda di halaman 1dari 8

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN MUZIK

PENGENALAN
Penggunaan teknologi telah mengubahkan persepsi dan pendekatan pendidikan muzik.
Penggunaan perisian muzik merupakan alat yang amat memang cukup sesuai
digunakan sebagai alat bantuan pengajaran muzik . Perisian muzik yang boleh didapati
pada hari ini sungguh mengkagumkan dari segi bilangan jenis serta kualitinya. Ruang
untuk perkembangan dan penyelidikan lanjut masih terbuka luas. Para guru harus
mengatasi segala perasaan was-was terhadap penggunaan perisian muzik sebab mahu
ataupun tidak ia merupakan sebahagian dari masa depan kita semua.

CAL
CAL ( Cakewalk Application Language ) merupakan aplikasi bahasa yang digunakan
bagi mengawal program perisian Cakewalk. Aplikasi bahasa adalah merupakan hasil
intepretasi dari kod sumber ke kod bit dan ini adalah berlainan dari kod utama perisian
program yang kebiasaannya dihimpunkan bersama kod mesin pada perisian tersebut.
Perisian Cakewalk secara asasnya adalah merupakan sekuenser MIDI.
MIDI
MIDI adalah singkatan Musical Instrument Digital Interface. Teknologi ini telah pun
berkembang sejak awal tahun 1980 lagi. Ia terus berkembang dan mengalami pelbagai
perubahan yang pesat disebabkan pasaran dan permintaan daripada pengguna di
seluruh dunia. Pada masa sekarang, teknologi MIDI merupakan satu perkakasan yang
kukuh yang boleh membantu pengguna muzik atau pemuzik sama ada profesional atau
tidak. Penggunaan awalnya adalah untuk aplikasi DOS dan kemudiannya telah
diubahsuai untuk aplikasi Windows.
Di peringkat awal pemasaran, terdapat dua versi perisian Cakewalk yang
popular. Perisian Cakewalk yang pernah popular di peringkat awal pemasaran .
Cakewalk Pro mempunyai had penggunaan sebanyak 25 trek bersama 1 MIDI Output
manakala Cakewalk Express pula dilengkapi dengan peralatan seperti sound
card.Walaupun kedua-dua perisian ini mampu menggerakkan WAV file, perisian
inimasih dianggap tidak lengkap sehinggalah terciptanya perisian Cakewalk Pro Audio
yang dapat menyokong sistem audio digital dengan sepenuhnya.
Dengan adanya teknologi, maka pencipta lagu, penggubah muzik, pemuzik
dan jurutera bunyi dapat menghasilkan muzik dalam pelbagai variasi dengan lebih
tepat, cepat dan mudah. MIDI juga menentukan satu standard yang membenarkan
instrument instrumen muzik, komputer sama ada hardware atau software
berkomunikasi antara satu sama lain secara dua hala melalui satu bahasa atau protokol
dengan fail standard MIDI yang dipanggil SMF atau Standard MIDI Fail. Format dalam
pengkomputeran fail MIDI menggunakan singkatan *.mid. MIDI mempunyai beberapa
port untuk menerima dan menghantar data. Tahun 1983, MIDI standard versi 1.0 telah

dicipta dan diedarkan di pasaran. MIDI telah mendapat tempat yang penting dalam
pasaran utama kepada studio rakaman dan sistem muzik komposisi yang
menggunakan komputer. Ia juga telah menarik minat pembuat keyboard tradisional
untuk mencipta keyboard yang menggunakan MIDI.
Penggunaan teknologi MIDI telah berkembang dengan meluas selari dengan
perkembangan perisian komputer. Interface atau para muka adalah satu istilah yang
menunjukkan perhubungan di antara alat muzik yang mana data dipindahkan dari satu
alat ke satu alat yang lain melalui satu bahasa atau protokol standard iaitu MIDI. Melalui
MIDI, ia membolehkan peralatan seperti sintesizer, keyboard, komputer, drum machine
dari pelbagai pengeluar berinteraksi di antara satu sama lain melalui satu ciri yang
standard iaitu para muka.
Dengan kata lain, MIDI ialah satu cara perhubungan di antara satu alat dengan alat lain
yang berupaya menghantar dan menerima data komputer dalam satu bahasa atau
protokol yang sama. Perkembangan muzik komputer dan mendefinisikannya sebagai
muzik yang dihasilkan melalui komputer. Penghasilan muzik komputer melibatkan dua
jenis teknologi yang agak berbeza. Odio digital dan perantaraan digital alat muzik yang
lebih dikenali sebagai MIDI. Kedua-dua teknologi ini telah mentransformasikan bukan
sahaja industri penerbitan muzik tetapi juga gaya persembahan muzik serta pendekatan
pendidikan muzik, lebih-lebih lagi menjelang abad ke-21.
Teknologi MIDI merupakan teknologi yang lain yang terlibat dalam penghasilan muzik
komputer. MIDI mula diperkenalkan dalam tahun 1983 sebagai satu perantaraan piawai
yang digunakan untuk membolehkan pelbagai jenis alat muzik elektronik seperti kibod,
generator nada dan amplifier menukar data antara satu sama lain. MIDI mengutuskan
data persembahan muzik daripada satu alat kepada yang lain. MIDI berbeza daripada
odio digital sebab ianya tidak merekodkan muzik itu sendiri tetapi hanya maklumat
mengenai muzik tersebut. Sebagaimana seorang pemuzik membaca dan
menginterpretasikan skor muzik yang tercetak pada kertas untuk mempersembahkan
lagu yang merdu, begitu juga dengan alat muzik MIDI, sama ada ianya kibod atau
generator nada atau kad bunyi dalam komputer, dapat "membaca" dan
"menginterpretasikan" "skor muzik" yang merupakan kod-kod yang boleh difahami oleh
alat tersebut.
Teknologi MIDI ini mempunyai aplikasi yang luas dalam bidang muzik. Komposer masa
kini dapat memainkan lagu ciptaan mereka pada alat muzik MIDI yang seterusnya akan
merekodkan data persembahan tersebut. Data ini boleh dibaca dengan mudahnya oleh
komputer untuk menerbitkan skor muzik tradisional yang boleh dicetak. Skor yang
dihasilkan begini juga amat mudah diubahsuai dan disunting. Gubahan muzik lapis
mudah dirakam lapisan demi lapisan dan hasil ciptaan yang lengkap mudah dimainkan
semula secara keseluruhannya. Komposer tidak lagi perlu mencari dan membayar
sebuah orkestra untuk mendengar persembahan lagunya yang digubah untuk media
itu.
MIDI merupakan satu alat pengajaran muzik yang sungguh berkesan. Ia mempunyai
banyak aplikasi terutamanya dalam pengajaran kemahiran bermain alat muzik
(khususnya kibod dan piano tetapi termasuk juga alat muzik lain yang mempunyai
bentuk MIDI), kemahiran aural dan pengajaran teori.

Beberapa Contoh Perisian Pendidikan Muzik yang menggunakan teknologi MIDI


sebagai asas penyampaiannya ialah
Nama Perisian:
Cakewalk
Sekuenser
Twelve Tone Systems
Clair
Kemahiran Aural
Opcode Systems
MiBac Music Lessons
Pengajian Teori
MiBac Music
Miracle Piano System
Kemahiran bermain Piano
Software Toolworks
Music Mentor
Teori & Sejarah
Midisoft
Musicware Piano
Kemahiran bermain Piano
Musicware
The JAMMER Professional
Sekuenser
Soundtrek
WinOye
Kemahiran Aural
Jose Alvira
FUNGSI MIDI
Fungsi MIDI di dalam aktiviti permainan alat muzik sintesizer ialah seperti berikut :
1. Mencipta muzik, membuat gubahan muzik, membuat rakaman dan membuat
produk . Ini kerena peralatan muzik MIDI adalah peralatan muzik yang boleh
mengeluarkan isyarat MIDI, dan isyarat itu akan keluarkan ke Sound module dan
penjana bunyi yang ada pada alat muzik tersebut atau disalurkan melalui sambungan
kabel MIDI ke sound module dan penjana bunyi luaran (external) . Kebanyakan
keyboard keluaran sekarang telah disediakan dengan MIDI dan juga disediakan Internal
MIDI sequencer. untuk mendapat bunyi yang lebih beragam dan lain dari yang sedia
ada dalam keyboard, penjana bunyi luaran digunakan dengan sambungan kabel MIDI.
2. Dengan adanya kemudahan seperti ini guru boleh mengubah muzik sendiri dan
merakamnya sekali. Sekarang banyak terdapat keyboard yang boleh ditambahkan lagi
bilangan bunyinya melalui Voice Expansion Board yang disediakan secara pilihan

eksesori. Tetapi untuk mendapat bunyi dalam standard GM, sound module atau
expansion tidak diperlukan kerana hampir kesemua keyboard sekarang. Kad bunyi
pada komputer berupaya menerima isyarat MIDI atau secara ringkas dapat memainkan
fail MIDI dalam standard GM. Cuma bezanya ialah kualiti bunyi yang dikeluarkan
adalah berbeza mengikut spesifikasi kad bunyi tersebut. Sekarang, sudah ada kad
bunyi yang berkeupayaan sehingga ketahap 128 suara.
Peralatan muzik MIDI dalam aktiviti permainan muzik sintesizar menampilkan wajah
muzik akustik seperti vokal, gitar, piano dan sebagainya. Kabel MIDI ke PC adalah
sebuah kabel adapter penghubung MIDI dengan sound card sehingga dapat
menghubungkan sebuah alat muzik sintesizar seperti keyboard MIDI .

ALAT-ALAT YANG DI PERLUKAN UNTUK REKOD DATA MIDI KE PC


1. Perbezaan alat muzik sintesizer menghasikan mutu bunyi MIDI dan wave untuk kad
bunyi yang sama adalah berbeza sekali bagi kad bunyi tahap rendah (16 suara).,
kerana sekarang terdapat software yang berupaya menerima isyarat MIDI dan di ubah
kepada isyarat wave dan dimainkan semula dengan kualiti yang sangat baik .
Sebuah Keyboard/Synth yg ada midi in, out dan thru atau Prodikeys PC Midi USB.
Kabel Mid
Kebel Midi 5 pin
Kabel Midi/Kabel Gamepor
2. Mencapai sesuatu data untuk program sintesizer bunyi yang dikenali sebagai patch.
Untuk merakamkan lagu MIDI, perlu mainkan lagu tersebut dengan alat muzik boleh
bermain peralatan muzik sintesizer terutamanya keyboard. Mengetahui, memahami dan
berkebolehan mengatur corak permainan untuk setiap peralatan muzik bagi sesebuah
lagu. Memahami kaedah asas teori muzik, seperti pemahaman terhadap bar . Dalam
proses memprogramkan muzik samada format MIDI, SVQ atau sebagainya, anda akan
bertindak sebagai programmer dan pemuzik. Jadi, sebagai pemuzik, anda hanya perlu
kefahaman dan kebolehan seperti di atas, bukan kemahiran. Kerana setiap kesilapan
dapat diperbetulkan. (Jika anda mahir dalam bermain muzik, adalah satu bonus kerana
kerja pembetulan dapat dikurangkan dan menjimatkan masa).
3. Mengawal video dan mesin pita audio melalui SMPTE time code Kesan bunyi atau
audio berperanan penting dalam sesebuah persembahan multimedia. Muzik dapat
mempengaruhi emosi pengguna dan kesan bunyi yang baik mewujudkan keadaan yang
seimbang dan harmoni. Audio juga mampu menimbulkan keseronokan, meningkatkan
minat dan mencorakkan sesebuah persembahan multimedia.
Justeru, audio atau bunyi merupakan antara elemen yang sepatutnya diambil kira
ketika merancang pembangunan sesebuah aplikasi multimedia. Audio sangat berkesan
untuk menarik perhatian pengguna. Bagi persembahan yang lebih kompleks, suara

latar atau voice-over dengan iringan muzik pastinya mampu menarik perhatian dan
menyeronokkan di samping menyampaikan maklumat serta meningkatkan kefahaman
terhadap isi kandungan yang dipersembahkan. Bunyi bergerak dalam bentuk
gelombang. Getaran yang terhasil di udara atau objek lain membentuk satu gelombang
menggetarkan gegendang telinga kita dan didengar sebagai satu kesan bunyi. Ketika
tiada gelombang bunyi yang wujud, tekanan udara adalah tetap berbanding apabila
wujud gelombang bunyi, tekanan udara akan berubah ke paras yang lebih tinggi
ataupun ke paras yang lebih rendah daripada tekanan atmosfera yang normal. Nilai
perubahan ini akan diterima sebagai kekuatan bunyi sesuatu audio. Kekuatan bunyi ini
dikenali sebagai amplitud dan unit ukurannya ialah decibel (dB). Kadar tekanan udara
berkaitan dengan frekuensigelombang bunyi pula disebut pitch. Corak gelombang boleh
dilakarkan dalam graf dan didapati bentuk graf seperti berikut
Gelombang bunyi dapat diwakili oleh corak sinus dikenali sebagai gelombang
analog. Corak sinus tersebut mewakili amplitud dan juga frekuensi audio. Semakin
tinggi puncak pada gelombang bermakna semakin tinggi amplitud dan semakin kuat
bunyi terhasil. Jarak di antara puncak dengan puncak pula mewakili frekuensi yang
mana semakin jauh jarak antaranya, semakin kecil nada suara atau pitch yang terhasil.
Frekuensi sebenarnya merujuk kepada bilangan kitaran yang berlaku bagi setiap satu
saat. Bilangan frekuensi akan mempengaruhi kualiti sesuatu audio yang dirakamkan.
Frekuensi diukur dalan unit Hertz (Hz). Setiap corak tersebut munculsebanyak 1000 kali
dalam masa 1 saat, bersamaan dengan 1000 Hz atau 1 KHz. Beberapa format fail
audio digital yang biasa ialah wave (.wav), sound (.snd), Audio Interchange File Format
(.aiff) dan MIDI (.mid). Selain itu terdapat juga audio yang disimpan dalam format MP3
ataupun MPEG Level 3. Format fail penggunaan audio di Internet adalah seperti
RealAudio (.ra) atau RealMedia(.rm) dan MP3 kerana saiz fail yang kecil berbanding
format-format audio yang lain.
4. Mereka cipta dan mengawal kesan bunyi untuk filem dan vid . Format pemadat AVI
yang asal dari Microsoft. Codecsmengkompres fail dengan cepat tetapi mengalami
lossy (kualiti ime j/ video terjejas). Sesuai untuk previu sebelum menjana video akhir.
Microsoft RLE (Run Length Encoding). Sesuai untuk memadatkan imej yang dijanakan
dengan komputer. Hanya dapat menjana fail AVI. pemadatan yang tinggi.panjang untuk
mengkompres. Hanya untuk format QuickTime versi 3 ke atas. Menawarkan kualiti
kompres yang baik dan mengekalkan imej video..
Perisian Video Digital berasaskan kepada dua pendekatan;
1. Setiap perisian yang bergantung kepada video digital bertanggungjawab terhadap
aspek mengawal perkakasan video capture, pemadatan dan main klip
2. Perisian drivers dalam sistem operasi mengawal video capture, pemadatan dan

main klip. Drivers ini dapat dicapai oleh pelbagai perisian untuk membantu membuat
atau mencapai data video.
Perisian video digital boleh didapati dalam 3 bentuk;
1. Video capture
2. Mengedit Video
3. Pemain video untuk perisian
Perisian Video Capture biasanya digunakan untuk mengawal perkakasan video
capture. Ia juga berkemampuan mengawal ciri-ciri input isyarat video seperti warna dan
keterangan. Ia juga mengawal bagaimana video dirakam tangkap iaitu algorithma
pemadatan, kadar frame, saiz frame, kedalaman warna, dan sampling audio.

KELEMAHAN PERISIAN
Perisian muzik mempunyai kelemahan . Kelemahan utama yang dapat kita lihat adalah
tertumpu kepada cara pengendalian perisian oleh pengguna. Ditambah dengan
masalah virus komputer yang masih tidak dapat dibendung dengan sistematik, perisian
muzik tidak akan dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya dan akhirnya perisian
tersebut hanya akan diabaikan begitu sahaja. Tambahannya lagi, kebanyakan
pengeluar perisian muzik hanya akan memberi informasi asas di dalam media cetak
ataupun di layar internet. Informasi yang diberikan adalah terlalu ringkas dan tidak telus
dan pengguna juga tidak berpeluang untuk mencuba perisian tersebut terlebih dahulu
sebelum membelinya. Kelemahan atau kerumitan sebenar mengendalikan perisian
tersebut hanya akan diketahui selepas penggunaan perisian tersebut. Masalah ini kerap
ditemui sama ada di dalam perisian teori, latihan dan latih tubi serta perisian aplikasi.
Sebagai contoh penulisan notasi menggunakan perisian akan menghasilkan
tulisan yang kemas serta kemudahan mendengar-balik hasil penulisan tersebut tetapi
teknik penulisan ini biasanya akan memakan masa yang lebih panjang berbanding
dengan teknik penulisan notasi secara tradisi. Perisian bagi komposisi pula banyak
memberi peluang kepada pengguna untuk berkarya dengan lagu-lagu ciptaan sendiri
walaupun mereka tidak mempunyai pengetahuan yang khusus di dalam bidang muzik.
Masalah yang timbul adalah kebanyakan pengguna ini akan menggunakan program
sedia-rakam untuk komposisi mereka dan hasilnya adalah stereotaip dan tidak
membina kreativiti mereka dengan sepenuhnya.
Dilema pengguna selalunya adalah berkisar kepada persoalan, adakah harga yang
dibayar berpatutan dengan produk yang ditawarkan atau adakah fungsi yang
disediakan di dalam perisian tersebut terlalu mudah atau sebaliknya serta menepati
atau tidak kehendak pengguna.

Teknologi perisian muzik juga tidak mampu untuk menggantikan guru atau alat-alat
muzik konvensional. Ia juga tidak dapat digunakan sebagai satu-satunya landasan
untuk pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa sebab lain mengapa sambutan
terhadap perisian dalam pengajaran muzik kurang memuaskan, antara sebab utama
diberikan untuk mengapa perisian di bidang tersebut adalah amat sedikit: sikap tidak
peduli oleh pengajar, guru masih lagi pegangan kepada kaedah-kaedah tradisional
yang lama, perisian bermutu rendah dan batasan yang disebabkan perkakasan
komputer. Sikap tidak peduli pengajar dan kedegilan untuk melepaskan kaedah
pengajaran tradisional mungkin juga merupakan antara halangan utama penggunaan
teknologi perisian sebagai alat bantuan pengajaran muzik secara lebih meluas. Perisian
terkini mempunyai kualiti yang amat tinggi dari segala aspek seperti isi kandungan,
fungsi, media persembahan, tetapi guru tidak tahu mengunakannya.
Perisan komputer pula mengalami evolusi begitu mendadak sehinggakan
perkakasan 2 tahun yang lepas kini ketinggalan zaman sama sekali perkara ini
menimbulkan masalah kepada guru . Batasan perisian komputer yang lama seperti
kualiti odio yang inferior, capaian cakera liat dan cakera liut yang amat perlahan,
ketidakmampuan sistem untuk menyimpan data yang terlalu banyak (salah satu
daripada ciri fail odio digital ialah ianya memerlukan ruang simpanan yang besar) serta
kelambatan pencapaian data tersebut serta kos perkakasan yang terlalu mahal ini
menjadi beban pada guru .Terdapat perasaan was-was terhadap penggunaan perisian
tersebut sebagai alat bantuan mengajar menjadi satu kelemahan untuk
mengunakannya. Ianya mungkin berpunca daripada pengalaman guru dengan perisian
dan perkakasan yang sedia ini sebagai pengalaman pertama
PENGGUNAAN PERISIAN DALAM P&P
Empat cadangan bagaimana teknologi perisian muzik Cal dan teknologi berasaskan
MIDI dapat diaplikasikan sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah , teknologi perisian muzik Cal dan teknologi
MIDI begitu berkesan untuk diintegrasikan dengan pelbagai sumber dan aktiviti di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan perisian muzik latihan dan
latih tubi tertumpu kepada alat muzik keyboard. Perisian muzik tutorial dapat
membimbing latihan serta memberi pelbagai bentuk maklumat terus kepada para
pelajar. Perisian seperti Cakewalk Studio Instruments dan boleh dijadikan alat bantu
mengajar. Analisis perisian muzik ini juga boleh dibuat dengan cara banding beza. Ini
dapat menarik minat untuk pelajar dalam bidang muzik
Perisian muzik yang digunakan di dalam pendidikan muzik dibahagikan kepada
dua kumpulan iaitu perisian aplikasi dan perisian dedikasi. Ruang untuk perkembangan
dan penyelidikan lanjut di bidang ini juga masih terbuka luas. Walau bagaimanapun di
dalam mengejar keghairahan ini, perlu ada keseimbangan di antara perkembangan
teknologi ini bersama dengan nilai-nilai estetik muzik itu sendiri. Antara cadangan ialah :
(a) Penerokaan bunyi-bunyian secara terus serta pembentukan bunyi bunyian
baru dengan menggunakan efek seperi reverb, echo dan sebagainya. Penerokaan ini

bukan sahaja terhad kepada bunyi asal daripada alat-alat muzik yang dimainkan tetapi
pengubahsuaian bunyi-bunyi tersebut berdasarkan kepada muzik sintesis sebagai
landasan bagi aktiviti-aktiviti improvisasi, komposisi dan juga latihan
(b) Pembentukan serta penghalusan idea-idea muzik berdasarkan kepada unsur-unsur
muzik seperti tempo, dinamik dan artikulasi bagi membuat komposisi serta
persembahan muzik sama ada secara bersendirian mahupun berkumpulan .
(c) Memperluaskan pengetahuan serta kefahaman struktur serta stail
pelbagai genre muzik supaya dapat menilai komposisi serta persembahan
yang berkualiti tinggi
(d) Memahami fungsi-fungsi peralatan yang digunakan seperti mikrofon,
keyboard MIDI, dram MIDI, mixer dan juga alat-alat rakaman dan efek
yang sering digunakan di dalam teknologi muzik masa kini.

PENUTUP

Perisian dicipta bagi menjalankan aplikasi muzik secara am seperti menulis notasi
muzik serta membuat komposisi. Walau bagaimanapun perisian ini masih boleh
digunakan di dalam aktiviti pendidikan muzik. Perisian direka bentuk bagi menjalankan
aktiviti pendidikan muzik seperti permainan keyboard, latihan teori, latihan
pendengaran, improvisasi dan sebagainya. Penggunaan perisian-perisian ini
diharapkan dapat memudahkan pengajaran dan pembelajaran dan dapat mencapai
objektif yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai