Penyalahgunaan Laman Sosial
Penyalahgunaan Laman Sosial
04/09/2010 3:40pm
PEKAN 4 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bertindak lebih agresif dan tegas
dalam menangani penyalahgunaan laman sosial yang menyentuh sensitiviti kaum dan agama tertentu.
Tegas Perdana Menteri, penyalahgunaan laman sosial tersebut tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia boleh menimbulkan rasa tidak
puas hati di kalangan kaum dan penganut agama tertentu. Utusan
Siapa di antara kita yang masih lagi tidak tahu apa itu laman web sosial? Laman web sosial kini menjadi pengantara antara
seseorang individu dengan individu lain untuk tujuan tertentu. Laman web sosial dapat menghubungkan individu
tersebut, baik dalam negara ataupun luar negara dengan individu lain.
Dewasa kini, banyak laman web sosial yang wujud menjadi pengantara seluruh dunia. Antara laman web yang popular
dan menjadi pilihan serta kegilaan pelbagai peringkat umur terutama para remaja ialah Facebook, Twitter, Friendster,
Bebo,dan Myspace. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web dan menawarkan pelbagai cara
interaksi antara pengguna, seperti perbualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian
fail, blog, kumpulan perbincangan, dan sebagainya.
Dengan adanya laman web sosial seperti ini, para remaja boleh berhubung atau berkomunikasi dengan cepat berbanding dengan
sebelum ini iaitu sebelum terciptanya teknologi maklumat dan komunikasi.
Perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian
sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam
mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain.
Laman sosial makin menjadi tapak bagi pengguna internet bagi memperluaskan lagi rangkaian kawan-kawannya. Boleh
dikatakan semua pengguna internet mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun laman sosial. Ianya menjadi fenomena
sehinggakan menular di dalam pejabat-pejabat sekaligus memberi kesan samada baik atau buruk. Di kebanyakan pejabat swasta
dan awam, laman sosial telah di block dan hanya dibuka pada waktu rehat dan selepas waktu pejabat sahaja. Ini berlaku atas
sebab kegilaan kakitangan menggunakan laman sosial sehingga mengabaikan kerja.
Kewujudan laman web sosial dapat mengeratkan tali silatulrahim, mempertemukan sahabat lama terpisah, mengikuti
perkembangan aktiviti pemimpin, bertanya khabar dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi
pengalaman dan petua serta banyak lagi kebaikan yang mampu dimanfaatkan pengguna laman web rangkaian sosial ini.
Tetapi tidak dinafikan terdapat penyalahgunaannya oleh segelintir masyarakat. Segelintir pihak menggunakannya sebagai
medium meluahkan rasa tidak puas hati dan fitnah. Ini bukan cara terbaik kerana penyalahgunaan laman web sosial tidak dapat
menyelesaikan masalah dihadapi.
Untuk entri ini saya akan berkongsi kebaikan dan keburukan laman sosial kepada pengguna internet.
Laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :1. Berkomunikasi: Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Mempertemukan sahabat lama terpisah. Kita boleh
mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang
kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Talian hubungan dapat dikekalkan. Mengeratkan
tali silatulrahim, mengikuti perkembangan aktiviti pemimpin seperti Twitter PM Dato Sri Najib, bertanya khabar
dengan cara paling menjimatkan, berbincang, nasihat menasihati, berkongsi pengalaman dan petua.
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di
laman sosial. Barangan dan perkhidmatan yang baik dapat disebarkan. Misalnya masakan restoran yang enak dan
murah dapat diketahui dengan meluas. Jenis kamera yang terbaik untuk nilai wang ringgit dapat dibincangkan.
3. Mudah menyebarkan maklumat. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu
mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan
di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat. Permintaan bantuan cemas seperti derma darah jens
tertentu untuk membantu pesakit tenat juga dapat disebarkan. Kes-kes penipuan dan wajah penjenayah dapat
disebarkan dalam usaha membanteras jenayah.
4. Perkongsian maklumat/ilmu. Kalau kita bijak mencari kawan yang sesuai, kita akan mendapat maklumat terkini
dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh,
laman sosial dapat menggantikan tv untuk mengetahui berita terkini. Malah perbicaraan mahkamah diketahui dengn
serta merta melalui twitter dan laman web tertentu. Peristiwa terkini dapat diketahui serta merta. Imlu dalam bidang
perubatan, teknologi dan sebagainya juga dapat disebarkan.
Laman web sosial seperti ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan kepada remaja sekiranya digunakan
dengan betul. Tetapi kebanyakannya tidak manfaatkan kemudahan seperti ini dengan sebaik-baiknya sehinggakan ada
di antara mereka yang salah guna sehingga mencetuskan kontroversi seperti ugutan kepada individu tertentu.
2. Obses/ketagihan. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya. Boleh juga
menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika bersosial di laman tersebut. Tidak mustahil ada yang menjadi gila
disebabkan obses terhadap laman sosial. Ada yang mengurung diri dalam bilik berhadapan dengan komputer buat
beberapa hari berterusan kerana melayari web.
3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding
offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan. Hubungan sesama ahli keluarga dan jiran semakin renggang.
4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Hal ini
kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan. Sakit sendi,
pening kepala, terjejasnya penglihatan, obesiti, malah kanser kerana terdedah kepada radiasi komputer merupakan
fenomena biasa merosotnya kesihatan seseorang yang terlibat dalam laman web sosial.
5. Gangguan oleh individu yang tidak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi.
Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda. Penipuan wang, cinta dan
sebagainya sering berlaku. Fitnah dan tohmahan terhadap seseorang disebarkan. Ini memalukan mangsanya.
6. Boleh meruntuhkan rumah tangga/menjurus ke arah keghairahan maksiat. Termasuk mempengaruhi remaja berzina.
Remaja perempuan terjebak dalam gejala zina berpunca daripada Facebook. Mereka terpengaruh dan ghairah dengan
kata-kata pujian serta pujaan lelaki menerusi Facebook sehingga membawa perbuatan zina. Gambar-gambar lucah
disebarkan. Seks maya dijalankan kerana identiti sebenar tidak diketahui. Facebook juga menyebabkan berlaku kes
perceraian kerana suami atau isteri curang selepas berkenalan dengan kekasih menerusi laman web sosial
Pada kesimpulannya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan sebelum
ini berkata, kematangan berfikir penting bagi setiap individu yang menggunakan media baru seperti laman web sosial
untuk menilai kebaikan dan keburukan setiap aktiviti di alam maya. Pendek kata, apa yang penting ialah semua pihak
perlu berhati-hati, cermat dan bertanggungjawab ke atas segala maklumat yang ingin disebarkan serta dikongsi agar ia
tidak membawa padah kepada diri dan orang lain.
(19) Memastikan pengurusan content filtering sentiasa berfungsi dalam menapis capaian ke laman web jaringan sosial
yang tiada kaitan dengan kegunaan rasmi agensi; dan
(20) Memantau serta menganalisis transaksi capaian pengguna agensi ke atas laman web jaringan sosial luar agar tidak
mengganggu prestasi rangkaian di agensi.
1.0
PENGENALAN
Kajian ini adalah tentang penyalahgunaan internet yang telah berlaku hampir di seluruh
dunia hari ini termasuk dalam kalangan masyarakat Malaysia khusunya mahasiswa dan
mahasiswi Universiti Kebangsaan Malaysia.Ini menunjukkan bahawa masih ada pengguna
internet yang tidak tahu bagaimana untuk mengawal tingkah laku mereka semasa menggunakan
teknologi internet. Pastinya penyalahgunaan internet telah menimbulkan perspektif negatif
kepada manusia yang tidak mengetahui tentang internet.
Terdapat pelbagai penyalahgunaan internet yang sedang berlaku sekarang.Dalam kajian
ini, penyelidik telah menumpukan masalah penyalahgunaan internet yang berkaitan dengan cetak
rompak, judi siber, pornografi dan penyalahgunaan laman social.
Berdasarkan kepada sumber dan laporan di atas, maka penyalahgunaan internet adalah
dianggap sebagai satu jenayah yang perlu diberi perhatian serius. Namun oleh kerana jenayah
tersebut dilakukan melalui internet atau alam siber maka ia dinamakan jenayah siber.
Daripada analisa yang telah dibuat, kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat jenayahjenayah siber yang agak berat dalam kalangan mahasiswa, namun masih ada segelintir
mahasiswa yang masih melakukan beberapa jenayah siber yang lain walaupun sedikit
bilangannya.Ini memerlukan keprihatinan semua pihak khususnya mereka yang terlibat dalam
institusi pendidikan dan ICT di Malaysia.
2.0
TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mendedahkan beberapa isu utama penyalahgunaan
internet dalam kalangan mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia. Sebagaimana yang
diketahui umum, penyalahgunaan internet telah banyak berlaku pada zaman yang mementingkan
penggunaan teknologi maklumat ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan bukan sahaja untuk
mengetahui tahap penglibatan penyalahgunaan internet oleh mahasiswa-mahasiswi di institusi
ini, malah untuk mengkaji faktor-faktor penyalahgunaan internet oleh mereka. Melalui kajian ini
juga, penyelidik-penyelidik dapat mencari cara mengatasi masalah yang disebabkan
penyalahgunaan internet ini.
3.0
SKOP KAJIAN
Skop kajian ini meliputi semua mahasiswa dan mahasiswi Universiti Kebangsaan
Malaysia. Kajian ini juga tidak tertumpu kepada faktor tertentu seperti agama, bangsa dan umur,
tetapi terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi institusi ini. Skop kajian juga adalah
meliputi hasil resensi perpustakaan dan pengedaran borang soal selidik.
4.0
METODOLOGI PENYELIDIKAN
Matlamat utama kajian ini ialah untuk melihat tahap penyalahgunaan internet dalam
kalangan mahasiswa melalui persepsi dan jenis-jenis penyalahgunaan internet. Melalui kajian
terhadap perkara-perkara yang telah disebutkan itu, adalah diharapkan penyelidik akan dapat
membuat rumusan bagaimana untuk meningkatkan kesedaran terhadap mahasiswa dalam
menggunakan internet.
Penyelidik juga akan dapat memberi saranan dan cadangan sama ada kepada organisasi,
kerajaan atau masyarakat kaedah-kaedah yang boleh digunakan untuk membendung atau
mengurangkan kadar jenayah siber dalam kalangan mahasiswa. Oleh yang demikian, dua kaedah
telah digunakan dalam menjalankan penyelidikan ini iaitu kaedah analisa dokumen dan soal
selidik.
5.0
HASIL KAJIAN
5.1
PENDAHULUAN
Penggunaan internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang menyemarakkan penyebaran ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang
dapat mengawal perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah diwujudkan.
Pelbagai maklumat yang tidak diketahui kesahihannya, idea, ideologi, propaganda dan tidak
kurang juga pornografi disebarkan melalui internet tanpa batasan dan kawalan.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini
menimbulkan rasa takut bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu
mengekang kebebasan bersuara penduduk mereka.
Penggunaan internet sebagai alat komunikasi telah jauh mengatasi alat-alat komunikasi
yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan peranan yang
penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun,
bahan-bahan media ini, jenis penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif
seperti internet. Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malahan
kebanyakan negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan
kandungan televisyen.
Jurang perbezaan antara penggunaan internet dan bahan media yang sedia ada amat
ketara kerana internet adalah satu pelantar yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta
pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi internet menyebabkan seseorang
cenderung untuk menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan.
5.2
DEFINISI
Terdapat berbagai kategori jenayah siber yang telah wujud masa kini. Diantara jenis-jenis
jenayah siber yang biasa dilakukan oleh pengguna internet ialah:
a. Cetak rompak
b. Judi siber
c. Pornografi
d. Penyalahgunaan laman sosial
Oleh itu berdasarkan beberapa definisi yang telah dinyatakan di atas, dapat disimpulkan
bahawa jenayah siber ialah sebarang aktiviti jenayah yang dilakukan melalui teknologi internet.
Maka melalui kajian ini, dapat dilihat jenis-jenis jenayah siber yang biasa dilakukan oleh remajaremaja khususnya mahasiswa supaya semua pihak dapat membuat penilaian dan mengambil
tindakan yang sewajarnya untuk membendungnya.
5.3
DAPATAN KAJIAN
5.3.1 Memuat Turun Perisian Komputer Atau Sebarang Bentuk Multimedia Tanpa Kebenaran
Analisis data menunjukkan hanya seramai 20 orang atau 67% responden pernah memuat
turun perisian komputer tanpa kebenaran berbanding 33% yang tidak pernah melakukannya.
Tanpa disedari, fakta ini menunjukkan bahawa kebanyakan jenayah siber yang melibatkan proses
memuat turun menggunakan internet adalah serius dalam kalangan pelajar.
S7.Saya selalu memuat turun video, lagu atau perisian daripada internet
Peratusan
67
80
33
60
40
20
0
Ya
Tidak
Hasil analisis menunjukkan hampir 40% responden cenderung untuk melayari laman web
berunsur pornografi. Manakala, sebilangan besar atau 60% responden tidak mempunyai
keinginan yang tinggi untuk melayari laman web pornografi. Ini membuktikan melayari laman
web berunsur pornografi agak kurang di kalangan responden.
60
60
40
40
20
0
Ya
Tidak
Hasil analisis data menunjukkan hanya 3 orang atau 10% responden pernah melakukan
jenayah diatas berbanding hampir 90% responden tidak pernah menyebarkan maklumat palsu
melalui internet. Fakta ini menunjukkan bahawa jenayah siber di atas sangat kurang berlaku
dalam kalangan mahasiswa.
S14. Saya pernah menyebarkan maklumat palsu melalui blog dan laman
sosial
Peratusan
90
100
50
10
0
Ya
Tidak
Keputusan menunjukkan hanya 2 orang atau sekitar 7% sahaja responden yang kerap
melayari tempat-tempat perjudian berbanding hampir 93% responden yang tidak pernah
melakukannya. Hal ini memberi gambaran bahawa jenayah siber seperti ini sangat kurang
berlaku dalam kalangan responden.
93
100
50
0
Ya
Tidak
Data yang dianalisis menunjukkan 23 orang atau sekitar 77% responden yang
menyatakan bahawa lelaki atau wanita yang berpakaian seksi menyebabkan mereka melayari
laman berbentuk pornografi. Manakala, hampir 80% responden menyatakan bahawa sudah
menjadi kegemaran mereka untuk melihat lelaki atau wanita berpakaian seksi. Ini menunjukkan
bahawa penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kalangan mahasiswa sangat parah tanpa kita
sedari.
S12.lelaki atau wanita yang
berpakaian seksi menyebabkan
mereka melayari laman berbentuk
pornografi
7, 23%
Ya
Ya
Tidak
Tidak
23, 77%
24, 80%
Berdasarkan analisis yang diperolehi, seramai 27 orang atau 90% responden tidak
mengetahui bahawa memuat turun melalui internet secara percuma adalah haram. Sebaliknya,
20% responden menyatakan bahawa mereka selalu mengambil maklumat dari internet untuk
dimasukkan ke dalam karya mereka.
100
80
60
40
10
20
0
Ya
Tidak
83
80
60
40
17
20
0
Ya
Tidak
Berdasarkan analisis data yang diperolehi, 57% responden tidak menggunakan nama dan
identiti mereka dalam laman sosial atau dalam blog mereka. Manakala, 53% daripada responden
tersebut lebih suka melayari laman berbentuk sosial dan hiburan berbanding laman berbentuk
pendidikan dan pelajaran.
50
40
30
20
10
0
Ya
Tidak
5.4
Walaupun tidak terdapat jenayah-jenayah siber yang agak berat dalam kalangan
mahasiswa dalam kajian ini, namun masih ada segelintir mahasiswa yang masih melakukan
beberapa jenayah siber yang lain walaupun sedikit. Oleh itu cadangan agar pihak UKM melalui
jabatan atau unit yang berkaitan perlu mencari satu kaedah yang sesuai untuk membendung dan
mengatasai masalah tersebut sebelum ia merebak wajarlah diambil kira.
Kajian juga menunjukkan ramai responden yang bersetuju supaya penguatkuasaan
undang-undang dalam bidang teknologi maklumat perlu dilaksanakan segera. Oleh itu
penyelidik-penyelidik mencadangkan juga supaya pihak kerajaan melalui jabatan atau
kementerian yang berkaitan perlu mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang siber di
Malaysia khususnya dalam kalangan mahasiswa agar penyalahgunaan Internet dapat
dikurangkan atau dihapuskan pada tahap maksima.
Walaupun usaha-usaha promosi dan penguatkuasaan perlu dibuat dengan bersungguhsungguh oleh semua pihak, namun perkara paling penting yang perlu difahami dan diyakini
dalam membanteras penyalahgunaan internet ialah faktor agama iaitu penghayatan terhadap
ajaran agama. Maka saranan terakhir kajian ini ialah semua pihak samada pihak kerajaan, pihak
UKM, ibu bapa dan masyarakat umum perlu mempertingkatkan program atau aktiviti agama
yang boleh membawa manusia rasa cinta dan takut hanya pada-Nya semata-mata. Semoga
dengan kaedah ini akan menjadikan manusia bukan sahaja takut untuk melakukan kesalahan
agama, bahkan takut untuk melakukan kesalahan sivil seperti penyalahgunaan Internet.
5.5
KESIMPULAN KAJIAN
Penyebaran ilmu dan maklumat semakin rancak dengan adanya internet sebagai alat
komunikasi. Oleh kerana tiada pihak yang dapat mengawal perjalanan maklumat dalam dunia
siber, berjuta-juta laman web telah diwujudkan. Pelbagai maklumat yang tidak diketahui
kesahihannya, idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga pornografi disebarkan melalui
internet tanpa batasan dan kawalan.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini
membolehkan remaja umumnya dan mahasiswa khasnya menggunakan teknologi ini tanpa
mengambil kira akibat perbuatan mereka. Hal ini dapat dibendung sekiranya ada pihak yang
dapat membantu mereka untuk menggunakan kemudahan bukan dengan sewenang-wenangnya.
Seperti yang diketahui, penggunaan internet sebagai alat komunikasi telah jauh mengatasi
alat-alat komunikasi yang ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman
memainkan peranan yang penting dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada
orang ramai. Namun, bahan-bahan media ini, jenis penyebaran maklumatnya adalah satu hala
dan tidak interaktif seperti internet. Ini membolehkan penyebaran maklumat dilakukan secara
tanpa batasan dan pelbagai konflik boleh terjadi selepas itu. Walaubagaimanapun, hal ini dapat
dibendung sekiranya pengguna terutama mahasiswa mempunyai jati diri yang kukuh dan
mengelakkan diri sendiri dari melakukan penyalahgunaan.
Jurang perbezaan antara penggunaan internet dan bahan media yang sedia ada amat
ketara kerana internet adalah satu pelantar yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta
pengguna dan pengkaji selidik dari seluruh dunia. Teknologi internet menyebabkan seseorang
cenderung untuk menyalahgunakan maklumat dan berbagai jenis perkhidmatan yang disediakan.
Oleh itu, masyarakat sudah pastinya tidak mahu melihat adanya mahasiswa yang melakukan
penyalahgunaan internet. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
6.0
PENUTUP