Anda di halaman 1dari 1

Laporan Minggu Keusahawanan Sekolah Menengah Kebangsaan Sri

Damai, Selangor
Pada 15 17 September 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Damai
telah menganjurkan Minggu Keusahawanan dengan pelbagai aktiviti yang sangat
berfaedah. Seluruh warga sekolah terlibat secara langsung dan tidak langsung
dalam program ini. Minggu keusahawanan pada tahun ini mambawa tema Ke
Arah Pelajar Bijak Ekonomi.
Pada 15 September, Tuan Haji Ramli Din, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Sri Damai merasmikan minggu keusahawanan di dewan sekolah.
Pengetua berharap para pelajar dapat memanfaatkan pelbagai aktiviti yang telah
diatur dan mempelajari ilmu di luar bilik darjah. Tujuan minggu keusawanan ini
diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk
mendedahkan diri kepada persekitaran perniagaan yang dapat mecetus sifat
kreatif dan inovatif dalam perniagaan dan pelaburan.
Sebanyak 20 gerai disediakan di koridor Blok A sepanjang tiga hari
tersebut. Para pelajar menjual pelbagai barangan di gerai-gerai ini. Sebagai
contoh, barang yang dijual adalah makanan, cenderamata dan alat tulis. Sifat
keusahawanan pelajar dapat dilihat terserlah dalam aktiviti ini. Keuntungan
daripada jualan barangan disumbangkan kepada rumah orang kurang upaya di
Petaling Jaya. Pengetua memuji sikap murah hati para pelajar dan berharap agar
ini dapat menjadi teladan bak pepatah yang baik jadikan teladan, yang buruk
jadikan sempadan.
Di samping itu, satu ceramah telah diadakan pada 16 September. Tuan
Mokthar Ahmad, Pengarah Jabatan Kepenggunaan Selangor telah dundang untuk
memberi ceramah tentang cara-cara untuk menabung secara bijak. 40 orang
pelajar menyertai ceramah ini dan menunjukkan minat yang amat mendalam.
Jabatan Kepenggunaan turut berbesar hati memberikan buah tangan yang
berbentuk tabung kecil kepada semua peserta.
Kesimpulannya, minggu keusahawanan pada tahun ini berjalan dengan
lancar dan amat berjaya. Guru-guru dan para pelajar bertungkus-lumus
memastikan acara yang diatur berjalan seperti yang dirancangkan.
Sesungguhnya, para pelajar telah menerima manfaat dengan meningkatkan ilmu
keusahwanan mereka.

Anda mungkin juga menyukai