Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN

Melalui tugasan yang diterima kali ini kami telah dikehendaki untuk membuat
pembentangan mengenai bab demi bab yang telah kami pelajari. Selain itu, dalam tugasan ini
juga kami teah di arahkan untuk menerangkan setiap satu komponen pembentangan kami di
dalam tugasan bercetak.
Kami telah menerima tajuk Analisa Penentuan Tingkat Pendapatan Negara yang mana
merupakan bab ke 14 dalam sukatan pembelajaran kami sepanjang satu semester. Jadi dalam
tugasan ini kami telah merungkaikan serta menghuraikan setiap subtopik yang terkandung
dalam bab ini iaitu :

Pelaku kegiatan ekonomi

Aliran pusingan pendapatan

Bocoran dan suntikan

Sememangnya tidak kami nafikan bahawa bab yang kami terima ini merupakan salah
satu bab yang padat serta perlu diterangkan dengan teliti terutama subtopik aliran pusingan
pendapatan. Tetapi berkat izin-Nya kami berjaya menyiapkan tugasan ini dan semoga ilmu
yang kami pelajari dan diajari membantu kami untuk berjaya di dunia dan akhirat.

1.0 Pelaku Kegiatan Ekonomi


1.1 Isi Rumah

Individu atau sekumpulan orang yang tinggal bersama dan membuat keputusan.
Sesebuah keluaraga
Sekumpulan rakan
Seorang individu

Mereka akan mejalankan aktiviti ekonomi melalui.

Membuat keputusan perbelanjaan

Membuat perbelanjaan untuk mencapai utiliti yang maksimum.

Fungsi Isi Rumah dalam ekonomi


Membuat perbelanjaan penggunaan

Perbelanjaan untuk barang tahan lama.

Perbelanjaan barang tidak tahan lama.

Perbelanjaan untuk perkhidmatan.

Membekalkan faktor pengeluaran

Buruh
Terbahagi kepada dua iaitu buruh mental dan buruh fizikal :
Buruh mental seperti guru atau penjawat awam.
Buruh fizikal seperti pekerja kilang dan operator pengeluaran.

Usahawan
Individu yang memiliki kemahiran dan kepintaran dalam menguruskan aktiviti
promosi barang atau perkhidmatan firma.
Situasi ini menunjukkan bahawa isi rumah turut berperanan penting dalam setiap

kegiatan ekonomi kerana membekalkan faktor-faktor prngeluaran kepada firma lantas


mendapat bayaran upah yang merupakan faktor pendapatan kepada isi rumah.

1.2 Firma
Definisi
Satu unit ekonomi/organisasi yang menggabungkan semua FOP untuk mengeluarkan
barang.
Matlamat

Bermatlamatkan keuntungan yang maksimum disamping penggunaan kos yang


minimum.

Ini bermaksud bahawa firma mengeluarkan sesuatu barang untuk memperoleh


keuntungan yang maksimum kepada mereka. Tetapi pada masa yang sama mereka akan
meminimumkan penggunaan kos penghasilan barang kerana sekiranya kos penghasilan
melebihi keuntungan yang diperolehi maka akan menyebabkan kerugian kepada Firma.

Ciri-ciri

Firma dapat dibezakan mengikut 2 jenis berdasarkan saiznya iaitu besar dan kecil.

Ciri
Pemilikan

Firma Kecil

Firma Besar

Dimiliki secara perseorangan

Dimiliki oleh pemegang-pemegang

(milikan tunggal) atau

syer perniagaan.

perkongsian
Pengurusan

Diuruskan oleh pemilik sendiri.

Diuruskan oleh pengarah yang dipilh


dari pemegang syer

Modal

Pengeluaran

Risiko

Diperoleh dari simpanan sendiri

Modal besar yang kebiasaanya

atau pinjam saudara mara.

diperoleh dari penjual saham.

Pasaran terbatas kerana

Pasaran lebih luas kerana pasaran

pengeluaran secara kecilan.

secara besar-besaran.

Risiko kecil. Terhad kepada

Risiko tinggi

jumlah sumbangan modal.


Contoh

Kedai runcit, kedai mak

Kilang Honda

1.3 Kerajaan
Fungsi

Mentadbir Negara

Bertanggungjawab dalam hal keselamatan dan pertahanan negara.

Fungsi dalam ekonomi

Membeli barang dan perkhidmatan dari firma.

Membayar FOP yang ditawarkan isi rumah.

Sumber pendapatan

Mengenakan cukai

Memberi subsidi kepada rakyat.

Matlamat

Kerajaan bermatlamatkan kebajikan rakyat yang maksimum.

Ini dapat dilihat bagaimana kerajaan akan mengeluarkan barang yang tidak dikeluarkan
oleh firma dan barang yang dikeluarkan itu adalah barang awam. Barang awam adalah
seperti telefon awam, sekolah dan hospital.
Selain itu, kerajaan juga turut menggunakan FOP yang ditawarkan oleh isi rumah dan

ini dapat dilihat wujudnya pekerja yang bekerja secara swasta atau kerajaan. Contohnya iailah
guru, polis dan tentera.

2.0 Aliran pusingan pendapatan


Definisi

Satu aliran yang menunjukkan aliran pendapatan dan perbelanjaan dalam suatu
ekonomi.

Fungsi

Menunjukkan hubungan antara pendapatan dan perbelanjaan Negara.

Mengapa perlu aliran pendapatan

Ini kerana, pendapatan dan perbelanjaan negara saling berkaitan.

Pendapatan dan perbelanjaan saling berkait adalah kerana tanpa pendapatan maka tiada
perbelanjaan dan begitu sebaliknya.
2.0.1 Pendapatan mewujudkan perbelanjaan.

Kerap berlaku pada pengguna (isi rumah).

Kerana melalui pendapatan boleh guna, isi rumah akan melakukan perbelanjaan.

Contoh situasi

Pada bulan Mac, pendapatan Abu adalah RM 3,000 maka dia membelanjakan sejumlah
RM 2,500 untuk belanja membeli barang keperluan dan barang kehendak.

Namun, pada bulan April, pendapatan Abu berkurang menjadi RM 2,000 sahaja maka
dia menghadkan perbelanjaannya dengan membeli barang keperluan sahaja.

Ini menunjukkan bahawa Abu akan berbelanja sekiranya dia memiliki pendapatan.

Selain itu, kita juga dapat lihat peratus perubahan tingkat pendapatan mempengaruhi
perubahan perbelanjaan bagi isi rumah.

2.0.2 Perbelanjaan mewujudkan pendapatan.

Kerap berlaku pada firma.

Kerana melalui perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah merupakan pendapatan
kepada firma.

Contoh situasi

Pendapatan firma A meningkat sebanyak 25% kerana permintaan terhadap produk yang
dihasilkan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Namun, pada bulan seterusnya pendapatan firma A menurun sebanyak 15 % kerana


permintaan terhadap produk kurang mendapat sambutan.

Melihat dari situasi ini jelas bahawa pendapatan firma A bergantung kepada
perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah membeli produk dari Firma A.

Ini menunjukkan bahawa peratus perubahan perbelanjaan isi rumah mempengaruhi


peratus pendapatan firma.

2.1 Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Dua Sektor


Hanya terdapat dua sektor

Isi rumah

Firma

Diandaian dalam aliran dua sektor ini :

Tiada campur tangan kerajaan

Tiada tabungan

Tiada pelaburan

Tiada kegiatan perdangan antarabangsa.

Terdapat 2 jenis aliran iaitu:

Aliran fizikal iaitu aliran 1 dan aliran 2.

Aliran wang iaitu aliran 3 dan aliran 4.

2.1.1 Aliran fizikal


Melibatkan faktor-faktor pengeluaran yang ditawarkan oleh isi rumah kepada firma.

Dapat dilihat pada aliran 1 yang mana aliran FOP yang ditawarkan oleh isi rumah.

Serta, aliran di mana firma meminta FOP melalui pasaran faktor.

Aliran barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma kepada isi rumah.

Aliran 2 yang mana melibatkan aliran barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
firma melalui pasaran barangan.

2.1.2 Aliran wang


Melibatkan pendapatan atau ganjaran faktor-faktor pengeluaran daripada firma kepada isi
rumah.

Aliran 3 adalah aliran pendapatan sektor isi rumah dari firma. ( gaji, untung, bunga)

Serta, aliran ganjaran atas sumbangan yang diberikan dalam proses pengeluaran
melalui pasaran faktor.

Perbelanjaan penggunaan isi rumah atas barang atau perkhidmatan dari firma.

Aliran 4 yang merupakan aliran perbelanjaan penggunaan isi rumah kepada firma
melalui pasaran barangan.

Rajah Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi 2 Sektor

Rajah 1. Menunjukan aliran pusingan pendapatan dalam 2 sektor

Aliran hitam : merupakan aliran faktor


Aliran merah : merupakan aliran wang
Merujuk rajah di atas kita dapat lihat jenis-jinis aliran yang terdapat dalam aliran
pusingan pendapatan dalam dua sektor iaitu aliran fizikal dan aliran wang. Aliran fizikal yang
terdapat dalam rajah adalah aliran 1 dan aliran 2. Manakala aliran wang pula berwarna merah
yang mana merupakan aliran 3 dan aliran 4.

Aliran 1 bermula dari isi rumah kepada firma. Dalam aliran 1 ini kita dapat lihat
bagaimana isi rumah berfungsi sebagai faktor-faktor pengeluaran (FOP) yang diperlukan oleh
Firma iaitu sebagai buruh dan usahawan serta melalui pasaran faktor di mana firma
menawarkan pekerjaan kepada isi rumah. Dalam situasi ini isi rumah menawarkan FOP melalui
dengan berkerja dengan firma untuk mendapatkan pendapatan. Sebagai contoh Abu bekerja
sebagai operator pengeluaran di sebuah Kilang Honda di Alor Gajah.
Aliran 2 juga merupakan aliran fizikal yang mana bermula dari firma kepada isi rumah
iaitu melalui pasaran. Ini bermaksud firma menghasilkan barangan ekonomi untuk kegunaan
isi rumah maka firma akan menggunakan pasaran barang untuk memasarkan barangan yang
dihasilkan supaya dapat menarik minat isi rumah lantas mempengaruhi mereka untuk membeli
barang yang dihasilkan. Sebagai contoh, kita dapat lihat katalog-katalog pasaraya yang
mengandungi pelbagai gambar barangan yang dihasilkan firma untuk ditawarkan kepada isi
rumah.
Aliran 3 merupakan aliran wang di mana bermula dari firma kepada isi rumah yang
melalui pasaran faktor. Mengapa aliran ini melalui pasaran faktor adalah kerana upah, faedah
dan keuntungan yang diperoleh oleh isi rumah dari faktor-faktor yang ditawarkan kepada firma
adalah merupakan faktor-faktor yang diperlukan oleh isi rumah untuk meneruskan kehidupan.
Seperti gaji yang diterima akan digunakan oleh isi rumah untuk berbelanja. Contohnya, Abu
menerima gaji sebanyak RM 2,000 sebulan dan dari gaji yang diperoleh abu akan melakukan
perbelanjaan harian dan membuat simpanan.
Aliran 4 adalah aliran wang juga. Bermula dari isi rumah kepada firma dan melalui
pasaran barang. Ini bermaksud perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah untuk membeli
barang yang ditawarkan oleh firma merupakan pendapatan firma. Contohnya, firma A
memperoleh keuntungan sebanya 25% pada bulan Mac yang lalu adalah kerana ramai
pelanggan telah membeli produk yang dihasilkan.

2.2 Badan Kewangan Dalam Aliran Sektor Ekonomi Dua Sektor

Rajah 2. Menunjukkan fungsi badan kewangan kepada isi rumah dan firma

Aliran berwarna merah merupakan aliran yang dilakukan seandinya melibatkan badan
kewangan.
Dalam situasi sebenar, isi rumah akan membuat simpanan di bank perdagangan atau
institusi kewangan. Tujuan isi rumah membuat tabungan adalah untuk kegunaan masa cemas.
Oleh itu berdasarkan rajah 2 di atas kita dapat lihat bagaimana badan kewangan berfungsi
kepada firma dan ini rumah. Aliran pertama adalah aliran yang bermula dari isi rumah kepada
firma di mana aliran ini terjadi kerana isi rumah akan membuat tabungan (S) di bank.
Kemudian, tabungan yang dilakukan oleh isi rumah akan dipinjamkan kepada
pengusaha (firma) untuk tujuan pelaburan (I) iaitu menjadi modal kepada firma. Sebagai
ganjaran mereka (isi rumah) yang membuat tabungan akan mendapat faedah. Firma juga
melakukan tabungan iaitu dalam bentuk untung yang tidak dibahagikan (rizab syarikat) dan
berfungsi sebagai pelaburan oleh sektor firma untuk membeli peralatan dan kelengkapan.

2.3 Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Tiga Sektor.


Wujud campur tangan kerajaan.

Kerana sistem ekonomi kita ialah sistem ekonomi campuran.

Dalam aliran ini wujud pendapatan dan perbelanjaan kerajaan


2.3.1 Pendapatan Negara (hasil kerajaan)
Definisi
Sumber Hasil Negara adalah pendapatan Negara untuk melakukan perbelanjaan bagi
satu tahun kewangan yang akan datang.
Tetapi untuk topik ini kita cuma melihat pendapatan Negara dari cukai langsung seperti cukai
pendapatan untuk isi rumah dan cukai pintu untuk firma.

Diperoleh daripada cukai yang dikenakan ke atas isi rumah dan firma

Contoh : Abu dikenakan cukai pendapatan (income tax).

Contoh : Firma A dikenakan cukai pintu di setiap premis operasinya.

2.3.2 Perbelanjaan Negara

Terbahagi kepada 2 iaitu


Perbelanjaan pengurusan
Perbelanjaan mengurus merujuk kepada perbelanjaan semasa kerajaan yang
berulang-ulang pada setiap tahun untuk membolehkan pengurusan dan pentadbiran
harian kerajaan beroperasi dengan lancar.
Contoh perbelanjaan mengurus kerajaan adalah bayaran emolumen yang
bermaksud bayaran gaji.
Perbelanjaan pembangunan
Perbelanjaan pembangunan merujuk kepada perbelanjaan pelaburan kerajaan dalam
projek-projek pembangunan ekonomi Negara. Sabagai contoh kerjaan membina
sekolah untuk memenuhi keparluan rakyat seraya dapat melahirkan rakyat yang
tidak buta huruf serta mampu menjadi tenaga kerja yang bertauliah

Rajah 3. Menunjukkan aliran pendapatan dan perbelanjaan negara

Aliran berwarna merah merupakan aliran baru yang wujud dalam aliran pusingan pendapatan.
Dalam aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi tiga sektor ini terdapat tiga aliran
bari iaitu satu aliran pendapatan Negara dan dua aliran pembelanjaan Negara. Aliran
pendapatan Negara menunjukkan bahawa kerajaan mendapat pendapatan melalui cukai yang
dikenakan ke atas isi rumah dan firma. Sebagai contoh isi rumah dikenakan cukai pendapatan
manakala firma dikenakan cukai premis.
Aliran seterusnya adalah aliran perbelanjaan Negara iaitu perbelanjaan mengurus.
Perbelanjaan ini dapat dilihat pada aliran yang bermula dari sektor kerajaan kepada sektor isi
rumah. Aliran ini wujud kerana kerajaan membuat perbelanjaan membayar upah kepada isi
rumah yang menawarkan FOP kepada kerajaan.
Aliran yang terakhir adalah aliran perbelanjaan Negara dalam pembangunan.
Perbelanjaan ini dapat dilihat pada aliran yang bermula dari sektor kerajaan kepada sektor
firma. Aliran ini eujud kerana kerajaan membuat pembayaran kepada firma atas barang dan
perkhidmatan yang ditawarkan oleh firma. Sebagai contoh kerajaan membayar syarikat
pembinaan untuk membina sebuah sekolah.

2.4 Aliran Pusingan Pendapatan Dalam Ekonomi Empat Sektor


Dalam alian ini kita mengambil kira perdagangan dengan Negara-Negara luar dan
melalui aliran ini kita dapat lihat aktiviti import dan eksport. Selain itu, sektor ini turut dikenali
sebagai sistem ekomoni terbuka.
Oleh itu dalam aliran ini kita dapat lihat aliran seperti :

Sektor isi rumah membeli barangan import dari luar Negara.

Sektor firma akan mengimport barangan modal dan bahan mentah dan mengeksport
barang dan perkhidmatan.

Sektor kerajaan mengimport barangan pembangunan dan pertahanan daripada Negara


luar.

Melihat aliran yang terdapat dapat kita simpulkan di sini bahawa dalam aliran pusingan
pendapatan dalam ekonomi empat sektor melibatkan semua pihak iaitu isi rumah, firma dan
kerajaan.

Rajah 4. Menunjukkan aliran baru yang berlaku apabila sektor luar negeri ditambah

Dalam gambar rajah di atas kita dapat lihat aliran pertama berlaku bermula dari isi
rumah kepada sektor luar negeri. Ini kerana isi rumah telah membuat perbelanjaan untuk
membeli barangan import dari luar negara. Sebagai contoh, Abu membelanjaan hampir RM
3,000 untuk membeli satu set perabot yang di import dari Itali.
Seterusnya kita dapat lihat aliran yang bermula dari firma kepada sektor luar negeri. Ini
menunjukkan firma juga melakukan import dalam aktiviti ekonomi mereka kerana untuk
memenuhi kekurangan faktor-faktor pengeluaran. Firma akan mengimport bahan mentah dari
firma luar negara untuk menghasilkan barang. Sebagai contoh kita dapat lihat kilang honda di
negara ini. Kita tidak menghasilkan enjin Honda tetapi kita menginport injin tersebut lalu di
pasang siap di Malaysia. Enjin yang di import itu merupakan bahan mental.
Selain itu, kita dapat lihat aliran ekspor di mana bermula dari sektor luar negeri kepada
firma. Aliran ini eujud kerana firma negara kita turut mengeksport barang atau perkhidmatan
kepada firma luar untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai contoh, negara kita mengeksport
getah kepada negara-negara yang menghasilkan tayar seperti Thailand.
Dalam gambar rajah di atas juga terdapat laliran di mana sektor kerajaan turut
mengimport dari sektor luar negari. Barangan yang di import oleh sektor kerajaan adalah
seperti senjata api dan kelengkapan pertahanan. Negara kita tidak menghasilkan barangan
seperti senjata api atau kelengkapan tentera. Sebagai contoh kita dapat lihat, kerajaan Malaysia
mengimport barangan senjata api dan kelengkapan tentera negara bersekutu dengan kita.
Oleh yang demikian dapat kita simpulkan bahawa dalam aliran pusingan pendapatan
ekonomi dalam empat sektor ini adalah segala aktivititi ekonomi dijalankan secara terbuka
sama ada luar atau dalam negara. Aktiviti-aktiviti ekonomi yang dijalankan ini juga memberi
kesan kepada pendapatan negara sama ada positf atau negetif dan ini bergantung kepada
penggantungan negara kita terhadap barangan eksport. Situasi ini dapat kita lihat dalam
suntikan dan bocoran.

3.0 Bocoran dan Suntikan


3.1 Bocoran
Definisi
Merupakan aliran keluar pendapatan dari aliran pusingan pendapatan.
Kesan bocoran
Boleh menyebabkan pengurangan dalam aliran kerana menyebabkan pendapatan
keluar.
Bocoran ekonomi 4 sektor terdiri daripada :
Tabungan (S)

Tabungan=bocoran

:. Y

= kegiatan pengeluaran firma


= pencapaian ekonomi

Simbol di atas bemaksud sekiranya isi rumah melakukan tabungan (S) maka tabungan
akan meningkat dan ini akan menyebabkan penggunaan (C) barangan atau perkhidmatan
berkurangan lantas menyebabkan kegiatan pengeluaran firma menurun.
Melihat situasi di atas akan memberi kesan negetif kepada pendapatan negara (Y) lantas
turut menyebabkan pencapaian ekonomi menurun. Ini menunjukkan bahawa kuantiti tabungan
sama dengan kuantiti bocoran yang berlaku.
Cukai (T)

Cukai=bocoran

:. Y

kegiatan pengeluaran firma

= pencapaian ekonomi

Cukai (T) juga merupakan salah satu bocoran yang terdapat dalam ekonomi 4 sektor
kerana sekiranya nilai cukai yang dikenakan terlalu tinggi terhadap FOP yang diperlukan firma
maka akan menyebabkan berlakukanya pengurangan dalam penggunaan (C) FOP untuk
menghasilkan barang atau perkhidmatan lantas menyebabkan kegiatan pengeluaran firma
menurun.

Ini akan menyebabkan pendapatan negara (Y) menurun kerana kurang kegiatan
ekonomi maka turut menyebabkan pencapaian ekonomi negara menurun.
Import (m)

Import=bocoran

m C

:. Y

= kegiatan pengeluaran firma


= pencapaian ekonomi

Dengan pergantungan yang terlalu terhadap barangan atau perkhidmatan import (m) akan
menyebabkan pengurangan penggunaan (C) dan ini akan menyebabkan kegiatan pengeluaran
firma menurun. Sebagai contoh, sekiranya isi rumah lebih suka menggunakan barang import
maka penggunaan barang tempatan akan berkurangan dan menyebabkan kegiatan pengeluaran
firma menurun.
3.2 Suntikan
Definisi
Merupakan aliran masuk pendapatan ke aliran pusingan pendapatan.
Kesan suntikan
Menyebabkan berlaku penambahan dalam aliran.
Suntukan ekonomi 4 sektor terdiri daripada:
Pelaburan (I)

Pelaburan=suntikan

I pengeluaran

Y Negara.

Pelaburan (I) merupakan salah satu suntikan dalam ekonomi 4 sektor kerana melalui
pelaburan yang di buat oleh badan kewangan akan dapat meningkatkan pengeluaran firma
seraya dapat meningkatkan pendapatan negara (Y). Ini menunjukkan bahawa jumlah
pelaburan bersamaan dengan jumlah suntikan.

Perbelanjaan kerajaan (G)

Perbelanjaan Negara=suntikan

pertumbuhan ekonomi

peluang pekerjaan Y Negara.

Jumlah perbelanjaan negara (G) yang dibuat bersamaan dengan jumlah sunttikan. Ini
kerana dengan perbelanjaan yang dilakukan oleh negara seperti pengurusan dan pembangunan
akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi yang positif serta dapat meningkatkan peluang
pekerjaan disamping turut meningkatkan juga pendapatan negara (Y).
Eksport (X)

Eksport = suntikan

Y Negara

pencapaian ekonomi

Eksport (X) juga merupakan suntikan dalam ekonomi 4 sektor kerana dengan
peningkatan jumlah eksport yang dilakukan oleh Negara dapat meningkatkan pendapatan
negara (Y) lantas turut meningkatkan pencapaian ekonomi negara.
Untuk mencapai keseimbangan pendapatan negara :
Bocoran = Suntikan
S+T+=I+G+X
Ini bermaksud bahawa keseimbangan pendapatan negara hanya akan tercapai
seandainya jumalah bocoran yang berlaku menyamai jumlah suntikan yang dilakukan agar
dapat mengelakkan inflasi dan deflasi.

KESIMPULAN
Berdasarkan bab analisa penentuan tingkat pendapatan negara jelas menunjukkan
bahawa isi rumah, firma dan kerajaan saling memerlukan antara satu sama lain untuk
memenuhi matlamat masing-masing. Selain itu, dengan mengkaji setiap subtopik yang terdapat
dalam tajuk ini jelas menunjukkan bahawa setiap aktiviti ekonomi yang dijalankan
menyumbang kepada peningkatan sesebuah ekonomi negara.
Melihat bab pelaku kegiatan ekonomi jelas menunjukkan setiap fungsi faktor dalam
ekonomi di negara ini. Melihat fungsi isi rumah, firma dan kerajaan dalam menguruskan
kegiatan ekonomi di negara ini. Selain itu, bab aliran pendapatan juga merupakan subtopik
yang menarik untuk diulaskan kerana setiap aliran yang terdapat menunjukkan pendapatan
setiap sektor dan melihat ke mana pendapatan tersebut di arahkan atau digunakan.
Seterusnya bab bocoran dan suntikan. Biarpun hanya sekadar pengenalan teori sahaja
namun dengan memahami teori tersebut kita dapat melihat jenis-senis bocoran dan suntikan
yang terdapat dalam ekonomi. Disamping itu, dengan memahami bab ini kita juga dapat
melihat bagaimana kerajaan mengawal infalisi dan deflasi melalui konsep bocoran dan
suntikan.
Oleh iu, dapat dikonklusikan bahawa bab analisa penentuan tingkat pendapatan negara
merupaka satu bab yang perlu difahami terlebih dahulu sebelum kita melangkah ke dalam bab
makro ekonomi yang lebih teliti dan sukar.

Anda mungkin juga menyukai