Anda di halaman 1dari 19

Fakta Sains : "Reptilia terkecil di dunia tidak

besar dari kepala mancis!"

Ada sesuatu yang menarik perhatian tentang perjumpaan empat spesis baru haiwan sumpahsumpah baru-baru ini. Sumpah-sumpah itu, yang tergolong di dalam spesies cicak, amat
istimewa kerana ia adalah reptilia terkecil di dunia. Ia sangat kecil sehingga ia boleh
diletakkan pada sebatang mancis atau di atas ibu jari anda!

Sebelum ini, pemegang rekod reptilia terkecil di dunia, dipegang oleh satu lagi spesies cicak,
Sphaerodactylus ariasae yang juga sejenis dwarf gecko (cicak kerdil). Ia hanya berukuran
sepanjang 33 mm.

Spesies yang terkecil di antara empat sumpah-sumpah yang dijumpai itu pula, Brookesia
mikro, hanyalah berukuran dalam beberapa puluh millimeter. Ada yang sangat kecil sehingga
ia boleh diletakkan di atas batang mancis!

Sumpah-sumpah kecil ini telah ditemui sepasukan penyelidik Jerman dan Amerika Syarikat
di Pulau Nosy Hara, utara perairan Pulau Madagascar. Menurut kepada Frank Glaw, yang
mengetuai pasukan penyelidik di Zoological State Collection of Munich, ia juga dianggap
sebagai satu kes kesan kekerdilan pulau (island dwarfism) yang unik. Menurutnya lagi,
satu-satunya cara untuk mencari haiwan sumpah-sumpah itu adalah dengan menggunakan
lampu picit pada waktu malam kerana haiwan itu akan memanjat pokok-pokok kecil untuk
tidur.

Fakta Sains : "Bagaimana kelip-kelip


menghasilkan cahaya?"

Kelip-kelip (fireflies) atau kunang-kunang ialah spesies serangga sekecil lebih


kurang 6mm. Ia tergolong dalam spesies kumbang Lampyridae. Terdapat lebih
daripada 2000 spesies kelip-kelip yang terdapat dalam persekitaran sederhana
panas dan tropika di seluruh dunia. Banyak spesis boleh ditemui di paya atau
kawasan tanah lembap (wetland) berhutan. Di sinlah larva kelip-kelip boleh
mendapat sumber makanan yang banyak.

Pengeluaran cahaya pada kelip-kelip adalah disebabkan oleh tindak balas kimia di
dalam badannya. Tindak balas kimia ini berlaku di dalam organ-organ pemancar
cahaya yang khusus, biasanya pada bahagian bawah abdomen. Tindakan enzim
luciferase dengan luciferin di dalam organ ini merangsang penghasilan cahaya hijau
yang mempesonakan ini.

Proses pengeluaran cahaya dalam kelip-kelip ini dipanggil biopendarcahaya atau


bioluminescence. Biopendarcahaya ialah penghasilan cahaya oleh organisma
hidup. Fungsinya bagi kelip-kelip dewasa adalah terutamanya untuk mengesan
kelip-kelip lain dari spesis yang sama bagi tujuan pembiakan.

Fakta Sains : "Haiwan apakah yang paling sukar ditemui?"

Haiwan yang paling sukar ditemui (rarest) ialah apabila ia di dalam kategori "sangat terancam"
(critically endangered) dan juga apabila hanya satu contoh spesimen sahaja yang masih hidup. Jika
tiada seekor lagi haiwan dari spesies yang sama dan berlainan jantina ditemui, spesies itu tidak lama
lagi akan pupus.
Thylacines atau Tasmanian tigers telah secara rasminya diisytiharkan pupus sejak tahun 1936.
Haiwan ini sebenarnya kelihatan seperti seekor anjing berbelang dan tidak serupa langsung dengan
seekor harimau. Tasmanian tiger terakhir yang juga dikenali sebagai Benjamin telah meninggal dunia
di Zoo Hobart, pulau Tasmania, Australia.

Benjamin kekal sebagai satu-satunya spesies haiwan itu yang dilihat hidup-hidup. Maka, pada masa
itu, ia mungkin satu-satunya thylacine yang masih wujud di dunia ini.
Sejak dari hari itu, pelbagai siasatan, ekspedisi, pusat penyelidikan dan pengkalan data telah
dijalankan dan ditubuhkan dengan tujuan untuk mencari thylacine. Sejak Benjamin meninggal dunia,
lebih 300 kes dilaporkan tentang haiwan ini dilihat. Walau bagaimanapun, tiada satu kes pun yang
boleh ditentusahkan sebagai tulen.
Lonesome George ialah nama seekor kura-kura gergasi pulau Pinta. Pada tahun 1972, ia telah dibawa
untuk tinggal di Stesen Penyelidikan Charles Darwin di pulau Santa Cruz di sebelah timur Lautan

Pasifik. Spesies kura-kura gergasi pulau Pinta disangka telah diburu sehingga mengalami kepupusan
sehinggalah Lonesome George ditemui.

Sehingga kini, Guiness Book of World Records menamakan Lonesome George, yang juga satusatunya kura-kura gergasi pulau Pinta yang masih hidup, sebagai spesies haiwan yang paling sukar
ditemui di dunia!

Fakta Sains : "Adakah bau kentut berbeza di


antara satu sama lain?"

Kentut atau flatus ialah angin yang keluar menerusi pelepasan dari bahagian dubur.
Ia juga dikenali sebagai flatulens atau kewujudan gas yang berlebihan di dalam
usus yang mengakibatkan distensi atau kembung untuk organ yang berkenaan.
Persoalannya ialah, apakah komposisi flatus dan adakah ia sama bagi semua
orang?
Komposisi kimia sebenar kentut atau secara teknikalnya flatus berbeza dari satu
individu kepada individu yang lain. Perbezaannya terletak kepada aspek biokimia
individu itu, bakteria yang ada di dalam kolon (bahagian usus besar) dan makanan
yang dimakan oleh individu tersebut.

Jika flatus terhasil daripada kesan hirupan udara, komposisi kimianya adalah lebih
kurang sama dengan komposisi udara tersebut. Jika flatus itu terhasil daripada
proses penghadaman atau penghasilan bakteria, komposisi kimianya mungkin tidak
semudah seperti kes yang pertama.
Flatus mengandungi kandungan gas terutamanya gas nitrogen yang merupakan
gas yang paling banyak terdapat di dalam udara. Ia juga mengandungi sedikit gas
karbon dioksida. Pecahan tipikal komposisi kimia flatus adalah seperti berikut:
Nitrogen 20% - 90%
Hidrogen 0% - 50%
Karbon dioksida 10% - 30%
Flatus manusia juga boleh mengandungi gas hidrogen dan/atau metana yang
mudah terbakar. Jika jumlah gas-gas ini mencapai tahap yang mencukupi, kita
boleh menghasilkan satu pembakaran flatus!

Walau bagaimanapun, bukan semua flatus mudah terbakar. Walaupun flatus pernah
diketahui terbakar dengan nyalaan biru ia hanya berlaku kepada separuh dari
populasi manusia. Mereka ini mempunyai bakteria di dalam tubuh badan mereka
yang perlu untuk menghasilkan gas metana. Apabila gas metana dinyalakan, kia
akan terbakar dengan nyalaan biru.
Jika anda tidak dapat menghasilkan metana, anda masih boleh menyalakan flatus
anda. Tetapi, nyalaan yang dihasilkan akan berwarna kuning dan bukannya biru.
Janganlah anda sekali-kali mencuba aksi yang merbahaya dan tidak berbaloi ini!
Flatus selalunya berbau busuk dan tidak menyenangkan. Ini disebabkan hadirnya
beberapa bahan kimia yang bertanggungjawab di atas baunya yang busuk.
Berikut adalah beberapa bahan kimia dan agen yang menyumbangkan kepada bau
flatus:

1. Skatole (keluaran sampingan penghadaman daging)


2. Indola (keluaran sampingan penghadaman daging)
3. Metana-tiol (sejenis sebatian yang mengandungi sulfur)
4. Dimetil sulfida (sejenis sebatian yang mengandungi sulfur)
5. Hidrogen sulfida (gas yang berbau seperti telur busuk dan ia mudah terbakar)
6. Sebatian organik amina yang mudah meruap (sebatian yang terbit daripada
ammonia)
7. Rantaian pendek asid lemak
8. Tinja atau najis (jika hadir di dalam rektum atau organ terakhir dari usus besar)
9. Bakteria
Komposisi kimia dan seterusnya bau flatus itu berbeza dan bergantung kepada
kesihatan dan pemakanan seseorang. Dengan itu anda boleh jangkakan bahawa
flatus seseorang yang hanya makan sayur-sayuran adalah sangat berbeza daripada
flatus si pemakan daging!

Fakta Sains : "Di manakah rama-rama menghilang sewaktu hari hujan?"

Apabila hujan turun, rama-rama mencari tempat perlindungan yang sama seperti ia mencari
perlindungan pada waktu malam. Kedua-dua waktu merupakan waktu di mana rama-rama paling
terdedah kepada bahaya. Apabila tiba kedua-dua waktu ini, ia dengan segera akan bersembunyi di
bawah dedaun yang teduh, di dalam lubang-lubang pada pokok dan juga di celah-celah rekahan
dalam batuan.

Pada waktu malam rama-rama terdedah kepada pelbagai haiwan pemangsa terutamanya yang
memburu pada waktu malam. Lain pula keadaannya pada hari hujan. Titisan hujan adalah berbahaya
kepada rama-rama yang mempunyai binaan tubuh yang ringan dan lembut. Katakanlah titisan air itu

sama beratnya dengan rama-rama, bayangkan air seberat beberapa puluh kilogram pula jatuh
menimpa kita!
Rama-rama ialah serangga yang berdarah sejuk dan gemarkan sinar matahari untuk membina suhu
badan optimumnya. Sudah tentulah ia akan menghadapi risiko kematian yang tinggi di dalam hujan
lebat. Apabila hujan, bukan sahaja suhu badannya akan menjadi rendah, tetapi ia juga boleh
dicederakan oleh limpahan air yang merbahaya. Apabila hujan ia akan melipatkan sayapnya sehingga
matahari keluar untuk ia terbang sekali lagi.

Perlakuan rama-rama mengelakkan hujan telah melahirkan tanggapan bahawa ia boleh meramalkan
cuaca buruk. Ini dinyatakan oleh Lucy W. Clausen di dalam bukunya, "Insect Fact and Folklore" pada
tahun 1954. Contohnya, ada pepatah yang mengatakan bahawa, "Apabila rama-rama putih terbang
dari arah barat daya, hujan akan turun tidak lama lagi. Kepercayaan sebegini mungkin timbul daripada
tingkah laku serangga ini yang diperhatikan melarikan diri dari cuaca buruk.

Aktiviti Sains : "Ilusi tangan berlubang"

Pengenalan
Aktiviti ini bukan sahaja mudah tetapi ia tidak mengeluarkan kos yang banyak. Tetapi jangan
dipandang rendah aktiviti ini kerana ia cukup menakjubkan dan mampu membuatkan anda terpingapinga seolah-olah ada sesuatu yang ajaib telah berlaku. Ibu bapa boleh menghiburkan anak anda
dengan hiburan sains ini. Guru pula boleh menggunakan aktiviti ini sebagai set induksi untuk topik
yang melibatkan deria penglihatan.

Apakah yang anda perlukan?


Sehelai kertas A4
Pita selofan
(Alternatif : bekas tiub kertas tisu dapur)

Apakah yang perlu dibuat?


1. Gulungkan lembaran kertas itu untuk membuat tiub kertas dan kemaskannya dengan menggunakan
pita selofan.
2. Pegang tiub kertas itu dengan tangan kanan.
3. Gunakannya untuk melihat melalui mata kanan anda.
4. Pastikan kedua-dua mata terbuka.
5. Sekarang, buka tapak tangan kiri anda dan tempatkannya berhadapan ke arah muka anda.
6. Rapatkan tapak tangan kiri anda ke tiub kertas tadi.
7. Sandarkan tapak tangan kiri anda kepada tiub kertas. Letakkan jaraknya lebih kurang dua per tiga
panjang tiub dari mata anda.
8. Pastikan kedua-dua mata anda terbuka. Apakah yang anda dapat lihat? Adakah anda dapat lihat
sebuah lubang terbentuk di tapak tangan kiri anda? Agak menakutkan, bukan?

Pengisian Sains
Apabila anda melihat melalui tiub kertas dan dalam masa yang sama memerhatikan tapak tangan,
satu ilusi optik telah terhasil. Mata sebelah kiri melihat lubang manakala mata sebelah kanan pula
melihat tapak tangan.
Apa yang berlaku ialah mata dan otak anda mengolah kedua-dua imej dalam masa yang sama.
Tindakan ini menghasilkan imej tapak tangan yang berlubang tanpa mencederakan anda sedikit pun!
Tahukah anda?
Apakah yang dimaksudkan dengan ilusi optik?
Ilusi optik (optical illusion) atau lebih sesuai dikenali sebagai ilusi visual (visual illusion), melibatkan
pengeliruan visual. Pelbagai kesan visual yang mengelirukan boleh dilihat apabila kita
memanipulasikan susunan imej, warna, kesan sumber cahaya dan lain-lain pemboleh ubah yang
berkaitan.

Jika anda menghadapi kesukaran untuk melihat imej yang tersembunyi di dalam sesuatu gambar atau
fotograf, anda tidak perlu risau. Ini adalah kerana semua orang mengalami ilusi visual dengan cara
yang berbeza. Malah, bagi sesetengah ilusi visual, ada juga yang tidak dapat melihat kesannya
langsung!
Ilusi optik bukan sahaja sesuatu yang seronok dan menarik tetapi ia juga mendedahkan banyak
perkara tentang cara-cara otak berfungsi. Ada pelbagai ilusi optik dan setiapnya ada penjelasan
tentang bagaimana dan mengapa ilusi visual ini berlaku.
Cubalah!

Perhatikan kelima-lima roda yang bercorak di atas. Jangan risau jika anda melihatnya berputar!
Jika anda tidak percaya bahawa roda-roda itu sebenarnya tidak berputar, fokus kepada "lidah
bercabang" berwarna merah di empat roda-roda tersebut. Adakah "lidah-lidah" itu bertukar posisi dari
kedudukan asal?

Fakta Sains : "Apakah haiwan yang terkuat di dunia?"

Ada banyak kelebihan menjadi sesuatu makhluk yang kecil.

Kelebihan pertama ada kena mengena dengan keselamatan anda. Apabila anda kecil, anda agak
sukar kelihatan kepada semua haiwan yang besar yang mencari anda sebagai makanan!

Kelebihan kedua adalah berkenaan dengan kelancaran proses biologi anda, Jika anda adalah haiwan
yang kecil, makanan yang anda makan dan udara pernafasan anda juga tidak perlu bergerak jauh
menuju ke sel -sel dalam badan untuk diproses.
Kelebihan ketiga ada kena-mengena dengan saiz dan kekuatan. Kita semua tahu bahawa haiwan
yang besar lazimnya lebih kuat berbanding dengan haiwan yang kecil. Tetapi adakah kekuatan
sesuatu haiwan itu berubah-ubah mengikut saiznya?
Mari kita pertimbangkan tiga jenis haiwan yang saiznya berbeza seperti kucing, lembu dan gajah.
Katakan setiap satunya mempunyai perbezaan saiz dalam kadar kira-kira kuasa sepuluh.

Jika tulang-tulang pada haiwan ini berubah dengan berkadar terus mengikut saiz keseluruhannya,
maka gajah adalah kira-kira 10 kali lebih panjang, 10 kali lebih tinggi dan 10 kali lebih lebar daripada
lembu. Ini juga bermakna bahawa gajah adalah 1,000 (10 X 10 X 10) kali lebih berat daripada
lembu. Tetapi tulang-tulang kaki gajah hanya menjadi kira-kira 100 (10 X 10) kali lebih kuat sahaja. Ini
adalah kerana peningkatan panjang tulang-tulang itu tidak meningkatkan kekuatannya.

Lain pula halnya dengan haiwan yang kecil. Apabila ia bersaiz kecil, kekuatannya berbanding dengan
persekitarannya meningkat dengan mendadak. Ini bermakna manusia, pinjal (flea) dan tikus boleh
melompat lebih tinggi daripada gajah. Gajah pula tidak boleh melompat tanpa mencederakan dirinya
sendiri.

Rekod dunia untuk acara sukan angkat berat ialah 200 kg. Ini bersamaan dengan berat hampir 3
orang dewasa. Namun begitu, ini adalah agak lemah berbanding dengan dunia haiwan.
Semut boleh mengangkat sehingga 50 kali berat badannya sendiri.

Kumbang badak pula boleh membawa berat lebih 500 kali berat badannya sendiri.

Pinjal hanyalah bersaiz beberapa milimeter sahaja tetapi ia mampu melompat sehingga ketinggian
300 mm. Ini sudah menghampiri 100 kali ganda saiznya!

Fakta-fakta ini agak menakjubkan tetapi kemampuan haiwan-haiwan ini bukan sesuatu yang luar
biasa di dalam dunia haiwan.

Anda mungkin juga menyukai