Apakah Sains
Apakah Sains
TOPIK1
APAKAH SAINS?
Sinopsis
Topik ini membincangkan tentang pengertian Sains. Ianya membincangkan cara kanak-kanak
amati Sains. Bahagian kedua menjelaskan tentang pengertaian sains daripada aspek proses,
produk, dan sikap dan nilai murni.
Hasil Pembelajaran
Memperihakan cara kanak-kanak amati matapelajaran sains
Membincangkan pengertian sains
Pengenalan
APAKAH SAINS
BAGAIMANA
KANAK-KANAK
AMATI SAINS
ALAM SAINS
SAINS SEBAGAI
PRODUK
SAINS SEBAGAI
PROSES
SAINS SEBAGAI
SIKAP DAN NILAI
1.1
Begitulah kanak-kanak belajar. Mereka akan gunakan semua deria untuk belajar
tentang objek atau fenomena yang sedang mereka kaji. Dengan soalan-soalan yang
ditanya mereka mengumpul maklumat tentang objek yang dikaji. Akhirnya daripada
pemerhatian dan jawapan yang mereka terima mereka akan memahami objek atau
fenomena yang dikaji.
MEMERHATI OBJEK
ATAU FENOMENA
BERTANYA
TENTANG OBJEK
ATAU FENOMENA
FAHAMAN TENTANG
OBJEK ATAU
FENOMENA
Pandangan kita terhadap sesuatu perkara akan dipengaruhi oleh pengalaman kita
dengan perkara itu. Begitu jugalah dengan persepsi kanak-kanak terhadap sains.
Sekiranya pengalaman pembelajarannya semasa belajar sains tidak selaras dengan
sifat tabii sains, maka mungkin minat terhadap pembelajaran akan terhakis dari hari ke
hari dan akhirnya mungkin kanak-kanak ini tidak akan mengambil matapelajaran ini di
peringkat sekolah menengah dan seterusnya. Juga apabila persepsi kanak-kanak
terhadap sains berkurangan ianya akan mempengaruhi prestasinya.
Begitulah pentingnya guru perlu menyediakan pengalaman yang sesuai dan relevan
dengan sifat tabii sains agar sifat ingin tahunya tidak `diluntur oleh anda. Justru objektif
kurikulum sains tidak akan tercapai. Bagi memastikan guru boleh menyediakan
pengalaman yang relevan dan bermakna, guru itu terlebih dahulu perlulah mempunyai
kefahaman yang mantap tentang sifat tabii sains.
Kanak-kanak mempunyai idea mereka sendiri tentang objek atau fenomena alam
semulajadi. Idea mereka ini terbentuk akibat daripada pengalaman yang mereka alami
setiap hari semasa mereka bermain, perbualan, dan kejadian-kejadian yang diperhati di
alam semulajadi atau yang disiarkan dalam media. Kajian tentang idea yang dipunyai
kanak-kanak didapati adalah (1)dibentuk oleh kanak-kanak itu sendiri, (2) idea mungkin
nampak kurang lengkap atau bercanggah, dan (3) idea mereka agak mantap dan agak
sukar untuk diubah.Guru perlu membantu kanak-kanak ini supaya idea-idea mereka
tentang konsep sains dapat dibetulkan, dimantapkan atau diubah supaya kefahaman
mereka selaras dengan konsep-konsep yang digunakan oleh ahli saintis.
1.2
ALAM SAINS
AKTIVITI 1
1.
2.
Daripada aktiviti tadi apakah maksud sains anda dan rakan anda sama atau berbezabeza? Apa yang terdapat di sekeliling kita itulah sains. Kita membuat kajian sains
apabila kita mengkaji objek yang sekecil zarah, mengkaji diri kita, haiwan, tumbuhan
disekeliling, mengkaji udara, dan mengkaji bintang di langit.
Jadi, sains adalah satu sistem
Cuba cari!
Istilah sains berasal daripada bahasa apa? Apa maksudnya?
Sains itu bersifat kompleks dan multi-faceted, tetapi sifat-sifat sains yang penting
adalah jitu:
Sains adalah satu cara pembelajaran tentang alam semulajadi, cara alam
semulajadi berfungsi, dan kenapa alam semulajadi itu begitu. Jadi sains bukan
hanya tentang koleksi fakta tetapi proses untuk mencari kefahaman.
Idea saintifik boleh dipercayai sebab telah melalui ujian yang rigorous, tetapi
walaubagaimanpun sekiranya ada bukti baru idea tadi boleh diubah.
Soalan kajian
Buat kajian
tentang masalah
Fikir!Cuba
semula
Bina hipotesis
Hipotesis diterima
Buat laporan
kajian
Hipotesis tidak
diterima
Buat kajian
tentang masalah
Perlu diingat kaedah ini tidak bersifat linear. Ini bermakna langkah-langkah yang diikuti
tidak satu hala. Anda boleh undur ke langkah sebelumnya jika tidak dapat jawapan
kepada masalah yag dikaji.
Sekiranya kita mahu mengunakan kaedah saintifik ini kita perlu telah menguasai
kemahiran saintifik. Kemahiran saintifik merupakan alat untuk mengkaji persoalan
sains. Ianya terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif.
Kemahiran proses sains yang merupakan cara kita berfikir manakala kemahiran
manipulatif adalah cara kita bekerja semasa proses sains itu dilaksanakan. Salah satu
objektif kurikulum sains adalah untuk mengajak kanak-kanak supaya bercita-cita
menjadi seorang saintis. Bagi mencapai hasrat itu, kanak-kanak ini perlu dilatih supaya
dapat menguasai kemahiran saintifik. Justru barulah kanak-kanak
tersebut dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya.
Apabila kita hendak memperlihatkan sains sebagai proses, tentunya kita perlu
menyediakan ruang dan peluang bagi kanak-kanak terlibat secara aktif dalam aktiviti
hands-on, minds-on. Melalui aktiviti yang sedemikian baharulah kanak-kanak akan
dapat menguasai
Sains sebagai proses akan mempertonjolkan bahawa sains akan memperihalkan alam
semulajadi dengan menggunakan ujian empirikal dan analisa. Setiap prinsip sains
hanya akan diterima oleh komuniti sain sekiranya disokong oleh bukti empirikal. Saintis
akan menjalankan proses sains bagi memperolehi pengetahuan sains. Ini bermakna
pengetahuan sains tidak sempurna sebab kesilapan yang berpunca daripada peralatan
sains atau kesilapan manusia akan berlaku semasa proses sains dilakukan.
FAKTA
KONSEP
PRINSIP
HUKUM
TEORI
Rajah 4 : Jenis-jenis Produk Sains
Fakta adalah penyataan khusus tentang sesuatu objek atau insiden. Kita memperolehi
nya melalui pemerhatian dan pengukuran.
Contohnya;
kucing jenis Parsi yang dipelihara di rumah tidak pandai cari tikus
Konsep adalah idea abstrak yang dibina tentang kejadian, objek, atau fenomena yang
mempunyai sifat atau ciri yang sepunya antara mereka. Contohnya; bentuk segiempat
mempunyai ciri-ciri yang tertentu dan berlainan daripada bentuk lain.
Prinsip dan hukum pula adalah idea kompleks berdasarkan kepada beberapa konsep
yang berkaitan. Hukum sains menerangkan bagaimana sesuatu kejadian terjadi.
Contohnya; Hukum Graviti Newton digunakan untuk meramal tingkahlaku objek yang
jatuh.
Penggabungjalinan sikap dan nilai murni bukannya boleh menampakkan hasil dalam
jangkamasa yang singkat. Anda sebagai guru perlu merancang secara rapi cara untuk
mengintegrasikan sikap dan nilai murni dan bersabar sebab perubahan sikap
mengambil masa yang lama. Dengan usaha yang gigih dn konsisten kanak-kanak akan
dapat membentuk sikap yang positif terhadap sains. Lagi pun, bak kata pepatah
melentur biar masa rebung.
References
http://www.visionlearning.com/library/module_viewer.php?mid=176&l=&c3=
www.education.com/reference/article/science-attitudes