Peranan Dan Kepentingan Agama Dalam Kehidupan Manusia
Peranan Dan Kepentingan Agama Dalam Kehidupan Manusia
Juga terdapat di dalam rekod tersebut mengenai kedatangan orang asing dari Madinah,
Annam dan kemboja. Apabila orang dari Madinah tiba mereka menyembah langit tanpa ada tugu
atau tiang di hadapan mereka, mereka juga tidak makan khinzir dan minum arak serta memakan
makanan yang disembelih sahaja. Mereka kemudiannya menetap di Canton dan mendirikan satu
penempatan. Mereka amat taat akan pemerintah yang mereka pilih, di sana juga berlaku
perniagaan diantara mereka dan penduduk di kawasan tersebut. Maka selepas beberapa tahun
terbentuk, telah berlaku gerakan Islam di sana.
PERMULAAN GERAKAN ISLAM
Pergerakan ini berlaku setelah beberapa tahun Islam bertapak di Canton iaitu di wilayah
selatan China. Wilayah ini adalah satu pusat perdangangan yang penting bagi para pedagang.
Maka ianya telah menjadi satu kawasan yang strategik untuk melakukan kerja-kerja dakwah.
Keadaan ini membawa kepada jalinan hubungan politik dan perniagaan antara umat Islam
dengan dinasti-dinasti yang memerintah China pada ketika itu dan hubungan yang baik ini
Sumbangan umat Islam ini berlanjutan hingga pemerintahan Bani Umaiyyah dan Bani
Abbasiyah. Duta-duta ini dihantar ke China bagi menjalinkan hubungan yang baik dengan
pemerintah disana. Hubungan itu bukan sekadar dalam bidang diplomatik semata-mata tetapi
menjangkau sehingga kepada kerjasama dalam bidang politik dan ketenteraan. Khalifah AlMansur menghantar sepasukan tentera bagi membantu Maharaja Su Tsung dalam menghadapi
pemberontakan yang berlaku di wilayah Si Ngan dan Honan.
Sebagai menghargai bantuan yang diberikan itu, Maharaja membenarkan umat Islam
berkahwin dengan wanita tempatan dan menetap di China. Hasil daripada proses kahwin campur
ini melahirkan suatu ikatan persaudaraan antara orang Arab dengan orang China. Selain
membentuk ikatan sosial melalui perkahwinan, umat Islam juga menjalinkan hubungan mereka
dengan orang China melalui perdagangan. Kemuncak kepada hubungan dagang antara orang
Arab dengan orang China dikatakan berlakusemasa pemerintahan Khalifah Harun ar-Rasyid
pada tahun 786-809 Masihi. Manakala penglibatan secara aktif umat Islam didalam politik dan
pentadbiran negara China berlaku semasa pemerintahan Mongol dan Dinasti Ming. Umat Islam
dilantik menjadi jawatan penting dalam kerajaan sekaligus menunjukkan betapa Islam
mempunyai kedudukan yang cukup tinggi serta memainkan peranan yang penting dalam
pemerintahan negeri China.
Pemerintah mongol melantik Abdul Rahman sebagai ketua perbendaharaan negara yang
mempunyai kuasa mengagihkan cukai yang dikenakan keatas rakyat China. Menurut para
sejarawan, hampir tiga perempat daripada jawatan-jawatan penting dalam pemerintahan Kublai
Khan beragama Islam. Hal ini memperlihatkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran
Mongol. Seorang yang bernama Umar Shamsuddin atau Syeikh Ajjal dilantik sebagai panglima
tentera kerajaan Mongol. Jasanya cukup besar kepada pihak pemerintah sehingga mereka
memberi peluang kepada beliau bagi memegang jawatan itu sehingga ke penghujung ajalnya.
Umat Islam dipandang tinggi di China dan mereka dihormati. Mereka juga dikenali dengan
orang yang amanah.
Lantaran itu umat islam diberi kepercayaan memegang jawatan menteri kewangan dan
mengendalikan jabatan yang berkaitan dengan urusan perdagangan. Contohnya, pemerintahan
Dinasti Sung (960-1279M) menggunakan pakai sistem pembayaran cukai yang digunakan oleh
Khalifah Umar al-Khatab. Begitu juga dengan urusan pungutan hasil cukai dagangan dan
pemeriksaan barang-barang oleh pihak kastam banyak diambil daripada kaedah yang
dilaksanakan oleh pemerintahan Islam.
Sumbangan Islam sebenarnya tidak terbatas dalam hal ehwal politik dan pentadbiran
tetapi turut meliputi perkembangan ilmu pengetahuan orang Islam dalam bidang sains, astronomi
dan matematik dikenali sejak lebih seribu tahun yang lalu. Ilmu-ilmu ini diterjemahkan ke
astronomi Islam seperti Masali, Bakhtiar dan Abdulla. Mereka mencipta kalendar yang
mempunyai tambahan 7 hari dalam setiap pusingan 19 tahun berdasarkan kepada kiraan
pusingan matahari dan bulan. Sokongan yang diberikan oleh pihak pemerintah membolehkan
ilmu pengetahuan berkembang dengan pesat.
Pada masa ini dinasti Tang dan Sung berkuasa, orang cina diperkenalkan dengan kaedah
pengiraan Arab yang dikenali sebagai Xiyi Lishu. Senario yang sama dapat diperhatikan pada era
pemerintahan dinasti Ming yang memanfaatkan ilmu yang dimiliki oleh para saintis Islam
digunakan bagi mengkaji kejadian alam yang berbentuk sfera. Ketika orang Eropah masih
percaya dunia ini berbentuk empat segi, umat Islam sudah lama telah mengetahui bumi ini
sebenarnya bulat dan bergerak mengelilingi matahari. Teori ini yang digunakan oleh dinasti
China bagi menjelajah laut yang terbentang sebagaimana yang dilakukan oleh laksamana Cheng
Ho.
Dalam bidang sastera, pengaruh Islam dapat dilihat pada pengkhasilan karya-karya
falsafah dan sastera yang bermutu tinggi. Satunya satunya ialah
Shih Ching atau Classic of songs yang mengandungi 305 lagu. Sanjungan kepada Islam dapat
dilihat pada karya yang ditulis oleh Wang Dai Zing yang menghasilkan sejumlah karya
besardalam bahasa Cina.
Terdapat juga dinasti yang menggunakan khidmat ilmuan Islam bagi mencipta pelbagai
peralatan pelayaran dan meramalkan cuaca. Dinasti Yuan menggunakan kepakaran orang Islam
bagi membina pusat kajian bintang pada tahun 1272 Masihi. Tokoh-tokoh ilmu Islam dilantik
bagi melakukan kajian yang berkaitan dengan peredaran bintang. Salah seorang daripada ilmuan
itu adalah Jamaludin atau Tcha Ma Lao berasal dari Parsi. Beliau menterjamahkan banyak
penemuan dari bahasa Arab ke bahasa Cina. Jamludin juga memperkenalkan calendar 10 ribu
tahun yang juga dikenali sebagai Wan Nein Li yang digunakan sebagai takwim rasmi kerajaan
Dinasti Yuan. Banyak kalendar yang digunakan oleh orang Cina dicipta oleh ahli termasuk dalam
bidang-bidang undang-undang, bahasa dan sejarah yang kini dianggap sebagai sebahagian
daripada warisan peradaban China yang tiada tolak bandingnya.
Agama telah menjadi pegangan dalam kehidupan setiap insan. Tanpa agama, tamadun yang
dicapai itu tidak membawa apa-apa nilai kepada umat manusia. Antara peranan dan
kepentingan agama adalah agama melahirkan tamadun. Contoh yang terbaik dan mudah
diingati sudah tentu agama Islam yang berjaya menjadi asas kepada pembentukkan tamadun
Islam.
Agama berperanan meningkatkan penghayatan umat manusia terhadap nilai-nilai kehidupan
yang tulus dan murni.Selain itu, agama juga penting untuk melahirkan sifat terbuka di kalangan
umat manusia. Agama turut berupaya mengurangkan jurang perbezaan diantara setiap individu.
Sebaliknya mendorong penyatuan bangsa. Tambahannya pula, agam memberi peluang kedua
kepada sesuatu tamadun yang telahpun atau sedang mengalami keruntuhan. Pembentukkan
kerohanian turut dicapai dengan adanya pegangan agama. Setiap tamadun berterusan atas
agama yang berbeza dimana agama tersebut menjadi semangat atau spirit untuk memastikan
perkembangan sesebuah tamadun. Maka, ternyatalah agama menggerakkan sesebuah tamadun
sama ada dari segi intelek, fizikal, rohani dan sebagainya.
Memandangkan agama adalah suatu unsur yang penting dalam kehidupan setiap insan, ayuhlah
kita sama-sama berpegang teguh terhadap agama masing-masing,pada masa yang sama
menghormati agama lain yang terdapat demi mencetuskan satu peradaban yang tinggi dan
terpuji untuk kebaikan bersama.