Anda di halaman 1dari 47

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN
Pengenalan Tajuk Tugasan

MUKASURAT
2-3

Konsep Jihad Ilmu Dalam Islam


Pengertian Jihad
Tujuan Jihad Ilmu Dalam Islam
Kaedah dan Penanda Aras Menuntut Ilmu
Kesimpulan
Kelebihan Orang Yang Berilmu Pengetahuan
Maksud Ilmuwan
Ciri-ciri Orang Berilmu
Kelebihan Orang Berilmu
1.Dalil al-Quran dan Huraian
2.Dalil Hadis Nabawi dan Huraian
Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan
Kelangsungan Dakwah Islamiah
1.Politik
2.Ekonomi
3.Sosial
Umat Islam
Negara Islam
Kesimpulan

4-13

14-24

25-33

Implikasi Pengabaian Ilmu Pengetahuan


Kesan Kepada Individu
Kesan Kepada Masyarakat
Kesan Kepada Negara
Kesan Kepada Umat Islam
Kesimpulan

34-41

Penutup
Kesimpulan
Saranan

42-43

Sumber Rujukan

44-45

JIHAD ILMU DALAM ISLAM


PENGENALAN
Menuntut ilmu merupakan kewajipan kepada setiap Muslim sepertimana yang telah
diterangkan dalam kebanyakan hadis Rasulullah SAW. Antara hadis yang biasa menjadi
pengucapan kita dalam apa-apa ceramah atau pengajaran Islam ialah

". ..."
Maksudnya : Menuntut ilmu itu merupakan kewajipan terhadap semua Muslim (lelaki

.(dan perempuan
(Riwayat Ibnu Majah dan lain-lain)
Sememangnya menuntut ilmu memerlukan ketabahan dan ketahanan yang tinggi untuk
mencapai apa yang diperlukan.Islam menggariskan ada dua keperluan ilmu perlu dituntut
oleh setiap Muslim iaitu
Ilmu Fardu Ain (wajib terhadap semua Muslim menuntutnya) .1
2. Ilmu Fardu Kifayah (Wajib terhadap sebahagian Muslim menuntutnya)
Berdasarkan kepada keperluan di atas maka kajian ini lebih tertumpu kepada menangani
keadaan semasa umat Islam yang dianggap sudah meninggalkan sebahagian kewajipan
mereka terhadap ilmu.
Oleh sebab itu saya merasa terpanggil untuk membahaskan keperluan Jihad Ilmu Dalam
Islam memandangkan kebanyakan orang yang bernama dengan nama Orang Islam
sudah melupakan kewajipan mereka yang asasi iaitu menuntut ilmu untuk dunia dan
akhirat.
2

Insya Allah tugasan saya tentang tajuk Jihad Ilmu Dalam Islam berkisar hanya kepada
fakta-fakta seperti di bawah ini :
1. Konsep jihad ilmu dalam Islam
2. Kelebihan orang yang berilmu pengetahuan
3. Impak kecemerlangan ilmu pengetahuan terhadap proses dakwah Islamiah dan Umat
Islam
4. Akibat atau kesan (jangka pendek dan jangka panjang) jika mengabaikan kewajipan
menuntut ilmu terhadap Umat Islam.
Mudah-mudahan hasil tugasan ini memberi natijah seperti berikut :
1. Kefahaman mengenai konsep jihad ilmu dalam Islam
2. Memberi kesedaran kepada Umat ini agar menghormati penuntut ilmu dan guru yang
banyak berkorban memberi ilmu kepada pelajarnya.
3. Menambah nilai kecemerlangan Umat ini yang menjadikan ilmu pengetahuan yang
pelbagai sebagai persiapan berdakwah kepada yang lain.
4. Memberi peringatan dan amaran keras kepada Umat ini supaya tidak memandang
remeh kewajipan menuntut ilmu dan mengamalkannya untuk kepentingan Agama ,
Bangsa dan Negara.

KONSEP JIHAD ILMU DALAM ISLAM


Pengertian Jihad
1. Jihad dari segi bahasa berasal daripada perkataan Bahasa Arab bermaksud
bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan.
2. Jihad dari segi istilah syarak bermaksud Menentang orang kafir di medan
pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah bagi menjadikan
kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya
3. Terdapat juga pengertian jihad yang berbeza daripada apa yang dikemukakan di atas
seperti :a) Jihad adalah untuk bertahan sahaja (defensive). Pendapat ini disarankan oleh musuhmusuh Islam supaya menyesuaikan Islam dengan keadaan serta fahaman-fahaman
kufur dan thaghut.
b) Jihad adalah menentang hawa nafsu atau menentang hasutan syaitan .Pendapat ini
bersandarkan kepada dalil riwayat seorang sahabat yang bermaksud :Kami baru pulang dari satu jihad yang kecil kepada suatu jihad yang lebih besar.
Seorang sahabat lain bertanya . Apakah jihad yang lebih besar itu? Beliau menjawab
Jihad menentang hawa nafsu.
(Petikan dari kitab :

Mulla

al-Qari)
c) Pendapat yang memberatkan pengertian jihad daripada sudut bahasa sahaja tanpa
mempedulikan pengertian jihad daripada segi syarak.Pengertian jihad disisi mereka
ialah Usaha sedaya upaya . Fahaman ini bermaksud cuba sedaya upaya memadam
api jihad Umat Islam untuk berjuang menegakkan Islam.

Huraian :
Dalam konteks pengertian jihad di atas jelas terdapat pendapat dan fahaman yang
berbeza sama ada mengikut syarak atau sebaliknya.Apa yang penting bagi kita Umat
Islam ialah memperjuangkan Agama Islam walau apa cara sekalipun.Jelas di sini konsep
jihad ilmu yang kita perlu jelaskan ialah : Berusaha bersungguh-sungguh mempelajari
dan mengkaji ilmu untuk meninggikan kedudukan Agama Islam.
Oleh sebab itu saya berpendapat Umat Islam wajib berjihad mendalami ilmu
terutama Ilmu agama yang merupakan cabang Fardu Ain di samping tidak mengabaikan
ilmu Fardu Kifayah. Firman Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat 122 :

Maksudnya : Tidak sepatutnya orang-orang beriman itu pergi kesemuanya ke medan


perang . Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan antara mereka
beberapa orang untuk memperdalami ilmu pengetahuan mereka tentang
agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka
kembali kepadanya supaya mereka mendapat peringatan.

Berdasarkan kefahaman ayat di atas jelas membuktikan kepada kita , bahawa kita
bukan sahaja dituntut untuk jihad melawan musuh Islam bahkan dituntut juga mencari
sebanyak mungkin dengan tujuan untuk meninggikan taraf Umat Islam yang di gelar
Umat contoh kepada manusia sejagat.

Seterusnya umat Islam dituntut berfungsi sebagai pemberi peringatan kepada


manusia yang lain dengan ilmu yang telah dipelajari. Justeru itu , jihad mencari ilmu
sama pentingnya berjihad di medan perang melawan musuh-musuh Allah SWT.

Tujuan Jihad Ilmu Dalam Islam


Setelah membentangkan beberapa pengertian jihad serta perbezaan antara satu
sama lain , maka di bawah ini dinyatakan apa tujuan kita berjihad di dalam menuntut
ilmu?
Dalam menerangkan tujuan berjihad menuntut ilmu ini saya akan kaitkan contohcontoh relevan dan bersifat terkini mengapa kita perlu berjihad menuntut ilmu.Apa
salahnya kalau kita hanya berpolitik atau sibuk dengan dunia masing-masing. Tidak perlu
fikirkan tentang kesungguhan menuntut ilmu ini.
Tujuan jihad menuntut ilmu ialah :
1. Menyebar dan menyampaikan syiar dan dakwah Islam.
Tugas menyampaikan syiar dan dakwah Islam adalah kewajipan setiap Muslim.
Tiada seorangpun akan terlepas tanggungjawab ini. Menurut rekod sejarah Rasulullah
SAW sebagai pemimpin agung Umat Islam telah menunjuk contoh kepada para sahabat
RA.

Rasulullah SAW telah menubuhkan Negara Islam pertama di dunia lengkap


dengan undang-undang serta pentadbiran Negara yang menjadi contoh kepada Negaranegara lain pada ketika itu.
Kita sebagai Umat Islam patut mengikut contoh-contoh yang ditunjukkan oleh
Baginda Rasulullah SAW. Dalam pengurusan organisasi atau apa-apa yang melibatkan
pentadbiran dan pengurusan kita dituntut mempelajari ilmu kepimpinan Islam. Tahu akan
sepak terajang dalam kepimpinan seperti melibatkan diri dalam politik , sudah tentu perlu
mengetahui ilmu kepimpinan sama ada jadi pemimpin atau dipimpin.
Justeru itu, kita perlu mempelajari ilmu kepimpinan Islam supaya kepimpinan kita
tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang ditabur oleh musuh-musuh Islam.
Contohilah sikap Rasulullah SAW dan para Sahabat R.A. serta Ulama-Ulama Islam
yang mewarisi pekerjaan para Nabi A.S.
2. Tuntutan Agama Islam
Menuntut ilmu merupakan kewajipan ulung bagi Umat Islam. Terdapat banyak ayat
al-Quran dan Hadis Nabawi menggesa akan tuntutan menuntut ilmu.
a) Contoh ayat al-Quran :

Maksud : Ia memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendakinya.Dan barangsiapa


yang diberi hikmah sesungguhnya ia mendapat kebaikan yang banyak.
Dan tidak mendapat peringatan melainkan orang yang berakal.

(al-Baqarah : 269)
b) Contoh Hadis Nabawi :

: (" )
".
Maksudnya : Rasulullah SAW telah bersabda : Seorang yang alim adalah lebih sulit
digoda oleh syaitan daripada seribu ahli ibadah.
(Hadis Riwayat Tirmizi)
Apabila kita perhatikan ayat al-Quran yang pertama diturunkan, nyatalah Allah
SWT menitik berat kepada qalam (mata pena) , tulis menulis dan baca membaca.
Natijahnya ialah kita dituntut mendalami ilmu-ilmu Allah SWT sama ada melalui
keterangan al-Quran , Hadis Nabawi dan kekuatan akal untuk mencari penyelesaian
kepada masalah-masalah ilmu sama ada bersifat sejagat atau dalaman Negara.
Contoh yang boleh saya berikan dalam penulisan ini ialah bidang perubatan .
Bidang perubatan sangat penting untuk dikaji dari semasa ke semasa kerana peredaran
masa yang berubah dan kajian penyakit yang sentiasa berubah-ubah. Seorang Doktor
Muslim perlu buat kajian dengan menghadiri seminar atau kajian di makmal tentang virus
, bakteria dan kuman-kuman yang lain yang sentiasa berubah sifat dan tindakbalasnya.
Seorang jururawat perlu memikir kaedah-kaedah terbaik merawat pesakitnya dan apa-apa
protokol dan prosedur yang memudahkan pesakit.Kita tidak boleh lagi mengamalkan
sistem lama yang didapati ketinggalan zaman.Hasilnya kita perlu melaksanakan tuntutan
jihad ilmu dalam bidang perubatan atau bidang-bidang lain supaya tidak dimonopoli oleh
orang bukan Islam.

3. Kepentingan dan Penanda Aras kepada prestasi dan kualiti Umat Islam
Islam adalah agama ilmu dan agama akal. Oleh itu , sebelum Islam membebankan
pengikut-pengikutnya dengan sesuatu perintah atau larangan terlebih dahulu Islam
mewajibkan mereka supaya menjadi orang-orang yang berilmu , berakal sihat dan dapat
mendalami sesuatu urusan sebelum mengerjakannya supaya perbuatan-perbuatan itu
bersesuaian dengan kebenaran , kemaslahatan dan kewajipan.
Setiap pekerjaan kita dalam Agama Islam ada kaedah , disiplin dan penanda aras
tertentu supaya pekerjaan kita akan diterima dan diredhai Allah SWT. (mudah-mudahan).
Antara kaedah , disiplin dan penanda aras yang diutarakan oleh ulama Muslim
ialah :
a) Niat dalam menuntut ilmu.
Imam Burhanuddin Az-Zarnuji menjelaskan bahawa niat ikhlas adalah mesti
(tidak dapat tidak) dalam menuntut ilmu kerana ia adalah pokok bagi setiap amalan
sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW :

". ...."
Maksudnya : Sesungguhnya setiap amalan itu disertakan dengan niat
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Setiap penuntut hendaklah meniatkan tujuan sebenar menuntut ilmu ialah :a) Mencari redha Allah SWT dan hari akhirat
b) Menghapuskan kejahilan dalam dirinya
c) Menghidupkan agama
d) Mengembalikan keagungan Islam
Apabila keikhlasan wujud dalam hati penuntut wujudlah mereka yang digelar
Ulama Akhirat atau Ulama Pewaris Nabi bukan Ulama Jahat atau Ulama Rasmiun
yang kita dapat lihat pada hari ini. Akhirnya Islam akan menjadi agung kerana hanya
melalui ilmu pengetahuan Islam akan kekal keagungannya.
b) Berilmu dan Berakhlak
Berilmu sahaja tidak memadai untuk menjadi seorang Muslim itu baik . Ada
Mufti yang mengeluarkan fatwa yang mengelirukan orang ramai. Ada hakim yang
menjatuhkan hukuman mengikut kehendak individu tertentu . Ada pengurus kewangan
menggelapkan wang syarikat. Kesemua itu sudah dimaklumi sehingga ada badan khas
telah menetapkan senarai perjawatan yang boleh dipercayai.
Menurut kajian badan ini yang paling dipercayai ialah doktor manakala yang
paling tidak dipercayai ialah ahli politik. Jelas di sini berilmu sahaja tidak cukup , ia
hendaklah disertai dengan akhlak dan amalan mulia yang boleh menjadi contoh kepada
orang lain. Dalam erti kata lain ilmu yang dipelajari hendaklah didisiplinkan dengan amal
yang berterusan.

10

Sabda Rasulullah SAW. :-



: :
. ....
Maksudnya : Mahukah kalian aku beritahukan orang yang paling aku kasihi dan orang
yang paling hampir kepadaku tempat duduknya nanti pada hari kiamat ?
Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan sebanyak dua atau tiga kali. Maka
sahabat menjawab : Ya wahai Rasulullah . Rasulullah SAW bersabda :
Mereka ialah orang yang paling baik akhlaknya di antara kamu.
(Riwayat Imam Ahmad)

c) Adab menuntut ilmu


Adab adalah sesuatu yang penting dalam apa-apa pekerjaan terutama dalam
menuntut ilmu.Kelihatan ramai penuntut sudah hilang adab mereka ketika menuntut ilmu.
Ini menyebabkan kualiti mereka sudah tiada kerana tiada keberkatan daripada Allah
SWT. Imam Syafie RA dalam syairnya telah menggariskan syarat-syarat untuk
memperolehi ilmu seperti berikut :-

11

Maksudnya :Saudaraku tidak akan tercapai ilmu itu kecuali dengan enam perkara
Akanku datangkan keterangan dan penjelasannya
Cerdik , Kuat Azam , Sabar , Mempunyai Belanja
Berdamping Rapat Dengan Guru , Sepanjang Masa
(Petikan :Kitab Diwan As-Syafie)
Inilah panduan yang diamalkan oleh Imam As-Syafie dalam urusan menuntut
ilmu. Janganlah cepat purus asa , berjihadlah mendapatkan ilmu yang berada di manamana. Jika gagal tidaklah beerti gagal selama-lamanya. Generasi muda hari ini patut
mencontohi sikap Syeikh Mohd Abduh .Beliau merupakan bekas Syeikh el-Azhar iaitu
jawatan nombor satu dalam Universiti el-Azhar.
Apa kisah beliau ? Beliau pernah gagal dalam pelajarannya sehingga beliau duduk
berfikir tentang kegagalannya dalam peperiksaan tahunan el-Azhar dalam Masjid ElAzhar . Ketika termenung dan berfikir itu beliau terlihat seekor semut yang berulang kali
mengangkut makanan tanpa putus asa walaupun gagal pada permulaannya. Akhirnya
semut itu berjaya setelah berusaha bersungguh-sungguh.
Melihatkan keazaman semut itu beliau berazam untuk terus berusaha tanpa rasa
jemu dalam menuntut ilmu sehingga berjaya dengan cemerlang dan akhirnya dilantik
menjadi Syeikh di tempat yang beliau sendiri pernah gagal. Di mana ada kemahuan di
situ ada jalannya.

12

d) Ilmu dan Kepimpinan


Perlu diingatkan di sini bahawa ilmu pengetahuan yang mendalam adalah menjadi
salah satu ciri yang terpenting dalam kepimpinan. Ini kerana ia adalah cahaya yang
menyuluh akal dan hati bagi mengenal Allah SWT dan segala tuntutanNya.Amirul
Mukminin Saidina Umar Al-Khattab berpesan :

".."
Maksudnya : Dalamilah agama sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin
(Athar
Sahabi)
Kesimpulan :
Melihat kepada keperluan di atas jelaslah konsep yang perlu diterapkan dalam
kehidupan berilmu ialah :
1. Kesungguhan menuntut ilmu sepanjang masa
2. Menetapkan matlamat serta niat yang betul dalam menuntut ilmu
3. Mengamalkan ilmu itu untuk diri sendiri dan disebarkan kepada yang lain
Dalam keadaan dunia sekarang penerapan ketiga-tiga konsep adalah perlu supaya
penghayatan dan pengamalan tidak tersasar. Oleh itu wajarlah bagi kita berjihad
menuntut dan menyampaikan ilmu tersebut demi kelangsungan Umat Islam sama ada
ilmu Fardu Ain mahupun ilmu Fardu Kifayah. Umat Islam perlu digerak dari tidur lena
yang panjang.

13

GOLONGAN ILMUWAN DAN KELEBIHAN MEREKA


Apakah maksud ilmuwan ?
Ilmuwan atau sesetengah orang memanggil cendiakawan.Ada sesetengah orang
lebih suka memanggil perkataan ulamak atau seumpamanya.Namun begitu apakah
maksud Ilmuwan atau cediakawan atau ulamak ini?
Pengertian yang boleh kita ketengahkan di sini adalah bermaksud pengertian
secara umum iaitu mereka yang menguasai sesuatu ilmu atau mahir dalam beberapa ilmu
asas. Ilmu menurut bahasa ertinya berpengetahuan atau kepandaian. Orang yang berilmu
bererti memiliki pengetahuan atau kepandaian.
Justeru itu orang yang berilmu boleh diertikan mereka yang mampu membezakan
antara baik dan buruk. Sesetengah orang menganggap orang yang berilmu ibarat pelita
atau lampu yang menerangi kehidupan. Begitulah indahnya perumpamaan bagi orang
yang berilmu sehinggakan ayat pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
merupakan perintah menuntut ilmu iaitu ayat 1 hingga 5 surah al-Alaq. Ini menunjukkan
Islam memberi perhatian kepada kewajipan menuntut ilmu supaya manusia tidak berada
dalam kejahilan selama-lamanya.
Kesimpulannya orang berilmu bermaksud mereka yang mempunyai ilmu dan
kemahiran yang boleh dimanfaatkan kepada orang lain untuk tujuan kebaikan dan
menjauhkan diri daripada kejahilan di dunia dan akhirat.

14

Ciri-ciri orang yang berilmu


1. Rendah Hati
Orang yang berilmu kebiasaannya mereka sentiasa merendah diri dengan ilmu
yang ada pada mereka.Jika kita bertemu mereka yang mendakwa banyak ilmu maka
orang itu sebenarnya bukanlah orang yang berilmu. Imam Abu Hanifah iaitu pengasas
Mazhab Hanafi pernah menyatakan : Barang siapa mendakwa dirinya lebih berilmu ,
ketahuilah bahawa dia adalah orang paling jahil. Lihatlah resam tanaman padi lagi berisi
lagi tunduk ke bumi.

2. Apabila melakukan sesuatu perbuatan ia akan berfikir baik atau buruk


perbuatan itu.
Orang berilmu sentiasa berhati-hati dalam melaksana sesuatu pekerjaan atau
perbuatan. Ia akan menghitung terlebih dahulu baik atau buruknya sebelum bertindak
supaya tidak menyesal kemudian hari. Apatalah lagi jika berhadapan dengan masalahmasalah yang besar seperti masalah Negara dan rakyat.
3. Menghargai pendapat orang lain
Orang berilmu tidak egois dalam pendirian ilmunya. Ia akan sentiasa bertanya
pandangan orang lain supaya hasil perbuatannya mendatang hasil yang bermanfaat untuk
dirinya dan orang lain.Setelah itu orang berilmu akan bermunajat serta mengharap
bantuan dari yang maha Esa Allah SWT.

15

4. Menghargai waktu.
Orang berilmu tidak suka membuang masa. Setiap detik dan saat akan digunakan
untuk perkara-perkara yang berfaedah . Baginya membuang waktu dan masanya
merupakan kerugian besar kerana waktu yang berlalu tidak dapat diganti kembali.
Pepatah Arab ada menyebut Masa itu ibarat pedang. Jika kamu tidak memotong , maka
dia akan memotong kamu. Begitulah pentingnya waktu dan masa bagi orang yang
berilmu. As-Syahid Imam Hassan al-Banna menyatakan Kewajipan kita mengatasi
waktu. Jadi hargailah waktu yang ada pada kita

5. Gemar membaca , mengaji dan mengkaji.


Orang berilmu suka membaca , menganalisis serta menghuraikan apa yang
ditelaah. Oleh sebab itu orang yang berilmu gemar mengaji , menghadiri majlis ilmu ,
bertukar-tukar maklumat supaya tidak ketinggalan dalam apa-apa maklumat terkini.
Tujuan menghadiri majlis ilmu adalah untuk memberi peringatan dan menghidupkan
kembali apa-apa yang terlupa atau terlalai. Jadi pentingnya membaca , mengaji dan
mengkaji ilmu-ilmu baru.

6. Suka berkongsi ilmu dengan orang lain.


Orang berilmu suka berkongsi ilmu dengan orang lain dengan cara berdiskusi ,
mengajar dan menberikan ilmunya kepada orang lain. Ia tidak lokek dengan ilmu yang
ada padanya. Baginya ilmu itu adalah pemberian Allah Taala kepadanya untuk

16

disampaikan kepada orang lain.

Saidina Ali KRM. pernah menyatakan dalam kata-kata hikmatnya iaitu : Harta
kalau dibelanja akan berkurang , Ilmu kalau diberi kepada orang akan bertambah. Jadi
janganlah anda kedekut dengan ilmu yang sedikit itu.

7. Tidak suka berbicara tentang sesuatu yang tidak bermanfaat


Orang berilmu tidak suka berbual kosong dan mengarut. Baginya berbual kosong
dan mengarut merugikannya dari segi waktu dan masa.Bahkan boleh mendatangkan
fitnah dan berbuat dosa. Oleh itu orang berilmu mesta mengelakkan diri daripada
perbuatan tersebut.

8. Tidak mengerjakan sesuatu yang tidak bermanfaat.


Orang berilmu tidak akan melakukan sesuatu yang tidak mendatang tujuan yang
baik.Orang berilmu akan berusaha melakukan tugas yang berfaedah kepadanya dan orang
lain. Apabila melaksanakan sesuatu tugas dia akan menentukan perancangan strategik ,
bermatlamat jangka pendek atau panjang dan mempunyai objektif yang mendatangkan
kebaikan bersama. Tidak ada istilah kepentingan peribadi atau adik-beradik atau para
kroninya. Itulah sikap orang berilmu.

17

Kesimpulannya
Apabila kita meneliti ciri-ciri orang yang berilmu di atas , fahamlah kita bukanlah
mudah untuk melaksanakan tugas sebagai orang yang berilmu. Dewasa ini ramai yang
mengaku dirinya pakar atau alim dalam bidangnya walhal yang sebenar adalah
sebaliknya.
Jadi kita dituntut supaya mendalami ilmu apatah lagi ilmu Agama Islam yang
merangkumi Aqidah , Syariah dan Akhlak kerana kita sentiasa terdedah kepada anasiranasir yang mengeliru dan merosakkan jatidiri Umat Islam.Hayatilah tafsiran dan huraian
Surah al-Asr agar kita tidak menjadi golongan yang rugi.

Kelebihan Orang Berilmu.


a) Dalil al-Quran
Dalil pertama



Maksudnya :
Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan
kepadamu: "Berlapanglapanglah dalam majlis", Maka lapangkanlah nescaya
Allah akan memberi
kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: "Berdirilah
kamu", Maka

18

berdirilah, nescaya Allah akan


yang beriman di

meninggikan orang-orang

antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan


beberapa derajat.
dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.
(al-Mujadilah :
11)
Abdullah ibnu Abbas mengatakan bahawa darjat ulamak atas orang
mukmin itu sebanyak
700 darjat , dan antara satu darjat dengan satu darjat yang lain sejauh
500 tahun
perjalanan.
Dalil kedua



Maksudnya :(apakah kamu Hai orang musyrik yang lebih beruntung)
ataukah orang
yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan
berdiri, sedang ia
takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat
Tuhannya?
Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orangorang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang
berakallah yang
dapat menerima pelajaran.
(az-Zumar :
9)

19

Ayat Allah ini menegaskan bahawa orang-orang alim itu tidak sama
tarafnya dengan
orang jahil. Ibarat langit dan bumi. Begitulah perbandingannya.

Dalil ketiga


Maksudnya :Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan
dia (yang berhak
disembah), yang menegakkan keadilan. para malaikat dan
orang-orang yang
berilmu. (juga menyatakan yang demikian itu). tak ada
Tuhan melainkan dia
(yang berhak disembah), yang Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana.
(Ali-Imran :
18)
Ayat ini untuk menjelaskan martabat orang-orang berilmu.
Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang.

20

Maksudnya: saya memulai membaca al-Fatihah Ini dengan menyebut


nama Allah. setiap
pekerjaan yang baik, hendaknya dimulai dengan menyebut asma
Allah, seperti makan,
minum, menyembelih haiwan dan sebagainya.
Allah ialah nama zat yang Maha suci, yang berhak disembah
dengan sebenarbenarnya, yang tidak berhajat kepada makhlukNya, tapi makhluk yang
berhajat kepadaNya. Ar Rahmaan (Maha Pemurah): salah satu Allah yang memberi
pengertian bahwa
Allah melimpahkan kurnia-Nya kepada makhlukNya, sedang Ar Rahiim
(Maha
Penyayang) memberi pengertian bahwa Allah senantiasa bersifat
rahmah yang
menyebabkan dia selalu melimpahkan rahmat-Nya kepada makhlukNya.

Dalil keempat


Maksudnya :Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang
melata dan
binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam
warnanya (dan
jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara
hamba-hamba-

21

Nya, hanyalah ulama . Sesungguhnya Allah Maha Perkasa


lagi Maha
Pengampun.
(Fathir

28)
Yang dimaksud dengan ulama dalam ayat Ini ialah orang-orang yang
mengetahui
kebesaran dan kekuasaan Allah.

Huraian Dalil al-Quran di atas


1. Sesungguhnya dalil al-Quran mengenai orang berilmu sangat
banyak , pelbagai
keadaan serta sifatnya. Oleh itu penegasan Allah SWT. Terhadap
orang berilmu sangat
berkait-rapat dengan keadaan , tatacara , ciri-ciri dan sifat orang
yang berilmu.

2. Martabat orang berilmu dengan orang jahil tidak sama. Oleh Allah
menegaskan
bahawa untuk membebaskan diri daripada kejahilan , maka orang
itu mesti mencari
ilmu sama ada secara ormal atau tidak formal.

3. Penghormatan Allah SWT. Terhadap orang berilmu sangat tinggi


sehingga taraf
mereka di bawah para malaikat-Nya. Dengan jelaslah di sini betapa
kemuliaan ,

22

kelebihan dan keagungan ilmu serta orang yang memiliki ilmu


kerana mereka tunduk
di bawah kekuasaan Allah SWT.

4. Orang berilmu sentiasa takutkan Allah SWT melebihi segalanya.


Tujuan mencari ilmu
adalah untuk mengenal Allah SWT melalui siat-sifat dan perbuatan
Allah SWT.
Jelaslah antara sifat orang berilmu ialah takutkan Allah SWT.

Kesimpulannya
Mari kita berfikir sejenak ramaikah orang yang berilmu yang bersifat
seperti dalam alQuran para era kini. Tepuk dada Tanya iman. Dengan kemungkaran
yang berleluasa tidak
ramai
yang
tampil
menerangkan
berkemungkinan takut akan

kebenarannya.

Mereka

kedudukan mereka , periuk nasi mereka dan status mereka di pandang


hina masyarakat
jika menentang kemungkaran. Jauhilah kita daripada bersifat demikian.
Bukan mudah
tetapi itulah hakikatnya.

23

b) Dalil Hadis Rasulullah SAW


Dalil pertama

""
Maksudnya : Para Ulama itu adalah pewaris para Nabi
(Riwayat Abu Daud , At-Tirmizi dan Ibnu Hibban)
Dalil kedua

"
"
Maksudnya : Kelebihan orang berilmu atas orang ahli ibadah itu bagaikan kelebihanku
atas sekurang-kurang lelaki dari kalangan sahabatku .
(Riwayat al-Khatib)
Dalil ketiga

""
Maksudnya : Iman itu adalah bertelanjang , pakaiannya ialah taqwa , perhiasaannya
adalah malu dan buahnya adalah ilmu.
(Riwayat Abu Nuaim)

24

Huraian dalil Hadis di atas :1. Dalil hadis di atas kebanyakannya tidak disepakati oleh ulama hadis
kerana menurut
penelitian mereka terdapat perawi-perawinya yang diragui.Walau
bagaimanapun dalil
hadis di atas banyak menerangkan kelebihan orang yang menuntut
ilmu.
2. Martabat orang menuntut ilmu adalah pewaris kepada kenabian itu
sendiri. Ini
menunjukkan betapa tingginya martabat orang-orang yang diakui
sebagai pewaris Nabi
3. Hasil kepada menzahirkan keimanan kepada Allah SWT adalah
melalui ilmu. Sesiapa
mengenal dirinya maka dia akan mengenal tuhannya. Gunakan ilmu
yang ada untuk
menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT
seperti yang pernah
terjadi kepada orientalis dan saintis yang bukan Islam.

Kesimpulannya :
Kelebihan orang berilmu memang diakui oleh sesiapapun. Orang
berilmu
mempunyai darjat yang tinggi selagimana ia mengamalkan ilmu untuk
dirinya dan

25

disampaikan kepada orang lain.Janganlah kedekut kerana ilmu tersebut


adalah daripada
Allah SWT. Menyampaikan ilmu adalah amanah Allah SWT sepertimana
tugas para
Rasul dan Nabi. Oleh itu berusaha mendapatkan ilmu selagi hayat
dikandung badan.

IMPAK KECEMERLANGAN ILMU PENGETAHUAN


Dalam bab ini saya akan menghuraikan impak kecemerlangan ilmu pengetahuan melalui
tiga sudut yang berbeza iaitu :
1. Kelangsungan (survival) dakwah Islamiah
2. Umat Islam
3. Negara Islam
Kelangsungan (survival) Dakwah Islamiah
Dalam penghuraian tajuk ini saya akan membahaskan mengikut tiga fakta
kelangsungan yang sesuai dibahaskan kerana ada kaitan dengan kehidupan manusia.
Fakta kelangsungan tersebut ialah Politik , Ekonomi dan Sosial seperti yang biasa
dibahaskan oleh para sejarawan dalam penulisan sejarah mereka.
a) Politik

26

Secara umum Umat Islam akan terdedah kepada suasana politik yang banyak
mempengaruhi suasana dan keadaan dunia sejak dahulu sehingga sekarang. Sejarah telah
menunjukkan impak kecemerlangan Umat Islam melalui kemajuan dan kebangkitan ilmu
pengetahuan.
Wujudnya tamadun Islam sejak berkurun-kurun lamanya menjadi batu asas
kepada kebangkitan dan mercu tanda keagungan Umat Islam. Oleh sebab itu peningkatan
kepada sudut keilmuan sangat penting dan perlu diperbaharui agar kita menjadi umat
yang prihatin terhadap ilmu pengetahuan.Meneruskan lagi kelangsungan dakwah
Islamiah ialah perlaksanaan Syariat Islam yang mampu menjamin keadilan. Dalam
Dakwah kita perlu menekankan betapa penting perlaksanaan Syariat Islam kerana Syariat
Islam adalah undang-undang paling agung yang menjamin keadilan untuk semua .

Dalam sirah Rasulullah SAW dan sirah para Khulafa ar-Rasyidin ada
ditunjukkan contoh-contoh keadilan dalam perundangan Islam.Kesemua fakta sirah boleh
dijadikan sandaran kukuh untuk membuktikan inilah impak kepada yang berilmu
pengetahuan dalam melaksanakan perundangan Islam.
Hasil daripada pelaksanaan syariah tadi telah menyebabkan orang bukan Islam
tertarik dengan Islam seterusnya ingin mendekati agama Islam. Sejarah penubuhan
Kerajaan Abbasiyah dipelopori oleh keturunan Farsi yakni bukan Arab. Mereka
menyebarkan Islam berdasarkan ilmu yang mereka pelajari.
Di samping itu para Khalifah Abbasiyah minat terhadap ilmu sama ada fardu

27

kifayah atau fardu ain. Secara tidak langsung orang-orang bukan Islam telah melihat
kehebatan orang Islam.Inilah kelangsungan Umat Islam dalam melaksana dakwah sama
ada dalam bentuk fardi ataupun ijtimai. Akhirnya Umat Islam bebas daripada sebarang
pengaruh penjajahan pemikiran jika mengamalkan ilmu yang dipelajari.

b) ekonomi
Zaman teknologi moden sedang berkembang pesat. Selaras dengan kehendak
tersebut , ekonomi semakin dibicara oleh ramai orang di serata dunia. Negara-negara
dunia ketiga tidak ketinggalan berusaha mengadakan usahasama dengan Negara-negara
lain dalam meningkatkan pendapatan ekonomi mereka. Namun adakah mereka berjaya
ataupun sebaliknya ?
Sebenarnya banyak kajian telah dibuat tentang perkembangan ekonomi dunia
tetapi keadaan yang berlaku adalah lebih menguntung kepada kuasa-kuasa besar.
Ekonomi yang diamalkan sekarang lebih menjurus kepada konsep Kapitalis bahkan ada
yang mirip kepada Sosialis.
Ekonomi berasaskan syariah masih diperingkat permulaan , namun masih ada
pengaruh ekonomi ala barat ataupun cara yang tidak syarei. Keadaan ini disebabkan
pengaruh politik yang banyak memainkan peranannya. Oleh itu kita melihat kerajaan
Malaysia cuba menghidupkan perbankan Islam sebagai batu asas.

28

Kerajaan Malaysia juga telah menubuhkan hub halal antarabangsa bagi menarik
perhatian Negara-negara Umat Islam yang lain.Kesemua itu memerlukan ilmu untuk
meneruskan kelangsungan dakwah melalui ekonomi. Semoga cita-cita tersebut dapat
diteruskan kerana kita mengetahui sudah tentu ada di sana cabaran-cabaran yang menanti.

c) Sosial
Bidang sosial amat luas untuk dibincangkan. Dalam tugasan ini saya akan
merumuskan keadaan sosial yang berlaku di Malaysia sama ada yang melibatkan
pendidikan atau bersifat hiburan atau apa-apa yang boleh kita kaitkan dengan impak
kecemerlangan ilmu pengetahuan Umat Islam.
Negara kita pernah dijajah oleh beberapa kuasa besar suatu ketika dahulu.
Kesannya masih terasa sehingga sekarang. Mengubah sesuatu yang sudah lama melekat
pada kehidupan Umat Islam di Malaysia memerlukan masa dan pendekatan keilmuan
yang sesuai. Kita juga tidak terlepas daripada sebarang anasir yang subversif dan bersifat
anti agama atau perkauman.Oleh itu tidak hairan sehingga kini masih ada yang percaya
kepada tahyul , kuasa magik dan sebagainya.

Kedatangan Islam dan pengamalan mula mempengaruhi corak dan gaya hidup
masyarakat Islam yang majoritinya orang Melayu.Hasilnya kita melihat banyak pusat

29

pengajian yang berasaskan agama tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Kewujudan
universiti-universiti , pusat-pusat pengajian sama ada peringkat pra-sekolah hingga
ke peringkat yang tertinggi membuktikan masyarakat Islam sudah sedar akan
kepentingan ilmu pengetahuan apatah lagi yang berkaitan dengan Agama Islam.

Darul Quran telah di wujudkan bagi melaksana kelangsungan dakwah melalui


Tahfiz al-Quran. Kewujudannya diharapkan sebagai simbol keutuhan pendidikan alQuran bagi generasi yang akan membangunkan keperibadian yang unggul melalui
pengajian al-Quran.
Hasilnya diharap dapat diaplikasi dalam kehidupan masyarakat sehingga wujud generasi
al-Quran yang unggul.
Fenomena penghijrahan beberapa orang artis di Malaysia menampakkan kita
betapa impak keilmuan telah berjaya diterapkan. Mereka diundang untuk berkongsi
pengalaman bersama masyarakat Islam. Antara artis yang telah berhijrah memulakan
kehidupan beragama ialah Encik Sham Kamikaze dan Puan Yatt Hamzah.
Kita merasakan perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat kita adalah
impak kepada kelangsungan dakwah yang berkesan melalui penyampaian dan peranan
yang dimainkan media massa.Harapan kita agar-agar perubahan-perubahan yang baik
bakal berlaku dari semasa ke semasa.

Umat Islam
Umat Islam adalah umat harapan yang akan menyelamatkan dunia ini. Penduduk

30

dunia mengharapkan Umat Islam menjadi contoh teladan yang baik. Bilangan penganut
Agama Islam adalah yang paling ramai di dunia. Oleh itu wajar bagi Umat Islam menjadi
umat contoh. Apakah karakter umat cemerlang yang perlu untuk menjadi contoh kepada
umat lain yang bukan Islam ?
Antara karakter umat cemerlang ialah :1. Umat yang kukuh imannya kepada Allah SWT.
2. Umat yang mengamalkan amalan soleh.
3. Umat yang mengamalkan budaya itqan (tekun dan bersungguh-sungguh)
Lihatlah contoh kecemerlangan umat islam terdahulu daripada kita. Mereka
mengamalkan prinsip-prinsip Agama Islam secara berterusan tanpa ada istilah jemu pada
diri mereka. Umat Islam zaman dahulu menitikberatkan ilmu pengetahuan. Mereka
menjadi maju dan diiktiraf oleh kawan dan lawan sehingga menjadi contoh ikutan umat
lain yang bukan Islam. Jadi berusahalah kita menjadi seperti mereka yang beriman ,
berprinsip serta berakhlak mulia dalam segala aspek.
Kesimpulannya umat yang cemerlang ialah umat yang mengenali dirinya sendiri
dan mengenal penciptanya. Ia akan sentiasa membangunkan potensi diri untuk mencapai
umat soleh dengan menjalankan tanggungjawab terhadap penciptanya. Semakin ramai
insan cemerlang yang dilahirkan dalam masyarakat islam , peluang melahirkan
Khair Ummah atau umat terbilang semakin terserlah. Firman Allah SWT :

31

Maksudnya :Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia,
menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada
Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara
mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
(Ali-Imran : 110)

Negara Islam
Mewujudkan Negara islam adalah cita-cita bahkan menjadi kewajipan setiap
orang Islam.Ini ditegaskan dalam kebanyakan ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.
Antaranya ialah firman Allah SWT :



Maksudnya : Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan
amanat kepada yang
berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila
menetapkan hukum di
antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil.
Sesungguhnya Allah
memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.
Sesungguhnya Allah
adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.
(AnNisa:58)

32

Terdapat juga hadis Rasulullah SAW yang menegaskan tentang keperluan


mewujudkan Negara Islam. Sabda Rasulullah SAW :

"


" .

Maksudnya : Selepas aku kamu akan dipimpin oleh banyak pimpinan , maka yang baik
memimpin kamu dengan kebaikan dan yang zalim pula memimpin kamu
dengan kezaliman , dengar dan taatilah kamu dalam perkara yang menepati
kebenaran ,jika mereka berbuat baik maka kebaikan itu untuk mereka dan
jika mereka berbuat jahat maka kejahatan itu terkena ke atas diri mereka
sedang kamu terus mendapat kebaikan .
(Riwayat Darul Qutni)

Apabila ditinjau kepada dua dalil di atas jelaslah kepada kita keperluan
mewujudkan Negara Islam seperti yang pernah diwarwarkan oleh kebanyakan orang
khususnya mereka yang terlibat secara langsung dalam bidang politik. Ada orang kata
politik itu kotor. Jadi dengan keilmuan yang ada kita tidak perlu bimbang dan takut

33

kerana kita bertindak mengikut disiplin ilmu yang berlandaskan al-Quran dan Hadis
Rasulullah SAW.

Dalam dunia zaman sekarang kita tidak melihat contoh Negara Islam hatta
Malaysia yang pernah mendakwa sebagai Negara Islam. Negara-negara Arab juga tidak
boleh dijadikan contoh Negara Islam. Apa yang kita lihat ialah pelaksanaan hukum
syariah di beberapa buah Negara Umat Islam sahaja seperti Negara Brunei darus salam
yang akan menguatkuasa hukum syariah pada bulan april 2014.

Saya cuba mengaitkan faktor Negara Islam sebagai impak kecemerlangan kerana
fakta sejarah telah menunjukkan bahawa kewujudan Negara Islam akan mempercepatkan
proses budaya keilmuan dalam kalangan masyarakat Islam dewasa ini. Oleh itu apabila
ada budaya keilmuan disitu memang terlaksana Negara Islam secara sepenuhnya.
Tidak ada lagi berlaku perkara-perkara buruk kerana masyarakat Islam adalah
masyarakat cemerlang , gemilang dan terbilang. Mereka melaksanakan kehidupan secara
iklim dini dan mematuhi perintah Allah SWT dan RasulNya.Itulah harapan kita.
Kesimpulan yang dapat diberikan disini ialah :
1. kecemerlangan ilmu pengetahuan memang memberi kesan yang sangat baik kepada
kelangsungan Dakwah Islamiah.
2. Apabila dakwah dapat dilaksana dengan jaya , umat Islam akan menjadi contoh teladan

34

yang baik kepada masyarakat bukan islam.


3.Hasilnya dapat mewujudkan Negara Islam seperti yang pernah dilakukan oleh
Rasulullah SAW. Pada abad yang lampau.
Renungilah firman Allah SWT. Di bawah ini dan jadikan ia panduan dalam
kehidupan kita. Firman Allah SWT :


Maksudnya : Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah,
ikutilah aku,
niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."
Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.

(Ali-Imran :

31)
IMPLIKASI PENGABAIAN KEPENTINGAN ILMU PENGETAHUAN
Apakah kesan jika kita mengabaikan kepentingan ilmu pengetahuan dalam kehidupan
kita?
Di sini saya membahagikan kesan pengabaian kepada empat bahagian mengikut
keutamaan. Empat bahagian tersebut ialah :1. Kesan kepada individu
2. Kesan kepada masyarakat
3. Kesan kepada Negara
4. Kesan kepada Umat Islam.

Kesan kepada individu

35

a) Mudah mengikut fahaman yang bertentangan dengan prinsip Agama Islam.


Dewasa ini banyak ajaran sesat dan budaya songsang yang wujud sehingga boleh
mengeliru setiap individu . Jika tiada ilmu mudahlah ajaran dan fahaman ini menyerap
dan mempengaruhi individu sehingga terpesong aqidahnya seperti ajaran ayah pin ,
ajaran syiah dan yang terkini ajaran kassim ahmad. Jelaslah ilmu perlu untuk menangani
fahaman-ahaman seperti ini.

b) Tiada prinsip hidup yang betul


Skim cepat kaya dan jutawan segera memang sinonim dengan kehidupan individu
yang tinggal di Bandar. Keadaan ini juga berlaku di mana-mana bahagian dalam Negara
kita. Tidak terkecuali mereka yang dianggap berpelajaran. Kesemua perkara tersebut
merintis kepada kebankrapan dek kerana tiada prinsip hidup serta halatuju yang jelas.
Hasilnya ramai individu sekarang diisytihar bankrap atau mudah kena tipu sama
ada dengan orang dalam Negara atau orang negro. Bodoh rasanya diperlakukan begitu,
namun masih ada yang belum serik terutama kaum wanita yang berkerjaya. Jelas ilmu
perlu sebagai penilai kepada individu tersebut.

c) Aqidah mudah goyah serta terpengaruh dengan budaya yang tidak sihat.
JAKIM merekodkan hampir setiap tahun wujud ajaran sesat. Ajaran-ajaran sesat
seolah-olah bermaharajalela. Kemungkinan besar ada penaungnya yang berpengaruh.
Individu yang tidak berilmu mudah di ajak untuk mengamalkan ajaran sesat ini walaupun
ada ancaman tetapi tidak memberi kesan kepada kumpulan tersebut . Antara ajaran sesat
yang sedang aktif ialah ajaran tuhan harun ajaran syiah ajaran kassim ahmad dan banyak

36

lagi yang wujud di Malaysia.

d) Tidak dapat memahami dan mengerti al-Quran dan hadis Rasulullah SAW
Dalam kajian yang pernah dilakukan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia
tahun 2008 menunjukkan ramai individu tidak dapat membaca al-Quran dengan baik.
Oleh sebab itu kita mendapati pusat-pusat mengaji al-Quran swasta wujud di merata
tempat dalam Negara Malaysia.
Ada dalam kalangan mereka yang sudah berusia datang mengaji kerana
menyedari kekurangan diri. Walau bagaimanapun individu yang berumur bawah 40 tahun
kurang memberi perhatian terhadap perkara ini. Mereka lebih mementingkan kerjaya
daripada berusaha mempelajari serta memahami al-Quran.
Hasilnya individu-individu ini tidak menghayati al-Quran dan hadis kerana bagi
mereka tiada kaitan dalam kerjaya mereka. Jelas bagi kita untuk memahami serta
mengaplikasi ajaran al-Quran memerlukan ilmu yang berkaitan dengan al-Quran dan
hadis. Jadi serulah individu tersebut ke arah penghayatan al-Quran dan hadis

e) Sentiasa bersikap negatif


Sikap negatif lahir daripada individu yang merasakan dirinya hebat dan
merasakan orang tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Individu seperti ini sukar diajak
berbincang apatah lagi yang bersifat ilmiah. Oleh sebab itu kita mendapati sifat egois
yang terlampau boleh membawa kemudaratan kepada individu tersebut kerana dalam

37

jangka masa panjang akan wujud ramai individu yang sering bercakaran sesama sendiri.
Dalam erti kata lain individu yang berkepentingan peribadi seperti yang berlaku
dalam kebanyakan parti politik dan jabatan-jabatan kerajaan . Jelaslah kepada kita ilmu
yang berbentuk kerohanian adalah perlu untuk menunduk nafsu-nafsu yang bersarang di
hati. Jangan abaikan ilmu yang bersifat kerohanian.
Kesan kepada masyarakat
a) Masyarakat akan berpecah belah
Masyarakat akan berpecah belah. Itulah ungkapan yang sesuai bila kepentingan
ilmu diabaikan . masyarakat hanya tahu mengikut perintah tertentu tanpa berfikir buruk
atau baik sesuatau perintah. Oleh itu ilmu kemasyarakatan perlu ada untuk membentuk
satu masyarakat atau komuniti yang berjaya dalam semua aspek.
Jadi ketua kena memainkan peranan yang penting untuk mengawal keadaan di
samping masyarakat itu sendiri mengerti dan memahami situasi jika berlaku sesuatu isu
dalam masyarakat tersebut. Contoh paling mudah ialah isu murtad dan isu kahwin lari
dengan orang Lombok , ia perlu ditangani dengan baik agar tidak berlaku perpecahan
dalam masyarakat. Jadi ilmu kemasyarakatan sangat penting bagi menjamin
kesejahteraan dalam masyarakat.

b) Kehidupan semakin tidak aman dan tenteram


Apabila masyarakat berpecah belah , kehidupan mereka sudah tentu tidak aman
dan tenteram .Lihatlah keadaan yang berlaku di selatan Siam di Wilayah Pattani dan

38

Naratiwatt. Kehidupan mereka dibelenggu ketakutan dan kebimbangan. Senjata api


sentiasa ada di tangan kerana bimbang diserang oleh musuh mereka. Tiada kesepakatan
dan hidup dalam prejudis sehingga kanak-kanak menjadi mangsa keadaan. Jelas bagi kita
memiliki ilmu yang berkaitan adalah perlu supaya keamanan akan terjamin.

c) Fitnah akan berleluasa


Kehidupan yang tidak aman dan tenteram adalah hasil daripada perbuatan fitnah yang
tidak dapat dibendung seolah-olah fitnah itu satu permainan.Masyarakat yang hidup
dalam fitnah sememangnya mengundang masalah. Kelihatan mereka tidak boleh bersatu
padu , kata mengata dan mengadu domba sudah sinonim dalam masyarakat kita terutama
orang melayu yang beragama islam.oleh itu ilmu keagamaan perlu dilaksana dalam
masyarakat seperti ini

d) Nilai murni dan bersifat keagamaan tidak dapat dilakukan


Nilai murni atau akhlak mahmudah tidak dilaksanakan sepenuhnya. Aspek
keagamaan hanya dilihat dalam kes-kes tertentu seperti bila ada bencana baru terhegehhegeh panggil ustaz atau tokoh agama. Menariknya ramai lagi yang percaya kepada
bomoh . Dalam kes misteri kehilangan pesawat MAS MH 370 kita sudah melihat betapa
pengabaian ilmu agama , ilmu akhlak atau ilmu moral menyebabkan masyarakat sudah
tidak beriman kepada Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Jadi kehidupan tersebut
perlu dihindarkan. Belajarlah mengenali pencipta.

e) Masyarakat akan saling salah menyalah antara satu sama lain

39

Dunia akhir zaman . itulah ungkapan yang menarik yang sentiasa dibicara orang.
Antara tanda-tanda akhir zaman ialah manusia saling salah-menyalah antara satu sama
lain. Berdasarkan bukti yang sedikit tanpa asas yang tepat sudah cukup untuk bertengkar
atau bergocoh. Fenomena ini seakan menjadi kebiasaan .
Lihatlah artis-artis kita di Malaysia yang permai ini , bolehkah mereka ini menjadi
contoh kepada masyarakat. Banyak kes melibatkan artis bergaduh seperti yang berlaku
baru-baru ini di set penggambaran. Tidak cukup dengan keadaan itu dibawa ke media
elektronik. Artis rampas suami orang dan macam-macam lagi tajuk akhbar yang menarik.
Pendek kata ilmu yang kurang dan diabaikan akan menyebab kerosakan dan kemerosotan
nilai hidup dalam masyarakat kita.

Kesan kepada Negara


a) Imej Negara menjadi buruk
Tanggungjawab menjaga imej Negara terletak di atas bahu rakyat Negara
tersebut. Pemimpin dan rakyat berganding bahu menjaga imej Negara supaya nama baik
negara tidak dicemari oleh anasir-anasir luar seperti di kebanyakan Negara lain yang
masih lagi mengamalkan dasar yang tidak bertanggungjawab atas isu-isu tertentu.
) Negara berada dalam keadaan bahaya
Negara boleh berada dalam keadaan bahaya jika tiada kecekapan daripada para
Pemimpin. Mereka perlu bijak menangani pelbagai isu dengan baik dengan memberi
Keutamaan kepada perkara-perkara penting yang melibatkan rakyat sama ada dari segi
Keselamatan luar dan dalam Negara , ekonomi dan sebagainya.

40

c) Terdedah kepada ancaman luar


Setiap Negara sudah tentu mempunyai bilangan rakyat yang pakar dalam bidangbidang tertentu. Tenaga pakar sangat penting untuk membangunkan Negara serta
mengelak Negara ini daripada ancaman luar . Mereka mesti bijak membuat perhitungan
dan penilaian atas sesuatu perkara supaya tidak melakukan kesilapan berulang kali.

) Keadaan Negara akan menjadi mundur


Negara akan menjadi mundur jika rakyatnya tidak berpendidikan yang
sewajarnya. Acap kali kita melihat kemunduran sesebuah Negara itu dikaitkan dengan
pemikiran rakyat. Jadilah rakyat yang berilmu serta beramal.

e) Wujud kezaliman dalam Negara tersebut


Kezaliman akan wujud bila keadaan sosio politik dan ekonomi tidak stabil.Rakyat
akan menderita tidak cukup makan serta berlaku penganiayaan.Hasilnya rakyat akan
hidup dalam ketakutan akibat kejahilan mereka dalam menuntut hak dan sebagainya.

Kesan kepada Umat Islam


a) Hilang jati diri Umat Islam yang mulia
Peranan Umat Islam sebagai Khairu Ummah akan hilang bila aspek ilmu tidak
diberi keutamaan.Lihat Negara-negara yang digelar dunia ketiga. Mereka ibarat
menangguk di air keruh. Tidak mendapat apa-apa manfaat daripada hasil Negara.

41

b) Umat yang tidak bertamadun


Umat yang bertamadun ialah umat yang berilmu dan mengamalkan ilmu serta
meyakini pembalasan tuhan terhadap perbuatan mereka. Sejarah membuktikan beberapa
buah tamadun dunia hancur akibat kesombongan mereka tidak percaya kepada tuhan
serta melakukan kezaliman. Inilah hasilnya apabila ilmu diabaikan. Belajarlah daripada
sejarah tamadun yang lampau.
c) Mudah dijajah oleh Umat yang lain
Negara yang banyak dijajah ialah Negara Umat Islam dari timur hingga ke Barat.
Dalam sejarah Negara Thailand tidak pernah dijajah kerana rajanya merupakan orang
yang bijak. Rakyat yang dijajah sememangnya rakyat yang malang malahan lebih teruk
jika pemikiran rakyat masih lagi dijajah walaupun Negara sudah merdeka.
Contoh yang paling terkini enam orang rakyat Malaysia mati akibat mengambil dadah
berlebihan sewaktu konsert di Stadium Bukit Jalil.
d) Azab dan bencana akan berlaku
Semejak akhir-akhir ini Negara kita mengalami banyak musibah ujian daripada
Allah SWT. Secara positifnya Allah SWT tidak akan menurunkan bencana jika tanpa
sebab musabab. Kemalangan jalanraya , jerebu yang melanda , wabak penyakit , jenayah
berleluasa , gejala rasuah dan pembunuhan semakin menjadi-jadi namun rakyat Malaysia
seperti tidak ambil kisah. Terkini misteri kehilangan pesawat MAS MH 370 yang belum
dapat dirungkai lagi.
e) Tiada lagi keagungan dan kehebatan

42

Akhir sekali tiada lagi keagungan dan kehebatan umat ini yang mampu mengubah
keadaan dunia. Jadi kembali kita kepada Sunnatullah iaitu berpegang kepada Kitab Allah
dan RasulNya.
Kesimpulannya :
Renungilah sejarah tamadun silam dan yang akan datang. Berfikir dan merenung
sejenak serta muhasabah diri kepada kesan-kesan yang akan berlaku jika kita
mengabaikan kepentingan jihad menuntut ilmu. Di bawah ini dirangkumkan beberapa isu
penting sebagai renungan kita bersama. Isu-su tersebut ialah :
1. Anti Hadis

2. Ajaran Syiah

5. Kes Rumah Tangga


9.Kristianisasi

3. Gejala Murtad

6. Comango 7.Budaya kuning

4.Masalah Sosial
8.Anti Agama

10.Konspirasi Politik
11. Kalimah Allah
PENUTUP KEPADA TUGASAN

KESIMPULAN PENTING :

Berdasarkan kepada tugasan dan penyelidikan yang telah dijalankan dalam kajian
ini , dapatlah dibuat beberapa kesimpulan penting iaitu :

1. Kewajipan menuntut ilmu adalah sangat penting dan tidak boleh diabaikan oleh setiap
Muslim . Masa yang ada hendaklah digunakan sepenuhnya menuntut ilmu.

2. Kelebihan orang yang menuntut ilmu adalah tidak ternilai. Jadi janganlah takut dan

43

hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu.

3. Ilmu-ilmu seperti Ilmu Fardu Ain dan Ilmu Fardu Kifayah kedua-duanya sama penting
dan amat berguna dalam kehidupan Muslim.

4. Kecemerlangan Umat Islam adalah berasaskan ilmu . Maju atau mundur sesuatu umat
adalah dinilai daripada tahap keilmuannya.

5. Pengabaian kepada kewajipan menuntut ilmu mengundang masalah besar kepada


semua aspek penting dalam kelangsungan Dakwah Islamiah.

SARANAN PENTING :
Berikut adalah merupakan saranan penting ke arah meningkatkan lagi tahap
keupayaan Umat Islam dalam menuntut ilmu sebagai jihad utama masa kini :1. Para pendakwah hendak bergerak cergas menyedarkan masyarakat tentang
kepentingan jihad dalam menuntut ilmu.
2. Konsep jihad dalam menuntut ilmu perlu didedahkan dan diperhalusi supaya
masyarakat zaman memandang betapa pentingnya menuntut ilmu yang memerlukan
kekuatan rohani , zahir dan batin.
3. Ulama-ulama dan cendiakawan perlu melipat-gandakan usaha dan inisiatif dalam

44

menonjolkan konsep , kelebihan , impak kecemerlangan dan kesan pengabaiannya


kepada masyarakat dan menegur pihak pemerintah supaya memberi keutamaan kepada
proses jihad menuntut ilmu.
4. Mewujudkan banyak tempat pengajian yang memberi kemudahan penuntut ilmu. Elak
daripada budaya ENJOY dalam menuntut ilmu. Individu-individu Muslim perlu tahu
kewajipan mereka dalam bab menuntut ilmu.

Begitulah antara saranan yang difikirkan penting dalam meneruskan


kelangsungan dakwah islamiah melalui jihad menuntut ilmu dalam Agama Islam. Segala
salah silap harap dimaafi dan keampunan dipinta dari Allah SWT atas kepincangan yang
terdapat dalam tugasan ini. Sekian terima kasih.
SUMBER RUJUKAN
1. Al-Quran

Al-Quran dan terjemahan (versi Bahasa Indonesia)


Cetakan Majma al-Malik al-Fahd Saudi Arabia

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman (Syeikh Abdullah bin Muhammad Basamieh)


Cetakan Jabatan Hak Ehwal Islam , Jabatan Perdana Menteri

2. Hadis Nabawi

Sohih Bukhari (Imam Abi Abdullah bin Muhammad bin Ismail)


Cetakan Maktabah Tijarah dan Darul Fikr Beirut Lubnan

Sohih Muslim Bisharhi an-Nawawi (Imam Abi Husain Muslim bin al-Hajjaj)
Cetakan Darul Hadis Qaherah Misr

Sunan at-Tirmizi Bisharhi Tuhfatuk Ahwazi(Imam Abi Isa At-Tirmizi)


Cetakan Darul Fikr Beirut Lubnan

45

3. Buku Ilmiah dan Jurnal

Jurnal Darul Quran bil 16 Tahun 2012


Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Jurnal Syariah Jilid 8 bil 1 Januari 2000


Terbitan Bahagian Pengajian Syariah
Akademik Pengajian Islam , Universiti Malaya

Jurnal Usuluddin bil. 13 Julai 2001


Terbitan Bahagian Pengajian Usuluddin
Akademik Pengajian Islam , Universiti Malaya

Ar-Rahiq Makhtoum Fi Riwayati Rasulullah SAW


(Safi ur-Rahman al-Mubarakpuri)
Cetakan Darul Wafa Mansourah Misr

Fiqh al-Harakah dari Seerah Nabawiyah


(Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang)
Cetakan Dewan Pustaka Fajar , Kuala Lumpur

Terjemahan Sairus Salikin Jilad 1


(Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani)
Cetakan Al-Hidayah Publication

An-Nizom Siyasi Fi Islam


(Doktor Muhammad Abdul Qadir Abu Faris)
Cetakan Darul Furqan Amman Jordan

4. Majalah dan Kertas Kerja

Buletin Darul Quran bil 19 Tahun ke-7

Sinar Rohani Pembimbing Ummah bil 45 Tahun ke-10

Cahaya Pembimbing Remaja Cemerlang bil 76 Tahun ke-18

Suara Majlis Jabatan Agama Islam Perak bil 232

46

Majalah I bil 35 Mei 2006

Majalah al-Ustaz volume 1 Isu 6

Kertas Kerja Nadwah Kebangkitan Islam Abad Ke 20


(Kemajuan dan Teknologi Moden : Realiti Ummah)

Kertas Kerja Nadwah Kebangkitan Islam Abad Ke 20


(Serangan Pemikiran & Aliran Bertentangan dengan Islam)

Kertas Kerja Pendekatan Ke Arah Pendidikan Dalam Perlaksanaan Usrah

Kertas Kerja Tarbiyah Ruhiyyah Dalam Membentuk Generasi Berwawasan

Kertas Kerja Ke Arah Melahirkan Mahasiswa Berilmu dan Berorganisasi

47

Anda mungkin juga menyukai