Anda di halaman 1dari 2

Jenis-Jenis Perenggan Isi

1) PERENGGAN JENIS DEDUKTIF


2) PERENGGAN JENIS INDUKTIF
3) PERENGGAN JENIS DEDUKTIF+INDUKTIF

Contoh Perenggan Deduktif


Dalam usaha melahirkan masyarakat yang menyayangi tanah air,
generasi kini perlu mengambil inisiatif untuk menganjurkan
program-program dan pelbagai kempen yang bertemakan nilai
patritisme agar generasi muda dapat mengenali negara Malaysia
dengan lebih mendalam.
Mereka mesti menyokong apa-apa aktiviti malah giat menyertai
program dan kempen yang dianjurkan oleh kerajaan pada
peringkat kebangsaan.
Sebagai contoh,kempen Gerakan Cintailah Tanah Air yang
dirasmikan oleh mantan Perdana Menteri , Tun Dr.Mahathir
Mohamad pada 29 Disember 1998.

Isi

Huraian
Contoh

Contoh Perenggan Induktif


Ambang 2011, kita telah dikejutkan dengan statistik 5 kes
pembuangan bayi dilaporkan di negara kita.
Bayangkan betapa tergamaknya seorang ibu membuang bayi
tanpa sedetik pun rasa peri kemanusiaan. Sedangkan binatang
menyayangi anaknya, apatah lagi kita manusia. Tepatlah
ungkapan yang berbunyi dalam masyarakat haiwan, tiada
manusia, tetapi dalam masyarakat manusia, banyak haiwan
berkeliaran
Hakikatnya, ketandusan nilai kasih sayang dalam jiwa
insani merupakan faktor dominan yang menyumbang kepada
jenayah pembuangan bayi ini.

Contoh
Huraian

Isi
(kesimpulan)

Contoh Perenggan Gabungan Deduktif + Induktif


Banyak
faktor
yang
dapat
mempengaruhi
kecemerlangan.Antaranya termasuklah matlamat dan jati diri
yang tinggi. Andainya faktor tersebut gagal dikelolakan dalam
kehidupan seseorang, maka sudah pastilah kehidupan akan
terumbang-ambing.

Isi

Oleh yang demikian, untuk memastikan kejayaan menjadi


kenyataan, pegangan hidup harus disematkan di lubuk hati.

Ibnu Qaiyum Al-Jauzy iaitu ulama Islam tersohor pernah


menyatakan bahawa ujian terbesar terhadap seseorang
terletak pada matlamat dan cita-cita yang tinggi.
Hakikat ini jelas menunjukkan bahawa kejayaan terletak pada
matlamat hidup seseorang.Jika seseorang itu berjaya mencapai
matlamatnya tanpa menggugat jati dirinya, maka sudah
pastilah dia akan berjaya dalam kehidupannya.

Huraian
Contoh
Kesimpula
n

Anda mungkin juga menyukai