Anda di halaman 1dari 1

8.

Tulis refleksi berkaitan bengkel penulisan akedemik& dan penulis


refleksi hadiri.

Refleksi daripada bengkel penulisan akademik yang dijalankan pada


petang ini dapat membuka minda dan fikiran saya tentang ilmu menulis
refleksi. Sebelum menghadiri bengkel menulis refleksi ini saya tidak
mempunyai buah fikiran tentang bagaimanakah hendak menulis jenis
refleksi ini. Saya juga mengalami kesukaran dalam menulis jenis refleksi
terhadap tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah.
Semasa menghadiri bengkel penulisan akademik yang dijalankan, pada
permulaanya saya berasa bosan dan mengantuk, lama-kelamaan saya
dapat menumpukan sepenuh konsentrasi dan memahami bahawa
sebenarnya bengkel ini dapat menguntungkan para pelajar dalam
menyiapkan kerja kursus yang diamanahkan oleh pensyarah kepada
pelatih guru. Selain itu, saya juga berasa sangat gembira pada akhir sesi
bengkel akademik karana dapat meningkatkan ilmu pengetahuan saya
dalam cara menyiapkan refleksi.
Sepanjang bengkel yang berlangsung selama 2 jam 30 minit saya dapat
belajar seorang bakal guru tidak harus membuat kerkursus sewenangwenangnya tanpa mengahrgainya. Kerja yang dibuat secara dihargai dan
dicintai mempunyai output yang amat cemerlang dan dapat memuaskan
harapan para pensyarah yang memeriksa kerja kami. Saya juga dapat
mempelajari bahawa kita sentiasa mengemaskini ilmu pengetahuan kita
dari semasa ke semasa demi dapat berdiri setanding dengan bakal- bakal
pelatih guru yang lain.

Anda mungkin juga menyukai