Anda di halaman 1dari 32

Untuk pengetahuan calon SPM, ketika menelaah Prosa Klasik , anda hanya perlu mengetahui

keseluruhan cerita sahaja, iaitu Sinopsis sahaja manakala komsas boleh diabaikan kerana
soalan komsas seperti tema, nilai, persoalan dan sebagainya tidak akan diuji dalam peperiksaan
SPM. Dalam Soalan 3 (c) -Prosa Klasik, calon hanya diuji pemahaman terhadap petikan itu
dan satu soalan KBKK. Lantaran semua pelajar hanya perlu memahami petikan Prosa Klasik
itu dan mengkaji soalan-soalan yang menguji KBKK sahaja. Atas permintaan pelajar, cikgu cuba
menghuraikan sinopsis Prosa Klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa dalam buku Antologi
Tingkatan Empat 2010.
Sinopsis Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa (Tingkatan Empat 2010)
Dalam antologi Harga Remaja, Prosa klasik Pelayaran Yang Penuh Peristiwa, watak utama
Awang Sulung Merah Muda sebagai anak raja telah menyamar sebagai budak hitam yang comot
sehingga dipandang hina oleh Tuanku Nakhoda Tua. Ketika dilanda ombak yang bergelora, seisi
geliung (kapal) telah mabuk dan jatuh pengsan. Anak Tuanku Nakhoda Tua, Tuan Puteri Dayang
Seri Jawa telah meminta dayangnya Si Kembang Cina pergi memanggil Awang Sulung Merah
untuk mengemudikan geliung itu. Atas bantuan Awang Sulung Merah, geliung itu dapat
diselamatkan .
Setelah tiga hari kemudian , ketika laut sudah tenang, jurumudi di geliung itu telah sedar lalu
mencabut kerisnya dan menikam seekor ayam . jurumudi itu menunjukkan keris yang berdarah
kepada Tuanku Nakhoda Tua lalu mengatakan bahawa dialah yang menyelamatkan geliung itu.
Tuanku Nakhoda Tua yang baru sedar daripada mabuk itu turut mempercayai jurumudi itu dan
berjanji jika geliung itu selamat tiba di tanah Jawa, puterinya akan dikahwinkan kepada orang
yang menyelamatkan geliung itu.
Beberapa hari kemudian, anak kapal diminta mengambil air dan kayu api. Anak kapal lain telah
pergi ke pulau untuk mengambil air dan kayu bakau. Sebaliknya Awang Sulung Merah telah
berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air laut dan membawa balik batang nipah. Setelah itu
Tuan Puteri minum air laut itu dan mendapati bahawa air yang masin itu telah bertukar menjadi
air yang manis.
Tuanku Nakhoda Tua menghimpun semua anak kapal lalu mengumumkan bahawa sesiapa yang
berjaya menyelamatkan baginda, puteri baginda dan geliung itu daripada bajak (lanun) ketika
meredah kawasan Laut Sekona Lingga itu dikahwinkan dengan puteri baginda .
Ketika melintasi perairan Pulau Salah Nama, kumpulan lanun telah menyerang geliung itu.
Semua anak kapal telah melarikan diri untuk menyelamatkan diri sendiri. Tuan Puteri menyuruh
Si Kembang Cina untuk meminta bantuan Awang Sulung Merah. Awang Sulung Merah merajuk.
Tuan Puteri pun menyuruh Si Kembang Cina menyediakan air limau dan sabun kepada Awang
Sulung Merah. Setelah mandi, Awang Sulung Merah kelihatan kacak dan berseri-seri. Ketika

lanun ternampak Awang Sulung Merah mereka mengenali penghulu mereka lalu meminta ampu.
Semua lanun telah menyerahkan semua dinar emas kepada Awang Sulung Merah untuk
melangsaikan hutang kepada Datuk Batin Alam. Semua lanun pun undur dari situ.
Sekali lagi jurumudi itu mencabut kerisnya dan menikam ayam lalu mengatakan bahawa dialah
yang mengalahkan bajak dan menyelamatkan geliung itu. Tuanku Nakhoda Tua berasa gembira
lalu hendak mengahwinkan Puteri Dayang Seri Jawa dengan jurumudi itu. Tuan Puteri memarahi
ayahandanya lalu menjelaskan keadaan yang sebenarnya. Akhirnya Tuanku Nakhoda Tua
mengadakan kenduri secara besar-besaran dan mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa
dengan Awang Sulung Merah.
Setelah beberapa ketika kemudian, geliung itu pun belayar hingga Negeri Pati Talak Terengganu.
Bujang Selamat telah dititahkan oleh baginda untuk bertanya tentang tujuan kedatangan
rombongan Awang Sulung Merah. Atas keizinan isteri, Awang Sulung Merah dan anak buah pun
diundang ke istana Negeri Pati Talak Terengganu. Awang Sulung Merah dijemput bertaruh dalam
sabung ayam. Setelah Awang Sulung Merah berseru-seru, ayam baginda Kinantan Suci telah
berjaya menewaskan ayam Bujang Selamat.
07 Mei 2009

Pengenalan Morfologi
Bidang Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan
penggolong kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang
menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa
sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan
penggandaan.

Penggolongan

kata

pula

ialah

proses

menjeniskan

perkataan

berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan
yang sama.
Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam buku Pengajian Melayu 1,
Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83, morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau
ujaran sesuatu kata itu.

Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik
Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan
dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses
membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu
, 2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan
penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunya Tatabahasa Bahasa
Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang
daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya
perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk
kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik perubahan
kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji bagaimana
morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.
Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk
Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady & Guzman
juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan oleh Radiah
Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada kajian tentang
pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunya Language yang
telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk
bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan
bahagian kata.
Mei 2009

Contoh Analisis Cerpen Dari Aspek Sintaksis


SINTAKSIS BAHASA MELAYU
BMM3110
KERJA KURSUS PROJEK
Menghasilkan kerja Kursus Projek untuk memahami dan menganalisis unsur binaan ayat
Bahasa Melayu yang terdapat dalam sesuatu teks atau prosa yang dipilih.

1.0 Pengenalan
Sintaksis merupakan satu bidang bahasa yang tugasnya mengkaji rumus-rumus yang menerbitkan
ayat-ayat gramatis sesuatu bahasa serta hukum-hukum tentang susunan kata yang menyebabkan
terjadinya ayat sebagai sesuatu bentuk binaan bahasa yang sempurna.Terdapat pelbagai definisi
yang telah diberikan untuk bidang ini.Antaranya definisi dari aspek makna dalam sesuatu bahasa
yang lain seperti bahasa Yunani, iaitu sun yang bererti dengan dan tattein yang bererti
menempatkan bersama sama.Oleh yang demikian, secara etimologi, sintaksis dapatlah diertikan
sebagai menempatkan kata kata secara bersama-sama untuk menjadi kelompok kata atau ayat.
Namun, kebanyakan ahli bahasa di Malaysia telah mendefinisikan sintaksis berdasarkan fungsi dan
bidang tugasnya.Contohnya definisi yang telah dinyatakan oleh Abdullah Hassan 1980:164,sintaksis
merupakan istilah untuk mengkaji pembentukan ayat, iaitu bagaimana morfem dan kata disusun
menjadi unit sintaksis yang kecil iaitu frasa,atau menjadi klausa dan ayat merupakan unit terbesar.

2.0 Struktur Binaan Ayat Bahasa Melayu


Setiap

pembentukan

ayat

dalam

sesuatu

bahasa

dikenali

sebagai

satu

binaan

atau

konstruksi.Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang
sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata
yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.Binaan ayat mengandungi subjek
dan predikat.

2.1. Subjek
Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan,yang
bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.Menurut Profesor Abdullah Hassan dalam
bukunya Tatabahasa Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis untuk guru dan pelajar,subjek ialah
benda .Istilah lain untuk subjek ialah hal.Subjek juga dikenali sebagai perkara yang diceritakan.

2.1.1.Binaan Subjek
Subjek ayat tunggal terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur seperti
kata nama, kata ganti nama, kata kerja yang berfungsi sebagai kata nama dan kata adjektif yang
berfungsi sebagai kata nama.Profesor Abdullah Hassan mengatakan bahawa unsur-unsur subjek
mestilah terdiri dariapda orang,benda atau perkara.Contoh dalam cerpen Mak Timah karya Khatem
Bin Ariffin,terdapat beberapa ayat yang subjeknya terdiri daripada orang, benda dan kata
kerja.Contohnya ayat pada muka surat 92 : Dia juga pandai memasak. Subjek dalam ayat ini adalah
kata ganti nama diri iaitu merujuk kepada manusia.

2.1.1.(i) Kata Nama


Kata nama yang menjadi subjek sesuatu ayat boleh terbentuk daripada kata nama am,kata nama
khas,atau kata nama terbitan. Dalam cerpen Mak Timah terdapat banyak ayat yang subjeknya terdiri
daripada kata nama. Contohnya ialah ayat pada perenggan 2 muka surat 92 : Mak Timah hanya
bekerja pada waktu siang. Subjek ayat ini adalah Mak Timah iaitu kata nama khas hidup manusia.

Selain itu, penulis juga kerap menggunakan kata nama am sebagai subjek dalam ayat. Buktinya
pada perenggan 3 muka surat 92 : Ayah yang selalu meminta aku untuk membantu dimana perlu.
Ayah mahu aku belajar memasak. Pada perenggan 3 : Ayah pun nampak berselera juga waktu
makan masakan Mak Timah.Nenek sudah tua.Subjek ayat tersebut adalah kata nama am hidup
manusia.

2.1.1 (ii) Kata Ganti Nama


Kata ganti nama ialah perkataan yang menjadi pengganti kata nama khas dan kata nama am.Kata
ganti nama boleh dibahagikan kepada dua golongan kecil,iaitu kata ganti nama tunjuk dan kata ganti
nama diri.Sehubungan itu kata ganti nama diri terdiri daripada dua jenis iaitu kata ganti nama diri
tanya iaitu perkataan yang merujuk kepada orang atau benda dalam bentuk tanya.Ada tiga kata
ganti nama diri tanya iaitu apa, siapa, dan, mana.

Penulis cerpen Mak Timah turut menggunakan kata ganti nama tanya sebagai subjek dalam ayat.
Namun hanya terdapat satu ayat sahaja iaitu pada perenggan 1 muka surat 98 : Apakah yang mahu
ayah sampaikan padaku?. Sebaliknya, penulis lebih kerap menggunakan kata ganti nama diri orang
pertama dan orang ketiga dalam binaan subjek ayat.Contoh subjek ayat yang terdiri daripada kata
ganti nama diri pertama ialah pada perenggan 1 muka surat 100 : Aku mengangguk. Aku tersenyum.

2.1.1(Iii) Kata Kerja Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama


Kehadiran kata kerja sebagai subjek dalam ayat bukanlah suatu perkara baru. Terdapat sejenis kata
kerja yang mengambil tugas kata nama.Penulis cerpen Mak Timah lebih gemar menggunakan kata
nama sebagai subjek ayat. Jelas dan nyata hanya minoriti sahaja subjek ayat yang bukan dari
golongan kata nama. Buktinya hanya terdapat satu ayat sahaja yang subjeknya kata kerja iaitu kata
kerja terbitan apitan ke-..-an. Buktinya pada perenggan terakhir muka surat 94 : Kehadiran ibu
tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.

2.1.1(Iv) Kata Adjektif Yang Berfungsi Sebagai Kata Nama


Sehubungan itu,dalam bahasa Melayu,kata adjektif juga merupakan salah satu unsur yang dijadikan
subjek dalam ayat.Terdapat sejenis kata adjektif yang berfungsi sebagai subjek sesuatu
ayat.Contohnya ialah dalam cerpen Mak Timah Karya Khatem Bin Ariffin,perenggan 4 muka surat 92
: Seleraku sentiasa terbuka apabila menghadap hidangan Mak Timah. Kata adjektif selera berada
dalam struktur binaan ayat tersebut adalah sebagai subjek ayat.

Selain itu penulis juga telah menggunakan kata adjektif yang telah menerima imbuhan apitan ke-..an sebagai subjek ayat> Buktinya pada muka surat 95 : Kelembutan ayah mencairkan ketegangan
dalam diriku. Kemesraan ayah mengelus-ngelus keserabutan dalam jiwaku.

2.2. Predikat
Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang
menerangkan subjek.Manakala menurut profesor Abdullah Hassan dalam bukunya Tatabahasa
Bahasa Melayu Morfologi dan Sintaksis, predikat ialah bahagian yang mengandungi ayat yang
mengandungi cerita. Cerita itu ialah berkenaan benda,orang ataupun perkara yang disebut dalam
subjek.Predikat mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Antara fungsi predikat adalah memberitahu maklumat lanjut berkenaan benda, memberitahu apa
yang

dilakukan

oleh

benda,memberitahu

sifat-sifat

benda,dan

memberitahu

dimana,.kemana,mengapa,bagaimana,dengan sifat dan bila.Oleh yang demikian,predikat boleh

terdiri daripada mana-mana satu jenis daripada empat jenis frasa iaitu frasa nama,frasa kerja,frasa
sifat dan frasa sendi.

2.2.1 Binaan Predikat


Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur utama seperti frasa nama,frasa
kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.

2.2.1.(i) Predikat Frasa Nama


Predikat Frasa Nama yang menjadi predikat sama seperti binaan frasa nama yang berfungsi
sebagai subjek dalam sesuatu ayat.Unsur ini boleh terbina daripada kata nama am, kata nama
khas,dan kata nama terbitan.

2.2.1.(ii) Predikat Frasa Kerja


Frasa kerja yang menjadi predikat dalam boleh terbentuk daripada beberapa unsur seperti unsur
kata kerja asal,kata kerja terbitan ,kata bantu dan unsur-unsur keterangan.Kata kerja asal terdiri
daripada dua jenis iaitu kata kerja asal tidak berimbuhan dan asal berimbuhan.Contohnya dalam
cerpen Mak Timah, penulis juga menggunakan frasa nama sebagai predikat dalam ayat. Contoh
ayat yang terdapat dalam cerpen ini adalah Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.

2.2.1(ii)a.Kata Kerja Asal Tidak Berimbuhan


Kata kerja asal tidak berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada satu kata dasar sahaja, dan
boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif ialah kata
kerja yang tidak memerlukan objek atau penyambut manakala kata kerja transitif ialah kata kerja
yang memerlukan objek. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak berimbuhan ialah
mandi,masuk,keluar,tidur,hilang,naik,dan sebagainya.Contoh kata kerja asal tidak berimbuhan
dalam cerpen Mak Timah ialah Pakaian idah juga aku tukar dengan baju kurung

2.2.1(ii)b. Kata Kerja Asal Berimbuhan


Kata kerja asal berimbuhan ialah kata kerja yang terdiri daripada gabungan kata dasar dan
imbuhan. Kata ini boleh terdiri daripada kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Contoh kata
kerja berimbuhan yang tak transitif adalah seperti menari,bernyanyi,berehat dan banyak lagi.Contoh
kata kerja asal berimbuhan sebagai predikat kata kerja dalam cerpen Mak Timah ialah Aku berlari
kebilikku....

2.2.1(ii)c.Kata Kerja Terbitan


Kata kerja terbitan ialah kata kerja yang asalnya bukan daripada golongan kata kerja tetapi daripada
golongan kata yang lain seperti kata nama atau kata adjektif. Proses pengimbuhan akan berlaku
bagi menerbitkan kata kerja terbitan. Proses ini berlaku apabila kata nama atau kata adjektif
tersebut memerlukan imbuhan me-..-kan,me-..-i atau memper-....Contoh perkataan yang terbit
daripada proses pengimbuhan ialah menyekolahkan,membuahkan,menghasilkan dan memperluas.
Kata kerja terbitan tersebut ialah kata kerja transitif dan kehadiran masing-masing dalam ayat
memerlukan objek.Setelah meneliti ayat ayat yang digunakan oleh penulis, didapati ada
penggunaan kata kerja terbitan sebagai predikat frasa kerja.
a) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94)
b) Lagunya yang sumbang dan tidak tentu irama itu dapat juga menidurkan Afiq.
c) .....tidak lagi dapat menakung kencingnya. .(Muka surat 91 )
d) ..... Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepadaku.(Muka surat 91 )
e) .....mendodoikannya sehingga tidur semula. .(Muka surat 91 )
f) Aku cuba menyembunyikan kemuraman wajahku ......(Muka surat 96)

2.2.1(ii)d.Kata Bantu
Kata bantu yang menjadi unsur frasa kerja ialah perkataan yang hadir sebelum kata kerja. Terdapat
dua jenis kata bantu dalam bahasa Melayu iaitu kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Kata bantu
aspek ialah kata bantu yang menyatakan atau menerangkan sesuatu perbuatan dari segi masa,
sama

ada

belum,sedang,atau

sudah

dilakukan.Contoh

kata

bantu

aspek

ialah

akan,belum,pernah,sedang,masih dan banyak lagi.


Manakala kata bantu ragam ialah merupakan kata yang menyatakan atau menerangkan ragam
perasaan yang berkaitan dengan perbuatan yang dilakukan.Kata bantu jenis ini adalah seperti
hendak, mahu,harus,mesti,boleh,dan dapat. Kehadiran kata bantu ragam dalam ayat adalah
sebelum kata kerja. Sehubungan itu,kata bantu juga boleh hadir secara berderetan iaitu lebih
daripada satu dalam sesuatu ayat.Setelah meneliti setiap ayat dalam cerpen Mak Timah, didapati
sememangnya banyak penggunaan kata bantu ragam dan aspek dalam predikat frasa kerja.Antara
ayat yang mengandungi kata bantu adalah seperti yang berikut :

g) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya. (Muka surat 92 )
h) Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab ( Muka Surat 94 )

i) Ingatlah ibu tiri boleh menggantikan emak, rupanya dia datang hendak menyiksa hidup kita
sahaja. ( Muka surat 94 ).
j) Kehadiran ibu tirinya telah membuatkan hidup mereka adik beradik kucar-kacir.(Muka surat 94)
k) Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu. ( Muka surat 96)
l) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.( Muka surat 99 )
2.2.1(ii)e. Unsur-Unsur Keterangan
Frasa kerja yang mengandungi kedua-dua jenis kata kerja, transitif dan tak transitif, boleh menerima
frasa keterangan. Dengan frasa keterangan dimaksudkan unsur-unsur yang menerangkan kata
kerja itu lebih lanjut lagi. Frasa keterangan terbentuk daripada frasa sendi nama seperti dengan
cepat,di kilang,pada pukul dan sebagainya.Penulis cerpen Mak Timah juga banyak menggunakan
unsur-unsur keterangan dalam ayat yang predikatnya adalah frasa kerja.Antara ayat tersebut adalah
seperti berikut ;
a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya ( Muka surat 91)
b) Lampinnya perlu segera ditukar jika basah ( Muka surat 91 )
c) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah ( Muka surat 96)
d) Mak Timah sudah pulang ke rumahnya setelah menyediakan makan malam untuk kami ( Muka
surat 96 )
e) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung ( Muka surat 96 )

2.2.1(iii) Predikat Frasa Adjektif


Frasa adjektif yang berfungsi sebagai frasa predikat terdiri daripada kata adjektif ,iaitu kata adjektif
selapis atau kata adjektif ganda.Bagi penggunaan kata adjektif selapis, boleh didahului oleh kata
penguat seperti amat,sangat,sungguh dan sebagainya. Ada juga kata penguat yang boleh hadir
sesudah kata adjektif seperti sungguh, sekali, betul dan benar.Selain itu,kata adjektif juga boleh
hadir bersama-sama kata bandingan seperti lebih dan paling dan juga boleh disertai imbuhan teryang membawa maksud paling. Berdasarkan analisis yang telah dibuat,terdapat banyak
penggunaan frasa adjektif sebagai predikat dalam ayat. Antaranya adalah seperti ayat yang berikut :
a) Orangnya berwajah manis,lemah lembut dan berusia disekitar tiga puluh lima tahun. ( Muka surat
92)
b) Mak Timah baik ( Muka surat 92 )
c) Dia juga pandai memasak ( Muka Surat 92)
d) Aku sudah pandai membuat susunya ( Muka surat 95)

2.2.1.(iv) Predikat Frasa Sendi Nama


Frasa sendi nama yang menjadi predikat terbina daripada kata sendi nama yang diikuti oleh frasa
nama.Kata sendi nama adalah seperti di,ke,dari,daripada,kepada,untuk,pada,dengan,oleh,dan
sebagainya.Berikut adalah contoh ayat yang predikatnya terdiri daripada frasa sendi nama.
a) Afiq lain sedikit daripada Idah
b) Ayah ke dapur untuk menemui Mak Timah

3.0 Konstituen Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.


Konstituen atau unsur yang menjadi pengisi frasa nama terdiri daripada kata nama sebagai unsur
intinya.Unsur inti ini boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang
hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya,atau sebelum dan sesudah frasa nama.Ada pendapat
yang yang mengatakan bahawa unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama
jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama.

3.1 Binaan Frasa Nama Dalam Ayat Bahasa Melayu.


Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sederetan
perkataan.Jika dibentuk oleh sederetan perkataan,maka terdapat dua jenis hubungan antara
perkataan-perkataan itu.Jenis pertama ialah yang terdiri daripada satu perkataan yang menrupakan
inti bagi seluruh frasa nama itu. ,sementara perkataan atau perkataan-perkataan yang lain
merupakan penerang atau penerang-penerangnya.
Jenis yang kedua ialah jenis yang terdiri daripada dua unsur di dalamnya.Inti ialah unsur yang diberi
penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna,sementara penerang merupakan
unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang.


Frasa nama yang mengandungi unsur-unsur yang mempunyai hubungan inti+penerang boleh
terbentuk daripada dua jenis hubungan iaitu inti + penerang nama dan inti + penerang bukan nama.
Dalam cerpen Mak Timah,bagi binaan frasa nama inti + penerang nama terdapat beberapa binaan
frasa nama iaitu seperti didalam jadual dibawah:

i) Inti + penerang nama jenis.


Frasa Nama
Inti Penerang Nama Jenis

baju kurung

ii) Inti + penerang milik


Frasa Nama
Inti Penerang Milik
Pakaian Idah
Susu Afiq
Bilik ku
Orang nya

3.1.1 Binaan Frasa Nama : Inti + Penerang Bukan Nama


Frasa nama juga boleh terbentuk daripada inti yang menerima penerang bukan daripada jenis kata
nama. Penerang bukan nama,terdiri daripada penerang-penerang yang dibentuk oleh perkataan
yang bukan daripada kelas kata nama iaitu penentu,kata kerja, kata adjektif,frasa sendi nama dan
bilangan ordinal.Dalam cerpen Mak Timah terdapat juga binaan frasa nama inti + penerang bukan
nama.
i)Penentu Hadapan
Frasa Nama
Penentu Hadapan Inti
Bilangan Penjodoh Bilangan
Semua - barang kemas

ii) Penentu belakang


Frasa Nama
Inti Penentu belakang
petang itu
waktu itu

iii) Inti + penerang kata adjektif


Frasa Nama
Inti Penerang Kata Adjektif
suara garau
suara langsing

iii) Inti + penerang frasa sendi nama


Frasa Nama
Inti Penerang Frasa Sendi Nama
Sendi Nama Frasa Nama
Aku dari sekolah
Ayah di dapur

3.2 Susunan Konstituen Frasa Nama


Dalam pembinaan frasa nama, terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan
konstituen-konstituennya, iaitu apa yang hadir dahlu dan apa yang kemudian. Peraturan-peraturan
ini

adalah

seperti

peraturan

D-M,kecualian

hukum

D-M,bilangan

dan

panggilan,

dan

penerang.Berdasarkan penelitian terhadap cerpen Mak Timah, didapati penulis sememangnya


mengambil kira susunan konstituen frasa nama.
Susunan Konstituen Frasa Nama berdasarkan Peraturan D-M dalam Cerpen Mak Timah
Frasa Nama
Diterangkan ( Inti ) Menerangkan(Penerang)
Pakaian Idah
Susu Afiq
Baju kurung

4.0 Binaan Frasa Kerja Dalam Ayat Bahasa Melayu.


Dalam ayat-ayat bahasa Melayu,binaan frasa kerja terbahagi kepada dua jenis iaitu frasa kerja yang
tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai
objek untuk melengkapkannnya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak
transitif.Jenis yang kedua ialah frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus
disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya.Frasa kerja yang
demikian mengandungi kata kerja transitif.
4.1 Binaan Frasa Kerja Tanpa Objek
Frasa kerja yang tidak mengandungi frasa nama sebagai objek terdiri sdaripada satu jenis kata kerja
sebagai intinya, yang disebut kata kerja tak transitif.Kata kerja tak transitif ialah sejenis kata kerja
yang tidak perlu disambut oleh sebarang frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya.Binaan
Frasa Kerja yang terdapat didalam cerpen Mak Timah adalah seperti berikut :

a) Kata kerja Tak Transitif dengan Pelengkap


i) Frasa sendi nama sebagai pelengkap
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Frasa Sendi Nama
Ayah bangun dari tidurnya
Mak Timah datang bekerja di rumah
Aku berlari ke bilik

ii) Kata nama sebagai pelengkap


Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Nama
Ayah cium pipi Idah

iii) kata Adjektif sebagai pelengkap


Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata Kerja Kata Adjektif
Dadku menjadi sebak

b) Kata Kerja Tak Transitif dengan Kata Nama sebagai penerang


Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Kata bantu Aspek Frasa Kerja
Kata Kerja Penerang
Petang esoknya aku sudah siap berbaju kurung ungu

4.2 Binaa Frasa Kerja dengan Objek

Frasa kerja yang mengandungi frasa nama sebagai objek ialah yang dibentuk oleh kata kerja
transitif sebagai intinya dan frasa nama yang mengikuiti kata kerja itu sebagai objek atau
penyambutnya.
a) Frasa Kerja yang mengandungi satu objek
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat
Afiq menggunakan pampers
Aku cuba mencari hujah
Aku menggelengkan kepala

b) Frasa Kerja yang mengandungi dua objek


Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Nama Kata Kerja Objek Tepat Objek Sipi
Mak Timah memberitahu ku satu berita
Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah telapak tanganku.

4.3.Frasa Kerja dengan Kata Bantu


Unsur kata bantu dibentuk oleh kata bantu yang boleh disertai oleh kata penguat.Kata bantu
menerangkan kata kerja dari dua sudut makna iaitu mengikut makna yang didukung oleh kedua-dua
jenis kata bantu tersebut iaitu kata bantu aspek yang menerangkan aspek waktu bagi kerja,
manakala kata bantu ragam pula menerangkan ragam perasaan bagi kata kerja.
a) Kehadiran Kata Bantu Aspek sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah.
Ayat
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Kerja
Kata Bantu Aspek Kata Kerja Pelangkap
Mak Timah akan menghidang makanan tengah hari kami
Mak Timah telah memberi tunjuk ajar kepada ku
Ayah telah mengambilnya bekerja atas cadangan nenek

Aku pernah mencadangkan Afiq tidur denganku


Afiq sedang tidur di biliknya (penerang)
Ayah akan mendukung Afiq

b) Kehadiran Kata Bantu Ragam sebelum Kata Kerja dalam cerpen Mak Timah
i. Dia datang hendak menyiksa hidup kita sahaja
ii. Aku boleh menjaga mereka.
iii. Aku tak mahu kata kata yang terkeluar dari mulutku berbaur emosi.
iv. Ayah tidak lagi dapat bermesra dengan kami.
v. Aku dapat merasakan darahku menjalan ke muka dan berkumpul dipipiku.
vi. Apakah yang mahu ayah sampaikan padaku?
vii. Aku tidak tahu bagaimana hendak menjawab

4.4 Frasa Kerja dengan Ayat Komplemen.


Frasa kerja, sama ada jenis transitif atau tak transitif,boleh menerima ayat komplemen. Apabila ini
berlaku ayat yang terbentuk ialah ayat majmuk. Dalam ayat ini kata hubung pancangan komplemen
akan digunakan iaitu bahawa dan untuk yang berfungsi menggabungkan dua ayat menjadi satu
ayat iaitu penerbitan ayat majmuk pancangan komplemen.
a) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq.
b) Aku selalu juga mencuba untuk bangun lebih awal daripada ayah
c) Afiq tidak ada masalah untuk tidur bersama-samaku pada malamnya.
d) Nampaknya ayah kena cari orang lain untuk menggantikan Mak Timah.
4.5 Unsur Keterangan dalam Frasa Kerja
ii) Keterangan waktu
a) Mak Timah sudah lama menjanda sejak kematian suaminya.
b) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang
iii) Keterangan cara
a) Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya.
iv) Keterangan tujuan
a) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.
v) Keterangan alat
a) Pakaian Idah juga aku tukar dengan baju kurung.
vi) Keterangan bagai

a) Mak Timah bagaikan ibu kepadaku.


b) Kamu bertiga sudah dianggapnya macam anak sendiri.

4.6. Kesimpulan binaan frasa kerja yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Secara ringkasnya, binaan frasa kerja yang terdapat didalam cerpen ini adalah binaan frasa kerja
dengan objek dan tanpa objek. Sehubungan itu juga penulis banyak mengaplikasikan kata bantu
iaiatu frasa kerja dengan kata bantu aspek dan kata bantu ragam.Selain itu, ayat yang dibina juga
telah diperluaskan dengan kata hubung pancangan komplemen dan menerbitkan ayat majmuk yang
mengandungi frasa kerja dengan ayat komplemen.Unsur-unsur keterangan juga telah digunakan
ialah meliputi keterangan waktu,tempat,alat dan bagai.

5.0 Binaan Frasa Adjektif dalam ayat bahasa Melayu.


Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang
mengandungi kata adjektif dengan kata abntu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakang.

5.1 Binaan Satu Perkataan


Binaan ini terdiri daripada satu kata adjektif.Berikut adalah contoh daripada cerpen Mak Timah.
I. Terganggu oleh suara langsing Afiq
II. Suara garau ayah kadang-kadang membuat aku tersenyum.
Kata adjektif langsing dan garau merupakan kata adjektif tanpa imbuhan iaitu kata adjektif yang
terdiri dariapda satu kata dasar.

5.2 Binaan Dua Perkataan


Binaan jensi ini terdiri daripada dua perkataan iaitu sama ada kata adjektif dengan kata adjektif atau
kata adjektif dengan kata nama.

a) Binaan kata adjektif + kata adjektif


Binaan ini boleh terdiri daripada 3 jenis iaitu dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian
makna, dua kata adjektif yang maknanya berlawanan dan deretan dua kata adjektif dengan
perkataan yang kedua digunakan oleh sebab unsur rima, yakni keindahan bunyi. Contoh daripada
cerpen Mak Timah seperti berikut :

a) Dua kata adjektif yang menekankan unsur keserasian makna


lemah lembut.
b) Binaan kata adjektif + kata nama
Binaan ini merupakan kata adjektif yang terdiri daripada kata adjektif + kata nama terdiri daripada
kata adjektif yang menjadi inti frasa dengan kata nama sebagai penerang.Binaan kata adjektif jenis
ini boleh terdiri daripada frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan dan frasa adjektif yang
membawa maksud kiasan. Binaan jenis ini juga tidak terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Sebaliknya penulis banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja.

5.3 Frasa Adjektif dan Penguat.


Frasa adjektif boleh terdiri daripada hanya sepatah kata adjektif dan boleh juga teridiri daripada kata
adjektif yang disertai penguatnya.Berikut adalah hasil analisis daripada cerpen Mak Timah
a) Penguat hadapan
Kata penguat yang hadir sebelum kata adjektif dan berada selepas kata nama atau kata
bantu.Contoh ayat ialah Pampersnya sudah terlalu berat.
AYAT
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Adjektif
Kata Nama Kata Bantu Kata Penguat Kata Adjektif
Pampersnya sudah terlalu berat

5.4 Kata Bantu dalam Frasa Adjektif


AYAT
Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Adjektif
Kata Nama Kata Bantu Kata Adjektif Kata Kerja Kata Nama
Aku sudah pandai membuat susunya

5.5 Susunan Frasa Adjektif dalam Ayat


Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis kedudukan frasa adjektif iaitu selepas subjek sebagai
predikat, selepas frasa kerja sebagai keterangan dan selepas frasa nama sebagai penerang.
Dalam jadual dibawah adalah hasil analisis susunan frasa adjektif dalam ayat bagi cerpen Mak
Timah.

a) Frasa Adjektif sebagai Predikat


Ayat
Subjek Predikat
1) Pampersnya sudah terlalu berat
2) Dia larat untuk menjaga Idah
3) Dia juga pandai memasak
4) Aku sudah pandai membuat susunya

b) Frasa Adjektif sebagai keterangan


Ayat
Subjek Predikat
Frasa Kerja Keterangan ( Kata Adjektif )
Afiq tiba-tiba menjerit dengan suara langsingnya

c) Frasa Adjektif sebagai penerang Kata Nama


Frasa Nama
Kata Nama Kata Adjektif
1) Mak Timah baik
2) Barang kemas

5.6 Kesimpulan Binaan Frasa Adjektif yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah
Secara ringkasnya, penulis lebih banyak menggunakan binaan satu perkataan sahaja. Manakala
jika dilihat hasil analisis dari aspek susunan frasa adjektif dalam ayat, ketiga-tiga susunan tersebut
terdapat dalam cerepn ini.Kesimpulannya frasa adjektif sebagai predikat ialah satu binaan yang
boleh diperluaskan dengan menambah beberapa unsur seperti dalam rajah yang berikut:
Kata Bantu + Kata Penguat+Kata Adjektif+Kata Keterangan+ Ayat Komplemen.

6.0 Frasa Sendi Nama


Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu
frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu.Kata sendi nama ialah bentuk
morfem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama.Berikut adalah contoh frasa sendi nama
yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah.
Ayat

Subjek Predikat
Frasa Nama Frasa Sendi Nama
Kata Nama Kata Sendi Nama Frasa Nama
Aku dari sekolah

6.1 Binaan Frasa Sendi Nama dalam ayat bahasa Melayu.


i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama
Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya dihadapan suatu frasa
nama.Binaan jenis ini terdapat di dalam cerpen Mak Timah. Hasil analisis adalah seperti di dalam
jadual dibawah:
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
dari sekolah
Frasa Sendi Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
di rumah
daripada Mak Timah
ke rumahnya
dari mulutku
ke dapur
di bandar
di pusat rekreasi

ii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+ Frasa Nama


Dalam binaan ini kata sendi nama wujud sebagai perkataan yang letaknya di hadapan frasa nama
yang didahului satu unsur kata nama arah.Dalam masa yang sama,frasa sendi nama boleh juga
wujud tanpa nama arah.
Frasa Nama
Kata Sendi Nama Frasa Nama
Kata Nama Arah Frasa Nama
di - rumah
di - bilik
di atas tilam

Walau bagaimanapun,bilangan binaan jenis ini sedikit di dalam cerpen Mak Timah.
iii) Kata Sendi Nama + ( Kata Nama Arah )+Frasa Nama + Keterangan.
Binaan jenis ini terbentuk apabila frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu
diikuti keterangan.Seperti ayat komplemen juga, unsur keterangan hadir secara pilihan.

Frasa Sendi Nama


Kata Sendi Nama Frasa Nama Keterangan
Kata Nama Arah Frasa Nama
di - bilikku pada waktu malamnya.
ke - bilikku lalu menyembahkan mukaku
di - rumah aku biasanya menggunakan pakaian yang simple sahaja.

6.2 Kedudukan Frasa Sendi Nama dalam Ayat.


i) Predikat Frasa Sendi Nama
Predikat frasa sendi nama ialah konstituen yang hadir selepas subjek dalam ayat yang mempunyai
susunan yang biasa.
Contoh ayat:
Ayah di dapur
Ayah ke dapur
Ayat
Subjek Predikat
Ayah di dapur
Ayah ke dapur
Aku dari sekolah

ii) Frasa Sendi Nama sebagai Keterangan


a) Frasa sendi nama keterangan frasa kerja
1) Kami berempat bersiar-siar di bandar.
2) Ayah bangun dari tidurnya untuk membuat susu Afiq
3) Mak Timah datang bekerja di rumah kami
4) Mak Timah balik ke rumahnya.

5) Aku berlari ke bilikku


6) Mak Timah hanya bekerja pada waktu siang
7) Dia akan datang untuk memasak dan membasuh pakaian kami.
6.3 Kesimpulan Binaan dan Susunan Frasa Sendi nama yang terdapat di dalam cerpen Mak Timah
Secara ringkasnya, binaan frasa sendi nama yang terdapat di dalam cerpen ini majoritinya penulis
kerap menggunakan binaan Kata Sendi Nama + Frasa Nama.Manakala binaan yang lain adalah
jarang sekali digunakan.Manakala dari aspek kedudukan frasa sendi nama dalam ayat pula,penulis
kerap menggunakan frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan
frasa kerja.

7.0 Rumusan
Berdasarkan hasil analisis cerpen Mak Timah, sememangnya struktur ayat terdiri daripada asas iaitu
mengandungi subjek dan predikat. Sesebuah ayat boelh di bina dengan menggaplikasikan frasa
nama,frasa kerja,frasa adjektif dan frasa sendi nama.Namun demikian setiap frasa ini mempunyai
binaannya dan konstituennya yang tersendiri. Kesimpulannya sesuatu ayat boleh di perluaskan
dengan unsur frasa frasa yang boleh di ubah peranannya dalam ayat seperti menjadi unsur
pelengkap dan keterangan dengan menggunakan kata hubung pancangan komplemen atau frasa
sendi nama bagi menerbitkan ayat majmuk komplemen.

BAHASA MELAYU KLASIK

Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodisasi
Bahasa Melayu, sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu
Klasik dikatakan bermula pada abad ke-13 dan berakhir pada abad ke-19. Bahasa Melayu
Klasik ini diasaskan sewaktu terdirinya kerajaan Islam pertama di sebelah timur Aceh, iaitu
kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa ini merupakan kesan
langsung kedatangan agama Islam dan kebudayaan Islam. Zaman permulaannya ditandai
dengan kemunculan prasasti Terengganu yang bertarikh 702 Hijrah bersamaan dengan
1303 Masihi. Bahasa Melayu Klasik muncul dengan wujudnya tulisan Jawi, iaitu tulisan
Arab berbahasa Melayu pada awal abad ke-14. Prasasti Bahasa Melayu Klasik banyak
terdapat di semenanjung Tanah Melayu seperti di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan,
Pahang, Perak, Kelantan, Kedah dan beberapa tempat lain. Prasasti ini juga ditemui di
Sumatera Selatan, Jambi, Riau, Sumatera Barat, Sumatera Utara dan Aceh.

Pada abad ke-13, peralihan bahasa berlaku ekoran daripada pengaruh yang dibawa oleh
agama Islam ke Asia Tenggara. Kehadiran agama Islam ke Asia Tenggara banyak
mempengaruhi perkembangan Bahasa Melayu ketika itu terutama dari aspek kosa kata,
struktur kata dan juga tulisannya. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu
Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat
Minye Tujuh, Aceh (1390), iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata
Arab seperti khalifah, nabi-nabi, Allah dan rahmat. Batu bersurat Pagar Ruyung pula
mempunyai sedikit perbezaan dengan batu bersurat abad ke-7, iaitu dari segi bahasanya.
Bahasa Melayu Klasik dikatakan mengalami zaman kegemilangannya semasa berada di
bawah kerajaan Melaka, Aceh dan Johor Riau. Hal ini disebabkan kerajaan-kerajaan
tersebut pernah menjadi kawasan yang penting untuk kegiatan perdagangan dan
perkembangan Islam dan seterusnya bahasa pada ketika itu.

Kemunculan Bahasa Melayu Klasik ini juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama.
Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu lama ini tersimpan di beberapa buah
negara terutamanya di Barat. Manuskrip Melayu lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan
Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh tahun 1521 dan 1522.
Tulisan berbentuk buku pula ialah ialah kitab Aqaid al-Nasafi yang bertarikh 1590 (988H).
Terdapat juga manuskrip lama lain seperti Tutinameh(1600), Hikayat Seri Rama (1633),
surat Raja Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda
Mahkota Alam, Aceh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini
menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Asia Tenggara pada
masa itu.
Dari segi fonologi, sistemnya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Kebanyakan
data berbentuk tulisan dan ini menyukarkan pengesanan sebutan yang sebenar. Awang
Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga sahaja, iaitu
i, a dan u (daripada vokal Arab alif, ya dan wau). Namun demikian dapat diandaikan
bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat
dalam Bahasa Melayu, iaitu a, e pepet, e taling, i, o, dan u. Dari segi bunyi konsonan
pula, dapat diandaikan bahawa bunyi konsonan Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang
terdapat dalam Bahasa Melayu Moden. Pelambangan bunyi getaran alveolar r yang jelas
menggunakan huruf ra dalam bahasa Arab. Penggunaan ini pada hujung suku kata akhir
tertutup menggambarkan bahawa bunyi getaran alveolar itu hidup dan tidak senyap dalam
bahasa lisan klasik. Bunyi diftong pula memperlihatkan persamaan dengan bunyi diftong
dalam Bahasa Melayu Moden, iaitu ai, au dan oi.

Dari segi tatabahasa pula, imbuhan yang digunakan sama dengan yang digunakan dalam
Bahasa Melayu Moden. Hal yang sama juga berlaku bagi proses morfofonemik,
penggandaan dan pemajmukan. Dari segi sintaksis, ayat dalam bahasa ini memanfaatkan

empat pola ayat dasar, iaitu ayat tunggal, ayat majmuk yang sama rumusannya dengan
Bahasa Melayu Moden, ayat kompleks dan ayat pasif. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik ialah:
a.
b.
c.
d.

Ayat yang panjang dan berbelit-belit


Banyak ayat pasif
Menggunakan bahasa istana
Kosa kata klasik seperti ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk asmara),
sahaya, masyghul dan sebagainya
e. Banyak menggunakan kata pangkal ayat atau perdu perkataan seperti sebermula,
alkisah, hatta, adapun dan sebagainya
f. Penggunaan ayat songsang dan banyak menggunakan partikel pun dan lah
Kajian Asmah haji Omar tentang kitab Aqaiid al-Nasafi, iaitu teks tertua Bahasa Melayu
menunjukkan hampir 82% kosa katanya merupakan kosa kata Bahasa Melayu asli. Kata
pinjaman yang agak menonjol ialah bahasa Arab, Parsi dan Sanskrit. Terdapat juga
penggunaan penanda wacana yang tidak digunakan lagi dalam Bahasa Melayu Moden,
iaitu bermula, hatta, syahadan, kalakiandan seumpamanya.
Gaya Bahasa Melayu Klasik pula memperlihatkan gaya yang tersendiri. Gaya Bahasa
Melayu Klasik kelihatan pada ayat kompleks, ayat pasif dan ayat songsang. Hal ini
disebabkan oleh pengaruh bahasa Arab dan lenggoknya yang jelas kelihatan kearabaraban. Selain daripada itu, bunga bahasanya juga menggambarkan kehalusan dan daya
cipta berseni karyawan pada zaman tersebut. Bahasa Melayu Klasik bertunjangkan sistem
tulisan Jawi yang berasaskan aksara Arab. Sistem tulisan ini merupakan alat yang
meluaskan penyebaran dalam bahasa persuratan di Alam Melayu. Malah sistem tulisan
inilah merupakan bukti yang nyata tentang kewujudan bahasa ini. Warisan Bahasa Melayu
Klasik tertulis dalam karya persuratan yang meliputi pelbagai bidang, iaitu agama, undangundang, ketatanegaraan, historiografi, sastera, perubatan dan pentadbiran serta hubungan
politik. Bahasa Melayu Klasik juga mendapat pengaruh kata-kata pinjaman daripada
bahasa
Arab
dan
Parsi.
Bahasa Melayu Klasik jelas banyak digunakan dalam penulisan agama khususnya bidang
tauhid atau usuluddin, syariah atau undang-undang Islam, dan tasawuf. Karya agama yang
tertua dihasilkan dalam Bahasa Melayu Klasik ialah Aqaiid al-Nasafi.Kitab ini
membicarakan tentang hakikat kejadian benda, kemungkinan ilmu, punca ilmu, keobjektifan
ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Jelasnya, kitab ini merupakan titik
awal bidang ilmu yang jauh jangkauan pemikiran manusia dan diungkapkan dalam Bahasa
Melayu. Ini merupakan pencapaian penting bagi membuktikan bahawa Bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa ilmu.

Tokoh-tokoh lain yang terkenal ialah Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai atau Syamsudin
al-Sumaterani dan Abdul Rauf Singkel. Di samping itu, muncul ahli ilmu dari luar Alam

Melayu, iaitu Nuruddin al Raniri. Hamzah Fansuri terkenal dengan karya prosa
sepertiAsrarul-Arifin fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-Muntahi danSharabulAshiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya yang terkenal ialah Syair Dagang, Syair
Jawi fasal fi bayan Ilm al-suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.

Dari segi sejarah, Bahasa Melayu Klasik mempunyai kesignifikanannya tersendiri. Bahasa
ini dikatakan sebagai titik bermulanya Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu Klasik juga
memperkenalkan ragam bahasa persuratan dengan munculnya tulisan Jawi yang
digunakan secara meluas di Alam Melayu. Peranannya juga penting sebagai asas kepada
pembentukan bahasa baku, konsep kebangsaan Melayu, dan mengungkapkan pelbagai
jenis laras bagi memulakan transformasi ciri budaya yang penting.

Sintaksis
Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau
konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga
hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam
ayat.
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang
membentuk ayat.
Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu :
(i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang
membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula
mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK),
frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurangkurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia
berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA
dan FS
Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu
frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
Frasa endosentrik

1. Frasa yang mengandungi satu unsur inti .


2. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan
mengikut unsur inti ini.
3. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik.
4. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi
unsur inti setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata
nama)
Frasa Eksosentrik
Frasa sendi nama seperti ke tandas, di sekolah tidak mempunyai unsur
inti.
Kewujudan sendi nama di bergantung kepada sekolah dan ke kepada
tandas.
Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya
bergantung kepada suatu unsur luaran.
Binaan Ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama
yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu.
Perhatikan contoh di bawah:
Ah Tian guru senaman
Tipah membeli gula
Suara ketua pengawas itu serak-serak basah
Rumahnya di pinggir bandar
Dalam contoh di atas binaan ayat biasanya merupakan Subjek + Predikat. Subjek pula
biasanya terdiri daripada Frasa nama, contohnya Ah Tian,Tipah, Suara ketua pengawas
itu, dan Rumahnya. Manakala Predikat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Contoh:
guru senaman .Frasa Kerja (FK) Contohnya: Membeli gula, Frasa Adjektif (FA) contohnya
serak-serak basah dan Fras Sendi nama (FSN) Contohnya: di pinggir bandar.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan


Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku.
Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek
(pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan

ayat-ayat lain.
Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada
maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan
peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat
berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku.
(tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)
Pola Ayat Dasar
Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN),
Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
Pola-pola ayat dasar adalah seperti berikut;
Pola 1
FN + FN = Encik Ali(FN) guru sekolah(FN)
Pola 2
FN+ FK = Bapa mereka (FN) sedang berehat (FK)
Pola 3
FN+FA =Anak itu (FNsungguh sihat (FA)
Pola 4
FN +FSN=Pejabat saya (FN) si Kuala Lumpur (FSN)

SINTAKSIS- Bahagian 2(Ayat Majmuk)

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbina daripada gabungan


beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung gabungan
seperti atau, dan, lalu, malahan, sambil serta tetapi bagi, seraya,
kecuali, melainkan, manakala, bahkan, kemudian dan kata hubung
gabungan lain.
Contoh:
a. Awak boleh memakai kasut putih atau kasut hitam.
- Awak boleh memakai kasut putih.
- Awak boleh memakai kasut hitam.

b. Halim memelihara ikan sepat dan ikan keli.


- Halim memelihara ikan keli.
- Halim memelihara ikan sepat.
c. Ramli menyanyi sambil menari.
- Ramli menyanyi.
- Ramli menari.
2. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbina daripada gabungan
beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung pancangan
seperti agar, bahawa, jika, untuk, ketika, semasa, setelah,
semenjak, selagi, selama, supaya, hingga, walaupun...
Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu pancangan relatif, pancangan
komplemen dan pancangan keterangan
i)Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata hubung yang.
Contoh:
a. Wanita yang menjadi calon ibu misali itu ibu saya.
- Wanita itu menjadi calon ibu misali.
- Wanita itu ibu saya.
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen menggunakan kata hubungan
bahawa dan untuk.
a. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kakitangan kerajaan akan
menerima kenaikan gaji tidak lama lagi.
b. Tentulah tidak wajar untuk mereka melakukan aktiviti membuli pelajar
lain di sekolah.
iii)Ayat majmuk pancangan keterangan berfungsi memberikan
huraian lanjut kepada kata kerja induk. Ayat-ayat ini terdiri daripada ayat
majmuk keterangan musabab, waktu, syarat, cara, tujuan,
perbandingan, pertentangan dan akibat.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan musabab:
a. Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu kerana tidak diundang.
b. Oleh sebab mereka tidak menjelaskan yuran tahunan persatuan,
keahlian mereka dalam persatuan itu akan digantung.

Contoh ayat majmuk pancangan keterangan waktu.


a. Guru baru itu melaporkan diri di sekolah itu setelah menerima surat
daripada Jabatan Pelajaran Negeri.
b. Sementara menunggu anak saya pulang dari sekolah, saya
mengemas rumah.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan syarat:
a. Sekiranya awak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini saya
akan menghadiahi awak sebuah motosikal.
b. Kita akan dapat melaksanakan Program Pendidikan Alam Sekitar ini
seandainya kita mendapat kerjasama daripada semua pihak.
Contoh ayat majmuk keterangan cara:
a. Murid-murid di kawasan pedalaman itu ke sekolah dengan menaiki
perahu.
b. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi serta usaha yang gigih,
Hazreen berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Contoh ayat majmuk keterangan tujuan:
a. Pekerja syarikat itu digesa melipatgandakan usaha mereka untuk
meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja.
b. Demi menjaga nama baik dan imej sekolah, semua pelajar yang
mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga peringkat daerah itu
dinasihati agar mematuhi peraturan pertandingan.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan:
a. Sikap pemuda itu yang tidak pandai menghargai pemberian orang lain,
samalah ibarat kera mendapat bunga.
b. Suasana kehidupan penduduk desa itu amat harmoni lantaran mereka
saling membantu bagaikan aur dengan tebing.
Contoh ayat majmuk keterangan pertentangan:
a. Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus mengulang kaji
pelajarannya.
b. Meskipun ayah saya sudah berumur, dia masih ingin menguruskan
kebun buah-buahannya.
Contoh ayat majmuk keterangan akibat:

a. Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang suaranya.


b. Pelajar yang cacat penglihatan itu amat gigih dan berusaha
bersungguh-sungguh sehingga dia berjaya.
3.Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih
daripada satu jenis ayat , yakni yang terdiri daripada campuran ayat
tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan
menggunakan pelbagai kata hubung. Contoh:
a. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah
lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya lagi mulia.
* Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas ,
iaitu:
1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia.
2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut.
3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi
nilainya lagi mulia.
Prof. Rahman Shaari pensyarah di Jabatan Pengajian Media, UM)

KARYA sastera dihasilkan dengan menggunakan bahasa. Oleh itu dapat dikatakan bahawa bahasa ialah
alat untuk penghasilan karya sastera.
Ketika kita dilahirkan, kita tidak tahu berbahasa. Tangisan pertama bayi bukanlah bahasa seperti
yang difahami oleh masyarakat, kecuali jika kita mahu mengatakannya bahasa dalam erti yang
tertentu. Kita belajar berbahasa sejajar dengan perkembangan fizikal kita. Ketika kita kecil, keluarga
mengajarkan kata-kata dan ayat-ayat mudah. Apabila kita bersekolah, kata-kata pun bertambahtambah, dan ayat-ayat pun semakin kompleks.
Kita berbahasa seumur hidup. Bahasa yang kita gunakan ialah bahasa yang dipersetujui oleh
masyarakat. Dengan kata lain, bahasa kita adalah mengikut konvensi masyarakat. Apa-apa yang kita
katakan, sentiasa difahami oleh orang yang kita ajak berbual-bual. Jika kita menulis sesuatu, kita
menujukan tulisan itu kepada orang yang tahu berbahasa, khususnya yang memahami bahasa yang
kita gunakan. Seterusnya, kita membaca tulisan-tulisan dalam bahasa yang kita fahami juga.
Apabila kita mengarang, karangan kita adalah bertahap-tahap. Kita mungkin mengarang untuk
pembaca pada tahap biasa. Maksud pembaca pada tahap biasa ialah pembaca yang membaca
karangan kita untuk mendapatkan maklumat atau berita. Penulis berita untuk akhbar sentiasa
menggunakan bahasa untuk pembaca tahap ini.
Kita mungkin juga menulis karangan untuk pembaca pada tahap intelektual dan akademik. Makalahmakalah yang tersiar dalam jurnal sentiasa menggunakan bahasa akademik. Isinya pula tebal dengan
pemikiran. Karangan pada tahap ini banyak menggunakan istilah-istilah yang hanya difahami oleh
pembaca yang mempelajari ilmu tertentu. Tidaklah mudah untuk kita memahami karangan akademik
tentang undang-undang jika kita tidak pernah mempelajari bidang tersebut.

Oleh

itu,

di

manakah

letaknya

karya

sastera?

Karya sastera ialah karya yang memuatkan nilai seni. Telah disebutkan tadi bahawa karya
sastera berasaskan bahasa. Kita mengatakan karangan tentang undang-undang, perubatan,
ekonomi, politik dan lain-lain semuanya menggunakan bahasa, dan kita bertanya apakah
perbezaan antara bahasa dalam karya sastera dengan bahasa dalam bidang-bidang
tersebut?
Tanpa karya sastera, bahasa hanyalah alat untuk anggota masyarakat berhubung antara antara satu
dengan yang lain, dan juga bertujuan mendapatkan ilmu. Memang peranan yang sedemikian dapat
dilaksanakan oleh bahasa tanpa karya sastera. Namun, untuk keberkesanan mesej dalam kehidupan,
karya sastera amat dituntut. Karya sastera berupaya untuk memperkukuh kesan yang diharapkan oleh
penutur dan penulis. Bahasa dalam karya sastera berbeza daripada yang lain apabila aspek tersebut
diperhatikan.
Bahasa amat penting dalam menghidupkan dan menyegarkan karya sastera. Untuk menilai kebagusan
bahasa, kajian hendaklah ditumpukan pada aspek gaya bahasa. Bagi menghidupkan karya sastera,
gaya bahasa seperti metafora, simile, personifikasi dan lain-lain akan ditekankan.

Bahasa dalam karya puisi


Dalam perbualan harian, kita menemukan karya sastera dalam bentuk yang sederhana dan rendah.
Apabila kita mahu menyarankan bahawa sesuatu itu boleh dipercayai, maka kita katakan Tak tumbuh
tak melata, tak sungguh orang tak kata. Berita yang tidak dapat dibuktikan disebut khabar angin.
Perhatikan bahawa khabar angin ialah simpulan bahasa, dan tak tumbuh tak melata, tak sungguh
orang tak kata ialah pepatah. Simpulan bahasa dan pepatah ialah karya sastera.
Karya sastera dari genre peribahasa (termasuk simpulan bahasa dan pepatah) adalah banyak.
Demikian juga karya sastera yang berupa ungkapan-ungkapan. Kita sering membaca karya sastera
sedemikian di akhbar, majalah dan buku. Kita juga sering mendengar syarahan dan juga percakapan
harian yang memuatkan karya sastera sedemikian. Karya sastera yang sedemikian ialah puisi.
Pantun, syair, gurindam dan seloka, ialah puisi yang dianggap berada pada tahap yang lebih tinggi
daripada peribahasa. Walau bagaimanapun, kesemua karya sastera yang disebut puisi tradisional itu
membawa maksud yang mendalam dan maksud itu tersimpul dalam bahasa yang indah dan menarik.
Jika bahasanya tidak menarik dan keseluruhan penyampaiannya tidak berkesan, pasti kita tidak
menganggapnya karya sastera.
Marilah kita tuturkan serangkap pantun. Pantun ini membawa maksud bahawa seseorang akan
mengingati orang yang jauh, jika dia merasakan orang dekat tidak memberikan perhatian
terhadapnya.
Ada
penyengat
Di
dahan
Mana
tak
Orang yang dekat tak dengar kata.

di
langsat
ingat

orang

dahan
semut
yang

pauh,
melata;
jauh,

Jika isi pantun di atas disebutkan dalam bentuk prosa biasa, bunyinya ialah, Saya asyik
mengenang kawan saya yang jauh, kerana kawan yang dekat dengan saya tidak sefahaman
dengan saya. Kata-kata dalam bentuk prosa itu tidak berkesan. Pantun yang diutarakan itu
lebih berkesan kerana bahasa yang digunakan ialah bahasa yang berentak dan berirama.
Kata-kata Mana tak ingat orang yang jauh adalah padat, dan berentak, manakala katakata yang berbentuk bukan sastera adalah biasa sahaja. Oleh sebab kata-kata dalam pantun
itu berkesan, kita menganggapnya aforime, iaitu bahan yang dapat dijadikan pedoman
hidup. Pedoman hidup ini berbunyi: Jika kita mahu diri kita disayangi, janganlah kita
mengetepikan cakap-cakap orang yang kita sayangi.

Sekarang, jelaslah bahasa dalam karya sastera ialah bahasa yang berkesan. Bahasa dalam
sajak sentiasa padat dan puitis, oleh itu mesejnya akan diingati, tidak segera dilupakan.
Perhatikan kata-kata daripada sajak Mengintai Ruang Insaf karya Shukri Abdullah.
Semakin
terpikul
semakin
memburu nur-Mu.

berat
di
jauh

kejahilan
bahu
perjalanan

Rangkap di atas menimbulkan keinsafan, bahawa manusia yang berdosa akan kian jauh
daripada nikmat Tuhan. Bahasa sastera yang digunakan oleh Shukri Abdullah kuat dan
berkesan, berbanding dengan bahasa bukan sastera untuk menyampaikan mesej yang
sama. Sebagai karya puisi moden, karya ini memuatkan metafora seperti padang hidup
dan tunjang makna.
Bahasa dalam karya prosa Prosa tradisional Pelayaran yang Penuh Peristiwa ditulis
semula oleh Matlob daripada karya asal. Oleh sebab yang demikian, sifat klasiknya agak
terhakis. Perhatikan ayat ini: Setelah beberapa lama berlabuh barulah orang-orang yang
mabuk tadi tersedar. Ayat tersebut menyamai ayat bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu
dalam prosa Melayu tradisonal yang tulen berbunyi seperi ini: Syahadan maka tersebutlah
perkatannya Indera Nata berjalan itu. Ayat tersebut terdapat dalam Hikayat Indera Nata.
Karya sastera yang berbentuk prosa juga memiliki unsur-unsur yang menentukan keberkesanan.
Selalunya karya prosa memuatkan cerita. Dalam cerita itu terselit pesanan dan pengajaran.
Pesanan dan pengajaran yang disampaikan melalui cerita sentiasa berkesan. Khalayak karya prosa,
baik prosa tradisional mahupun prosa modern, akan tiba pada kesimpulan bahawa kebaikan mesti
mengatasi kejahatan. Selain itu karya prosa yang baik pasti memuatkan pemikiran. Nilai kebaikan dan
pemikiran adalah penting dalam kehidupan masyarakat. Dalam karya yang berbentuk prosa, bahasa
yang berkesan digunakan untuk melukiskan peristiwa dan juga untuk menghasilkan dialog.
Bentuk dan susuk bahasa Melayu tradisional tidak menyamai bentuk dan susuk bahasa Melayu moden.
Untuk memahami hal ini, ambil sahaja mana-mana ayat daripada Hikayat Indera Nata dan
bandingkan dengan mana-mana ayat dalam cerpen Mellisa karya Abdullah Hussain.
Selain bentuk dan susuk ayat, dalam karya prosa tradisional terdapat beberapa perkataan yang sudah
tidak digunakan dalam zaman moden. Kata-kata itu antara lain ialah syahadan, sebermula,
hatta, dan lain-lain. Perhatikan juga bahawa dalam prosa tradisional terdapat agak banyak kata yang
digunakan untuk melukiskan corak komunikasi antara pihak raja dengan rakyat. Kata-kata yang
dimaksudkan
ialah
patik,
tuanku,
beta,
baginda
dan
lain-lain.
Bahasa dalam karya prosa tradisional selalunya tidak memaparkan keperibadian khusus pengarang.
Perhatikan ayat ini: Alkisah inilah suatu ceritera orang dahulukala, amatlah indah bunyinya, supaya
memberi asyik hati perempuan yang hendak berbuat bakti kepada suaminya, dari dunia datang ke
akhirat. (Daripada Hikayat Khoja Maimun). Kita katakan ayat tersebut tidak memaparkan
keperibadian khusus pengarangnya kerana bentuk itu ialah bentuk umum bahasa Melayu klasik. Yang
dapat kita pelajari daripada ayat di atas ialah adanya kata lama, iaitu alkisah dan ceritera. Kita
juga dapat memerhatikan bentuk dan susuk ayat dalam bahasa Melayu klasik.
Bahasa dalam karya prosa moden memuatkan identiti pengarang. Perhatikan ayat daripada cerpen
Ibu dan Ceper karya Shahnon Ahmad: Ceper pun serupa. Ia memancutkan airnya begitu deras
bagaikan anak panah yang baru saja lepas dari busurnya. Gaya bahasa Shahnon tidak sama dengan
gaya bahasa Erda Roslan Khairi. Perhatikan ayat-ayat daripada cerpen Israk: Pagi nirmala. Camar
menyanyi mesra bersaing dengan cengkerik menunjuk ketangguhan.
Perbezaan antara pengarang dapat dilihat pada pemilihan kata, pembinaan ayat dan beberapa aspek
lagi. Selain gaya pengarang, prosa moden juga selalu kaya dengan metafora, personifikasi dan lain-

lain. Dalam cerpen Israk terdapat metafora kolam mata, manakala dalam cerpen Mellisa
terdapat arus masyarakat dan lain-lain. Bahasa figuratif tidak hanya terdapat dalam puisi, tetapi
juga dalam prosa.
Sebagai kesimpulan, aspek bahasa ialah aspek penting dalam karya sastera. Bahasa ialah penentu
utama yang menyebabkan karya sastera menjadi indah dan istimewa.

Anda mungkin juga menyukai