Anda di halaman 1dari 2

Ciri-Ciri Papan Interaktif (Mohd Syakirin, Abdul Hakim, Rusdiansyah, Sharin, Aldzarfiq)

Papan interaktif melibatkan pancaran imej oleh computer ke atas skrin sentuh yang
berukuran saiz papan putih. Pengunaannya adalah menyamai sentuhan klik tetikus. Ianya
merupakan sebuah skrin sentuh computer bersaiz besar. Teknologi ini membolehkan penguna
menulis, melukis di permukaan, mencetak imej, menyimpannya dalam computer atau
mengedarkannya melalui jaringan. Penguna juga boleh memancarkan imej dari computer ke
atas permukaan skrin dan seterusnya mengawal aplikasi sama ada secara sentuhan terus atau
mengunakan pen khas. Papan interaktif juga boleh digunakan sebagai alat untuk
pembentangan. Kriteria ini khususnya membolehkan pelajar lebih tertarik dan berminat untuk
datang kehadapan dan membuat pembentangan dalam kelas.

Papan interaktif memudahkan pembelajaran secara aktif dan pelajar bukan hanya
menerima maklumat secara pasif.

Ianya memudahkan kerja kumpulan secara kolaborasi kerana skrinnya yang besar
memudahkan perkongsian maklumat secara pasif.

Bagi pelajar yang mengalami kecacatan penglihatan dan fizikal, keupayaan mengakses
teknologi ini meningkatkan motivasi mereka untuk mengunakan nya dengan lebih lagi di
dalam kelas.

Hasil pembelajaran boleh disimpan untuk kegunaan semula atau dibangunkan semula
untuk proses analisis.

Ciri-ciri positif papan interaktif:

Saiznya yang besar membolehkan ramai melihat

Imej-imej lebih jelas, senang difahami dan guru mudah memberi penerangan.

Semua pelajar boleh memberikan perhatian dan fokus yang lebih kepada pengajaran
guru.

Tulisan guru lebih senang dibaca kerana papan tulis yang biasa mudah kotor dan tulisan
guru pula kadangkala sukar difahami.

Para pelajar lebih berminat untuk menggunakan papan interaktif dan menerangkan
pendapat mereka di dalam kelas.

Setiap pelajaran berjalan lancar dengan penerangan yang jelas mengunakan papan
interaktif

Keyakinan mengunakan ICT meningkat dengan penggunaan teknologi ini. Pengunaan


papan interaktif yang begitu mudah ini membolehkan guru-guru yang tidak mahir
dengan ICT bertambah yakin dan bersemangat untuk mengunakan teknologi.

Pengajaran menjadi lebih berkesan dengan pengunanaan papan interaktif. Guru


menunjukkan beberapa perkembangan positif seperti mengubah proses perancangan,
lebih banyak mengunakan ilustrasi, imej, meningkatnya kerja interaktif dan kurangnya
pelajar yang belajar melalui pengunaan buku teks semata-mata.

Kelebihan yang praktikal, pengajaran mengunakan papan interaktif memberikan


kelancaran manipulasi terhadap imej-imej yang sukar digunakan dalam alatan
tradisional. Kelancaran memudahkan guru dan pelajar mengunakannya.

Perancangan positif. Struktur pengajaran mengunakan papan interaktif memudahkan


guru berinteraktif dengan pelajar denganlebih berkesan. Pelajar lebih mudah
berinteraksi dan memberi maklum balas.

Anda mungkin juga menyukai