Anda di halaman 1dari 10

Pandangan bagaimana kanak-kanak belajar matematik.

Pengenalan
Pada masa dahulu, ramai guru mengajar matematik dengan menggunakan kaedah
mengajar yang hanya boleh menyebarkan ilmu matematik sahaja. Jarang sekali
mereka mengamalkan teori-teori pembelajaran dalam aktiviti pengajaran mereka.
Akibatnya, matematik merupakan suatu mata pelajaran yang bukan sahaja sukar
dipelajari tetapi juga membosankan. Akibatnya murid-murid kehilangan minat
pembelajaran matematik itu.
Kajian baru-baru ini telah membuktikan bahawa memahami psikologi
perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap pembelajaran matematik serta
kebolehan menggunakannya dalam kelas adalah syarat-syarat penting bagi
pengajaran matematik yang berkesan. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru
matematik, kita harus memahami teori-teori pembelajaran matematik yang
dikemukakan oleh beberapa ahli psikologi yang terkenal.
Sebagai seorang guru matematik , kita harus tumpukan perhatian terhadap
perkembangan kanak-kanak dalam peringkat operasi konkrit dan memahami
kebolehan mereka dalam aktiviti pembelajaran matematik di peringkat sekolah.
Murid-murid sekolah hanya boleh memahami konsep matematik melalui
pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantu mengajar memainkan peranan penting
untuk menyampaikan konsep matematik dengan berkesan. Murid-murid suka
menjalankan aktiviti pembelajaran dengan menggunakan alat bantu mengajar. Oleh
itu, kaedah kerja praktik merupakan kaedah yang sesuai digunakan supaya
mendorong murid melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik.
Semua konsep matematik baru harus diperkenalkan melalui contoh-contoh konkrit.
Pengajaran matematik harus diperkenalkan dengan gambarajah atau model.
Adalah didapati murid-murid sekolah tidak dapat membuat kesimpulan daripada
contoh-contoh matematik. Oleh itu mereka tidak boleh memahami hukum-hukum
matematik seperti hukum tukar tertib, hukum sekutuan dan hukum taburan yang
dirumuskan daripada contoh-contoh matematik itu.

Ramai murid sekolah suka menghafaz apa yang diajar oleh guru tanpa memahami
konsep matematik yang sebenar. Oleh itu, didapati ramai daripada mereka kurang
mampu menyelesaikan masalah dengan menggunakan simbol matematik yang
mereka pelajari. Untuk menolong murid mengatasi masalah ini, pengajaran
mengenai masalah matematik harus sentiasa dikaitkan dengan situasi yang sebenar
dan perkenalkan simbol matematik harus dikaitkan dengan contoh yang konkrit.
Untuk mengenalpasti faktor-faktor yang terlibat dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik, Bruner dan pembantunya kenney membuat kajian dan
pemerhatian serta menjalankan eksperimen dalam kelas-kelas matematik. Pada
tahun 1963, Bruner dan Kenney berjaya membina empat teorem pembelajaran
matematik seperti berikut :
1. Teorem Pembinaan
Cara yang paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep, prinsip
atau hukum matematik ialah membina perwakilan untuk mewakili konsep, prinsip
atau hukum matematik itu. Aktiviti-aktiviti konkrit haruslah dijalankan oleh pelajar itu
sendiri supaya mereka boleh belajar matematik melalui kaedah penemuan.
2. Teorem tatatanda
Tatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikuti perkembangan kognitif
pelajar. Contohnya, dalam pengajaran mengenai persamaan, lebih baik dimulakan
dengan tatatanda seperti # = 3@ + 2, dan setelah menguasainya, barulah
diperkenalkan dengan persamaan seperti y = 3x + 2 kepada murid-murid. Rangkap
matematik seperti y = f(x) hanya boleh diperkenalkan di peringkat sekolah
menengah.
3. Teorem Kontras dan Variasi
Prosedur perkenalkan perwakilan abstrak daripada perwakilan konkrit melibatkan
operasi kontras dan variasi. Kebanyakan konsep matematik tidak mempunyai erti
bagi pelajar jika konsep itu tidak dapat dibezakan dengan konsep yang lain.
Contohnya konsep lengkok, jejari, diameter dan perentas akan menjadi lebih bererti
jika sifat-sifat mereka dapat dibezakan. Konsep nombor ganjil dan nombor genap
patut dijelaskan dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua
jenis nombor itu. Selain daripada itu, setiap konsep matematik yang baru harus

diperkenalkan melalui berbagai-bagai contoh. Misalnya, operasi tambah boleh diajar


dengan berbagai contoh seperti berikut :
3 + 4 = #,

3 + # = 7,

/// + //// = ?

4. Teorem Perhubungan
Setiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan
konsep, prinsip dan kemahiran yang lain. Dalam proses pengajaran, guru haruslah
menggunakan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru. Contohnya
operasi tolak harus dikaitkan operasi tambah, operasi tambah dikaitkan dengan
operasi darab, operasi bahagi dikaitkan dengan operasi tolak atau operasi

Profesor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik,
memberi banyak sumbangannya dalam teori pembelajaran matematik. Beliau sudah
berjaya dalam merancangkan satu sistem yang berkesan untuk pengajaran
matematik. Sistem pengajaran beliau yang berdasarkan kepada teori pembelajaran
Piaget, adalah dirancangkan supaya mata pelajaran matematik menjadi lebih mudah
dan berminat untuk dipelajari.
Dalam buku beliau 'Building Up Mathematics', Profesor Diens berpendapat
bahawa setiap konsep ( atau prinsip ) matematik boleh menjadi mudah difahami
dengan tepat jika konsep itu diperkenalkan kepada pelajar melalui beberapa contoh
yang konkrit. Dienes mengelaskan konsep matematik dalam 3 kategori, iaitu konsep
matematik tulen, konsep tatabahasa dan konsep penggunaan seperti berikut.
1. Konsep matematik tulen ialah sebarang simbol yang boleh mewakili nombornombor dan perhubungannya. Contohnya, tiga, 5, VII, adalah contoh-contoh
konsep bagi nombor ganjil.
2. Konsep tatatanda adalah sifat-sifat bagi nombor. Contohnya : 253 bererti 200
+ 50 + 3.
3. Konsep penggunaan ialah penggunaan konsep tulen dan konsep tatatanda
untuk menyelesaikan masalah matematik.

Mengikut Dienes, konsep tulen haruslah dipelajari terlebih dahulu daripada konsep
tatatanda dan kedua-dua konsep itu harus difahami dengan tepat sebelum
digunakan untuk menyelesaikan masalah matematik. Contohnya, kesalahan dalam
operasi 3(2 + 5) = 6 + 5 = 11 yang dilakukan oleh murid ialah akibat dari salah faham
mengenai konsep kurungan.
Mengikut Dienes, konsep matematik boleh dipelajari melalui peringkat demi
peringkat, serupa dengan perkembangan kognitif yang dihuraikan oleh Piaget.
Dienes mengusulkan enam peringkat dalam pengjaran dan pembelajaran matematik.
Peringkat 1 : Permainan Bebas
Murid-murid diberi peluang untuk menjalankan aktiviti permainan matematik dengan
menggunakan alat bantu mengajar atau nombor-nombor yang berkaitan dengan
konsep yang akan dipelajari. Mereka menjalankan aktiviti ini secara bebas, tanpa
apa-apa hukum atau peraturan. Dalam peringkat ini, murid-murid membentuk
struktur secara mental serta sikap yang dapat menyediakan mereka dalam
memahami konsep matematik itu.
Peringkat 2 : Permainan Berstruktur
Permainan berstruktur ialah permainan yang mengikut peraturan atau hukum. Dalam
peringkat ini, murid-murid menemui beberapa peraturan dalam permainan bebas dan
menyediakan diri untuk menjalankan aktiviti permainan mengikut peraturan yang
ditemui.
Peringkat 3 : Mencari Ciri-ciri
Guru membimbing murid-murid dalam mencari ciri-ciri sama untuk konsep matematik
yang dipelajari dengan cara mengemukakan beberapa contoh matematik. Dalam
peringkat ini, murid-murid harus dapat mencari ciri-ciri yang serupa dan
mengasingkan konsep matematik yang abstrak itu daripada aktiviti konkrit.
Peringkat 4 : Perwakilan Gambar
Selepas mendapat ciri yang sama dalam setiap contoh matematik, murid-murid perlu
menyatakan konsep itu dengan menggunakan rajah atau gambar.

Peringkat 5 : Perwakilan Simbol


Perwakilan simbol ialah satu cara yang berkesan untuk menyatakan konsep
daripada perwakilan gambar. Murid-murid patut dibimbing supaya menggunakan
simbol-simbol matematik utnuk mewakili konsepnya.
Peringkat 6 : Formalisasi
Dalam peringkat ini, murid-murid akan menggunakan simbol-simbol yang difahami
untuk menyelesaikan masalah atau membina teorem, hukum dan rumus matematik
supaya menjadi satu sistem formal. Adalah ditegaskan bahawa bukan kesemua
enam peringkat tersebut akan digunakan dalam sebarang pelajaran matematik.
Peringkat 1 biasanya digunakan bagi murid-murid yang mula hendak mempelajari
matematik. Apabila mereka sudah memperolehi konsep matematik asas yang cukup,
kita boleh mulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik daripada
peringkat 2 atau gabungan dengan peringkat 3.
Sebagai panduan, kita gunakan hukum tukar tertib untuk operasi tambah dalam
perancangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut peringkat-peringkat
yang dihuraikan di bawah.
Peringkat 1 : Murid-murid diberi peluang untuk membina dua set benda yang sama
daripada biji getah atau benda-benda maujud yang lain.

Peringkat 2 : Murid di suruh 'campur' kedua-dua set itu untuk mendapatkan jumlah.

Peringkat 3 : Murid-murid disuruh menjalankan aktiviti di atas dengan menggunakan


berbagai bilangan benda dalam setiap set. Dalam aktiviti-aktiviti itu, murid-murid
akan dibimbing untuk menemui ciri yang sama daripada operasi tambah, iaitu keduadua operasi tambah memberi hasil tambah yang sama.
Peringkat 4 : Murid-murid dibimbing untuk menyatakan konsep hukum tukar tertib
dengan perwakilan gambar

Peringkat 5 : Murid-murid dibimbing untuk menyatakan konsep hukum tukar tertib


dengan perwakilan simbol.

Peringkat 6 : Murid-murid dibimbing untuk menemui Hukum Tukar Tertib dalam


operasi tambah, iaitu :

Apakah yang harus dipelajari dalam matematik ? Robert M. Gagne, seorang


profesor dan ahli psikologi menyenaraikan Fakta, kemahiran, konsep dan prinsip
sebagai empat kategori yang harus dipelajari dalam metematik.
Fakta matematik adalah bahasa matematik seperti simbol yang mewakili nombor,
tanda operasi tambah, tolak, bahagi dan darab, istilah segitiga, sudut dan
sebagainya. Fakta-fakta matematik boleh dipelajari melalui cara hafalan, latih tubi
dan permainan. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran tindak balas
rangsangan.
Kemahiran ialah prosedur dan operasi yang dijalankan dengan tepat dan masa
yang berpatutan. Contoh kemahiran-kemahiran matematik ialah operasi tambah,
tolak, darab dan bahagi, membina sudut tepat, melukis bulatan dan sebagainya.
Kemahiran jenis ini boleh dikuasai melalui latihan dan permainan. Pembelajaran
jenis ini merupakan pembelajaran melalui rantaian.
Konsep matematik ialah idea yang diabstrakkan daripada contoh-contoh konkrit.
Definisi-definisi yang diberikan kepada perimeter, segitiga sama, set, subset, nombor
perdana dan sebagainya ialah contoh-contoh bagi konsep matematik. Seorang murid
dikatakan telah mempelajari konsep bulatan apabila dia sudah boleh mengelaskan
ciri-ciri set bulatan. Konsep matematik boleh dipelajari melalui definisi atau
pemerhatian objek-objek yang ada kaitan dengan konsep itu. Pembelajaran jenis ini
adalah pembelajaran konsep.
Prinsip matematik ialah gabungan dan perhubungan di antara konsep-konsep
matematik. Teorem dan hukum matematik ialah contoh-contoh bagi prinsip
matematik. Prinsip matematik boleh dipelajari melalui proses inkuiri dan penemuan
atau penyelesaian masalah. Seorang pelajar dikatakan telah memahami sesuatu
prinsip apabila dia telah mengenalpasti konsep-konsep dalam prinsip itu, mengaitkan
konsep-konsep mengikut urutan yang sesuai serta menggunakan prinsip itu dalam
situasi yang khusus. Pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran melalui
penyelesaian masalah.
David P. Ausubel, seorang ahli psikologi dari Amerika Syarikat, adalah orang yang
pertama mengemukakan teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada
resepi yang bermakna. Beliau menyarankan pembelajaran resepi adalah lebih
berkesan daripada pembelajaran inkuiri dan penemuan yang dicadangakan Bruner.

Di dalam terbitan 'Education Theory' Januari 1961, Ausubel menghuraikan


perbezaan di antara pembelajaran bermakna dan pembelajaran hafalan:
Pembelajaran bermakna ialah satu proses di mana pelajar sendiri mempunyai
kesedaran dan tujuan dalamnya serta bahan-bahan pembelajaran yang dipelajari
adalah berguna untuknya. Sekiranya pelajar hanya mempunyai tujuan untuk
menghafaz sahaja, hasil pembelajarannya akan berupa hafalan dan tidak bermakna.
Ausubel dalam kajiannya cuba menunjukkan bahawa pembelajaran resepi adalah
satu-satunya strategi pengajaran yang paling berkesan untuk pembelajaran
bermakna. Di dalam terbitan 'Arithmetic Teacher' Febuari 1968, Ausubel
menghuraikan perbezaan di antara pembelajaran resepi dan pembelajaran
penemuan:
Dalam pembelajaran resepi, maklumat terancang yang lengkap diberikan kepada
pelajar. Pelajar hanya menyerap maklumat itu ke dalam struktur kognitifnya sahaja.
Dalam pembelajaran penemuan, maklumat yang hendak dipelajari tidak diberikan,
dan pelajar dikehendaki mencari maklumat itu sendiri. Selepas penemuan, pelajar
seperti pembelajaran resepi, menyerap maklumat yang ditemui ke dalam struktur
kognitifnya.
Mengikut Ausubel, ada dua pra syarat bagi pembelajaran resepi menjadi
bermakna.
1. Pelajar sendiri mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti
pembelajaran.
2.Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada di dalam struktur
kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.
Selain daripada itu, terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu
pembelajaran yang bermakna. Pertama peringkat perkembangan kognitif masih
rendah untuk memahami konsep yang lebih kompleks. kedua, kekurangan motivasi
yang dapat mendorong pelajar supaya belajar konsep dengan cara yang bermakna.
Ketiga, strategi pembelajaran seperti menghafaz teorem, definisi dan langkahlangkah penyelesaian masalah akan menggalakkan pembelajaran hafalan yang tidak
bermakna.

Selepas membaca teori-teori pembelajaran yang dikemukan oleh ahli-ahli


psikologi dan ahli-ahli matematik, beberapa implikasi boleh dirumuskan untuk
pengajaran dan pembelajaran matematik yang berkesan.
Berdasarkan teori-teori pembelajaran yang dibincangkan, peringkat
perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan faktor yang paling penting untuk
menentukan teknik pengajaran dan bahan-bahan pembelajaran. Murid-murid di
sekolah yang masih dalam peringkat operasi konkrit hanya boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran yang bermakna dengan menggunakan benda-benda maujud atau alat
bantu mengajar. Di dalam peringkat ini, aktiviti pengjaran harus dikembangkan
daripada konkrit kepada abstrak.
Melalui pengalaman konkrit ini, murid-murid boleh mempelajari konsep matematik
dengan tepat dan bermakna. Ahli-ahli psikologi seperti Piaget, Bruner, Dienes dan
Gagne menegaskan kepentingan penguasaan konsep matematik dalam aktiviti
penyelesaian masalah. Untuk mempelajari konsep matematik, istilah-istilah dan
simbol-simbol matematik harus dikaitkan dengan benda-benda konkrit, alat-alat
bantu mengajar atau situasi-situasi konkrit. Di samping itu, istilah-istilah dan simbolsimbol matematik harus diperkenalkan daripada peringkat mudah kepada kompleks
mengikut peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak.
Selain daripada alat bantu mengajar, pembelajaran konsep matematik boleh juga
dilakukan memlalui berbagai cara. Dalam hal ini, Brunner mencadangkan
penggunaan kaedah penemuan. Gagne menegaskan pembelajaran pembezaan ciriciri di antara konsep dengan konsep yang lain, dan Ausubel mengusulkan
pembelajaran resepi dengan memperkenalkan 'pengelola awal' dari peringkat
permulaan serta mengaitkan pengetahuan yang sedia ada dengan konsep yang
baru. Di samping itu, konsep umum patut diajar terlebih dahulu, diikuti dengan ciri-ciri
spesifik.
Peneguhan positif juga memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam
aktiviti pengukuhan. Melalui peneguhan positif, kemahiran-kemahiran matematik
bukan sahaja dikuasai dengan berkesan tetapi minat pembelajaran matematik juga
dapat dipertingkatkan.
Pendidikan akan berubah jika kebudayaan berubah. Pendidikan perlu mengikuti
aliran zaman kerana pendidikan berfungsi sebagai agen penyebar kebudayaan. Jika

pendidikan ketinggalan zaman. Pendidikan tidak akan berfungsi dengan berkesan.


Ini sesungguhnya adalah penting untuk menjamin kemajuan masyarakat.

Bahan-bahan Rujukan
1. Aliran Pendidikan : Sulaiman Hamzah dan Karimah Zainab, Pustaka Aman
Press, K.L. 1977.
2. Buku Matematik untuk KBSR ( Buku 1 hingga Buku 6): Kementerian
Pelajaran Malaysia, DBP, K.L., 1982 - 1987.
3. Buku Panduan Am KBSR : Pusat Perkembangan Kurikulum, DBP, 1981.
4. Buku Panduan Khas Matematik ( Buku 1 hingga 6) : Pusat perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, DBP, 1981-1986.
5. Buku Sumber : Matematik, PPK, 1982.
6. Buku Panduan Khas : Program Pemulihan, PPK, 1982.
7. Buku Panduan Khas : Kelas Bercantum, PPK, 1982.
8. Buku Panduan Khas : Penilian, PPK, 1982.
9. Buku Panduan Khas : Program Pengkayaan, PPK, 1982.

Anda mungkin juga menyukai