Anda di halaman 1dari 8

1.

0 Pengenalan
Cabaran yang dihadapi oleh umat Islam telah bermula sejak zaman Rasullah s.a.w lagi sehingga
kini cabaran ini semakin menular dalam kalangan umat Islam sendiri. Pelbagai cara yang
dilakukan oleh agama luar bagi memecah belahkan umat islam dengan memberi sokongan
kepada golongan Islam feudamentalis yang bakal melahirkan islam radikal akibat timbul
pertentangan dengan islam tradisional. Hal ini akan mewujudkan golongan Islam yang berpecah
belah. Para ulama memandang serius isu ini dan menyusun kembali mazhaj akidah yang
bersumberkan akidah yang disampaikan oleh Rasullah s.a.w. yang dikenali sebagai Ahli sunnah
waljamaah.
Buku yang bertajuk cabaran akidah, pemikiran Islam liberal pengarang Haji Mohammad
Ariffin bin Ismail boleh dijadikan panduan yang betul kepada sesiapa yang keliru dengan
pemikiran liberal Islam ini yang menyerang umat Islam dari segi akidah dengan penyebaran
fahaman-fahaman yang dari sudut syariatnya adalah salah.
Penulis mengharapkan agar para ulama dan guru-guru agama dapat mengembangkan, mengkaji
pemikiran itu agar dapat memberikan jawapan penyelesaian kepada masyarakat muslim agar
dapat menghidupkan kembali pemahaman yang jelas dan benar terhadap manhaj akidah ahli
sunnah waljamaah.

2.0 Sejarah Islam Liberal


Menurut, Haji Mohammad dalam buku ini, yang idea yang menyokong liberalisasi telah wujud
terlebih dahulu seperti modenisasi Islam, gerakan sekularisasi dan sebagainya. Gerakan
Liberalisasi merupakan pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di Negara barat
yang telah masuk ke dalam kehidupan seperti liberalisme ekonomi, budaya, politik dan
liberalisasi agama. Liberalisme berkait rapat dengan penentangan agama dan sistem pemerintah
yang dilakukan oleh golongan agama dan raja-raja yang memerintah dengan nama tuhan.
Buku ini sesuai dibaca kerana memperincikan secara menyeluruh bagaimana Islam
liberal boleh berlaku dalam ajaran Islam pada masa kini. Selain itu, ianya memberi pemahaman
untuk kita memahami bentuk liberal yang berlaku. Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan

diri mereka sebagai seorang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan
mengkaji semula agama, mentafsir al-Quran, menilai semula syariat islam dan hukum hakam.
Golongan ini akan menolak segala taksiran yang dianggap lama dan kolot. Hal ini kerana segala
hukum yang tidak menepati dengan zaman, kemodenan, hak-hak manusia, maka hokum itu akan
ditakwilkan atau digugurkan.
Penulis juga menyokong pendapat yang dikemukan oleh Syed Muhammad Naqiub alattas yang menyatakan cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme, humanism,
sekularisme dan liberalisme yang mana bergantung semata-mata kepada akal manusia bagi
memandu kehidupan dunia. Bersikap dualism dalam memahami pelbagai realiti dan kebenaran.
Penekanan kepad unsur-unsur perubahan dalam kewujudan yang mempamerkan pandangan alam
yang sekular. Naqiub al-Attas juga menyatakan konsep tragedi yang menyusup dalam setiap
arena kehidupan baik falsafah, agama dan kesenian.

3.0 Program Islam Liberal


Penulis menyatakan yang Jaringan Islam Liberal di Indonesia telah merumuskan bahawa
gerakannya adalah untuk memperkukuhkan landasan pendemokrasian, melalui penanaman nilainilai pluralisme, inklusivisme dan humanism. Selain itu, mereka bermatlamat membangun
kehidupan keberagamaan yang berdasarkan kepada penghormatan atas perbezaan dan
mendukung dan menyebar gagasan keagamaan yang pluralis, terbuka dan humanis. Dalam buku
diceritakan yang di Malaysia tidak mempunyai kumpulan khas yang menggunakan nama islam
liberal tetapi dilakukan oleh individu yang memperjuangkan demokrasi, fahaman persamaan
semua agama, hak Antara wanita dan lelaki. Cara yang mereka gunakan adalah menyuarakan di
akhbar atau menerbitkan buku-buku yang menyokong fahaman Islam liberal.

4.0 Bentuk Liberalisasi


4.1 Liberalisasi Akidah
Buku ini menjelaskan yang tiga bidang dalam agama Islam yang menjadi sasaran liberalisasi
iaitu liberalisasi akidah dengan penyebaran fahaman plularisme agama, bidang syariat dengan

melakukan perubahan metodologi ijtihad dan liberalisasi konsep wahyu dengan melakukan
dekonstruksi terhadap al-Quran. Liberalisasi akidah dilakukan dengan menyebarkan faham
pluralisme agama, iaitu fahaman yang meyakini semua agama adalah sama-sama benar dan
merupakan jalan merujuk tuhan yang sama.
Penulis menyatakan yang liberalisasi di Malaysia dicadangkan dengan penubuhan
InterFaith (IFC) atau Majlis Antara agama-agama yang berfungsi sebagi makhamah dan segala
keputusannya adalah muktamad ke atas agama-agama yang terbabit. Ianya juga berfungsi
sebagai SUHAKAM yang menerima aduan-aduan berkaitan dengan agama. Penulis menjelaskan
yang penubuhan IFC sebenarnya adalah untuk meletakkan semua agama di kedudukan yang
sama, sehingga setiap orang bebas untuk menentukan status agamanya dan tidak ada halangan
untuk seorang muslim murtad. Setiap rentetan peristiwa yang berlaku diceritakan dalam buku ini
sehingga mendapat tentangan daripada pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia.

4.2 Liberalisasi Syariah


Liberalisasi dalam bidang syariah pula ialah merubah hukum hakam agama Islam sehingga dapat
disesuaikan dengan perkembangan zaman walaupun kebanyakkan perubahan yang dilakukan
adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang asli. Pemikiran liberal ini menganggap yang
perubahan perlu bagi al-Quran supaya dapat disesuaikan perkembangan zaman. Diceritakan juga
bagaimana kumpulan Liberal Indonesia di bawah penyelia Dr. Musdah Mulia telah mengajukan
perubahan hukum yang telah meraka lakukan kepada Kementerian Agama Indonesia seperti
perkahwinan berbeza agama Antara muslim atau muslimah dengan non-muslim telah disahkan.
Selain itu, telah menukar hukum menjadi masa idah bagi perempuan bukan sahaja menjadi milik
perempuan tetapi juga untuk lelaki yang mana lelaki, masa idahnya ialah seratus tiga puluh hari.
Dalam kandungan yang dihantar ke kementerian agama juga menyatakan dalam fasal 59, talak
tidak akan dijatuhkan oleh pihak laki-laki, tetapi boleh dilakukan oleh pihak suami atau isteri di
depan sidang pengadilan agama. Namun, rancanagan demikian telah ditolak oleh Parlimen dan
Kementerian Agama Republik Indonesia.
Beberapa individu yang bangkit menyebarkan fahaman liberalisasi Islam di Indonesia
seperti Nuryamin Aini, Ulil Abshar Abdalla, Dr Zainun Kamal. Manakala Muhidin Dahlan

menyatakan yang status seorang isteri adalah sama dengan seorang pelacur. Buku yang
ditulisnya bertajuk Tuhan izinkan Aku Menjadi Pelajur sebagai langkah menyebar luaskan
fahaman liberalisasi ini. Dia menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang aneh dan
menurutnya adalaah sesuatu yang amat menakutkan untuk dipercayai.
Selain itu, di IAIN Semarang yang telah melancarkan gerakan yang mengizinkan
perkahwinan homoseksual. Buku yang diterbitkannya mengajar cara strategi gerakan yang harus
dilakukan untuk menghalalkan perkahwinan homoseksual di Indonesia. Dengan mengajak
sesiapa yang menyokong kepada homoseksual untuk berjuang merebut hak-haknya yang telah
dirampas oleh Negara. Inilah cara musuh Islam untuk mengucar-kacirkan ajaran Islam yang
sebenar. Di akhir buku itu, diceritakan oleh penulis bagaimana para pelajar di fakulti itu
mengkritik orang yang menolak perkahwinan sejenis dan menganggap hanya orang primitif yang
akan berbuat demikian.
Buku ini juga menjelaskan yang di Malaysia perubahan hukum juga berlaku, walaupun
bukan secara terangan di Indonesia. Sebagai contohnya, persamaan Antara hak lelaki dan
perempuan yang telah disuarakan oleh Sisterin Islam. Walaupun meminta hak persamaan Antara
lelaki dan perempuan yang mana kelompok ini telah menentang kuat Rang Undang-Undang
tersebut atas dakwaan kononya ianya akan menzalimi perempuan. Sebelum itu, kelompok ini
telah menentang Undang-Undang Syariah Terengganu melalui hukum Hudud dimana telah
menbangkitkan polemik yang kononnya undang-undang menzalimi wanita yang dirogol. SIS
juga terkenal kerana kumpulan yang menentang amalan poligami dan melancarkan kempen
monogamy secara terbuka.
4.3 Liberalisasi Al-Quran
Melalui buku ini, kita dapat melihat dan mengenali bagaimana kumpulan liberalisasi Islam ini
menyebarkan fahaman mereka dalam masyarakat Islam yang amnya tidak mengetahui apakah
sebenarnya pemikiran Islam liberal yang sebenarnya. Liberalisasi Al-Quran juga telah dilakukan
oleh pihak yang mahu mengugat kesucian kitab al-Quran dengan melakukan studi kritis terhadap
al-Quran. Kita sedar yang sebagi seorang muslim yang mengikuti ajaran islam sebenar akan
meyakini yang al-Quran dari halaman pertama hingga akhir merupakan kata-kata Allah yang
diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w secara langsung baik dengan lafaz mahupun dengan
makna. Penulis menyatakan yang cara yang lebih halus menyerang al-Quran dan Nampak lebih

akademik adalah dilakukan dengan mengembangkan pengajian kritik al-Quran dan pengajian
Hermeneutika di Perguruan Tinggi Islam. Antara tokohnya yang terkenal ialah Dr. Nasr Hamid
dan Mohammad Arkoun.
Kumpulan Islam liberal telah mengkritik al-Quran menggunakan kaedah penaksiran
hermeneutika yang telah digunakan oleh pemikir Barat untuk memahami kitab Bible disebabkan
kitab Bible mempunyai persoalan yang tidak jelas. Secara terperinci dijelaskan bagaimana
Mohammad Arkoun menyatakan ini adalah cara terbaik untuk mentaksir al-Quran dengan
berpandukan kepada tinjaun sejarah, sosiologi dan antropologi sehingga mereka dapat menolak
bentuk penaksiran yang mensucikan dan memuliakan al-Quran. Dapat dilihat yang pemikiran
Islam Liberal amat berbahaya apa lagi jika pemikiran ini masuk ke dalam institusi pendidikan
Islam.

5.0 Sokongan Barat Terhadap Islam Liberal


Musuh Islam adalah semestinya adalah puak Barat. Dalam pemikiran Islam Liberal, ianya
mendapat sokongan Barat, yang mana Rand corperation telah mencadangkan pemerintah
Amerika Syarikat menjalin kerjasama dengan kelompok modernis dan tradisionalis termasuk
kelompok sufi untuk membendung perkembangan kelompok fundementalis yang telah dianggap
menghalang perkembangan demokrasi.
Beberapa strategi yang dilakukan untuk mendekati modernis telah menerbitkan dan
menyebarkan hasil kerja mereka dengan cara disubsidi. Selain itu, mereka menerapkan
pandangan-pandangan mereka dalam kurikulum pendidikan Islam. Rand juga akan menjadikan
sekularisme dan modenisme sebagai pilihan counterculture kepada pemuda muslim yang belum
terpengaruh dan juga mendorong kesedaran terhadap budaya dan sejarah pra-Islam yang tidak
islamik melalui medi dan kurikulum di Negara-negara yang releven.
Bagi kaum tradisionalis, strategi yang dilakukan ialah menghalang gabungan Antara
kaum tradisionalis dan fundamentalis. Seterusnya, strateginya ialah akan meningkatakan imej
dan profil golongan modernis di institisi tradisionalis. RAND juga mencadangkan agar pihak AS
mendidik kelompok tradisionalis dengan memberikan fakta-fakta kepada mereka agar dapat

berdebat melawan fundamentalis kerana kelompok fundamentalis dianggap sering memiliki


retorik yang hebat.
RAND juga telah mencadangkan strategi bagi melawan kelompok fundamentalis iaitu
mencadangkan suapaya melawan tafsiran mereka terhadap Islam dengan menampakkan
ketidakrelevenannya selain membongkar hubungan kaum fundamentalis dengan golongan
radikal. Melarang diberikan perhormatan terhadap kaum fundementalis, eksimis dan teroris
dengan melebelkan mereka sebagai perosak dan pengecut bukan sebagai pahlawan. Badan ini
juga mendorong para jurnalis untuk menyiasat isu-isu korupsi, sikap hipokrit dan tindakan tidak
bermoral kelompok fundamentalis dan teroris.
Jaringan Islam Liberal di bawah RAND corporation telah membina rangkaian-rangkaian
Muslim Moderat yang menjelaskan strategi kenapa US beria-ria mahu membina rangkaianrangkaian muslim Moderat di seluruh dunia Islam. Beberapa laporan telah dibuat bagi
merancakkan lagi usaha untuk meluaskan rangkaian ini. Laporan itu juga bertujuan untuk
menbentuk model jaringan Muslim moderat khususnya di Negara Islam yang dianggap memiliki
pandangan dan misi yang sehaluan dengan nilai serta prinsip-prinsip AS untuk menandingi kaum
fundamentalis.
Bagi menterjemah dasar ini dalam bentuk tindakan, Jabatan Luar Negara AS dan USAID
telah memberi kontrak projek kepada beberapa NGO dan kesemua NGO berkenaan ditaja
sepenuhnya oleh pemerintah AS. The Asia Foundation sendiri dinggap sebagai organisasi yang
paling berjaya dalam menjalankan misinya sehingga modus operandinya dijadikan sebagai
model penyebaran nilai-nilai demokrasi liberal di Timur Tengah.
Bagaimana kerajaan Amerika dan sekutu-sekutunya telah merancang strategi untuk
membina muslim moderat dengan menetukan kriteria yang membezakan Antara muslim moderat
dan muslim Fundamentalis. Penjelasan takrif Muslim penting kerana dibimbangi golongan
muslim Radikal dan oportunis melakukan penyamaran menjadi muslim Moderat. Selain itu,
badan ini telah mewujudkan pangkalan data antarabangsa rangkaian Muslim Moderat meliputi
aspek individu, kumpulan, organisasi, institusi, parti politik dan sebagainya. Seterusnya, preoses
pemantauan mekanisme-mekanisme, penapisan dan menyelia program-program, projek-projek
dan keputusan-keputusan yang bakal dilaksanakan.

Dinyatakan juga bagi mereka membina rangkaian Muslim Moderat laporan itu telah
mencadangkan keutamaan kepada muslim liberal dan akademik Islam secular yang cerdik
pandai. Keutamaan juga diberikan kepada kumpulan wanita-wanita yang memperjuangkan
persaksamaan jantina serta wartawan-wartawan yang berfikiran moderat. Bagi bantuan dari segi
kewangan, laporan ini juga mencadangkan penajaan diberikan kepada aspek pendidikan
demokratik, terutamanya program-program yang melibatkan penggunaan teks-teks dan tradisitradisi Islam untuk ajaran-ajaran Islam yang berasaskan nilai-nilai demokratik dan pluralisme.
Kewangan juga diberikan kepada aspek kesamaan jantina, memperjuangkan hak-hak isu wanita
dan peguambela hak-hak wanita. Promosi kesaksamaan jantina adalah satu komponen penting
dalam mempercepatkan kewujudan Muslim Moderat.
Dapat dilihat bagaimana kesan yang timbul akibat strategi RAND corporation di
Indonesia yang menjadikan institusi pendidikan sebagai kunci dalam perkembangan liberalisasi.
Hal ini dapat dilihat melalui institusi pondok dan madrasah yang mana majoritipondok di bawah
payung NU, begitu juga dengan madrasah yang berada di bawah jaringan Muhammadiyyah dan
Persis. Menurut laporannya, kurikulum sekular telah dimasukkan dalam institusi tersebut
meskipun pendidikan tetap menjadi fokus. Begitu juga dengan Media Massa yang mana salah
satu media massa yang paling berpengaruh ialah Jaringan radio Islam yang bertajuk Liberal
Religion and Tolerance. Transkrip dialog itu telah diterbitkan oleh akhbar Jawa post dan turut
disebarkan lebih daripada 70 media.

6.0 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kita dapat simpulkan bahawa pemikiran Islam Liberal adalah pemikiran
yang berbahaya bagi akidah ummat Islam, dan menyalahi prinsip-prinsip Islam dari akidah
mahupun syariah dan akhlak. Bidaah bukan sahaja berlaku dari segi amalan tetapi akidah dan
pemikiran juga. Malah bidaah dari segi akidah dan pemikiran adalah lebih berbahaya kerana
boleh merosakkan iman dan boleh mengeluarkan seseorang daripada keyakinan terhadap
agamanya. Seharusnya umat islam yang harus waspada terhadap segala bentuk pemikiran yang
akan merosakkan keyakinan tidak kiralah dengan menganti nama-nama jenis jenis Islam seperti
Islam moden, Rasional. Penulis juga menyatakan yang agama Islam mengakui perbezaan agama
lain, tetapi tidak mengakui kebenaran agama yang lain kerana agam yang benar hanyalah agama

Islam sedangkan agama yang lain adalah agama yang bathil, oleh sebab itu, pluralisme agama
adalah bertentangan dengan akidah Islam.
Begitu juga dalam bidang syariah, Islam telah mengakui yang terdapat hal-hal yang
bersifat keyakinan dan hukum yang bersifat tetap dan tidak berubah, iaitu hukum-hukum yang
telah ditetapkan oleh dalil-dalil dan nas berdasarkan al-Quran dan Hadis. Jika pemikiran
terhadap Islam menggunakkan dasar rasional dan akal semata-mata, ianya merupakan jalan
menuju kesesatan. Melalui buku ini, penulis berharap ianya akan mengbangkitkan kesedaran kita
terhadap cabaran akidah pada masa kini dan berharap semoga kita mendapat petunjuk agar dapat
cara dan iktiar bagi menghadapi corak pemikiran Islam liberal.

Anda mungkin juga menyukai