Anda di halaman 1dari 19

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

FAKULTY BUSNESS AND MANAGEMENT PROGRAM SARJANA MUDA (SMP) (SEMESTER SEPTEMBER 2008)

OUMM 3203 PROFESSIONAL ETHICS

Disediakan Oleh :

Nama : AB RASHID B. MD IHSAN IC :660916105325 No. Phone : 019-2449969 E-mail : imann9969@yahoo.com

Untuk Perhatian :

DR. MAHMUD ZUHDI BIN MOHD NOR


IPTeknikKL Semester September 2008
imann9969@yahoo.com

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1.

PENGENALAN

Pembangunan

di

Malaysia

sejak

merdeka

sehingga

sekarang

telah

menghasilkan output fisikal yang menguntungkan rakyat.

Sejarah pembangunan

Malaysia haruslah diketahui oleh semua lapisan masyarakat. Kepesatan pembangunan di Malaysia yang dikecapi bersama oleh seluruh warga mestilah dihargai dan disyukuri.

Etika amat penting dalam kehidupan, tidak kira sama ada di peringkat keluarga, masyarakat, organisasi dan negara. Perbuatan yang tidak beretika lazimnya juga dianggap sebagai tidak bermoral. Kebelakangan ini, masyarakat Malaysia dikejutkan dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan moral dan apa yang membimbangkan ialah masalah ini kian meruncing.

Kita sebagai rakyat Malaysia yang prihatin tentang masalah ini, Penyelewengan seperti penyalahgunaan kuasa atau rasuah di negara ini telah membuatkan pentingnya etika pengajaran dan pembelajaran bagi mengatasi amalan yang tidak sihat ini. Seorang saintis sosial telah mencadangkan bahawa peringkat awal etika ini perlu diterapkan dari pendidikan rendah hingga ke pengajian tinggi dan seterusnya perlu dipupuk ketika seseorang menjalani kerjaya masing-masing. Seharusnya juga sedar tentang tanggungjawab masing-masing, agar masyarakat yang dibentuk bebas daripada sebarang masalah moral yang menjadi ancaman utama.

imann9969@yahoo.com

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Definisi Etika Etika berasal daripada bahasa Inggeris ethic. Perkataan ethic itu pula

diambil dari bahasa Greek ethos yang membawa maksud sikap dan adat yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Ia terbahagi kepada dua iaitu: (i) Normatik iaitu panduan dan peraturan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik dan jahat. (ii) Mataetik iaitu yang terbahagi kepada dua : analitik yang berfungsi menganalisis semua peraturan yang berkaitan tingkah laku baik dan jahat dan kritikal yang berfungsi untuk mengkritik terhadap apa-apa yang telah dianalisis. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan lagi etika. Etika boleh didefinisikan sebagai suatu set prinsip-prinsip moral yang membezakan apa yang betul daripada apa yang salah. Ia merupakan suatu perkara normatif, kerana ia menjelaskan apa yang perlu dilakukan atau menahan diri daripada melakukannya. Selain daripada itu etika juga boleh ditafsirkan sebagai prinsip kelakuan individu-individu yang boleh diterima dari segi akhlak. Sama ada perbuatan tersebut betul atau salah dan ianya tidak serupa untuk setiap individu. Kamus Elektronik Brainy pula mendefinisikan ethics sebagai , morals; treating of the moral feelings or duties; containing percepts of morality dan definisi ini membawa
maksud yang sama dengan definisi yang diberi oleh

Professor Francis Ng, FRICS, FHKIS, JP


prinsip-prinsip moral

President of Hong Kong Institute of Surveyors (2000), iaitu the studies of human duties,
moral principles and rules of conduct. Secara mudahnya difahami dan peraturan berkenaan tata kelakuan kemanusiaan.

Etika dan nilai mempunyai hubungan yang erat dan padu. Nilai lebih bersifat sikap, keyakinan dan pegangan. memerlukan etika. Apabila seseorang itu berkeyakinan tentang kepentingan ketentuan / batas yang menentukan kebaikan dan keburukan maka ia

imann9969@yahoo.com

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3. SALAH LAKU DAN PENYALAHGUNAAN KUASA

Kuasa adalah hak untuk mengatur, membuat, tanpa campur tangan atau
intimidasi ke atas orang lain. (House, 1984) atau potensi mempengaruhi yang lain (Bass, 1990). Penyalahgunaan keputusan atau kuasa ditafsirkan tindakan sebagai seseorang dengan individu apa-apa awam perkara menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan, membuat apa-apa mengambil berhubungan mengenainya, di mana individu itu, saudara maranya atau sekutunya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung. Perbuatan menggunakan kedudukan, kuasa atau jawatan untuk kepentingan sendiri (dan keluarga) adalah menjadi kesalahan rasuah. Kesalahan dibawah Seksyen15 ini ialah kesalahan bagi seseorang pegawai badan awam menggunakan kedudukannya bagi mendapatkan suapan. Bagi maksud kesalahan ini, terdapat anggapan (presumption) dibawah seksyen15 (2) bahawa, sesiapa pegawai awam yang membuat keputusan berhubungan dengan sesuatu perkara di mana dia, saudara atau sekutunya mempunyai kepentingan, adalah dianggapkan telah menggunakan kedudukan untuk mendapat suapan. Jikalau dilihat dari segi agama, ia dianggap berdosa dan amat berat hukumannya. Hukuman ini bukan sahaja kepada penerima tetapi kepada pemberi dan juga saksi-saksinya kerana mereka ini bersekongkol dalam melakukan jenayah tersebut. Kegiatan seperti ini akan memberi implikasi dan tanggapan buruk oleh masyarakat akan profesion seorang profesional yang dikira beretika dalam semua hal. Impak ini juga akan dirasai oleh masyarakat keseluruhannya. Jenayah ini akan meningkatkan kos barangan dan perkhidmatan yang akhirnya memberi kesan kepada pengguna. Bukan itu sahaja, rasuah juga akan menyebabkan barangan dan

imann9969@yahoo.com

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------perkhidmatan yang dipasarkan tidak memenuhi spesifikasi atau mutu yang sepatutnya. Ini sekaligus menghapuskan persaingan terbuka dan sihat. Persaingan terbuka ini amat penting dalam sistem ekonomi bebas kerana ianya akan meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan, sedangkan amalan rasuah tidak mengambil kira aspek kualiti asalkan barangannya dibeli atau pun projeknya diluluskan.

3.1

Penyalahgunaan Kuasa dan Cabaran daripada Gejala Rasuah. Oleh kerana gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa didapati semakin

berkembang dan telah menjejaskan imej negara Malaysia, kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional pada tahun 2004 dan mendirikan Institut Integriti Malaysia dalam usaha membenteras amalan-amalan tidak bermoral dan tidak beretika dalam sektor awam dan sektor swasta, di samping meningkatkan budaya pengurusan yang baik dan penyampaian khidmat yang lebih beramanah. Dengan adanya Pelan Integriti Nasional, semua kementerian kerajaan dan institusi-institusi di bawah kementerian termasuk universiti-universiti awam dikehendaki melaksanakan strategi memperkukuhkan budaya integriti dalam institusi masingmasing. Undang-undang yang mencegah amalan-amalan tidak berintegriti, kod-kod etika yang lebih efektif, peraturan-peraturan yang dilaksanakan secara telus dan konsisten, dan pembaikan sistem gaji dan imbuhan yang saksama perlu diperbanyakkan di samping bertambahnya tindakan-tindakan tegas mahkamah atau pihak berkuasa yang bertindak tanpa segan atau takut ke atas mereka yang terlibat dengan jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Orang Islam, sama ada pentadbir, pegawai kerajaan, peniaga, profesional, ahli korporat atau ahli politik tidak sepatutnya menjadi penerima atau pemberi rasuah untuk mendapat sebarang kepentingan peribadi kerana perbuatan itu merupakan satu daripada dosadosa besar yang mengundang kecelakaan di dunia dan azab dan kesengsaraan yang pedih di hari kemudian.

imann9969@yahoo.com

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Rasulullah (S.A.W.) memberi amaran yang keras apabila beliau bersabda, Pemberi rasuah dan penerima rasuah, kedua-duanya akan berada dalam api neraka. Tetapi kelemahan iman, akhlak dan perasaan tamak boleh mendorong seorang Muslim menjadi alpa lalu ia tunduk kepada desakan hawa nafsu yang bakal menghancurkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Masyarakat yang bersih daripada rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. Tekad kerajaan melalui Pelan Tindakan Nasional untuk meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi birokrasi, tadbir urus korporat dan etika perniagaan, pemantapan institusi keluarga dan kualiti hidup.

3.2

Contoh di antara mereka penyalahgunaan kuasa

yang

berkemungkinan

boleh

terlibat

1.

"Pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia 2004 [Akta 633];

2. 3. 4.

"Pegawai imigresen" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155]; "Pegawai kastam" mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967 [Akta 235]; "Pegawai Kebajikan Masyarakat" ertinya mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab bagi perkhidmatan kebajikan dan termasuklah mana-mana Pembantu Pegawai Kebajikan Masyarakat;

5. 6.

"Pegawai Pelindung" ertinya mana-mana pegawai yang dilantik di bawah seksyen 43; "Pegawai penguat kuasa" ertinya mana-mana pegawai yang dinyatakan dalam seksyen 27;

imann9969@yahoo.com

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3.3 Statistik mereka yang terlibat penyalahgunaan kuasa TOP 5 MAKLUMAT MENGIKUT JABATAN

TAHUN 2000 PDRM (1203) JPJ (843)

JABATAN (BIL. MAKLUMAT) PENDIDIKAN (503) PEJ. TANAH/ DAERAH (495) PEJ. TANAH/ DAERAH (350) PEJ. TANAH/ DAERAH (373) PEJ. TANAH/ DAERAH (428) PEJ. TANAH/ DAERAH (133) MAJLIS PERBANDARAN (495)

2001

PDRM (1180)

JPJ (545)

PENDIDIKAN (421)

MAJLIS PERBANDARAN (213)

2002

PDRM (1143)

JPJ (533)

PENDIDIKAN (482)

MAJLIS PERBANDARAN (223)

2003

PDRM (367)

JPJ (754)

PENDIDIKAN (626)

MAJLIS PERBANDARAN (227)

2004*

PDRM (367)

JPJ (232)

PENDIDIKAN (215)

MAJLIS PERBANDARAN (99)

Sehingga Mei 2004

imann9969@yahoo.com

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------3.4 Mengapa Berlakunya Penyelewengan / Penyalahgunaan kuasa 3.4.1 Kurangnya Penghayatan Nilai-nilai Murni Selain dari itu, kedangkalan ilmu-ilmu keagamaan, kurangnya

penghayatan nilai-nilai murni dan hilangnya nilai-nilai akhlak yang baik juga menjadi antara faktor yang menyebabkan seseorang itu bergelumang dalam jenayah rasuah. Menurut seorang penulis, "nilai" ialah "beliefs about right and wrong". Manakala "etika" pula ditakrifkan sebagai "thinking systematically about morals and conduct and making judgments about right and wrong" (Carol W. Lewis: The Ethics Challenge in Public Service). Kerendahan moral ditambah dengan nafsu yang tidak lagi dapat membezakan antara nilai-nilai yang baik dan buruk, hingga mengenepikan nilai-nilai suci dalam agama mendorong seseorang itu melakukan pelbagai kemaksiatan dan jenayah. Justeru itu, individu seperti ini akan memperhambakan dirinya kepada nafsu yang mengongkong kehidupannya. 3.4.2 Kurangnya Penyeliaan oleh Pegawai Atasan Kurangnya penyeliaan pegawai atasan akan menyebabkan mana-mana individu yang didorong oleh unsur-unsur yang tidak sihat akan mengambil kesempatan dari keadaan itu untuk melakukan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Kurangnya komitmen kepimpinan untuk mengenalpasti ruang-ruang yang boleh menyebabkan berlakunya perbuatan rasuah, dan ditambah pula wujudnya pemimpin yang takut untuk menjadi tidak popular, menyebabkan keadaan akan tidak terkawal. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan yang bijak oleh pegawai atasannya akan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
imann9969@yahoo.com

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.4.3 Kelemahan Peraturan atau Sistem Pelaksanaan Kerja Selain dari itu, longgarnya tatacara dan peraturan kerja atau kelemahan dalam sistem pelaksanaan kerja itu sendiri, boleh menyebabkan sesebuah Jabatan atau Agensi itu sentiasa terdedah dengan perlakuan - perlakuan seperti jenayah rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pegawai dan kakitangannya. Sekali lagi, komitmen kepimpinan khususnya, dan sikap serta perasaan pertanggungjawaban semua kakitangan bagi mempastikan ketelusan tatacara kerja dan sistem pelaksanaan kerja adalah sangat penting

3.5

Kesan-kesan Penyalahgunaan Kuasa Etika dan nilai-nilai yang murni hanya subur dalam masyarakat yang mendokong keadilan sosial. Dengan kata lain jika rasuah bermaharajalela maka etika dan nilai akan dikesampingkan oleh masyarakat, seterusnya mengancam survival sesebuah negara bangsa. Rasuah memihak kepada si kaya. Dengan berleluasanya rasuah maka jurang perbedaan antara si kaya dengan si miskin akan terus melebar. Keadilan sosial akan tergugat. Dan pembangunan negara akan tidak sekata.

3.6

Mengelakkan Daripada Berlakunya Penyelewengan/ Penyalahgunaan kuasa

Pengurusan Perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan amat bergantung kepada sistem kawalan dalaman yang mantap; dan prosedur kerja yang kemas dan jelas. Sebaliknya sistem kawalan yang longgar dan prosedur kerja yang kabur bukan sahaja menyukarkan proses kerja tetapi juga boleh menyebabkan berlakunya pelbagai kelemahan lain. Kelonggaran sistem dan prosedur kerja memungkinkan tafsiran yang berbeza dan dengan itu keputusan
imann9969@yahoo.com

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------yang dibuat juga berbeza. Sebahagian daripada keputusan yang dibuat mungkin kurang tepat atau bertentangan dengan undang-undang serta peraturan semasa. Kelonggaran ini juga membuka ruang kepada penggunaan budibicara yang sering boleh membawa kepada penyelewengan dan rasuah.

3.7

Peranan Etika dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Membendung Penyelewengan / Penyalahgunaan kuasa. 3.7.1 Program Kesedaran di Peringkat Awal Persekolahan hingga ke Universiti. Penyelewengan / Penyalahgunaan kuasa merupakan aktiviti cukup tidak beretika yang dilakukan bukan sahaj oleh golongan rendah tetapi juga mereka yang berada di kedudukan tinggi seperti kata Mantan Perdana Menteri melalui laporan akhbar: Tun Mahathir Mohamad hari ini menyuarakan kebimbangan terhadap kejadian rasuah dan salah guna kuasa yang menular di kalangan golongan berilmu dan kedudukan tinggi dalam kerajaan dan swasta. (Sumber :Utusan Malaysia, 22 Ogos 2005) " Melentur buluh biarlah dari rebungnya" adalah pepatah yang boleh dijadikan pendekatan untuk melahirkan generasi muda berpegang teguh kepada integriti dan membenci rasuah. Kempen pendidikan pencegahan salah guna kuasa dan rasuah diperingkat sekolah ini diteruskan pada 2004 menerusi Bengkel Penerapan Elemen Antirasuah Dalam Pendidikan Sekolah yang Pendidikan Masyarakat BPR dan Kementerian Pelajaran. dianjurkan Bahagaian Kukurikulum, Pusat Perkembangan

imann9969@yahoo.com

10

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Seramai 382 guru yang terdiri daripasda jemaah Nazir Sekolah, pensyarah maktab perguruan, pegawai Jabatan Pelajaran negeri dan guru pakar Pendidikan Moral khususnyapelajar. Langkah pertama dianjurkan Kementerian Pelajaran ialah memperkenalkan dasar penerapan elemen pendidikan pencegahan dalam kurikulum di peringkat menengah dan institusi pengajian tinggi iaitu memasukkan elemen berkenaan dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Bahasa Melayu dan Pendidikan Islam. Perbuatan salah guna kuasa ini berlaku sejak kecil. Ini kerana sifat tamak, pentingkan diri dan tidak amanah berlaku sejak muda lagi. Oleh itu penting sekali membuang atau mengikis sikap tamak dalam hati remaja. Tanam kesedaran bahawa sikap tamak yang membawa kepada rasuah tidak akan menguntungkan. Sekiranya, ditakdirkan tidak mendapat kerja yang baik, mungkin sekadar buruh, pembantu pejabat atau tukang sapu. Namun carilah rezeki dengan cara yang baik, walaupun ditakdirkan mendapat dalam jumlah yang sedikit. Tambahkan usaha, agar yang sedikit itu bertambah secara bertahap-tahap. Kata pepatah, jangan cuba menaiki tangga dengan cara melompat. Golongan pelajar merupakan kumpulan sasaran yang dianggap penting untuk dibimbing sepanjang tahun 2005. Ini kerana golongan ini merupakan pewaris atau pelapis kepada kepimpinan negara di masa depan. Dalam mendidik pelajar terutama IPTA/IPTS ke arah membenci penyelewengan dan pengalahgunaan kuasa serta rasuah, kementerian akan berusaha memperkenalkan subjek etika dan integriti sebagai subjek wajib ke arah merealisasikan strategi pelan tindakan terhadap golongan pelajar. Harapan kerajaan peluasan dan peningkatan jangkaan disektor - sektor pelajar akan sudah merangka beberapa langkah penting untuk menggerakkan pengamalan nilai murni dan pendidikan kepada generasi muda,

imann9969@yahoo.com

11

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------mewujudkan enviroment perbelanjaan dan pendidikan yang lebih berkesan dan meyeluruh mencukupi aspek pemikiran (cognitive dan sikap caffective) Golongan pelajar ini terdiri daripada kategori berikut : a. Siswa / Siswi di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. b. Pelatih di Institusi-institusi Kemahiran dan Maktab-Maktab Perguruan. c. Pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah. Manakala Sektor NGOs dan Parti Politik pula, sokongan padu dan kerjasama jentera Politik dan NGOs kepada pentadbiran amat penting bagi menjayakan sasaran pencegahan rasuah oleh BPR. Penglibatan aktif pemimpinpemimpin NGOs dan parti politik selaku Key Communicator dapat memantapkan lagi usaha-usaha pencegahan rasuah oleh BPR khususnya dan Kerajaan amnya. Golongan Key Communicator yang dianggap penting ialah terdiri daripada: i.Pemimpin Persatuan NGOs dan barisan jawatankuasa pembuat dasar dan keputusan. ii. Ketua Bahagian Kewangan Parti-Parti Politik iii. Pemimpin Parti Politik Peratusan penumpuan aktiviti mengikut kumpulan sasaran yang ditetapkan bagi tahun ini adalah sektor awam 30%, sektor swasta 30%, sektor pelajar 20% dan sektor NGOs & parti Politik 20%. 3.7.2 Program Kesedaran di Peringkat Dewasa atau Bekerjaya. Bagi merealisasikan aktiviti kesedaran ini melalui Program Pendidikan Masyarakat 6 pendekatan direkabentuk dan dilaksanakan iaitu : i. Penerangan dan Pendidikan. Penerangan dan Pendidikan boleh menigkatkan kesedaran rakyat terhadap ancaman ini, menanamkan sikap membenci perbuatan itu dan
imann9969@yahoo.com

12

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------seterusnya meninggalkan perbuatan tersebut. Aktiviti-aktiviti penerangan dan pendidikan yang dilaksanakan ialah; a. Latihan jangka pendek pekerja-pekerja baru seperti kursus induksi. b. Ceramah, seminar, dialog, bengkel, konvensyen, forum c. Hebahan / wawancara di TV / radio, penulisan rencana / buletin ii. Penglibatan Aktif Pemimpin Key Communicator Penglibatan aktif pemimpin boleh menigkatkan tahap komitmen,

tanggungjawab serta memantapkan kepimpinan yang berwibawa ke arah membina masyarakat yang beretika dan bermoral tinggi berlandaskan nilai-nilai keagamaan. Bagi sektor swasta, golongan key-communicators yang dianggap penting dan pembuat dasar dan peraturan ialah terdiri daripada :a. Pengerusi b. Ahli Lembaga Pengarah c. Pengurus Besar d. Pengarah Bahagian Sumber Manusia e. Pengarah Bahagian Latihan iii. Publisiti Media Elektronik dan Media Cetak Pendekatan ini mampu memberi liputan yang luas dan penggunaan kos yang lebih berkesan. Ia juga mampu membawa agenda pencegahan ke dalam kehidupan jutaan rumahtangga rakyat Malaysia ( to the living room of all Malaysian ). Mesej-mesej mengenai kehidupan yang bermoral dan beretika, budaya kerja cemerlang, penderitaan dan kesengsaraan kerana perbuatan rasuah, penerangan dan pendidikan undang-undang mengenai salahguna kuasa dan akibatnya disampaikan oleh media elektronik dan media cetak secara insentif dalam bentuk drama, iklan, filem, dokumentari, penulisan, rencana dan sebagainya.
imann9969@yahoo.com

13

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------iv. Perhubungan Terus (Direct Communication) atau Komunikasi Bersemuka. Pendekatan ini ialah cara yang paling sesuai kerana segala mesej dapat dibawa terus kepada pihak yang berkenaan secara bersemuka atau face to face communication antara aktiviti yang berkesan di bawah pendekatan ini ialah Ceramah, Pusat Informasi Setempat, Kunjungan Hormat / Lawatan Mesra, Sukan dan sebagainya. v. Perkongsian Bestari ( Smart-Patnership) Pada tahun 2001 dan seterusnya, Bahagian Pendidikan Masyarakat telah memperkenalkan pendekatan baru dalam melaksanakan aktiviti pencegahan yang dikenali sebagai Perkongsian-Bestari. Ianya merupakan suatu pendekatan yang menekankan kerjasama yang padu antara organisasi yang dipilih bagi menganjurkan sesuatu kempen atau program pencegahan. Pendekatan ini bertujuan untuk memberi galakan kepada organisasi terbabit untuk sama-sama terlibat secara langsung dalam mengatur dan melaksanakan program pencegahan. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan yang positif kepada imej organisasi terbabit dari segi sumbangan khidmat sosialnya. 3.7.3 Sokongan Yang Komprehensif Dari Pihak Luar. Usaha menangani salah guna kuasa perlu dilakukan secara menyeluruh dan melibatkan sekalian lapisan rakyat jelata. Penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah memusnahkan negara. Rakyat jelata tentunya kasihkan negara.Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) jelas memperlihatkan kesungguhan kerajaan memastikan cabaran untuk melahirkan masyarakat yang hidup berlandaskan nilai kerohanian dan etika yang tinggi.
imann9969@yahoo.com

14

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------Peranan Media Massa juga penting sama ada media elektronik mahupun media cetak. Media sebagai ejan pembangunan bagi menyalur segala maklumat penting dan mudah dipengaruhi kepada rakyat. Sebagai contoh dalam saluran pengiklanan, iklan satu bahan yang mudah, ringkas dan padat. Baik golongan muda mahupun dewasa terpengaruh dengan ruangan iklan terutama di televisyen. Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah memperhatikan setiap gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni, motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, tepati janji, berketerampilan, menunjukkan keperibadian yang mulia, amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak.

3.3.4 Penggunaan Undang-undang Dalam membuat keputusan seperti : Pengisytiharan Harta Diwajibkan membuat pengisytiharan harta oleh kakitangan kerajaan, korporat, kakitangan swasta dan pemantauannya oleh stake holder lima tahun sekali adalah perlu. Sebenarnya jika penyeliaan hanya diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah semata-mata tentulah agak sukar.

imann9969@yahoo.com

15

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4.0

KESIMPULAN Umum mengetahui bahawa tindakan yang tidak beretika seperti gejala rasuah,

penyelewengan dan salah guna kuasa ini telah menimbulkan kecelaruan dalam sistem kehidupan manusia. Sistem dibuat semata-mata untuk mewujudkan perjalanan hidup yang teratur tetapi apabila ada pihak menceroboh sistem tersebut akhirnya berlakulah masalah melebihi daripada kecelaruan seperti hilang tanggungjawab pada majikan dan tidak jujur dalam melaksanakan tugas. Dalam perbincangan ini, saya amat setuju bahawa hubungan etika profesional di dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat awal hingga bekerja dapat diamalkan dalam kehidupan manusia untuk mengawal tingkahlaku ahli professional dalam bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan samaada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja professional merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Usaha pihak kerajaan untuk membenteras perkara ini perlu disokong kerana iannya mengembalikan semula kekredibiliti sesuatu orgainsasi. Jika sekiranya cadangan-cadangan mengatasi setiap masalah itu diterima dan diimplimentasi, aktiviti tidak beretika tentunya dapat di atasi.

imann9969@yahoo.com

16

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyempurnakan Salahlaku dan Penyalagunaan kuasa melibatkan syarikat korporat di Negara
kita telah membuatkan pentingnya etika pengajaran dan pembelajaran untuk mengatasi amalan yang tidak sihat ini. Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada isteri dan anak-anak yang sangat memahami, serta doa restu daripada kedua ibu bapa saya.

Penghargaan ini juga kami tujukan kepada Open University Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberi peluang kepada saya untuk menimba pengetahuan di samping rakan-rakan yang sentiasa memberi dorongan dan semangat. Tidak lupa juga kepada tutor kesayangan kami Dr Mahmud Zuhri bin Mohd Nor yang banyak
memberi perhatian, panduan dan tunjuk ajar serta bantuan yang tidak pernah jemu sehingga sempurnanya tugasan ini dengan jayanya.

Akhir kata saya memohon maaf atas segala kekurangan yang ada dalam tugasan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari pemberian Allah dan segala kekurangan dan kelemahan itu datang dari kami. Mudahmudahan Allah SWT yang Maha Pemurah, melimpahkan ganjaran yang berlipat ganda dan taufik hidayahNya kepada kita semua, Amin.

imann9969@yahoo.com

Bibliografi

17

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mohamad Md. Yusoff, (2002) Media dan Masyarakat, Satu Kumpulan Esei, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Mohd Tap bin Sallleh, Zakaria bin Ahmad, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, Kuala Lumpur: Intan, 1991. Seminar Sa`adduddin Al-Sayyid Salih (1996) Strategi Musuh Menentang Islam, Motivasi Kesedaran Minda Ummah, Kuala Lumpur, Darul Numan, Mahathir bimbang rasuah di kalangan golongan berilmu ( 2005, Ogos, 22 ), Utusan Malaysia ( P.1 ) Mohd. Janib Johari, Etika Profesional, Johor: Universiti Teknologi Malaysia Skudai, 2001. Koleksi Kertas Kerja, Etika Pengurusan: Amalan Masa Kini dan Arah Masa Depan , Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 13-14 Mac, 1990. Mustafa Haji Daud, Etika Pengurusan, Kuala Lumpur, Utusan Publications. 2001. Nota Kuliah http://www.bpr.gov.my/bm2/punca.htm http://www.fka.utm.my/jhh/content.asp?contentid=387 http://www.islam.gov.my/portal/etikakerja http://www.bpr.gov.my/cda/m_penerbitan/art_details.php?id=7&crumb=Melahirkan %20generasi%20muda%20benci%20rasuah http://www.angkatanmuda.org/?p=123

imann9969@yahoo.com

18

OUMM3203 Professional Ethics Ab Rashid Bin Md Ihsan 660916-10-5325

OUMSept2008 IPTeknikKL

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------UTUSAN ONLINEhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp? y=2008&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm http://www.parlimen.gov.my/billindex/pdf/DR%20072007.pdf www.instun.gov.my/index2.php? option=com_docman&task=doc_view&gid=136&Itemid=131 http://www.tranungkite.net/lama/c12/black14_15.htm http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp? y=2008&dt=0730&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm http://apps.emoe.gov.my/bppk/nota/NOTA%20TK4/INTEGRITI%20DAN %20AKAUNTABILITI%20DALAM%20PERKHIDMATAN%20AWAM.pdf

imann9969@yahoo.com

19

Anda mungkin juga menyukai