Anda di halaman 1dari 14

EDU 3108

BAHAGIAN A
(20 markah)
Jawab semua soalan.
1.

2.

Sesuatu profesion seperti profesion perguruan harus mempunyai empat atribut


mengikut Ornstein dan Levine (1993) kecuali
(A)

menguasai ilmu pengetahuan

(B)

mempunyai kod etika profesion

(C)

menjadi ahli pertubuhan profesion

(D)

mempunyai kecekapan dan kepakaran dalam bidang

Model Slavin (1989) menyarankan beberapa unsur yang mempengaruhi


pengajaran yang berkesan.
Yang manakah antara unsur berikut dicadangkan oleh Model Slavin ?
I.

Kualiti pengajaran

II.

Kesesuaian aras pengajaran

III.

Insentif

IV.

Gaya pembelajaran murid

V.

Kepemimpinan guru

(A)

I, II dan III sahaja

(B)

I, III dan IV sahaja

(C)

I, II, IV dan V sahaja

(D)

II, III, IV dan V sahaja

3.
Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan
dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Pernyataan di atas adalah dipetik dari Kod Etika Perguruan Malaysia dan
merujuk kepada tanggungjawab guru terhadap

4.

5.

(A)

pelajar

(B)

ibu bapa

(C)

masyarakat dan negara

(D)

rakan sejawat dan profesion keguruan

Akauntabiliti guru terhadap profesionnya dapat dikekalkan dengan langkahlangkah berikut kecuali
(A)

menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawat

(B)

melaksanakan tanggungjawab dengan sepenuh hati

(C)

mematuhi semua peraturan yang dikuatkuasakan

(D)

meningkatkan tahap pengetahuan dan kemahiran berkaitan


dengan profesion

Kebaikan seorang guru menguruskan masa dengan berkesan di sekolah adalah


seperti berikut, kecuali
(A)

murid lebih menghormati guru

(B)

mempunyai masa untuk membuat kerja sambilan

(C)

produktiviti kerja di sekolah akan meningkat dengan cepat

(D)

melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih lancar

6.
Guru yang memiliki kelayakan ikhtisas.
Lebih memberikan fokus kepada pembelajaran murid
Memahami prinsip dan konsep pembelajaran dalam pelbagai
situasi yang khusus
Memiliki pelbagai strategi pengajaran dan mampu
menyesuaikannya mengikut keperluan pelajar yang berbeza
Rajah 1
Pernyataan di Rajah 1 merujuk kepada ciri-ciri perkembangan guru berdasarkan
Trotter (1986) dari aspek

7.

8.

(A)

novis

(B)

cekap

(C)

novis lanjutan

(D)

mahir dan pakar

Peryataan yang paling tepat mengenai peranan guru sebagai agen perubahan dalam bilik
darjah ialah
(A)

merancang dan menentukan objektif pengajarnnya

(B)

mengenai pasti murid yang bermasalah dan bertindak untuk


mengatasinya

(C)

sentiasa mementingkan perkembangan diri murid mengikut situasi


semasa

(D)

sentiasa bergerak aktif dan proaktif apabila mengendalikan aktivitiaktiviti dalam bilik darjah

Pemikiran reflektif dapat membantu guru meningkatkan tahap profesionalismenya.


Manakah antara berikut menunjukkan pemikiran reflektif guru ?
(A)

Pelajar merumuskan apa yang telah dipelajari

(B)

Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

(C)

Menyediakan bahan-bahan pengajaran yang menarik dan sesuai

(D)

Berbincang tentang kekuatan dan kelemahan serta strategi untuk


meningkatkan pengajarannya.

9.

Penyumbang ilmu dan kemahiran


Pembentuk sahsiah sosial yang positif
Pembentuk budaya penyayang
Teladan sosial
Penghubung antara institusi sekolah dengan masyarakat am
Rajah 2

Huraian di Rajah 2 menunjukkan guru bertindak sebagai seorang

10.

11.

(A)

penyelidik

(B)

pembimbing

(C)

agen sosialisasi

(D)

pembentuk tingkah laku

Kepemimpinan merupakan unsur penting dalam sesebuah organisasi formal.


Kim dan Maubourgne (1992) mendefinasikan kepemimpinan sebagai
(A)

keupayaan untuk memimpin dan memberi bimbingan

(B)

keupayaan untuk mempengaruhi sistem kep[ercayaan, tindakan dan


pegangan nilai

(C)

kebolehan seseorang untuk menginspirasikan keyakinan dan


sokongan dalam sekumpulan manusia

(D)

keupayaan menjana rasa hala tuju dan keyakinan dalam kalangan


pengikutnya serta mempengaruhi pengikutnya ke arah mencapai
matlamatnya

Gaya kepemimpinan yang paling sesuai untuk organisasi sekolah dan institusi
pendidikan ialah kepemimpinan
(A) teragih
(B) birokratik
(C) berkarisma

(D) semula jadi


12.

13.

Pemimpin yang memberikan pertimbangan secara individu, beroperasi


berasaskan nilai, penggerak utama kepada kejelekitan pengikut dan sama-sama
berusaha mencapai matlamat bersama adalah jenis pemimpin
(A)

transaksi

(B)

kontinjensi

(C)

transformasi

(D)

teori X dan teori Y

Bermula tahun 2009, Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia


mengalami penstrukturan semula dan bahagian-bahagian di bawah Timbalan
Ketua Setiausaha (Pengurusan) ialah Bahagian
I

Pengurusan Sumber Manusia

II

Pembangunan dan Penilaian Kompetensi

III

Psikologi dan Kaunseling

IV

Pembangunan Kurikulum

Buku Teks

(A)

I, II dan III sahaja

(B)

I, III dan IV sahaja

(C)

I, II, IV dan V sahaja

(D)

II, III, IV dan V sahaja

14.

15.

Peranan dan tanggungjawab guru sebagai educare ialah


I

mengembangkan potensi murid

II

menguasai kemahiran-kemahiran mengajar

III

memberi panduan kepada murid tentang peperiksaan

IV

sebagai fasilitator dan pembimbing kepada murid

menyebarkan nilai-nilai positif kepada murid

(A)

I, II dan III sahaja

(B)

II, III dan IV sahaja

(C)

II, III, IV dan V sahaja

(D)

I, II, IV dan V sahaja

Pembinaan Negara Bangsa (PNB) bergantung kuat pada rakyatnya yang bersatu
padu, hidup dalam harmoni, setia kepada negara dan mematuhi perlembagaan
Negara.
Aktiviti berikut merupakan suatu aktiviti dalam PNB.
(A)

Menyanyikan lagu-lagu sentimental

(B)

Mendorong murid menulis rumusan dan karangan

(C)

Mengadakan aktiviti bahasa, sastera dan kebudayaan melalui


persatuan

(D)

Mengadakan khemah kerja yang mendorong kearah


semangat kerjasama dan perpaduan

pemupukan

16.

17.

Setiap guru perlu mempunyai semangat dan cita-cita yang kuat untuk
meneruskan kehidupan dengan menambahkan ilmu pengetahuan melalui
Pembelajaran Sepanjang Hayat yang bermaksud
(A)

menjalankan penyelidikan sepanjang hayat dalam bidang


pendidikan.

(B)

menghadiri seminar, bengkel, kursus dan terlibat dalam konsultansi


dengan pihak luar

(C)

membina hubungan mesra dengan murid, pihak sekolah,


ibu bapa dan masyarakat

(D)

motivasi kendiri kearah pencarian dan peningkatan ilmu secara


sukarela berdasarkan keperluan personal atau profesional

Kursus Dalam Perkhidmatan (KDP) yang dikendalikan oleh Institut Pendidikan


Guru merupakan salah satu usaha untuk mempertingkatkan profesionalisme
keguruan.
Antara yang berikut, manakah boleh dikategorikan sebagai KDP ?
(A)

Guru sandaran mengikuti program Ijazah di Universiti Temapatan

(B)

Guru terlatih menghadiri mesyuarat menulis modul di Bahagian


Perkembangan Kurikulum

(C)

Guru terlatih menghadiri program Kursus Memperkuhkan Bahasa


Inggeris (MBI) selama 3 minggu

(D)

18.

Guru sandaran menjalani kursus Latihan Berasaskan Sekolah di


Institut Pendidikan Guru

Antara pernyataan yang berikut, yang manakah memperlihatkan tindakan


seorang yang berfikir secara reflektif ?
(A)

Menghubungkan ilmu dan amalan

(B)

Memikirkan satu penyelesaiaan sahaja

(C)

Membaca lebih banyak buku agar luas pengetahuan

(D)

Memperbaiki penyampaian dan kaedah proses pengajaran dan


pembelajaran

19.

20.

Manakah antara berikut pernyataan paling tepat menunjukkan faedah


penyelidikan tindakan kepada seorang guru ?
(A)

Memberi gambaran jelas tentang persekitaran tempat kerja dimana dia


bertugas

(B)

Membantu guru bertindak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi


oleh guru lain

(C)

Dapat bertindak secara peribadi untuk membaiki masalah sosial di


kalangan murid dan guru

(D)

Membolehkan guru mengkaji tindakan dan amalan kendiri supaya ada


penambahbaikan kualiti perkhidmatan kendiri

Dalam usaha untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, guru


perlu sentiasa prihatin terhadap pembaharuan dan inovasi dalam pendidikan
seperti mengakses maklumat dari internet, E-pembelajaran dan E-Perpustakaan.
Apakah implikasi pernyataan di atas kepada seorang pendidik?
(A)

Guru perlu mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru

(B)

Guru perlu peka dan bersifat dinamik dalam menangani cabaran baru

(C)

Guru perlu mewujudkan rangkaian dengan pihak yang terlibat dalam


bidang pendidikan

(D)

Guru perlu memastikan murid dapat keputusan yang baik dalam semua
peperiksaan awam

BAHAGIAN B
( 40 markah )
Jawab semua soalan
1. Jelaskan lima isu etika guru yang dianggap bercanggah dengan prinsip-prinsip etika
yang diamalkan sebagai seorang penjawat awam.
a) ___________________________________________________________
___________________________________________________________
b) ___________________________________________________________
___________________________________________________________
c) ___________________________________________________________
___________________________________________________________
d) ___________________________________________________________
___________________________________________________________
e) ___________________________________________________________
___________________________________________________________
( 10 markah )
2. Lima peringkat perkembangan guru ialah peringkat novis, novis lanjutan, cekap,
mahir dan pakar. Kenalpasti dua perbezaan antara guru novis dan novis lanjutan.
Novis

Novis Lanjutan

a)

a)

b)

b)

( 10 markah )

10

3. Prestasi guru dapat ditingkatkan melalui amalan reflektif. Nyatakan empat manfaat
yang boleh diperolehi melalui amalan reflektif tersebut.
a) ___________________________________________________________
___________________________________________________________
b) ___________________________________________________________
___________________________________________________________
c) ___________________________________________________________
___________________________________________________________
d) ___________________________________________________________
___________________________________________________________
( 10 markah )
4. Nyatakan dua anggapan oleh pemimpin terhadap stafnya mengikut gaya
kepimpinan dalam Teori X dan Teori Y oleh Douglas McGregor (1960).
a) Teori X
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
b) Teori Y
___________________________________________________________
___________________________________________________________
___________________________________________________________
( 10 markah )

11

BAHAGIAN C
( 40 markah )
Jawab dua soalan sahaja
1. Berdasarkan pengalaman anda semasa menjalani praktikum, imbas kembali salah
seorang guru yang anda sanjung sebagai guru yang berintegriti.
Huraikan lima ciri guru pilihan anda yang dapat menyokong pandangan anda
bahawa guru berkenaan berintegriti.
( 20 markah )
2. Sebagai bakal guru, anda seharusnya mengetahui dan memahami ciri-ciri sekolah
dan struktur pentadbiran din sekolah.
Berdasarkan pengamatan anda semasa menjalani PBS (Pengalaman Berasaskan
Sekolah), hasilkan satu carta organisasi sekolah yang lengkap.
( 20 markah )
3. Lingkaran pengajaran reflektif melibatkan beberapa langkah dan langkah-langkah
tersebut ada kalanya bertindihan.
Berdasarkan Proses Refleksi (Bruce & Rose 1995) yang telah anda pelajari,
lakarkan dan huraikan lingkaran pengajaran refleksi tersebut dengan contoh yang
sesuai.
( 20 markah )

12

Anda mungkin juga menyukai