Anda di halaman 1dari 18

KEPENTINGAN SUKAN DAN AMALAN GAYA

HIDUP SIHAT

Memperkukuh keharmonian dan perpaduan Negara

Memupuk semangat patriotisme

Membangunkan masyarakat yang berdisiplin dan berdaya saing

Mampu mengukuhkan perpaduan dan kekuatan mental dan fizikal rakyat

Salah satu cabang integrasi nasional dan alat penyatuan kaum yang berkesan untuk
membina semangat patriotik dan cintakan Negara

Amalan gaya hidup sihat, memberi faedah kepada kecergasan fizikal yang seterusnya
memanfaatkan diri, organisasi dan Negara

Pekerja yang cergas dan aktif akan lebih sihat serta berdaya saing selain dapat
meningkatkan prestasi kerja lebih produktif.

Kesihatan mental akan lebih stabil di samping tekanan sentiasa dapat dikawal dan lebih
motivasi serta berfikiran positif.

Secara tidak langsung amalan sukan dan gaya hidup sihat dalam kehidupan mampu
melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

4 Senaman
Pakar gaya hidup sihat mencadangkan kita melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali
seminggu 30 puluh milit sudah memandai bagi mereka yang sibuk dengan aktiviti tersendiri. Ini
berbeza dengan fikri, senaman sudah menjadi rutin harian yang wajid dilakukan. Senaman baik
untuk mengeluarkan peluh disamping mengeluarkan toksik yang tidak di ingini oleh badan

1 Amalkan
minum
air
suam
Tahukah anda? Minum air suam atau masak dapat membantu badan mengeluarkan toksin yang
tidak diperlukan didalam badan selain membantu mendapatkan kulit yang sihat. Bagi seorang
atlik Negara, Fikri Magan memerlukan sekurang-kurangnya 7500 liter air setiap hari bagi
mengekalkan keseimbangan suhu badan. Ini kerana, latihan kriket yang dijalankan menyebabkan
beliau kehilangan banyak air dalam badan kesan daripada proses perkumuhan.

www.ukm.my/monline/8-tip-gaya-hidup-sihat.html -

Jom Kita Amalkan 5 Gaya Hidup Sihat


Salam buat semua yang terjah kat blog JOMRIA. Kali ini aku nak share dengan semua
artikel mengenai Amalan Hidup Sihat yang semestinya kita perlu titik beratkan dalam
hidup kita.
Isu-isu yang berkaitan dengan gaya hidup sihat kerap diperkatakan oleh setiap lapisan
masyarakat. Amalan gaya hidup sihat akan membolehkan seseorang itu hidup sihat
sepanjang hayat. Pada pandangan saya, tidak wajar kita mengambil mudah tentang
amalan gaya hidup sihat ni.
1.

Menjaga Pemakanan Seharian

Antara amalan gaya hidup sihat ialah menjaga pemakanan seharian kita. Oleh itu, kita
hendaklah mengamalkan makanan seimbang. Pemakanan seimbang membolehkan
tubuh badan kita sihat dan tidak terlalu gemuk. Pemakanan yang tidak seimbang akan
menyebabkan badan kita mendapat pelbagai penyakit seperti darah tinggi, penyakit
jantung dan kencing manis.
2.
Bersenam atau Beriadah
Selain itu, kita juga hendaklah rajin bersenam atau beriadah. Dengan melakukan aktiviti
senaman, jantung akan menjadi sihat dan kuat. Sisa toksik dalam badan pula akan
keluar melalui peluh kita semasa bersenam. Senaman yang kita lakukan akan
membolehkan darah mengalir dengan baik dan menguatkan lagi otot-otot badan.
3.
Menjaga Kebersihan Rumah dan Persekitaran
Amalan gaya hidup sihat seterusnya ialah menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.
Tempat-tempat yang membolehkan nyamuk membiak mestilah dihapuskan. Segala
sampah sarap hendaklah dubuang ke temapat yang dikhaskan. Jangan sesekali
membuang sampah sarap ke dalam sungai atau dibaar di luar rumah kerana ia boleh
menyebabkan pencemaran alam sekitar.
4. Membuat Pemeriksaan Kesihatan
Di samping itu, kita juga hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan. Pemeriksaan
kesihatan ini boleh dibuat di hospital kerajaan atau swasta. Dengan mengetahui tahap
kesihatan kita, kita boleh megambil langkah tertentu bagi memastikan kesihatan kita
terus berada dalam keaaan baik. Pemeriksaan ini boleh dibuat dua kali satahun.
5.

Elakkan Perbuatan Menjejaskan Kesihatan

Kita juga mesti menjauhi perbuatan yang boleh menjejaskan kesihatan. Antara perkara
yang boleh menjejaskan kesihatan ialah menghisap rokok, minum arak dan menagih
dadah. Tabiat menghisap rokok boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit
paru-paru dan jantung. Manakala penagihan dadah

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa amalan yang patut kita lakukan untuk
membolehkan kita hidup sihat. Amalan gaya hidup sihat ini mesti dipupuk oleh ibu bapa
dan semua anggota keluarga sejak anak mereka masih kecil lagi Sesungguhnya
kesihatan yang baik lebih bernlai daripada harta benda.
www.jomria.com/.../jom-kita-amalkan-5-gaya-hid... -

Satu amalan yang penting untuk diamalkan adalah dengan mengambil


makanan yang seimbang. Oleh itu, tubuh orang yang mengamalkan
pemakanan seimbang ini akan mendapat khasiat dan vitamin yang
diperlukan. Sebagai contohnya, seseorang itu perlu banyak mengambil
makanan yang berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta
mengurangkan makanan yang berlemak atau mengandungi kolesterol
yang tinggi. Dengan cara itu, penyakit berbahaya seperti penyakit
jantung koronari, tekanan darah tinggi dan diabetis akan dapat
dielakkan
kerana mencegah
penyakit
lebih
baik
daripada
mengubatinya.
Amalan lain yang perlu diamalkan adalah dengan bersukan atau
beriadah. Aktiviti sukan dan riadah yang dilakukan akan menyihatkan
seseorang kerana aktiviti itu akan melancarkan perjalanan darah dan
badan akan mengeluarkan peluh. Seseorang itu boleh bersukan seperti
bermain badminton, bola sepak, menunggang basikal, berjoging, atau
berenang. Jika badan seseorang itu sihat dan cergas, sudah pastilah

daya pemikirannya juga cerdas kerana otak yang cerdas datangnya


daripada tubuh yang cergas.
www.huzaimyofficial.net/.../amalan-gaya-hidup-si... -

Gaya hidup sihat cegah penyakit


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120909/kn_03/Gaya-hidup-sihat-cegahpenyakit#ixzz2LF4XPcb1


Utusan Melayu (M) Bhd
"Protein dan karbohidrat adalah nutrien yang amat diperlukan oleh badan tetapi sekiranya berlebihan ia
menjadi punca penyakit yang berkait dengan kolestrol.
Ditambah pula kadar metabolisme yang rendah pada badan di waktu malam , kalori yang tidak digunakan
akan bertukar menjadi lemak dalam badan," ujarnya.
Sekiranya makan lewat dari pukul 8 malam ke atas, kemungkinan badan kita gagal membakar kalori yang
diproses daripada makanan yang dicernakan.
Ini kerana pergerakan aktiviti malam yang terhad dan bertambah teruk sekiranya tidur terus selepas makan
kerana lemak yang tidak dibakar kepada bentuk tenaga akan terkumpul di dalam badan.

Dr. Abu menjelaskan, lama-kelamaan aktiviti ini akan menjadi masalah perut buncit dan gemuk sebelum ia
berubah menjadi kepada obesiti untuk tahap yang lebih serius.
Beliau menasihatkan pengambilan makanan yang terbaik ialah makan sebelum pukul lapan malam

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120909/kn_03/Gaya-hidup-sihat-cegahpenyakit#ixzz2LF52OjdB


Utusan Melayu (M) Bhd

Pendahuluan
Masyarakatnegarakitaseringterdedahdenganpelbagaimasalahk
esihatanyangkronikdanakhirnyamengundangkepadakematian.I
aadalahkesandaripadaamalangayahidupyangtidaksihatdanketi
dakseimbangankesihatanrohanidanjasmanidalam
kitaranhidupseharian

GAYA HIDUP SIHAT


Gaya hidup sihat merupakan suatu
amalan kehidupan yang membina dimana ia
dapat membawa kesan yang positif kepada
seseorang individu , institusi keluarga dan juga
masyarakat. Gaya hidup sihat merupakan
salah satu aspek yang penting dalam menjaga
tahap kesihatan seseorang. Antara contoh
amalan gaya hidup sihat ialah seperti makanan
yang seimbang, aktiviti senaman, tidur atau
rehat yang mencukupi, cara pergaulan dengan
manusia di sekeliling, kebersihan dari segi
mental, fizikal dan persekitaraan dan banyak
lagi. Kesemua amalan gaya hidup yang positif
ini membawa kepada banyak manfaat dan
kebahagian kepada kehidupan kita.

Kepentingan Gaya Hidup Sihat.


a) Memastikan tahap kesihatan yang baik
Kebaikan utama gaya hidup yang sihat
ialah amalan yang membina ini sentiasa
memastikan tahap kesihatan berada dalam
keadaan yang baik. Sebagai contohnya, gaya
hidup sihat selalu memberi faedah kepada
kecergasan
fizikal.
Misalnya
,
dengan
melakukan aktiviti senaman secara kerap ,
kehidupan seseorang itu menjadi lebih sihat
dan menceriakan. Senaman seperti bersukan,
berekreasi, bersenam robik, berjalan dan
berlari memastikan tubuh kita menjadi cergas
dan sistem peredaran darah menjadi lebih
teratur. Pada masa yang sama, sistem
imunisasi manusia menjadi lebih cekap dan
seterusnya stamina dan kekuatan dapat dibina.
Selain daripada itu, amalan gaya hidup yang
sihat juga menggurangkan risiko menghadapi
penyakit berbahaya. Sebagai contohnya,
apabila kita sering melakukan senaman
ataupun mengambil makanan dengan kadar
nutrisi
yang
betul,
maka
kita
dapat
mengelakkan diri daripada pendedahan kepada
penyakit berbahaya. Misalnya, penyakit seperti

diabetes dan penyakit jantung sering mencari


mangsa yang kurang mengamalkan amalan
gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok
dan makan makanan yang berkolestrol.

b)
Menstabilkan
kesihatan
mengurangkan tekanan

mental

dan

Seterusnya, gaya hidup sihat juga


menjamin kestabilan kesihatan mental serta
sentiasa mengawal ataupun mengurangkan
tekanan. Sebagai contohnya, amalan berehat
dan tidur dengan kadar yang mencukupi dapat
mengurangkan tekanan dan menenangkan
tubuh badan serta minda. Dengan bersikap
lebih prihatin terhadap masa rehat dan masa
tidur proses metabolism juga dapat dijalankan
dengan lancer. Berikutan dengan itu, gaya
hidup sihat yang lain seperti pemikiran positif
mampu memberi jalan penyelesaian bagi
kemelutkemelut yang serius tanpa mengadapi
tekanan yang berlebihan. Ini adalah kerana
tekanan yang kita hadapi kadang kala boleh
menjuruskan kepada masalah mental ataupun
masalah sosial seperti pembuangan bayi,
vandalisme dan sebagainya.

c) Mendisiplinkan masyarakat
Pada masa yang sama, gaya hidup yang
sihat juga melahirkan insan yang disiplin dan
sihat dari segi fizikal dan persekitaraannya.
Misalnya, seseorang yang mengamalkan gaya
yang positif akan sentiasa menjaga kebersihan
diri sendiri dan juga persekitaraanya. Dengan
mengutamakan kebersihan , maka kita dapat
menghalang wabak-wabak penyakit dari terus
tersebar. Di samping itu, kita juga dapat hidup
dalam suasana yang sihat dan harmoni.
Amalan seperti menjaga kebersihan diri serta
persekitaraan melalui mandi, berpakaian
bersih, gotong-royong dan membuang sampahsarap dalam tong sampah akan membentuk
disiplin dan peribadi seseorang.
Kepentingan Gaya Hidup Sihat Yang Lain..
a) Rakyat yang mengamalkan gaya hidup
sihat dapat melahirkan sebuah negara yang
maju.

b) Mewujudkan
keluarga
yang
memenuhi fungsi-fungsi dari segi
sosial, dan psikologi secara optimum.
c) Mengekalkan
masyarakat.

jaringan

hubungan

dapat
biologi,

antara

d) Mengurangkan masalah sosial di kalangan


remaja.

Langkah- Langkah Ke Arah Gaya Hidup


Sihat
a) Makan
Berkhasiat

Makanan

Yang

Seimbang

Dan

b) Menjalinkan
keluarga,
jiran

hubungan baik
dan
rakan-

dengan
rakan

c) Mengambil rehat yang mencukupi

d) Melakukan aktiviti fizikal

e) Menjaga kebersihan

Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat


amat
penting
kepada
semua
lapisan
masyarakat untuk menikmati tahap kesihatan
yang baik serta optimum. Oleh itu, kita harus
mempunyai kesedaran untuk menggiatkan lagi
mutu penjagaan kesihatan.

SAGUNTALAH A/P KRISHNAN


130160

2 C O M M E N T S O N " G AY A H I D U P S I H A T "
noor amirah on Isnin, Julai 23, 2012 10:45:00 PTG berkata...

terima kasih..... blog nie lawa lah.... entry nie sgt2 mmbantu... thx ^^
zeidi's heart on Isnin, November 05, 2012 2:21:00 PG berkata...
kesihatansemua.blogspot.com/2010/09/gaya-hidup-sihat-ga...

bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.h...

Amalan Gaya hidup Sihat


Amalan membentuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.
.

.
..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa
impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang
sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang
boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan
era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu
dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai
matlamat ini.
.
..........Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan yang
seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai lebih suka
mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan pengambilan makanan ringan
ataupun makanan segera. Tidak kurang juga masyarakan kita hari ini yang lupa kesan
pengambilan makanan berlemak ataupun makanan yang mempunyai kandungan garam, gula
atau sodium glutamit yang tinggi. Hal ini boleh mendatangkan pelbagai penyakit kronik seperti
sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis yang juga menjadi punca kematian tertinggi di
negara kita. Orang ramai juga mesti menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak
kerana kesannya amat membahayakan. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua
mencapai kehidupan yang ceria kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh
menerusi pemakanan yang seimbang.
.
..........Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh
seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti seperti bersukan,
berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama keluarga ketika hujung minggu.
Aktiviti senaman seperti ini diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran
darah manusia lebih baik serta menjadikan sistem imunisasi mereka tinggi. Mereka yang gemar
bersukan biasanya memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang
yang jarang bersukan. Jelasnya, semakin kerap senaman dilakukan maka semakin tinggilah
tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang
cergas.
.
..........Orang ramai juga perlu mengutamakan kebersihan diri pada setiap masa bagi memastikan
mereka terhindar daripada sebarang penyakit. Keperluan asas seperti menggosok gigi, mandi,
berpakaian bersih, waktu tidur dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup seharian.
Bagi mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, mereka juga perlulah mengamalkan budaya
mendisiplinkan diri dengan asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum
makan, menutup makanan dengan baik agar tidak diharung lalat mahupun memilih gerai atau
tempat makan yang bersih semasa menjamu selera. Sikap sambil lewa masyarakat dalam aspek

berkenaan mungkin boleh membawa padah. Justeru, amalan sebegini harus diutamakan agar
dapat membentuk gaya hidup yang sihat dalam kalangan masyarakat.
.
..........Pada masa yang sama selain mengutamakan kesihatan diri dan makanan, masyarakat
juga perlu menjaga kebersihan persekitaran mereka. Persekitaran yang bersih perlu dijadikan
amalan dan gaya hidup agar kita terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang
ramai digalakkan mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan
dengan membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa
bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa penyakit seperti
nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar
rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan
ataupun ditukar. Dengan cara demikian, orang ramai akan dapat menjauhkan diri mereka
daripada pelbagai penyakit serta membentuk kehidupan yang sihat.
.
..........Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka
yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain didapati lebih
bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan
masalah mereka. Sikap berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama mereka menjadikan
keperluan psikologi manusia dipenuhi dengan efektif. Masyarakat digalakkan menjalin hubungan
komunikasi yang mesra bersama-sama rakan atau jiran tetangga. Hubungan baik yang
berkekalan biasanya dapat melahirkan satu bentuk kehidupan yang ceria dan menggembirakan.
Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi bagi memperoleh gaya hidup
yang sihat ini.
.
..........Pada masa yang sama sikap atau mentaliti positif penting untuk dimiliki oleh seseorang itu
bagi menangani tekanan kehidupan dalam era moden ini. Pemikiran yang positif menjadikan
seseorang itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik
tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh cabaran terutama tekanan di pejabat
memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Kepada mereka yang
menghadapi tekanan hidup, mereka mungkin boleh mendapatkan bantuan daripada pakar
motivasi ataupun rakan-taulan di sekeliling mereka. Hal ini perlu kerana tekanan yang dialami
boleh menjuruskan seseorang pada perlakuan negatif seperti mendera, menagih dadah atau
melakukan sesuatu perkara di luar jangkaan. Jadi, semakin positif minda seseorang itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.
.
..........Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang
dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya masyarakat mengamalkan
semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusia sihat. Cuma sikap masyarakat yang

masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah yang menyebabkan pelbagai
masalah kesihatan timbul kelak. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik
daripada mengubatinya.
....
Posted by mohd nazri at 11:53 AM

Senaman aerobic dapat menyihatkan badan

Anda mungkin juga menyukai