Anda di halaman 1dari 67

WMENINGKATKAN KETEPATAN HANTARAN ARAS DADA KE ARAH

SASARAN DENGAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PERMAINAN


BOLA JARING

LENI SALFARINA BINTI A RAMLEE

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU, JOHOR

DISEMBER 2013

MENINGKATKAN KETEPATAN HANTARAN ARAS DADA KE ARAH


SASARAN DENGAN KAEDAH KOPERATIF DALAM PERMAINAN
BOLA JARING

LENI SALFARINA BINTI A RAMLEE

Laporan Kajian Tindakan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada


syarat penganugerahaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Pendidikan Jasmani Sekolah
Rendah) dengan kepujian.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU, JOHOR

DISEMBER 2013

PENGESAHAN PENYELIA

"Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan
saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugeraahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah dengan kepujian"

Tandatangan

..............................................................

Nama Penyelidik

TN. HJ. NORHIZAN BIN ZAINOL

Tarikh

19 DISEMBER 2013

i
PENGAKUAN

"Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasannya yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"

Tandatangan : .........................................................
Nama Penulis : LENI SALFARINA BINTI A RAMLEE
Tarikh

ii

DEDIKASI

Untuk suami dan keluarga tersayang,


Asrol Faezal bin Hj. Ahmad
A Ramlee bin Sulaiman
Noor Madinah bt Othman
Terima kasih atas segala pengorbanan dan dorongan.
Serta adik tersayang,
Ameerah Zakiah bt A Ramlee
Atas bantuan dalam mencari bahan-bahan kajian dan sokongan yang jitu.
Pensyarah pembimbing,
Hj Norhizan bin Zainol
Terima kasih atas bimbingan yang diberikan serta ilu yang dicurahkan,
Tidak akan saya persiakan dan halalkan segalanya.
Pensyarah-pensyarah IPGKTI yang lain
Serta rakan-rakan seperjuangan.
Terima kasih atas bantuan yang diserikan,
Doa ku untuk semua agar menjadi pendidik yang cemerlang untuk melahirkan generasi
yang lebih cemerlang.

iii
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya
menyiapkan kajian tindakan yang bertajuk " Meningkatkan kemahiran hantaran aras
dada ke arah sasaran dengan kaedah koperatif dalam permainan bola jaring" agar dapat
memperbaiki masalah ketepatan hantaran aras dada dalam permainan bola jaring tahun 4
Bestari dan Arif di SK Taman Johor Jaya 5.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada En Hishamuddin bin


Hassan selaku penyelia kajian tindakan ini dan kepada pensyarah pembimbing saya Hj
Norhizan bin Zainol yang telah banyak memberikan bimbingan dan dorongan sepanjang
penghasilan kajian ini. Tidak lupa juga penghargaan ini ditujukan kepada rakan-rakan
yang banyak membantu saya dengan berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan kajian ini.

Disamping itu juga jutaan terima kasih kepada suami dan keluarga yang telah
menyokong selama ini. Semoga allah yang membalas semuanya. Diharap kajian ini
dapat memenuhi kehendak tugasan dan memberikan kebaikan kepada pihak lain.

iv
ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan apabila pengkaji mendapati murid dalam kelas yang diajar
oleh pengkaji mempunyai masalah ketepatan melakukan hantaran aras dada dalam
permainan bola jaring. Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan ketepatan hantaran aras
dada dalam permainan bola jaring dengan kaedah pembelajaran koperatif. Responden
adalah terdiri daripada murid tahun 4 Bestari dan Arif, SK Taman Johor Jaya 5 iaitu
seramai 19 orang responden diambil. Oleh yang demikian, pengkaji telah menjalankan
satu kajian dengan memilih kaedah pembelajaran koperatif sebagai kaedah dalam
rawatan yang dijalankan. Tempoh masa kajian ini dijalankan adalah selama 4 minggu.
Kajian ini menggunakan instrumen pemerhatian, ujian pra dan pos. Dalam pengajaran
dan pembelajaran mempunyai pelbagai cara dan kaedah penyampaian dan pengkaji
memilih kaedah koperatif. Implikasi daripada kajian ini telah membuktikan bahawa
dengan menggunakan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan prestasi ketepatan murid dalam membuat hantaran aras dada dalam
permainan bola jaring. Hasil kajian mendapati 45% jumlah keseluruhan ketepatan
hantaran keseluruhan bagi ujian pos dan 61% bagi ujian pra. Ini menunjukkan perbezaan
16% peningkatan antara ujian pra dan pos. Segala data dikumpul, direkod dan
diterjemahkan dalam jadual dan graf. Data diterjemah dengan mata skor dan peratus
bagi setiap responden.

v
ABTRACT

The research was carried out due to the fact that the researcher found out that the
students in her class had problems in the accuracy of passing a ball at chest level when
playing netball. The purpose of the research is to investigate the effectiveness of using
cooperative learning. The respondents consist of year 4 Bestari and Arif at Sekolah
Kebangsaan Taman Johor Jaya, Johor Bahru. There were 19 respondents chosen in this
research. Thus, the researcher carried out her research using cooperative learning as a
method of treating the problem. The duration of the research was four weeks. The
instruments used in this research were observation, pretest and post test. In the teaching
and learning process, there are many ways and methods of teaching and the researcher
adopted the method of cooperative learning in her research. The implication/finding of
the research indicates that by adopting this method in the teaching and learning process,
the students were able to improve their performance in passing the ball at chest level
while playing netball. All the data was collected, recorded and tabulated in the form of
table and graph.The data of each respondent was analysed in terms of scores and
percentages.

vi
KANDUNGAN

MUKA SURAT
PENGESAHAN PENYELIA
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
ix
SENARAI RAJAH
x
SENARAI LAMPIRAN
xi
1.0 PENDAHULUAN
1.1
1.2
1.3

Pengenalan
1
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran disekolah
Refleksi Nilai Pendidikan
6

2.0
2.1
2.2

FOKUS KAJIAN
7
Isu Kajian
Analisis Tinjauan Masalah
8
2.2.1 Kriteria Pemilihan Fokus Kajian
2.3.1

Kebolehtadbiran
9

2.3.2 Kepentingan
9

2.3.3

Kebolehgunaan
10

2.3.4 Kawalan
10

vi
2.3.5

Kolaborasi
10

2.3.6

Kerelevenan
11

2.3
3.0

TINJAUAN LITERATUR
11
OBJEKTIF KAJIAN

18
3.1
3.2
3.3

Objektif Umum
18
Objektif Khusus
18
Soalan Kajian
18

4.0
4.1
5.0
5.1
5.2

KUMPULAN SASRAN
18
Responden Kajian
19
TINDAKAN YANG DIJALANKAN
20
Tinjauan Masalah
20
Pelaksanan Tindakan
20
5.2.1
Jadual Pelaksanaan
25
5.2.2
Kaedah Rawatan
28

vii
SENARAI JADUAL
Jadual
Muka Surat
Jadual 1

Jadual Pelaksanaan kajian tindakan


25

Jadual 2

Jadual rawatan yang dijalankan


28

Jadual 3

Contoh borang skor untuk ujian pra dan pos


33

Jadual 4

Mata ketepatan hantaran aras dada dalam ujian pra


35

Jadual 5

Mata ketepatan hantran aras dada dalam ujian pos


36

Jadual 6
Jadual 7
38

Jumlah mata keseluruhan setiap responden


37
Peratus ketepatan hantaran aras dada dan perbezaan
ketepatan hantaran antara ujian pra dan pos.

ix

SENARAI RAJAH
Rajah
Muka Surat
Rajah 1

Model Kajian Tindakan Gerald Susman


24

Rajah 2

Ujian pra dan pos


30

Rajah 3
39

Graf jumlah mata setiap responden bagi ujian pra dan pos

Rajah 4

Graf peratus keseluruhan ujian pra dan pos


39

SENARAI LAMPIRAN
Lampiran
Muka Surat
A

Four Coners Chest Pass


47

Diamond Chest Pass


48

Double Line Chest Pass


49

xi

1.0

PENDAHULUAN

Pengkaji membincangkan mengenai penggunaan kaedah koperatif dalam


pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Seterusnya pengkaji
menjurus kepada penggunaan stesen yang diubahsuai daripada aktiviti dalam Modul
1 Murid 1Sukan bagi rawatan dalam kajian ini. Gabungan kaedah koperatif dan
aktiviti dalam setiap stesen akan memberikan dapatan yang menunjukkan
peningkatan prestasi dalam ketepatan hantaran aras dada dalam permainan bola
jaring. Manakala dengan ujian Target Chest Pass yang diubahsuai daripada ujian
Push Pass Accuracy yang digunakan dalam permainan bola keranjang melalui buku
berjudul Practical Measurements For Evalution in Physical Education.

1.1 Pengenalan

Persediaan teknikal, tektikal, psikologikal dan fizikal adalah tunjang utama dalam
meningkatkan prestasi dalam sukan. Kecergasan fizikal memainkan peranan penting
bagi mencapai sesuatu prestasi dalam sukan kerana ia dapat meningkatkan kualiti
pergerakan tubuh badan, penguasaan kemahiran dan dapat mengelakkan daripada
berlakunya kecederaan(Dick, 2002).kecergasan fizikal yang optimum tidak mungkin
dicapai tanpa latihan yang berterusan. Kepentingan kecergasan fizikal dalam sukan
sangat penting untuk mencapai tahap prestasi yang maksimum.

1
Di dalam kajian ini, pengkaji akan membincangkan mengenai masalah dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bagi murid tahun 4
Bestari dan 4 Arif. Ianya wujud dalam pelbagai bentuk sama ada dalam aspek interaksi,
keperluan fizikal, kemampuan atau kemahiran dan sebagainya. Kewujudan masalah
memerlukan penyelesaian masalah dan penyelesaian masalah memerlukan keputusan.
Oleh kerana itu pengkaji telah mencari jalan penyelesaian masalah membuat hantaran
aras dada dalam permainan bola jaring dengan tepat ke sasaran.Pengkaji mendapati
masalah yang dihadapi ialah terdapat 15 orang murid yang tidak dapat melakukan
hantaran aras dada dengan sasaran yang tepat. Hantaran yang dibuat tersasar ke sasaran
lain bukan aras dada rakan. Pengkaji telah memilih kaedah koperatif.
Pembelajaran koperatif selalunya digunakan di dalam bilik darjah yang mempunyai
pelajar dari kumpulan yang mempunyai keupayaan yang berlainan. Pelajar akan bekerja
dalam kumpulan kecil ke arah mencapai objektif dan matlamat pembelajaran yang
sama.Pembelajaran berlaku apabila pelajar belajar menerusi interaksi dengan orang lain.
Koperatif mempunyai dua aspek asas iaitu membentuk hubungan antara pelajar, pelajar
akan dapat bekerja bersama-sama sebagai rakan sebaya. Guru memberikan tunjuk ajar
jika pelajar mempunyai masalah atau kesulitan.
Pendidikan Jasmani pula adalah merupakan suatu proses bertujuan meningkatkan
prestasi manusia melalui aktiviti fizikal terpilih untuk mencapai

keputusan

yang

dikehendaki. Dengan itu Pendidikan Jasmani berkait rapat dengan pemilikan dan
penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan

untuk kesihatan optimum dan keadaan baik memperolehi pengetahuan dan


pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti fizikal.

2
Oleh itu matapelajaran Pendidikan Jasamani wajib dipelajari disekolah rendah.
Kelemahan yang paling ketara adalah sewaktu murid membuat hantaran aras dada
sasaran hantaran tidak tepat ke arah sasaran. Maka saya memilih kemahiran aras dada
untuk dikaji di sekolah saya terutama sekali ketika murid mula mengenali bagimana
mempelajari permainan bola jaring. Secara tidak langsung saya dapat memudahkan
dalam menjalankan latihan bagi mewakili sekolah dalam permainan ini.
Apabila diperkenalkan kepada murid dalam kemahiran aras dada didapati banyak
kelemahan terutama sekali arah sasaran dimana hantaran aras dada yang dibuat tidak
sampai kearah dada pasngan tetapi banyak arah sasaran dan bola tidak sampai ke
sasaran. Perkara ini sering terjadi apabila saya mengajar kemahiran ini bagi setiap murid
yang berbeza setiap tahun. Dapatan daripada pemerhatian dan pengalaman saya
menunjukkan murid tidak faham pentingnya ketepatan dalam kemahiran hantaran aras
dada dalam permainan bola jaring. Jenny (1961) berpendapat bahawa walaupun
Pendidikan Jasmani memberi pendidikan melalui aktiviti fizikal, ia sebenarnya juga
melibatkan hasil pendidikan yang tidak bercorak fizikal. Matlamat Pendidikan Jasmani
ialah

untuk

mempengaruhi

semua

bahagian

pembangunan

fizikal

termasuk

perkembangan mental dan sosial.


Barrow (1971) meletakkan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman
pendidikan seluruhan (the total educational experience) dan menegaskan bahawa
pengalaman Pendidikan Jasmani berkait rapat dengan proses pendidikan keseluruhan

dalam seumur hidup setiap individu. Apabila Pendidikan Jasmani memberi sumbangan
kepada pendidikan lain, maka fungsi Pendidikan Jasmani sebagai alat pendidikan
dipenuhi.
3
Baley & Field (1976) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani ialah satu proses
pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik, neuromaskular, intelektual, sosial,
budaya, emosional dan aestetik hasil daripada atau melalui aktiviti fizikal yang terpilih
dan agak rancak. Freeman (1977) pula menyokong kenyataan itu bahawa Pendidikan
Jasmani adalah lebih daripada kegiatan fizikal dan merumuskan pendapat beliau dengan
menyatakan Pendidikan Jasmani dikendalikan melalui media fizikal iaitu melalui
aktiviti aktiviti fizikal yang agak rancak, berkait dengan pergerakan motor kasar dan
kemahiran yang sederhana tinggi tahapnya. Walaupun kaedah digunakan bercorak
fizikal, faedah yang didapati adalah lebih daripada faedah fizikal iaitu ia meliputi
kemajuan atau perubahan di dalam perkembangan intelektual, sosial dan aestetik.
Dengan erti kata lain, Pendidikan Jasmani bertujuan untuk membangunkan segala aspek
seseorang individu secara keseluruhan melalui kaedah fizikal. Keunikan ciri ini
menjadikan Pendidikan Jasmani berbeza daripada cabag-cabang pendidikan yang lain.
Pendidikan Jasmani pula merangkumi kedua-dua elemen iaitu main dan sukan. Lebih
tepat lagi jika Pendidikan Jasmani dikatakan sebagai aktiviti fizikal yang bermatlamat
pendidikan.
Daripada

pandangan pengkaji Pendidikan Jasmani menarik minat saya untuk

mengkaji sejauhmana ianya memberi kesan pada murid saya. Perkongsian ilmu antara
guru Pendidikan Jasmani lain antara hantaran aras dada dalam bola baling dan bola
jaring boleh digunapakai kerana kaedahnya sama dan hanya jisim bolanya sahaja

berbeza. Ketepatan dalam membuat hantaran aras dada pada asasnya memerlukan
kaedah latihan yang berterusan.

4
Oleh yang demikian dalam menyelesaikan kajian ini murid dapat mengalaminya sendiri
teknik tersebut dari semasa ke semasa bagi memantapkan kemahiran tersebut dalam
memberikan keputusan yang sahih bahawa dengan kaedah ini boleh dikatakan dapat
memberi keputusan yang memberangsangkan.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

Pengkaji mengajar Pendidikan Jasmani di SK Taman Johor Jaya 5. Pengkaji


mengajar Pendidikan Jasmani tahun 4, 5 dan 6. Pengkaji telah memilih permasaalahan
daripada aliran tahun 4 iaitu dalam tajuk kemahiran hantaran aras dada dalam permainan
bola jarring. Masalah yang timbul apabila ada 15 orang murid yang tidak dapat
menguasai kemahiran itu dengan hantaran yang tidak tepat kesasaran iaitu dada rakan
mereka. Pengkaji mengjar seramai 19 orang murid perempuan sahaja. Pengkaji telah
mendapati murid tersebut tidak dapat menghantar bola dengan aras ketinggian yang
betul. Ini membawa kepada masalah dalam menghantar dan menerima bola yang
melibatkan ketepatan hantaran.
Semasa sesi kemuncak dalam pengajaran dan pembelajaran pengkaji mendapati
murid tersebut tidak dapat bermain dengan baik akibat masalah ketepatan hantaran dan
bola sukar di ambil oleh rakan mereka. Secara tidak langsung permainan kecil tersebut

tidak dapat berjalan dengan baik akibat banyak bola yang tidak tepat ke sasaran.
5

Pengkaji telah menetapkan syarat permainan adalah dengan menggunakan hantaran aras
dada sahaja. Secara tidak langsung pengkaji dapat melihat objektif pengajaran tidak
tercapai.
Setelah selesai sesi pengajaran dan pembelajaran pengkaji membuat keputusan
untuk membuat kajian tindakan dalam permasaalahan ini kerana ianya memberi kesan
dalam sesuatu pasukan dalam permainan bola jaring. Bagi memudahkan penguasaan
murid-murid dalam kemahiran aras dada dengan tepat ke sasaran, pengkaji telah
menggunakan kaedah koperatif yang melibatkan penggunaan tiga stesen yang akan
dilalui oleh setiap kumpulan. Ini dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah
dalam membuat hantaran aras dada dengan tepat ke sasaran.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Mynard (2008) menyatakan pelajar perempuan adalah lebih baik dalam aspek
kognitif tetapi masih lemah dan tidak kreatif dalam menterjemah teori pengetahun
kepada bentuk perlakuan kemahiran. Poole (1991) mengemukakan tujuh perkara yang
menjamin kejayaan dalam pengajaran harian Pendidikan Jasmani iaitu menggunakan
pengenalan yang ringkas, membekalkan jumlah masa yang banyak untuk aktivitiaktiviti, menggunakan pengenalan yang ringas membekalkan aktiviti berorentasikan

kejayaan kepada murid, memberi butiran mengajar atau perlakuan yang penting sahaja,
memberi maklum balas berkenaan butiran mengajar yang diberi dan menggunakan
penutup yang ringkas.
6
Ketepatan (accuracy) adalah kemampuan seseorang untuk mengarahkan sesuatu
gerak kesuatu serangan sesuai dengan tujuannya (Suharno HP, 1983:32). Sedangkan
menurut Muh Sajoto (1995:9), ketepatan adalah kemampuan seseorang dalam
mengendalikan gerak-gerak bebas terhadap suatu sasaran. Ketepatan merupakan faktor
yang di perlukan seseorang untuk mencapai target yang diinginkan. Ketepatan
merupakan faktor yang diperlukan seseorang untuk memberi arah kepada seseorang
dengan maksud dan tujuan tertentu. Kegunaan ketepatan adalah untuk meningkatkan
prestasi dan memudahkan menguasai teknik dan tektik.

2.0

FOKUS KAJIAN

2.1

Isu Kajian

Masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran saya tempoh hari akan
dapat diatasi sekiranya saya menumpukan kepada pengaplikasian sasaran dalam
meningkatkan kemahiran membuat hantaran aras dada ke arah sasaran yang tepat
dengan kaedah pembelajaran koperatif. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan
sejauh mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah koperatif dan
dapat membantu murid memahami dan menguasai sesuatu konsep atau kemahiran dalam
mata pelajaran Pendidikan Jasmani terutamanya bagi kemahiran asas hantaran aras dada

dengan sasaran yang tepat dalam permainan bola jaring. Saya juga akan meninjau
sejauhmana kaedah koperatif ini memberi kesan yang positif terhadap impak pengajaran
dan pembelajaran saya dalam Pendidikan Jasmani.
7
Daripada pengalaman saya dalam mengajar dan melatih murid dalam permainan bola
jaring masalah ini sering berlaku dan dengan adanya kajian ini saya akan dapat mencari
jawapan tentang permasaalahan ini. Dengan hantaran yang tidak tepat ke sasaran bola
akan kepada pihak lawan dan ini akan merugikan pasukan, oleh itu kajian ini dijalankan
untuk mencari jalan penyelesaian.

2.2 Analisis Tinjauan Masalah

Kajian ini akan memberikan faedah yang dapat diperolehi dan meningkatkan mutu
pengajaran dan pembelajaran terutamanaya pengajaran bagi tunjang kemahiran dalam
Pendidikan Jasmani. Kateria analisis dibawah adalah yang digunapakai oleh pengkaji
sepanjang menjalankan kajian.

2.2.1

Kriteria Pemilihan Fokus Kajian


Kajian ini mudah dijalankan di sekolah kerana ianya merupakan masalah yang

terjadi kepada guru dan murid semasa menjalankan proses pengajaran dan
pembelajaran.Bagi merialisasikan kajian ini, saya telah menggunakan Model Gerald
Susman

8
2.2.2

Kobolehtadbiran
Kajian tindakan ini mampu dan mudah ditakbirkan kerana melalui kaedah

pembelajaran koperatif responden perlu bekerjasama bagi mencapai matlamat


pengajaran dan pengkaji juga telah memberikan penenrangan. Kawasan padang
yang sesuai juga telah memudahan pengkaji untuk menjalankan intervensi kajian
secara selamat. Kebeanran daripada guru besar juga memudahkan pengurusan
pengkaji dalam menjalankan kajian.

2.2.3

Kepentingan
Tunjang kemahiran merupakan salah satu daripada tunjang utama yang terdapat

di dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani. Kegagalan murid dalam menguasai


sesuatu kemahiran yang dipelajari akan menyebabkan murid tidak dapat bermain
dengan baik dalam sesuatu permainan. Kajian ini adalah untuk membantu guru
memperkenalkan

kaedah lain dari

kaedah

tradisional

bagi mendapatkan

keberkesanan terhadap pengajaran dan pembelajaran agar objektif tercapai. Selain


itu kajian ini dapat meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran hantaran aras
dada dengan sasaran yang tepat dalam permainan bola jaring. Kajian ini juga boleh
dijadikan rujukan kepada generasi yang akan datang dan kepada guru yang

menghadapi masalah yang sama.

9
2.2.3

Kebolehgunaan
Kajian ini sesuai dijalankan di sekolah kerana ianya dapat mengubah dan

mempelbagikan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran guru untuk mengajar


sesuatu kemahiran asas dalam Pendidikan Jasmani di samping dapat membantu
murid menguasai kemahiran yang dipelajari dengan sebaiknya. Kajian ini juga
boleh dijadikan rujukan kepada generasi akan datang sebagai rujukan.

2.2.4

Kawalan
Kajian ini memerlukan saya menyedikan lokasi ujian pra dan pos untuk

mendapatkan keputusan atas perlakuan dalam kemahiran aras dada yang dilakukan
dengan catatan jumlah ketepatan yang dilakukan oleh murid.

2.2.5

Kolaborasi
Apabila kajian ini dijalankan secara tidak langsung kolaborasi di antara saya

dengan guru-guru di sekolah terhasil dalam mewujudkan suasana pengajaran dan


pembelajaran yang berkesan.

10
Kolaborasi yang terjalin memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat
memberikan pendapat dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan dalam
kemahiran yang di ajar khususnya dalam kemahiran hantaran aras dada dengan
sasaran yang tepat.

2.2.6

Kerelevenan kepada sekolah

Kajian yang dijalankan ini adalah sangat releven dan bertepatan dengan
kehendak arus pendidikan masa kini kerana dapat melahirkan murid-murid yang
dapat menyelesaikan masalah dengan rakan sebaya dan guru hanya sebagai
fasilitator serta murid menjadi perangsang kepada rakan yang tidak dapat
membuatnya dengan kaedah pemebelajaran koperatif. Kaedah ini juga selaras
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malasia yang lebih memfokuskan
pengajaran berpusatkan murid.

2.3

TINJAUAN LITERATUR

2.3.1

PENGERTIAN PENGAJARAN

Pengajaran adalah satu tindakan untuk membawa perubahan dari segi


kepercayaan, nilai dan makna.

11
Pengajaran juga merupakan satu aktiviti intelek melibatkan pemikiran, perasaan
serta penilaian iaitu interaksi antara guru dan murid serta murid dan murid.
Yexley (1991).

2.3.2

PENGERTIAN KAEDAH
Kaedah adalah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan

tujuan mencapai objaktif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Pengajaran dan
pembelajaran haruslah berdasarkan kepada suatu pendekatan yang berkaitan dengan
model, prinsip atau teori pembelajaran. Contohnya pendekatan daripada spesifik
kepada umum (induktif) boleh menggunakan kaedah inkuri penemuan yang
mengandungi satu siri tindakan yang sistematik dan prosuder yang tersusun iaitu
mengenal pasti masalah, merancang penyelesaian, mengumpul maklumat, membuat
tafsiran dan membuat kesimpulan. Dalam satu pendekatan pengajaran boleh
digunakan pelbagai kaedah seperti kaedah dapatan, kaedah projek atau penyelesaian
masalah.

2.3.3

KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF

Kagan (1988) mendefinisikn pembelajaran koperatif sebagai satu set proses yang
membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus
atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi
kandungan mata pelajaran.
12
Pendekatan berstruktur (structural approach) dalam pembelajara koperatif oleh Kagan
hasil daripada proses mencipta, menganalisis dan mengaplikasi struktur (yang tidak
terikat kepada isi kandungan pelajaran) secara sistematik termasuk cara-cara
menguruskan interaksi sosial dalam bilik darjah.
Menurut Kagan (1998), dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran
dikatakan wujud apabila struktur koperatif yang disuaikan dengan isi kandungan seperti
yang diwakili oleh hubungan di bawah.
Struktur pembelajaran + isi kandungan = aktiviti
Kagan telah menyenaraikan sekurang-kurangnya sebanyak lebih 50 contoh struktur
dengan nama-nama tertentu yang dapat disuaikan dengan isi kandungan. Struktur boleh
digunakan mengikut tujuan tertentu contohnya team building (kumpulan kecil),
classbuilding (satu kelas), masteri, kemahiran berfikir, perkongsian maklumat dan
kemahiran berkomunikasi. Struktur-struktur koperatif boleh digabungkan dengan isi
kandungan yang sesuai pada setiap peringkat pengajaran.
Salvin (1990) berpendapat, pembelajaran koperatif hanya berkesan apabila ia
mempunyai tiga ciri berikut iaitu ganjaran kumpulan, tanggungjawab individu dan
peluang yang sama untuk Berjaya.

Johnson & Johnson (1994) pula menggariskan lima ciri pembelajaran koperatif. Ciri
tersebut adalah matlamat kumpulan, peranan ahli, interaksi, kemahiran berkumpulan dan
penilaian kumpulan.

13

2.3.4

GAYA PEMBELAJARAN
Zatsiorsky (1995) menyatakan kaedah latihan yang berkesan hendaklah melalui

suatu proses perancangan latihan yang sistematik bagi mendapatkan kesan latihan
yang maksimum.
Wee Eng Ho (2009) menyatakan proses pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan berkesan jika pendekatan dan
strategi pengajaran yang sesuai digunakan.
Mosston & Ashworth(1986) telah membahagikan gaya pengajaran kepada tiga
kategori yang perlu digunakan dalam semua pengajaran iaitu sebelum pengajaran,
semasa pengajaran dan selepas pengajaran.

2.3.5

PENYELIDIKAN ARTIKEL

Menurut Pettitor (n.d), Pendidikan jasmani adalah satu proses pembelajaran yang
meyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif,

social dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani murid akan diberi ruang untuknya
mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalanninya
( dipetik oleh Wee Hoe, 2005).

14
Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani merupakan satu bentuk pembelajaran yang
holistik dan berupaya membangunkan pelajar dalam pelbagai aspek dan dapat
menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan pelajar ( Colfer, 1986).

Bucher (1979), menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari
objektif yang mampu memberikan kefahaman., pengertian dan suatu tapsiran terhadap
sesuatu prinsip atau konsep. Objektif utama yang digariskan dalam Pendidikan Jasmani
adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang merangkumi
kesemua aspek domain pembelajaran.

Zeigler (1962), berpendapat falsafah dapat membantu guru memahami dan


menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat
membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya
melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang sepatutnya.

Hasil dapatan yang saya dapati dari penulisan ilmiah, Majlis Sukan SekolahSekolah Johor dalam Buku Panduan Manual Kejurulatihan Bola Jaring menyatakan

hantaran aras dada mesti dilakukan dengan kawalan dan ketepatan yang baik.Terdapat
juga beberapa latih tubi yang boleh digunapakai dalam saya menangani masalah saya
ini.

Namun fokus utama yang diperbincangkan untuk kajian saya adalah kaedah yang
digunakan adalah berdasarkan kaedah latih tubi dan pengukuhan dalam menguatkan
kekuatan otot ini di sertai dengan beberapa ujian untuk member kaedah ulangan dalam
15
membuat latihan. Kepentingan kajian ini adalah untuk melihat tahap prestasi murid
dalam kemahiran asas moto, samada ianya berlaku peningkatan atau tidak. Ini kerana
menurut Gallahue(2002) murid pada peringkat umur 10-12 tahun sudah boleh
menguasai kemahiran asas motor dengan baik. Dengan adanya keputusan ujian ini, ianya
akan dapat membantu untuk menyedarkan semua guru pendidikan jasmani bahawa
Pendidikan Jasmani adalah penting di peringkat sekolah rendah lagi bagi menerapkan
atau melatih murid menguasai kemahiran asas motor.

Dapatan lain juga di dapati dari Wall (1990), menyatakan bahawa murid di
peringkata umur 6 hingga 9 tahun sudah mempunyai koordinasi mata dan tangan, mata
dan kaki yang baik. Dalam sukatan Pendidikan Jasmani tahap dua, murid diperkukuhkan
lagi dengan aktiviti yang menggunakan kemahiran asas motor mengikut aktiviti sukan,
permainan dan olahraga. Pada peringkat ini murid diberi pendedahan bagaimana untuk
menguasai kemahiran asas motor yang betul dan kaitan dengan kemahiran sukan.

Walaubagaimanapun terdapat juga teori yang boleh digunakan untuk menjadi faktor
dalam menghasilkan kajian terhadap latih tubi ini. Teori konstruktivisme mengatakan
bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru
terhadap apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka membentuk peraturan
melalui refleksi mengenai interaksi mereka dengan objek dan idea. Apabila mereka
bertemu dengan objek, idea atau perkaitan yang tidak bermakna kepada mereka , mereka
akan sama ada menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya sesuai dengan peraturan
sedia ada atau akan menyesuaikan dengan peraturan mereka sendiri untuk menerangkan
16
maklumat baru tersebut dengan lebih baik (Brooks & Brooks, 1993).
Oleh itu dengan dapatan teori kontruktivisme mengatakan dengan berpandukan
kaedah latih tubi ini, murid dapat berinteraksi dengan objek yang di hadapi oleh pelajar
untuk menjadikan sasaran dalam kaedah latih tubi. Maka dengan perlakuan yang kerap
berlaku akan menghasilkan penyesuaian terhadapan perlakuan murid. Menurut Abd.
Rahim bin Abd. Rashid (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskan kaedah
pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaran yang berkesan perlu
mempunyai cirri-ciri seperti guru perlu menyesuaikan kaedah pengajaran dengan gaya
pembelajaran pelajar dengan lebih menekankan soal minat, intelektual, kreativiti, sikap,
penghayatan dan apresiasi sesuatu matapelajaran dalam kehidupan pelajar. Cirri-ciri
kedua proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran yang
melibatkan guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan
alat bantuan terkini seperti penggunaan komputer, software atau internet.
Corbin (1980) pula, mengatakan bahawa murid di peringkat umur 10 hingga 12
tahun mempunyai perbezaan kebolehan dalam penguasaan kemahiran asas motor dan

kecergasan fizikal. Ini adalah disebabkan kadar pertumbuhan, perkembangan saiz badan
dan kekuatan otot meningkat dengan begitu cepat. Selain daripada itu, terdapat juga
faktor-faktor lain yang mempengaruhi keadaan ini seperti latar belakang keluarga,
pemakanan serta corak kehidupan yang berbeza antara satu sama lain. Murid pada tahap
ini sepatutnya, sudah boleh menguasai kemahiran asas seperti berlari, melompat,
membaling dan menangkap bola dengan lebih baik. Maka dengan ini penguasaan
kemahiran asas jika dilatih dengan kekerapan maka boleh dikatakan murid akan dapat
menguasai kemahiran tersebut dengan lebih efisyen.
17
3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Umum :
Meningkatkan kebolehan dan kemahiran responden dalam melakukan hantaran aras
dada dengan teknik hantaran yang betul dan tepat ke sasaran dalam kaedah koperatif.

3.2 Objektif Khusus:


Meningkatkan ketepatan hantaran aras dada dalam permainan bola jaring dalam
penggunaan kaedah koperatif.

SOALAN KAJIAN

Adakah kaedah koperatif dapat meningkatkan ketepatan hantaran aras dada dalam

permainan bola jarring?

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran yang diambil adalah dikalangan murid-murid SK Taman Johor
Jaya 5. Berdasarkan pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji kebanyakan murid-murid

18
disekolah ini kurang terlibat dengan aktiviti sukan kerana mereka tinggal berjauhan
daripada sekolah oleh itu mereka kurang mengikuti aktiviti yang dianjurkan sekolah.
Sekolah ini terdapat seramai 345 orang murid yang terdiri daripada bangsa Melayu,
India dan Cina. Murid berbangsa Melayu adalah yang paling ramai bilangannya,
manakala murid India 7 orang dan Cina 5 orang.
Di sekolah ini mempunyai 2 kelas bagi setiap aliran. Kelas yang pertama kelas
Bestari dan kelas yang kedua adalah Arif. Bilangan murid dari setiap kelas tidaklah
terlalu ramai dan rata-rata kurang daripada 40 orang murid.

4.1 Responden Kajian


Responden dalam kajian ini adalah terdiri daripada murid-murid yang pengkaji
mengajarnya. Responden terdiri daripada murid perempuan keseluruhannya kerana
disekolah ini kelas Pendidikan Jasmani bagi tahap 2 diasingkan antara murid lelaki dan
perempuannya. Kajian ini melibatkan murid-murid tahun 4 Bestari dan Arif. Responden

terdiri daripada murid tahun 4 yang mempunyai 2 kelas kesemuanya. Bagi tujuan kajian
ini pengkaji telah mendapati 15 orang murid yang tidak dapat membuat hantaran aras
dada dengan tepat ke arah dada pasangannya.
Kumpulan sasaran bagi kajian ini adalah seramai 18 orang murid melayu dan
seorang murid India. Responden yang diambil adalah berdasarkan perhatian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan oleh pengkaji. Terdapat
seramai 15 orang murid yang tidak dapat membuat hantaran dengan tepat dan banyak
tersasar daripada sasarannya.

19

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

5.1

Tinjauan Masalah
Bagi menyelesaikan kajian ini pengkaji telah membuat pemerhatian mengenai

masalah yang akan dihadapi sepanjang kajian ini dijalankan. Semua masalah perlu
diambil kira bagi memperlicinkan perjalanan kajian ini.
Masalah yang dihadapi adalah komitmen kerja yang bertambah banyak dengan
pelbagai tugas dan tanggungjawab lain di sekolah. Perkara ini terjadi kerana pengkaji
adalah seorang pendidik dan pelajar. Pengkaji menyusun jadual tugasan yang perlu
dilaksanakan disekolah dan jadual kajian ini.
Selain itu, masalah ketidak hadiran bagi murid yang hendak dijalankan ujian. Bagi
mengelakkan mereka tidak hadir pada hari ujian dan rawatan pengkaji menerangkan

kepentingan dalam kehadiran murid dalam meyelesaikan kajian ini.

5.2 Pelaksanan Tindakan


Pengkaji telah menyerahkan surat permohonan untuk membuat kajian tindakan di
SK Taman Johor Jaya 5 bagi murid tahun 4. Permohonan kebenaran telah dibuat kepada
Guru Besar sekolah ini iaitu En. Hanapiah bin Bahal dan beliau telah membenarkan
pengkaji menjalankan kajian disekolah ini. Pengkaji juga telah memilih responden bagi
menjalankan kajian ini.

20
Responden yang telah dipilih adalah murid tahun 4 Bestari dan Arif yang terdiri
daripada murid perempuan sahaja memandangkan murid tahap 2 diasingkan antara
lelaki dan perempuan semasa pengajaran Pendidikan Jasmani.
Bagi menlancarkan lagi proses kajian ini pengkaji telah menyediakan semua alatan,
borang-borang dan ujian khas bagi mendapatkan keputusan kajian yang sahih dan
kebolehpercayaan yang tinggi. Pengkaji juga telah menyediakan borang senarai semak
untuk mencatat data yang diperolehi pada ujian Pra dan Pos. Ini adalah untuk
memudahkan pengkaji menginteprestasikan data kepada bentuk graf mahupun jadual.
Sebelum menjalankan kajian, pegkaji telah membuat sesi taklimat ringkas kepada
responden tentang tujuan kajian dijalankan kepada mereka. Penerangan diberikan
dengan jelas agar objektif tercapai.
Kajian yang akan dijalankan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan iaitu

dengan mengikut lima langkah utama :

Langkah Pertama:
(Pengenalpastian Masalah)
Tinjauan isu dan masalah yang akan dikaji ialah mengenai kesukaran pelajar menguasai
kemahiran membuat hantaran aras dada ke sasaran dalam permainan bola jaring.

21
Langkah Kedua:
(Menyelesaikan masalah/Perancangan Tindakan)
Bagi mengatasi masalah ini juga kajian saya akan merekabentuk satu perancangan
tindakan sebagai jalan penyelesaian permasalahan kajian yang akan dijalankan. Kajian
ini akan melihat faktor-faktor kesukaran murid untuk menguasai kemahiran membuat
hantaran aras dada ke sasaran dengan tepat dalam permainan bola jaring bagi Tahun 4
Bestari dan Arif perempuan sahaja.
Bagi tujuan tersebut, responden akan dipilih berdasarkan impak pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas tersebut. Setelah itu borang soal selidik
akan diserahkan kepada murid terbabit bagi tujuan mengumpul maklumat. Perkongsian
pendapat dengan guru-guru lain yang mengajar kelas tersebut serta mencari maklumat
setiap murid yang bermasalah dan akan dijadikan panduan bagi menyelesaikan masalah

yang timbul.Perancangan kajian ini menggunakan kaedah Koperatif. Pada setiap kelas,
murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil dan akan mempunyai seorang
murid yang berkebolehan untuk mengendalikan kemahiran tersebut. Ini memudahkan
proses pembelajaran dan keselesaan kepada murid sesama kumpulan dan kelas untuk
berbincang dan menimbulkan semangat ingin mencuba dan yakin setelah melihat rakan
mereka yang lain ada yang berjaya melakukan dan menguasai kemahiran ini.

22
Langkah Ketiga:
(Mengambil tindakan )
Dalam pelaksanaan kajian, tindakan yang akan diambil ialah memperkenalkan kaedah
Koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.Di mana, murid
dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil yang diketuai oleh seorang murid yang
berkebolehan bagi setiap kumpulan. Murid yang penguasaan kemahirannya agak lemah
tadi akan dibimbing oleh seorang ahli yang pakar dalam kemahiran tersebut. Murid yang
menjadi mentor akan memberi tunjuk ajar kepada kumpulan murid yang lemah
mengenai aktiviti yang akan dijalankan. Murid- murid yang menjadi mentor akan
membantu setiap pecahan kumpulan. Untuk perkongsian ilmu dengan semua murid yang
lemah di dalam kelas terbabit.
Langkah keempat:

(Pemerhatian dan Menganalisis Data)


Pemerhatian dan pemantauan akan dijalankan secara serentak sepanjang pelaksanaan
kajian ini dilakukan. Ini adalah untuk memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan
lancar dan berkesan untuk mengelak daripada timbulnya sebarang masalah. Pemerhatian
pelaksanaan kajian ini juga dapat mengenalpasti masalah yang timbul dan sekiranya
terdapat sebarang permasalahan, ia harus diperbaiki dengan sebaik yang mungkin.

23
Langkah Kelima:
(Refleksi dan Penilaian)
Dalam bahagian refleksi dan penilaian kajian, penghasilan projek yang akan dijalankan
nanti adalah bertujuan untuk penambahbaikan kajian yang dijalankan. Melalui penilaian
ini juga, ia dapat memberi penyelidik dengan pelbagai pengetahuan untuk dijadikan
panduan dan pedoman dalam menghasilkan kajian tindakan yang lebih baik. Kaedah ini
sedikit sebanyak dapat membantu murid untuk mencuba dan meningkatkan keyakinan
kendiri. Melalui kajian ini diharapkan agar ia dapat membantu murid kelas 4 Bestari dan
Arif untuk menguasai kemahiran tersebut dengan jayanya.

Berdasarkan daripada kelima-lima langkah yang telah dinyatakan di atas, didapati ianya

sama dengan model kajian yang telah diperkenalkan oleh Model Kajian Tindakan
Gerald Susman.

Rajah 1 : Model Kajian Tindakan Gerald Susman


24
5.2.1

Jadual Pelaksanaan

Minggu/

Perkara

Aktiviti

Masa

Tarikh
Pengajaran

dan Terdapat 15oarng murid


tidak

30 minit.

pembelajaran

yang

dapat

biasa

menguasai.

Ujian Pra

Target chest pass

30 minit.

Rawatan

Memanaskan badan

30 minit.

Minggu 1
3/9/2013
Selasa
5/9/2013
Khamis

Stesen 1
Four Corners chest pass
Stesen 2
Diamond chest pass
Stesen 3
Double line chess pass
Permainan bersyarat
Gerak kendur

Minggu 2

Rawatan

Memanaskan badan

10/9/2013

Stesen 1

Selasa

Four Corners chest pass


Stesen 2
Diamond chest pass
Stesen 3
Double line chess pass
Permainan bersyarat
Gerak kendur

30 minit.

25
12/9/2013
Khamis

Rawatan

Memanaskan badan
Stesen 1
Four Corners chest
pass
Stesen 2
Diamond chest pass

30 minit.

Stesen 3
Double line chess
pass
Permainan bersyarat
Gerak kendur

Minggu 3

Rawatan

17/9/2013

Memanaskan badan

30 minit

Stesen 1

Selasa

Four Corners chest


pass

19/9/2013

Rawatan

Khamis

Stesen 2
Memanaskan
badan
Diamond chest
pass

30 minit

Stesen
Stesen1 3
Four
Corners
pass
Double
linechest
chess
Stesen
pass 2
Diamond
chest
pass
Permainan
bersyarat
Stesen
Gerak3kendur
Double line chess pass
Permainan bersyarat
Gerak kendur

Minggu 4

Rawatan

Memanaskan badan

30 minit

Stesen 1

24/9/2013

26

Four Corners chest pass

Selasa

Stesen 2
Diamond chest pass
Stesen 3
Double line chess pass
Permainan bersyarat
Gerak kendur

26/9/2013
Khamis

Ujian Pos

Target chest pass

30 minit

Jadual 1: Pelaksanaan kajian tindakan

27
5.2.2

Kaedah Rawatan

Kaedah rawatan ini dijalankan dalam setesen dan rajah bagi rawatan
boleh dilihat dari lampiran A.
PROSEDUR

RAWATAN KETEPATAN HANTARAN ARAS DADA


1. Responden melakukan regangan untuk memanaskan badan.
2. Responden dibahagiakan kepada 3 kumpulan iaitu A,B dan C.
3. Penerangan dari guru setiap aktiviti
Stesen 1
Kumpulan A
Stesen 2
Kumpulan B
Stesen 3
1.

AKTIVITI

Kumpulan C
Stesen 1:
Four Corners Chest Pass
Masa : 3 minit

2.

Responden : 6 orang
Stesen 2:
Diamond chest pass
Masa: 3 minit

3.

Responden : 6 orang
Stesen 3:
Double line chess pass
Masa : 3 minit

Tempoh masa
Sasaran

Responden: 7 orang
20 minit
19 orang responden
Jadual 2: Rawatan yang dijalankan
28

6.0
6.1

CARA PENGUMPULAN DATA


Ujian pra dan pos

Bagi mendapatkan dapatan kajian yang tinggi kebolehpercayaannya ujian


pra dan pos dijalankan oleh pengkaji dengan menguji responden yang bermasalah
dengan menggunakan ujian target chest pass bagi setiap responden dengan 5 kali
pengulangan. Ujian ini adalah pengubahsuaian daripada ujian Push Pass For Accuracy
yang menguji ketepatan hantaran. Pengkaji telah menggunakan ujian ini mengikut
kesesuaian responden. Sebelum sesi rawatan dijalankan pengkaji telah menjalankan
ujian pra kepada responden. Ujian pra dijanakan untuk mendapatkan maklumat awal
serta mengenalpasti tahap kemampuan yang boleh dilakukan oleh responden. Data awal
melalui ujian pra ini memudahkan pengkaji dalam menggumpulkan data-data penting
sebelum, semasa dan selepas kajian ini dijalankan. Seterusnya pengkaji boleh
mengetahui tahap awal murid sebelum rawatan dijalankan dengan mengikuti latihan
hantaran dalam bentuk stesen.
Pengkaji telah menggunakan kaedah koperatif dalam menjalankan pengajaran dan
pembelajaran bagi empat minggu tersebut. Dalam setiap stesen mempunyai murid yang
boleh menguasai dan yang tidak menguasai bagi membantu murid yang tidak dapat
menguasai hantaran aras dada dengan tepat kesasaran. Dalam ujian pra dan pos tempoh
masa yang digunakan adalah 30 minit dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani. Sebelum melakukan ujian responden melakukan aktiviti memanaskan badan.
Dibawah adalah penenrangan ujian yang dijalankan.
29

Skor maksimum 5 mata

Bil. percubaan
1
2
3
4
5

Mata

5 meter

Rajah 2: Ujian pra dan pos

Ujian

: Membuat hantaran aras dada pada petak sasaran saiz A4.

Definisi

: Kebolehan membuat hantaran aras dada tepat kesasaran.

Objektif

: Menguji ketepatan hantaran murid dalam 5 kali percubaan membuat


hantaran aras dada tepat ke petak sasaran.
30

Peralatan

1. Kertas warna yang telah diliminate.

2. Pita ukur.
3. Double tape.

4. Alat tulis
5. Bola jaring
Prousedur

: 1. Pengkaji akan melekatkan kertas warna di dinding dengan jarak 1.5


meter dari bawah.
2. Responden akan berdiri dibelakang garisan yang telah dibuat dalam
jarak 5 meter.
3. Pengkaji akan meniupkan wisel untuk responden melakukan hantaran
bagi 5 kali percubaan.
(Rujuk rajah ujian 2)

Pemarkahan

: Setiap hantaran aras dada yang tepat ke sasaran akan mendapat 1

mata dan bagi hantaran yang tidak tepat kesasaran tidak mendapat
mata.

31
6.2

Instrumen Yang Digunakan

Ahmad Hashim (2004) menyatakan instrumen merupakan alat ujian yang

digunakan untuk mengukur dan menilai maklumat. Insrtumen yang digunakan mestilah
mempunyai komponen kebolehpercayaan, objektiviti dan kesahan. Penggunaan
instrumen yang piawai secara berterusan dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.

Jika

instrumen

yang

digunakan

tidak

mempunyai

kesahan,

kebolehpercayaan dan keobjektifan yang lemah ia akan memberi dapatan dan keputusan
ujian yang boleh dipertikaikan. Sebelum mengaplikasikan kaedah atau tindakan yang
dicadangkan, pengkaji telah meninjau masalah yang dikenal pasti bagi tujuan mengesan
tahap

penguasaan

kemahiran

murid.

Pengkaji

membuat

kesimpulan

bahawa

ketidakupayaan murid dalam menjalankan bateri ujian ini akan menjadi faktor utama
dalam mengukur tahap pencapaian murid-murid.
Instrumen yang dijalankan adalah untuk menilai dan mengkaji perkembangan
murid. Sepanjang perlaksanaan kajian ini dijalankan, pengumpulan data dibuat melalui
Bateri Ujian yang merangkumi ujian pra dan ujian pos, senarai semak dan pemerhatian.
Bateri Ujian yang dijalankan merangkumi tiga ujian yang dijalankan iaitu pada peringkat
awalan untuk mengenalpasti kemahiran yang hendak dikaji dan peringkat akhir kajian
untuk mendapatkan maklumat hasil daripada kajian yang dijalankan. Tinjauan
dijalankan dengan mengutip data menggunakan borang mata ketepatan hantaran dalam
ujian pra dan pos. Contoh borang mata tersebut adalah :

32

BIL.

RESPONDEN

PERCUBAAN
1

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.

JUMLAH
5

YUNI SOFEA BINTI MOHD SOFI


ADRIANA MAISRAH BINTI MAZLAN
AZIRA BINTI AZMI
HANIS HAMIZAH BINTI MOHD KHAIRI
NUR HAZIMA BINTI MAHADI
NUR HAZIQAH BINTI MOHD ESA
BALQIS BINTI MOHD SYAWAL EZAM
KIRTHIGA A/P SUPPAYAH
NORFAIZATUL SYAZURIAH BINTI
MOHAMAD NOOR FARIZ
NUR DINI NAJIHAH BINTI MOHD
FADLI
NUR FARAH ALYAA BT MOHAMAD
WISAM
NUR FATIHAH BT MOHD YASIN
NUR IFFAH RIFQINA BT ISHAK
NURLYNA BATRISYA BT ANUAR
NURUL ANNISA BT BADROLSAM
SHAZLYIANA ALEYA BT M. SAIFUL
BAHARI
SHAHNOR RIZDHIATUL FARISYA
ZAIREEN BT SAHARIL
SYADZA SYUHADAH BT M.HAZLEN
RAIZZED
NUR SYAMIMI BT MAZLAN
JUMLAH
Jadual 3: Contoh borang skor ujian pra dan pos

33
7.0

ANALISIS DATA DAN INTEPRETASI


Pengkaji menganalisis data dengan berpandukan data mentah melalui borang

mata. Mata skor yang diperolehi oleh responden dianalisis menjadi peratus keseluruhan
antara ujian pra dan pos untuk mendapatkan perbezaan peningkatan ketepatan yang
dicapai oleh responden. Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan
kaedah pemerhatian diaplikasikan. Perlakuan dan tingkahlaku responden diperhatikan
sebelum dan selepas ujian dijalankan. Pengkaji akan dapat mengenalpasti responden
yang benar-benar menguasai kemahiran yang diajar. Pengkaji juga akan dapat melihat
penglibatan responden sama ada mereka menjalankan dan melakukan aktiviti dengan
semangat dan bersungguh-sungguh. Langkah ini adalah untuk memastikan dapatan yang
diperolehi tepat dan tidak disangkal dengan data yang kukuh. Data mentah yang
diperolehi oleh pengkaji seperti jadual di bawah :

34
DATA UJIAN PRA BAGI KETEPATAN HANTARAN ARAS DADA KELAS 4
BESTARI DAN ARIF
BIL.

RESPONDEN

PERCUBAAN

JUMLAH

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.

AYUNI SOFEA BINTI MOHD SOFI


ADRIANA MAISRAH BINTI MAZLAN
AZIRA BINTI AZMI
HANIS HAMIZAH BINTI MOHD KHAIRI
NUR HAZIMA BINTI MAHADI
NUR HAZIQAH BINTI MOHD ESA
BALQIS BINTI MOHD SYAWAL EZAM
KIRTHIGA A/P SUPPAYAH
NORFAIZATUL SYAZURIAH BINTI
MOHAMAD NOOR FARIZ
NUR DINI NAJIHAH BINTI MOHD FADLI
NUR FARAH ALYAA BT MOHAMAD
WISAM
NUR FATIHAH BT MOHD YASIN
NUR IFFAH RIFQINA BT ISHAK
NURLYNA BATRISYA BT ANUAR
NURUL ANNISA BT BADROLSAM
SHAZLYIANA ALEYA BT M. SAIFUL
BAHARI
SHAHNOR RIZDHIATUL FARISYA
ZAIREEN BT SAHARIL
SYADZA SYUHADAH BT M.HAZLEN
RAIZZED
NUR SYAMIMI BT MAZLAN

1
0
0
0
0
0
1
0
1
0

2
0
1
1
0
0
1
0
0
1

3
0
0
0
0
0
0
0
0
0

4
1
0
0
0
1
0
1
0
0

5
0
0
1
1
1
1
0
1
0

1
1
2
1
2
3
1
2
1

0
1

0
1

0
0

1
0

0
0

1
2

0
0
0
1
0

1
0
1
1
0

0
1
1
1
1

0
1
1
0
0

1
1
0
0
1

2
3
3
3
2

JUMLAH

37

Jadual 4: Mata ketepatan hantaran aras dada dalam ujian pra


Jadual 4 menunjukkan taburan jumlah ketepatan sasaran hantaran aras dada bagi setiap
responden yang diuji dalam ujian pra iaitu dengan ujian target chest pass. Daripada
jadual ini menunjukkan bahawa semua responden tidak mendapat mata penuh dan
terdapat lima responden yang dapat mata 3, lapan responden yang mendapat mata 2 dan
enam responden yang mendapat mata 1. Jumlah keseluruhan mata adalah 37 mata.
35
DATA UJIAN POS BAGI KETEPATAN HANTARAN ARAS DADA KELAS 4
BESTARI DAN ARIF
BIL.
NAMA
PERCUBAAN
JUMLAH

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.

AYUNI SOFEA BINTI MOHD SOFI


ADRIANA MAISRAH BINTI MAZLAN
AZIRA BINTI AZMI
HANIS HAMIZAH BINTI MOHD KHAIRI
NUR HAZIMA BINTI MAHADI
NUR HAZIQAH BINTI MOHD ESA
BALQIS BINTI MOHD SYAWAL EZAM
KIRTHIGA A/P SUPPAYAH
NORFAIZATUL SYAZURIAH BINTI
MOHAMAD NOOR FARIZ
NUR DINI NAJIHAH BINTI MOHD
FADLI
NUR FARAH ALYAA BT MOHAMAD
WISAM
NUR FATIHAH BT MOHD YASIN
NUR IFFAH RIFQINA BT ISHAK
NURLYNA BATRISYA BT ANUAR
NURUL ANNISA BT BADROLSAM
SHAZLYIANA ALEYA BT M. SAIFUL
BAHARI
SHAHNOR RIZDHIATUL FARISYA
ZAIREEN BT SAHARIL
SYADZA SYUHADAH BT M.HAZLEN
RAIZZED
NUR SYAMIMI BT MAZLAN
JUMLAH

1
1
1
1
0
1
0
1
0
1

2
0
1
0
1
1
1
1
0
0

3
1
0
1
0
1
1
0
1
0

4
0
1
1
0
0
1
0
1
1

5
0
0
0
1
0
1
0
1
1

2
3
3
2
3
4
2
3
3

1
1
1
0
1

1
1
1
1
1

1
1
1
1
1

0
0
1
1
0

0
0
0
1
0

3
3
4
4
3

3
57

Jadual 5: Mata ketepatan hantaran aras dad dalam ujain pos


Jadual 5 menunjukkan taburan jumlah ketepatan sasaran hantaran aras dada bagi setiap
responden yang diuji dalam ujian pra iaitu dengan ujian target chest pass. Daripada
jadual ini menunjukkan bahawa semua responden tidak mendapat mata penuh dan
terdapat empat responden yang dapat mata 2, sebelas responden yang mendapat mata 3
dan empat responden yang mendapat mata 4. Jumlah keseluruhan mata adalah 57 mata.
36
8.0

RUMUSAN

8.1

Hasil Kajian

Kajian yang dijalankan menunjukkan ada peningkatan mata ketepatan sasaran


bagi 14 responden walaupun peningkatannya sedikit. Terdapat 5 orang responden yang
kekal dapatannya tetapi tidak terlalu rendah. Dapatan ini telah dianalisis dan
diadaptasikan dalam bentuk jadual dan graf. Dibawah adalah hasil yang telah diperolehi
oleh penkaji :
PERBANDINGAN JUMLAH MATA UJIAN PRA DAN POS DALAM
KETEPATAN HANTARAN ARAS DADA DALAM BOLA JARING
BIL
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

RESPONDEN
AYUNI SOFEA BINTI MOHD SOFI
ADRIANA MAISRAH BINTI MAZLAN
AZIRA BINTI AZMI
HANIS HAMIZAH BINTI MOHD KHAIRI
NUR HAZIMA BINTI MAHADI
NUR HAZIQAH BINTI MOHD ESA
BALQIS BINTI MOHD SYAWAL EZAM
KIRTHIGA A/P SUPPAYAH
NORFAIZATUL SYAZURIAH BINTI
MOHAMAD NOOR FARIZ
NUR DINI NAJIHAH BINTI MOHD FADLI
NUR FARAH ALYAA BT MOHAMAD WISAM
NUR FATIHAH BT MOHD YASIN
NUR IFFAH RIFQINA BT ISHAK

UJIAN PRA
1
1
2
1
2
3
1
2
1

UJIAN POS
2
3
3
2
3
4
2
3
3

1
2
2
3

2
3
3
3

4
4
3

4
4
3

3
43

3
58

37
14.
15.
16.
17.
18.
19.

NURLYNA BATRISYA BT ANUAR


NURUL ANNISA BT BADROLSAM
SHAZLYIANA ALEYA BT M. SAIFUL
BAHARI
SHAHNOR RIZDHIATUL FARISYA ZAIREEN
BT SAHARIL
SYADZA SYUHADAH BT M.HAZLEN
RAIZZED
NUR SYAMIMI BT MAZLAN
JUMLAH

Jadual 6: Jumlah mata keseluruhan setiap responden

Jadual 6 menunjukkan taburan mata keseluruhan bagi setiap responden yang telah
menjalankan ujian target chest pass. Mata bagi ujian pra ialah 43 dan mata bagi ujian pos
adalah 58. Jumlah mata tersebuat pengkaji akan tukarkannya menjadi peratus untuk
memudahkan berapa peratus perbezaan peningkatan ketepatan hantaran yang diperolehi.
Jadual 7 dibawah menunjukkan peratus bagi ujian pra dan pos.
UJIAN PRA
45%

UJIAN POS
61%

PERBEZAAN
16%

Jadual 7 :Peratus ketepatan hantaran aras dada dan perbezaan ketepatan hantaran antara
ujian pra dan pos.

38

Mata

JUMLAH MATA BAGI SETIAP RESPONDEN


BAGI UJIAN PRA DAN POS

4.5
4
3.5
3
2.5
UJIAN PRA

UJIAN POS

1.5
1
0.5
0

Responden
Rajah 3: Graf jumlah mata setiap responden bagi ujian pra dan pos

PERATUS KETEPATAN HANTARAN ARAS DADA ANTARA UJIAN PRA DAN POS
UJIAN PRA

UJIAN POS

61
39

Category 1

Rajah 4: Graf peratus keseluruhan ujian pra dan pos


39
8.2

Kelebihan Kaedah Rawatan


Kaedah rawatan yang telah digunakan oleh pengkaji menunjukkan peningkatan

ketepatan hantaran kepada setiap responden. Ianya dibuktikan dengan hasil yang
diperolehi dalam jadual 6 dan 7 diatas.
The National Council of Teacher of Math (NCTM) mendefinisikan seperti dalam
buku berjudul How to use cooperative learning in a math class. Belajar koperatif
meliputi suatu kelompok kecil pelajar, yang bekerja bersama-sama sebagai suatu
kumpulan untuk menyelesaikan suatu masalah, melengkapi suatu tugas atau menentukan
suatu tujuan bersama.
Mynard (2008) pula menyatakan pelajar perempuan adalah lebih baik dalam aspek
kognitif tetapi masih lemah dan tidak kreatif dalam menterjemahkan teori pengetahuan
kepada bentuk perlakuan kemahiran. Oleh itu pengkaji memilih kaedah pengajaran

koperatif kerana responden kajian adalah perempuan dan kognitif mereka lebih baik dari
lelaki dalam menguasai perlakuan dalam pelbagai sudut.
Morris (1981) dan Thomas & French (1985) berpendapat factor biologikal seperti
berat badan, komposisi badan dan diameter sendi mempengaruhi prestasi pelajar
perempuan. Oleh itu, faktor-faktor ini memberikan kelebihan kepada kaedah
pembelajaran koperatif kerana ianya akan menarik minat responden untuk menjalankan
aktiviti.

40
8.3

Implikasi Kajian
Kajian yang dijalankan oleh pengkaji boleh dikongsi bersama kepada guru lain

disekolah terutamanya guru yang telah terlalu lama menggunakan kaedah tradisional
sewaktu mengajar.Manakala ianya juga boleh dijadikan panduan kepada guru yang baru
menceburkan diri dalam bidang perguruan. Pengkaji juga menyedari betapa pentingnya
inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran agar objektif tercapai.
Impikasi bagi responden pula adalah menimbulkan minat dan keseungguhan
dalam melakukan aktiviti yang dijalankan kerana mempunyai pembaharuan daripada
biasa. Pengajaran mudah difahami dan dirasai oleh responden dengan kaedah yang
pelbagai dan aktiviti yang menarik. Responden juga akan lebih bertangguangjawab,
bersatu hati bagi mencapai matlamat yang hendak dicapai bersama-sama.
Kajian ini juga mendatangkan banyak implikasi kepada murid-murid dan juga

guru. Antara implikasinya ialah;


a) Murid lebih cergas dan bertenaga dalam menjalani ujian target chest pass di
mana memberi kesan yang positif dalam meningkatkan tahap ketepatan hantaran
aras dada murid-murid ke tahap yang lebih baik.
b) Menarik minat murid untuk melakukan aktiviti-aktiviti dalam kajian tanpa rasa
jemu kerana ianya pelbagai mengikut stesen-stesen yang ditetapkan.

41
c) Guru lebih kreatif dan inovatif dalam merancang serta mempelbagaikan aktivitiaktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran mengikut keupayaan murid-murid.
d) Dapatan daripada kajian ini, guru lebih mudah untuk memilih dan melatih atlet
sekolah dalam permainan bola jaring.

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Diharap pada masa akan datang, ada pengkaji lain yang dapat meneruskan kajian
ini dengan lebih baik dan sempurna. Di sini terdapat beberapa cadangan yang boleh
digunakan dalam kajian yang akan dijalankan kelak seperti;
a)

b)
c)

Tempoh kajian yang lebih panjang daripada empat minggu kepada lapan
minggu atau lebih bagi melihat keberkesanan latihan yang diberikan
kepada kumpulan kawalan.
Tempoh masa rawatan dipanjangkan iaitu dari 30 minit kepada 60 minit
dan dari dua kali seminggu kepada tiga kali seminggu untuk mendapat
hasil yang lebih sempurna dan baik.
Kajian ini diperluaskan kepada guru lain yang mempunyai masalah sama

d)

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Kajian ini sebaik-baiknya dijalankan juga kepada responden lelaki kerana
dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani tahun 4.
42

10.0

RUJUKAN

Mohd Taib Harun dan Norlena Salamuddin (2006) Bola Jaring Meniti Tangga Kejayaan.
Utusan Publication & Distributors. Sdn. Bhd

M. W. Metzler. (2000). Instructional models for physical education). Boston: Allyn and
Bacon.

Dunne, R., & Wragg, T. (1994). Effective teaching. London: Routledge.

Ornstein, A. C. (1995). Teaching theory into practice. USA: Allyn & Bacon.

Stephens, P., & Crawley, T. (1994). Becoming an effective teacher. Wellington Street:
Stanley Thomes (Publisher) Ltd

Lawson, H.A. dan Placek, J.H. (1996) Physical education curricular alternatives. Allyn
Bacon: Boston

Bucher, C.A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby


Company

43
Colfer, G.R., Hamilton, K.E. & Magill, R.A. (1986). Contemporary physical education.
Iowa: Wm. C. Brown Publisher.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Wee Eng Hong. (2001) Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam:
Karisma Publications Sdn Bhd.

Wee

Eng

Hoe.

(1998).

Pengajaran

Pendidikan

Jasmani

dan

Kesihatan

(Pengkhususan). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Berry L.Johnson & Jack K.Nelson. Practical Measurements For Evaluation in Physical
Education. Burgess Publishing Company.

Wee Eng Hoe. (2007). Sains Kejurulatihan.Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Shaifol Bahary bin Sulaiman.(Mac 2011).Modul OUM HBEF 4303 Projek Kajian
Tindakan. Kuala Lumpur: Meteor Doc.Sdn. Bhd.

44
Azizi Ahmad. (Jun 2008).Modul HBEF3203 Pengukuran dan Penilaian dalam
Pendidikan. Kuala Lumpur: Meteor Doc.Sdn. Bhd.
Vasudevant T. Arasoo (1987). Aspek Saintifik Pelaziman Sukan dan Kecergasan Jasmani
: Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Ricard Mangi, M.D, Peter Joki, M.D.O.William Dayton A.T.C Sport Fitness and
Training.
www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/seminarpapers/2007/.../malathiIPTfp.pdf.
www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/jurnalpapers/.../abgismailjn2008.pdf
http://zarin58.tripod.com/Kecergasanfizikal.htm
http://apui.wordpress.com/latihan-litar/
http://www.scribd.com/doc/43063424/skema-kajian-tindakan-2010
http://www.scribd.com/doc/5020838/STANDARD-KECERGASAN-FIZIKALKEBANGSAAN-UNTUK-MURID

45
http://www.sportplan . net/drill/Basketball/index.jsp
http://anggaway89.wordpress.com/komponen-kebugaran-jasmani/
http://physicaltrainingcenterrace.blogsport.com/ketepatan.htl
http://www.slideshare.net/amirhebat/kajian-tindakan
http://zh.scribd.com/doc/gaya pengajar dan pembelajaran
http://shukerihamzah.blogsport.com/pembelajaran-koperatif.html

46

LAMPIRAN A

Aktiviti diambil dari Modul 1Murid 1 Sukan


Rajah : Four Corners Chest Pass

Petunjuk :

Pergerakan bola
Pergerakan responden
47

LAMPIRAN B

Aktiviti diambil dari Modul 1 Murid 1 Sukan


Rajah : Diamond Chest Pass

Petunjuk :

Pergerakan bola
Pergerakan

responden

48
LAMPIRAN C

Aktiviti diambil dari Modul 1 Murid 1 Sukan


Rajah : Double Line Chest Pass

49

Anda mungkin juga menyukai