Anda di halaman 1dari 2

CD Interaktif

Bahan media berbentuk CD Interaktif dapat membantu guru dalam proses


pengajaran dan pembelajaran (p&p). Ia mengandungi elemen multimedia seperti
audio, video, animasi, teks dan grafik di dalam satu medium komunikasi yang
melibatkan kesemua deria manusia.
Penggunaan elemen-elemen ini jelas berkeupayaan untuk membentuk
kefahaman serta membina kemahiran seseorang pelajar pada peringkat yang
lebih tinggi. Kepelbagaian elemen yang diterapkan dalam persembahan sesuatu
perisian dapat memberangsangkan lagi proses pembelajaran dan tidak
menjemukan pelajar. Penggunaan bahan bantu mengajar ini dalam proses P&P
adalah sangat ideal dalam memperkayakan minda pelajar secara efektif.
Penggunaan elemen-elemen ini jelas berkeupayaan untuk membentuk
kefahaman serta membina kemahiran seseorang pelajar pada peringkat yang
lebih tinggi.
Kepelbagaian elemen yang diterapkan dalam persembahan sesuatu
perisian dapat memberangsangkan lagi proses pembelajaran dan tidak
menjemukan pelajar.
Penggunaan CD Interaktif dalam proses P&P adalah sangat ideal dalam
memperkayakan minda pelajar secara efektif.

Pendidikan Seni Visual


Cabang seni visual seperti catan, arca, seni bina, reka bentuk industri, grafik
komputer, serta segala yang berkaitan dengan seni, baik yang berupa seni
tampak tradisional mahupun seni moden. Menurut Feldman (1996) menyatakan
bahawa pendidikan seni adalah merupakan usaha yang melibatkan pengajaran
dan pembelajaran membuat dan memahami seni, di samping mengetahui
tentang dunia dan diri kita sendiri melalui seni. Pendidikan Seni Visual
memainkan peranan memperkembang sifat kreatif, ekspresif dan aktif melalui
persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Pendidikan seni juga meliputi
pelbagai teknik dan kaedah yang digunakan semasa penghasilan produk seni,
mempelajari sejarah dan antropologi seni, membezakan makna seni serta
melihat nilai produk seni.

Rekabentuk Komunikasi
Rekabentuk komunikasi visual ialah reka bentuk grafik yang menggabungkan
teks dan illustrasi yang menghasilkan logo, grafik, risalah, poster, kulit buku,
buletin dan sebagainya. Grafik adalah gambaran analogik dua dimensi (2D)
untuk menyampaikan mesej tertentu kepada pemerhati. Reka bentuk grafik
memerlukan satu saluran komunikasi yang penting pada masa kini.
Penggunaannya diperluas dengan bantuan komputer dan aplikasi perisian grafik.
Grafik merupakan gambaran visual yang meringkaskan maklumat atau idea
seperti kombinasi lukisan, perkataan, simbol dan gambar dalam sesuatu hasil

karya. Contoh grafik dapat diperjelaskan melalui pengiklanan, pencetakan,


penerbitan, papan iklan digital dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga menyukai