Anda di halaman 1dari 12

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir Dalam Penguasaan Fakta

Asas Darab Dalam Matematik Tahun 3

Abstrak
Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas
matematik. Kepentingan kemahiran ini ,sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar
pada peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan kemahirankemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi.Atas kesedaran ini satu
kajian telah dibuat untuk melihat kesan penggunaan kaedah petak sifir dalam
menguasai sifir 2 hingga sifir 9. Enam orang pelajar tahun 3 diambil sebagai
sampel untuk menjalankan kajian ini. Secara keseluruhannya ,kaedah petak sifir
ini adalah berkesan untuk menguasai fakta asas darah dalam matematik.

Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk
menyediakan tenaga mahir generasi yang akan menjawab cabaran masa akan
datang. Sebenarnya pendidikan dihubungkan dengan usaha berterusan dan
melihat kedudukan pada hari muka. Jika kita tidak bersedia untuk melengkapkan
diri anak-anak kita menghadapi masa depan mereka, maka sistem pendidikan
kita akan menemui kegagalan. Justeru itu pelbagai persediaan yang harus dibuat
bagi menyediakan mereka menghadapi masa depan untuk menyesuaikan diri
dengan keadaan yang berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan dalam
lapangan industri. Ini bermakna kita perlu memberi pengajaran berkesan dalam
bidang-bidang sains, teknologi, informatik yang antara lain meliputi matematik
dan komputer (Zaibedah, 2000).
Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa
penguasaan dan kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara
kita mencapai kemajuan khususnya dalam dunia yang mengarah kepada
orientasi teknologi maklumat. Generasi bijak matematik akan menjadi generasi
penentu dalam arus pembangunan negara. Melalui ilmu matematik pelbagai
bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemahkan untuk faedah semua. Aplikasi
fakta asas kira darab juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di
dalam matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik
harian, wang, timbangan, masa dan waktu. Lantaran itu, seharusnya semua
murid di sekolah rendah perlu menguasai matematik terutamanya fakta asas kira
darab untuk mereka mengaplikasikan kemahiran matematik dalam bidang ilmu
yang lain.

Kumpulan Sasaran
Peserta yang terlibat dalam kajian ini adalah murid Tahun 3 di sekolah saya iaitu
SJK (c) Thian Chin. Kajian ini melibatkan enam orang murid iaitu tiga orang
murid perempuan dan tiga orang lelaki. Kesemua peserta yang terlibat dalam
kajian ini adalah berumur sembilan tahun. Berdasarkan buku aktiviti Matematik
tahun 3, pencapaian peserta-peserta kajian dalam subjek Matematik adalah
dalam kategori sangat lemah di mana kesemua peserta yang dipilih dalam kajian
ini sekurang-kurangnya tiga hingga lima soalan adalah salah dijawab. Melalui
maklumat daripada guru subjek Matematik yang mengajar mereka, pesertapeserta ini merupakan murid yang memang dalam kategori lemah di dalam kelas
mereka disebabkan mereka masih belum menguasai sifir 2 hingga sifir 9.

Penggunaan Kaedah Petak Sifir


Petak sifir terdiri daripada 9x9 kotak yang boleh dibuat oleh pelajar sendiri
seperti pada gambarajah 1 di bawah. Untuk menjimatkan masa guru matematik
boleh menyediakan dahulu petak sifir ini dan disediakan sebanyak keperluan
pelajar yang ada. Semua soalan yang dibina adalah untuk menguji kebolehan
pelajar memenuhkan petak sifir kosong dan menggunakan petak sifir itu di dalam
kebolehan pelajar menyelesaikan kemahiran operasi pendaraban mengikut
kaedah yang ditunjukkan.

Rajah 1 : Petak sifir kosong

Pelajar kemudiannya diarahkan untuk mengisi nombor satu hingga


sembilan pada petak sifir berkenaan secara mendatar dan menegak.Kemudian
pelajar diminta memenuhkan nombor dipetak sembilan dengan menulis nombor
lapan dan menurun ke bawah. Kemudian, mengisi pula nombor lapan dan
menaik ke atas. Jadi lengkaplah sifir sembilan dan pelajar dikehendaki menyalin
nombor ini secara mendatar pada petak nombor Sembilan. Kemudian pelajar
boleh memenuhkan nombor di dalam petak nombor dua secara menegak ke
bawah iaitu dengan menambahkan dua kepada semua nombor yang berturutan
dan menyalinkannya secara mendatar pada petak nombor dua.

Seterusnya

pelajar pula diminta memenuhkan nombor pada petak nombor tiga secara

menegak dengan menambahkan tiga kepada semua nombor berturutan itu dan
menyalinkan secara mendatar pada petak nombor tiga.
Jadi, begitulah seterusnya pelajar boleh memenuhkan semua petak-petak
yang lain dengan menambahkan dengan nombor yang mula pada petak-petak
berkenaan sehingga semua petak itu dipenuhkan dari satu hingga sembilan
seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah 2. Apabila petak sifir ini sudah
lengkap guru akan menerangkan pula bagaimana caranya membaca dan
menggunakan petak sifir tersebut.

1
2

2
4

3
6

4
8

1
0
1
2
1
4
1
6
1
8

1
2
1
5
1
8
2
1
2
4
2
7

2
4
1
6
2
0
2
4
2
8
3
2
3
6

6
7
8
9

5
1
0
1
5
2
0
2
5
3
0
3
5
4
0
4
5

6
1
2
1
8
2
4
3
0
3
6
4
2
4
8
5
4

7
1
4
2
1
2
8
3
5
4
2
4
9
5
6
6
3

8
1
6
2
4
3
2
4
0
4
8
5
6
6
4
7
2

Rajah 2 : Petak sifir yang lengkap

9
1
8
2
7
3
6
4
5
5
4
6
3
7
2
8
1

Keberkesanan Kaedah Petak Sifir


Dengan penggunaan kaedah petak sifir dalam pengajaran dan pembelajaran,
didapati murid-murid adalah berasa lebih seronok dan ingin mencuba sendiri
untuk memenuhkan petak sifir yang diberikan. Bukan itu sahaja , murid-murid
juga beranggapan bahawa petak sifir yang diberikan adalah suatu permainan
untuk mereka . Ini adalah disebabakan apabila siap memenuhkan petak sifir ini,
satu corak akan dihasilkan dalam petak sifir ini iaitu hasil penambahan secara
menegak adalah sama dengan hasil penambahan secara mendatar.Dengan
keseronokan untuk memenuhkan petak sifir ini akan membantu menarik
perhatian dan minat murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik
dan seterusnya mencapai objektif pelajaran
Oleh kerana murid-murid yang dipilih adalah lemah dalam penghafalan
sifir ataupun mereka tidak dapat menghafal sifir. Jadi, bolehlah menggunakan
petak sifir ini untuk membantu mereka menyelesaikan soalan yang melibatkan
opeasi darah. Ini juga dapat membantu murid-murid yang lemah lebih senang
mengaplikasikan kaedah ini dalam kemahiran operasi pendaraban.Daripada
enam orang murid itu didapati emapt orang murid dapat memenuhkan petak sifir
ini dengan cepat iaitu dalam masa 5 minit dan jawapannya adalah betul.
Seorang murid telah berjaya memenuhkan petak sifir dalam masa lingkungan 5
minit hingga sepuluh minit.Manakala seorang murid lagi telah mengambil masa
yang selama 10 minit untuk memenuhkan petak sifir. Melalui pemerhatian saya,
didapati bahawa murid ini membuat proses penambahan dengan perlahan-lahan
dan cermat.

Dengan memenuhkan petak sifir dengan lengkap dan jawapan yang betul
dapat membantu membina keyakinan murid-murid dari segi penggunaan operasi
tambah dan darab. Ini kerana murid yang dipilih itu adalah lemah dan tidak
pandai menghafal sifir,dengan itu apabila menyelesaikan soalan yang melibatkan
operasi pendaraban mereka adalah tidak dapat menyelesaikan soalan-solaan
seperti ini. Tetapi dengan penguasaan petak sifir dapat membantu mereka
menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi pedaraban. Murid-murid boleh
mengaplikasikan petak sifir ini ke dalam kemahiran operasi pendaraban.
Seterusnya murid-murid lebih beryakinan untuk menyelesaikan soalan-soalan
pendaraban dengan berpandukan petak sifir.
Melalui kaedah ini, penguasaan murid-murid dalam operasi penambahan
adalah lebih kukuh. Ini adalah kerana untuk memenuhkan petak sifir ini, muridmurid dikehendaki membuat penambahan berulangan dengan menggunakan jari
tangan mereka ataupun secara mental. Lama-kelamaan, penguasaan operasi
penambahan murid-murid adalah bertambah kukuh kerana mereka membuat
penambahan satu digit nombor dengan satu digit nombor ataupun dua digit
nombor dengan satu digit nombor.Walau bagaimanapun, terdapat seorang murid
lelaki semasa memenuhkan petak sifir , proses penambahan yang dilakukannya
salah menyebabkan hasil tambah nombor yang seterusnya pun menjadi salah.
Jadi, ini akan mempengaruhi

murid itu tidak dapat mengaplikasikan petak sifir

ini untuk menjawab soalan yang melibatkan pendaraban.


Proses memenuhkan petak sifir ini memerlukan masa yang panjang dan
lama. Disebabkan terdapat tiga orang murid membuat penambahan nombor
dengan perlahan-lahan. Murid-murid ini masih lemah dalam penambahan secara
mental. Bukan itu sahaja, murid-murid juga boleh menggunakan abakus untuk
membuat

proses

penambahan

jikalau

mereka

menguasai

kemahiran

menggunkan abakus.Dengan itu , bolehlah dikatakan bahawa kaedah petak sifir


sangat berguna bagi murid-murid yang lemah dalam sifir yang di mana
penggunaan sifir adalah sangat meluas dalam kehidupan harian kita tak kira di
mana kita berada.
7

Kesimpulan
Keberkesanan kaedah petak sifir ini juga selari dengan teori yang dikemukakan
oleh Skemp (1971), yang menyatakan untuk mempelajari matematik , murid itu
haruslah mempunyai kebolehan membina idea-idea yang abstrak. Jadi kaedah
ini adalah mengubah cara dari bentuk hafalan kepada bentuk pembinaan sifir. Ini
juga disokong oleh David P. Asubel dari Amerika Syarikat yang menggunakan
kaedah pembelajaran resepi yang didapati lebih berkesan daripada kaedah
inkuari. Kaedah resepi adalah kaedah membina sendiri sesuatu konsep ataupun
idea. Hasil kajian ini juga menyokong pendapat yang dikemukakan oleh Piaget
yang menyatakan ramai pelajar sekolah rendah gagal di dalam matematik
kerana mereka sukar menghafal sesuatu konsep seperti menghafal sifir dan
tidak memahami konsep matematik yang sebenar.
Oleh itu , adalah digalakkan murid-murid memahami sesutu konsep
dahulu sebelum menggunakannya . Pemahaman sesutu konsep adalah penting
baginya menguasai kemahiran-kemahiran yang seterusnya dengan baik dan
dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. Dengan penguasaan
petak sifir ini , murid-murid adalah dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan
seharian mereka selama-lamanya.

Refleksi
Projek semester ini adalah sangat susah dan sukar bagi saya kerana disebabkan
saya tidak memahami kehendak soalan dan apa yang dikehendaki oleh soalan.
Namun demikian, saya tetap memikirkan cara untuk menyelesaikan projek
ini.Sebelum itu , saya ingin berterima kasih kepada rakan sekelas saya iaitu Cik
Sia Mie Mie.

Untuk memulakan projek ini , saya telah membuat sekurang-

kurangnya tiga kali perbincangan dan penanyaan kepadanya supaya saya dapat
memahami kehendak soalan. Dia sangat baik dan sanggup memberi pendapat
kepada saya setiap kali saya menghadapi masalah dalam penyelesaian projek
ini.
Bukan itu sahaja, saya pun ingin mengucapkan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu Encik Panting yang banyak membantu saya untuk
menjayakan projek ini. Dengan penerangan beliau, sedikit demi sedikit saya
dapat memahami kehendak projek ini. Apa yang ditanyakan, beliau akan cuba
menjawab dengan teliti supaya saya memahami projek ini.
Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan sejawat saya yang sanggup berkorban masa mereka untuk membantu
saya apabila saya menghadapai masalah dalam menyiapkan projek ini. Jika
saya memerlukan bantuan, mereka akan menghulurkan batuan mereka kepada
saya.Apabila saya ada masalah, saya akan meminta pendapat dan pandangan
mereka untuk membantu saya menyiapkan projek ini. Saya telah mengadakan

perbincangan dengan mereka setiap kali saya ada masalah tak dikira waktu
persekolahan ataupun pada waktu malam.
Dengan menyiapkan projek ini, saya dapati kaedah ini sangat berguna
kepada murid-murid terutamanya murid yang lemah dalam sifir seperti murid
yang berbangsa Iban. Deangan itu, murid-murid yang lemah tersebut bolehlah
menggunakan petak sifir ini untuk membantu mereka menjawab soalan yang
melibatkan operasi pendaraban.
Dengan asyik berulang-ulang menyalin petak sifir dan memenuhkan petak
sifir ini , lama-kelamaan seseorang murid itu adalah lebih pandai untuk
mengaplikasikan petak sifir ini dalam operasi pendaraban walaupun ianya tidak
menghafal sifir. Selain itu, penguasaan konsep pendaraban adalah menjadi lebih
senang dan mudah bagi mereka kerana mereka memahami bahawa operasi
pendaraban adalah proses penambahan secara berulang-ulang.
Kaedah petak sifir ini juga dapat membantu guru-guru yang menghadapi
masalah di mana murid-murid malas hendak menghafal sifir ataupun tidak dapat
mengingati sifir ini. Ini kerana murid-murid tersebut bolehlah menggunakan petak
sifir untuk menjawab soalan yang melibatkan pendaraban. Kadang-kala, muridmurid ini dapat menyelesaikan soalan-soalan pendaraban dengan lebih cepat
jika menggunakan petak sifir.

10

Rujukan
Abdul Latif Samian (1992). Sejarah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ashlock R.B (1976). Error Patterns in Computation. Ohio: Charles E. Meril


Publishing Co.

Chong Poh Seng (1991). Kaedah PSC Untuk Mengajar Matematik Rendah.
Jurnal Pendidikan 2. m/s 34-39.

Gagne, R.M (1970). The Condition of Learning (2nd Edition). NewYork: Holt,
Rinehart And Winston.

Hajah Noresah, Dr. (1994). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Hendrickson A.Dean (1981). Mathematics Teacher. Mei: m/s 353. Kementerian


Pendidikan Malaysia (1994). Laporan Jawatankuasa Matematik dan Sains
Kebangsaan. Kuala Lumpur.

11

Mohd Zain Mokmin (1984). Strategi Pengajaran dan Aktiviti Matematik Untuk
Kanak-Kanak Pemulihan. Jurnal Iktisas. 4. 12-14.

Mook Soon Sang (1985). Pengajaran Matematik KBSR. Jurnal Iktisas. 2. 59-61.
Mook Soon

Omar b Ahmad (1994). Koleksi 151 Rekreasi Matematik. Kota Bharu: M.A.R
Publishing(M) Sdn. Bhd.

Saadiah Mohamad Ali (1994). Teori dan Kaedah Penyelesaian Persamaan


Terbitan Biasa Peringkat Pertama. Tesis Sarjana Muda Pendidikan. Skudai:
Universiti Teknologi Malaysia.

12

Anda mungkin juga menyukai