Anda di halaman 1dari 7

APA ITU PENGAJARAN MAKRO???

Konsep Pengajaran Makro


Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap
bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan
penutup.[1] Dalam erti kata lain, pengajaran makro ialah satu sesi
pengajaran yang lengkap bermula dari set induksi hingga penutup.
Pelaksanaannya perlulah mengandungi elemen-elemen berikut; dilakukan
di kelas yang besar, perlu murid sebenar, guru mengajar sepenuh waktu,
tumpu kepada pelbagai kemahiran mengajar dan situasi sebenar.
[2]Pengajaran

makro

juga

merupakan

kesepaduan

teknik-teknik

pengajaran mikro yg disokong oleh perancangan pengajaran pembelajaran


yang sekian lama dipelajari.
Proses pengajaran makro yang dijalankan di Institut Pendidikan Guru
Kampus Darulaman umpamanya, mesti dipraktikkan oleh guru pelatih
dengan diperhatikan rakan pelatih yang lain. Pengajaran makro tersebut
berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang ditetapkan sama ada
menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan membantu
guru pelatih membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam
satu sesi pengajaran, di samping mereka dapat memperbaiki kelemahan
sebelum mereka menghadapi situasi pengajaran sebenar di bilik darjah di
sekolah.

Prinsip Pengajaran Makro

Antara prinsip pengajaran makro ialah:[3]


Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam pengajaran makro, guru mempunyai objektif yang besar dan luas
merangkumi aras pengetahuan pelajar. Guru hendaklah menyatakan
objektif secara tepat dan jelas bagi setiap pengajaran yang dirancang
berasaskan tajuk-tajuk yang dikenal pasti.
Jumlah Pelajar
Jumlah pelajar yang terlibat jauh lebih ramai bergantung kepada bilangan
pelajar di dalam kelas sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang
sebenar dan bukan dari lakonan rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru
adalah mencabar dengan karenah para pelajar.
Strategi Pengajaran
Dalam pengajaran makro, guru perlu mempelbagaikan teknik dan strategi
pengajaran supaya sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan dan
menarik.
Jangka Masa Pengajaran
Jangka

masa

yang

ditentukan

dalam

pengajaran

makro

adalah

berdasarkan kepada jadual waktu kelas yang memakan masa selama


antara 30 hingga 40 minit satu masa. Ekoran itu, guru perlu bijak
merancang pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang
ditetapkan.
Bahan Pelajaran

Dalam pengajaran makro, guru perlu menyampaikan keseluruhan isi


pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian
(RPH). Oleh itu, guru perlu menguasai sepenuhnya bahan yang hendak
disampaikan dan tumpuan guru ketika menyampaikan adalah menyeluruh.
Perbincangan dan Refleksi
Penilaian kendiri perlu dibuat selepas guru selesai melaksanakan
pengajaran sebagai refleksi atau muhasabah berkaitan pengajaran guru.
Kekurangan dan kelemahan di dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam
pelajaran akan datang. Antara perkara yang perlu dibuat refleksi ialah
objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid di samping keazaman guru
untuk memperbaiki pengajarannya.

Prosedur Pengajaran Makro (Sebelum, Semasa dan Selepas)


Sebelum Pengajaran (Persediaan Pengajaran)
Sebelum melaksanakan sesuatu sesi pengajaran makro, guru pelatih
perlulah merancang dan menyediakan persediaan mengajar yang lengkap
dan baik. Perancangan yang lengkap dan baik merupakan satu aspek
penting dalam sesuatu pengajaran yang berkesan. Pengajaran yang
berkesan

akan

meningkatkan

pencapaian

akademik

murid

dan

mengurangkan masalah-masalah disiplin. Berikut ialah aspek-aspek


penting dalam persediaan sebelum pengajaran:-[5]

1 Perancangan pendahuluan
v Penentuan topik
v Kebolehan sedia ada murid-murid
v Objektif/hasil pembelajaran

2 Perancangan penyampaian
v Penentuan strategi pengajaran dan pembelajaran
v Penentuan masa
v Pemeringkatan isi
v Pemilihan sumber

3 Perancangan penilaian
v Pencapaian
v Penganalisisan maklum balas
v Pengubahsuaian

Semasa Pengajaran (Pelaksanaan Pengajaran)


Semasa hendak melaksanakan pengajaran makro ini guru pelatih perlulah
merancang set induksi pengajaran yang baik dan menarik perhatian serta
minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan dan dapat

menggalakkan pembelajaran. Set induksi juga digunakan bagi mengaitkan


pelajaran yang lepas atau dengan pengetahuan sedia ada murid. Jangka
masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.
Seterusnya, perkembangan pengajaran yang merujuk kepada
langkah-langkah

mengajar

yang

disusun

berperingkat-peringkat

berdasarkan prinsip-prinsip pengajaran. Guru pelatih juga perlu merancang


langkah-langkah pengajaran yang berturutan, disusun dengan baik dan
mencatat anggaran masa yang sesuai. Langkah-langkah yang dirancang
ada kaitannya dengan objektif khusus yang sudah dicatatkan.
Guru pelatih juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang
hendak disampaikan. Ia perlulah sesuai dengan kebolehan serta minat
murid. Isi pelajaran tersebut perlu dipertingkatkan dan diperkembangkan
dengan teliti supaya situasi pembelajaran yang unggul dapat diwujudkan.
Ketika

melakukan

pemeringkatan

isi,

guru

pelatih

hendaklah

menyenaraikan semua topik yang hendak diajar, kemudian fikirkan sub


topik atau isi yang manakah yang perlu diawalkan dan yang boleh diajar
kemudiannya. Untuk itu guru pelatih perlulah melihat prinsip-prinsip berikut:
Dari yang susah diketahui kepada belum diketahui
Dari mudah kepada kompleks
Dari konkrit kepada abstrak
Dari dekat kepada jauh
Dari yang dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

Bagi menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru pelatih


hendaklah memikirkan strategi yang akan digunakan. Pemilihan strategi
yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian
sesuatu pelajaran, strategi pengajaran yang sesuai bukan sahaja dapat
meningkatkan mutu penyampaian malahan akan menjadikan satu-satu
pelajaran itu lebih bermakna serta menyeronokkan murid-murid.
Selain itu, guru pelatih juga harus menjalankan aktiviti untuk mengukur
sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Aktiviti
penilaian boleh dijalankan secara pemerhatian terhadap aktiviti susulan,
pemeriksaan kerja murid atau melalui ujian lisan atau tulisan. Maklumatmaklumat yang didapati dari pentafsiran penilaian ini akan menjadi asas
untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran seterusnya.
Bahagian penutup yang merupakan bahagian terakhir dalam satu-satu
pengajaran dan pembelajaran di mana guru membantu murid menyimpul
dan membuat rumusan yang berkaitan isi-isi penting serta memberi latihan
atau aktiviti pengukuhan kepada murid-murid. Guru juga perlu memberikan
rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid supaya bersedia
untuk pelajaran akan datang. Hal ini bertepatan dengan pernyataan Ee Ah
Meng (1991) yang membahagikan penutup kepada dua bahagian, iaitu
penutup kognitif dan penutup sosial. Penutup kognitif biasanya digunakan
apabila guru menyenaraikan isi-isi penting sesuatu pelajaran dengan
tujuan mengukuhkan apa yang telah dipelajari. Manakala penutup sosial
pula bertujuan memberikan suatu perasaan pencapaian kepada muridmurid di hujung pengajaran satu-satu topik.[6]

Di sepanjang proses pengajaran makro ini dilaksanakan pelbagai


kemahiran dapat diterapkan dan dikuasai oleh para guru pelatih setelah
mereka melalui proses pengajaran mikro sebelum ini. Ini sejajar dengan
tujuan pengajaran makro itu sendiri iaitu untuk membantu guru pelatih
membiasakan diri melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi
pengajaran.

Antara

kemahiran-kemahiran

tersebut

ialah

kemahiran

penyampaian set induksi; kemahiran menerang dengan menggunakan


contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran dan pembelajaran; kemahiran
penggunaan penyoalan; kemahiran pengelolaan variasi rangsangan;
kemahiran penggunaan papan kapor; kemahiran pengurusan aktiviti
pengukuhan; dan kemahiran pelaksanaan penutup.

Selepas Pengajaran (Refleksi Sesi Makro)


Setelah selesai sesi pengajaran, guru mestilah membuat penilaian kendiri
sebagai refleksi atau muhasabah berkenaan pengajaran guru. Kekurangan
dan kelemahan di dalam pengajaran tersebut perlu dibaiki dalam pelajaran
akan datang. Antara perkara yang boleh dibuat refleksi ialah pencapaian
objektif, disiplin kelas dan penglibatan murid serta keazaman guru bagi
membaiki pengajarannya.

Anda mungkin juga menyukai