Anda di halaman 1dari 1

Analisis Rantai Nilai

Rantai nilai menggambarkan sebagai rantai aktiviti yang mengubah input menjadi output yang
bernilai kepada pelanggan. Terdapat tiga sumber nilai bagi pelanggan iaitu, aktiviti yang
membezakan produk atau perkhidmatan, aktiviti yang mengurangkan kos produk atau
perkhidmatan dan aktiviti yang dapat memenuhi permintaan dengan segera. Sifat rantai nilai
bergantung pada jenis firma dan berbeza-beza untuk pengeluaran firma, perkhidmatan firma
dan organisasi yang tidak berorientasi pada keuntungan.
Tambahan lagi, analisis rantaian nilai/value chain analysis (VCA) adalah satu proses di mana
firma mengenal pasti aktiviti primer dan sokongan yang menambah nilai kepada produk akhir
dan kemudian menganalisis aktiviti-aktiviti untuk mengurangkan kos atau meningkatkan nilai
tambah. Aktiviti primer di mana sebahagian besar nilai untuk pelanggan diwujudkan seperti
operasi, jualan, pemasaran dan lain-lain lagi. Manakala aktiviti sokongan pula merupakan
aktiviti yang memudahkan pelaksanaan aktiviti primer. Contohnya sumber manusia,
pembangunan teknologi, sistem pembelian dan struktur organisasi.
Tujuan analisis rantai nilai adalah untuk mengenalpasti tahap-tahap rantai nilai di mana firma
dapat meningkatkan nilai untuk untuk pelanggan atau untuk mengurangkan kos. Pengurangan
kos atau meningkatkan nilai tambah dapat membuat firma lebih berdaya saing. Selain itu,
untuk menganalisis kelebihan daya saing dengan memecah belah organisasi dalam aktiviti
diskret atau proses dan mengkaji bagaimana setiap aktiviti menyumbang kepada kedudukan
kos relatif organisasi atau kesanggupan perbandingan pelanggan untuk membayar. Terdapat
beberapa had dalam penggunaan analisis rantai nilai. Antaranya adalah kesukaran dalam
pelaksanaan dan pentafsiran, mempunyai masalah dalam sistem perakaunan traditional serta
kesukaran dalam membuat keputusan.

Anda mungkin juga menyukai