Anda di halaman 1dari 7

PANGDANGAN ULAMA TERHADAP PERLAKSANAAN SYURA.

Dalam perlaksanaan syura, para ulamak berbeza pendapat. Sebahagian berpendapat hukumnya
wajib dan sebahagian lagi menganggapnya sunnah. Perbezaan ini bergantung kepada persoalan
sama ada perlaksanaan musyawarah itu suatu yang fardhu atau mandubah. Terdapat dua
pendapat dalam perkara ini:
Pendapat pertama: syura suatu kewajipan yang difardhukan
Ini merupakan pendapat jumhur dan paling rajih. Tidak wujud ikhtilaf kerana syura ialah dasar
nilai keagamaan sebagaimana dinyatakan al- Qurtubi. Mereka menyatakan hujah-hujah berikut:
1) Allah mengutuskan rasul-Nya agar bermusyawarah dengan para sahabat dalam pelbagai
aspek sepertimana dinyatakan dalam surah al-Syura 42:38

(Maksud : Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyambut
perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka
dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan
sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;
Ayat tersebut diungkapkan dalam jumlah ismiyah (nominal). Dalam bahasa arab, kalimat
nominal berfungsi untuk menunjukkan bahawa sesuatu berjalan secara tetap atau terus
berlangsung. Maka kalimah membawa maksud musyawarah mesti
berterusan dilakukan umat islam dan para pemimpin.
Manakala dalam surah Ali Imran 3:159







(Maksud : Maafkanlah mereka dan mintalah keampunan untuk mereka serta ajaklah
mereka bermusyawarah dalam urusan (kehidupan) itu. Apabila hati kamu telah nekad,
maka bertawakallah kepada Allah (kerana) sesungguhnya Allah menyukai orang yang
bertawakal.)

,jelas menunjukan kewajipan syura kerana ayat ini menggunakan kata amar atau perintah
iaitu wasyaawir. Kata amar berfungsi untuk mewajibkan sesuatu perkara kecuali jika
ada qarinah atau perkara yang mengubah kewajipan tersebut. Dalam hal ini, tiada qarinah
yang wujud yang mengubah kewajipan syura. Sayyid Qutb mengatakan bahawa ayat ini
diturunkan ketika perang Uhud berada dalam situasi yang darurat.Para sahabat memberi
pendapat supaya keluar menentang kaum Quraisy di luar Madinah namun baginda
berpendapat lebih baik bertahan di Madina dan ternyata pendapat baginda betul. Namun,
ayat tersebut diturunkan meminta Rasulullah S.A.W meminta maaf kapada para sahabat
dan bermensyuarat dengan mereka terlebih dahulu dalam perkara yang memerlukan
perbincangan sehingga ayat ini menjadi dalil adanya kewajipan bermusyawarah atau
syura.
2) Allah memuji orang-orang mukmin yang menjadikan musyawarah sebagai cara
menyelesaikan masalah yang dihadapi sehinggakan meninggalkan musyawarah menjadi
suatu larangan.
3) Allah mengunggapkan perkataan syura antara dua kalimat dan
(menunaikan zakat). Solat suatu yang diwajipkan kepada setiap muslim. Jika orang islam
tidak boleh meninggalkalkan solat maka mereka juga tidak boleh meninggalkan syura
khususnya dalam hal kemaslahatan umum. Syura juga dianggap sebahagian asas islam
sama seperti solat dan zakat serta ianya juga merupakan cirri khas yang mesti dimiliki
orang-orang yang beriman
4) Rasulallah S.A.W merupakan qudwah hasanah. Baginda selalu melakukan syura dengan
para sahabat dan amalan ini diikuti seterusnya oleh sahabat seperti Abu Bakar dan Omar.
Hal ini menjadi bukti kewajipan syura sebagaimana sabda baginda S.A.W:
Andaikan kalian berdua menyepakati suatu permasalahan, aku tidak akan mengingkari
hasil musyawarah itu selamanya.
Selain itu, Saidina Ali pernah bertanya baginda Bagaimana jika ada sesuatu masalah
menimpa kami, sedangkan kami tidak mendapatinya dalam al-quraan dan belum kami
dengar daripadamu? Baginda menjawab:

kumpulkan para ahli untuk urusan itu lalu lakukanlah musyawarah antaramu dan
janganlah kamu memutuskan dengan satu pendapat sahaja.
Pendapat kedua: syura suatu mandubat. Ianya adalah sunnah (li al-nadb) bukannya wajib.
Pendapat ini sangat berpengang kepada qarinah atau indikasi. Mereka juga menolak hujah dari
surah al-Syura dan Ali Imran. Antara hujah mereka ialah:
1) Perintah agar Rasulullah S.A.W melakukan syura iaitu dalam ayat yang bermaksud dan
bermensyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu telah diikuti dengan ayat apabila
kamu telah berazam maka bertawakallah kepada Allah.. ayat ini jelas menunjukkan
bahawa baginda melaksanakan pendapat yang diazamkan selepas syura bukannya
pendapat yang diperolehi dari syura.Azam merupakan keinginan untuk dipenuhi dan
memperoleh hasil harus dikembalikan kepada baginda bukan orang yang memberikan
pendapat. Dalam erti kata lain, baginda tidak mengikuti keputusan syura jika tidak
bersetuju dengannya. Ini menjadi qarinah bahawa perintah meminta pendapat tersebut
hukumnya tidak wajib.
2) Syura yang dilakukan baginda hanyalah untuk mengembirakan hati para sahabat agar
mereka lebih bersemangat melaksanakan tugas mereka. Sememangnya wujud hadis
baginda yang menyatakan tentang musyawarah namun tiada yang menegaskan kewajipan
tersebut.
3) Rasulullah sering mengadakan syura agar ianya dijadikan tauladan bagi umat
sesudahnya. Perintah kepada baginda agar bermusyawarah bukan bererti baginda
memerlukan pendapat orang lain tetapi untuk menunjukkan adanya nilai kelebihan
4) Rasulullah juga pernah menyelesaikan masalah tanpa meminta pandangan para sahabat
seperti pengangkatan wali, ketua pasukan, dan mengirim utusan. Hal ini membuktikan
bahawa perintah musyawarah itu tidak membawa maksud wajib.
5) Surah Ali Imran 3:159 merupakan pujian Allah kepada orang-orang mukmin yang
sentiasa melakukan musyawarah namun ayat ini tidak mambawa erti wajib.

Daripada kedua-dua pendapat di atas, dapat kita simpulkan bahawa kedua-dua pendapat
tersebut mempunyai rujukan dan acuan yang sama dalam berhujah namun kedua-duanya
mempunyai perbezaan pendapat dalam menilainya.
Menurut al-Tabari dalam tafsirnya mengatakan bahawa, Allah menyuruh nabi
Muhammad S.A.W agar melakukan syura bukan disebabkan baginda memerlukan kepada
syura untuk membuat sesuatu keputusan. Hal ini demikian kerana baginda telah mempunyai
panduan dan wahyu yang diterima daripada Allah. Arahan tersebut sebenarnya bertujuan
untuk mendidik manusia agar mengikuti cara-cara yang baik dalam mengatasi pelbagai
persoalan dan masalah dengan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai panduan. Baginda
bermusyawarah dengan para sahabatnya sebagai suatu motivasi dalam mengemukakan
pandangan dalam perkara-perkara yang baik.
Berbeza dengan pandangan di atas, khitab kepada Rasulullah dalam bentuk amr yang
menunjukkan musyawarah suatu kewajipan atau suatu keharusan. Baginda sering
bermusyawarah dengan sahabat dan para sahabat juga bermusyawarah dalam kalangan
mereka untuk memutuskan suatu permasalahan. Al-Qurtubi mengatakan bahawa seorang
pemimpin yang tidak melakukan syura dengan para ilmuan atau ulamak, maka ia wajib
dipecat kerana syura adalah suatu himpunan pendapat untuk maslahat bersama.

PANDANGAN ULAMAK TERHADAP SEJAUH MANAKAH KEPUTUSAN


SYURA MENGIKAT.

Pendapat pertama: pemerintah tidak terikat dengan keputusan syura namun patut
berbincang dengan ahli-ahli syura.
Hujah-hujah mereka ialah:
1. Perintah agar Rasulullah S.A.W melakukan syura iaitu dalam ayat yang bermaksud dan
bermensyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu telah diikuti dengan ayat apabila

kamu telah berazam maka bertawakallah kepada Allah.. ayat ini jelas menunjukkan
bahawabaginda melaksanakan pendapat yang diazamkan selepas syura bukannya
pendapat yang diperolehi dari syura.Azam merupakan keinginan untuk dipenuhi dan
memperoleh hasil harus dikembalikan kepada baginda bukan orang yang memberikan
pendapat. Dalam erti kata lain, baginda tidak mengikuti keputusan syura jika tidak
bersetuju dengannya. Ini menjadi qarinah bahawa perintah meminta pendapat tersebut
hukumnya tidak wajib.
2. Dalam peperangan Badar, Rasullullah bermensyuarat dengan para sahabat tentang
masalah tawanan. Dalam hal ini, baginda tidak menerima pendapat para sahabat dan
berpengang dengan pendapat baginda sendiri. Walaupun kemudiannya ada ayat yang
turun menegur nabitetapi teguran itu bukan atas asas baginda tidak mengikut syura tetapi
atas asas pendapat mereka lebih baik.
3. Dalam perjanjian Hudaibiyah, baginda menandatangani perjanjiandengan orang-orang
Quraisy walaupun tidak dipersetujui para sahabat.
4. Dalam peristiwa memerangi orang murtad ketika itu, Abu Bakar sebagai khalifah tidak
mengikut pendapat majority dan tetap perangi orang-orang yang memisahkan kewajipan
solat dan zakat.
5. Abu Bakar tidak mengikut pendapat para sahabat dalam mengutuskan tentera di bawah
pimpinan Usamah.
6. Ketika pemerintahan Umar, beliau tidak mengikut pendapat majoriti sahabat dalam
masalah pembahagian harta tanah sawad ( tanah Iraq yang dirampas).
Walaupun golongan ini menyatakan pemerintah tidak terikat dengan keputusan ahli syura
tetap ini tidak bermakna pemimpin bebas melakukan apa-apa yang disukainya. Pemerintah
tetap terikat dengan hokum syarak yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah. Selain itu,
islam membenarkan pemecatan khalifah jika ianya tidak mendatangkan fitnah.
Said Hawwa mengatakan golongan yang menganggap keputusan syura sebagai nasihat
sahaja sebenarnya tidak melihat kesan-kesannya apabila syura tidak diikuti. Tiada
seorangpun pernah menyebut bahawa salah seorang dari khulafa al-rashidin mengabaikan

pendapat ahlul halli wal aqdi selepas melakukan syura. Sesungguhnya umat islam tidak akan
sempurna urusannya jika kuasa bertindak diberikan kepada seseorang sahaja secara mutlak.
Maka tidak harus keluar dari keputusan yang dicapai majoriti yang telah membuat
perbincangan dan mencapai kata sepakat dalam perbincangan itu.

Pendapat kedua: pemimpin terikat dengan keputusan syura.


Antara hujah-hujah yang menolak pendapat di atas ialah:
1. Masalah perjanjian damai Hudaibiyah tidak pernah menjadi subjek syura.sejak dari awal
lagi, Rasulullah bertindak mengikut wahyu. Saidina Umar bertanyakan baginda sebab
umat islam menerima pendamaian. Baginda menyatakan bahawa baginda tidak akan
menentang perintah Allah dan Allah tidak akan mensia-siakan baginda.
2. Abu Bakar menghantar tentera di bawah pimpinan Usamah kerana melaksanakan
keputusan yang dibuat Rasulallah.
3. Dalam peperangan Riddah, Abu Bakar yang mula-mula menyatakan pendapatnya
memerangi golongan murtad walaupun tidak diperetujui majority sahabat. Namun
setelah Abu Bakar berikan hujahnya dengan hais nabi, sahabat-sahabat termasuk Umar
menyetujuinya. Jadi Abu Bakar hanya melaksanakan haknya sebagai ketua iaitu
mengemukakan pendapat dan berhujah dalam perkara syura. Dari sudut lain,kita tidak
boleh katakana Abu Bakar menolak syura kerana ada nas iaitu hadis nabi.
4. Pembahagian tanah Iraq, jelas bahawa Saidina Umar mengikuti syura. Umar berpendapat
tidak perlu tanah itu dibahagikan dan ditentang para sahabat peringkat awal, namun
setelah mendengar hujah beliau para sahabat bersetuju.
5. Dalam ayat 159 surah Ali Imran menyuruh Rasulallah melakukan syura. Ia menunjukkan
pemerintah selepas baginda juga berkewajipan demekian. Malah pemimpin perlu
bermensyuarat dengan golongan bjaksana sebab dia tidak ada pilihan lain sepaerti
baginda yang mempunyai panduan wahyu. Jika kita berpendapat ayat itu hanya ditujukan
kapada Rasulallah maka pendapat itu sama dengan pandangan golongan murtad yang

enggan membayar zakat dengan berpendapat nas itu hanya ditujukan kepada baginda dan
setelah baginda wafat, nas itu terbatal.
Berdasarkan hujah-hujah di atas golongan ini menyatakan syura satu prinsip yang wajib
diamalkan dan keputusannya mengikat. Syura suatu azimah yang tidak boleh
ditinggalkan dan wajib memecat pemimpin yang tidak melaksanakannya. Menurut Imam
Muhammad Abduh keputusan majoriti kebiasaannya kurang terdedah kepada kesilapan.

Anda mungkin juga menyukai