Anda di halaman 1dari 4

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

pernah berkata,Bangsa yang mulia dan terhormat bukan sahaja bangsa yang
kaya dengan intelek tetapi kaya dengan sikap berbudi bahasa.Kata-kata ini
membuat saya terpanggil untuk merungkaikan melalui sebuah pidato yang
berpaksikan tajuk Budi Bahasa Amalan Mulia.
Terima kasih sejambak mawar seharum kasturi buat pimpinan majlis, barisan
kehakiman intelektual berkarisma, penjaga masa yang setia dengan
masanya, guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi.

Assalamualikum salam sejahtera dan salam satu Malaysia ,


Sidang saksi yang saya hormati,
Izinkan saya puteri Toh Sajak merungkaikan maksud pidato saya pada hari
ini.
Budi bahasa merujuk kepada tutur kata ,kelakuan , sopan santun dan
tatatertib . Dengan kata lain setiap gerak laku , tutur kata , tata cara hidup,
pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain,

mahupun pergaulan

masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa.


Sidang saksi yang saya muliakan
Sesunnguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya ,peradaban
dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ingatlah falsafah hdup
yang bertunjangkan nilai-nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan
yang harmoni di Malaysia

Meninjau dari skop yang lebih luas , amalan berbudi bahasa dapat
melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun dan memiliki tahap tatasusila
yang

tinggi.

Bagi

merealisasikannya

subjek

pendidikan

moral

dan

pendididkan Islam memainkan peranan penting dalam menerapkan nilai-nilai


murni kepada murid-murid seawal mereka di bangku persekolahan.Bak kata
perpatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Banyak implikasi akan timbul jika masalah budi bahasa tidak dihiraukan .
Gejala tidak menghormati orang tua akan membawa kepada kesan buruk
seperti wujud perasaan dendam,kasar,tidak segan silu melakukan perkaraperkara buruk,tutur bahasa yang kasar dan tidak sopan.Ini semua berlaku
akibat terpengaruh dengan pelbagai budaya yang tidak sihat,terikut-ikut
dengan budaya barat sehingga lupa kepada nilai-nilai murni dan adat resam
timur yang akhirnya

mempengaruhi imej,watak

dan penampilan diri

seseorang. Mengamalkan budaya bahasa yang baik dan nilai-nilai murni


mencerminkan seseorang itu memiliki budi pekerti tinggi.
Amalan berbudaya bahasa menzahirkan rasa hormat antara satu sama
lain,contohnya orang muda menghormati orang tua,anak menghormati ibu
bapa,murid menghormati guru.Dengan jelasnya kita dituntut menghormati
orang tua dan menyayangi orang muda.Firman Allah s.w.t: dalam surah AlHajh ayat 24 bermaksud,
Dan mereka diberi petunjuk (didunia) dengan mengucapkan kata-kata yang
baik serta diberi petunjuk ke jalan Allah yang maha terpuji.
Dewasa ini amalan budi bahasa dikalangan masyarakat kita semakin luntur
nilai-nilai

budaya

bahasanya.Ini

disebabkan

oleh

tuntutan

mengejar

kebendaan,pangkat hingga menafikan nilai-nilai murni.Dengan terhakisnya


nilai-nilai murni menyebabkan masyarakat luntur akhlaknya.Kita mestilah
berusaha untuk menaikkan kembali budaya Melayu dipersada dunia dengan
budi pekerti yang mulia. Budi bahasa perlu diterapkan dalam apa jua
keadaan agar budaya dan agama kita dinilai sebagai yang terbaik.
Sidang penonton penuh santun,

Bahasa melambangkan bangsa.Justeru ia perlu diterapkan dalam apa jua


keadaan dan masa agar bangsa dan agama kita dapat dinilai sebagai yang
terbaik.Kita hendaklah membudayakan budi bahasa samada ditempat
kerja,jalan raya,rumah dan masjid.Kita juga perlu sentiasa mempamerkan
imej diri yang positif dalam segala tindakan samada cara berfikir,melahirkan
perasaan,pertuturan dan perlakuan.Hanya dengan cara itulah kita dapat
membentuk satu budaya kerja yang mantap dan berkesan.
Jika suasana ini dapat diwujudkan,maka kemesraan akan wujud,saling
hormat-menghormati antara satu sama lain,tanpa memperkecilkan dan
meremehkan pandangan orang lain.

Tegak rumah kerana sendi,


Rosak sendi rumah binasa,
Tegak bangsa kerana budi,
Rosak budi runtuhlah bangsa.
Sidang saksi yang dihormati,
Kesimpulannya,untuk memastikan amalan berbudi bahasa ini subur dalam
setiap

masyarakat

pada

setiap

masa,

maka

semua

pihak

perlulah

memainkan peranan masing-masing.Setiap ibu bapa adalah model dan


sewajarnya menunjulkan sikap yang terbaik ketika berkomunikasi dengan
anak-anak.Ibu bapa perlu menyemai sikap berbudi bahasa yang cemerlang
samada percakapan atau perbuatan.
Media massa diharapkan dapat memainkan peranan penting ke arah
melahirkan generasi berbudi bahasa melalui penyebaran maklumat kepada
pengguna.Pemantauan hendaklah dilakukan dengan lebih berkesan dari
semasa ke semasa untuk memastikan budaya berbudi bahasa dapat dihayati
oleh masyarakat.

Marilah

sama-sama

kita

menerapkan

amalan

budi

bahasa

dalam

komunikasi,ucapan,pertuturan,panggilan,pergaulan dan perlakuan samada


dalam keluarga,masyarakat,mahu pun di tempat kerja.
Apa tanda Melayu jati
Adat dan syariat dipegang mati
Apa tanda Melayu beradat
Budi bahasa dipegang erat

Anda mungkin juga menyukai