Anda di halaman 1dari 2

PSV 3053

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

7.0 KESIMPULAN
Pendidikan Seni Visual menekankan kepada aspek perkembangan kognitif selaras dengan
emosi murid-murid untuk melahirkan atau mencetuskan idea kepada penciptaan baru atau
meluahkan ideaidea yang tersemat di dalam diri mereka dalam pelbagai bentuk demi
mempertingkatkan kemahiran pelajar.
Selain itu, murid-murid akan lebih menghargai diri sendiri dan alam sekitarnya
seterusnya menjadi inspirasi kepada mereka untuk menghasilkan karya yang bermutu dan
menarik. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual akan menjadi lebih menarik
sekiranya murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat dan bahan serta teknik
dalam setiap aktiviti penghasilan bagi setiap bidang kegiatan. Bidang-bidang kegiatan
sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang
kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan ,Membentuk dan Membuat Binaan
serta Mengenal Kraf Tradisional. Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu
pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi
seni visual serta menghargai nilai baik. Malah, pengajaran juga berlaku secara bersepadu.
Secara umumnya, seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan
dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual,
reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis
dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun
pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan
menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan
yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Karya seni visual
yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut sebagai bahan campuran
ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad
kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah
menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer.
Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni
visual. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad
ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan
ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan,
seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk
kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni
industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap,
multimedia dan animasi. Kesimpulanya, kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari
segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan,
31

PSV 3053
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi


perkara-perkara asas kepada bidang Pendidikan Seni Visual.

32

Anda mungkin juga menyukai