Anda di halaman 1dari 27

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif.

Pengenalan KBKK.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama
Prof.Jack Zevin (Queens College, New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK. Model
yang diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada empat kategori utama :
1. Pemikiran kritis.
keputusan.

2. Pemikiran kritis.

3. Penyelesaian masalah.

4. Membuat

Definasi berfikir.
Terdapat banyak definasi berfikir pernah dikeutarakan . Antaranya Beyer (1984), Fraenkel
(1980) dan Meyer (1977).
Berdasarkan kepada semua pendapat-pendapat ini, berfikir boleh dirumuskan sebagai :
Proses penggunaan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
meneroka pelbagai kemungkinan idea,
membuat keputusan atau menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi terhadap
proses pemikiran yang dialami.
Proses berfikir.
Apabila timbul sesuatu soalan dan saya mencari jawapannya, saya sedang mengalami proses
berfikir. Untuk mencari jawapan, saya
menggunakan segala aspek yang terdapat dalam minda iaitu :
- apa yang saya tahu
- menyoal sendiri

( pengetahuan )
( kemahiran kognitif )

- menilai baik buruknya ( sikap atau nilai )


Dengan demikian, proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan
sikap / nilai dalam minda individu.
Kelemahan dalam berfikir.

Tiada gambaran
Tidak tersususn
Tiada idea
sempit
terburu-buru

kecamuk
konflik
salah persepsi
kabur

Pemikiran kreatif.
Kategori ini memperluas dan mengembangkan daya imiginasi, inovasi dan kreativiti pelajar
untuk mendapatkan idea - idea baru,
banyak dan pelbagai.
Pemikiran kritis.
Kategori ini melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk
kefahaman yang jelas, kukuh dan
bermakna.

Umur dan keupayaan.


Dr. Edward de Bono mendapati guru - guru dan ibu-bapa sering beranggapan bahawa kanakkanak tidak mampu berfikir
mengenai pelbagai perkara yang berbeza. Bagaimanapun setelah peluang diberi, mereka
terperanjat dengan kebolehan
kanak - kanak berfikir dan kemampuan mereka di luar batasan umur.

Tingkahlaku berfikir.
Anda ingin melakukan sesuatu :a. Ingin lakukan cara lama atau baru ?
b. Ingin lakukan lebih baik dari dahulu ?
c. Berapa lama untuk melakukannya ?
d. Bilakah ia harus disiapkan ?
e. Adakah orang lain akan membantu untuk
melaksanakannya ?
f. Apakah akan terjadi selepas melakukannya ?
g. Apakah kebaikannya ?
h. Apakah keburukannya ?
i. Apakah manfaatnya ?
j. Adakah cara yang lebih mudah melakukannya ?

k. Apakah pilihan lain untuk tidak


melakukannya ?
l. Apakah kesan jika tidak
melakukannya ?
m. Apakah bahan dan alatannya ?
n. Adakah cara yang lebih cepat ?
o. Adakah cara yang lebih mudah ?
p. Adakah cara yang kurang kesilapan ?
q. Adakah cara kurang kekangan ?
r. Akah akan terjadi selepas
melakukannya ?
s. Apakah hasil yang akan terjadi ?

Sikap yang perlu ke arah mencapai Kemahiran Berfikir.


a. Setiap orang perlu berfikir setiap orang boleh berfikir.
b. Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan dibangunkan.
c. Anggap diri sendiri sebagai pemikir.
d. Yakinkan diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baik.
e. Berfikir memerlukan kemampuan yang deliberate.
f. Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudah.
g. Buat tindakan satu persatu.
h. Asingkan ego dari pemikiran . Pastikan objektif pemikiran dapat dicapai.
i. Kegunaan berfikir ialah bukan untuk betul pada setiap masa.
j. Selalu merendah diri rasa bongkak adalah tanda pemikir yang lemah.

Membentuk kemahiran berfikir.


Contoh untuk beberapa ikhtibar supaya kita boleh berubah:
a. Saya mahu sedikit gam untuk mencantumkan dua keping kayu.
Kita dibesarkan dengan pengalaman bahawa kayu dicantumkan dengan gam. Itulah cara
paling mudah, paling murah dan
paling kita sukai. Itulah cara yang ada yang kita ketahui. Atau itulah cara yang sering
tertanam dalam minda kita.

b. Saya mahu beberapa cara untuk mencantumkan dua keping kayu.


Kita boleh mengubah paradigma dan dogma dalam minda sendiri. Selalu tanamkan bahawa
setiap satu perkara yang
difikirkan mempunyai banyak pilihan lain untuk melakukannya. Ini melahirkan persepsi dan
kemahiran berfikir yang baru.
Contoh lain :
a. Saya mahu paku untuk menggantung gambar ini ke dinding.
b. Saya mahu beberapa cara untuk menggantung gambar ini ke dinding.

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (1).


1. Seronok ( cadangan 40% ).
- Imiginartif, gila-gila, spekulatif dan tidak diambil serius. Contoh : bagaimana kalau kita ada
4 tangan ?
2. Remote ( cadangan 30% ).
- Besar kemungkinannya benar, ada kebenaran. Contoh : bagaimana nak mengelakkan
kesesakan bandararaya ?
3. Persekitaran sedia ada ( cadangan 20% ).
- Relevan dengan umur, kumpulan dan persekitaran murid dan minat mereka. Contoh :
sahabat anda cuba mengelak
dari bertemu anda dan anda tidak tahu kenapa. Apakah yang patut anda lakukan ?
4. Berat ( cadangan 10% ).
- Hal - hal serius yang berkaitan dengan kita (kumpulan pelajar yang belajar KB) Umur,
minat dan situasi kita
mempengaruhi pilihan seperti keperluan , kesusahan kita. Contoh : patutkah remaja
merokok ?

Empat jenis latihan untuk Kemahiran Berfikir (2) .


Gabungkan 2 dari 4 jenis latihan Kemahiran Berfikir setiap kali latihan secara berpasangan
antara :
a. seronok.
b. remote.
c. persekitaran sedia ada.
d. berat.
Ini penting supaya ia membina Kemahiran Berfikir akibat dari tiada emosi, prejudis dan
gangguan pengalaman.

17 Prinsip-prinsip berfikir.
1. Konstruktif (jangan negatif).
2. Berfikir secara perlahan-lahan dan mudah.
3. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri.
4. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul.
5. Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai).
6. Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir.
7. Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.
8. Apakah penyelesaian dari berfikir.
9. Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).
10. Sentiasa dan berani mencari serta menggunakan alternatif, persepsi dan idea baru.
11. Mampu berundur dan maju semula.
12. Pihak yang membahas/mempertikai ada melahirkan idea penting ambil idea dan gunakan
idea-idea tersebut.
13. Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.
14. Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.
15. Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.
16. Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.
17. Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.
Berfikir secara perlahan - lahan dan mudah.
a. Manusia mampu berfikir walau sebanyak mana sekalipun kalau berfikir secara perlahanlahan dan tenang.
b. Elakkan ego, refleksi terhadap pendapat sendiri.
c. Ego seringkali mempengaruhi pendapat manusia.
d. Fikirkan semula objektif kita berfikir, tujuhala dan kesan dari pendapat kita sendiri.
e. Elakkan dogmatik walaupun anda pasti pendapat anda betul.
f. Walaupun pendapat kita betul, pendapat orang lain juga adalah baik dan patut diterima dan
dipakai.
g. Ada kemunginan kita tidak menerima pendapat betul orang lain kerana kita melihat dari
persepsi yang salah.
Berfikir secara meneroka (bukan membahas dan mempertikai).
a. Berfikir untuk memperoleh sesuatu yang baik, benar dan tepat.
b. Berfikir bukan untuk menyatakan cara kita betul.
c. Tidak perlu untuk membahaskan tentang pendapat orang lain.
Fikirkan titik fokus dan penyelesaian dari berfikir.
a. Kenalpasti apakah titik fokus kita berfikir dan apakah yang ingin dicapai dari berfikir tadi.
b. Tentukan satu titik fokus sahaja.
c. Elakkan terhanyut / tergelincir / terbias dari masa ke masa, dari fasal ke fasal, dari pendapat
ke pendapat.
Mampu tukar gear. Tahu bila perlu guna logik, guna kreativiti, guna maklumat.
a. Bijak berfikir adalah juga mahir dalam pelbagai jenis berfikir.
b. Tahu bila dan bagaimana perlu guna pelbagai teknik berfikir.

Apakah penyelesaian dari berfikir.


a. Boleh meramal hasil berfkir dan kesan dari berfikir tadi.
b. Mampu mengenalpasti mengapa rumusan / keputusan dari berfikir tadi boleh dijayakan.
Perasaan, emosi penting dalam berfikir (selepas penerokaan sahaja).
a. Perasaan dan emosi juga penting kerana banyak penyelesaian masalah juga melibatkan
pihak lain / manusia.
b. Gunakan perasaan dan emosi di masa yang sesuai.
c. Perasaan dan emosi digunakan di awal, ia akan mempengaruhi persepsi dan tindakan.
Sentiasa cari alternatif, persepsi dan idea baru.
a. Cari alternatif baru, penerokaan baru, persepsi baru, kemungkinan bertindak, pendelatan
yang berlainan dan pelbagai.
Mampu berundur dan maju semula.
a. Memikirkan semula senario sebenar secara terperinci.
b. Keluasan skop membantu menjana alternatif, berpindah dari idea ke idea, menghubung kait
idea.
c. Berundur menyusun semula langkah, memperbarui pendapat dan bertindak.
Pihak yang membahas / mempertikai ada melahirkan idea penting ambil idea dan
gunakan idea-idea tersebut.
a. Ambil semua idea. Ada kala idea yang baik bercampur dengan idea kurang baik.
b. Idea yang baik boleh diperbaiki dan digunakan.
c. Idea yang kurang baik boleh digabungkan dengan idea lain untuk menjadikan idea yang
lebih baik.
Logik cuma sebaik persepsi dan maklumat.
a. Pendapat / pilihan / tindakan ramai orang merupakan pendapat / pilihan / tindakan yang
terbaik baru & masih diketahui.
Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan lain yang sama baik tetapi belum diketahui.
a. Mungkin ada pendapat / pilihan / tindakan yang lebih baik dari persepsi lain pula.
b. Logik baru boleh muncul dari dogmatik lama.
Pandangan berbeza lahir dari persepsi yang berbeza.
a. Apabila ada pendapat betul, semua pendapat lain seringkali dianggap salah.
b. Persepsi lahir dari maklumat berbeza, pengalaman berbeza, cara pandangan berbeza.
c. Seseorang perlu peka pada pelbagai jenis persepsi yang berbeza.
Semua tindakan mempunyai kesan dan akibat.
a. Bukan semua hasil berfikir menghasilkan tindakan.
b. Berfikir juga boleh menghasilkan pelan tindakikut, penyelesaian masalah, mereka bentuk,
pilihan atau keputusan yang diikuti
dengan tindakan.
c. Tindakan mempunyai kesan dan akibat pada manusia, hidupan dan alam.
Setiap perkara mempunyai alternatif lain yang belum manusia lain terfikirkannya.
a. Perkara yang kita lakukan adalah berdasarkan kepada pengalaman lalu.
b. Masih ada cara lain untuk melakukan sesuatu yang belum kita ketahui, kita temui dan belum
terlintas dalam fikiran manusia.

Manusia mempunyai banyak peluang untuk kreatif dan mengeluarkan idea baru.
a. Manusia boleh berkreatif apabila diberi peluang.

Pemikiran biasa.
Teknik ini kita pelajari secara tidak disedari semasa menjalani proses kegidupan
seharian. Kecenderungan ini perlu
dikikis supaya dapat menghaslkan idea bermutu. Tujuh (7) ciri pemikiran biasa:
1. Pengulangan mempengaruhi minda.
2. Dikongkong oleh pengamatan mata.
3. Dikuasai niat dan kepentingan peribadi.
4. Pengalaman pertama memberi tanggapan untuk seterusnya.
5. Mengutamakan kepentingan.
6. Kuat dipengarui pengalaman peribadi.
7. Cepat bertanggapan ekstrim.

Kelemahan dalam berfikir.


Logik tradisional (pemikiran vertikal)
a. Silogisme
b. Silogisme bersyarat
c. Silogisme hipotetikal
Silogisme.
Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis dan satu kesimpulan.
Contoh :
Premis 1

Premis 2

a.

Pelajar yang rajin akan


berjaya

Halim seorang pelajar yang


rajin

b.

Orang alim memakai jubah


dan janggut

Pak Haji memakai jubah


dan janggut

Kesimpulan
Halim akan berjaya
Pak Haji adalah orang alim.

Silogisme bersyarat.
Silogisme ialah argumen yang mengandungi dua premis yang menjadi syarat dan satu
kesimpulan. Premis 1 menjadi syarat utama dan Premis 2 menjadi syarat kecil. Contoh :
Premis 1 (syarat utama)
a.

Kalau kamu masuk masuk


universiti,

Premis 2 (syarat kecil)


kamu akan berjaya.

Kesimpulan
Kamu sedang belajar di
universiti, maka kamu tentu
akan berjaya.

b.

Kalau Malaysia
menggunakan Bah.Inggeris,

Malaysia akan jadi negara


maju.

Malaysia sekarang tidak


menggunakan Bahasa Inggeris,
maka Malaysia tidak akan jadi
negara maju.

Contoh lain :
Bintang jelita pujaan kita, Siti Norhaliza menggunakan sabun krim pelembab muka jenama
Xiannasa. Anda juga akan mengunakan krim pelembab muka jenama Xiannasa, maka anda akan
jadi jelita seperti bintang pujaan anda.
Silogisme hipotetikal.
Silogisme hipotetikal ialah silogisme yang mempunyai proposisi hipotesis yang terdapat
anteseden dan konsekuen di dalamnya.
Contoh :
Proposi hipotesis

Proposi hipotesis

Kesimpulan

Bahagian 1

Bahagian 2

Konsekuen

a.

Kalau

menangis

air mata mesti keluar

b.

Kalau

mahal

Itu tanda barangan baik.

c.

Kalau

Pak Haji memakai jubah


dan janggut

hari akan hujan

d.

Kalau

bukan hidup

tentu ia mati

Contoh lain :
a. Kalau berjaya di sekolah rendah, tentu akan berjaya ke universiti.
b. Kalau mamalia ada paru-paru, tentu paus dan kelawar ada paru-paru.
c. Kalau gempa bumi ada di Indonesia, tentu gempa bumi ada di Malaysia.
Teknik analisis sifat (pemikiran kritikal).
Merombak struktur pemikiran yang sedang dan sering digunakan. Ini bertujuan untuk
menerbitkan idea baru.
Contoh : tongkat orang buta.
Bil

Sifat

Bagaimana kalau......

a.

Dibuat daripada aluminium

Dibuat daripada grafit ?

b.

Bentuk silinder panjang

Pipih / segiempat / leper ?

c.

Boleh dilipat

Boleh laras sorong masuk seperti arial radio / tripod


kamera ?

d.

Warna krom

Grafit / plastik jernih ?

e.

Krom sadur berkilat

Grafit jernih boleh dibubuh lampu dan berkelip-kelip /


pancar sinar ?

f.

Tiada asesori tambahan

Asesori bunyi signal menandakan halangan spt tembok,


longkang dll.

g.

Tiada asesori kecemasan

Asesori kecemasan seperti kecurian, sesat dll.

h.

Tali supaya tidak terlepas dari

Ada tali dan tambahan asesori bunyi peluit jika tercicir /

pegangan

kehilangan.

i.

Berat

Ringan dan boleh terapung di dalam air

j.

Ketinggian yang piawai

Mudah laras mengikut ketinggian pengguna.

Pemikiran kritis lahir dari kreatif dan pengalaman.


Bil

Kritis

Punca kreatif

a.

Arkitek maritim Amerika


mengkaji supaya pergerakan
kapal lebih laju semasa di laut

Arkitek dapat ilham dengan mengkaji pergerakan ikan


lumba

b.

Pereka fesyen YSL ingin menjual


lebih banyak pakaian

Mengubahsuai fesyen lama

c.

Mengurangkan serangan musuh


padi seperti tikus

Membiakkan musuh semulajadi tikus seperti burung


hantu

d.

Jurutera R&D ingin mencipta


bumbung yang boleh berubah
warna dan membalik/menyerap
haba mengikut cuaca yang
berubah-ubah

Mengkaji fenomena perubahan cicak kobeng

Pakar penternakan ingin


menghasilkan baka lembu yang
besar dan tahan penyakit

Mengahwinkan lembu dengan seladang.

e.

Proses asas berfikir.


1. Keluasan / tertentu.
2. Tumpuan (projection).
3. Mengarah ke arah penumpuan.
4. Pengecaman dan muat tepat.
5. Pergerakan dan alternatif.
Keluasan / tertentu , umum / terperinci.
Analoginya :
Bayangkan kita menemui seekor harimau yang baru wujud di dunia. Dari jauh kita nampak
bentuk sahaja yang jelas (keluasan / umum / tidak tepat / tidak khusus), semakin mendekat
baharulah kita dapat mengenali rupa sebenar haiwan itu berbulu halus, bertelinga kecil,
berbulu pendek di telinga, berkuku dll. (terperinci / tepat / khusus). Pemikir yang baik boleh
mengenali sesuatu perkara dari umum kepada tepat dan juga sebaliknya dari tepat kepada
umum.
Contoh 1
Bentuk umum - Tolong dapatkan saya minuman (Bagaimanakah anda dapat memenuhi
permintaannya dengan tepat?).
Bentuk terperinci - Tolong dapatkan saya minuman Milo panas tanpa ais.

Contoh lain :
a. Carikan beberapa cara untuk saya sangkutkan gambar hiasan ini ke dinding ruang tamu.
b. Tolong lukiskan saya sekeping gambar lukisan.
Tumpuan / membayangkan tampak.
Tumpuan memberi maksud membayangkan, berimiginasi, membayang tampak sesuatu dalam
minda. Ia sebahagian asas dari pemikiran kerana kita tidak dapat memastikan setiap satu yang
berlaku dalam kehidupan. Kita cuma ingin melihat apa akan berlaku dan menumpukannya dalam
minda kita. Tumpuan itu mungkin tidak benar tetapi kita mendapat sedikit petunjuk darinya.
Contoh :
a. Apa akan terjadi sekiranya semua pengangkutan disediakan percuma ?
b. Apa akan terjadi sekiranya kutub utara mencair menjadi air ?

Mengarah ke tumpuan.
Semua pertanyaan dan soalan adalah mengarah ke tumpuan. Bagaimanapun, arahan
juga mengarah ke tumpuan. Tumpuan selalunya terbentuk dari 3 cara :
1. Sebarang perkara yang menarik perhatian dan perasaan.
2. Tabiat perhatian yang dibentuk melalui pengalaman dan amalan.
3. Tarikan dari satu butiran ke satu butiran.
Contoh :
a. Tumpukan perhatian anda ke arah cara membuat reban ayam.
b. Tumpukan perhatian anda kepada perbandingan dua set mesin pencuci kain ini.
c. Fokuskan kepada penjajahan barat ke atas kerajaan timur dalam abad ke 19.
d. Fokuskan kepada kaedah-kaedah mengatasi masalah buta huruf di kalangan pelajar.

Pengecaman dan muat tepat.


Otak menyimpan pola dan corak yang dibentuk dari pengalaman. Pola kita memakai baju
membuat kita memakai baju secara otomatis tanpa berfikir bagaimana langkah-langkah untuk
memakai baju. Bagaimanapun sebab untuk berfikir ialah untuk menyediakan corak-corak berfikir
yang routine supaya kita dapat menjalani kehidupan melalui corak-corak berfikir yang wujud tadi.
Contoh :
a. Langkah-langkah untuk berpakaian ?
b. Langkah-langkah untuk menyeberang jalan raya ?
c. Langkah-langkah untuk makan nasi ?

Pergerakan dan alternatif.


Pergerakan bermaksud bagaimana untuk ke hadapan dari titik ini. Ia mungkin sekali provokasi, di
luar pengalaman dan menongkah arus ilmu semasa. Pergerakan termasuklah integrasi,
penggabungjalinan, penyerapan, penyatuan. Ia sering dilihat sebagai igauan, mimpi, lamunan.
Namun ia melahirkan alternatif.
Contoh :
a. Provokasi : kereta mempunyai tayar persegi empat.
b. Provokasi : apakah alternatif yang ada ?
d. Provokasi : apa berikutnya ?
Contoh pelajar pintar dan bijaksana.
Guru
: Kelas kita ada 10 orang murid. Empat orang sakit kepala, berapa orang yang akan
hadir ke kelas ?
Pintar

: Enam orang, cikgu.

Bijak

: Kalau ada murid yang sakit kepala datang jugak ke sekolah, cikgu ?

Kepintaran vs. Kebijaksanaan.


Analogi :
Pintar adalah kereta.
Bijaksana adalah pemandu.
Pemandu yang cekap tidak menyebabkan kereta kemalangan. Dia boleh melajukan kereta
setakat kemampuan kereta itu sahaja.
Alangkah baiknya kalau kereta itu memang kereta yang laju.
Pintar adalah kereta.
Bijaksana adalah pemandu.
Kereta yang laju boleh cepat sampai ke destinasi. Ia juga akan paling lewat sampai sekiranya
pemandunya tidak cekap. Ia mungkin kemalangan kerana ketidakcekapan pemandunya.
Kepintaran adalah berasaskan logik (ilmu). Ia menentukan kita boleh menjawab teka-teki dan
menjawab soalan peperiksaan. Ia boleh dipelajari. Kebijakasanaan boleh dipelajari dan dipupuk.
Ia membaiki persepsi kita. Manusia pintar mungkin tidak bijaksana. Orang bijaksana mungkin
tidak pintar.
Bagaimana orang pintar (IQ tinggi) bukan pemikir yang baik.
*(Secara mudahnya, ramai pelajar IQ tinggi mudah mengingat fakta serta berjaya dalam bidang
akademik)
1. Orang mempunyai IQ tinggi (cerdas / intelek) tidak semestinya pandai berfikir tetapi mereka
tidak pernah diajar berfikir.
2. Mengambil satu sudut pandangan mengikut ilmu yang dipelajari ; dan kemudian
mempertahankan pandangan tersebut

10

dengan menggunakan IQ / kepintaran / hujah mereka.


3. Suka mempertahankan hujah berdasarkan kepintaran (diperoleh dengan ilmu
pengetahuan) ; lalu mereka merasa tidak
perlu meneroka sesuatu perkara dengan lebih luas dan mendalam.
4. Berasa tidak kerlu mendengar pendapat lain yang bertentangan dengan ilmu (kepintaran)
mereka
5. Boleh jadi ego kerana ia suka pada yang betul (logik ilmu sahaja).
6. Suka mengkritik pandangan orang lain atau memberi pendapat mengenai pandangan
orang lain.
7. Dilatih untuk tidak melakukan kesilapan / menjauhi kesilapan. Akan diberi celaan / pangkah /
tiada markah untuk sebarang
kesalahan.
8. Tidak berminat memberi jawapan yang spekulatif. Berminat untuk jawapan betul atau salah
sahaja.
9. Takut membuat spekulasi kerana ada risiko untuk salah.
10. Takut membuat kesilapan.
Antara contoh Kemahiran berfikir.

Merancang

Membanding dan membeza

Menyampaikan maklumat

Mengecam corak / pola

Mendapat bukti

Membuat sistesis

Berimiginasi

Membuat induksi

Membuat konsentrasi

Menginterpretasi

Membuat keputusan

Membuat deduksi

Menjelaskan

Menerangkan

Mengumpul maklumat

Memberi sebab

Mempersembahkan maklumat

Memberi alasan

Menyenaraikan

Memberi akibat

Memberi idea baru

Membuat inferens

Mengaitkan

Menaakul

Mengenal pasti maklumat

Membuat generalisasi

Menyusun maklumat

Menyelesaikan masalah

Membahas

Memberi pandangan

Mengkategorikan

Menterjemahkan

Mengkelaskan

Menghuraikan

Mengenal pasti idea utama

Menilai

Mengecam falasi

Menganalisis

Memerhati yang ganjil

Membuat analogi

Bekerja ke belakang

Membuat hipotesis

Meramal

Mengkritik

Mengenal pasti andaian

Menjustifikasikan

Menghubungkait

Membuat kesimpulan

Mengenal pasti kecondongan

Merumus

Menyusun atur maklumat

CoRT 1

Membuat pemerhatian yang tepat

CoRT 4

Alat pengukuran KBKK.

11

1. Lembaran pengurusan lisan (LPL).


2. Soalan dan penyoalan (SP).
3. Mandala ingatan (MI).
4. Lembaran pengurusan grafik (LPG).
5. CoRT 1 (Cognitive Research Trust).
6. Peta Minda (PM).
Mandala Ingatan.
Contoh :
1. Apakah perasaan anda bila melihat kemalangan ini ?
2. Siapa yang sering terlibat dalam kemalangan ?
3. Siapa yang menemui kemalangan itu ?
4. Bila kemalangan kerap berlaku ?
5. Bila kemalangan itu terjadi ?
6. Di mana kemalangan selalu berlaku ?
7. Di mana luka / parah ?
8. Di mana pemandu / penumpangnya di bawa ?
9. Bagaimana urutan peristiwa kemalangan itu berlaku ?
10. Bagaimana kemalangan itu boleh berlaku ?
11. Bagaimana kemalangan tersebut boleh dielakkan ?
12. Kenapa pengguna jalan raya semain cuai terutamanya menjelang cuti penggal
persekolahan ?
13. Kenapa kemalangan itu terjadi ?
Strategi aktiviti.
Aktiviti KBKK

Kemahiran berfikir

Membanding dan membeza

Menaakul, menganalisis, mengenal pasti persamaan dan


perbezaan, membuat kesimpulan.

Dramatik dan emosi

Menganalisis, menilai, membuat kesimpulan

Rangka rujuk

Memikir secara kreatif, mencapah, menganalisis, menilai ,


membuat kesimpulan

Misteri / masalah

Menyelesaikan masalah, membuat kesimpulan

Kontrovesi / perbahasan /
pertikaian

Menganalisis, membezakan fakta dengan andaian.

KULIAH 4 DAN 5
Konsep berfikir.
Berfikir ialah satu proses mental yang terdiri daripada :
(a) Operasi kognitif :
Kemahiran berfikir yang biasa dilakukan.
Contoh : Membanding dan membezakan
(b) Operasi meta - kognitif :
Memikir tentang fikiran.
Contoh : Semasa membanding dan membezakan, kita memikir tentang jenis kemahiran
berfikir yang digunakan.

12

Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kritis.


1. Apakah persamaan dan perbezaan di antara ... dengan ..?
2. Bagaimanakah kita boleh mengelas-kan / mengkategorikan ?
3. Apakah idea-idea utama dalam .?
4. Bagaimanakah anda tahu ..?
5. Mengapakah anda memilih ?
6. Apakah bukti untuk menyokong kesimpulan anda ?
7. Mengapakah . berlaku ?
8. Apakah interpretasi yang boleh dibuat mengenai ..?
Contoh soalan-soalan untuk pemikiran kreatif.
1. Sekiranya ..(syarat) ini diubah, apakah akan terjadi ?
2. Apakah ramalan / rumusan / kesimpulan yang boleh dibuat mengenai ...
?
3. Apakah idea / pilihan / dsb yang lain / baru untuk ....?
4. Apakah perhubungan / perkaitan di antara dengan ..?
5. Apakah pola / corak yang dapat dilihat mengenai ?
6. Apakah pendapat anda tentang .?
7. Apakah generalisasi / hipotesis yang boleh dibuat berdasarkan kepada
. ?
Contoh soalan-soalan untuk membuat keputusan.
1. Apakah pilihan-pilihan / alternatif yang mungkin ..?
2. Apakah akibat sesuatu pilihan .?
3. Apakah kriteria-kriteria untuk membuat keputusan untuk ..?
4. Pilihan yang manakah yang terbaik berdasarkan kepada kriteria ...?
Contoh soalan-soalan untuk menyelesaikan masalah.
1. Apakah sebenarnya yang menyebabkan (masalah) ...itu berlaku ?
2. Apakah cara-cara yang mungkin untuk menyelesaikan (masalah) itu ?
3. Cara penyelesaian manakah yang terbaik untuk menyelesaikan (masalah) ...itu.
Mengapa ?
4. Apakah kesan-kesan bagi setiap cara penyelesaian yang telah dilaksanakan ?
5. Apakah andaian kesan yang terjadi jika mana-mana satu cara penyelesaian itu dilaksanakan
?

Soalan dan penyoalan.


Contoh :
Sudin pukul kucing.
Shaari bermain dengan kucing.
Cuba bandingkan.
Soalan dan penyoalan kurang mencabar minda.
1. Sudin pukul apa ?
2. Shaari bermain dengan siapa ?
3. Apakah haiwan itu ?
Soalan dan penyoalan merangsang minda.

13

1. Apa berlaku bila kucing kena pukul ? (Kemahiran meramal).


2. Bandingkan watak Sudin dengan Shaari (Kemahiran membanding).
3. Kenapa Sudin memukul kucing ? (Kemahiran memberi sebab).

Lingkaran soalan.
Lingkaran soalan ialah bentuk soalan yang memberi tumpuan kepada skop skop
tertentu.
Perkara (P) merujuk kepada idea, isu, tajuk, tema, peristiwa atau teks.
Individu (I) merujuk kepada individu yang terlibat.
Luar individu (LI) merujuk kepada masyarakat, kawasan, daerah, negeri, negara dan luar
negara.
Contoh Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).
P - Namakan lima jenis buah-buahan tempatan tanpa musim.
I - Pada pendapat anda, buah- buah apakah yang mempunyai potensi untuk diekspot secara
besar - besaran ?
LI - Apakah buah-buahan tempatan yang menjadi kegemaran orang-orang Jepun ? Apakah
peluang terhadap industri buahbuahan di Malaysia ?
Gabungan Lingkaran soalan PILI (Perkara, individu, luar individu).
Lingkaran soalan dapat digabungkan menjadi soalan-soalan yang dapat meningkatkan soalan
berfikir.
1 = Perkara.
2 = Individu.
3 = Luar individu.
4 = Perkara + individu.
5 = Individu + luar individu.
6 = Perkara + luar individu.
7 = Perkara + individu + luar individu.
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I (Perkara + individu).
Pada pendapat anda (I) , bagaimanakah industri buah-buahan tempatan (P) dapat dimajukan ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan I+LI (Individu dan luar individu).
Pada pendapat anda (I) , mengapakah kerajaan Malaysia tidak menggalakkan rakyatnya membeli
durian dari Negara Thai (LI) ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+LI (Perkara + luar individu).
Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan (P) dengan buah-buahan dari luar negara
(LI) ?
Contoh gabungan Lingkaran soalan P+I+LI (Perkara + individu + luar individu).
Buah-buahan tempatan lebih lazat dan berkhasiat (P) berbanding buah-buahan negara bukan
tropika (LI) . Adakah anda (I) bersetuju
dengan pendapat ini ? Beri alasan anda.

14

Penyelesaian masalah.
Kategori ini melibatkan satu proses yang kompleks, terdiri daripada langkah-langkah
berikut yang mungkin
berulang - alik :
1. mengenalpasti / mentafsir masalah.
2. mencari cara-cara penyelesaian.
3. memilih cara penyelesaian yang terbaik.
4. melaksana cara penyelesaian yang terpilih.
5. memeriksa kesan penyelesaian.

Membuat keputusan.
Kategori ini melibatkan proses yang agak rumit dan terdiri daripada langkah-langkah
berikut :
1. Menjana pilihan-pilihan.
Melibatkan kemahiran berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pilihan - pilihan alternatif.
2. Menentukan akibat sesuatu pilihan.
Melibatkan kemahiran menentukan akibat sebagai satu pilihan.
3. Memilih pilihan terbaik berdasarkan kepada kriteria.
Melibatkan kemahiran menetukan kriteria, keutamaan kriteria, menilai pilihan-pilihan dan
membuat pilihan terbaik.

KULIAH 6 DAN 7
Peta Minda.
Kegunaan :
1. Mengambil nota.
2. Simpanan nota ringkas.
3. Memanggil maklumat.
4. Mengembangkan isi.
5. Menyelesaikan masalah.
Peta Minda (Mind Mapping)
Peta Minda disesuaikan / mempunyai perkaitan rapat dari bentuk saraf otak manusia. Kebetulan
ia juga boleh dikaitkan dengan

15

bentuk dan kekukuhan akar tumbuhan.


Peta Minda digunakan bagi menjana idea dalam operasi pemikiran kreatif. Ia boleh digunakan
mengikut kesesuaian. Guru dan pelajar
boleh membuat Peta Minda mengikut aktiviti yang dijalankan.
Peta Minda yang dihasilkan adalah penting mengikut kefahaman pembuatnya sendiri kerana ia
dibuat berdasarkan kefahaman, cara
mengingat dan cara mengolah yang amat tersendiri dan bersifat individu.
Antara bentuk Peta Minda adalah :
1. Pengkelasan

(PM1)

2. Rantai urutan

(PM2)

3. Kitaran
4. Kitaran (berpusat)

(PM3)
(PM4)

5. Tangga hiraki

(PM5)

6. Pohon fikiran

(PM6)

7. Pengkelasan (berpusat) (PM7)

Panduan membuat Peta Minda (1).


Bahan :
1. Pen / pensel berwarna.
2. Kertas kosong (warna putih adalah dicadangkan), saiz sesuai (saiz kertas lukisan adalah
dianggap baik).
Persediaan :
a. Kenalpasti konsep / idea utama.
b. Bina dengan pantas.
c. Bina dengan riang dan positif.
d. Penggunaan muzik lembut mempercepat tercetusnya idea tambahan.
e. Dalam keadaan selesa & tenang.
f. Bina yang unik. Cuba rangsang kreativiti sendiri.
Panduan membuat Peta Minda (2)
Langkah-langkah dalam membina Peta Minda :
1. Tulis tajuk utama di tengah-tengah kertas.
2. Kurungkan tajuk utama dengan menggunakan bentuk, simbol atau gambar yang sesuai.
3. Bentuk cabang-cabang kasar dari tajuk utama satu cabang untuk satu isi utama.
4. Tulis dengan huruf besar kata kunci atas tiap cabang.
5. Lakar cabang-cabang kecil yang halus sedikit dari cabang utama. Tuliskan maklumat
tambahan.
6. Gunakan gambar, lambang atau simbol untuk menjelaskan butiran.
7. Lakarkan lagi cabang-cabang yang lebih kecil dan halus sedikit dari cabang tambahan.
Tuliskan maklumat tambahan.

16

Strategi membuat Peta Minda.


Strategi-strategi untuk menjadikan Peta Minda lebih bermakna dalam ingatan :
1. Saiz semakin mengecil dari isi utama ke semua isi tambahan berikutnya.
2. Cabang semakin mengecil dari cabang utama ke semua cabang-cabang tambahan
berikutnya.
3. Gunakan lambang yang sesuai dengan diri, minat, persekitaran dan sejarah kita.
4. Gunakan anak panah / warna untuk menunjukkan perkaitan antara isi-isi atau cabangcabang.
5. Gunakan nombor jika perlu untuk menentukan keutamaan.
Lembaran Pengurusan Lisan.
Lembaran Pengurusan Lisan boleh digunakan sebagai panduan menjalankan kemahiran berfikir
mengikut kemahiran-kemahiran yang
tertentu.
Contoh :
Kemahiran menyelesaikan masalah.
a. Apakah masalahnya ?
b. Apakah masalah utama dan masalah sampingan ?
c. Bagaimana cara meneyelesaikan masalah utama dan masalah sampingan ?
d. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ?
e. Apakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 1) : Mengkelas.


1. Kenal pasti ciri-ciri umum sekumpulan item.
2. Beri nama kepada kumpulan item itu.
3. Kenal pasti ciri - ciri lain.
4. Masukkan ciri - ciri yang sama ke dalam kumpulan yang lebih kecil.
5. Ulangi langkah - langkah di atas sehingga semua item dapat dikumpulkan dalam satu
kumpulan.
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 2) : Membanding.
1. Perhatikan item yang dibandingkan.
2. Kenal pasti satu daripada ciri-ciri itu.
3. Tentukan sama ada item lain mempunyai ciri yang sama.
4. Nyatakan ciri-ciri yang sama dan berbeza.
5. Membuat kesimpulan.
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 3) : Membuat urutan.
1. Tentukan jenis susunan untuk digunakan sama ada mengikut nilai, abjad, saiz, corak atau
masa.
2. Ambil satu item sebagai asas.
3. Ambil item yang lain dan susunkan secara menaik atau menurun berdasarkan jenis susunan
yang ditentukan.
4. Semak semula susunan tersebut.

17

Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 4) : Menyusun mengikut keutamaan.


1. Tentukan matlamat.
2. Ambil satu item sebagai asas.
3. Ambil item yang lain dan bandingkan dengan item asas sama ada lebih dekat dengan
matlamat.
4. Jika lebih dekat dengan matlamat, letakkan di atas sebagai item asas. Jika tidak letakkan di
bawah.
5. Ulangi langkah-langkah di atas bagi item yang lain satu demi satu.
6. Membuat kesimpulan.
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 5) : Mentafsir maklumat.
1. Kumpulkan maklumat
2. Tentukan pola maklumat
3. Buat keputusan
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 6) : Meramal.
1. Perhatikan atau kumpulkan maklumat.
2. Tentukan corak atau pola yang terdapat dalam kumpulan maklumat.
3. Buat jangkaan yang paling sesuai.
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 7) : Menerangkan sebab.
1. Apakah kemungkinan sesuatu kejadian itu berlaku ?
2. Apakah bukti-bukti yang kemungkinan itu berlaku ?
3. Nyatakan perincian bukti yang dikenalpasti.
4. Bukti yang manakah paling nyata (jika ada).
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 8) : Mengusul periksa andaian.
1. Perhatikan sesuatu situasi.
2. Nyatakan mengapa situasi sedekian terjadi.
3. Berikan satu jawapan yang rasional sebagai andaian.
4. Semak semula sama ada andaian tersebut boleh diuji atau tidak.
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 9) : Membuat inferens.
1. Perhatikan sesuatu situasi.
2. Nyatakan sebab situasi sedemikian terjadi.
3. Semak alasan sama ada berasaskan pendapat atau pertimbangan.
4. Cari alasan lain.
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 10) : Menjana idea.
1. Tetapkan tajuk perbincangan.
2. Senaraikan semua idea yang dikemukakan.
3. Renung kembali idea yang dikemukakan.
4. Tambah lagi idea jika ada.
5. Hubungkait idea yang telah disambungkan.
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 11) : Membuat gambaran mental
1. Bayangkan matlamat tertentu.
2. Pilih atau tetapkan titik permulaan secara mental.

18

3. Bayangkan langkah semi langkah yang berlaku ke arah matlamat.


4. Lihat keseluruhan gambaran.
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 12) : Membuat analogi.
1. Bandingkan dua item / perkara yang tidak sama.
2. Cari sifat-sifat yang sama yang boleh dihubungkaitkan.
3. Nyakan hubungkait sebagai metafora.
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 13) : Penyelesaian masalah.
1. Apakah masalahnya ?
2. Apakah masalah utama dan apakah masalah sampingan ?
3. Bagaimana cara untuk mengatasi masalah ?
-

Masalah utama.

Maslah sampingan.

4. Apakah cara penyelesaian yang terbaik ?


5. Adakah cara penyelesaian itu berkesan selepas dilaksanakan ?
Lembaran Pengurusan Lisan (LPL 14) : Membuat keputusan.
1. Kenalpasti alternatif-alternatif yang boleh diambil bagi membuat keputusan.
2. Apakah kesan/akibat dijangka timbul apabila alternatif dilaksanakan, sama ada baik atau
buruk.
3. Nyatakan pilihan yang terbaik.
4. Apakah kriteria utama pilihan tersebut dibuat ?
5. Apakah keputusan terbaik bagi memenuhi matlamat.

Lembaran pengurusan grafik (LPG).


Lembaran Pengurusan Grafik digunakan untuk mengumpul, menyenarai dan
menganalisis fakta dan data untuk membantu menghurai masalah / situasi /
kandungan. Antara LPGnya adalah :
1. Membanding dan membeza.
2. Mengkelaskan.
3. Membuat urutan.
4. Menyusun mengikut keutamaan.
5. Membuat ramalan.
6. Menerangkan sebab.
7. Mengusul periksa andaian.
8. Membuat inferens.
9. Mentafsir maklumat.
10. Membuat gambaran mental.
11. Membuat analogi.
12. Membuat keputusan.

CoRT (Cognitive Research Trust).

19

Terdapat enam program CoRT (Cognitive Research Trust) yang telah dicipta oleh Dr.
Edward de Bono. CoRT
direkacipta supaya mudah dan praktikal. Terbahagi kepada 6 bahagian yang setiap
satu mempunyai 10 pelajaran :
CoRT 1 Keluasan (memperluaskan persepsi).
CoRT 2 - Organisasi.
CoRT 3 - Interaksi.
CoRT 4 Kreativiti (memperluas pemikiran lateral dan kreatif).
CoRT 5 Maklumat dan rasa.
CoRT 6 Tindakan.
Pembahagian CoRT.
CoRT 1 terbahagi kepada 3 bahagian :
1. logik dan persepsi
- CAF
- APC
2. nilai
- OPV
- C&S
- PMI
3. fokus dan punca
- AGO
- FIP

CoRT 1 (Cognitive Research Trust).


Mengandungi alat persepsi untuk membawa ke arah pengamatan. Setiap alat CoRT1 diberi nama
berasaskan singkatan frasa. Ia
mempunyai kegunaan untuk untuk melahirkan persepsi dan mudah dipelajari / digunakan.
1. Plus, Minus, Interesting (Baik, tidak baik, menarik).
2. Consider all factors (Mengambil kira semua faktor).
3. Consequences and sequel (Meramalkan sebab dan akibat).
4. Aims, Goals and Objectives (Tujuan, matlamat dan objektif).
5. First, Important Priorities (Memberikan keutamaan kepada yang terpenting).
6. Other Peoples View (Pandangan orang lain).
7. Alternatives, Possiblities and Choices (Pelbagai pilihan, kemungkinan).

CoRT 1 & kognitif.


Fokus : akademik.
CoRT1

Kegunaan

PMI

Untuk menangani idea dari segi kelebihan,


kekurangan dan keistimewaan

Contoh kognitif
Membantu ibu di rumah. Bincangkan

20

CAF

Mengambil kira semua faktor yang terlibat

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan


pekerja asing datang ke Malaysia ?

C&S

Meramalkan kesan dan akibat yang


berturutan

Apakah kesan yang timbul jika siaran


televisyen 24 jam dilaksanakan ?

AGO

Tujuan, matlamat dan objektif

Apakah tujuan dan matlamat maharaja


Hirohito menjadikan sebuah negara moden
?

FIP

Memberi keutamaan kepada yang


terpenting

Apakah perkara yang perlu diberi


keutamaan oleh Raja Mongkut dalam
pemodenan kerajaan Siam ?

OPV

Mendapatkan pandangan orang lain

Pak Sako dilabel sebagai penghasut rakyat


oleh Kerajaan British di Malaya. Apakah
pandangan anda ?

APS

Pilihan-pilihan dan kemungkinan

Senaraikan kemungkinan kekangan dalam


pembinaan industri otomobil di Malaysia
dan pilihan-pilihan yang ada dalam
mengatasi kekangan kekangan itu

CoRT 1 & meta kognitif.


Fokus : Penyelesaian masalah kendiri.
CoRT1
PMI

Kegunaan
Untuk menangani idea dari segi kelebihan,
kekurangan dan keistimewaan

Contoh kognitif
Pilih lembaran pengurusan grafik yang
sesuai untuk melihat masalah itu dari
pelbagai perspektif.

CAF

Mengambil kira semua faktor yang terlibat

Apakah faktor-faktor yang menyebabkan


kita tidak bermotivasi untuk mencapai
kecemerlangan akademik ?

C&S

Meramalkan kesan dan akibat yang


berturutan

Apakah kesan yang timbul jika saya


memilih untuk menghafal berbanding
dengan memahamkan fakta- fakta penting
dalam tajuk hakisan dan luluhawa ?

AGO

Tujuan, matlamat dan objektif

Apakah objektif saya semasa belajar


teknik-teknik belajar yang betul ?

FIP

Memberi keutamaan kepada yang


terpenting

Apakah perkara yang perlu diberi


keutamaan dalam menyelesaikan
kekangan masa belajar di rumah ?

OPV

Mendapatkan pandangan orang lain

Apakah pendapat anda cara penyelesaian


masalah saya ini berkesan selepas
dilaksanakan ?

APS

Pilihan-pilihan dan kemungkinan

Apakah pilihan yang ada untuk saya


membaiki kelemahan saya dalam pelajaran
?

CoRT 1 & meta kognitif.


Fokus : Persekitaran.
CoRT1

Kegunaan

PMI

Untuk menangani idea dari segi kelebihan,


kekurangan dan keistimewaan Malaysia
melaksana program gunasama basikal

Contoh kognitif
Malaysia melaksana program gunasama
basikal secara percuma dan dimiliki
kerajaan. Anda mengguna basikal dan

21

secara percuma dan dimiliki kerajaan.

meninggalkannya untuk digunakan oleh


orang lain pula.

CAF

Mengambil kira semua faktor yang terlibat

Keluarga anda meilih satu tempat untuk


berkelah. Apakah faktor-faktor yang perlu
diambil kira untuk pergi ke percutian
tersebut ?

C&S

Meramalkan kesan dan akibat yang


berturutan

Beberapa negara menggunakan tol untuk


lebuhraya. Apakah alternatif lain kepada
pengguna untuk menjelaskan bayaran
selain dari tol yang digunakan ?

AGO

Tujuan, matlamat dan objektif

Apakah objektif saya semasa belajar


teknik-teknik belajar yang betul ?

FIP

Memberi keutamaan kepada yang


terpenting

Apakah perkara yang perlu diberi


keutamaan dalam menyelesaikan
kekangan masa belajar di rumah ?

OPV

Mendapatkan pandangan orang lain

Apakah pendapat anda cara penyelesaian


masalah saya ini berkesan selepas
dilaksanakan ?

APS

Pilihan-pilihan dan kemungkinan

Apakah pilihan yang ada untuk saya


membaiki kelemahan saya dalam pelajaran
?

Penggunaan CoRT1 dalam proses P&P.


OPV.
Contoh penggunaan OPV dalam proses P&P.
Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan
Kaedah

: Lakonan

Isu
: Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di
dalam laut. Ibu dugong itu
tidak ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati
kerana tidak tahu mencari
makan sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan
diberi nama Si Tenang.
Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang
negara.
Pelakon
: Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan,
pelancong, penduduk
kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan
: Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan
pendapat orang lain.

PMI.

22

Contoh penggunaan PMI dalam proses P&P.


Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains Sosial /
SRT
Kaedah

: Sumbangsaran

Isu
: Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya yang terkenal dengan
sampah-sarapnya. Ramai
penduduk, kakitangan wam dan terutamanya penduduk kawasan setinggan
membuang sampah ke dalam sungai.
Panduan
: Murid / pelajar akan membincangkannya dalam kumpulan masing-masing.
Mereka mencari ikhtiar bagaimana
untuk menangani isu ini. Satu kaedah yang ditemui akan disumbangsarankan .
Cari perkara baik, buruk dan
menarik daripada kaedah yang dipilih tadi.

CAF
Contoh penggunaan CAF dalam proses P&P.
Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Sains
Kaedah

: Permainan kecil

Isu
: Sebuah kemalangan telah berlaku. Saksi tunggal dalam kemalangan itu adalah
seorang muda yang cuma tahu
menggunakan dua perkataan iaitu ya dan tidak . Maklumat lanjut terpaksa
dicari sendiri oleh murid /
pelajar lain. Murid / pelajar lain perlulah bertanya dan menyiasat daripada saksi
tadi.
Panduan
: Seorang murid / pelajar (juga dibantu oleh guru) akan mencatat semua
pertanyaan yang diajukan.
Semua soalan berkaitan dengan faktor-faktor kemalangan yang diterbitkan oleh
setiap murid / pelajar yang
bertanya tadi adalah faktor-faktor
di seluruh negara. Soalan -

penting dalam mana-mana kemalangan lain

soalan yang dikumpulkan dan dicatatkan ini akan dibentangkan semula kepada
murid / pelajar selepas
permainan ini selesai.

APC.
Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.
Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Geografi / Kajian Tempatan / Kemahiran
Hidup
Kaedah

: Lakonan

Isu
: Pak Mat telah menemui seekor anak dugong yang baru dilahirkan dan sesat di
dalam laut. Ibu dugong itu tidak

23

ditemui. Oleh kerana belas kasihan dan bimbing anak dugong itu akan mati
kerana tidak tahu mencari makan
sendiri dan serangan pemangsa lain di laut, Pak Mat memeliharanya dan diberi
nama Si Tenang.
Bagaimanapun Pak Mat terpaksa melepaskannya ke laut kerana undang - undang
negara.
Pelakon
: Pak Mat, isteri Pak Mat, pegawai daerah, pegawai perhililitan, pegawai perikanan,
pelancong, penduduk
kampung, jurukamera, wartawan, dll.
Panduan
: Apabila murid / pelajar melakonkan, dialog-dialog yang diucapkan merupakan
pendapat orang lain.

FIP.
Contoh penggunaan FIP dalam proses P&P.
Matapelajaran : Ekonomi Rumah Tangga / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Kaedah

: Amali / simulasi

Isu
: Sebuah keluarga ingin memasak sejenis makanan yang tidak pernah mereka
masak sendiri. Mereka
ingin mencuba memasaknya sendiri. Mereka menggunakan resepi yang ada
dalam simpanan mereka sebagai
rujukan bagi menyediakan makanan tersebut.
Bahan

: buku masakan / resepi masakan

Panduan
: FIP disebatikan dalam pengajaran mengikut kesesuaian kaedah dan kebolehan
murid / pelajar - pelajar.

APC.
Contoh penggunaan APC dalam proses P&P.
Matapelajaran : Geografi / Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Kajian Tempatan
Kaedah

: Mencari maklumat / inkuiri penemuan / kemahiran belajar

Isu
: Malaysia yang terlalu maju dalam perindustrian tidak mencukupi sumber tenaga.
Bagi mendapatkan sumber
tenaga yang mampu menggerakkan industri dan tanggung jawab sosialnya,
kerajaan terpaksa mencari dan
mendapatkan sumber tenaga bagi tujuan tersebut.
Pendekatan
: Penggunaan perpustakaan, bahan buku rujukan dan bukan buku, borang
Lembaran Pengurusan Grafik dll.
Kaedah
: Murid - murid dan pelajar diberi peluang untuk mencari maklumat dari
perpustakaan, menggunakan
kemahiran penggunaan perpustakaan, kemahiran mencari dan mengendali
maklumat, kemahiran belajar ;
juga inkuiri penemuan .

24

C&S.
Contoh penggunaan C&S dalam proses P&P.
Matapelajaran : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris
Kaedah

: Konsentrasi

Bahan

: Radio perakam, pita rakaman (muzik lembut, instrumental)

Isu

: Suatu kebakaran telah berlaku. Banyak insiden / episod dapat diperhatikan.

Pendekatan
: Murid-murid / pelajar akan melalui proses konsentrasi, membuat catatan atau
pelbagai pendekatan lain yang
difikirkan lebih sesuai.

Senerio hari ini.


.perlu segera habis sukatan.
peperiksaan lebih penting.
.. .semua pihak bertanya tentang kejayaan dalam peperiksaan.
....pelajar terpaksa disuapkan ( diberikan ) sebanyak mungkin maklumat.
.pelajar kurang persediaan.
.cukuplah sekadar yang ada.
.terlalu banyak kekangan / masalah.
.......malas nak berfikir bagaimana nak rancang KBKK.
Ke mana tuju hala kita ?
Sebilangan orang belajar seumur hidupnya dan bila mereka meninggal mereka telah belajar
semua perkara kecuali untuk
memikir
- Domerque Pemikiran tidak boleh mengganti-kan maklumat (ilmu), dan maklu-mat tidak boleh
menggantikan pemikiran. Kedua - duanya
diperlukan untuk perkembangan intelek.
- Edward de Bono Mengapa kemahiran berfikir ?
..mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, jasmani, .
- Falsafah Pendidikan Negara ..mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis
dan kreatif .
- Objektif KBSM ..untuk mencapai hasrat Wawasan ..
- Wawasan 2020 -

25

Prinsip mengajar berintegrasikan KBKK Merentasi Kurikulum.


1. Gunakan pendekatan yang mudah dan menarik
2. Gunakan pelabagai kaedah. Ini termasuk :
- permainan,
- simulasi
- lakonan
- mimik
- monolog
- dialog
- nyanyian.
Apakah strategi dan kesepaduan Penyebatian KBKK dalam P&P ?
1. Pendekatan bersepadu penggunaan *Menu PSS
2. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM)
3. Aktiviti seronok & menarik
4. Kaedah yang mengembangkan intelek
5. Persediaan murid dan guru
Apakah peranan KBKK dalam P&P ?
1. Mengembangkan isi pelajaran
2. Merangsang aktiviti guru dan murid
Bahan Bantu Mengajar yang baik untuk KBKK.
- mudah dibina, mudah diguna, mudah disimpan, mudah alih.
- maklumatnya jelas
- kesepaduan BBM dan alat KBKK
- menjurus kepada objektif pengajaran dan pembelajaran
- murah, tahan dan menarik
- selamat BBM, selamat pengguna

Kemahiran berfikir dan perpustakaan.


Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dibantu dengan penggunaan
perpustakaan untuk:
- menentukan maklumat, skop, jenis dan sumber
- mencari maklumat
- menggunakan maklumat, kemahiran dan teknik belajar, kaedah, teknologi
- mencatat maklumat
- melapor maklumat, berkomunikasi
- menilai stategi, kemahiran, pengalaman dan kepuasan.
Stail mengajar dengan integrasi KBKK.
1. Patut dilakukan :

26

- Mudah dan seronok


- Jelas dengan apa yang sedang dilakukan
2. Elakkan :
- Kekaburan
- Menggunakan masa latihan yang terlalu panjang
- Kaitan dengan fokus yang sedang dibuat
3. Galakkan :
- Beralih ke Kem. Berfikir yang lain walaupun yang sedang dijalankan itu menarik dan
memberangsangkan
- Bebas, fikiran dibuka dan terbuka
4. Disiplin :
- Masa tepat dan cepat
- Fokus tajuk sahaja supaya tidak terbias.
Contoh kaedah permainan (Permainan Berfikir 10 Minit).
Dua orang pemain A dan B.
A : Kucing.
B : Keluarga kucing di dalam hutan.
A : Keluarga kucing di dalam hutan adalah harimau. Harimau semakin pupus. Bagaimana untuk
mengekalkan spesis ini ?
B : Harimau diburu oleh pemburu. Bagaimana kalau memburu harimau diharamkan. Taman
Rimba Rimau diwujudkan.
A : Menariknya, tiada lagi pembunuhan harimau. Buruknya, harimau dari Taman Rimba Rimau
mungkin mengancam manusia
dan ternakan. Menariknya, pastikah semua harimau tidak akan keluar dari Taman Rimba
Rimau ?
B : Terdapat harimau dari Taman Rimba Rimau membunuh manusia.
A : Kalau ingin tambahan populasi harimau, kita perlu menternak harimau dan kemudian
melepaskannya ke dalam hutan.
B : Menariknya, kita boleh menternak harimau yang bermutu sahaja. Buruknya, bilangan
populasinya membiak perlahan.
Menariknya, harimau ternakan boleh dilatih supaya menjauhi manusia sebelum dilepaskan
semula ke dalam hutan.
A : Harimau betina boleh ditangkap, diberi suntikan hormon penyubur dan kemudian dilepaskan
semula. Ini menambahkan
pesat populasi pembiakannya.

27

Anda mungkin juga menyukai