Anda di halaman 1dari 2

BISKUT CHOCOLATE CHIP FAMOUS AMOS (HOME MADE)

Oleh
:
Naz's
CUTE
OVEN,
SMALL
Sumber Resepi: Fiza Damia

KITCHEN

Bahan-bahan ayak :

280 gm (2 1/4 cawan) tepung gandum


10 gm (3 tsp) serbuk koko
2 Tbsp tepung jagung
1/2 tsp soda bikarbonate
2 Tbsp susu tepung
Secubit garam

Bahan-bahan lain :

250 gm mentega
150 gm gula kastor
1/2 tsp asen vanilla
1 biji kuning telur
100 gm (1/2 cawan) coklat chip
100 gm sebarang kekacang(walnut, badam, gajus dll yang dicincang) atau kismis optional

Cara-cara :
1. Pukul mentega, gula kastor dan esen vanilla hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur dan pukul rata.
3. Masukkan bahan-bahan ayak dan kemudian kacau hingga sebati dengan spatula atau
tangan.
4. Masukkan coklat chip dan cincangan kacang atau kismis. Kacau rata.
5. Sudukan adunan ke atas dulang pembakar. Boleh juga diuli menjadi bebola-bebola kecil
dengan menggunakan tangan. Susun di atas dulang pembakar. PERHATIAN! JANGAN
LETAKKAN BEBOLA RAPAT-RAPAT ANTARA SATU SAMA LAIN KERANA
BEBOLA INI AKAN MENGEMBANG DAN MELEPER SEWAKTU PROSES
PEMBAKARAN.
6. Bakar pada suhu 160 C selama 15-25 minit bergantung kepada saiz bebola-bebola adunan
anda.
7. Sejukkan dahulu biskut sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

Anda mungkin juga menyukai