Anda di halaman 1dari 35

PENGENALAN

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan untuk


melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh
dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras
dengan falsafah pendidikan Negara.
Penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M)
perlu

dikuasai

di

peringkat

awal

bagi

membolehkan

murid-murid

berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan. Justeru, pendidikan


pemulihan

perlu

dilaksanakan

dengan

mengutamakan

Prinsip

menyelesaikan masalah seawal mungkin supaya tidak menjadi kronik


berterusan hingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah
rendah.

Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar individu


murid

mengakibatkan

terkebelakang

segolongan

menguasai

sesuatu

mereka

lebih

kemahiran

lambat

berbanding

atau
rakan

sebayanya. Sekiranya mereka tidak diberi pengajaran pemulihan, mereka


mungkin gagal memperoleh pendidikan yang perlu dan potensi mereka
akan terbenam. Oleh itu, melalui pendidikan pemulihan, keperluan
keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.
KONSEP PENDIDIKAN PEMULIHAN

Konsep Pemulihan
Menurut Kamus Dewan, pulih bermaksud kembali seperti biasa atau
sembuh.
Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan
atau
membetulkan sesuatu yang tidak betul.
Pendidikan Pemulihan ialah satu usaha mengatasi masalah murid
yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.
Pendidikan pemulihan juga adalah sebagai satu cabang daripada
sebahagian pendidikan imbuhan. Ianya juga disebut sebagai Remedial
education di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas
kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau
kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.
Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran
biasa.
Ia merupakan satu tindakan khusus untuk mengatasi keperluan
pendidikan murid yang mengalami kesusahan pembelajaran dalam darjah
khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh pelajar secara
sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan dari sekolah biasa atau dalam
darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih
khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil
2

daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati
kehendak menjadikan murid-murid yang lemah pulih dan dapat mengikuti
pembelajaran dalam kelas biasa.
Pendidikan

Pemulihan

adalah

satu

bentuk

pendidikan

untuk

membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang


tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Definisi Pendidikan Pemulihan


Berbagai-bagai pendapat telah diberikan oleh ahli-ahli pendidik
Barat dan tempatan mengenai takrifan pendidikan pemulihan. Secara
lebih khusus, takrif pendidikan pemulihan itu telah diberi dengan pelbagai
definisi, antaranya ialah :
i) Sharifah Alwiah Alsagoff,1983 : 371
Satu tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan
murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah
khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara
sambilan, dalam kumpulan yang diasingkan daripada sekolah biasa, dan
dalam darjah untuk pengajaran khusus oleh guru pemulihan.
ii) Ishak Harun & Koh Boh Boon, 1983 : 191
Perkhidmatan khas untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak- kanak
yang menghadapi masalah-masalah pembelajaran di sekolah-sekolah
biasa .
iii) Pringle (1966)
Pengajaran yang mempunyai pendekatan khas yang diperlukan oleh
semua murid yang mundur dalam satu-satu mata pelajaran serta

berkemahuan dan berkebolehan belajar,melalui latihan yang sistematik


dan dapat memenuhi keperluan-keperluan mereka.
iv) Albertwhite (1977)
Pengajaran pemulihan ialah suatu bentuk pengajaran yang diperlukan
oleh kanak-kanak yang bersifat ketidakupayaan yang disertai oleh
gangguan-gangguan emosi .
v) Tansley (1967)
Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan
langkah-langkah

yang

benar-benar

teliti

dan

sistematis

bagi

membolehkan pengajaran pemulihan dijalankan secara tersusun.

vi) Collins (1961)


Pengajaran pemulihan ialah satu bentuk pengajaran yang mengutamakan
mata pelajaran asas. Malah beliau menegaskan pengajaran ini ialah satu
kaedah pengajaran yang istimewa bagi murid-murid yang gagal dalam
mata pelajaran asas di sekolah seperti membaca,menulis dan mengira.
vii) Evans (1995)
Pengajaran pemulihan dianggap sebagai the ambulance of educational
system . Dengan sebab itu pengajaran pemulihan ini tidak boleh diambil
kira sebagai satu pekerjaan atau pengajaran yang dilakukan secara
mengejut, mendadak atau digunakan pada waktu kecemasan sahaja.
Pengajarannya perlu dirancang dan disusun dengan rapi berdasarkan
aspek aspek kelemahan murid.
viii) Blair (1956)
Pengajaran pemulihan adalah satu bentuk pengajaran yang bertujuan
untuk membaharui teknik pengajaran dan pembelajaran untuk mengikis

segala kebiasaan-kebiasaan dan amalan-amalan yang tidak sesuai bagi


murid-murid lamba t.
ix) Bahagian Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan dalam pekeliling KP
(BS) 8502/5/PK/Jld. V (26) bertarikh 8 Januari 1986.
Pengajaran pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk
mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah
rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran asas membaca,
menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang telah
menerima latihan khas dalam bidang ini.
x) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
(1984)
Dalam konteks KBSR Program Pemulihan merupakan langkah- langkah
khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang menghadapi
masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca, menulis
dan mengira. Mereka ini hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah
tersebut dapat dikesan dan ditentukan.

Rasional Pendidikan Pemulihan:


a) Untuk membantu murid yang lemah mencapai objektif
pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau.
b) Untuk membantu murid dalam memperkembangkan diri dan
menunjukkan potensi mereka.
c) Untuk membantu murid memikirkan alternatif-alternatif yang
berlainan dalam menyelesaikan masalah.
d) Untuk membantu murid membina keyakinan diri.
e) Unruk membantu murid yagn lemah membina konsep sesuatu
kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar
sebelum ini.
f) Untuk memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sesuatu mata
pelajaran
g) misalnya matematik mengikut kebolehannya.

Objektif pendidikan pemulihan adalah:


a) Mengenal pasti pelajar yang memerlukan pemulihan.
b) Untuk mewujudkan alat-alat diagnostik supaya dapat mengesan
kesulitan-kesulitan pembelajaran tertentu.
c) Mengeluarkan
bahan-bahan
kurikulum

dan

kaedah-kaedah

pengajaran yang sesuai untuk memenuhi keperluan setiap kanakkanak.


d) Mencegah sesuatu kurang upaya supaya tidak menjadi satu
kecacatan.
e) Merapatkan hubungan antara guru biasa dan guru khas supaya
layanan yang diberi oleh guru khas dapat diteguhkan oleh guru
biasa.
f) Membentuk komunikasi yang berkesan dengan pakar-pakar dan
agensi-agensi untuk perkembangan optimum setiap kanak- kanak.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1985) pengajaran pemulihan
adalah khusus untuk membantu sebilangan pelajar yang menghadapi
masalah pembelajaran di sekolah rendah, terutamanya dalam masalah
bahasa.

Antara sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas KBSR


ialah disebabkan oleh:
1. Perbezaan individu.
Murid-murid berbeza dari segi kebolehan dan minat. Ini bermakna ada
murid yang dapat mempelajari dengan mudah dan ada yang sukar.
Kesukaran sesetengah murid dalam menguasai aopa yang diajarkan
adalah merupakan sebab kenapa pendidikan pemulihan ini diketengahkan
dalam system pendidikan di Negara kita.
2. Masalah Pembelajaran:
Masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang menyebabkan mereka
memerlukan kelas pemulihan. Terdapat beberapa masalah pembelajaran
yang dikenalpasti di mana murid- murid yang menunjukkan ciri-ciri
masalah ini perlu menjalankan kelas pemulihan.
Jenis-jenis Masalah Pembelajaran:
a) Belajar secara lambat, selalu gagal.
b) Pencapaian akademik yang tidak tinggi kerana penyesuaian diri dan
konsep kendiri yang rendah.
c) Kerencatan akal menyebabkan pencapaian akademik yang lebih
rendah daripada potensi sepenuh.
d) Kekurangan social iaitu mempunyai kemahiran interpersonal yang
rendah dan tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
e) Mundur prestasinya tidak sebaik yang dijangkakan
Faktor-faktor Penyebab:
Faktor-faktor penyebab yang menyebabkan murid memerlukan pendidikan
pemulihan ialah:
1. Faktor psikologi
a) Faktor emosi yang tidak stabil.
b) Murid-murid tidak dapat membuat penumpuan mental dan latihanlatihan dengan baik di dalam bilik darjah.

c) Murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pengajaran guru.


Kesannya: murid-murid sering ketinggalan dalam pembelajaran
akademiknya.
2. Faktor kecerdasan mental
a) Semua murid mempunyai kecerdasan mental yang berbeza yang
mungkin disebabkan oleh faktor genetik/diwarisi daripada ibubapa.
b) Kesannya: murid-murid tidak dapat mengikuti pengajaran guru pada
kadar atau intensiti yang sama.
3. Faktor Biologi/Kesihatan
a) Murid-murid mempunyai masalah kesihatan.
b) Kesannya: murid-murid tidak dapat menumpukan perhatian kepada
pengajaran guru.
c)
Bagi kanak-kanak

yang

menghadapi

masalah

gangguan

otak/neurologi akan menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti


proses pembelajaran dengan baik yang akhirnya membawa kepada
kesan masalah tingkah laku.
4. Faktor Persekitaran
a) Masalah bahasa
Masalah bahasa merupakan salah satu masalah pembelajaran di mana
murid-murid

tidak

dapat

menguasai

bahasa

dengan

baik

atau

mempunyai masalah menyebut perkataan atau membaca.


Untuk mengatasi masalah ini, guru mesti memastikan yang muridmurid

dalam

kelas

pemulihan

nanti

perlu

didedahkan

kepada

pengalaman-pengalaman bacaan yang positif serta mengikut satu


program bacaan yang berkesan.
b)
i.
ii.
iii.
iv.

Amalan Sekolah
Guru-guru sibuk menyiapkan sukatan pelajaran.
Aspek kemampuan murid yang pelbagai diabaikan.
Wujud jurang akademik yang besar di antara murid.
Murid-murid mundur dalam pembelajaran memerlukan pendidikan
pemulihan.

Amalan ini merujukkan kepada pengajaran guru, cara pentadbiran serta


susunan kurikulum yang tidak mengambil kira keupayaan murid yang
pelbagai.
8

5. Faktor Emosi dan Sosial


a) Kanak-kanak yang terencat dalam pembelajaran mungkin bersifat
lebih ganas dan agresif serta sangat sensitif kepada kritikan guru.
b) Menunjukkan respon negatif dalan situasi tertentu.
c) Tidak dapat menyelesiakan masalah mereka dengan positif.
Untuk murid-murid seperti ini, guru perlu meningkatkan tahap motivasi
dan aspirasi murid-murid serta memastikan murid-murid mempunyai
sikap positif terhadap buku dan bahan pembacaan

Murid Pendidikan Pemulihan


Definisi Murid Pendidikan Pemulihan
Terdapat berbagai-bagai definisi untuk mentakrifkan siapa dia murid
pendidikan

pemulihan.

Para

pendidik

menganggap

kanak-

kanak

pemulihan sama dengan kanak-kanak lembam ataupun slow learner


yang mempunyai pencapaian lebih rendah daripada rakan sebaya mereka
di kelas.
Kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis atau mengira. Mereka
menunjukkan simptom atau gejala kesulitan untuk membaca, menulis
atau mengira. Selain sering melakukan kesalahan dalam kerja sekolah dan
memperoleh keputusan ujian dan peperiksaan yang kurang memuaskan,
murid-murid ini juga memperlihatkan ciri-ciri seperti kurang yakin, rendah
konsep diri, pasif terhadap kegiatan pembelajaran dan mudah putus asa.
1. Menurut Brennan (1974), murid pendidikan pemulihan adalah murid
yang gagal menghadapi kerja normal sekolah untuk kumpulan sebaya
mereka,tetapi mereka tidak boleh dianggap sebagai kanak-kanak
cacat.
2. Menurut Sharifah (1986), murid pendidikan pemulihan ialah muridmurid yang gagal untuk sejajar dengan rakan-rakan sebaya dalam
kelasnya. Kegagalan ini dinilai dari segi akademik yang dipercayai
disebabkan kurang keupayaan untuk berjaya dalam mata pelajaran
asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Mereka tidak termasuk
kanak-kanak yang dikategorikan sebagai terencat akal.
3. Manakala Pusat Perkembangan Kurikulum (1984) berpendapat murid
pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran
dalam kemahiran- kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap
pembelajaran

dan

mempunyai

tingkahlaku

yangmenjejaskan

pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif


terhadap pembelajaran.

10

4. Koh (1984), mentakrifkan murid pendidikan pemulihan sebagai murid


lambat dan diberi label seperti kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak
khas, kanak-kanak mundur, yang memiliki masalah pembelajaran dan
men

derita

kegagalan

dalam

taraf

pencapaian

memperlihatkan

pendidikan.
yang

Murid-murid
tidak

ini

memuaskan

dibandingkan dengan taraf pencapaian purata rakan-rakan sebaya


atau tidak pada taraf yang diharapkan bagi murid-murid di peringkat
persekolahan itu.
5. Johnson (1963), mendefinisikan kumpulan murid lambat sebagai murid
yang tidak menunjukkan kesuburan bakat akademik seperti kanakkanak lain yang sedarjah dengannya.
6. AE Tanseley dan R.Culliford, mentakrifkan kanak- kanak pemulihan
adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang
rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.
7. m.f. clough mendefinisikan kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak
yang kurang daya taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu
keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara
yang agak abstrak.
Dengan segala jenis takrifan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa murid
pendidikan pemulihan ialah mereka yang lambat pembelajarannya yang
mempunyai kecerdasan di bawah sederhana atau rencatan yang ringan
dan termasuk mereka yang menghadapi kesulitan-kesulitan am atau
tertentu dalam usaha penyesuaian kepada kurikulum sekolah biasa.

11

Ciri-Ciri Murid Pendidikan Pemulihan


Murid-murid pendidikan pemulihan juga mempunyai bermacam ciri yang
membezakannya dengan murid-murid yang tahap

pembelajarannya

adalah normal di dalam kelas.


Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5
kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar
dan pengamatan.
a) Dari segi Emosi dan Tingkahlaku

Perasaan rendah diri


Perasaan risau
Perasaan sedih, hiba atau duka
Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran
Perasaan takut akan perkara-perkara baru
Degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan.
Pasif
Malas

b) Sosial

Gelisah dan selalu bergerak di dalam kelas serta mengganggu

kawan kawan.
Lemah / kurang interaksi dengan rakan
Gemar menghisap atau menggigit kuku
Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan
Menangis enggan masuk darjah
Hyper aktif

c) Kesihatan

Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.


Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus)
Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan)
Lemah gerakan motor-kasar dan halus
Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan

teruk.
Kurang menjaga kebersihan diri.

d) Kesediaan Belajar

Belum bersedia untuk belajar.


12

Perbendaharaan kata kurang.


Lemah pemahaman.
Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat.

e) Pengamatan

Tidak kenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan.


Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah.
Lambat mengkelaskan benda.
Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
Tidak dapat menyelesaikan masalah.
Sukar ambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-

undang.
Tidak kreatif.
Lemah pergerakan dan perbuatan.
Lemah daya pemikiran / ingatan.
Tidak boleh mengingat kembali.

Beberapa tokoh ilmuan juga telah menggariskan ciri-ciri murid pendidikan


pemulihan mengikut sudut pandangan mereka seperti di bawah :
1. Schonell (1965), mencirikan kanak-kanak lambat sebagai kanakkanak yang kurang keupayaan dan lemah berbanding dengan
kanak-kanak lain.
2. Tansley dan Gulliford (1960), telah membahagikan cirri kanak-kanak
lambat kepada tiga kumpulan iaitu :
i. Kanak-kanak yang lemah dari segi perkembangan mental
ditambah

kecacatan-kecacatan

lain

seperti

gangguan

kesihatan, terhad pengalaman berbahasa dan mengalami


ii.

gangguan emosi.
Kanak-kanak ini selalunya ponteng sekolah dan biasanya

iii.

berasal daripada latar belakang keluarga susah.


Kanak-kanak ini biasanya mengalami kesukaran khusus dalam
bacaan dan penulisan mengakibatkan mereka mengalami
pencapaian

yang

rendah

pelajaran.

13

dalam

hampir

kesemua

mata

3. Haigh (1977), mencirikan kanak-kanak pendidikanpemulihan seperti


berikut :
i. Kanak-kanak ini rendah pencapaian dalam kemahiran asas dan
mengalami ketidakupayaan dari segi bahasa menyebabkan
ii.

kesukaran dalam pembelajaran.


Mempunyai keupayaan berbahasa dan daya kefahaman yang
terhad sehingga mereka tidak bersedia memikirkan konsep-

iii.

konsep yang abstrak.


Mempunyai minat yang terhad terhadap pelajarandan bersikap
dingin terhadap kejayaan dalam pelajaran. Kegagalan dalam
pelajaran yang selalu dialaminya menimbulkan sikap benci

iv.

terhadap sekolah.
Murid ini biasanya memiliki perlakuan yang sukar dikawal.
Perlakuan ini amat berbeza dari rakan-rakan yang lain. Pada
kebiasaannya

v.

pakaian

kanak-kanak

ini

juga

tidak

kemas

dibandingkan dengan murid lain.


Murid ini selalunya cuba menarik perhatian guru, kerana mereka
kurang menumpukan perhatian kepada pelajaran, tidak berminat,

vi.

kadangkala berkelakuan liar untuk menutup kelemahan mereka.


Ada kalanya murid jenis ini tidak pandai menulis tetapi boleh
bertutur dengan baik. Oleh sebab minat mereka terhad dan
cepat luput, maka mereka selalu mengganggu murid yang
pandai.

14

4. Abdul

Halim

(1980),

mentakrifkan

ciri-ciri

pemulihan adalah seperti berikut :


i. Kanak-kanak yang menunjukkan

murid

kebolehan

pendidikan

menulis

dan

membaca atau mengira sekurang-kurangnya dua tahun dibawah


ii.
iii.

usianya.
Kanak-kanak ini lemah daya perhatian ke atas sesuatu kerja.
Kanak-kanak ini sukar menghabiskan kerja yang diberikan

iv.

kepadanya.
Kanak-kanak ini juga sukar mengenali simbol-simbol yang diajar
kepadanya,

serta

kurang

daya

untuk

memahami

dan

menceritakan apa yang dibacanya, walaupun mereka boleh


v.

membaca dengan baik.


Kanak-kanak ini juga

kurang

kebolehan

untuk

mengingat

maklumat yang diajar kepadanya serta sukar memahami apaapa yang mereka sendiri cakapkan walaupun mereka tidak
mengalami masalah pendengaran. Keadaan ini menyebabkan
mereka tidak boleh menyampaikan perasaan atau kehendak
vi.

mereka kepada orang lain.


Mereka juga tidak pandai bergaul dengan rakan sebaya mereka
atas

beberapa

sebab.

Antaranya

selalu

berkelakuan

menyinggung perasaan orang lain, menggunakan perkataan


yang tidak menarik perhatian kanak-kanak lain kepada mereka.
Ini menyebabkan mereka tidak boleh menyesuaikan diri di
vii.

kalangan kanak-kanak lain.


Ada juga kanak-kanak ini yang kekok pergerakan tangan lalu
menimbulkan masalah pembelajaran di sekolah. Ini kerana setiap
kali guru menyuruh menyalin sesuatu, mereka tidak dapat
menghabiskan kerja mereka dalam masa yang ditetapkan. Daya
pemikiran mereka mungkin sederhana atau lebih baik dari kanakkanak

lain

tetapi

masalah

kekok

pergerakan

tangan

menyebabkan mereka gagal dalam ujian-ujian yang memerlukan


banyak

menulis.

Ada

juga

kanak-kanak

ini

yang

merasa

tersinggung dengan masalah fizikal mereka kerana mereka selalu


menjadi bahan ejekan kawan-kawan lain terutamanya dalam
latihan jasmani, di mana kekekokan mereka lebih ketara. Ini
15

melemahkan keyakinan diri mereka bukan sahaja dari segi


jasmani tetapi juga dalam pembelajaran mereka.

5. Menurut Marie Jean Low (1973), kanak-kanak lambat ini mempunyai


i.
ii.

ciri-ciri seperti berikut :


Lemah daya pemikiran yang abstrak
Lemah daya kordinasi pancaindera dengan pemikiran dalam perkara
:

iii.
iv.

a. pengamatan
b. pendengaran
c. pertuturan
Lemah dalam penerimaan konsep baru.
Kurang keyakinan diri sendiri oleh kerana dikuasai perasaan rendah

v.
vi.
vii.
viii.
ix.

diri.
Tumpuan perhatian yang terhad.
Tumpuan perhatian mudah terganggu oleh gangguan luar.
Lemah dalam penyebutan dan pertuturan, gagap, pelat dan sengau.
Gengguan kesihatan seperti selsema, sakit telinga dan sakit kulit.
Ketidakbolehan menganalisis sesuatu untuk membezakan yang

x.
xi.
xii.
xiii.
xiv.
xv.
xvi.
xvii.
xviii.
xix.

penting dengan yang tidak penting.


Ketidakstabilan emosi.
Kelemahan
di
dalam
menghubungkan,

mengaitkan

dan

menyesuaikan.
Ketidakbolehan mengingat kembali dan mudah lupa.
Kurang perbendaharaan kata.
Kurang daya cipta atau inisiatif.
Mempunyai tingkah laku yang nakal kadangkala pendiam dan ego.
Malas datang ke sekolah.
Lemah dalam membaca, menulis dan mengira.
Tidak mempunyai dorongan.
Kurang pergaulan.

16

Punca-punca permasalahan pembelajaran kanak-kanak Pemulihan.


Dalam penyampaian kertas kerja untuk pensyarah-pensyarah
maktab perguruan bertajuk Pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Rendah,
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia telah
menganjurkan ciri-ciri kanak-kanak pemulihan sebagai murid-murid di
kelas biasa yang menghadapi :
a) Masalah pembelajaran dengan sebab:
i) Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
ii) Tidak hadir ke sekolah
iii) Cuai dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
v) Leka dan lambat
b) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran termasuklah
masalah :
i) peribadi
ii) psikologi
iii) kurang kecerdasan lambat berfikir dan bertindak.
Iv) lekas lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan.
Pada umumnya, murid-murid pemulihan ini tidak mempunyai
masalah kecacatan akal atau terencat akal. Bagi murid yang menghadapi
masalah yang lebih serius, kerjasama pakar dan pihak-pihak tertentu
diperlukan. Murid-murid ini ditempatkan di kelas khas di sekolah biasa
atau di sekolah yang sesuai untuknya. Dengan nama lain, murid ini
dipanggil murid pendidikan khas .
Kini kanak-kanak pemulihan dikenal pasti sebagai murid-murid
dalam Tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun 3, yang kerap menunjukkan
kesulitan

untuk

membaca,

menulis,

mengira,

mendengar,

berfikir,

bercakap, melukis, mentaakul, memahami dan mengingatkan kembali.

17

Mereka juga menunjukkan kesulitan untuk membuat kerja-kerja atau


pergerakan yang memerlukan penggunaan koordinasi otot-otot seni.
Kesulitan belajar ini mungkin disebabkan oleh faktor seperti di bawah:
a) Perkembangan dan kematangan jasmani, emosi, intelek dan sosial
yang bermasalah.
b) Makanan dan pemakanan yang tidak sempurna.
c) Penerimaan baka yang cacat.
d) Alam sekitar yang tidak mencabar akal atau rencat budaya.
e) Salah diasuh atau diajar
f) Kesediaan untuk belajar lewat, dan pengajaran diberi sebelum
berlakunya
kesediaan.
g) Otak yang tidak berfungsi dengan betul dan sempurna.
h) Kecacatan sejak dilahirkan atau disebabkan oleh kecelakaan dan
berbagai-bagi
sebab lagi.
Cara-Cara

Penilaian

Mengenalpasti

Murid-Murid

Yang

Memerlukan

Pemulihan:
1. Pentafsiran rekod prestasi
membentuk senarai semak di mana guru akanmenandakan ruang
yang berkaitan untuksetiap kemahiran yang berjaya diperolehi oleh
murid
2. Pentafsiran rekod profil
rekod profil disediakan

pada

setiap

hujung

penggal

di

mana

pencapaian murid diberikan gred yang tertentu oleh guru


guru membuat pertandingan antara markah murid- murid lain
murid-murid yang selalu mendapat gred yang rendah memerlukan
pemulihan

3. Permerhatian
mengenalpasti tanda-tanda yang ada pada murid.
mengesan emosi dan tingkah laku murid

18

menyediakan borang-borang anekdot yang sesuai yang membantu


guru memahami sebab-sebab kegagalan murid

Konsep Pengayaan:
Satu proses di mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras
kesukaran yang lebih tinggi daripada aras aktiviti-aktiviti pembelajaran
yang dijalankan di dalam bilik darjah
Tujuan dan Rasional Pengayaan:
a) Untuk memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada
pada murid
b) Untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka
c) Untuk
membekalkan
peluang-peluang
tambahan

untuk

mengembangkan lagi daya kreatif, minat, sifat ingin tahu, sikap


berdikari dan bakat kepimpinan murid-murid dalam pelbagai bidang
d) Untuk memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima
Jenis-jenis Aktiviti Pengayaan:
a) Sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid
b) Bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah
kendiri
c) Berbentuk lembaran kerja atau projek
Cara-cara Mengelolakan Aktiviti Pengayaan:
a) Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual
waktu
tetap sekolah
b) Bimbingan guru

adalah

pada

tahap

minima

kerana

aktiviti

pengayaan bercorak belajar kendiri Hasil aktiviti dibincangkan


dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi
ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka
dihargai

19

Contoh Pengayaan Bahasa Melayu


1. Aktiviti tambahan yang lebih menarik dan mencabar, bertujuan untuk
meluaskan pengetahuan dan kemahiran bahasa Melayu yang telah
dipelajari oleh murid.
2. Pengayaan dibuat untuk kumpulan murid cerdas dan lambat

Mata Pelajaran Bahasa Melayu

Pelajar menguasai kemahiran

Pelajar

lambat

menguasai

Program Pengayaan

Program Pemulihan
Penilaian semula
Menguasai kemahiran
Program Pengayaan

20

PERANAN GURU BIASA DALAM PELAKSANAAN PEMULIHAN


Jmj nUntuk proses pemulihan menjadi efektif, ia perlu dijalankan pada
peringkat pra sekolah atau awal sekolah rendah. Tugas ini adalah di
bawah peranan dan tanggungjawab semua guru. Antara peranan guru
biasa dalam pelaksanaan pemulihan ialah:
a.
b.
c.
d.

Menguruskan aktiviti pengajaran pemulihan


Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran
Menyediakan bahan dalam sesi pemulihan
Mengambil tindakan susulan yang sewajarnya

Berikut merupakan beberapa langkah khusus dalam pengelolaan sesi


pemulihan kelas biasa:
Langkah pertama:
Mengesan murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan. Cara
mengesan ialah dengan melakukan beberapa perkara iaitu:
a.
b.
c.
d.

Memerhati murid-murid belajar


Temu ramah interaksi dengan murid
Menganalisis hasil kerja bertulis murid
Menggunakan ujian saringan untuk mengasingkan kumpulan murid
lambat daripada kumpulan sederhana dan kumpulan cerdas.

Langkah Kedua:
Menganalisis masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh muridmurid tertentu. Lazimnya, ujian diagnostic digunakan untuk menentukan
punca

kelemahan

murid

selepas

sesuatu

pembelajaran

kemahiran

tertentu dijalankan. Ujian diagnostic boleh dilaksanakan dalam bentuk


objektif dan subjektif.

21

Langkah Ketiga:
Membuat

rancangan

kelemahan

program

pembelajaran

pemulihan

murid-murid

berdasarkan
yang

punca-punca

berkenaan.

Berikut

merupakan Prinsip-prinsip asas yang perlu dipatuhi dalam merancang


program pemulihan agar menjadi lebih berkesan:
a. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran harus ditumpukan kepada bidang
kelemahan yang telah dikesan.
b. Langkah pengajaran harus dikembangkan daripada konkrit kepada
abstrak dan daripada mudah kepada susah mengikut kebolehan murid.
c. Menggunakan pelnagai lat bantu mengajar untuk membantu muridmirid

memamahami

konsep

yang

diperlukan

untuk

menguasai

kemahiran.
d. Semua symbol dan istilah hendaklah dikaitkan dengan pengalaman
murid atau alat bantu mengajar supaya ,urid itu dapat mengenal pasti
kesilapan yang telah dilakukan dulu.
e. Latihan congak dan latihan bertulis harus diadakan selepas aktiviti
pengajaran guru.
f. Aktiviti penilaian harus diberikan kepada murid selepas aktiviti latihan
bertulis dalam kelas. Penilaian ini akan menentukan sama ada objektif
pengajaran pemulihan itu tercapai atau tidak.
Langkah Keempat:
Melaksanakan pengajaran pemulihan yang telah dirancang.Semua aktiviti
pemulihan hendaklah ditumpukan kepada pengajaran satu kemahiran
yang tertentu. Antara langkah-langkah pengajaran pemulihan ialah:
Pengajaran guru Pembelajaran murid Latihan lisan/bertulis-Ujian dan
penilaian
Tindakan susulan
Jika murid-murid pemulihan telah Berjaya melepasi program pemulihan
itu, mereka boleh dimasukkan semula dalam kumpulan murid biasa untuk
mengikuti pelajaran yang baru. Akan etapi sekitanya mereka masih tidak

22

mencapai kejayaan, maka guru haruslah menggunakan senarai semak


untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang dijalankan.
PENGELOLAAN PENGAJARAN PEMULIHAN DALAM KELAS BIASA
Pengelolaan pengajaran pemulihan dalam kelas biasa meliputi empat
bahagaian iaitu:
1.
2.
3.
4.

Menentukan objektif pengajaran


Merancang langkah-langkah dan strategi pengajaran
Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan
Membuat penilaian

Dalam membuat penilaian terdapat tiga cara yang dapat dilaksanakan:


a. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaan murid
b. Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru
c. Pemeriksaan hasil kerja murid selepas akriviti pengukuhan. Semua
keputusan penilaian ini harus direkodkan secara individu dalam satu
boring rujukan.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan


Terdapat dua strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan yang
dikelolakan:
1. Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara kumpulan.
Strategi ini digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid

menghadapi maslah pembelajaran yang sama.


Guru boleh merancang dan menjalankan pengajaran pemulihan
untuk murid-murid yang bermaslah, manakala murid yang lain

akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru.


2. Strategi pengajaran-pembelajaran pemulihan secara individu
Strategi ini digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid

menghadapi maslah pembelajaran yang berlainan.


Guru membetulkan kesalahan murid secara bergilir-gilir.
Guru juga boleh mengarahkan murid cerdas menjadi guru kecil
untuk mengajar murid-murid yang bermasalah.

3.

23

Seseorang guru berjaya atau tidak dalam melaksanakan program


pendidikan pemulihan bergantung kepada:
a) kebolehan dan kecekapannya
b) kerjasama dari rakan-rakan sejawat dan guru besar
c) sokongan dari pihak sekolah
d) kemahiran mengendalikan strategi-strategi pengajaran dan
pembelajaran
e) sumber dan personel yang disediakan dalam sekolah

Aktiviti-aktiviti Pemulihan
a. Guru menjalankan program bacaan tambahan
Murid-murid membuat bacaan meluas dengan membuat pelbagai

rujukan
daripada buku dan Internet
Memberi murid-murid bahan bacaan yang sejajar dengan

perkembangan
kognitif murid- murid
Tujuan: mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran muridmurid dalam
kelas Pemulihan

b. Guru mengalakkan murid-murid membuat kerja projek


Projek dijalankan secara individu atau kumpulan
Contohnya aktiviti projek yang meminta murid-murid membuat

sesuatu
hasilan atau menyelesaikan sesuatu masalah mudah.
Tujuan: Menggalakkan murid-murid untuk berfikir menyelesaikan
masalahmasalah dalam kelas pemulihan.

c. Guru memikirkan aktiviti-aktiviti dan contoh-contoh permainan dna


rekreasi
Tujuan: Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan dalam setiap aktiviti pemulihan.

24

d. Guru menggalakkan pembelajaran akses kendiri di kalangan muridmurid.


Murid-murid membina bahan akses kendiri daripada pelbagai media

seperti bahan cetak, rakaman audio, radio dan computer.


Tujuan: memenuhi keperluan kognitif murid-murid.

Bahan-bahan Untuk Aktiviti Pemulihan:


Guru perlu menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang sesuai untuk
digunakan dalan kelas pemulihan
a. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan visual yang kurang:
Bahan-bahan pemulihan mestilah menarik dan berwarna-warni
Tulisan yang digunakan dalam bahan pemulihan mesti besar saiznya
b. Untuk murid-murid yang mempunyai keupayaan mendengar yang
rendah:
Guru perlu memberikan semua penerangan dengan suara yang
kuat, terang dan jelas.
c. Begitu juga dengan alat bantuan mengajar. Untuk murid-murid yang
mempunyai kecergasan fizikal yang rendah:
Alatan mengajar perlu cukup besar supaya murid-murid boleh
memegangnya atau memanipulasinya dengan mudah

25

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas:1A
Masa:2-

Kandungan

Impak/

2.30ptg

Catatan

Matapelajaran:
Bahasa Melayu

Tajuk: Kem 1- Huruf kecil


Objektif :
Murid boleh mengenal dan menyebut
huruf kecil secara turutan dan secara
rawak.
Aktiviti :
1.

Murid menyanyi lagu abjad.

2.

Menyebut abjad a z dari carta

abjad bergambar (MSP)


3.

Menulis huruf di udara, di atas


meja,

dan di belakang kawan.


4.

Membentuk

huruf

daripada

plastisin
atau tanah liat mengikut urutan.
5.

Mencari huruf yang tersembunyi

dalam gambar dan warnakan.


6.

Menyalin semula huruf-huruf

yang telah diberi. Contoh:

b
7.

Lembaran kerja:
Kump. A - lengkapkan huruf.
Kump. B - sesuaikan huruf awal
dengan gambar.
Kump. C salin huruf.
26

8. Permainan Bahasa Cari saya


BBM: Carta abjad (MS PowerPoint)
Plastisin/tanah liatKad gambar huruf
tersembunyi Lembaran kerja
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas:1A
Masa:1-

Kandungan

Impak/

1.30ptg

Catatan

Matapelajaran:
Tajuk: Kem 2 - Huruf besar
Bahasa Melayu

Objektif :
Murid-murid

boleh

mengenal

dan

menyebut huruf besar secara turutan dan


secara rawak.
Aktiviti :
Murid menyanyi lagu abjad .
Membaca abjad A - Z
abjad

daripada carta

bergambar (MS P).

Menulis huruf di udara, di atas meja, dan


di belakang kawan.
Membentuk huruf daripada plastisin
atau tanah liat mengikut urutan.
Mencari huruf yang tersembunyi dalam
gambar dan warnakan.
Menyalin semula huruf-huruf yang telah
diberi. Contoh:
B

Lembaran kerja :
Kump A lengkapkan huruf yang
tertinggal.
Kump. B 27

bulatkan huruf yang

berbeza.
Kump. C - salin semula huruf.
8. Permainan Bahasa Cari pasangan
BBM:

Carta

bergambar

(MS

PowerPoint)
Plastisin tanah liat/ Kad gambar/Lembaran
kerja
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas: 1A
Masa:12.2012.50tgh

Impak /

Kandungan

Catatan

Matapelajaran
:
Tajuk: Kem 3 Huruf vokal
Bahasa
Melayu

Objektif :
1. Mengenal huruf-huruf vokal dengan betul.
2. Membunyikan vokal dengan sebutan

yang

betul.
3. Menyebut perkataan yang bermula dengan
huruf vokal.
Aktiviti :
1. Set induksi nyanyi ( a, e, i, o, u)- lagu Cik
Mamat
2. Guru

menunjukkan

bentuk MS

huruf

PowePoint.

vokal

Murid

dalam
diminta

menyebut huruf yang di pamerkan.


3. Guru memperkenalkan bunyi vokal.
4. Murid mendengar dan menyebut

bunyi

vokal secara latih tubi.


5. Murid menyebut perkataan yang bermula
dengan huruf vokal.(MSP)
6. Murid menyalin huruf vokal di dalam buku
28

garis

empat

dengan

betul

sambil

menyebut bunyi huruf.


7. Permainan Suai KAGA
8. Lembaran kerja:
(Kump.A)tuliskan

huruf

vokal

berpandukan gambar. (Kump. B) - suaikan


huruf vokal
dengan gambar.(Kump. C)-padankan huruf
vokal
yang sama.
BBM: MS PowerPoint/Buku tulis/ Kad
huruf
Vocal/Lembaran kerja.
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas :1A
Masa :1-1.30ptg

Impak/Catat

Kandungan

an

Mata Pelajaran :
Tajuk : Kem 4 - Suku Kata KV
Bahasa Melayu

Objektif :
Murid-murid boleh mengenal, mengeja dan
membina suku kata KV.
Aktiviti :
Meminta murid membunyikan suku kata
KV berdasarkan carta suku kata pada
( MSP).
Guru mempamerkan kad suku kata
kepada murid dan mengeja suku kata
tersebut secara rawak.
Murid mengulangi mengeja suku kata
tersebut secara kumpulan dan individu.
4. Murid menyebut dan mengeja suku kata
awal KV berdasarkan gambar.
Permainan - Kotak Ajaib
29

Lembaran kerja:
Kump A - bina suku kata berdasarkan
huruf yang diberi.
Kump. B warnakan suku kata awal
berdasarkan gambar.
Kump. C padankan suku kata yang
sama.
Mempamerkan dan membuat rumusan
hasil kerja murid.
BBM : Carta suku kata (MS PowerPoint)
Kad suku kata
Kad gambar
Lembaran kerja
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN

Kelas :1A
Masa

:2.30-

3ptg

Impak/Catat

Kandungan

an

Mata Pelajaran :
Bahasa Melayu

Tajuk : Kem 5 - Perkataan KV+KV


Objektif :
Murid-murid boleh membaca dan menulis
perkataan KV+KV.
Aktiviti :
1.

Murid mengeja dan membunyikan


suku
kata kv yang telah dipelajari.

2. Guru mengimbaskan gambar dan murid


mengeja perkataan yang diberi ( MSP)
3. Murid mengeja dan membaca kad
perkataan KV+KV.
30

4. Latih tubi mengeja dan menyebut


perkataan yang diberikan.
5.

Memadankan kad gambar dengan kad


perkataan.

6. Murid menyebut perkataan yang telah


dipelajari.

7. Lembaran kerja:
Kump. A lengkapkan perkataan.
Kump. B - cerakinkan perkataan.
Kump. C salin semula perkataan.
8. Permainan Bahasa Cantumkan saya.
9. Pengayaan Bacaan Bergred. (MSP)
BBM : MS PowerPoint(MSP)
Kad suku kata
Kad lipat bergambar
Lembaran kerja.

31

PENUTUP
Jelaslah di sini bahawa pendidikan pemulihan adalah satu bentuk
pendidikan

untuk

membetulkan

sesuatu

yang

berkurangan

atau

membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat. Memang
diakui bahawa pengajaran pemulihan adalah tanggungjawab yang berat
bagi seseorang guru. Bagaimanapun harus disedari bahawa pengajaran
pemulihan yang berkesan tidak mudah dilaksanakan.
Dengan itu pelaksanaan pengajaran pemulihan hendaklah mengikut
cara betul dan guru pula mesti mengetahui secara mendalam selok belok
pendidikan ini. Pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai bagi setiap
situasi pengajaran- pemulihan perlu dititik beratkan untuk menjamin
kejayaan dan tercapainya matlamat pendidikan pemulihan itu sendiri.
Untuk menjayakan program pemulihan ini, kesemua pihak haruslah
berganding bahu, bukan sahaja guru pemulihan itu sendiri, tetapi ia
memerlukan sokongan yang padu dan jitu dari pihak sekolah terutama
guru besar dan guru bahasa Melayu dan matematik, di samping peranan
ibu bapa di rumah, murid lembam ini tidak harus dipinggirkan di sekolah
mahu pun di rumah, ia boleh berjaya seperti murid biasa yang lain.
Mereka

cuma

memerlukan

suntikan

dan

menuntut

kesungguhan,

kesabaran dan keikhlasan dari guru-guru pemulihan, bak kata pepatah;


belakang parang kalau diasah lagikan tajam, sehari selembar benang,
lama-lama menjadi kain.

32

Contoh Permainan Bahasa Bagi Murid Pemulihan


Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 1)
Nama Permainan: Mencari abjad
Bahan: Kad-kad huruf kecil, balang
Objektif: Murid-murid dapat mengenal huruf kecil.
Cara menjalankan permainan
1. Mencampur aduk kad-kad huruf kecil ke dalam sebuah balang.
2. Murid dikehendaki memilih huruf kecil yang disebut oleh guru.
3. Murid yang berjaya akan diberi ganjaran.
4. Murid yang tidak berjaya dikehendaki membuat semula

Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 2)


Nama Permainan: Cari saya
Bahan: Kad-kad huruf besar, balang
Objektif: Murid-murid dapat mengenal huruf besar.
Cara menjalankan permainan:
1. Mencampur aduk kad-kad huruf besar ke dalam sebuah balang.
2. Murid dikehendaki memilih huruf besar yang disebut oleh guru.
3. Murid yang berjaya akan diberi ganjaran.
4. Murid yang tidak berjaya dikehendaki membuat semula.

33

Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 3)


Nama permainan: SUAI KAGA ( KATA DAN GAMBAR)
Objektif :

Melalui permainan ini, murid diharap dapat:


Mengecam perkataan yang bermula dengan huruf vokal yang betul
dengan gambar.

Bahan :

Kad gambar dan kad perkataan.

Cara menjalankan permainan:


1. Guru perlu menyediakan dua set gambar dan perkataan.
2. Guru memaparkan gambar gambar di papan putih.
3. Murid di bahagikan kepada dua kumpulan.
4. Setiap kumpulan di beri satu sampul perkataan.
5. Murid di kehendaki menampalkan perkataan yang betul pada gambar yang
dipamerkan.
6. Kumpulan yang siap dahulu dan mendapat markah tertinggi di
kira sebagai pemenang.

SET PERKATAAN
a yam

u lar

i kan

o tak

e nam

u dang

a pi

e kor

o ren

i tik

e pal

o bor

Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 4)


34

Nama Permainan : Kotak Ajaib


Objektif : Murid boleh mengeja dan membunyikan suku kata
berdasarkan kad suku kata.
Bahan

: Kad suku kata Kotak Ajaib

Cara menjalankan permainan.

Pelajar berkumpul dalam satu bulatan.

Kotak Ajaib diedarkan mengikut bulatan yang dibuat dengan diiringi muzik.

Muzik akan dihentikan. Murid yang memegang Kotak Ajaib semasa muzik
berhenti akan diberi peluang untuk menjawab soalan

Murid tersebut akan mengambil satu kad yang terdapat di dalam Kotak Ajaib
dan menjawab soalan iaitu mengeja dan membunyikan suku kata.

Semua pelajar akan mencatat setiap suku kata di dalan kotak yang di beri.
(Lihat Lampiran)

Langkah yang sama diulang sehingga selesai permainan.

Murid yang berjaya memberi jawapan yang betul akan diberi ganjaran.

Permainan Bahasa (Rancangan Pengajaran Harian 5)


Nama Permainan : Cantumkan Saya
Objektif : Murid boleh mencantumkan kad suku kata menjadi
perkataan bermakna dan membacanya.
Bahan

: Kad Suku Kata

Cara menjalankan permainan

Murid berkumpul dalam kumpulan.(2 orang)

Murid ambil satu kad suku kata dan cari kad lain untuk membentuk perkataan.

Murid mencantumkan kad perkataan tadi di atas papan tulis dan membaca
perkataan tersebut.

Murid menyalin perkataan yang telah dicantumkan.

Permainan ini diulang semula dengan murid la

35

Anda mungkin juga menyukai