Anda di halaman 1dari 6

Jabatan Perubatan Fornesik

Hospital Pulau Pinang,


Jalan Residensi,
10560 Pulau Pinang.
SULIT DARI HAL PERUBATAN

Tarikh:No. Laporan Polis:No. Kes


UNTUK KEGUNAAN POLIS SAHAJA

Kepada:Pegawai Penyiasat
Polis DiRaja Malaysia

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK KLINIKAL

Bertindak atas permintaan Polis DiRaja Malaysia, bersabit dengan Laporan Polis.....
saya(No. K/P),
Pegawai Perubatan Kerajaan Berdaftar, Hospital Pulau Pinang, yang bertandatangan di bawah telah
menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas penama seperti di bawah
Saya telah melakukan Pemeriksaan Perubatan Klinikal Forensik ke ataspenama.
..No. KP/Passport
.
No. Pendaftaran Hospital:
Umur:
Jantina:
Tempat pemeriksaan di
Wad/Klinik/Unit/Pusat Krisis Sepadu
Tarikh dan masa pendaftaran/masuk ke
wad:
Tarikh dan masa pemeriksaan :

Bangsa:

Pegawai Polis
Jurugambar Polis

Nama dan No. Rank, alamat balai, no. hp


Nama dan No. Rank

Jururawat/PPP yang membantu

Nama dan No. KP

Kebenaran pemeriksaan di berikan oleh:-

Pesaskit sendiri/Waris/Pelindung

Hasil Pemeriksaan
Keadaan am pesakit:Kecacatan fizikal:Kecederaan:-

Spesimen forensik
Kesimpulan:-

Tanda tangan

Cop jawatan

Nama dan No. KP.

Laporan Kes Medikolegal


Pengenalan
Laporan Medikolegal ialah satu dokumen rasmi yang diserahkan kepada pihak Pegawai Penyiasat Polis
DiRaja Malaysia unutk setiap kes medikolegal yang melibatkan siasatan polis. Laporan ini perlu diisi
sebaik sahaja selepas pemeriksaan atau selepas pesakit di discaj dari wad. Ianya perlu untuk pesakit atau
suspek atau orang yang terlibat dengan kes polis (OKT).
Dokumen ini hanya untuk kegunaan siasatan polis sahaja, tetapi pihak polis boleh menggunakan laporan ini
untuk kes jenayah yang melibatkan persidangan di Mahkamah Sesyen ke bawah, bergantung kepada budi
bicara Hakim dan Majistret, terutamanya untuk kes dimana peslah mengaku salah.
Laporan ini bukan untuk tujuan pihak yang lain seperti insurans, peguam, mahkamah kes jenayah berat dan
tidak boleh digunakan oleh orang perseorangan untuk tujuan saman kes sivil. Untuk kegunaan tersebut
perlu Laporan Perubatan yang khusus.
Keperluan Laporan Medikolegal
Pengeluaran laporan ini dapat mengatasi beberapa masalah yang timbul sebelum ini:1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Mengatasi kelewatan pihak polis untuk mendapatkan laporan dari pihak hospital.
Membolehkan pihak polis meneruskan siasatan keatas sesuatu kes dibuat dengan lebih efisien.
Mengelakkan dari kelewatan siasatan hingga menyebabkan tahanan terpaksa di tambah tempoh
tahanan.
Mempercepatkan proses pendakwaan keatas sesuatu kes di mahkamah.
Membolehkan Pegawai Perubatan yang memeriksaa pesakit tersebut sahaja yang memberi
laporan. Ini dapat mengelak Pegawai Perubatan yang lain memberi laporan ke atas kes yang
diperiksa oleh pegawai yang lain.
Mengatasi backlog pengeluaran laporan perubatan kepada pihak polis.
Laporan yang diberi kepada polis lebih sesuai digunakan dalam siasatan, kerana maklumat yang
diberikan hanya yang perlu untuk tujuan siasatan. Oleh itu maklumat yang dianggap konfidential
dan tidak berkenaan tidak perlu di berikan.
Mengelakkan dari Pegawai Perubatan terpaksa ditemuramah dan memberi statement yang panjang
lebar kepada polis. Seperti yang dilakukan mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950.
Mengelakkan atau mengurangkan keperluan Pegawai Perubatan menghadiri ke mahkamah.
Mengelakkan dari berlaku percanggahan fakta apabila pegawai memberi keterangan pada polis
dengan keterangan kepada mahkamah, kerana, keterangan pada polis selalunya tiada pendua dan
pihak polis jarang memberi salinan keterangan tersebut.

Panduan Mengisi Laporan Medikolegal Polis


Siapa yang layak mendapatkan laporan ini?
Pegawai Penyiasat polis yang berpangkat Sarjan ke atas berkuasa untuk mengeluarkan Borang Polis 59
atau membuat permohonan medapatkan laporan ini. Pegawai polis pangkat bawahan tidak boleh
mengeluarkan Borang Polis 59 atau menandatangani permohonan mendapatkan laporan ini. Mereka Cuma
boleh sebagai wakil untuk mendapatkan laporan ini besertakan dengan Borang Polis 59 atau surat
permohonan yang bertandantangan dan cop oleh Pegawai Penyiasat Polis berpangkat Sarjan ke atass.
Laporan ini perlu diberikan apabila:1.
2.

Polis mengeluarkan Borang Permintaan Pemeriksaan Orang Yang Terlibat Dengan Kwes Polis
(Polis 59).
Polis membawa surat resmi sekiranya Borang Polis 59 tidak ada.

Laporan ini perlu diisi sebaik sahaja selesai pemeriksaan keatas pesakit berkenaan atau sbelum atau selepas
discaj. Ia perlu diberika kepada Pegawai Penyiasat Polis sendiri bukan kepada wakilnya. Laporan ini hanya
boleh dikeluarkan apabila Polis mengeluarkan Borang Polis 59 atau memohon dengan surat permohonan
rasmi, permohonan secara percakapan tanpa Borang Polis 59 atau Surat permohonan rasmi tidak harus
dilayan.
Laporan ini mesti diisi hanya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan yang Berdaftar Penuh dengan Majlis
Perubatan Malaysia dan yang memeriksa sendiri pesakit berkenaan.
Laporan ini diisi dengan menggunakan carbon Copy supaya satu salinan dapat disimpan bersama Case
Notes pesakit berkenaan sebagai rujukan.
Cara mengisi format laporan
1.

Rujukan laporan

Jabatan Perubatan Forensik


Hospital Pulau Pinang,
Jalan Residensi,
10560 Pulau Pinang

Tarikh:No. Laporan Polis:No. Kes

Setiap laporan mesti bertarikh dan tuliskan No. Laporan Polis yang dapat diperolehi dari Borang
Permintaan Pemeriksaan Orang Yang Terlibat Dengan Kes Polis (Polis 59), Laporan Polis dan maklumat
yang diberikan oleh Pegawai Penyiasat Polis.
2.

Keperluan syarat

SULIT DARI HAL PERUBATAN

UNTUK KEGUNAAN POLIS SAHAJA

Kenyataan di atas jelas pihak Pegawai Perubatan menegaskan kepada pihak polis tentang keperluan laporan
ini sebagai dokumen sulit dan tanggungjawab memastikan konfidentialiti (rahsia perubatan) dipelihara.
Dokumen ini hanya untuk kegunaan polis sahaja dan tidak boleh diberikan kepada pihak ketiga seperti
Peguam, Pegawai Insurans, orang perseorangan, atau untuk apa apa tuntutan. Walaubagaimanapun pihak
mahkamah berhak untuk mendapatkan dokumen ini apabila diserahkan oleh polis.

Adakah polis mempunyai kuasa untuk memohon laporan dari Pegawai Perubatan?
Polis memang mempunyai kuasa untuk memhon laporan atau keterangan percakapan dari saksi, dalam hal
ini, iaitu Pegawai Perubatan. Ini kerana dalam Borang Polis 59 telah tertulis keperluan untuk memohon
laporan.
Seseorang Pegawai Perubatan boleh enggan memberi laporan dan keterangan percakapan. Tetapi sekiranya
pihak polis merasakan perlu untuk siasatan, mereka berkuasa untuk memaksa Pegawai Perubatan
memberi keterangan percakapan seperti dalam Seksyen 112 Akta Keterangan atau mendapatkan perintah
mahkamah untuk sapina pegawai tersebut.
3.

Deklarasi oleh Pegawai Perubatan

Bertindak atas permintaan Polis DiRaja Malaysia, bersabit dengan Laporan Polis.....
saya(No. K/P),
Pegawai Perubatan Kerajaan Berdaftar, Hospital , yang
bertandatangan di bawah telah menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas penama seperti di bawah
Pegawai Perubatan Berdaftar perlu mengisi ruangan ini, nama penuh dan No. Kad Pengenalan mesti di isi
dengan jelas.
4.

Maklumat peribadi pesakit

No. Pendaftaran Hospital:


Umur:
Jantina:
Tempat pemeriksaan di
Wad/Klinik/Unit/Pusat Krisis Sepadu
Tarikh dan masa pendaftaran/masuk ke
wad:
Tarikh dan masa pemeriksaan :

Bangsa:

Ruang ini adalah maklumat yang perlu sahaja, berdasarkan apa yang tertulis dalam Case Notes. Potong
yang mana tidak berkenaan.
5.

Butir hasil pemeriksaan

Hasil Pemeriksaan
Keadaan am pesakit:Kecacatan fizikal:Kecederaan:Spesimen forensik

Kesimpulan:-

Keadaan am pesakit:-

Bahagian ini perlu di isi secara ringkas keadaan pesakit semasa pemeriksaan dibuat. Iaitu Conciousness or
unconsciousness, alertness, rational, vital signs hanya perlu disebut stable atau tidak. Kurangkan
penggunaan detailed medical terms. Sekiranya pesakit mengalami perubahan ketika dalam wad, boleh
ditulis seperti On admission patient was unconscious but vital signs were stable, however conditions
improved and he regained consciousness before discharged from the ward.
Tidak perlu ditulis berapa Blod pressure, pulse, Glasgow Coma Scale dan sebagainya.
Kecacatan fizikal:Apa apa physical abnormalities, yang ada bolehlah ditulis. Termasuk congenital abnormalities,
deformities, abnormal appearance due to physical diseases dan sebagainya.
Kecederaan:Senaraikan kecederaan luaran dan dalaman yang di alami pesakit.
Contoh:1.
2.

Laceration over the lateral third, lateral part of the left forearm, measuring 4 cm x 2 cm.
Sutured incised wound on the left abdomen.

Kecederaan dalaman yang dialami juga perlu disenaraikan. Contoh:3.


4.

Fracture anterior aspect of the left 3rd and 4 th ribs. Haemothorax left pleural cavity and collapsed left
lung.
X Ray showed bullet lodged in the left forearm.

Kalau kecederaan dikesan ketika pembedahan, bolehlah ditulis dalam senarai di atas. Contoh:5.

The ileum and jejunum showed multiple tears with peritoneal haemorrhages.

Rawatan terperinci tidak perlu dicatatkan, memadai dengan disebut treatment given or surgical operation
done. Patient stabilised dsb.
Spesimen forensik
Senaraikan spesimen yang diambil untuk tujuan bukti forensik sahaja. Misalnya hair samples, blood for
alkohol, vaginal swabs dalam kes rogol.
Sebagai panduan spesimen ini yang telah di seal dan diserahkan kepada polis.
Spesimen untuk tujuan rawatan tidak perlu dicatatkan. Kecuali sekiranya keputusan spesimen tersebut
mempunyai keperluan dalam diagnosis.
Kesimpulan
Keperluan kesimpulan ialah dalam diagnosis dan manner of injuries or abnormalities.
Contoh:Kes assault di A & E Department atau Ward
The chest injuries sustained are consistent with impact or truama from a blunt object.
Kes Sexual assault seperti rape/sodomy.
The genital injuries indicate/suggest that there were penetration by a blunt object or blunt penetration of the
genitalia. Diagnosis rape atau sodomy atau molest tidak perlu dicatatkan. Bukan tugas seorang Pegawai
Perubatan untuk mengadili seseoorang itu telah dirogol atau diliwat atau di cabuli kehormatannya.

Kes suspect of a crime


Kalau terdapat kecederaan maka kesimpulan adalah sama seperti di atas.
Suspects of a sexual crime
Patient is a normal male with no history and physical evidence of impotency or sexual dysfunction.
Untuk kes yang dirujuk kepada pakar pakar lain
Tambahkan patient was referred to the specialist.
Tidak perlu diterangkan keadaan pesakit semasa discaj atau rawatan terperinci.
6.

Tandatangaan dan cop jawatan

Laporan ini mestilah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan Berdaftar yang memeriksa kes tersebut.
Ini bermakna tidak boleh ditandatangani oleh Houseman atau Pegawai Perubatan lain yang tidak
memeriksa pesakit tersebut.
7.

Penyimpanan Laporan Awal Kes Medikolegal/Polis

Pendua laporan ini mestilah disimpan bersama dalam BHT atau Case Notes pesakit berkenaan. Kemudian
disimpan di Pejabat Rekod Perubatan.

8.

Rujukan.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kanun Acara Jenayah ( F.M.S. Chapter 6)


Evidence Act 1950
McLay WDS, Clinical Forensic Medicine 2nd ed, Greenwich Medical Media, London, 1996.
Robinson SP, Principles of Forensic Medicine, Greater Manchester Police, 1996
Panduan Undang Undang Polis, International Law Book Services, Kuala Lumpur, 1992.
Kuasa Kuasa Polis DiRaja Malaysia, Lembaga Penyelidikan Undang Undang, International Law
Books, Kuala Lumpur, 1992.

Anda mungkin juga menyukai