Anda di halaman 1dari 3

My e-folio

HOME
EDU 3105
PRA 3107
PRA 3108
PJM 3106

MEMANASKAN BADAN
Memanaskan badan ialah satu bentuk senaman yang dilakukan sebelum
sesuatu aktiviti dijalankan. Ia memberi kesan yang berfaedah termasuk
mencegah kecederaan dan meningkatkan pengaliran darah ke bahagian otototot yang bergerak. Aktiviti memanaskan badan termasuk senaman ringan,
aktiviti melonggarkan dan diikuti dengan senaman regangan. Fasa
memanaskan badan mengambil masa kira-kira 5 hingga 10 minit.
Definisi
Memanaskan badan adalah proses untuk menaikkan suhu badan dan
mempercepat peredaran darah ke seluruh badan. Melakukan senaman
kalistenik seperti regangan untuk menyediakan badan bagi menghadapi
senaman aerobik atau senaman yang lebih berat. Pemanaskan badan adalah
sebagai persediaan tubuh badan menjalankan aktiviti berat. Regangkan otototot dan sendi-sendi serta perlahan-lahan meningkatkan kadar nadi yang
dikehendaki sebelum mengerjakan aktiviti-aktiviti yang giat.
Tujuan
a. Memanaskan badan
b. Mengelakkan kecederaan pada otot dan sendi
c. Meningkatkan pengaliran darah ke jantung
d. Menyediakan tubuh badan, otot-otot dan sendi serta meningkatkan kadar
nadi untuk menghadapi aktiviti seterusnya.
Lakukan senaman dengan mengerjakan otot-otot besar dengan perlahanlahan bersama-sama. Regangkan otot dan sendi secara mudah serta senang.
Cara untuk memanaskan badan
a. Memanaskan otot-otot yang akan digunakan seperti berjoging selama 8-10
minit, contohnya seperti berenang atau berbasikal secara perlahan-lahan.
b. Melakukan Regangan (15 minit) - lakukan setiap regangan 10 -20 saat.
Lakukan regangan tetapi jangan memaksa sehingga boleh mencederakan
otot-otot
c. Senaman khusus - berlatih kemahiran seperti menendang, melontar atau
aktiviti yang menggunakan tenaga tinggi.
Menyejukkan badan

Bersenam tidak berakhir begitu saja. Jika memanaskan badan adalah


penting, menyejukkan badan selepas bersenam juga penting dan tidak boleh
diabaikan.
Tempoh beberapa minit selepas bersenam perlu digunakan untuk
menyejukkan badan, iaitu dengan cara berjalan perlahan dan melakukan
teknik sama seperti memanaskan badan.
Menyejukkan badan memastikan darah mengalir melalui otot dan sebarang
asid laktik yang terbentuk dalam sel otot boleh disebarkan melalui pengaliran
darah ke hati. Jika berhenti bersenam secara mengejut, asid laktik yang
ditinggalkan di belakang otot boleh menyebabkan kekejangan.
a. Penyejukan
Gunakan teknik sama seperti memanaskan badan. Untuk melakukan
regangan terhadap otot tendon atau urat di belakang lutut, bengkokkan kaki
kanan dan angkatkan ke atas. Regangan di tendon boleh dirasai apabila
teknik ini dilakukan. Kekalkan kedudukan dengan mengira satu hingga lima.
Ulangi teknik ini dengan menggunakan kaki kiri pula.
b. Memperlahankan kepantasan
Berjalan atau berjoging dengan perlahan selama beberapa minit memastikan
darah bergerak memasuki otot untuk menyingkirkan asid laktik.
c. Menurun
Bagi menyejukkan otot belakang tubuh dan paha, berdiri tegak dan kemudian
turunkan tubuh hingga kedudukan mencangkung tanpa menggunakan
tangan. Ulangi pergerakan ini sebanyak lima kali.
Kebaikan menyejukkan badan
SAMA seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan,
berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Ambil
sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan
kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan
menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul'
yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.
Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransuransur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau
berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan
melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam. Apabila semua ini dilakukan,
anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik
untuk melindungi tubuh anda.
CREATE A FREE WEBSITE
POWERED BY

START YOUR OWN FREE


WEBSITE
A surprisingly easy drag & drop site creator. Learn more.

o
o
o

<div style="display:none;"> <img src="//pixel.quantserve.com/pixel/p-0dYLvhSGGqUWo.gif?


labels=l0,u16487360.u16487360s963119277313344430" border="0" height="1" width="1"
alt="Quantcast"/> </div>
Proforma
Nota
Interaksi
1> &2:
Teknologi
2>
Media
Dalam
Pengajaran
Tajuk
1:Badan
Model
Konsep
ADDIE
2DPendidikan
& 3D
3>
e-Book
PDF
4>
FLIP
BOOK
Tugasan
Catatan
OLL
Refleksi
Memanaskan
Sistem
Otot

Anda mungkin juga menyukai