Anda di halaman 1dari 25

PENDIDIKAN ISLAM

IBNU SINA
Pendahuluan
Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 Masihi.
Pengajian peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera.
Selain itu, beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik,
sains, fiqah, dan perubatan.
Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi
beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun
mahaguru ilmu tersebut.
Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub
Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran
dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran
al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).
Riwayat hidup
Aspek
Nama
Gelaran
Tarikh lahir
Tempat lahir
Keturunan
Tarikh meninggal dunia
Tempat meninggal dunia

Keterangan
Hussain bin Abdullah bin Al Hassan bin Ali bin Sina
Ibnu Sina dan Avicenna (barat)
sekitar 980 M atau 370 H
Asyfanah, Bukhara, Turkistan
Turki
428 H atau 1037 M
Hamazan

Selepas bapanya meninggal dunia pada tahun 390 H bersamaan 1000 M, Ibnu Sina
berpindah ke Khawarizm, Jurjan, Rai dan Hamazan.
Pernah bertugas sebagai pakar perubatan di wilayah Rai dan penasihat agung amir Ala
ad-Daulah di Asfahan.

PENDIDIKAN ISLAM
Sifat peribadi
Tekun mempelajari ilmu
Taat beragama
Pintar
Inovatif

Pernah membaca buku Metafizik karangan Aristotle


sebanyak 40 kali.
Sering pergi ke masjid untuk memohon petunjuk daripada
Allah.
Berjaya menguasai pelbagai ilmu Naqliah (ilmu agama)
ketika berusia 18 tahun.
Melakukan banyak penyelidikan dan menghasilkan karya
dalam bidang ilmu terutama ilmu perubatan.

Pendidikan
Mula mempelajari al-Quran semenjak berusia 5 tahun.
Menghafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun.
Bidang ilmu
Fiqah dan Tasawuf
Hisab dan Prinsip-prinsip Geometri
Falsafah
Sains dan Astronomi

Guru
Ismail al Zahid
Muhammad al Masah
Abu Abdullah Annatili
Al Biruni

Menguasai ilmu perubatan ketika berusia 16 tahun.


Muncul sebagai seorang pakar perubatan yang terkemuka.
Ketokohan Ibnu Sina
Kesarjanaan Ibnu Sina dalam bidang perubatan mendapat pengiktirafan dunia.
Beliau pernah diberi kepercayaan untuk merawat :
a) Penguasa Bukhara, Nuh bin Mansur.
b) Penguasa Jurjan, al-Amir Syamsul Maali Qabus bin Wasyamkir.
c) Penguasa Hamazan, al-Amir Syamsu ad-Daulah.
d) Penguasa Asfahan, al-Amir Ala ad-Daulah.
Banyak menghasilkan karya terutama dalam bidang perubatan.
i.
Al Qanun fi al-Tib.
ii.
Al Adawiyah al-Qalbiyah.
iii.
Al Alfiyah al-Tibiyah.

PENDIDIKAN ISLAM

Ibnu Sina Berjaya melakukan beberapa pencapaian dalam bidang perubatan iaitu:
Penemuan
1. Penyakit baru serta punca

2. Bidang farmasi

3. Membangunkan teknologi
perubatan

Keterangan
Pengaruh kuman dalam penyakit.
Jangkitan virus seperti TB.
Penyakit seperti robela, alahan, cacar,
penyakit jiwa, dan sebagainya.
Menghasilkan ubat dan preskripsi yang
mujarab untuk pelbagai jenis penyakit.
Ubat bius.
Mencipta benang khusus untuk menjahit luka
pembedahan.
Mencipta picagari.

Kesan peninggalan dalam bidang perubatan.


1) Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina Berjaya menggilap kembali bidang perubatan yang
kian malap pada masa itu.
2) Beliau melakukan Metod Pemerhatian (observation) dan analisis. Berdasarkan metod ini,
ilmu perubatan berkembang maju hingga ke hari ini.
3) Beliau juga banyak membuat analisis tentang pelbagai penyakit dan menyenaraikan lebih
760 jenis penyakit serta kaedah merawatnya.
4) Penyelidikan dan penulisan Ibnu Sina banyak mempengaruhi perkembangan ilmu
perubatan moden.
Sumbangan
o Menghasilkan 116 karya dalam pelbagai bidang seperti falsafah, mantik, matematik,
astronomi, kimia, fizik, biologi, dan sains politik.
o Buku-buku tersebut telah dihimpun oleh Dominican Institute of Oriental Studies di
Kaherah, Mesir.
o Kemudian pada tahun 1950 M, buku tersebut telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab
dan dinamakan sebagai Muallafat Ibnu Sina (karya-karya Ibnu Sina).
o Jasanya dihargai hingga ke hari ini. Sebuah universiti pendidikan di Hungary telah
mengambil sempena nama beliau iaitu Avicenna College.
Penutup
Ibnu Sina merupakan tokoh perubatan islam yang terkenal dan banyak memberi
sumbangan dalam bidang perubatan.
Ibnu Sina banyak menghasilkan karya dalam bidang perubatan. Bukunya
Al Qanun fi al-Tib menjadi rujukan utama seluruh pusat pengajian tinggi di barat.

PENDIDIKAN ISLAM

Ibnu Khaldun
Pendahuluan
Ibnu Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali
sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibnu Khaldun turut
mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam
karyanya Muqaddimah (Pengenalan). Ibnu Khaldun juga menulis sejarah Muslim di
Afrika Utara yang terulung.
Ibnu Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan
pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam
Castile "the Cruel of Castile".
Ibnu Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan
riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibnu Khaldun
juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan
mengerjakan haji pada 1387.
Riwayat Hidup
Aspek
Nama
Gelaran
Tarikh lahir
Tempat lahir
Keturunan
Tarikh meninggal dunia
Tempat meninggal dunia

Keterangan
Abdul Rahman bin Muhammad bin Muhammad
Ibnu Khaldun
732 H atau 1332 M
Tunisia
Arab
808 H atau 1406 M (87 tahun)
Kaherah, Mesir

Sejak Tunisia dilanda wabak taun pada tahun749 H, Ibnu Khaldun berpindah ke beberapa
tempat iaitu:
o Algeria,
o Fez,
o Granada,
o Bougie, dan
o Mesir.

PENDIDIKAN ISLAM
Sifat Peribadi
Tekun menuntut ilmu

Berjiwa pemimpin

Kreatif

Bijak membahagikan masa untuk masyarakat dan


menuntut ilmu.
Pernah menjawat jawatan penting seperti ketua
hakim di Mesir dan Perdana Menteri di Bijayah.
Pemikiran
Ibnu
Khaldun
dalam
kitab
al Muqaddimah adalah hasil daripada pengalaman
dan kreativiti beliau untuk mengetengahkan sejarah
sebagai bidang ilmu yang tersendiri.

Pendidikan
Ibnu Khaldun mempelajari asas agama dan bahasa Arab daripada
o Abdul Rahman bin Muhammad (bapa beliau),
o Muhammad bin Muhaimin al Khadhrami.
o Muhammad bin Saad bin Barral al Ansari.
o Muhammad bin al Syawasyi al Zarzali.
Mempelajari ilmu-ilmu fardhu kifayah seperti mantik, falsafah, sains, dan matematik
daripada Muhammad bin Ibrahim al Abili.
Semasa di Fez, Ibnu Khaldun mendapat pendidikan tinggi daripada:
Ahmad bin al Qasar.
Lisan al Din bin al Khatib (pengarang kitab Tarikh Gharnattah).
Muhammad bin Abdul Salam.
Ibnu Khaldun Tokoh Pelbagai Bidang
1. Sebagai sejarawan.
Ibnu Khaldun menganalisis sesuatu tamadun dari segi permulaan, faktor
kegemilangan, dan kejatuhan.
Beliau memberi tafsiran sejarah berdasarkan psikologi, ekonomi, sosiologi, alam
sekitar dan geografi.
Ideanya yang menarik dalam kitab al Muqaddimah mendorong para pengkaji dan
pemikir untuk mengiktiraf beliau sebagai tokoh sarjana dan sejarawan yang
mengatasi sejarawan terkenal sebelumnya seperti al Tabari dan al Masudi.
2. Sebagai negarawan.
Merupakan negarawan yang banyak berjasa untuk negara. Beliau pernah
menyandang jawatan-jawatan penting seperti :
a) Setiausaha negara di istana Sultan Abu Ishak bin Abi Yahya dan Sultan
Abu Anan.
b) Anggota Majlis Ilmiah.
c) Anggota Jabatan Setiausaha Sulit Sultan Abu Salim bin Abi al Hassan di
Fez, Maghribi.

PENDIDIKAN ISLAM
d) Duta Granada.
e) Perdana Menteri.
3. Sebagai budayawan.
Penggiat budaya dan kesusasteraan Arab.
Pengajian kesusasteraan dengan Syeikh Muhammad bin Bahri di Tunisia
dimanfaatkan untuk menajamkan kemahirannya dalam syair.
Beliau banyak menghasilkan syair-syair semenjak kanak-kanak lagi.
Sumbangan
1. Ibnu Khaldun Berjaya menganalisis sejarah dari aspek kemasyarakatan, ekonomi, politik,
dan pendidikan dalam karyanya.
2. Memberi panduan terbaik kepada manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun.
Beliau berpendapat bahawa sesebuah tamadun tertegak di atas hasil kombinasi diantara
keunggulan rohani dan jasmani.
3. Ibnu Khaldun merupakan pelopor kepada pemikiran-pemikiran moden khususnya dalam
bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi, dan pendidikan.
4. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama belaiu iaitu Ibnu
Khaldun Chair of Islamic Studies di universiti Amerika.
5. Nama Ibnu Khaldun diabadikan dalam sebuah universiti terkemuka di Jakarta, Indonesia
iaitu Universiti Ibnu Khaldun.
Karya Agung Ibnu Khaldun
1. Muqaddimah Ibnu Khaldun.
2. Tarifu Bibni Khaldun wa Rihlatuhu Gharban wa Syarqan.
Muqaddimah Ibnu Khaldun lebih berkualiti dan berpengaruh kepada pemikiran manusia.
Beliau berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan menjadikan rasional sebagai kayu
pengukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang tidak terbukti
kebenarannya.
Beliau menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan oleh sejarawan dalam
penelitian dan analisis laporan sejarah iaitu ;
a) Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan berdasarkan kaedah sebab dan
musabab.
b) Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan iktibar kepada peristiwaperistiwa yang sedang berlaku.
c) Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar terhadap apa yang berlaku.
d) Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya terhadap peristiwa yang berlaku.
Penutup
1. Ibnu Khaldun merupakan tokoh falsafah yang terkenal. Beliau juga menguasai pelbagai
ilmu perubatan.

PENDIDIKAN ISLAM
2. Ibnu Khaldun telah melakukan perubahan dalam beberapa bidang ilmu seperti ilmu
sejarah dan persejarahan, sosiologi, politik, dan sosiologi pendidikan.
As Sayyid Jamaluddin al Afghani
Sayid Jamaluddin Asadabadi, Jamaluddin Afghani atau Jamaluddin al-Afghani
merupakan seorang aktivis politik dan nasionalis Islam di Afghanistan, Iran, Mesir, dan
Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-19.
Beliau merupakan salah seorang pelopor pemodenan Islam.
Riwayat Hidup
Aspek

Keterangan
Nama
As Sayyid Jamaluddin bin Safdar al Afghani.
Gelaran
As Sayyid.
Tempat lahir
Perkampungan Asad Abad, Kabul, Afghanistan.
Tarikh lahir
1254 H atau 1838 M.
Keturunan
Bersambung dengan Saidina Ali dan
Rasulullah.
Juga bersambung dengan Imam Tarmizi.
Tarikh meninggal dunia
5 Syawal 1341 H atau 9 Mac 1897 Masihi (60 tahun)
Tempat meninggal dunia
Kabul, Afghanistan.
1. Sayyid Jamaluddin al Afghani banyak merantau untuk menyebarkan idea-idea Islah.
2. Pengaruhnya yang besar terhadap umat islam telah menyebabkan beliau sering diburu
oleh pihak Perancis, Inggeris, dan konco-konco mereka.
3. Pernah dilantik sebagai anggota Majlis al Maarif (Kementerian Pendidikan) di Istanbul,
Turki.
4. Idea Islah yang dibawa oleh beliau diteruskan oleh muridnya iaitu Syeikh Muhammad
Abduh.
Keperibadian
1. Berani memeperjuangkan kebenaran.
o Beliau petah berpidato untuk menaikkan semangat umat islam supaya bersatu
menentang pihak penjajah.
2. Suka merantau.
o Mengembara untuk mengkaji kedudukan umat islam serta menyebarkan idea
Islah.

PENDIDIKAN ISLAM
3. Seorang yang tekun.
o Menguasai pelbagai jenis ilmu dan bahasa.
4. Mencintai ilmu pengetahuan.
o Sangat meminati ilmu pengetahuan menyebabkan beliau merantau ke beberapa
buah negara untuk mempelajari pelbagai jenis ilmu.
5. Mempunyai akal fikiran yang cerdas, tajam, dan berpandangan jauh.

PENDIDIKAN ISLAM
Pendidikan
1. Menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun.
2. Pada usia 18 tahun, beliau menguasai pelbagai jenis ilmu pengetahuan seperti al-Quran,
hadis, fiqah, dan ilmu kalam.
3. Beliau bermusafir ke India untuk mendalami ilmu sains dan matematik moden.
4. Menguasai beberapa bahasa dunia seperti bahasa Parsi, Arab, Perancis, Inggeris, dan
Rusia.
Sumbangan
1. Beliau merupakan penggerak utama dalam perjuangan menentang penjajah.
2. Merantau ke beberapa buah negara islam untuk menyatukan umat islam serta
mengembalikan keyakinan mereka supaya mengusir penjajah dari tanah air mereka.
3. Pidatonya yang bernas dapat menyuntik semangat umat islam.
4. Beliau juga menghasilkan beberapa akhbar:
o urwatul wuthqa (Perancis).
o Misr (Mesir).
o At Tijarah (Mesir).
o Khafiqin (London).
5. Idea Islah yang dibawanya memberi pengaruh yang besar dalam jiwa umat islam hingga
ke hari ini.
Karya yang Dihasilkan
1.
2.
3.
4.

Al Amal al Kamilah.
Ar Raddu ala Addahriyain.
Tatimmatulbayan Fi Tarikh Afghan.
Al Khatirat.

Idea Islah As Sayyid Jamaluddin Al Afghani


Pengertian Islah.
o Islah berasal daripada kata kerja Islaha yang bermaksud pembaikan.
o Islah bermaksud pembaikan atau perubahan terancang ke arah yang lebih baik.

PENDIDIKAN ISLAM

Bentuk-bentuk Islah.
o Merupakan usaha untuk mengembalikan kecemerlangan umat islam sebagaimana
zaman khulafa Ar Rasyidin.
o Membina perpaduan tanpa mengira bangsa dan budaya melalui gagasan Jemaah
Islamiah.
o Beliau mengkritik taqlid ama (mengikut sesuatu secara membuta tuli) tanpa
berlandaskan al-Quran dan sunnah.
o Menyeru umat islam supaya kembali kepada ajaran islam yang tulen.
o Cuba menyedarkan umat islam tentang keburukan fanatik kepada sesuatu mazhab
sehingga memecahbelahkan kesatuan umat islam.
o Berpandangan bahawa umat islam mesti menumpukan perhatian kepada usahausaha untuk memerdekakan tanah air dan fikiran mereka daripada penjajah.
Kesan Islah
o Idea Islah disambung oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Muhammad Rasyid
Ridha.
o Gerakan Islah dari Asia Barat ini lebih besar pengaruhnya berbanding gerakan
Islah dari India yang dipelopori oleh Syah Waliullah ad Dahwali.
o Di Malaysia, gerakan Islah dikembangkan oleh siswazah-siswazah dari universiti
di Mesir dan Mekah.
o Gerakan Islah telah mendorong umat islam mengkaji semua fahaman dan amalan
masyarakat serta membetulkannya menurut tafsiran al-Quran dan sunnah.
o Gerakan ini telah berjaya mengembalikan keyakinan umat islam tentang
kemuliaan dan kekuatan yang ada pada mereka.
Keperluan Individu Terhadap Islah
o Islah amat diperlukan dalam kehidupan umat islam untuk membangunkan diri dan
melaksanakan islam menurut ajarannya yang murni.
o Islah dapat memberikan keyakinan kepada umat islam tentang kesesuaian islam
untuk dilaksanakan pada setiap masa dan dalam semua keadaan.
Penutup
As Sayyid Jamaluddin al Afghani adalah pejuan Islah yang gigih.
Beliau vuba meyatukan umat islam melalui gagasannya iaitu Jemaah Islamiah.
Beliau meniup semangat anti penjajah menerusi ceramah, pidato, dan penulisan.

10

PENDIDIKAN ISLAM

Syeikh Muhammad Abduh


Pendahuluan
Syeikh Muhammad Abduh merupakan seorang pakar undang-undang berbangsa Mesir,
ilmuan agama, dan reformis pendidikan melalui pengislahan dalam sistem pendidikan.
Beliau berjaya memperbaiki sistem pendidikan dan kehakiman syariah.

Riwayat Hidup
Nama sebenar beliau ialah Muhammad bin Abduh bin Hasan Khairullah .
Bapanya, Abduh bin Hasan Khairullah, merupakan seorang petani dan mempunyai
salasilah keturunan dengan bangsa Turki.
Ibunya, Junaidah Uthman, dikatakan mempunyai salasilah perhubungan dengan Saidina
Umar bin al-Khattab r.a..
Nama Abduh diambil daripada hadis Nabi Muhammad s.a.w., iaitu abduhu wa rasuluh.
Beliau dilahirkan pada tahun 1849 Masihi bersamaan dengan 1265 Hijrah di Kampung
Mahallat Nasr, Mukim Sujubrakhit, Daerah Buhairah, Mesir.
Syeikh Muhammad Abduh pernah dibuang negeri kerana dikatakan terlibat dengan
Pemberontakan Urabi.
Beliau dibuang negeri pada tahun 1882 Masihi.
Semasa menjalani hukuman tersebut, beliau pergi ke Perancis dan menerbitkan majalah
al-Urwah al-Wuthqa bersama gurunya, Sayid Jamaluddin al-Afghani.
Beliau pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Antara jawatan yang
pernah disandangnya ialah:
a) Guru di Masjid al-Husaini di Mesir;
b) Pensyarah di Darul 'Ulum, Mesir;
c) Guru di Sekolah as-Sultaniah, Beirut;
d) Ketua Editor Akhbar al-Waqa'i'a al-Misriyah di Mesir;
e) Ketua Hakim Mahkamah Rayuan di Mesir;
f) Anggota Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar di Mesir;
g) Mufti kerajaan Mesir (1899 - 1905).
11

PENDIDIKAN ISLAM
1. Beliau meninggal dunia pada tahun 1905 bersamaan dengan tahun 1314 Hijrah di
Iskandariah, Mesir.
Keperibadian
1. Beliau berani menyatakan idea-idea islahnya walaupun terpaksa berhadapan dengan
rintangan yang besar.
2. Beliau penyayang kepada anak-anak muridnya. Beliau menubuhkan al-Jami'iah alKhairiah al-Islamiah untuk membantu murid-muridnya yang menghadapi masalah
kewangan.
3. Selain itu, beliau merupakan seorang ulama yang berketerampilan. Beliau diberi
kepercayaan untuk menjawat beberapa jawatn penting negara seperti Ketua Hakim
Mahkamah Rayuan Mesir, Ahli Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti
Kerajaan Mesir.
4. Syeikh Muhammad Abduh merupakan seorang yang berdaya kreatif dalam menghasilkan
tulisan-tulisan yang bernas, sehingga dapat mempengaruhi pemikiran umat Islam ketika
itu.
Pendidikan
1. Belajar menulis dan membaca daripada bapanya semasa kecil.
2. Beliau telah mempelajari dan menghafaz al-Quran semasa berusia 10 tahun.
3. Setelah selesai menghafaz al-Quran, beliau menyempurnakan tajwidnya dan mempelajari
ilmu bahasa Arab di Masjid al-Ahmadi.
4. Beliau juga mempelajari tasawuf dan tatabahasa Arab daripada Syeikh Darwish Khudr
dan Syeikh Darwish.
5. Semasa menuntut di Universiti al-Azhar, beliau telah mempelajari banyak ilmu,
termasuklah matematik dan falsafah daripada Syeikh Hasan at-Tawil.
6. Pada tahun 1877, beliau memperolehi ijazah daripada Universiti al-Azhar.
7. Pada tahun 1896, Syeikh Muhammad Abduh berkesempatan bertemu dengan Sayid
Jamaluddin al-Afghani yang mengunjungi Mesir dan sempat mendalami bidang
akademik dan pemikiran Islam.

12

PENDIDIKAN ISLAM
Aliran pemikiran serta perjuangan
1. Syeikh Muhammad Abduh banyak mengambil inspirasi daripada Gerakan Islah yang
dipelopori oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani. Kesannya, beliau lebih bersikap terbuka
berbanding sebelumnya.
2. Beliau banyak memberi saranan ke arah pembangunan rohani dan jasmani umat Islam.
Saranan-saranan beliau meliputi aspek-aspek berikut:

Akidah: Syeikh Muhammad Abduh menyeru umat Islam agar kembali kepada ajaran
sebenar dalam bentuk yang asal dan murni serta menyesuaikannya dengan kehendak
semasa. Syaratnya, ia tidak boleh bercanggah dengan kehendak al-Quran dan Sunnah.
Beliau menolak sekeras-kerasnya konsep Taqlid al-A'm atau taklid buta. Beliau mengajak
umat Islam mempelajari ilmu-ilmu Fardu Ain dan Fardu Kifayah untuk membina umat
yang mempunyai daya fikir yang tinggi dan seterusnya mampu keluar daripada belenggu
penjajahan.

Integrasi ilmu: mendapati sisitem pendidikan pada masa itu hanya tertumpu kepada
bidang-bidang agama dalam bentuk huraian kitab-kitab klasik tanpa cuba disesuaikan
dengan kehendak semasa. Berdasarkan pengalamannya belajar di Tanta dan Universiti alAzhar, beliau mendapati keadaan pembelajaran di Tanta terlalu mundur, sehingga
disifatkan anak muda yang suka belajar di situ sentiasa dibendung rasa putus asa.
Keadaan di Universiti al-Azhar juga sama.

Beliau menyarankan supaya bidang-bidang ilmu Fardu Kifayah dimasukkan ke dalam


kurikulum sekolah dan universiti. Saranan itu diterima oleh Kerajaan Mesir. Sukatan
pengajian di Universiti al-Azhar diubah selaras dengan saranan beliau dan dijadikan
sebagai model kepada pusat-pusat pengajian tinggi lain di seluruh dunia Islam.

Kecekapan pentadbiran: Ketika beliau bertugas sebagai Hakim di Mahkamah Rayuan


Mesir, beliau mendapati kepincangan dalam sistem pentadbiran kehakiman. Beliau
berpendapat ia tidak sistematik dan perlu dengan pengislahan. Pengislahan yang
dilakukan dimuatkan di dalam karyanya yang berjudul at-Tahrir fi Islah al-Mahakim asSyar'iyyah.

Faktor melakukan pengislahan dalam sistem pendidikan

Beliau mendapat inspirasi Gerakan Islah Sayid Jamaluddin al-Afghani yang menjurus ke
arah mewujudkan integrasi ilmu.

13

PENDIDIKAN ISLAM

Kesedaran Syeikh Muhammad Abduh terhadap keperluan kepada Islah dalam kurikulum
sekolah dan universiti yang sudah ketinggalan zaman.

Sistem pendidikan masa itu menjurus ke arah taqlid buta dan pasif (jumud).

Kekurangan prasarana pendidikan serta bantuan dari Kerajaan Mesir kepada golongan
miskin.

Kadar gaji guru yang rendah.

Kaedah Islah
Disebabkan proses Islah memakan masa yang panjang dan dengan strategi yang baik, Syeikh
Muhammad Abduh menggunakan pelbagai metode untuk menyalurkan idea-idea Islahnya.
Antara saluran-saluran idea Islahnya ialah:

Melalui proses pengajarannya di Masjid al-Husaini, Darul 'Ulum, dan Universiti alAzhar;

Melalui media massa seperti majalah al-Urwah al-Wuthqa, akhbar al-Waqa'i'a alMisriyyah dan al-Ahram;

Melalui karya-karya ilmiah beliau seperti Risalah at-Tauhid, Tafsir Juz' 'Amma, at-Tahrir
fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah, al-Islam Wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih, dan al-Islam
wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyyah.

Melalui jawatan-jawatan yang disandang seperti Hakim Mahkamah Rayuan Mesir, ahli
Majlis Pengurusan Universiti al-Azhar Mesir dan Mufti Kerajaan Mesir.

Sumbangan dalam bidang pendidikan


Idea-idea yang dibawa oleh Syeikh Muhammad Abduh telah mengubah pandangan umat Islam
terhadap Islam yang sering terikut-ikut dengan sebahagian sarjana Muslim yang jumud dan pasif.
Syeikh Muhammad Abduh berjaya memberi gambaran yang jelas tentang keperluan umat Islam
kepada Islah, khususnya dalam bidang pendidikan. Idea Islah Syeikh Muhammad Abduh dalam
bidang pendidikan, khususnya di Universiti al-Azhar telah memberi kesan yang mendalam
terhadap perkembangan ilmu pengetahuan umat Islam. Antara idea tersebut ialah:

Mewujudkan mata pelajaran matematik, geometri, algebra, geografi, sejarah dan seni
khat;

14

PENDIDIKAN ISLAM

Mewujudkan piawaian dalam penganugerahan sijil;

Mewujudkan farmasi khusus untuk pelajar Universiti al-Azhar;

Menyediakan peruntukan gaji guru dari perbendaharaan negara dan waqaf negara;

Memperbaiki asrama pelajar dengan menekankan aspek-aspek keselamatan dan


kesihatan.

Syeikh Muhammad Abduh Juga meninggalkan beberapa karya yang bermutu dan menjadi
sumber rujukan utama dalam dunia Islam seperti:

Riasalah at-Tauhid

Tafsir Juz' 'Amma

Tafsir Surah al-'Asr

Risalah ar-Raddi 'ala ad-Dahriyyin yang merupakan terjemahan karya Sayid Jamaluddin
al-Afghani

Syarh Nahji al-Balaghah

Syarh Maqamat al-Badi'

at-Tahrir fi Islah al-Mahakim as-Syar'iyyah

al-Islam wa ar-Raddu 'ala Muntaqidih

al-Islam wa an-Nasraniyyah ma'a al-'ilmi wa al-Madaniyah

Penutup
Beliau merupakan seorang mujaddad yang telah memberi sumbangan yang besar
terhadap kemajuan pemikiran umat islam.
Idea Islah yang dibawanya telah memberi perubahan yang besar dalam kehidupan umat
islam.

15

PENDIDIKAN ISLAM

Syeikh Tahir Jalaluddin


Pendahuluan
Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki Al-Azhari, merupakan tokoh bidang Falak
Syarie di alam Melayu Nusantara yang telah memantapkan bidang fardu kifayah tersebut
di rantau ini menerusi pengajaran, penggunaan dan penyebaran ilmu tentangnya di
kalangan 'alim ulamak yang bertanggungjawab membuat taqwim Islam tempatan.
Riwayat Hidup
Aspek

Keterangan
Muhammad Tahir bin Syeikh Muhammad bin Ahmad
Jalaudddin.
Gelaran
Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, al Falaki.
Tempat lahir
Sumatera Barat, Indonesia.
Tarikh lahir
7 November 1869 M
Keturunan
Berasal dari keluarga yang berilmu.
Tarikh meninggal dunia
26 Oktober 1956.
Tempat meninggal dunia
Perak, Tanah Melayu (Malaysia)
1. Bapanya, Syeikh Ahmad adalah seorang ulama dan hakim yang terkenal berketurunan
Melayu Minangkabau.
Nama

2. Apabila Syeikh Tahir Jalaluddin kembali dari pengajian pada 1900 masihi, beliau terus
menetap di Perak.
3. Antara tugas yang pernah disandang beliau adalah:
o Guru di Madrasah al Masyhur di Perak.
o Guru di Madrasah Parit Jamil, Muar, Johor.

16

PENDIDIKAN ISLAM
o Guru di Masjid al Haram, Mekah.
o Mufti Negeri Perak.
o Mufti Negeri Johor.
o Nazir sekolah-sekolah agama Johor.
4. Ketika beliau menjadi mufti di Perak, beliau mandapat gelaran Syeikh.

Keperibadian
1. Menepati masa.
o Beliau tidak pernah lewat menghadiri kelasnya melainkan kerana keuzuran.
2. Cinta kepada ilmu pengetahuan.
o Suka membaca. Beliau menyediakan perpustakaan kecil di rumahnya.
3. Tekuh dan gigih.
o Beliau menyebarkan idea Islah walaupun sentiasa ditentang oleh para ulama
tradisional tanah air.
4. Seorang yang gigih dan bersungguh-sungguh dalam memajukan masyarakat islam.
5. Seorang yang kreatif dan berminat menghasilkan karya-karya ilmiah.
6. Seorang yang tegas dan memiliki semangat perjuangan yang tinggi.
Pendidikan
1.
2.
3.
4.

Semasa berumur 12 tahun, beliau telah belayar ke Mekah.


Di Mekah, beliau tinggal bersama saudara sepupunya iaitu Syeikh Muhammad al Khatib.
Syeikh Muhammad al Khatib merupakan pemimpin mazhab Syafie di Masjid al Haram.
Pada tahun 1893 masihi, beliau menyambung pelajaran dalam bidang Falak di Universiti
Al Azhar, Mesir.
5. Beliau tekun mempelajari ilmu Falak hingga berjaya menguasainya dengan baik.
Idea Islah Syeikh Tahir Jalaluddin
1. Beliau mula tertarik dengan idea Islah semasa beliau bersahabat dengan Sayyid
Muhammad Rasyid Ridha iaitu murid Syeik Muhammad Abduh di Universiti Al Azhar.
2. Apabila kembali ke Malaysia, beliau berusaha untuk menyedarkan masyarakat islam
tentang perlunya kebebasan berfikir yang tehindar daripada kongkongan khurafat dan
syirik serta penjajah luar.
3. Mesej Islah Syeikh Tahir Jalaluddin ialah:

17

PENDIDIKAN ISLAM
Mengajak umat islam supaya mengamalkan ajaran islam yang berteraskan alQuran dan sunnah yang bebas daripada adat lama yang sebahagiannya dipusakai
dari agama hindu.
Menjauhkan pengaruh negatif dari luar khususnya dari barat.
Berusaha mempelajari pelbagai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.
Menolak taqlid buta dalam masyarakat.

18

PENDIDIKAN ISLAM
Kaedah menyampaikan Islah.
1. Melalui penerbitan akhbar.
Menerbitkan majalah al Imam bersama Sayyid Syeikh al Hadi pada bulan Jamadil
akhir 1342 hijrah bersamaan bulan Julai 1906 masihi di Singapura.
Akibat tekanan daripada pihak penjajah Inggeris dan Belanda, penerbitan majalah
al Imam telah dihentikan pada tahun 1908 masihi.
Berikutan itu, beberapa majalah lain muncul seperti:
a) Al Munir, di Indonesia (1908 M).
b) Neraca, di Singapura (1911 M).
c) Pengasuh, di Malaysia (1918 M).
2. Melalui jawatan yang disandang.
Kesarjanaan beliau semakin terserlah apabila beliau dilantik menjadi mufti Perak
dan Johor.
Beliau menggunakan kesempatan tersebut dengan baik untuk menyebarkan idea
Islah kepada masyarakat.
3. Melalui pengajaran.
Semasa beliau menjadi guru di Madrasah al Masyhur, Pulau Pinang dan Madrasah
Parit Jamil, Johor, beliau mengambil peluang untuk menyebarkan idea Islah
dalam kalangan murid-murid dan guru-guru.
Usaha beliau mendapat sokongan rakan-rakan serta murid-muridnya seperti
Syeikh Muhammad Jamil Jambik, Syeikh Abdullah Ahmad dan Syeikh Abdul
Karim Amrullah (bapa Hamka).
Menerusi asuhan mereka, lahir tokoh-tokoh pendakwah serta penyokong Islah
generasi seterusnya seperti Hamka, Haji Agus Salim, Profesor Datuk Doktor
Zulkifli Muhammad dan Syeikh al Hadi.
Sumbangan
1. Bidang pendidikan
o Pada tahun 1908 masihi, beliau menubuhkan Madrasah al Iqbal Islamiyah di
Riau, al Madrasatul ad Dabiyah di Sumatera Barat.
2. Bidang ilmu falak,
o Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengembangkan ilmu falak di
Malaysia.
o Kemahiran beliau dalam ilmu falak, menyebabkan beliau digelar al Falaki.
3. Dalam bidang kesusasteraan
o Syeikh tahir Jalaluddin merupakan penggiat sastera. Ini terbukti melalui penulisan
seperti yang terdapat dalam majalah al Imam dan seumpanya.
Penutup
1. Syeikh Tahir Jalaluddin adalah seorang pejuang Islah yang gigih dan berdedikasi.

19

PENDIDIKAN ISLAM
2. Perjuangan beliau memberi kesan positif kepada perkembangan pemikiran umat islam di
nusantara.
Hamka
Pendahuluan
Beliau mendapat nama panggilan "Buya" yang diambil daripada perkataan Arab 'Abi'
atau 'Abuya' yang membawa maksud ayah atau seseorang yang amat dihormati.
Hamka merupakan ketua Majelis Ulama Indonesia,salah satu daripada pertubuhan agama
Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan Muhammadiyah.
Sewaktu zaman penjajahan Belanda,Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia
seperti Pedoman Masyarakat,Panji Masyarakat dan Gema Islam.
Riwayat hidup
Aspek
Nama
Gelaran
Tempat lahir
Tarikh lahir
Tarikh meninggal dunia

Keterangan
Haji Abdul Malik bin Syeikh Abdul Karim bin Syeikh
Muhammad Amirullah.
Hamka. (nama singkatan yang menggabungkan nama
beliau dan bapanya).
Sumatera Barat, Indonesia.
13 Muharam 1362 H atau 16 Februari 1908 M.
24 Julai 1981 M (73 tahun)

1. Bapanya adalah seorang ulama terkenal yang membawa perubahan di Minangkabau.


2. Tugas dan jawatan yang pernah disandang:
Guru agama di Tebing Tinggi, Medan dan Padang Panjang.
Pensyarah di Universiti Islam, Jakarta.
Pensayarah di Universiti Muhammadiyah di Padang Panjang.
Rekod Perguruan Tinggi Jakarta .
Pegawai Tinggi Agama Indonesia.
3. Hamka menerima banyak anugerah daripada pelbagai pihak kerana jasa dan sumbangan
beliau.
Keperibadian
1. Hamka merupakan orang yang petah berpidato. Beliau pernah diberi penghormatan untuk
berpidato dalam satu rancangan radio arab Saudi.
2. Seorang yang berjiwa seni. Ini jelas kelihatan melalui gaya bahasa beliau dalam karyakarya agungnya. Rangkap-rangkap pantun dan syair banyak terdapat dalam tulisan beliau.
3. Seorang yang berani. Semasa revolusi terhadap pihak penjajah Belanda di Sumatera,
Hamka dengan beraninya mengatur siri pidato untuk membangkitkan semangat umat
islam menentang Belanda.

20

PENDIDIKAN ISLAM

Pendidikan
1. Hamka mempelajari al-Quran dan asas-asas agama daripada bapanya iaitu Syeikh Abdul
Karim.
2. Beliau mendapat pendidikan rendah di Sekolah Desa Padang Panjang dan Sekolah
Agama at Tawalib yang didirikan oleh bapanya sendiri.
3. Hamka banyak mengikuti pengajian di masjid dan surau yang disampaikan oleh ulamaulama yang terkenal ketika itu.
4. Hamka suka menghabiskan masa lapangnya di perpustakaan untuk membaca buku-buku
falsafah, kesasteraan, sejarah, dan poltik dunia.
5. Beliau menggunakan kemahirannya dalam bahasa Arab untuk mengkaji karya-karya
sarjana timur tengah dan sarjana barat seperti Karl Marx.
Kegigihan Hamka
1. Pada usia 17 tahun, Hamka menerbitkan sebuah majalah dakwah yang diberi nama
Khatibul Ummah.
2. Semasa berada di Mekah, pada tahun 1927 masihi, Hamka mengasaskan persatuan
Hindia Timur untuk memberi pelajaran kepada jemaah haji Indonesia.
3. Apabila pulang dari Mekah, beliau menganggotai pertubuhan Muhammadiyah dan
mengetuai cawangan di Padang Panjang.
4. Pada tahun 1935 masihi, Hamka mengasaskan Kolej al Mubalighin.
5. Seterusnya, pada tahun 1936 masihi, Hamka menerbitkan majalah Pedoman Masyarakat.
6. Sejak itu, Hamka mengasaskan beberapa buah majalah yang bermotifkan dakwah.
7. Pada tahun 1935 masihi, Hamka dilantik sebagai anggota pimpinan pusat Pertubuhan
Muhammadiyah.
Sumbangan
1. Hamka merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan yang besar kepada umat
isalm di nusantara.
2. Karya-karya beliau dalam bidang agama, kesasteraan, dan falsafah menyentuh secara
langsung kehidupan umat islam di rantau ini.
3. Hamka merupakn penyambung idea Islah yang dibawa oleh Sayyis Jamaluddin Al
Afghani dan Muhammad Abduh di nusantara.
4. Akhbar dan majalah digunakan sepenuhnya untuk mengajak umat islam mengkaji semula
tentang sebahagian kefahaman dan ajaran yang bertentangan al-Quran dan sunnah.
5. Karya-karya beliau terutamanya Tafsir al Azhar meninggalkan kesan yang mendalam
dalam bidang ilmu dan pemikiran umat islam di alam melayu.
6. Pendekatan Hamka yang sederhana diterima baik oleh masyarakat islam di Indonesia,
malah pada peringkat antarabangsa.
7. Kegigihan beliau mendapat perhatian pelbagai pihak untuk menganugerahkannya dengan
pelbagai anugerah.

21

PENDIDIKAN ISLAM

Perjuangan Hamka
1. Seluruh kehidupan Hamka diisi dengan perjuangan.
2. Hamka pernah mengetuai Front Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda
di Indonesia.
3. Semas Hamka menjadi anggota Pimpinan Pusat, Pertubuhan Muhammadiyah beliau
menentang khurafat, bidah, dan tariqah, kebatilan yang sesat. Untuk tujuan itu, beliau
menubuhkan pusat latihan dakwah Muhammadiyah.
4. Hamka menggunakan pidato dan penulisan sebagai medium untuk menyampaikan ajaran
islam.
5. Beliau pernah dipecat daripada jawatan ketua umum Majlis Ulama Indonesia kerana
kelantangannya.
Karya-karya Hamka
1. Khatibul Ummah, Jilid 1-3. Ditulis dalam huruf Arab.
2. Si Sabariah. (1928)
3. Pembela Islam (Tarikh Saidina Abu Bakar Shiddiq),1929.
4. Adat Minangkabau dan agama Islam (1929).
5. Ringkasan tarikh Ummat Islam (1929).
6. Kepentingan melakukan tabligh (1929).
7. Hikmat Isra' dan Mikraj.
8. Arkanul Islam (1932) di Makassar.
9. Laila Majnun (1932) Balai Pustaka.
10. Majalah 'Tentera' (4 nombor) 1932, di Makassar.
11. Majalah Al-Mahdi (9 nombor) 1932 di Makassar.
12. Mati mengandung malu (Salinan Al-Manfaluthi) 1934.
13. Di Bawah Lindungan Ka'bah (1936) Pedoman Masyarakat,Balai Pustaka.
14. Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (1937), Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.

22

PENDIDIKAN ISLAM
15. Di Dalam Lembah Kehidupan 1939, Pedoman Masyarakat, Balai Pustaka.
16. Adat Minangkabau menghadapi Revolusi,1946.
Penutup
1. Hamka adalah penerus idea Islah.
2. Hamka menggunakan karisma dalam pidato dan penulisan untuk menyampaikan ajaran
islam secara berkesan kepada masyarakat.
3. Keberanian beliau merupakan sifat peribadi yang terpuji.

Lampiran

Karya-karya Hamka.

23

Ibnu Sina.

PENDIDIKAN ISLAM

Karya Ibnu Khaldun,

24

PENDIDIKAN ISLAM
al Muqaddimah
Rujukan
1. http://ms.wikipedia.org
2. Afandi Sahi, Hamil@Amir Abdul Hamid, Muhammad Zaini Yahya, Zulhizmi Omar,
Master Studi Sasbadi SPM Pendidikan Islam Tingkatan 4 dan 5, Sasbadi Sdn. Bhd., 2004,
Petaling Jaya.

25

Anda mungkin juga menyukai