Anda di halaman 1dari 14

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

PENGGUNAAN MEDIA BARU DALAM PEMBELAJARAN


BAHASA ARAB

FAWWAZ FATHANAH BINTI MADZLAN


D20101039056
PENSYARAH:
PROF. DATO DR. HASSAN BASRI BIN AWANG MAT DAHAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KUNDANG


48020 RAWANG,
SELANGOR DARUL EHSAN.

BAB 1
PENGENALAN
1.0

Pendahuluan
Penguasaan bahasa Arab sebagai pembelajaran bahasa asing telah
menjadi isu sejak sekian lama. Masalah yang berlaku bukan hanya
di sekolah, malah kajian yang dilakukan di universiti juga mendapati
pelajar tidak dapat menguasai bahasa Arab dengan baik terutama
kemahiran mendengar (Rahimi, 2003).
Persepsi dalam kalangan murid berhubung dengan mata
pelajaran bahasa Arab adalah persepsi yang negatif. Mereka
menganggap bahasa Arab sebagai satu mata pelajaran yang susah
dan membebankan. Selain itu sikap murid terhadap mata pelajaran
bahasa Arab sebagai waktu pengajaran dan pembelajaran yang
sungguh membosankan. Stevens (1990) merumuskan bahawa
masalah

pembelajaran

bahasa

antaranya

ialah

disebabkan

ketiadaan atau kekurangan minat untuk belajar.


Mempelajari bahasa Arab masih lagi dianggap sukar oleh
kebanyakan pelajar. Hal ini mungkin disebabkan kerumitan bahasa
itu sendiri untuk dikuasai atau kerana metode pengajaran dan
pembelajaran yang kurang efektif (Prof. Dato Dr. Mohamed Asin
2007). Bahasa Arab merupakan bahasa asing yang merangkumi
empat proses pembelajaran kemahiran iaitu kemahiran membaca,
menulis, mendengar dan bertutur. Bahasa Arab yang bukan
merupakan bahasa komunikasi mereka dan ini menjadikan sesi
pembelajaran bahasa arab menjadi susah dan mereka menjadi
kurang

berminat

dan

tidak

dapat

memahami

keseluruhan

pembelajaran tersebut.
Kerumitan masalah yang dihadapi dalam pengajaran bahasa
Arab sebagai bahasa kedua jelas dapat dilihat daripada dapatandapatan kajian yang telah dijalankan dalam program bahasa Arab di

Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada


tahun 1993 ( Haji Ismail, A.R. 1993). Kajian tersebut menunjukkan
bahawa terdapat pertentangan yang jelas antara setiap kompenan
kurikulum bahasa Arab dengan matlamat yang digariskan. Masalah
yang dihadapi dalam Pengajaran Bahasa Arab Sebagai Bahasa
Kedua jelasnya adalah rumit dan merentasi semua aspek yang
berkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Antara

punca

atau

permasalahan

yang

dihadapi

ialah

pengajaran bahasa arab ini tidak mengikuti arus perkembangan


semasa. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab kelihatan
sentiasa

meminggir

dan

memencilkan

diri

daripada

arus

perkembangan dan kemajuan dalam pencapaian penyelidikan dan


kajian arena pengajaran dan pembelajaran bahasa sebagai bahasa
kedua. Ini seolah-olah tidak memberi sebarang pengaruh atau
sumbangan terhadap pembelajaran bahasa Arab ( Abdul Rahim
1994:123).
Penguasaan bahasa Arab bukanlah sesuatu yang mustahil
dilaksanakan. Dengan mengetahui strategi dan pendekatan yang
efektif adalah langkah yang paling bijak. Di dalam kertas kerja yang
ringkas ini, penulis cuba meninjau pendekatan terkini untuk
mempelajari bahasa Arab dengan menggunakan media terkini.
Terdapat pelbagai cara bagi meningkatkan tahap penguasaan
bahasa

Arab

di

kalangan

pelajar

antaranya

adalah

dengan

menggunakan media baru seperti internet. Justeru, apa yang


diharapkan

melalui

memaksimumkan

perancangan
maklumat

dan

kajian

ini

dapat

supaya

dapat

mempertingkatkan

kefahaman serta minat pelajar dalam mempelajari bahasa arab


dengan menggunakan media baru sebagai bantuan pengajaran.

1.1

Masalah / Fokus Kajian

Pelajar sering menghadapi masalah untuk memahami pembelajaran


bahasa Arab di dalam kelas. Mereka juga kurang berminat dalam
mempelajari bahasa arab kerana bahasa arab merupakan bahasa
asing dan susah untuk difahami. Kajian ini memfokuskan kepada
permasalahan pelajar terutamanya dalam menunjukkan minat dan
menambahkan kefahaman kepada mereka.
Teknik pengajaran mempunyai hubungan yang signifikan
dengan penguasaan sesuatu pengetahuan dan kemahiran dalam
kalangan pelajar ( Jamaludin & Zaidatun, 2003). Justeru guru perlu
memilih teknik pengajaran yang baik dan sesuai untuk menyampai
isi pengetahuan atau melatih kemahiran, kerana teknik yang baik
dan sesuai boleh menjadi pemangkin kepada penguasaan ilmu dan
kemahiran dalam kalangan pelajar.

Dengan mengadakan aktiviti interaktif menggunakan media


baru seperti internet, facebook, blog, youtube dan lain-lain, saya
berharap dapat meningkatkan tahap penguasaan kemahiran dan
menambahkan keyakinan serta meningkatkan minat murid terhadap
pelajaran mereka.

1.2

Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar kurang berminat serta
kurang memahami pembelajaran dalam bahasa Arab semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran (P&P).

1.4

Objektif Kajian/ Tujuan Kajian


i. Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk


kemahiran

asas

meningkatkan penguasaan kemahiran-

bahasa

Arab

dengan

menggunakan

persembahan media yang mudah, ringkas dan menarik dan untuk


meningkatkan

penbendaharaan

kata,

serta

dapat

menguasai

kemahiran menyebut, menulis, mendengar dan membaca perkataan


di dalam bahasa Arab di kalangan pelajar. Oleh itu,murid akan dapat
memahami dengan lebih baik penggunaan kaedah tersebut dan
lebih berminat untuk belajar.

ii. Objektif Khusus


Objektif khusus kajian ini adalah supaya :
Mengenal pasti tahap penguasaan asas bahasa Arab
Murid dapat memahami dengan mudah .
Minat untuk mempelajari bahasa Arab.
Meningkatkan tahap murid dalam kemahiran menggunakan
media.
Mempelbagaikan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran
murid.

1.5

Soalan Kajian
Secara khusus, kajian ini diharapkan dapat menjawab soalan-soalan

kajian tersebut :
1. Apakah tahap penggunaan media baru dalam pengajaran
Bahasa Arab di sekolah?
2. Bagaimanakah tahap pelajar

dalam

pembelajaran menggunakan media baru.

meminati

kaedah

3. Apakah

tahap

menggunakan

pencapaian

kaedah

media

kemahiran
baru

4P

dalam

dengan

pembelajaran

bahasa Arab?
4. Adakah wujud perbezaan pencapaian antara kumpulan yang
menggunakan media baru dengan kumpulan yang tidak
menggunakannya dalam pembelajaran?

1.6

Signifikan Kajian
Kajian ini sangat penting khususnya kepada para guru bahasa arab
dan para pelajar yang mengambil matapelajaran bahasa arab.
Secara khususnya, kajian ini bertujuan membantu para guru dan
pelajar di semua peringkat pengajian termasuklah sekolah rendah,
sekolah menengah dan universiti.
Kajian ini menyediakan para guru dengan teknik dan kaedah
yang lebih kreatif untuk memastikan tahap pencapaian pelajar
dalam mempelajari bahasa arab dengan lebih menarik dan tidak
membosankan serta menambah penguasaan pelajar terhadap
kemahiran asas bahasa arab supaya menjadi lebih baik. Selain itu,
kajian

ini

dapat

memberikan

penambaikan

dalam

kaedah

pengajaran guru khususnya, selain mendedahkan pelajar dengan


kaedah penggunaan media baru yang betul.
Kajian ini juga bertujuan menarik perhatian para guru
khususnya menitikberat akan kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang lebih efektif untuk menarik pelajar belajar bahasa arab dengan
mudah dan tidak membosankan. Penulis beranggapan bahawa
dengan meningkatnya pengusaan para pelajar dalam kemahiran 4P
melalui media baru ini akan turut meningkatkan penguasaan para
pelajar dalam penambahan pembendaharaan kata juga memastikan
mereka dapat bertutur dengan lebih baik dan yakin.
BAB 2

2.0

KAJIAN LITERATUR
Kejayaan program pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab tidak
terhenti pada kecekapan para guru dan kemantapan kurikulum
semata-mata, tetapi sikap dan kepedulian pelajar terhadap bahasa
yang dipelajari memainkan peranan yang paling penting (Ab. Halim
& Wan Mohamad, 2006). Pelajar yang mempunyai sikap yang positif
terhadap bahasa sasar atau yang bersikap negatif terhadap semua
itu, sedikit sebanyak akan mempengaruhi hasil pembelajaran dan
kecekapan berbahasa. Ini bertepatan dengan pandangan Mansoer
Pateda (1990) yang menyatakan bahawa sikap merupakan aplikasi
daripada minat seseorang terhadap sesuatu. Ia juga merupakan
faktor

dalaman

yang

mempengaruhi

pelajar

dalam

proses

pembelajaran bahasa.
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi
kompleks.

Ia

meliputi

keupayaan

membaca

dengan

pantas,

memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat


interpretasi

secara

bijak

dan

analisis.

Ketika

seseorang

itu

membaca, ia sebenarnya sedang berkomunikasi secara langsung


dan sedar dengan bahan bacaannya. Dia mencuba menyelami
pemikiran dan idea yang cuba disampaikan oleh pengarang.
Seseorang yang berjaya menguasai kemahiran membaca bermakna
dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok pemisah yang maha
besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai
bentuk karya (Zulkifley Hamid, 1994).
Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan
dalam meningkatkan minat pelajar untuk terus menguasai sesuatu
kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih berkesan. Oleh
itu, guru perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai
dan menarik supaya boleh menukar suasana pembelajaran yang
kaku kepada pembelajaran yang melibatkan pelajar. Aplikasi dan

manipulasi pengajaran bahasa melalui media elektronik, pengisian


komputer, grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan
tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran bahasa.
Guru perlu kreatif dan inovatif serta menguasai kemahiran teknologi
maklumat seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa.
Kejayaan guru memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan
kajian Nadzeri (1985).
Menurut Omardin (1999), sumber dan bahan pengajaran yang
digunakan oleh guru perlu menarik, dapat mengekalkan minat
pelajar, mengembangkan minat pelajar terhadap pelajaran dan
menjadikan pembelajaran lebih menarik. Melalui bantuan media
baru

akan

dapat

membentuk

daya

pemikiran,

kreatif

dan

memperkukuhkan persepsi pelajar.


Sini et al. (1983) menyarankan kepada guru-guru bahasa Arab
yang menggunakan buku al-Arabiyyah li-na-shi-n sebagai buku teks
untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa
kedua, supaya menggunakan ABM untuk memperdengarkan teksteks petikan dialog. Ini kerana penggunaan ABM, antaranya media
internet, pita rakaman audio atau makmal bahasa, dapat meningkat
minat

pelajar

untuk

mendengar

teks

petikan,

berbanding

penggunaan suara guru. Secara tidak langsung, penggunaan ABM


akan meningkatkan kefahaman pelajar apabila mendengar teks
petikan. Jamaludin dan Zaidaton (2003) mendapati penggunaan ICT
multimedia, termasuk teknologi pendidikan, termasuk pita rakaman
audio, dapat merangsang indera pendengaran pelajar.

BAB 3

3.0

METODOLOGI KAJIAN
Bagi

mendapatkan

data,

kajian

ini

menggunakan

beberapa

instrumen seperti tinjauan, temu bual dan borang soal selidik.


Tinjauan digunakan bagi melihat laman web yang boleh diguna
pakai untuk tujuan pembelajaran bahasa Arab . Carian dilakukan ke
dalam pelbagai laman web bahasa Arab melalui internet bagi
melihat web-web yang sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran.
Temu bual turut dijalankan kepada tenaga pengajar dan
pelajar bahasa Arab bagi mengetahui web yang mereka layari
dalam bidang tersebut dan mendapatkan pandangan dan maklum
balas berhubung bidang ini. Borang soal selidik juga turut diedarkan
kepada responden yang terdiri daripada guru-guru dan pelajar
bahasa Arab bagi melihat kekerapan penggunaan bahan dalam
bidang ini dan sejauh manakah ia dapat membantu mereka. Turut
diperolehi melalui borang ini pandangan dan ulasan mereka
terhadap bahan-bahan melalui internet.
Melalui penggunaan instrumen di atas data dapat diperolehi
bagi menjawab persoalan yang dikemuka. Melalui kajian ini

diharapkan banyak dapat membantu pelajar-pelajar untuk lebih


mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat untuk
mempelajari

bahasa

Arab

serta

membantu

pelajar

untuk

menambahkan penbendaharaan kata dan meningkatkan keyakinan


mereka dalam berkomunikasi, membaca dan menulis kerana telah
dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

3.1

Instrumen Kajian.
Instrumen yang digunakan selain dari temubual dan tinjauan untuk
kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Kelebihan menggunakan
kaedah ini adalah responden tidak memerlukan masa yang banyak
untuk

menjawab soal selidik dan mengganggu responden yang

mempunyai tugas-tugas tertentu. Selain daripada itu kaedah ini


menjimatkan

masa,

kos,

lebih

senang

mendapat

kerjasama

responden dan dapat menghasilkan item-item yang konsistan serta


boleh dipercayai. Soal selidik ini dibahagikan kepada tiga bahagian
utama iaitu :
Bahagian A
Soalan-soalan mengenai maklumat latar belakang guru dan murid
dimuatkan dalam ruangan ini. Soalan yang dikemukakan adalah
berkaitan dengan jantina, umur, pengalaman mengajar, kelulusan,
jumlah waktu mengajar, tingkatan yang diajar dan kursus komputer
yang dihadiri.
Bahagian B
Bahagian

B,

memuatkan

soalan

yang

direka

bentuk

bagi

mendapatkan maklumat dari responden mengenai penggunaan


komputer dan internet serta masalah-masalah dalam penggunaan
komputer dan internet dalam membantu proses pengajaran.
Bahagian C

Soalan yang dikemukakan adalah berkaitan dengan jenis-jenis


perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

3.2

Kumpulan Sasaran/ Batasan Kajian


Kumpulan sasaran ialah pelajar dan guru dari Sekolah Menengah
Kebangsaan

Sri

Kundang

dalam

pengkhususan

bahasa

Arab.

Pengkaji menggunakan soal selidik, tinjauan dan temubual untuk


memungut data. Aspek yang dikaji oleh pengkaji adalah tertumpu
kepada beberapa pembolehubah tertentu seperti kesediaan belajar,
kemahiran bertutur, membaca dan menulis bertujuan mendapat
gambaran tentang penguasaan asas bahasa Arab responden.

3.3

Kaedah Kajian
a) Pemerhatian
Daripada pemerhatian didapati pelajar sering bermasalah untuk
memahami dan kurang berminat untuk mempelajari serta
mempunyai

penbendaharaan

kata

yang

terhad

semasa

berinteraksi dengan guru di dalam kelas.

b) Tindakbalas Dalam Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran


Pelajar sering kali menghadapi kesukaran untuk menyebut
perkataan dan menghadapi masalah membuat ayat pertuturan
serta

tidak

menunjukkan

mempelajari bahasa Arab.


c) Ujian Pencapaian

minat

dan

semangat

untuk

Di dalam ujian oral yang dijalankan pelajar tidak dapat


menyebut perkataan dan berinteraksi dengan baik semasa sesi
soal jawab dijalankan.
d) Perancangan
Bagi mengatasi masalah ini satu perancangan khusus telah
dibuat dengan menggunakan keadah video hiwar dari youtube.
e) Tindakan
Pelajar disediakan video kanak-kanak melakukan perbualan
hiwar dalam bahasa Arab. Setiap pelajar diberi kertas dialog
dan diminta untuk membaca dan menyebut bersama-sama guru.
Guru akan membahagikan kumpulan pelajar kepada 2 orang
setiap kumpulan. Pelajar-pelajar

tersebut akan melakonkan

watak tersebut dengan bantuan watak lain dan guru bagi


melatih penggunaan bahasa.
f) Pemerhatian
Daripada pemerhatian, para pelajar kelihatan lebih semangat,
berminat dan memberi respon yang memberangsangkan di
dalam bilik darjah. Ini kerana mereka secara sukarela dan
bersedia menyertai aktiviti tersebut.
g) Refleksi
Kaedah ini diharapkan dapat membantu pelajar-pelajar untuk
lebih mudah memahami apa yang dipelajari dan lebih berminat
untuk mempelajari bahasa Arab serta membantu pelajar untuk
menambahkan

penbendaharaan

kata

dan

meningkatkan

keyakinan mereka dalam berkomunikasi, membaca dan menulis


kerana telah dapat mengatasi masalah yang dihadapi.

3.4

Jadual Cadangan Pelaksanaan Kajian

BIL
.
1.

CADANGAN AKTIVITI

TEMPO

Mengenal pasti dan mengumpul data awal

H
1

2.

Merancang tindakan individu

minggu
1

3.

Melaksanakan tindakan aktiviti

minggu
2

4.

Mengenal

5.

dalam aktiviti
Melaksanakan tindakan aktiviti

6.

Refleksi kajian

1 hari

7.

Menulis laporan kajian

1 hari

8.

Pembentangan dapatan kajian

1 hari

pasti

masalah

yang

timbul

minggu
1
minggu
1minggu

RUJUKAN
Ab. Halim Mohamad & Wan Mohamad Wan Sulong. 2006. Antara Minat
Dan Sikap Pelajar Terhadap Bahasa Arab: Satu Kajian Ke Atas Pelajar
Bacelor Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Prosiding Wacana Pendidikan
Islam (siri 5). Bangi: Pusat Penerbitan dan Percetakan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Asma Abdul Rahman dan Maimun Aqsha Lubis. 2009. Kaedah Pengajaran Bahasa Arab
untuk Kanak-kanak Pintar. Nilai: Penerbit USIM.
Haji Ismail, A.R. 1993. The Teaching of Arabic in the Faculty of Islamic Studies: The
Problem of Compatibility. Kertas Kerja Seminar Bulanan Fakulti Pendidikan Bangi:
UKM.

Jamaludin Harun dan Zaidatun Tasir. 2003. Multimedia dalam Pendidikan.


Bentong: PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd.
Mat Nor Hussin dan Ab. Rahman Ab. Rashid. 1987. Alat Bantu Mengajar dalam Pengajaran
Bahasa. Pulau Pinang: Pusat Teknologi Pendidikan dan Media, Universiti Sains
Malaysia.
Mohd Rosdi Ismail dan Mat Taib Pa. 2006. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di
Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Rahimi Said. 2003. Penggunaan Internet untuk pengajaran dan
pembelajaran kemahiran membaca dan menulis bahasa Arab
disebuah Universiti. Kuala Lumpur: Projek Sarjana yang tidak
diterbitkan. Fakulti Pendidikan, UM.
Rosni Samah. 2009. Isu Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia. Nilai: Penerbit USIM.
Wan Azura Wan Ahmad [et al.]. 2007. Pendekatan dan Strategi Efektif dalam Penguasaan
Bahasa Arab. Nilai : Penerbit USIM.

Anda mungkin juga menyukai