Anda di halaman 1dari 1

9.

0 REFLEKSI KAJIAN
Semasa ujian pos dilakukan, saya merasa sangat gembira dan terharu apabila melihat murid-murid
yang sebelum ini langsung tidak tahu menulis perkataan Jawi dan tidak tahu menyambung hurufhuruf tunggal mampu melakukannya dengan penuh keyakinan tanpa memanggungkan kepala
mereka untuk melihat kiri dan kanan bagi mencari jawapan daripada rakan, seperti sebelum ini.
Mereka begitu khusyuk tunduk dan menulis jawapan mereka tanpa ragu-ragu.
Walaupun kami telah berpuas hati kerana murid telah mengenal huruf yang boleh dan tidak boleh
disambung secara total, tetapi daripada pemerhatian, masih ada murid yang tidak tahu untuk
menulis huruf jawi dengan betul apabila bersambung. Saya telah merangka beberapa cara untuk
mengatasi masalah tersebut melalui Kajian Tindakan yang seterusnya.
Penulisan Kajian Tindakan ini juga banyak membuka dimensi pemikiran baru saya terhadap dunia
pendidikan. Saya dapat mencungkil kekuatan dan kelemahan diri dan murid. Saya telah
menyenaraikan beberapa cadangan untuk tindakan pada masa hadapan, iaitu menggunakan dua
teknik ini seawal mungkin terhadap murid-murid dan menggunakan teknik ini dengan kerap dalam
latihan latih tubi agar mereka tidak perlu menggunakan kunci huruf lagi untuk meningkatkan
kemahiran menulis sesuatu perkataan.

Anda mungkin juga menyukai