Anda di halaman 1dari 5

Apa Itu Kurikulum?

Kurikulum
Definisi kurikulum
Kurikulum ialah spesifikasi yang bertujuan untuk mengkomunikasikan keperluan dan
kandungan untuk suatu cadangan pendidikan dalam bentuk yang boleh
diterjemahkan secara berkesan dalam praktikal. (Stenhouse, 1971)
Soalan penting
Apakah langkah yang diambil untuk menggubal kurikulum?
Bagaimanakah kurikulum digubal?
Apakah elemen-elemen dalam penggubalan kurikulum dan bagaimanakah
elemen-elemen tersebut berhubung dengan yang lain secara konseptual?
Sesuatu teori Kurikulum kurikulum mesti menyentuh aspek-aspek berikut:
1. Kurikulum sebagai unsur budaya/ ilmu pengetahuan
? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu
pengetahuan yang hendak dikenalpasti.
? Apakah yang ingin diajar?
2. Kurikulum ialah untuk kumpulan pelajar tertentu
? Teori Kurikulum harus menguraikan kumpulan pelajar yang dibenarkan
mempelajari mata pelajaran tertentu.
? Siapakah yang diajar?
3. Kurikulum membantu guru/pendidik mengajar
? Teori Kurikulum harus mempunyai ulasan tentang apakah unsur budaya/ ilmu
pengetahuan yang gunakan oleh guru.
? Harus menyatakan reka bentuk kurikulum
? Tujuan, matlamat, objektif, isi kandungan
Apakah reka bentuk kurikulum?
4. Konteks sosial, politik, ekonomi sentiasa berubah
? Teori kurikulum harus menghuraikan cara unsur budaya/ ilmu pengetahuan yang
menyebabkan kurikulum berubah-ubah merentasi masa.
? Teori kurikulum harus menghuraikan perkembangan kurikulum
Bagaimana perubahan masyarakat mempengaruhi perubahan kurikulum.

Reka Bentuk Kurikulum mengikut Tyler, Taba dan Stenhouse


Ralph tyler

Pengaruh penting dari 1949


Empat soalan mesti dijawab semasa menggubal kurikulum.
1. Apakah tujuan pendidikan yang ingin dicapai?
2. Apakah pengalaman pendidikan untuk mencapai tujuan pendidikan ?
3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan disusun?
4. Adakah tujuan pendidikan telah dicapai?
Hilda taba
Penggubalan kurikulum haruslah sistematik, objektif, saintifiik dan berorientasi
penyelidikan
Andaian pembelajaran tujuan penting bagi sekolah
curricula are designed so that students may learn
Lebih preskriptif daripada tyler
Taba mencadangkan tujuh langkah semasa menggubal kurikulum.
Urutan 7 langkah
1. Diagnosis keperluan
2. Pembentukan objektif
3. Pemilihan isi kandungan
4. Penyususunan isi kandungan
5. Pemilihan pengalaman pembelajaran
6. Penyususunan pengalaman pembelajaran
7. Penentuan apa yang dinilai dan caranya
Model Stenhouse
Kurikulum ialah satu proses.
Kurikulum berkaitan dengan interaksi antara guru, pelajar dan ilmu.
Kurikulum ialah sesuatu yang berlaku dalam bilik darjah.
Digunakan sebagai panduan penyediaan pengajaran.
Pembelajaran ialah spesifikasi tentang amalan pengajaran
- Pembelajaran adalah berpusat kepada murid.
Proses pembelajaran merupakan tugas utama guru.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada kejayaan kurikulum
1 Amalan P&P
2 Kegiatan kokurikulum
3 Perkongsian bestari
4 Budaya
5 Bahan P&P
6 Tenaga Pengajar
7 Kewangan
TAJUK: KEKUATAN DAN KELEMAHAN MODEL TYLER DAN MODELTABA DALAM
PENGEMBANGAN KURIKULUM

1.0 PENDAHULUAN
Malaysia merupakan negara yang pesat membangun menuju negara maju
seiringdengan negara-negara maju yang lain. Bagi mencapai matlamat itu, negara
harusmenyediakan sejumlah besar golongan cerdik pandai bagi membolehkan kita
bersaing di peringkat global. Oleh itu, bagi memenuhi
tuntutan itu, pendidikan dijadikan agendautama bagi negara ini malah di manamana negara juga. Dunia pendidikan hari ini adalah penentu masa depan negara.
Justeru itu, bagi memastikan pendidikan negara mencapaimatlamat, sistem
kurikulum haruslah unggul. Ini kerana Kurikulum merupakan
instrumen penting dalam mencapai tujuan pendidikan, malah digunakan sebagai
garis panduandalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) pada
semua peringkat danlapangan sekolah. Kurikulum pendidikan merupakan satu
wadah penting dalam menjanaanjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia
juga memainkan peranan pentinguntuk melahirkan insan deduktif
yang dinamik dalam semua aspek kehidupan (MasturaBadzis, 2008).
Kurikulum tercipta adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara.
Lantaran itu kurikulum juga menjadi cerminan kepada falsafah pandangan hidup
suatu bangsa,
yang akan menjadi panduan hala tuju dan acuan kehidupan sesuatu bangsa dimas
a hadapan.Seiring dengan kepentingan kurikulum tersebut, Kurikulum yang dibina
haruslah dinamis dan terus
berkembang untuk disesuaikan dengan pelbagai perkembangan yang terjadi pada
masyarakat dunia dan haruslah ditetapkan hasil yangsesuai dengan matlamat. Peng
embangan kurikulum sebaiknya dilaksanakan secarasistematik berdasarkan prinsip
yang bersepadu iaitu memberikan garis panduan bahawa keseluruhan komponen
haruslah tepat dan saling berkait antara satu sama lain, tidak berasingan,
malah secara menyeluruh. Penyusunan satu komponen harus dinilaikeseragamanny
a dan perkaitannya dengan komponen-komponen lainnya sehinggakurikulum benarbenar bersepadu dan utuh.
Seterusnya bagi menjayakan sesuatu sistem kurikulum tidak dapat tinggalkaniaitu
kaedah pendekatan atau penggunaan model yang sesuai dengan
pengembangankurikulum. Dengan itu, kurikulum dapat diubah dengan baik dan
benar. Sekali gus,tujuan pendidikan itu dapat tercapai dengan apa yang diinginkan
oleh negara.Tokohtokoh terdahulu telah mencipta banyak model yang digunakan dalam pengembang
an kurikulum. Menurut Robert S. Zain dalam bukunya:Curriculum Principles and Fou
ndation (Dakir, 2004: 95-99) berbagai model dalam pengembangankurikulum
secara kasarnya dinyatakan seperti berikut: Model Administratif ( Line Staf ),Model
dari Bawah (Gross-Roots), Model Demonstrasi, Model Tyler, Model Taba,
ModelBeauchamp, Model Wheeler, Model Nicholls dan Model Dynamic Skilbeck.
Akan tetapisebelum diadaptasikan model-model tersebut dalam pengembangan
kurikulum, terlebih

dahulu model tersebut harus dikaji dan ditelaah sehingga pelaksanaannya dapatterl
aksana dengan lancar dan ia benar-benar sesuai dengan tujuan pendidikan.
Pemilihansuatu model pengembangan kurikulum bukan saja dinilai pada kelebihan
yang ada padamodel tersebut, dan kemungkinan hasil yang bakal dicapai, tetapi
juga perlu disesuaikandengan sistem kurikulum dan sistem pendidikan sesebuah
negara. Nadler (1988)menjelaskan bahawa model yang baik adalah model yang
dapat menolong si penggunauntuk mengerti dan memahami suatu proses secara
terperinci dan menyeluruh.Oleh itu, dalam penulisan ini, penulis akan memfokuskan
kepada kekuatan
dankelemahan dua model yang dianggap sinonim dan relevan dengan pendidikan di
Malaysia iaitu Model Tyler dan Model Hilda Taba.2.0DEFINISI2.1KURIKULUMMenurutR
alph Tyler (1935), kurikulum adalah seluruh pengalaman belajar yangdirencanakan
dan diarahkan oleh sekolah untuk mencapai tujuan pendidikannya.

Menurut Hilda Taba (1962) pula, kurikulum ialahpernyataan tentang tujuantujuan pendidikan yang bersifat umum dan khusus dan materinya dipilih dandiorgan
isasikan berdasarkan suatu pola tertentu untuk kepentingan belajar dan mengajar.
Menurut Laporan Jawatan Kuasa Kabinet 1979, dalam konteks Malaysia ,kurikulum
boleh didefinisikan sebagai,Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan
oleh sekolah atau institusi pendidikan adalah
untuk mencapai matlamat pendidikan. Kurikulum mengandungi dua aspek :
1.Sukatan dan kandungan mata pelajaran dengan aktiviti pengajarandan
pembelajaran2.kurikulum merangkumi sukan, persatuan dan unit
beruniformMengikut Akta Pendidikan 1996; Pendidikan (Peraturan Kurikulum
Kebangsaan)1997 mendefinisikan Kurikulum Kebangsaan sebagai :Program
pendidikan yang merangkumi aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang
mencakupi semua ilmu pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, elemen budaya dankepercayaan untuk membantu
mengembangkan murid sepenuhnya dari aspek fizikal,rohani, mental dan emosi
serta memupuk dan memperkembangkan nilai murni yang diingini serta untuk
menyebarkan ilmu pengetahuanTerdapat pelbagai definisi terhadap kurikulum yang
diberikan oleh pakar-pakar dan pengkaji. Sesetengah pengkaji berpendapat
kurikulum merupakan satu pengalaman.
Menurut Neagly dan Evans dalam Kamaruddin Hj. Husin dan rakanrakan (2004)kurikulum ialah semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan
oleh pihak sekolahyang bertujuan untuk membimbing murid memperoleh hasil
pembelajaran yang telahditetapkan mengikut keupayaan masingmasingPemahaman dalam menginterpretasi makna kurikulum begitu luas. Maka
hal itumenjadi sebuah pertanyaan, apakah kurikulum itu ada pengertian yang telah
disusunsecara spesifik dan disetujui oleh banyak golongan? Ataukah pengertian
kurikulum ituharus disesuaikan dengan objek yang dituju? Tapi pada dasarnya dari

berbagai definisi tentang kurikulum di atas, maksud dan tujuannya


sama yaitu tentang pengertian kurikulum pendidikan.

Anda mungkin juga menyukai