Anda di halaman 1dari 4

CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA

KINI
CIRI DAN KUALITI GURU DALAM MENGHADAPI CABARAN MASA KINI
Menjadi guru biasa kini tidaklah semudah yang disangka. Cabaran tugas dan
tanggungjawab yang diletakkan di bahu guru-guru kini ternyata amat berat.
Pendidikan yang menjadi teras pembentukan mana-mana generasi turut terpanggil
dan terheret untuk menangani cabaran era globalisasi. Acuan pendidikan yang tepat
dan bersesuaian amat penting bagi menentukan hala tuju pembinaan tamadun
manusia dan negara di Malaysia khususnya umat Islam.
Menurut Kamus Dewan global bermaksud dunia seluruhnya. Manakala ,
globalisasi membawa maksud menjadi atau menuju ke arah kesejagatan. Ayat yang
sering kita dengar kini adalah dunia tanpa sempadan. Fenomena globalisasi ini
berlaku di seluruh dunia dan memberi kesan kepada semua negara dalam pelbagai
aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik, budaya dan pendidikan.
Proses globalisasi dianggap sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan
sesiapa yang tidak turut serta akan ketinggalan. Proses globalisasi ini berlaku dalam
tiga bentuk utama iaitu teknologi, ekonomi dan ideologi. Ketiga-tiga bentuk ini saling
berkaitan antara satu sama lain dan mempunyai hubungan secara langsung dengan
dunia pendidikanCabaran globalisasi dan liberalisasi menuntut perubahan dinamik
dalam sistem pendidikan bagi melahirkan warganegara glokal yang bertindak bijak
menghadapi cabaran globalisasi dan liberalisasi mengikut acuan local atau
tempatan.
Falsafah Pendidikan Negara telah menggariskan bahawa pendidikan di
Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah usaha untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara

Namun perlaksanaan terhadap konsep kesepaduan dalam pendidikan ini


masih kabur dalam usaha mencapai matlamat melahirkan individu yang seimbang.
Ini dapat dilihat pada arus pembangunan dan teknologi yang berlaku tidak seiring
dengan objektif Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menuntut tindakan yang
bersepadu dalam kehidupan masyarakat dan pembangunan nasional. Cita-cita
materialistik dan duniawi yang menghantui pemikiran masyarakat menyebabkan
perlaksanaan FPN dalam sistem pendidikan tidak terlaksana dengan berkesan
bahkan nilai-nilai murni dan didikan agama dan moral sebenarnya tidak dianggap
suatu yang utama. Penghayatan terhadap nilai-nilai agama dan moral hanya suatu
teori yang tertulis sahaja. Proses pengajaran dan pembelajaran tertumpu kepada
proses kognitif yang dikira penting untuk menghadapi peperiksaan dan bernilai
komersil untuk masa depan pelajar.
Untuk menanggani cabaran-cabaran yang dihadapi tersebut, seseorang guru
itu perlulah mempunyai ciri dan kualiti yang profesional sesuai dengan peroses
globalisasi ini. Cabaran guru untuk merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan,
khasnya meningkatkan kualiti sekolah ialah guru haruslah sentiasa berusaha
meningkatkan taraf professional melalui latihan dalam perkhidmatan, perlaksanaan
penyelidikan tindakan secara kolaborasi, membuat refleksi kendiri, memupuk budaya
ilmu, menambah ilmu dan kemahiran melalui e-pembelajaran dan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran yang terkini untuk merancang serta melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Dari segi pengajaran yang efektif dalam sekolah berkualiti pula, bergantung
kepada perlakuan mengajar guru dalam proses perancangan, pelaksanaan dan
penilaian. Keberkesanan pengajaran boleh berlaku apabila guru telah merancang
sesuatu program mengajar mengikut prinsip mengajar.pengajaran efektif mempunyai
objektif pelajaran eksplisit yang ditentukan berdasarkan sukatan pelajaran serta
kebolehan murid-murid. Selain itu melaksankannya dengan cekap dan berjaya
menggunakan teknik mengajar yang sesuai. Strategi dan kaedah mengajar yang
digunakan adalah sesuai dan cerdas diberikan aktiviti pengayaan, manakala muridmurid yang lambat dibimbing dengan aktiviti pemulihan. Keberkesanan pengajaran
ini dapat dilihat apabila guru menggunakan teknik penilaian terhadap aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Seorang guru berkualiti juga perlu mempertingkatkan Profesionalisme. Guru harus


sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai
wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini.
Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu
menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihakpihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi
mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat
dilakukan oleh para pendidik.
Perkara yang paling penting bagi guru zaman globalsasi ini ialah meningkatkan
kemahiran Dalam Penggunaan ICT. Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah
sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan
internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru
mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin
canggih ini. Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai
melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah
bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan
negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus
memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini
masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian
sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan
SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima
mungkin.
Selain itu juga seorang guru perlulah berpengetahuan, berdaya Fikir dan berakhlak.
Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan
ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu
semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang
berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari.
Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu
menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum
pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam
pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga
yang berguna kepada bangsa dan negara.

Di samping itu, guru juga mestilah berupaya membuat keputusan,menyelesai masalah


serta berfikiran kritis dan kreatif. Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka
bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana,
penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.
Tanggungjawab merupakan suatu perkara yang amat penting untuk membimbing
pelajar bagi mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab
terhadap terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap
adil, memupuk nilai murni. Tanggungjawab terhadap ibu bapa juga penting seperti seperti
mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak
mereka. Seterusnya tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari
menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama
dan persefahaman. Dan akhirnya tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti
mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang
menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.
Kesimpulannya, peranan guru sangat penting dalam membentuk modal
insan cemerlang. Oleh itu, reformasi pendidikan memainkan peranan yang penting
untuk melahirkan Wawasan 2020 supaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang
maju dan kecemerlangan pendidikan dalam erti kata yang sebenar

Anda mungkin juga menyukai