Anda di halaman 1dari 3

ASSIGNMENT PENUH

PENGENALAN
Secara umumnya, pedagogi merujuk satu kajian tentang pengajaran, khususnya
pengajaran dalam pendidikan formal. Pedagogi juga boleh dikatakan sebagai sains
dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Dalam hal ini, pedagogi juga
dikatakan melibatkan satu kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran,
pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan seterusnya interaksi antara guru
dan pelajar. Kini, pedagogi moden telah membahagikan fungsi pengajaran kepada
tiga bidang yakni bidang kognitif, iaitu berkenaan dengan aktiviti mental seperti
kefahaman, pengetahuan dan analisa, bidang afektif yakni yang berkaitan dengan
sikap dan sahsiah pelajar dan seterusnya bidang psikomotor, iaitu berkenaan
dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran hidup, pertukangan dan sukan. Bidangbidang ini telah dikemukakan oleh sarjana barat Taksonomi Bloom.
Pedagogi sangat berkait rapat dengan pengajaran dan pembelajaran yang
berbentuk formal. Pengajaran merupakan satu aktiviti yang berkaitan dengan
penyebaran

ilmu

pengetahuan

meliputi

aktiviti

perancangan,

pengelolaan,

penyampaian, bimbingan dan penilaian. Menurut Arbak (1985), pengajaran sebagai


organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru untuk menyampaikan pemahaman
tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada pelajarnya dalam suasana
yang dipanggil bilik darjah. Dalam hal ini, pengajaran dapat diringkaskan sebagai
satu perkara yang menyatakan kesanggupan untuk mencari ilmu sepanjang hayat,
menghormati kanak-kanak dan remaja, saling berkongsi ilmu pengetahuan antara
pelajar dan guru, membimbing, mengarah, membantu menyubur dan merancang,
menetapkan matlamat untuk diri sendiri dan murid, menghadapi cabaran diri dan
1

profesional dan akhir sekali sebagai satu cara untuk menyalurkan budaya dan nilai
nasional kepada pelajar.
Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu istilah yang berbeza apabila
dilihat

dari

segi

pengertiannya.

Ahli

psikologi

masing-masing

mempunyai

pandangannya yang tersendiri mengenai istilah pembelajaran ini. Ahli teoris


behaviorisme menegaskan bahawa pembelajaran merujuk perubahan tingkah laku
yang dapat diperhatikan manakala ahli kognitif pula menekankan tentang proses
mental yang terlibat semasa pembelajaran yang berlaku tetapi tidak dapat
diperhatikan. Menurut Evan & Brueckner (1990) dan Gagne (1985), pembelajaran
merupakan perubahan tingkah laku atau kebolehan untuk menunjukkan perlakuan
yang dikehendaki hasil daripada latihan ataupun pelbagai bentuk pengalaman.
Gagne juga menyatakan bahawa pembelajaran merupakan perubahan dari segi
kecenderungan atau kemampuan seseorang yang diperoleh dalam masa yang
panjang dan bukannya dikuasai secara mudah mengikut proses pertumbuhan
seseorang. Walaupun kedua-dua istilah tersebut berbeza dari segi pengertiannya
namun, ia sangat berkait antara satu sama lain dalam pedagogi pendidikan.
Secara umumnya, pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses yang
melibatkan interaksi guru dan pelajar dalam membentuk pelajar menjadi modal
insan yang cemerlang melalui ilmu pengetahuan yang diterapkan oleh guru. Dalam
menjayakan proses ini, pelbagai pendekatan yang telah diwujudkan dalam proses
ini. Kaedah serta teknik yang terbaik mampu membentuk pelajar berilmu atau
memudahkan pelajar memperoleh pengetahuan untuk diterapkan dalam kehidupan
harian mereka, misalnya kaedah tunjuk cara, simulsi dan sebagainya. Hal ini jelas

menunjukkan bahawa teknik dan kaedah yang terbaik mampu mempengaruhi


pemerolehan bahasa atau pengetahuan kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai