Anda di halaman 1dari 2

Nama: 1.

Siti Salwa binti Samsudin


2. Nur Hidayatul Hafizah bt Kasnon
SOALAN: 5 KELEBIHAN DAN 5 KEKURANGAN BAHAN BERCETAK.
Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah
didapati dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran
tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti
buku teks, buku kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, jurnal, surat,
berita, peta, surat khabar dan nota-nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini
mengandungi maklumat dalam bentuk perkataan, lukisan atau gambar. Gagne
telah memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran
yang paling sesuai untuk murid-murid
Kepentingan

menggunakan

bahan

cetak

ini

ialah

mewujudkan

rangsangan awal kepada murid untuk mempelajari topik tersebut. Rangsangan


awal yang diwujudkan melibatkan rangsangan deria mata dan tangan. Kanakkanak lumrahnya akan tertarik dengan pelbagai warna dan bentuk yang
berwarna warni, mereka juga mempunyai tahap inkuiri yang tinggi untuk
meneroka sesuatu yang berada di hadapan mereka. Oleh itu, penggunaan
bahan bercetak seperti buku teks boleh membantu merangsang minat murid dan
perasaan inkuiri murid dengan pelbagai gambar yang menarik dan dapat
dipegang oleh mereka sendiri. Ini dapat memberi pengalaman yang bermakna
kepada murid. Contohnya gambar seperti rajah kitaran hujan akan menunjukkan
proses yang berlaku sehingga terbentuknya air hujan. Dengan berpandukan
gambar rajah tersebut, murid akan tertarik untuk melihat satu persatu proses
berlakunya hujan berbanding mereka perlu membaca satu persatu proses
berlaku dalam bentuk ayat atau penulisan. Setelah mereka mendapat
pengetahuan awal berkenaan gambar tersebut, kebiasaannya barulah mereka
meneruskan pembacaan yang menarik minat mereka untuk mengetahui lebih
lanjut. Maka salah satu kelebihan menggunakan bahan bercetak telah dibuktikan
dapat menarik minat murid untuk menerokai gambar-gambar tersebut.

Selain itu, penggunaan bahan bercetak juga boleh menjimatkan masa


dan dibawa kemana-mana sahaja. Contohnya poster, seandainya guru ingin
mengadakan

kelas

di

dalam

bilik

interaksi

di

perpustakaan,

dengan

menggunakan poster sebagai sumber pengajaran, dan sifat poster yang ringan,
mudah

dibawa,

tidak

mudah

rosak

memudahkan

urusan

guru

untuk

memindahkan bahan tersebut ke bilik interaksi daripada meja beliau di dalam


bilik guru dan pembalajaran masih dapat diteruskan seperti biasa.
Tambahan pula, bahan bercetak juga lebih murah kosnya berbanding
bahan bersumberkan komputer yang memerlukan kos yang besar untuk
mengendalikannya. Guru tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk
menyediakan bahan pembelajaran, contohnya guru ingin menyediakan teks
cerita pendek untuk muridnya, guru boleh mencetak ke kertas lain dalam kuantiti
yang di perlukan dan mengedarkannya kepada murid-murid. Cara ini bukan
sahaja menjimatkan kos malahan boleh menjimatkan masa yang diperlukan
untuk menyediakan bahan.
Selain kelebihannya menjimatkan, baha bercetak juga lebih mudah
untuk dirujuk. Contoh bahan ialah surat majalah, guru ingin mengajar topik
menjaga kebersihan diri, dalam ruangan kandungan guru boleh merujuk muka
surat yang dikehendaki untuk melihat artikel yang berkaitan. Cara ini akan
memudahkan lagi urusan guru kerana masa untuk mencari bahan dapat di
singkatkan dan penumpuan terhadapt pembelajaran dapat di tingkatkan.
Bahan bercetak juga tahan lama, contohnya buku-buku, majalah, boleh
digunakan untuk jangka masa yang panjang. Bahan seperti ini juga guru boleh
gunakan pada bila-bila masa, dengan murid kelas berlainan dan pada tahun
berlainan. Contohnya, guru menggunakan contoh surat kiriman rasmi sebagai
sumber pengajaran dan pembelajaran di kelas 4 Amanah, dan dalam masa yang
sama semasa mengajar di kelas 4 Cergas, guru boleh menggunakan bahan
yang sama untuk menunjukkan kepada murid contoh surat kiriman rasmi.

Anda mungkin juga menyukai