Anda di halaman 1dari 59

SOALAN 1:Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan Manual Prosedur Kerja dan

Fail Meja. Nyatakan perbezaan-perbezaan di antara keduanya.

LATAR BELAKANG

Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8 Tahun 1991,


Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja adalah dua dokumen rasmi yang harus ada
dalam sesebuah jabatan atau pejabat. Kedua-dua dokumen ini adalah alat
pengurusan yang penting kerana dapat menyumbang kepada peningkatan
produktiviti jabatan atau pejabat keseluruhannya.

Sebelum Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja diperkenalkan, pekerjapekerja dalam sesebuah jabatan/organisasi menjalankan tugas berasaskan
pengetahuan, pengalaman dan tunjuk ajar pekerja-pekerja yang lama. Oleh itu,
terdapat pekerja-pekerja yang menjalankan tugas mereka tanpa mengetahui caracara bekerja yang betul dan tidak jelas dengan bidang kuasa masing-masing.
Keadaaan ini telah melambatkan penyelesaian dalam pelaksanaan sesuatu tugas.
Oleh itu, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja telah diperkenalkan.

Selain daripada fungsinya sebagai alat pengurusan untuk meningkatkan


kecekapan dan keberkesanan individu dan jabatan/pejabat, Manual Prosedur Kerja
dan Fail Meja juga berguna sebagai alat latihan terutama kepada pegawai baru yang
dilantik atau pegawai yang baru ditukarkan ke sesebuah jabatan/pejabat. Kedua-dua

dokumen

ini

adalah

saling

berkait

dan

dapat

membantu

mengurangkan

pergantungan pegawai kepada pengalaman pekerja lama serta dapat menjimatkan


masa untuk mempelajari dan memahami cara-cara menjalankan tugas.

MANUAL PROSEDUR KERJA

Manual Prosedur Kerja adalah sebuah dokumen rujukan bagi peringkat


jabatan atau pejabat. Ia mengandungi maklumat yang memberikan gambaran
secara menyeluruh tentang sesebuah jabatan/pejabat. Antara maklumat tersebut
adalah seperti sejarah dan rasional penubuhan jabatan/pejabat, objektif, fungsi,
prosedur dan pegawai atau staf yang bertanggungjawab melaksanakan prosedur
tersebut. Maklumat yang jelas dan terperinci membolehkan anggota jabatan/pejabat
melaksanakan tugas secara berkesan, tersusun dan lebih cekap.

Penetapan fungsi dan pembahagian tugas juga membolehkan setiap individu


di jabatan/pejabat memahami parameter tugas masing-masing dengan tepat di
samping mengetahui tugas bahagian/unit/individu lain di jabatan/pejabat tersebut.
Rangkaian prosedur dan pegawai/staf bertanggungjawab yang ditunjukkan pula
dapat memberikan gambaran yang jelas kepada individu mengenai langkah-langkah
yang terlibat dalam semua aktiviti.

Manual Prosedur Kerja merupakan satu proses pendokumentasian yang


sistematik dari segi susunan cara bekerja. Setiap kerja mempunyai proses dan

peraturan yang tertentu. Kerja yang tidak dijalankan mengikut proses dan peraturan
yang telah ditetapkan boleh mendatangkan kelewatan dan pembaziran masa. Bagi
membolehkan kerja dibuat dengan tepat, satu cara yang sistematk perlu diwujudkan.
Adalah penting bagi proses, peraturan, pegawai yang bertanggungjawab dan
hubungan kerja di antara pegawai dapat dikenalpasti, disusun dan dibukukan
dengan jelas supaya ianya dapat dijadikan sebagai bahan panduan. Dengan ini,
cara bekerja yang jelas dan teratur akan dapat meningkatkan produktiviti
jabatan/organisasi.

KANDUNGAN MANUAL PROSEDUR KERJA

i. Latar Belakang
Jabatan/Pejabat
viii. Borang

vii. Carta Aliran


Kerja

MANUAL
PROSEDUR
KERJA

ii. Objektif
Jabatan/Pejabat

iii. Carta
Organisasi
Jabatan/Pejabat

iv. Fungsi Utama


Jabatan/Pejabat

vi. Prosedur Kerja


Bagi Setiap Aktiviti
v. Aktiviti-aktiviti
Bagi Setiap Fungsi
Utama

LATAR BELAKANG JABATAN/PEJABAT


Latar belakang jabatan/pejabat mencatatkan sejarah penubuhan sesebuah
jabatan/pejabat. Maklumat-maklumat seperti tujuan dan matlamat jabatan/pejabat
ditubuhkan serta akta atau perundangan yang berkaitan akan dikandungkan di
dalam latar belakang ini.

Maklumat-maklumat di dalam latar belakang boleh dijadikan asas untuk


membentuk strategi bertindak jabatan/pejabat. Ia juga menjadi sumber rujukan
utama

ke

arah

membentuk

dan

menyusun

struktur, fungsi

dan

objektif

jabatan/pejabat. Selain daripada itu, maklumat-maklumat tersebut juga dapat


membantu para penyelidik dan mereka yang berminat untuk mengetahui
dan mendapatkan bahan-bahan mengenai sesebuah jabatan/ pejabat.

Contoh Latar Belakang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan FAMA) :


Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
Latar Belakang
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah
ditubuhkan pada 30 September 1965 di bawah Akta Parlimen 49
(1965) dan Akta Parlimen 141 (Pindaan) 1974
Strategi
Berdasarkan kepada hasrat Dasar Pertanian Negara, FAMA telah
menyusun strategi supaya dapat meningkatkan sumbangannya
kepada pembangunan pasaran hasil-hasil pertanian melalui:
1. Menggalakkan penyertaan petani dalam pemasaran;
2. Meluaskan saiz pasaran di dalam dan di luar negeri;
3. Memperbaiki amalan pemasaran di peringkat ladang dan

pasaran
4. Mempertingkatkan maklumat pasaran; dan
5. Menambahkan saluran pasaran.

2.1.1 OBJEKTIF JABATAN/PEJABAT


Objektif jabatan/pejabat adalah kenyataan mengenai apa yang hendak
dicapai

oleh

sesebuah

jabatan/pejabat

iaitu

selaras

dengan

matlamat

penubuhannya. Objektif jabatan/pejabat amat penting kerana ia menjelaskan


dengan tepat arah tuju dan merupakan asas bagi proses pengurusan strategik. Oleh
itu,

pengurusan atasan hendaklah membentuk objektif jabatan/pejabat masing-

masing dengan baik, menjelaskannya kepada ahli-ahli dalam jabatan/ pejabat dan
memastikan objektif ini dicapai. Objektif jabatan/pejabat juga menjadi asas bagi
pembentukan objektif setiap bahagian/unit.

Contoh objektif FAMA :


Objektif Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).
"Objektif Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ialah untuk
memperbaiki pemasaran hasil-hasil pertanian. Hasil-hasil pertanian
yang dipertanggungjawabkan kepada FAMA adalah luas, meliputi
hampir kesemua hasil pertanian yang dikeluarkan oleh petani-petani
kecuali padi, getah, kelapa sawit, tembakau, nenas dan ikan laut."

CARTA ORGANISASI JABATAN/PEJABAT

Carta

organisasi

jabatan/pejabat

menggambarkan

struktur

yang

menerangkan fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam sesebuah jabatan/pejabat. Carta


organisasi ini dijadikan sebagai rangka kerja dan panduan dalam menjalankan
aktiviti-aktiviti bagi membantu jabatan/pejabat mencapai objektif yang ditetapkan.
Carta organisasi jabatan/pejabat amat penting bagi menjelaskan perkara-perkara
berikut:

a) Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jabatan/pejabat.


Pembahagian dan pengumpulan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ditunjukkan
dengan

kewujudan

beberapa

Unit/Seksyen/Bahagian.

Biasanya

setiap

Unit/Seksyen/ Bahagian akan diperuntukkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti


tertentu sahaja. Misalnya, Bahagian Perkhidmatan biasanya hanya melaksanakan
urusan-urusan berkaitan hal-hal perkhidmatan sahaja, manakala Bahagian Gaji pula
hanya menjalankan urusan-urusan berhubung gaji. Contoh Unit/Seksyen/Bahagian
yang diwujudkan berdasarkan aktiviti ialah Pentadbiran, Kewangan, Penyelidikan,
Latihan dan lain-lain.

b) Rantaian perintah (chain of command)


Rantaian perintah menunjukkan peringkat hierarki sesebuah jabatan/ pejabat.
Peringkat-peringkat hierarki ini akan dapat membantu mengenalpasti ketua-ketua
yang bertanggungjawab dalam memberi arahan, membuat keputusan dan

mengawal kerja-kerja yang ditetapkan. Dengan mengenali hierarki yang telah


ditetapkan, proses membuat keputusan boleh dipercepatkan. Bagi jabatan/pejabat
pula, struktur atau carta organisasi jabatan/pejabat amat berguna bagi membantu
pihak pengurusan membuat perancangan seperti:

I.
II.
III.
IV.

penambahan atau pengurangan kakitangan;


pembesaran fungsi-fungsi jabatan/pejabat;
perancangan latihan staf;
saluran maklumat-maklumat pengurusan.

Carta organisasi jabatan/pejabat adalah berbeza-beza di antara satu jabatan/


pejabat dengan jabatan/pejabat yang lain disebabkan kelainan dari segi aktiviti,
fungsi dan peranan yang dimainkan. Ianya juga boleh berubah-ubah dari masa ke
semasa selaras dengan perkembangan yang berlaku dalam jabatan/pejabat. Oleh
itu, carta jabatan/pejabat perlu dikemaskini.
FUNGSI UTAMA JABATAN/PEJABAT
Fungsi utama jabatan/pejabat adalah tugas-tugas utama yang dijalankan bagi
membolehkan jabatan/pejabat mencapai objektif penubuhannya. Fungsi-fungsi
utama ini bergantung kepada jenis-jenis kegiatan sesebuah jabatan/pejabat.
Kegiatan-kegiatan ini ada yang khusus untuk jabatan/pejabat tersebut sahaja dan
ada yang merupakan kegiatan biasa (common activity) bagi setiap jabatan/pejabat.
Contoh fungsi-fungsi utama yang khusus bagi sesuatu jabatan/pejabat adalah
seperti berikut:

Jabatan:

Jabatan Pendaftaran Negara

Fungsi Utama:

Pendaftaran

Contoh Fungsi-fungsi Utama yang biasa bagi setiap jabatan/pejabat ialah:


(a)
(b)
(c)

Perkhidmatan
Pentadbiran Am
Kewangan

AKTIVITI-AKTIVITI BAGI SETIAP FUNGSI UTAMA


Aktiviti ialah kerja yang dijalankan di bawah fungsi utama. Pelaksanaan
sesuatu aktiviti melibatkan tenaga manusia, peralatan, bahan, masa dan kos.
Contoh-contoh aktiviti yang khusus adalah seperti berikut:
Jabatan:

Jabatan Pendaftaran Negara

Fungsi Utama:

Pendaftaran

Aktiviti:

(a) Kad Pengenalan


(b) Perkahwinan
(c) Sijil Kelahiran
(d) Kewarganegaraan
(e) Kematian

Contoh-contoh aktiviti yang biasa (common activity) ialah seperti berikut:


Fungsi Utama:

Perkhidmatan

Aktiviti:

(a) Urusan Pengisian Jawatan


(b) Urusan Pengesahan Dalam Jawatan
(c) Urusan Kemasukan Dalam Jawatan Berpencen
(d) Urusan Penanggungan Kerja

PROSEDUR KERJA BAGI SETIAP AKTIVITI


Prosedur kerja ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan
mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Adalah

penting bagi proses kerja disenaraikan kerana pekerja akan jelas dengan tindakantindakan yang perlu diambil untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Proses kerja yang
jelas dapat:

a. Mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan


tugas;
b. Memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perlu diambil semasa
menjalankan tugas;
c. Membantu kerja penyeliaan;
d. Memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila
pengemaskinian diperlukan;
e. Mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang;
f. Memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru;
g. Mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang
pegawai;
h. Memudah dan melicinkan urusan harian pejabat;
i. Menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah
ditetapkan.

Tindakan-tindakan bagi menyediakan proses kerja adalah seperti berikut:

i. Semak senarai aktiviti bagi mengenalpasti jenis-jenis aktiviti yang


memerlukan penyediaan proses kerja;

ii. Sediakan turutan tindakan untuk melaksanakan aktiviti tersebut;


iii. Mula dengan perkataan 'perbuatan' bagi menyenaraikan setiap proses;
iv. Senaraikan jawatan pegawai yang perlu mengambil tindakan ke atas
langkah-langkah berkenaan.

Contoh format dan proses kerja adalah seperti berikut:


a. Aktiviti Urusan Pengesahan Dalam Jawatan
Jawatan

Proses

Kerani
Perkhidmatan

Semak daftar perkhidmatan tiap-tiap bulan dan pastikan


pegawai-pegawai yang belum disahkan dalam jawatan.
Semak fail peribadi dan Buku Perkhidmatan pegawaipegawai berkenaan dan pastikan sama ada syarat-syarat
pengesahan telah dipenuhi. Berikan fail kepada Penolong
Pengarah Perkhidmatan.

Penolong
Pengarah
Perkhidmatan

Jika pegawai tidak memenuhi syarat:


Simpan fail dan Buku Perkhidmatan jika
tidakmelebihi tempoh percubaan.
Minta Kerani Perkhidmatan ambil tindakan
melanjutkan tempoh jika tempoh percubaan telah
tamat.
Jika pegawai sudah memenuhi syarat, rujuk kepada Ketua
Jabatan dengan catitan bahawa semua syarat syarat yang
ditetapkan telah dipenuhi untuk perakuan pengesahan
dalam jawatan.

Ketua Jabatan

Catat perakuan dalam fail.

Kerani
Perkhidmatan

Jika pegawai tidak memenuhi syarat lanjutkan tempoh


percubaan (sila lihat proses lanjut tempoh percubaan.)
Bagi pegawai yang diperakukan untuk Pengesahan,
sediakan borang berikut:
Borang perakuan Pengesahan Dalam Jawatan
(seperti Perintah Am 36);
Kenyataan Lulus Peperiksaan; dan

Kenyataan Perkhidmatan

Sedia surat dan hantar borang-borang di atas kepada SPA


melului Ketua Perkhidmatan.
Rekodkan pengesahan dalam kawatan dalam Buku
Perkhidmatan dan beri surat asal kepada Pegawai
berkenaan.
Sediakan Kew.8 (7 salinan) dan edarkan kepada:

Kerani Kewangan
SPA

JPA

Fail Peribadi
b. Aktiviti Urusan Pengesahan Dalam Jawatan

Jawatan

Proses

Kerani Bekalan/
Kerani Kewangan

Terima permohonan/arahan untuk mendapatkan perkhidmatan


penyelenggaraan dari Operator Mesin/ Jurutaip/Pemandu

Kerani Bekalan/
Kerani Kewangan

Bagi Penyelenggaraan Kereta:


Tentukan bengkel untuk menjalankan penyelenggaraan
berasaskan senarai bengkel yang dikeluarkan oleh Kontrak
Pusat

Pemandu

Hantar kereta untuk disenggarakan

Kerani Bekalan/
Kerani Kewangan

Bagi Penyelenggaraan Mesin:


Pastikan sama ada mesin berkenaan ada kontrak
penyelenggaraan atau tidak.

Kerani Bekalan/
Kerani Kewangan

Jika ada kontrak (tempoh jaminan/Kontrak Pusat) semak


jadual kontrak penyelenggaraan.
Jika tempoh jaminan telah berakhir pastikan sama ada kontrak
penyelenggaraan ada dalam Kontrak Pusat.
Jika ada, panggil syarikat yang dilantik oleh Kontrak Pusat.
Jika tiada dalam Kontrak Pusat tandatangani Kontrak
penyelenggaraan
Dapatkan kos bagi membaiki mesin berkenaan sari syarikat
yang menjalankan pembaikan.
Keluarkan Pesanan Kerajaan kepada syarikat berkenaan.
Terima pesanan Kerajaan dan invois dari syarikat pembaikan
dan pastikan:

Kerja-kerja pembaikan telah dijalankan dengan


sempurna.
Barang-barang gantian yang tercatit dalam invois telah
dibekalkan.

Sahkan invois dan kembalikan kepada syarikat berkenaan.


Rekodkan dalam buku daftar bil-bil dan dalam daftar logi (Buku

Daftar Pembaikan).
Uruskan bayaran.

CARTA ALIRAN KERJA


Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas
tindakan-tindakan yang terlibat dalam satu aktiviti atau prosedur. Carta aliran kerja
diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah atau
tindakan yang perlu diambil mengikut turutan yang betul, iaitu menunjukkan
peringkat permulaan dan peringkat penyelesaian yang dijelaskan secara ringkas.
Carta

aliran

memberikan

kefahaman

kepada

staf

mengenai

tugas

dan

tanggungjawab masing-masing.

Selain daripada itu carta aliran juga dapat menunjukkan di mana berlaku
kelewatan, 'bottleneck' dan kerja berulang-ulang. Ia juga dapat memberi gambaran
menyeluruh mengenai aktiviti yang dilakukan. Simbol-simbol tertentu digunakan
dalam carta aliran.
Carta aliran kerja hendaklah disediakan selepas penyediaan proses kerja.
Langkah-langkah bagi penyediaan carta aliran kerja adalah seperti berikut:
a. Rujuk proses kerja bagi aktiviti yang terlibat;
b. Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti

c. Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.

BORANG

Borang adalah alat pengurusan yang penting dalam urusan pentadbiran


pejabat. Borang digunakan untuk:
a. Menyimpan dan merekodkan maklumat;
b. Menyenangkan maklumat direkod dengan cara yang teratur dan
sistematik;
c. Membolehkan maklumat yang perlu dan mustahak sahaja yang
direkodkan.
Dengan adanya contoh-contoh borang yang digunakan, tujuan berikut dapat
dicapai:
a. Dapat menjelaskan lagi prosedur-prosedur yang diterangkan;
b. Semua borang-borang yang digunakan oleh jabatan/pejabat dan tujuan
borang dapat dikumpulkan untuk rujukan; dan
c. Pegawai-pegawai dapat memahami prosedur-prosedur dan borangborang yang digunakan dalam menjalankan tugas-tugasnya dengan
lebih berkesan.
FAIL MEJA
Fail Meja adalah panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan
oleh seseorang individu setiap hari yang meliputi:

i.

Senarai

tugas

dan

tanggungjawab

seseorang

ii.

jabatan/pejabat
Rangkaian prosedur dan senarai semak (checklist)

individu

dalam

iii.

Peruntukan

kuasa

dan

undang-undang

yang

terlibat

dengan

iv.
v.

tanggungjawab seseorang individu


Objektif Jabatan, Bahagian dan Unit Individu
Carta yang menunjukkan kedudukan individu dalam Bahagian atau Unit
masing-masing

Fail Meja berperanan untuk meningkatkan

kecekapan dan keberkesanan

setiap individu dalam sesebuah jabatan/pejabat. Bagi tujuan ini, Fail Meja dirangka
khusus untuk memberikan panduan terperinci mengenai semua tugas yang
dijalankan oleh seseorang individu setiap hari. Asas Fail Meja adalah senarai tugas
dan tanggungjawab seseorang individu dalam jabatan/pejabat.

Rangkaian prosedur dan senarai semak (checklist) yang terdapat dalam Fail
Meja adalah garis panduan langkah demi langkah yang dapat memandu setiap
individu menjalankan tugas mereka dengan cekap. Peruntukan kuasa dan undangundang yang terlibat dengan tanggungjawab seseorang individu juga dimuatkan
dalam Fail Meja ini. Objektif Jabatan, Objektif Bahagian dan Unit serta carta yang
menunjukkan kedudukan individu dalam Bahagian atau Unit masing-masing akan
membantu setiap individu memahami peranan mereka dalam jabatan/pejabat.

Dengan adanya Fail Meja, seseorang pegawai akan dapat memahami


peranannya dalam sesebuah jabatan/pejabat dan bagaimana ia boleh membantu
meningkatkan produktiviti jabatan/pejabat. Fail Meja adalah dokumen rujukan untuk

setiap pegawai bagi menjalankan tugasnya setiap hari dan harus ditempatkan di
meja pegawai.

KANDUNGAN FAIL MEJA


Objektif
Jabatan/Pejabat
Senarai Tugas
Harian

Objektif
Bahagian/Unit

Senarai
Borang-borang
yang
Digunakan

Carta
Organisasi
Jabatan/Pejabat
Carta
Organisasi
Bahagian/Unit

FAIL
MEJA

Senarai
Norma Kerja
Jawatankua
sa Yang
Senarai
Dianggotai
UndangCARTAUndang
ORGANISASI JABATAN/PEJABAT

Senarai
Tugas/Kuasa
dan Hubungan

Senarai Semak

Carta Aliran
Kerja
Penerangan mengenai carta organisasi
jabatan/pejabat yangPeraturanmenunjukkan
peraturan
fungsi jabatan/pejabat adalah sama seperti yang dijelaskan di dalam
Bahagian
Pentadbiran
Kandungan Manual Prosedur Kerja.
Proses Kerja

CARTA ORGANISASI BAHAGIAN/UNIT


Carta organisasi bahagian adalah pecahan dari carta jabatan/pejabat. Di
dalam Fail Meja, hanya carta bahagian yang berkaitan dengan individu/pekerja
sahaja yang perlu disediakan. Misalnya, jika individu itu bertugas sebagai Kerani
Perkhidmatan, hanya carta Bahagian Perkhidmatan sahaja yang perlu dimasukkan

dalam Fail Mejanya. Kedudukan individu ini perlu ditandakan dalam carta organisasi
bahagian/unit berkenaan. Carta ini perlu sebagai menjelaskan kepada pekerja yang
bertugas di Bahagian tersebut mengenai:

a. Aktiviti yang dilaksanakan oleh bahagian/unitnya;


b. Siapa rakan-rakan sejawat yang boleh membantu mengambil alih
tugasnya semasa ia berkursus, bertugas di luar pejabat atau bercuti;
c. Pegawai atasan yang boleh dirujuk sekiranya ia menghadapi masalah
dalam melaksanakan tugas-tugas harian;
d. Di mana dirinya/jawatannya ditempatkan di bahagian/unit berkenaan.

OBJEKTIF JABATAN/PEJABAT
Penerangan mengenai objektif jabatan/pejabat adalah seperti yang dijelaskan
di dalam Bahagian Kandungan Manual Prosedur Kerja.

OBJEKTIF BAHAGIAN/UNIT
Objektif bahagian/unit adalah pecahan kepada objektif jabatan/pejabat dan ia
dinyatakan dalam bentuk objektif jangka pendek yang perlu dicapai oleh bahagian.
Setiap aktiviti yang dijalankan oleh bahagian/unit haruslah menyumbang ke arah

pencapaian objektif jabatan/pejabat pada keseluruhannya. Ianya perlu dinyatakan


dengan tepat, jelas, boleh dicapai dan boleh diukur supaya pihak pengurusan boleh
membuat keputusan dan penilaian kemajuan dengan berkesan berasaskan objektifobjektif yang ditetapkan. Tujuan menyediakan objektif bahagian/unit adalah:

a. memberi arah tuju yang jelas kepada setiap bahagian bagi mencapai
objektif jabatan/pejabat;
b. menjadi asas perancangan dan pembangunan program, projek dan aktiviti
yang perlu dijalankan oleh sesebuah bahagian/unit supaya memenuhi
objektif jabatan/pejabat;
c. menjadi asas bagi penilaian keberkesanan sesebuah bahagian/unit
bagi tujuan meningkatkan lagi prestasi bahagian/ unit berkenaan;
d. menetapkan keutamaan-keutamaan jangka panjang bahagian/unit;
e. membolehkan

seseorang

pengurus menilai

keberkesanan

rancangan supaya ia dapat diubah jika perlu;


f. merupakan mekanisma penyelarasan antara penyelia dan pekerja.
Contoh objektif bahagian/unit adalah seperti berikut:
Objektif Bahagian Kad Pengenalan, Jabatan Pendaftaran Negara
"Untuk mendaftar dan mengeluarkan kad pengenalan kepada
mereka yang diwajibkan mengikut undang-undang di bawah Akta
Pendaftaran Negara 1956 dengan cekap, teratur dan bermutu."

SENARAI TUGAS/KUASA DAN HUBUNGAN

sesuatu

Senarai tugas ialah senarai yang menjelaskan dengan tepat dan terpennci
mengenai tugas, tanggungjawab dan kuasa seseorang pegawai untuk menjalankan
tugas-tugasnya. Setiap pegawai perlu mempunyai satu senarai tugas. Ini adalah
penting

bagi

memaklumkan

kepada

pemegang

jawatan

berkenaan

tugas,

tanggungjawab, pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan. Setiap senarai tugas


perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

a) Nama Jabatan/Pejabat/Bahagian/Unit
Nama Jabatan/Pejabat/Bahagian/Unit di mana seseorang pegawai itu ditempatkan
hendaklah dijelaskan.
Contoh:

Jabatan:

MAMPU

Bahagian:

Pentadbiran dan Kewangan

b) Jawatan Yang Disandang


Jawatan yang disandang oleh seseorang pegawai perlu dicatatkan.
Contoh:

Jawatan:

Kerani Perkhidmatan

c) Tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab pegawai hendaklah disenaraikan dengan jelas dan


terperinci.
Contoh:

Jawatan:
Tugas dan tanggungjawab:

Kerani Perkhidmatan
aMengurus

rayuan

penyelarasan

dan

.pengubahsuaian gaji.
bMengurus

penyediaan

laporan

sulit

.tahunan, penyata perkhidmatan dan lainlain.

Kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai perlu dimaklumkan. Ini bagi
memudahkan seseorang pegawai bertindak atau membuat keputusan mengikut had
yang dibenarkan.
Hubungan kerja pegawai dengan pegawai-pegawai lain perlu diketahui. Ini
penting dijelaskan bagi membantu pegawai menyelesaikan sesuatu tugas.
Hubungan kerja pegawai lain dibahagikan kepada empat cara iaitu:
I.

Hubungan kerja dengan pegawai atasan

II.

Hubungan kerja dengan pegawai bawahan

III.

Hubungan kerja dengan rakan sejawat

IV.

Hubungan kerja dengan pegawai dari agensi-agensi luar

Senarai tugas, kuasa dan hubungan kerja perlu dimasukkan ke dalam FM


kerana:

i.

dapat menjelaskan tugas dan tanggungjawab seseorang pegawai;

ii.

memudahkan pihak pengurusan merancang kursus yang sesuai untuk


seseorang pegawai;

iii.

memudahkan

pegawai

menguruskan

tugas

yang

dipertanggungjawabkan;
iv.

setiap pegawai mengetahui had-had kuasa yang diperuntukkan;

v.

menjelaskan hubungan di antara seseorang pegawai dengan pegawai


lain samada di dalam jabatan/pejabat atau dengan pegawai-pegawai di
jabatan/pejabat yang lain.

PERATURAN-PERATURAN PENTADBIRAN
Setiap aktiviti mempunyai beberapa peraturan pentadbiran yang harus
diketahui oleh pegawai-pegawai sesebuah jabatan/ pejabat. Ia merupakan
peraturan-peraturan jabatan/ pejabat yang mesti dipatuhi dalam menjalankan
sesuatu aktiviti.
Contoh:

Aktiviti: Urusan Pengesahan Dalam Jawatan.


Peraturan-Peraturan Pentadbiran:
a. Pengesahan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam mengambil
masa di antara 1 hingga 3 tahun dari tarikh mula berkhidmat.
Keadaan ini boleh berlaku sekiranya seseorang staf telah
memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam skim
perkhidmatannya;
b. Semua urusan mengesahkan seseorang pegawai dalam
jawatannya hendaklah disertai dengan surat perakuan dari

Ketua Jabatan;
c. Seseorang pegawai yang tidak disahkan selepas tempoh
percubaannya, tidak layak dinaikkan gaji tahunannya sehingga
beliau disahkan dalam jawatannya;
d. Pada amnya, lanjutan tempoh percubaan seseorang pegawai
diperlukan dalam keadaan di mana pegawai tidak lulus semua
peperiksaan yang disyaratkan dalam tempoh percubaannya;
e. Permohonan lanjutan tempoh percubaan hendaklah dibuat
kepada pihak berkuasa yang melantik melalui Ketua
Perkhidmatan dengan sokongan Ketua Jabatan; dan
f. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk
mengemukakan perakuan kepada pihak berkuasa lantikan
melalui Ketua Perkhidmatan tentang perlanjutan tempoh
percubaan tiga (3) bulan sebelum tamat tempoh percubaan
pegawai itu.

PROSES KERJA
Konsep proses kerja adalah seperti yang diterangkan dalam Bahagian
Kandungan MPK. Untuk FM, senarai jawatan pegawai yang meluluskan tindakan
dan senarai undang-undang dan peraturan yang berkaitan perlu disertakan dalam
proses kerja. Bagi menyediakan proses kerja, tindakan seperti berikut perlu
dilaksanakan:
a. Semak

senarai

tugas

bagi

mengenalpasti

jenis-jenis

kerja

yang

memerlukan penyediaan proses kerja;


b. Sediakan turutan tindakan mengenai kerja tersebut;
c. Mulakan dengan perkataan 'perbuatan' bagi menyenaraikan setiap proses;
d. Senaraikan pegawai yang perlu dirujuk;

e. Senaraikan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan tugas.

CARTA ALIRAN KERJA


Penerangan mengenai carta aliran kerja adalah seperti yang diterangkan
dalam Bahagian Kandungan MPK. Carta aliran kerja bagi FM seseorang pegawai
hendaklah diambil daripada carta aliran yang terdapat dalam MPK bagi aktiviti yang
berkaitan dengan pegawai berkenaan. Langkah-langkah dalam aktiviti yang
melibatkan pegawai berkenaan perlu ditandakan. Dengan menandakan langkahlangkah ini, pegawai berkenaan akan dapat dimaklumkan mengenai tanggungjawab
dan peranannya dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti.

SENARAI SEMAK/CHECKLIST
Checklist ialah satu alat perancangan dan kawalan kerja yang ringkas dan
tepat mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam mengendalikan sesuatu
aktiviti. Ia boleh berbentuk rangkai kata, soalan dan jawapan ataupun pernyataan
peringatan yang diperlukan mengikut jenis/bidang aktiviti yang dilakukan. Sebolehbolehnya, checklist disusun mengikut tertib turutan tindakan di mana sesuai.

Checklist berfungsi sebagai pelan tindakan di dalam melaksanakan sesuatu


aktiviti. Kepentingannya amat ketara terutama bagi aktiviti-aktiviti seperti memproses
permohonan, semakan keselamatan, semakan kualiti, perancangan dan kawalan
pelaksanaan projek-projek pembangunan, persediaan sebelum mengadakan

mesyuarat, persidangan dan seminar, pemilihan serta pengambilan pekerja, latihan


dan perancangan kemajuan kerjaya.

Checklist perlu disediakan kerana ia:


a. Memberi peringatan dan semakan ke atas tindakan yang perlu diambil
dalam melaksanakan sesuatu aktiviti harian;
b. Mengelakkan berlakunya kecuaian, lupa, kesilapan dan pertindihan kerja;
c. Menjadi asas kepada kawalan keselamatan terutama yang melibatkan
aktiviti teknikal seperti jadual perjalanan udara dan laut, proses alatan
dalam 'assembly line' dan pengekalan kualiti;
d. Menjadi alat pengawasan yang mudah dirujuk dalam usaha menentukan
tahap

pencapaian

kerja,

mengesan

kelewatan

dan

memudahkan

mengambil tindakan awal jika terdapat masalah;


e. Menjadi semakan terhadap perkara-perkara penting yang perlu diberi
perhatian sebelum diteliti atau diluluskan seperti penyediaan kertas
kabinet, kertas cadangan atau yang berkaitan dengan pemprosesan
lesen/permit/ kelulusan;
f. Menjadi alat mengawal dan menyelaras tindakan-tindakan yang diambil
oleh berbagai-bagai unit;
g. Mewujudkan disiplin dalam melaksanakan tugas.

SENARAI BORANG-BORANG YANG DIGUNAKAN


Konsep borang adalah seperti penerangan konsep borang dalam Bahagian
Kandungan MPK. Senarai borang-borang dalam FM adalah bertujuan membantu
pegawai berkenaan mengetahui borang-borang yang berkaitan dengan tugasnya.
Contoh senarai borang bagi pegawai yang bertugas di Bahagian Permohonan Kad
Pengenalan adalah seperti berikut:
a. Borang Daftar Permohonan Kad Pengenalan (JPN 1/1);
b. Borang Permohonan Kad Pengenalan (JPN 1/2); dan
c. Borang Permohonan Gantian Kad Pengenalan (JPN 1/3).

SENARAI UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


Senarai undang-undang dan peraturan yang perlu ada dalam FM adalah
petikan kecil daripada arahan-arahan rasmi yang perlu dirujuk oleh seseorang
pegawai. Hanya arahan-arahan yang masih digunakan sahaja yang perlu
dikandungkan dalam FM. Senarai undang-undang dan peraturan adalah perlu
kerana ia:
a. Menjadi rujukan asas yang membolehkan sesuatu aktiviti itu
dilaksanakan dengan sah;
b. Menjimatkan masa mengesan semula arahan-arahan yang diperlukan,
yang biasanya tersimpan di pelbagai bahagian/unit dalam sesebuah
jabatan/ pejabat;
c. Memudahkan staf lain membuat rujukan apabila diperlukan.

Cara menyediakan senarai undang-undang dan peraturan adalah seperti berikut:


I.

Kumpulkan semua perundangan dan peraturan yang ada kaitan


langsung dengan tugas jawatan berkenaan. Undang-undang dan
peraturan

tersebut

adalah

seperti

Pekeliling

Am,

Pekeliling

Perbendaharaan, Perintah Am, Akta-akta tertentu, Peraturan Pejabat,


Arahan dan lain-lain;
II.

Sediakan senarai undang-undang dan peraturan tersebut dengan


mencatitkan bilangan, tahun dikeluarkan, tarikh serta tajuk ringkas
sesuatu arahan tersebut;

III.

Kandungkan petikan daripada perundangan dan peraturan tersebut


yang mana mempunyai kaitan dengan jawatan-jawatan berkenaan.

SENARAI JAWATANKUASA YANG DIANGGOTAI


Senarai jawatankuasa yang perlu ada dalam FM adalah semua jawatankuasa
yang dianggotai oleh pegawai berkenaan. Jawatankuasa itu hendaklah sekurangkurangnya wujud untuk tempoh 6 bulan.
Tujuan menyenaraikan jawatankuasa-jawatankuasa ini ialah supaya pegawai
berkenaan

mengetahui

jawatankuasa-jawatankuasa

yang

dianggotainya

dan

membolehkannya membuat persediaan dan perancangan awal sebelum hadir ke


mesyuarat jawatankuasa tersebut. Senarai ini juga membolehkan pegawai baru
yang mengambil alih tugas mengetahui jawatankuasa-jawatankuasa yang perlu
dianggotainya.

Di dalam senarai tersebut perlu dicatit nama, kekerapan mesyuarat dan jenis
keanggotaan sama ada Pengerusi, Setiausaha, Ahli Tetap, Ahli Turut Hadir, Ahli
Jemputan dan lain-lain.

NORMA KERJA
Norma kerja ialah jangka masa atau lain-lain pengukuran prestasi yang telah
ditetapkan bagi menyiapkan sesuatu kerja. Norma kerja ini boleh menjadi panduan
kepada pekerja dalam melaksanakan tugas supaya tahap prestasi yang diharapkan
dapat dicapai sepenuhnya. Ia Juga menjadi asas mengukur pencapaian produktiviti
sesuatu kerja.
Melalui pembaikan dalam persekitaran kerja, sama ada penggunaan
teknologi baru, latihan staf dan lain-lain motivasi bekerja, norma kerja boleh
diubahsuai supaya selaras dengan usaha-usaha pembaikan yang telah dijalankan.
Norma

kerja

membantu

dalam

memperbaiki

kaedah

bekerja

bagi

tujuan

mengurangkan pembaziran dan kesilapan bekerja.


Bagi mewujudkan norma kerja, langkah-langkah berikut boleh diikuti:
a. Dapatkan norma kerja bagi jawatan yang berkenaan atau yang
bersamaan dari sumber-sumber yang boleh digunakan, sekiranya ada,
dan sesuaikan dengan kebolehan/ keupayaan penyandang jawatan
tersebut, peralatan dan mesin-mesin di pejabat.

b. Jika belum ada norma kerja yang diwujudkan dari sumber-sumber lain,
jalankan kajian pengukuran kerja bagi mewujudkan norma kerja yang
diperlukan.
SENARAI TUGAS HARIAN
Senarai tugas harian ialah format bagi mengingati dan merancang aktivitiaktiviti utama yang perlu dilaksanakan pada hari berkenaan. Senarai ini sebaikbaiknya diletakkan di atas meja supaya mudah dirujuk. Senarai tugas harian
memudahkan pegawai merancang kerja atau mengambil tindakan-tindakan penting
lebih awal. Dengan itu dapat menggalakkan amalan pengurusan masa yang cekap
dan berkesan.
Senarai tugas harian boleh disediakan sama ada di sebelah petang selepas
waktu pejabat ataupun sewaktu mula bekerja di sebelah pagi. Tandakan mana-mana
tindakan yang telah selesai dan catitkan alasan bagi tindakan yang memerlukan
tindakan susulan atau tertangguh.
Penggunaan senarai tugas harian boleh diselaraskan dengan keperluan
seseorang pegawai iaitu boleh disediakan secara mingguan atau bulanan. Ada juga
jenis jawatan yang hanya sesuai menggunakan checklist sebagai panduan dalam
perancangan kerja mereka. Dengan itu senarai tugas harian tidak akan digunakan.
PERBEZAAN ANTARA MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA
Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja mempunyai fokus serta tujuan yang
berbeza. Oleh itu, adalah penting bagi sesebuah jabatan/pejabat untuk mempunyai

kedua-dua dokumen ini. Perbezaan di antara kedua-dua dokumen ini boleh


diringkaskan seperti berikut:

MANUAL PROSEDUR KERJA (MPK)


FAIL MEJA (FM)
1. Dokumen rujukan peringkat jabatan 1. Dokumen rujukan peringkat

2. Berasaskan fungsi dan bidang tugas

individu/jawatan
2. Berasaskan tugas dan tanggungjawab

jabatan;
3. Satu MPK untuk satu jabatan;
4. Mengandungi maklumat menyeluruh

individu;
3. Satu FM bagi satu jawatan
4. Mengandungi maklumat/panduan untuk

mengenai semua aktiviti dalam

mengendalikan tugas yang ditetapkan

jabatan.

bagi satu-satu jawatan.

Manual Prosedur Kerja adalah untuk rujukan semua semua pegawai atau
staf. Hanya satu Manual Prosedur Kerja yang perlu disediakan untuk satu
jabatan/pejabat. Fokus utama dokumen ini adalah utnuk meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan jabatan/pejabat itu secara keseluruhan.
Sementara itu, fokus Fail Meja pula adalah untuk meningkatkan kecekapan
dan keberkesanan tugas yang dilaksanakan oleh seseorang individu yang bekerja di
jabatan/pejabat tersebut. Fail Meja perlu disediakan untuk setiap individu atau
jawatan di jabatan/pejabat tersebut.
KEBAIKAN PENYEDIAAN MPK & FM
Merekodkan semua prosedur dan peraturan kerja untuk dijadikan rujukan rasmi
Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja
Menentukan peraturan jabatan/pejabat dipatuhi
Mengurangkan kesilapan operasi semasa menjalankan tugas
Memendekkan masa latihan bagi pekerja baru

Menyenangkan pertukaran pekerja dari satu jabatan ke jabatan lain


Menyenangkan kajian ke atas sistem kerja dan membolehkan pembaikan sistem
dibuat
Mengurangkan arahan lisan mengenai cara menjalankan kerja
Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai lain

KESIMPULAN
Daripada apa yang kami perhatikan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja
memang mempunyai perbezaan. Namun begitu, kedua-dua nya mempunyai tujuan
dan matlamat yang sama iaitu bertujuan untuk memudahkan tugasan dan
menjadikan sesuatu tugas atau kerja dapat dilakukan secara bersistematik, malahan
bukan itu sahaja bahkan menjadikan sesuatu individi itu atau sesebuah organisasi
dapat mengetahui setiap bidang tugas yang perli dilaksanakan. Dengan ada keduadua sistem tersebut pihak sekolah dapat mengikut segala langkah-langkah untuk
menyempurnakan sesuatu tugasan dengan baik dan berkualiti.

Oleh itu setiap organisasi mampu menjalankan tugasan masing-masing


mengikut tatacara yang telah ditetapkan itu. Oleh itu masalah setiap organisasi di
sekolah terutamanya dapat dikurangkan dan tugas berjalan dengan lancar dan baik.
LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

SOALAN 2:Tujuan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah untuk mewujudkan satu


identiti bangsa Malaysia. Bincangkan.

PENGERTIAN DAN KONSEP KEBUDAYAAN


Budaya diberi pelbagai takrif mengikut kesesuaian dengan latar sosio
masyarakat di sesuatu kawasan. Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan
masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama penganutnya.

Perkataan budaya berasal dari cantuman perkataan Sanskrit dan Melayu


yang membawa pengertian :

i.
ii.

Budhi (Sanskrit) : kecergasan fikiran dan akal


Kecergasan akal fikiran seseorang akan menentukan tiap pemikiran
dalam menangani sesuatu permasalahan dan mencari penyelesaian
kepada permasalahan tersebut.

iii. Daya (Melayu) : kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh


iv. Menggunakan

segala

kekuatan

kuasa,

tenaga

dan

pengaruh

hidup

manusia

semulajadi bagi membantu menjana pemikiran mereka.

Kebudayaan

ditakrifkan

sebagai

keseluruhan

cara

merangkumi cara bertindak, berkelakuan dan berfikir. Kebudayaan meliputi hasil


kehidupan kelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya ialah :


i)

Membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti.

ii)

Memupuk

kesedaran

kebangsaan

dan

kenegaraan

bercirikan

kerohanian, kemanusian, spiritual dan mental.

Culture dalam Bahasa Inggeris bermaksud menanam atau


mengerjakan sesuatu. Budaya berkait rapat dengan apa yang dikerjakan sesuatu
masyarakat.

Budaya juga sesuatu yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
dan boleh diwarisi serta sering berubah mengikut peredaran masa. Kamus Dewan
(2005) , budaya ditakrifkan sebagai kemajuan fikiran , akal budi (cara fikiran),
berkelakuan dan sebagainya. Budaya juga dikelasifikasikan sebagai satu cara hidup
yang diamalkan sesuatu kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial, susunan
organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

Dictionary of Philosophy (1996), the way of life of people, including their


attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception and habits of thoughts
and activity.

Nik Safiah Karim, budaya adalah tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa
mengerakkan jiwa.

Mohd Taib Osman (1988), budaya adalah satu himpunan kelengkapan


intelektual dan kebendaan yang mampu memenuhi kehendak biologi dan
kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Selo Soemardjan dan Soelaiman Soemardi , budaya merupakan satu alat


penghasilan karya seni, rasa dan penciptaan dalam sesebuah masyarakat.

Budaya dari segi bahasa merupakan satu cara yang diamalkan dalam
kehidupan bermasyarakat kini. Budaya merujuk kepada satu cara hidup yang
diamalkan kebanyakan orang termasuk pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan
dan tabiat berfikir seseorang. Budaya merupakan warisan sosial manusia, cara
pemikiran, perasaan dan tingkah laku yang boleh diwarisi. Budaya adalah hak
masyarakat yang akan menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Budaya dalam konteks pendidikan semasa dilihat melalui budaya di sekolah


yang disamakan atau sebahagian daripada budaya masyarakat. Murid akan di didik
untuk berbudaya sebagaimana dikehendaki oleh masyarakat. Budaya dalam
masyarkat juga akan mempengaruhi budaya di sesebuah sekolah.

Sebagai pendidik, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menerapkan


pendidikan nilai yang merangkumi nilai material dan bukan material mengikut acuan
Malaysia. Ini membolehkan murid yang dihasilkan sekolah boleh diterima oleh
pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum.

Sekolah harus berupaya menerapkan budaya melalui pendidikan formal


dalam kurikulum dan kegiatan ko-kurikulum. Dalam kepelbagaian kelompok murid di
Malaysia, budaya meliputi setiap aspek berikut iaitu lokasi, pekerjaan ibu bapa,
pendidikan yang diterima, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa politik, bangsa,
bahasa, adat resam, kepercayaan dan jantina.

Budaya dalam masyarakat dikatakan melibatkan kesleuruhan aspek yang


mengandungi budaya rakyat asal. Budaya adalah lambing dan institusi kebangsaan.
Budaya adalah hasil ciptaan nasional yang merangkumi aspek kepercayaan,
pemikiran, falsafah, moral, undang-undang, etika, kesenian, bahasa, kesusateraan
dan cara hidup yang disebati untuk diterima bersama.

Budaya merupakan aspek kepunyaan bersama yang dikongsikan semua


masyarakat. Budaya menjadi sumber identifikasi kekitaan dalam kepelbagaian
kelompok di Malaysia dan terus diamalkan untuk mengangkat martabat negara.

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan


penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian
Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan
pembangunan

sosioekonomi

dan

politik.

Ini

sudah

tentunya

memerlukan

penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses


yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di


Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan
yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan.
Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan
utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Kebudayaan amat penting bagi individu atau masyarakat. Cara hidup sesuatu
kumpulan manusia atau masyarakat itu tidak dapat difahami melainkan melalui
kebudayaan. Kebudayaan dapat membezakan antara suatu masyarakat dengan
masyarakat yang lain. Dalam konteks Malaysia, kebudayaan itu dilihat daripada
aspek persamaan dan perbezaan cara hidup antara kita sebagai rakyat Malaysia
yang kita panggil sebagai masyarakat Malaysia. Apa yang dimaksudkan sebagai
kebudayaan di sini menurut definisi sosiologi ialah cara hidup yang menjadi
kepunyaan bersama.

Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan daripada penjajah Inggeris kita


mewarisi cara hidup zaman penjajah yang mengamalkan dasar "divide and rule".
Masyarakat terbahagi kepada golongan atau ras dengan kebudayaan yang bercorak
sukuan. Masyarakat kita ketika itu tidak mempunyai dasar-dasar kebudayaan yang
pokok yang menjadi kepunyaan kita bersama.

Kesan daripada warisan zaman penjajahan itu menyebabkan rakyat Malaysia


tidak mempunyai kejiwaan Malaysia. Warganegara yang berasal dari golongan
imigran masih meletakkan taat setia dan berkiblat kepada negara asalnya. Oleh itu,
wujud semacam benteng budaya (cultural barrier) antara golongan imigran dengan
penduduk peribumi Malaysia.

Adalah diakui bahawa perbezaan keturunan atau ras tidak dapat dihapuskan,
tetapi ciri-ciri kebudayaan yang asas harus ditonjolkan supaya dapat menentukan
corak keperibadian kebangsaan yang memperlihat identiti masyarakat Malaysia.
Dengan cara yang demikian corak kebudayaan sukuan dapat diperkecilkan dan
semangat (hal.199) kebangsaan Malaysia dapat diperkukuhkan demi untuk
mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersepadu.

Pembinaan

sesuatu

negara

memerlukan

penglibatan

semua

lapisan

masyarakat yang menjadi rakyat negara itu. Pembinaan negara itu belum sempurna
jika rakyat negara tersebut tidak meletakkan taat setia yang tidak berbelah bahagi
kepada negara itu, terutamanya apabila mempertahankan negara berkenaan
daripada pencerobohan musuh. Untuk mencapai matlamat pembinaan negara maka
rakyat negara itu harus mempunyai ciri-ciri persamaan dalam perkara pokok
termasuk kejiwaannya. Tegasnya, Malaysia memerlukan suatu corak kebudayaan
kebangsaan yang dapat memupuk semangat kebangsaan Malaysia demi untuk
mewujudkan perpaduan dan kestabilan di dalam negara.

Selain itu, Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada
pelbagai kaum dan etnik dimana setiap emosi dan sensitiviti masing-masing perlu
dijaga supaya kekecohan dan pergaduhan tidak berlaku. Hal ini mengingatkan kita
tentang peristiwa hitam 13 Mei 1969. Peristiwa rusuhan kaum pada bulan Oktober
1945 dan 13 Mei 1969 memberi pengajaran yang cukup berguna bahawa
pentingnya perpaduan antara kaum bagi menjamin keharmonian yang sedia ada.
Sejak awal kemerdekaan lagi tolak ansur telah wujud di antara kaum dengan adanya
kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum dan termaktub dalam
perlembagaan negara.

PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Bagi menjamin kelangsungan perpaduan nasional, kerajaan telah merangka


pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang menjadi garis panduan dalam
usaha membentuk satu bangsa yang bersatu dan mempunyai identiti negara, serta
dapat mencirikan keperibadian bangsa Malaysia yang unik dan unggul. Dasar
Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal dalam tahun 1971 iaitu pada tanggal
16 - 20 Ogos 1971.

Ianya lahir daripada gagasan Kongres Kebudayaan

Kebangsaan yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (1971).

Sesungguhnya, dasar-dasar kerajaan yang bukan bersifat ekonomi inilah


yang berjaya menseimbangkan dasar-dasar kerajaan lain dalam memastikan
pembangunan negara dapat berjalan dengan lancar dan sempurna. Budaya penting

sebagai

alat

kemajuan

atau

pembangunan

bangsa

dan

negara.

Proses

pembangunan negara yang pesat sekarang pasti akan membawa kepada


perubahan kepada sistem nilai, perlakuan dan institusi masyarakat Malaysia.
Perubahan tanpa mengambilkira soal kesinambungan dan perubahan dalam
kehidupan

budaya

dan

masyarakat

Melayu

akan

menimbulkan

masalah

kesenjangan budaya atau cultural gap, atau masalah residual behaviour atau
dysfunctional social habit yang berpanjangan. Masalah ini boleh muncul kerana
perkembangan perindustrian dan persejagatan yang berlaku kini telah, dan akan
mempercepatkan proses perubahan ekonomi, institusi dan struktur yang lebih pesat
berbanding dengan darjah perubahan yang berlaku pada sikap, nilai, norma dan
pola perlakuan dalam masyarakat Malaysia. Oleh yang demikian, pemikiran semula
tentang dinamika budaya Melayu dan budaya rakyat Malaysia yang lain harus
dilakukan. Persoalan asas dalam penilaian semula budaya masyarakat perlu
ditumpukan kepada dinamika berikut; teknologi, nilai, kepercayaan dan norma.

Perjuangan menuntut kemerdekaan telah diperjuangkan oleh penduduk


negeri ini sejak zaman Portugis, Belanda hinggalah ke zaman Inggeris. Akhirnya
pada tahun 1957 Malaysia telah mencapai kemerdekaan dan menjadi sebuah
negara yang berdaulat. Sebagai sebuah negara bererti ia Malaysia mempunyai satu
bangsa Malaysia hasil daripada permuafakatan antara penduduk peribumi dengan
berbagai-bagai golongan imigran yang berhijrah ke negara ini.

Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan permuafakatan telah diadakan di


antara rakyat negeri ini untuk mewujudkan suatu bentuk perlembagaan yang akan
menjadi undang-undang yang tertinggi di negara ini. Hasil daripada persetujuan itu
terguballah perlembagaan Malaysia. Walaupun perlembagaan Malaysia tidak
menjelaskan tentang corak kebudayaan, namun kita mendapati beberapa garis
kasar tentang corak kebudayaan negara.

Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara


hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkahlaku manusia
yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran.
Tetapi dalam pertuturan sehari-hari, kebanyakan daripada kita membuat pengertian
kebudayaan atau mengaitkan dengan fenomena-fenomena seperti bentuk tarian dan
muzik, makanan, fesyen pakaian sahaja. Jadi pengertian di sini adalah terlalu sempit
dan terhad. Tetapi bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini
lebih luas.

Dari perspektif sosiologi kebudayaan membawa pengertian segala hasil dan


idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli-ahli dalam sebuah masyarakat. Ini
termasuklah segala kepercayaan, nilai-nilai politik, adat resam, undang-undang,
moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material.

Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep
kebudayaan.

"..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu


pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan
lain-lain kebolehan serta kebiasan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota
masyarakat."

RASIONAL

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah


negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti
Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk,
mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta


perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat
pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang
lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses
interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang
sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan
dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan


Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga
prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan
iaitu:

(i)

Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal rantau ini yang merangkumi


kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan
Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan
Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari
kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat
pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman
berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun
Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai
bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini
digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan
keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman
sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya
Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran
keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu

rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal
rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah
dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii)

Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima


kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui
proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini
bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai
budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain
yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam
pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam
penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan
dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan
nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan
pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii)

Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan


Kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur
penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang
berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada
manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendakkehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting
dalam

pembentukan

Kebudayaan

Kebangsaan

memandangkan

kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya


fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian
besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan
penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

OBJEKTIF

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru


merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan
bersatupadu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan
Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:
i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.
-

Objektif

ini dapat dilihat dari aspek keseluruhan penduduk yang

berbilang kaum dan keturunan di negara ini. Masyarakat majmuk


Malaysia perlu dipupuk dengan nilai-nilai yang dapat dikongsi
bersama. Nilai-nilai budaya yang suci ini akan membawa kepada titiktitik persamaan dalam kehidupan masyarakat.
ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh
daripada Kebudayaan Kebangsaan.
-

Objektif ini sangat wajar kerana setelah lebih 50 tahun merdeka,


masyarakat Malaysia masih belum mempunyai identiti yang kukuh.
Semangat sayangkan bangsa, tanahair dan sebagainya masih kabur.
Sikap dan imej penduduk Malaysia haruslah dapat dikenalkan di
kalangan antarabangsa.

iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan manusia dan


kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
-

Jika dua objektif di atas tercapai, barulah kualiti kehidupan boleh


meningkat. Peningkatan kehidupan bermaksud, setiap kaum sudah
hilang perasaan prejudis. Keadaan ini memberi peluang kepada
setiap kaum di Malaysia mengecapi pembangunan sosioekonomi dan
politik yang seimbang.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi
berikut:-

i)

Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah


menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama
penyelidikan,

pembangunan,

pendidikan,

pengembangan

dan

perhubungan budaya.
ii)

Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usahausaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak
kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang
berkesan.

iii)

Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran


kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia.

iv)

Memenuhi keperluan sosiobudaya.

v)

Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Prasyarat utama dalam memperkasa budaya adalah dengan memahami


bahawa budaya merupakan jelmaan nilai-nilai masyarakat setempat dan bukanlah
semata-mata dibataskan kepada stereotaipnya seperti muzik tradisional, tarian asli,
dan sebagainya. Tetapi budaya merupakan gaya hidup, penghayatan nilai, pancaran
peribadi dan perilaku dalam kehidupan sehari-hari. Hal ini dapat dilakukan dengan
memperbanyak penganjuran aktiviti-aktiviti yang dapat membangunkan budaya ilmu,
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam segenap lapangan dan
mengetengahkan seni budaya seperti silat dan muzik tradisional yang kaya dengan
pengaruh budaya setempat. Selain itu kempen-kempen permartabatan ciri-ciri
budaya setempat seperti kempen budi bahasa sewajarnya diperluaskan sehingga
masyarakat merasai kesannya.

Selain daripada itu juga,dasar kebudayaan kebangsaan dapat dilaksanakan


melalui aktiviti-aktiviti pembangunan persembahan seni oleh Kompleks Budaya
Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa,
Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhanpertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa

Kerjasama dari Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan,


penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Hal ini
termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan- jabatan Kerajaan Pusat,
Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan


berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di
dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak
swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan amat diperlukan . Hal ini kerana
badan-badan ini berperanan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan
kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai
penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Selain daripada itu juga, dasar kebudayaan kebangsaan boleh dilaksanakan


melalui beberapa bidang. Kebudayaan masyarakat Malaysia dapat ditonjolkan
dengan jelas melalui bidang-bidang seperti berikut:

i)

Pendidikan:
Kurikulum yang sama iaitu bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Namun
begitu bahasa Cina dan bahasa Tamil kekal digunakan. Selain itu juga
penubuhan beberapa buah sekolah seperti sekolah kluster dan sekolah sukan
turut membantu melaksanakan dasar ini. Di samping itu, dasar MBMMBI yang
diperkenalkan oleh pihak kerajaan baru baru ini antara langkah yang baik dalam
mewujudkan dasar kebudayaan kebangsaan.

ii)

Media massa:
Penonjolan melalui iklan atau rancangan yang melibatkan perpaduan seperti
tarian satu Malaysia, penganjuran Citrawarna dan banyak lagi. Manakala akhbar
tempatan boleh juga menyumbang menerusi penulisan di ruangan akhbar.

Selain itu media elektronik seperti televisyen merupakan medium terbaik dalam
mempromosikan kebudayaan kebangsaan.

iii)

Sukan:
Melalui penganjuran sukan SUKMA iaitu penglibatan dari semua kaum.
Secara ringkasnya strategi dan pelaksanaan objektif dasar ini boleh dicapai
melalui strategi-strategi berikut iaitu dengan pemulihan, pemeliharaan dan
pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan
Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya.Selain daripada itu,objektif boleh
dicapai dengan meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usahausaha

membimbing

dan

melatih

peminat,

mendukung

dan

mengerak

kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan.

Objektif dasar juga turut boleh dicapai dengan mewujudkan komunikasi yang
berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme
Malaysia. Seterunya, memenuhi keperluan sosiobudaya; dan meninggikan taraf
serta mutu kesenian

CABARAN YANG DIHADAPI

Meskipun telah mencapai kemerdekaan selama lebih 50 tahun namun


Malaysia belum mampu untuk menonjolkan kebudayaan yang melambangkan
identiti Malaysia sendiri. Setiap kaum dan etnik masih lagi berpegang kuat dan
meminta hak yang lebih luas untuk mengamalkan kebudayaan masing- masing.

Media elektronik dan media cetak pula terpaksa melayan permintaan kaum yang
ada di Malaysia masing-masing dengan menyiarkan iklan atau rancangan yang
memenuhi permintaan kaum. Jelasnya rupa bentuk kebudayaan yang masih wujud
sehingga ini masih lagi terbahagi mengikut kaum dan etnik masing-masing.

Kelahiran pelbagai disiplin ilmu dalam pelbagai bidang seperti teknologi


maklumat merupakan satu cabaran dalam era globalisasi. Cabaran yang dibawa
bersama oleh teknologi ini ialah budaya luar yang asing daripada budaya tempatan.
Budaya asing yang negatif memberikan kesan mendalam terhadap masyarakat.

Dalam bidang seni persembahan didapati banyak hasilan seni tradisi itu
semakin dipinggirkan atau tidak mendapat perhatian. Hasil seni persembahan
tradisi di kawasan-kawasan pendalaman kini didapati kian pupus. Generasi muda
yang berminat untuk menyambungkan tradisi itu didapati amat berkurang. Malahan
nilai-nilai sosial terhadap seni persembahan tradisi itu didapati semakin kurang
diberikan perhatian. Selain itu, dengan pesatnya proses islamisasi, orang melihat
seni persembahan tradisi yang berkaitan dengan ritual adalah tidak sesuai dengan
nilai-nilai Islam.

Namun, kebanyakan seni persembahan tradisi yang merupakan ritual, seperti


main puteri dan main dewa tidak lagi didapati hari ini. Sebahagian daripada seni
persembahan tradisional itu merupakan ritual yang mempunyai tujuan atau
kepentingan

tertentu

bagi

menjaga

keselamatan.

Kini

dengan

pesatnya

perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden menyebabkan kegiatan

atau amalan tradisi itu tidak lagi diteruskan. Dengan itu unsur-unsur seperti itu tidak
dapat berfungsi sebagaimana dahulu lagi.

Dalam bidang seni tampak tradisional, seperti anyaman, tekstil, pertukangan


dan sebagainya masih mempunyai tempat dalam kehidupan moden kini. Kegiatan
itu masih diteruskan dan permintaan ramai masih dapat dipertahankan. Malahan
dengan menyedari perlunya mengenali lambang-lambang kebangsaan, orang ramai
masih memberikan nilai tinggi terhadap hasilan seni tampak itu. Kerajaan melalui
badan-badan tertentu, seperti Perbadanan Kraftangan Malaysia memainkan
peranan dalam mendorongkan perkembangan kegiatan seni tampak tradisi itu.
Penghasilan seni itu cuba dipertahankan keasliannya bagi melambangkan jatidiri
Melayu. Walaupun didapati sebahagian daripada hasil seni tampak tradisi itu telah
hilang fungsi kini, tetapi fungsi baru misalnya alat perhiasan tetap dipertahankan.
Dengan cara itu keaslian seni tampak tradisi itu dapat dihayati bersama oleh
generasi akan datang.

Masyarakat malaysia yang juga kaya dengan berbagai jenis mainan tradisi,
kini dengan pendedahan kepada berbagai jenis mainan moden maka mainan tradisi
itu semakin diketepikan. Orang muda tidak berminat untuk terlibat dengan mainan
tradisi. Segala jenis mainan tradisi akan tinggal kenangan yang tidak dapat
berfungsi dalam perkembangan budaya moden kini. Malahan, berbagai jenis
mainan moden itu dianggap bertaraf dunia, dan orang Melayu juga patut mengambil
bahagian, terutama untuk turut bersaing dalam pertandingan yang diadakan di
peringkat dunia.

MEKANISME/ORGANISASI

Di

samping

Kementerian

Kebudayaan

Kesenian

dan

Pelancongan,

penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka
termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat,
Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta
pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam


pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain
Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan,
pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan
kebudayaan

kebangsaan.

Usaha-usaha

itu

dicapai

melalui

aktiviti-aktiviti

pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai


pengelola

dan

urusetia

perhubungan

kebudayaan

antarabangsa,

Majlis

Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan


kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan


berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di
dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak
swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badanbadan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan

kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai


penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Peranan budaya Melayu dalam negara pelbagai bangsa seperti Malaysia


merupakan dimensi yang juga perlu difikirkan, terutama dalam konteks dasar
kebudayaan kebangsaan. Dalam masyarakat majmuk budaya juga menjadi faktor
pembentukan jati diri bangsa atau negara dan sumber perpaduan kaum. Strategi
pelaksanaan dasar kebudayaan kebangsaan dari segi sosial bertujuan untuk
menyatupadukan rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum. Ini kerana
perbezaan antara kaum boleh menyebabkan berlakunya polarisasi kaum dan
mementingkan kaum masing-masing sahaja. Sekiranya polarisasi kaum berlaku,
sukar bagi negara ini mengecapi kedamaian dan tidak mustahil sekiranya isu
perkauman akan wujud di negara ini. Oleh itu, melalui Jabatan Perpaduan Negara
dan Integrasi Nasional, kerajaan telah melaksanakan beberapa program dan aktiviti
ke arah memelihara dan memperkukuhkan semangat perpaduan negara melalui
pelaksanaan aktiviti penggalakan interaksi dan promosi perpaduan di kalangan
masyarakat Malaysia.

Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan di peringkat


kebangsaan, negeri, daerah dan di kawasan-kawasan Rukun Tetangga dan aktivitiaktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat
umur dan keturunan etnik. Masyarakat di setiap kawasan Rukun Tetangga boleh
bekerjasama dalam gerak kerja gotong-royong seperti semasa kenduri-kendara,
membersihkan kawasan kubur, rumah ibadat atau mendirikan balai raya. Bagi

mereka, gerak kerja sukarelawan adalah asas mengukuhkan lagi perhubungan


antara ahli masyarakat.

Lawatan-lawatan integrasi juga dianjur untuk para penduduk melawati


wilayah-wilayah lain semasa majlis-majlis perayaan umum negara. Adanya aktiviti
yang berterusan akan membolehkan rakyat untuk berinteraksi dan menjalinkan
perhubungan antara mereka di samping mewujudkan suasana persefahaman yang
mesra dan harmoni. Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan
melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah
perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara,
Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat Negara, dan sebagainya. Ini
termasuklah juga program-program sukan, kebudayaan dan perayaan-perayaan
seperti majlis-majlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari perayaan
umum kumpulan-kumpulan etnik di negara kita.

Memetik kata-kata Allahyarham Tun Abd. Razak, Perdana Menteri kedua


dalam Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971, nenek moyang bangsa kita yang
endiami rantau Nusantara ini meninggalkan pusaka kebudayaan yang kaya raya dan
tinggi mutunya. ...sewajarnya kita menerima gagasan bahawa Kebudayaan
Kebangsaan yang sedang dibentuk dan dicorakkan hendaklah berlandaskan
kebudayaan rakyat asal rantau ini. patutlah juga mengambil unsur-unsur
kebudayaan yang datang ke rantau iniyang dapat menyegarkan dan mencorakkan
kebudayaan Malaysia masa hadapan. Namun harus diingat dalam mencari bentuk

dan menentukan corak tersebut, kita tidak lah melupakan masyarakat kita yang
berbilang bangsa the reality of our multiracial society
Oleh itu, sama-samalah kita menghargai warisan budaya kita kerana melalui
perkara sebegini jugalah perpaduan dapat dipupuk di dalam negara yang berbilang
kaum ini.

PENCAPAIAN, HARAPAN DAN JANGKAAN


1. Penggunaan satu bahasa, iaitu bahasa Melayu di Malaysia lebih meluas pada
hari ini berbanding pada masa dahulu. Boleh dikatakan sebahagian daripada
matlamat kejayaan ini adalah untuk mencapai identiti budaya.
2. Sudah terdapat bukti beberapa unsur-unsur kebudayaan kebangsaan dalam
bidang seni seperti muzik dan tarian.
3. Pada keseluruhannya, pencapaian-pencapaian dasar kebudayaan nasional
masih jauh daripada matlamat.

KESIMPULAN
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu
bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk
berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi
garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatupadu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam
masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu
tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu
sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan
kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan
sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan
keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang
merdeka dan bermaruah.

BIBLIOGRAFI

Sidang Pengarang.( 2003). Penilaian Tahap kecekapan (PTK) .


Kuala Lumpur. Penerbit Femina

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. (2005).

Wan Liz Ozman Wan Omar. (1996). Pengurusan Islam Abad Ke-21.
Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors
PEMBANGUNAN SOSIAL DALAM HUBUNGAN ETNIK. ZALIZA MOHD. NASIR
NORLIN AHMAD. Dipetik daripada http://www.penerbit.utm.my.pada 4 mei 2012

Diambil dari http://kebudayaan.kpkk.gov.my, pada 10 November 2010

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/238-dasarkebudayaan-kebangsaan.html

http://www.kpkk.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=538&Itemid=161&lang=bm

Anda mungkin juga menyukai