Anda di halaman 1dari 24

Topik

Etika
Pengurusan dan
Kedaulatan
Undang-undang

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menyatakan maksud dan kepentingan undang-undang;

2.

Membincangkan bagaimana undang-undang boleh digunakan


tindakan sebagai panduan keputusan dengan pengurusan apabila
berhadapan dengan dilema etika;

3.

Menjelaskan lima ciri dalam undang-undang;

4.

Menerangkan hubungan antara undang-undang piawaian moral;


dan

5.

Menghuraikan empat proses dalam pembentukan undang-undang.

60

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

X PENGENALAN
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda perlu memutuskan antara
dua pilihan yang sukar seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.1?

Rajah 4.1: Dilema etika


Sumber: http://www.cartoonstock.com

Pernahkah anda mendengar istilah dilema moral? Apakah maksudnya? Rajah 4.1
menggambarkan dilema etika atau dilema moral yang dihadapi oleh seorang
pakar psikiatri. Walaupun dia berasa bahawa pesakitnya memerlukan rehat yang
cukup, namun, dia bimbang tentang caj yang perlu dikenakannya; lebih lama
pesakit berada di bilik kaunselingnya, maka lebih tinggi jumlah yang perlu
dibayar oleh pesakit.
Oleh itu, topik keempat ini akan memfokuskan kepada isu-isu yang berkaitan
dengan undang-undang sebagai panduan untuk pengurus dalam membuat
keputusan dan tindakan apabila berhadapan dengan dilema etika.
Isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang yang akan dibincangkan dalam
topik ini ialah:
(a)

Kedaulatan undang-undang;

(b)

Undang-undang sebagai panduan pilihan moral;

(c)

Ciri-ciri undang-undang;

(d)

Keperluan undang-undang dan piawaian moral;

(e)

Pembentukan undang-undang; dan

(f)

Kedaulatan undang-undang sebagai asas pilihan moral.

TOPIK 4

4.1

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

61

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Subtopik pertama ini akan membincangkan kepentingan undang-undang


sebagai asas bagi keputusan pengurusan apabila dilema etika berlaku. Oleh itu,
kita perlu mengetahui apakah maksud undang-undang secara umum.
Undang-undang ialah set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk
mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut.

Berdasarkan definisi umum undang-undang, kita boleh menggunakannya


sebagai asas apabila menghadapi konflik dalam organisasi iaitu ketika perlu
memilih antara prestasi ekonomi dengan prestasi sosial.
Kita harus menyerahkan kepada undang-undang untuk memutuskan sebarang
keputusan, terutamanya dalam sesebuah masyarakat berdemokrasi di mana
undang-undang itu jelas mewakili keputusan kolektif seluruh anggota
masyarakat. Kita harus mematuhi keputusan kolektif ini dan tidak mencuba
untuk menegakkan pendapat sendiri. Terdapat pelbagai contoh undang-undang
yang mencerminkan keputusan-keputusan moral kolektif ini untuk rujukan
anda.

4.2

UNDANG-UNDANG SEBAGAI PANDUAN


KEPADA PILIHAN MORAL

Sedarkah anda bahawa sebagai pengurus, anda tidak boleh bergantung kepada
ketetapan pasaran sebagai panduan bagi anda membuat keputusan dan tindakan
pengurusan dalam sesuatu dilema etika? Bagaimana pula dengan undangundang? Bolehkah kita bergantung kepadanya? Anda perlu sedar bahawa hujah
undang-undang sangat berbeza daripada ketetapan pasaran. Mari kita lihat apa
yang dimaksudkan dengan istilah hujah undang-undang.
Hujah undang-undang merujuk kepada set peraturan yang tertubuh dalam
sesebuah masyarakat. Peraturan-peraturan ini mencerminkan pilihan kolektif
anggota masyarakat berhubung sebarang keputusan dan tindakan yang
memberi kesan kepada kebajikannya.

62

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Hujah ini boleh diaplikasikan. Sebagai contoh, mari kita lihat aplikasinya
terhadap seorang pegawai bank.
Contoh
Halim merupakan seorang pegawai bank. Dia perlu membuat keputusan sama
ada untuk:
(a)

Meluluskan pinjaman berisiko tinggi kepada syarikat tempatan kecil pada


kadar faedah yang dihadkan oleh undang-undang; atau

(b)

Memberi pinjaman yang sama jumlahnya kepada syarikat besar dari luar
yang berisiko lebih rendah, pada kadar faedah yang sama. Kadar pulangan
(faedah) sudah pasti lebih tinggi apabila mengambil kira pengurangan kos
pentadbiran pinjaman yang biasanya dinikmati oleh syarikat-syarikat besar
yang dibiayai dengan baik.

AKTIVITI 4.1
Andaikan anda adalah pegawai bank dalam Contoh tadi.
Bagaimanakah anda membuat keputusan jika benar-benar ingin
bersandar kepada hujah undang-undang?

Dalam kes ini, masyarakat telah menetapkan bahawa caj faedah yang berlebihan
adalah lebih buruk berbanding dengan sokongan daripada pihak tempatan yang
terhad. Oleh itu, pinjaman harus diberi kepada firma luar tersebut.
Namun, patutkah kita membantah ketetapan ini? Ini adalah kerana kita percaya
bahawa pembentukan syarikat-syarikat usahawan kecil harus digalakkan untuk
kebaikan masyarakat. Orang sering memperkatakan bahawa:
(a)

Jika kita tidak suka kepada tindakan tertentu sesebuah syarikat, kita harus
cuba meluluskan undang-undang sama ada untuk menghalang tindakan
tersebut atau menggalakkan sesuatu tindakan alternatif; dan

(b)

Jika undang-undang berkenaan tidak dapat diluluskan melalui prosesproses demokrasi, maka kita harus menerima keadaan seadanya.

Tanggapannya di sini adalah bahawa kita harus bergantung kepada undangundang dalam membuat keputusan dan bersetuju bahawa sesuatu tindakan itu
adalah betul jika bertepatan dengan undang-undang dan salah jika tidak.
Kita juga harus memahami bahawa ketetapan betul atau salah ini boleh diubah
untuk mencerminkan pandangan majoriti.

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

63

Dalam contoh di atas (tentang bank yang enggan memberi pinjaman kepada
syarikat berisiko tinggi dalam komuniti tempatan), undang-undang untuk
membetulkan keadaan adalah agak mudah digubal. Setiap bank di dalam negeri
atau negara boleh dipaksa melalui kuasa undang-undang supaya melabur
beberapa peratus dananya dalam komuniti di mana dana penyimpanpenyimpannya terkumpul.

4.3

CONTOH PILIHAN MORAL

Sekarang mari kita rujuk kembali kepada Contoh tadi di mana pegawai
berkenaan perlu membuat keputusan sama ada bank harus melabur dalam
syarikat tempatan berisiko tinggi yang dapat menyediakan peluang-peluang
pekerjaan serta faedah-faedah lain kepada komuniti atau sebaliknya.
Mari kita lihat beberapa situasi berikut dalam membuat pilihan moral:
(a)

Komuniti setempat berada di dalam satu kawasan yang kadar


penganggurannya adalah tinggi dan sangat memerlukan peluang-peluang
pekerjaan baru. Syarikat kecil yang dicadangkan adalah yang berada dalam
industri yang berasaskan buruh dengan kadar pertumbuhan yang tinggi
dan tenaga kerja yang besar;

(b)

Pelaburan alternatif adalah sebuah syarikat besar di sebuah bandar


perindustrian. Ia berasaskan modal dan kurang menyediakan peluang
pekerjaan;

(c)

Produk syarikat tempatan yang dicadangkan adalah barangan penjagaan


kesihatan yang sangat diperlukan bagi mengurangkan kesakitan dan
penderitaan yang dialami oleh pesakit-pesakit tua di seluruh negara.
Sementara itu, produk pelaburan alternatif adalah barisan pakej makanan
berkalori tinggi dan rendah nilai pemakanannya; dan

(d)

Dana yang biasanya disediakan melalui badan Pentadbiran Perniagaan


Kecil untuk syarikat-syarikat kecil telah banyak dikurangkan sejak
beberapa tahun lepas. Tambahan pula, jaminan kerajaan atau subsidi
faedah tidak disediakan untuk syarikat kecil.

Berdasarkan situasi-situasi tadi, kita kini berhadapan dengan dilema etika yang
klasik; memilih antara prestasi ekonomi atau kewajipan sosial yang dirumitkan
pula oleh akibat yang berpanjangan, akibat yang tidak pasti dan implikasinya
terhadap kerjaya.

64

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Bagaimanakah keputusan yang harus diambil oleh pihak bank dalam dilema
sebegini? Jika ia mengambil keputusan untuk bersetuju membantu syarikatsyarikat kecil, ia perlu menghadapi perkara-perkara berikut:
(a)

Undang-undang membataskan
mengimbangi risikonya;

pulangan

yang

memadai

(b)

Tiada jaminan kerajaan atau subsidi faedah disediakan; dan

(c)

Pegawai-pegawai bank dikehendaki oleh undang-undang


meminimumkan risiko kepada para penyimpannya.

untuk

supaya

Walaupun mempunyai nilai sosial, kebanyakan bank akan menolak pinjaman


yang berisiko tinggi tanpa memberi sebarang penjelasan. Mereka akan
mengesyorkan supaya peminjam yang berpotensi untuk mencari dana di tempat
lain.
Walau bagaimanapun, persoalan dalam kes ini bukanlah sama ada pihak bank
harus memberi pinjaman bernilai sosial yang tidak menjana ekonomi. Tiada
bank yang mampu untuk memberi pinjaman kepada semua orang dan berjaya
kekal dalam perniagaan.
Pada masa yang sama, bank tidak boleh terlalu tegas dalam pemberian pinjaman
dengan meminggirkan keperluan masyarakat di mana ia beroperasi. Suatu had
perlu wujud untuk mengimbangkan antara kedua-duanya. Persoalannya ialah
bagaimana seseorang boleh mencapai imbangan tersebut?
Mari kukuhkan kefahaman anda dengan Aktiviti 4.2 berikut.

AKTIVITI 4.2
1.

Undang-undang boleh digunakan sebagai panduan bagi


keputusan dan tindakan pengurusan apabila berhadapan dengan
dilema etika. Bincangkan kenyataan ini bersama rakan sekelas.

2.

Menggunakan contoh sendiri, terangkan bagaimana keseimbangan


antara prestasi ekonomi dengan sosial sesebuah organisasi boleh
dicapai.

TOPIK 4

4.4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

65

UNDANG-UNDANG SEBAGAI KOMBINASI


KEPUTUSAN MORAL

Sebelum kita meneruskan pelajaran, mari kita teliti kenyataan berikut.


Jika kita ingin melampaui asas peraturan undang-undang dalam keputusan
dan tindakan kita sendiri, kita boleh berbuat sedemikian. Walau
bagaimanapun, apabila kita melampaui undang-undang, ini bermakna
bahawa kita telah mematuhi piawaian moral sendiri yang tidak selaras
dengan kehendak penduduk majoriti.
Kita hidup dalam sebuah masyarakat yang berdemokrasi. Oleh itu, jika kita
tidak menyukai sesuatu yang kita lakukan, kita perlu mendapatkan pengundi
majoriti untuk meluluskan suatu undang-undang bagi menyekat perkara
tersebut. Sementara itu, kita perlu akur dengan kehendak penduduk
majoriti.

Bagaimana kita mengulas pernyataan tadi? Jika kita tidak dapat memberi ulasan
yang logik dan meyakinkan, adakah kita terpaksa menerima kedaulatan undangundang sebagai kata putus dalam kebanyakan dilema moral?
Bagi menjawab soalan-soalan ini, kita perlu:
(a)

Pertamanya, mendefinisikan undang-undang untuk memastikan bahawa


kita sedang membincangkan konsep yang sama; dan

(b)

Keduanya, meneliti proses-proses yang terlibat dalam pembentukan


undang-undang.

66

4.5

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

CIRI-CIRI UNDANG-UNDANG

Sebelum kita teruskan, mari kita lihat dahulu definisi undang-undang secara
lebih terperinci.
Undang-undang boleh didefinisikan sebagai set peraturan universal yang
konsisten, diterbitkan dengan meluas, secara umumnya diterima dan
kebiasaannya dikuatkuasakan.

Terdapat cara-cara tertentu di mana orang ramai dikehendaki berkelakuan


mengikut norma dalam perhubungan mereka dengan orang lain dalam sesebuah
masyarakat. Mereka dikehendaki bertindak dengan cara tertentu dengan
sebenarnya; bukan setakat menjangka, mencadangkan atau diarah untuk
bertindak sebegitu.
Dalam undang-undang, terdapat elemen mendesak yang mendefinisikan apa
yang mesti kita lakukan. Selain itu, terdapat juga ciri-ciri lain yang membentuk
undang-undang. Rajah 4.2 berikut menunjukkan lima ciri dalam undang-undang.

Rajah 4.2: Lima ciri undang-undang

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

67

Mari kita pelajari dengan lebih lanjut kelima-lima ciri ini dalam Jadual 4.1
berikut.
Jadual 4.1: Lima Ciri Undang-undang
Ciri-ciri

Penerangan

Konsisten

Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah


konsisten untuk menjadi undang-undang. Sebagai contoh, jika
terdapat dua keperluan yang bercanggah antara satu sama lain,
kedua-dua keperluan tidak boleh ditakrifkan sebagai undangundang kerana seseorang pasti tidak dapat mematuhi keduaduanya sekali.

Universal

Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah juga


bersifat universal iaitu dapat digunakan oleh semua orang yang
memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama.

Diterbitkan

Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak hendaklah


diterbitkan dan dicetak supaya semua orang dalam masyarakat
dapat mengaksesnya walaupun tidak semua mempunyai masa
untuk membaca atau memahami segala yang diterbitkan. Walau
bagaimanapun, ahli profesional terlatih seperti peguam boleh
diminta untuk menterjemah dan menerangkan mana-mana
undang-undang. Oleh itu, kejahilan terhadap undang-undang
bukan suatu alasan yang boleh diterima.

Diterima

Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara yang


ditetapkan hendaklah dipatuhi. Jika terdapat anggota masyarakat
yang tidak mengikuti undang-undang secara sukarela, mereka
akan dipaksa supaya mengikutinya.

Dikuatkuasakan

Keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak dengan cara


tertentu hendaklah dikuatkuasakan. Anggota masyarakat
hendaklah faham bahawa mereka akan dipaksa mematuhi undangundang jika mereka enggan patuh dengan sukarela. Setiap orang
hendaklah sedar bahawa jika mereka melanggar undang-undang,
mereka akan kehilangan kemudahan, masa, wang, kebebasan atau
nyawa apabila pelanggaran mereka diketahui dan dibuktikan.
Terdapat elemen yang mendesak pada undang-undang. Ia juga
mempunyai elemen yang menentukan kerana ia menetapkan apa
yang akan berlaku sekiranya kita tidak mematuhi peraturan.

68

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Set peraturan yang konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan


dikuatkuasakan ini disokong oleh rangka kerja institusi-institusi sosial yang
sangat khusus, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2 berikut.
Jadual 4.2: Institusi-institusi Sosial dan Tanggungjawab
Institusi Sosial

Tanggungjawab

Badan perundangan dan majlis

Membentuk undang-undang

Peguam dan pembantu guaman

Menerangkan undang-undang

Mahkamah dan agensi

Mentafsirkan undang-undang

Polis

Menguatkuasakan undang-undang

Sifat berlawan dalam perhubungan di mahkamah perbicaraan dilihat seperti


tidak menghiraukan peruntukan ciri-ciri konsisten dan universal. Ia sebaliknya
lebih memfokus kepada mencapai kemenangan dan bukannya keadilan.
Tindakan polis untuk menguatkuasakan undang-undang juga sering kelihatan
bersifat sewenang-wenang dan lebih tertumpu kepada menjaga keamanan
berbanding mengekalkan kesaksamaan. Oleh itu, kita harus menerima bahawa:
(a)

Menguatkuasakan undang-undang adalah satu tugas yang sukar dan


kadangkala berbahaya; dan

(b)

Mentafsir undang-undang seperti dalam kes mahkamah, sering melibatkan


pemberian jumlah wang yang besar. Potensi untuk mendapat atau
kehilangan jumlah tersebut telah memutarbalikkan konsep undang-undang
sebagai suatu set peraturan yang diterbitkan dan diterima pakai.

Walau bagaimanapun, kita melihat undang-undang sebagai konsep peraturan


ideal yang konsisten dan universal untuk dijadikan panduan dalam keputusan
pengurusan, bukan sebagai suatu realiti yang mempunyai kecacatan.

SEMAK KENDIRI 4.1


Senaraikan lima ciri undang-undang. Jelaskan setiap ciri tersebut secara
ringkas.

TOPIK 4

4.6

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

69

HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG


DAN PIAWAIAN MORAL

Seperti yang telah kita sebutkan dahulu, undang-undang boleh dilihat sebagai
satu set peraturan ideal yang universal dan konsisten bagi mengawal kelakuan
manusia dalam masyarakat. Persoalannya adalah sama ada kita boleh menerima
peraturan ini sebagai mewakili keputusan moral kolektif anggota masyarakat
atau tidak.
(a)

Jika boleh, maka kita mempunyai satu piawaian sebagai panduan kepada
keputusan dan tindakan pengurusan, walaupun piawaian ini berada pada
paras yang minimum; dan

(b)

Jika tidak boleh, maka kita hendaklah mencari kaedah lain untuk
mendapatkan piawaian yang kita perlukan.

Dalam mempertimbangkan kemungkinan-kemungkinan dalam hubungan antara


keputusan moral dan kehendak undang-undang, tiga kesimpulan boleh dicapai
dengan agak mudah seperti berikut:
Kesimpulan 1
Sebahagian besar keperluan undang-undang adalah bertindih. Namun begitu, ia
tidak menduplikasi sepenuhnya piawaian moral yang mungkin wujud dalam
masyarakat. Sebagai contoh, adalah jelas bahawa seseorang yang mencabuli
undang-undang negara yang melarang perbuatan merompak bank juga
mencabuli piawaian moral yang menegah perbuatan mencuri. Adalah mudah
untuk menunjukkan bahawa undang-undang berkaitan kelakuan seks,
penggunaan dadah, liabiliti produk dan pematuhan kontrak itu serupa dengan
kepercayaan moral yang mungkin dipegang oleh golongan majoriti dalam
masyarakat. Kita boleh bersetuju bahawa dalam sesebuah masyarakat
berdemokrasi, keperluan undang-undang mencerminkan nilai-nilai asas
warganya. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa kehendak undang-undang
bertindih dengan piawaian moral. Ruang-ruang pertindihan antara undangundang dengan prinsip moral ini digambarkan dalam Rajah 4.3 berikut.

70

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Rajah 4.3: Pertindihan antara piawaian moral dengan kehendak undang-undang

Walau bagaimanapun, ruang yang bertindih adalah tidak penuh. Terdapat


sesetengah undang-undang yang tiada kaitan moral iaitu tanpa sebarang nilai
moral. Sebagai contoh, keperluan memandu di sebelah kiri jalan raya tidak
semestinya betul atau pun salah; yang penting adalah ia mendapat persetujuan
semua untuk memandu pada sebelah jalan yang mana.
Keadaan pertindihan yang terakhir menunjukkan bahawa terdapat piawaian
moral yang tidak mempunyai sebarang ketetapan undang-undang. Contohnya,
kita semua membantah perbuatan berbohong kerana ia bertentangan dengan
piawaian moral kita. Walau bagaimanapun, bercakap benar tidak dikehendaki
oleh undang-undang melainkan setelah mengangkat sumpah di mahkamah dan
dalam beberapa keadaan lain seperti kontrak pekerjaan dan penjualan harta.
Kesimpulan 2
Keperluan undang-undang lebih cenderung ke arah negatif, manakala piawaian
moral selalunya lebih positif. Mengikut undang-undang, kita dilarang
menyerang, merompak atau memfitnah antara satu sama lain. Namun begitu,
kita tidak dikehendaki membantu orang lain walaupun dalam keadaan terdesak.
Sebagai contoh, undang-undang tidak menegaskan supaya kita mesti membantu
seorang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam situasi ini, kesimpulan
piawaian moral majoriti boleh dibuat bahawa penduduk dewasa di mana-mana
negara akan membantu seorang kanak-kanak daripada mati lemas setakat mana
yang mereka terdaya.

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

71

Kesimpulan 3
Keperluan undang-undang didapati sedikit ketinggalan berbanding piawaian
moral masyarakat. Hamba abdi merupakan satu contoh yang paling tidak
menyenangkan. Walau bagaimanapun, diskriminasi jantina dan bangsa,
pencemaran alam sekitar dan rasuah semuanya boleh menunjukkan masalah
moral yang boleh diatasi oleh undang-undang.
Para penyokong kedaulatan undang-undang mengatakan bahawa kelengahan
yang terdapat antara konsensus moral dengan penggubalan undang-undang
yang melarang tidak semestinya menandakan kurangnya hubungan antara
kedua-duanya. Sebaliknya, mereka mengatakan bahawa ia mengesahkan adanya
hubungan tersebut apabila undang-undang mengawal diskriminasi, pencemaran
dan rasuah akhirnya diluluskan.

SEMAK KENDIRI 4.2


Berdasarkan pemahaman anda tentang hubungan antara undangundang dengan piawaian moral, berikan dua contoh bagi:
(a)

Kelakuan yang diterima di sisi undang-undang dan moral; dan

(b)

Kelakuan yang tidak diterima di sisi undang-undang dan moral.

Untuk menguji kefahaman anda, cuba jawab latihan berikut:

LATIHAN 4.1
1.

Definisikan istilah undang-undang.

2.

Bincangkan ciri-ciri asas undang-undang.

72

4.7

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang dibentuk melalui beberapa proses seperti yang digambarkan


dalam Rajah 4.4 berikut.

Rajah 4.4: Empat proses pembentukan undang-undang

Kita akan meneliti setiap proses ini dengan lebih lanjut dalam subtopik-subtopik
seterusnya.

4.7.1

Proses Individu

Tahukah anda bahawa undang-undang merupakan suatu entiti yang jelas sifat
dinamiknya kerana peraturan yang termaktub di dalamnya berubah-ubah
mengikut peredaran masa? Cuba anda fikirkan perubahan-perubahan yang telah
berlaku dalam undang-undang bagi mengawal pekerjaan. Seperti yang telah
dijelaskan dahulu, terdapat kelengahan masa antara perubahan piawaian moral
dengan keperluan undang-undang. Dengan itu, tindakan yang dianggap tidak
melanggar undang-undang 20 tahun yang lalu (seperti diskriminasi bangsa dan
jantina dalam pengambilan pekerja baru atau pembuangan sisa kimia ke dalam
tasik dan anak sungai), kini merupakan perbuatan yang menyalahi undangundang.

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

73

Persoalannya adalah sama ada perubahan dalam undang-undang ini telah


menyebabkan perubahan piawaian moral penduduk majoriti melalui prosesproses sosial dan politik turut sama berlaku. Selain itu, adakah undang-undang
itu mewakili piawaian moral kolektif masyarakat secara keseluruhannya atau
tidak. Proses-proses sosial dan politik berlaku melalui perubahan moral
individu. Ia kemudiannya menjadi rangka kerja perundangan formal
masyarakat. Ini merupakan satu proses yang panjang serta kompleks. Walau
bagaimanapun, proses-proses ini boleh diringkaskan seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 4.5 berikut:

Rajah 4.5: Proses-proses bagaimana norma, kepercayaan dan nilai diinstitusikan menjadi
undang-undang

74

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai masing-masing


yang sama-sama membentuk piawaian moral mereka seperti yang dijelaskan
dalam Jadual 4.4 berikut:
Jadual 4.4: Piawaian Moral Individu
Piawaian
Moral

Penerangan

Norma

Norma adalah kriteria kelakuan. Ia adalah cara bagaimana seseorang


individu menjangka semua orang akan bertindak apabila menghadapi
sesuatu keadaan.

Kepercayaan

Kepercayaan adalah kriteria pemikiran. Kepercayaan berbeza daripada


norma di mana ia tidak melibatkan tindakan (tiada kelakuan yang
nyata terhadap orang lain). Ia adalah satu cara pemikiran abstrak yang
biasanya menyokong norma individu. Ia merupakan cara seseorang
individu menjangka orang lain akan berfikir tentang konsep-konsep
tertentu.
Sebagai contoh, jika anda yakin terhadap konsep demokrasi berasaskan
rakyat, maka anda akan menjangka orang lain juga akan mengenali
nilai konsep tersebut dan menerimanya sebagai suatu bentuk kerajaan.

Nilai

Nilai adalah suatu pemeringkatan atau peringkat keutamaan yang


diberikan oleh seseorang terhadap norma dan kepercayaannya.
Kebanyakan orang tidak menganggap kesemua norma dan kepercayaan
mereka sebagai sama penting. Sesetengah orang percaya bahawa norma
dan kepercayaannya adalah lebih penting daripada orang lain. Norma
dan kepercayaan yang penting merupakan nilai-nilai atau sanjungan
tinggi yang diletakkan seseorang pada sesuatu perkara.

Tahukah anda bahawa nilai sering mempunyai kontroversi? Tahukah anda


sebabnya? Ini adalah kerana sesuatu norma atau kepercayaan yang disanjung
tinggi oleh seseorang boleh berkonflik dengan norma dan kepercayaan yang
disanjung tinggi oleh orang lain. Umumnya, terdapat hanya sedikit toleransi
atau kompromi dalam hal ini kerana setiap orang meletakkan kepentingan yang
tinggi kepada kriteria mereka seperti:
(a)

Kelakuan (cara-cara bagaimana seseorang harus bertindak); dan

(b)

Kepercayaan (cara-cara bagaimana seseorang harus berfikir).

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

75

Sebagai contoh, mari kita ambil sebuah negara sekular yang mempunyai
masyarakat majmuk dengan pelbagai tradisi budaya. Dalam negara ini, tidak
terdapat satu pun agama warisan yang diterima atau disokong sepenuhnya.
Akibatnya, penduduk negara tersebut terpaksa menjalani hidup dengan norma,
kepercayaan dan nilai yang berbeza-beza antara individu. Perbezaan inilah yang
boleh membawa kepada pelbagai konflik.

SEMAK KENDIRI 4.3


Terangkan istilah-istilah berikut dengan ringkas:
(a)

Norma;

(b)

Kepercayaan; dan

(c)

Nilai.

4.7.2

Proses Kumpulan

Sebelum kita mempelajari dengan lebih lanjut tentang proses kumpulan, mari
kita pelajari dahulu tentang konteks. Konteks dalam proses kumpulan membawa
maksud latar belakang umum atau persekitaran sekeliling sesuatu keadaan. Ia
memainkan peranan yang signifikan dalam norma, kepercayaan dan nilai
seseorang individu.
Setiap individu membentuk set norma, kepercayaan dan nilainya sendiri melalui
konteks-konteks berikut:
(a)

Budaya atau agama;

(b)

Sosial atau politik; dan

(c)

Ekonomi atau teknologi.

76

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Bagi setiap masyarakat pula, mereka mempunyai konteks yang terdiri daripada
pelbagai faktor yang berhubung kait. Faktor-faktor ini disenaraikan dalam
Rajah 4.6 berikut:

Rajah 4.6: Enam faktor konteks yang saling berhubung kait

Sifat konteks yang saling berhubung kait (dalam pemilihan norma, kepercayaan
dan nilai individu) memastikan kesemua faktor berinteraksi antara satu sama
lain. Mari kita lihat satu contoh dalam Rajah 4.7 berikut:

Rajah 4.7: Interaksi empat faktor konteks yang berhubung kait

Seperti yang boleh dilihat dalam Rajah 4.7, perubahan teknologi komunikasi
telah membawa perubahan dalam kuasa politik. Perubahan politik pula
menyebabkan perubahan ekonomi ke atas corak perbelanjaan dan percukaian
berlaku. Akhirnya, perubahan-perubahan ini menghasilkan perubahan budaya
gaya hidup.

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

77

Namun begitu, perhubungan sebenar antara faktor ekonomi, teknologi, sosial,


politik, budaya dan agama tidak diketahui secara tepat. Gabungan pengaruh
faktor-faktor ke atas norma, kepercayaan dan nilai individu juga tidak dapat
dijangka dengan jelas. Walau bagaimanapun, perhubungan dan pengaruh ini
boleh dilihat dengan mudah dalam contoh berikut.
Perubahan status kaum wanita pada masa kini terhasil daripada:
(a)

Peralihan aktiviti ekonomi Daripada pembuatan berat dan perlombongan


kepada industri berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan;

(b)

Pembangunan teknologi dalam kaedah mengawal kelahiran yang lebih


baik; dan

(c)

Perkembangan sosial melalui peluang-peluang pendidikan.

4.7.3

Proses Sosial

Sedarkah anda bahawa individu dalam sesebuah masyarakat tidak terdedah


kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama
secara sama? Perbezaan pendedahan tersebut berpunca daripada:
(a)

Kedudukan individu;

(b)

Unit keluarga;

(c)

Kumpulan rakan sebaya; dan

(d)

Organisasi-organisasi formal.

Dalam sesebuah masyarakat demokrasi, norma, kepercayaan dan nilai individu


yang berubah-ubah mempunyai impak yang nyata walaupun lewat. Impak ini
kelihatan seperti terhasil daripada kedua-dua proses sosial dan politik. Pada
dasarnya, proses sosial melibatkan perhimpunan kuasa.
Seseorang yang berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai yang sama,
lazimnya cenderung untuk bersatu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Ini adalah
kerana menjadi kebiasaan bagi seseorang untuk menyertai orang lain yang
berpandangan sama. Kumpulan-kumpulan kecil ini secara umumnya
merupakan sebahagian daripada organisasi yang lebih besar seperti:
(a)

Firma perniagaan;

(b)

Kesatuan sekerja;

78

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

(c)

Parti politik;

(d)

Badan amal;

(e)

Institusi agama; dan

(f)

Persatuan veteran.

Selaras dengan peredaran masa, organisasi-organisasi yang lebih besar ini akan
mencapai suatu kompromi dalam norma, kepercayaan dan nilai yang mereka
pegang atau berpecah menjadi organisasi-organisasi yang lebih kecil supaya
boleh berkompromi. Terdapat teori-teori alternatif tentang cara bagaimana
kompromi ini terbentuk seperti:
(a)

Keputusan autokratik;

(b)

Penyesuaian birokratik; dan

(c)

Penubuhan kesatuan campuran atau pilihan kolektif.

4.7.4

Proses Politik

Tahukah anda bahawa proses politik di mana norma, kepercayaan dan nilai
yang dipegang oleh organisasi, kumpulan dan individu yang diwartakan
menjadi undang-undang boleh dilihat sebagai satu cara untuk mengatasi
konflik? Ini adalah kerana organisasi, kumpulan dan individu secara jelas
mempunyai pendapat yang berbeza tentang norma (apa yang harus dilakukan)
dan kepercayaan (apa yang harus dicapai pada masa hadapan).
Perbezaan pandangan ini perlu disesuaikan menjadi peraturan yang konsisten
dan universal supaya berkesan. Oleh itu, terdapat teori-teori alternatif yang
boleh digunakan untuk membuat penyesuaian terhadap perbezaan-perbezaan
ini iaitu:
(a)

Kepimpinan ketua kerajaan;

(b)

Kompromi institusi;

(c)

Rundingan badan perundangan; dan

(d)

Desakan para pengundi.

Bagi wakil-wakil rakyat yang terpilih, mereka diberi tanggungjawab formal


untuk menggubal undang-undang dalam sesuatu sistem perwakilan. Walau
bagaimanapun, isu-isu yang timbul adalah berbeza mengikut kawasan dalam
negara, segmen penduduk dan sektor ekonomi.

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

79

Oleh itu, gabungan perlu dibentuk untuk meluluskan kebanyakan undangundang. Orang awam boleh secara langsung menyatakan pendapat mereka
terhadap undang-undang yang dicadangkan dengan mengundi sesetengah
pegawai pentadbir dan kesemua ahli penggubal undang-undang. Pendapat
mereka boleh juga disampaikan secara tidak langsung melalui kaji selidik awam,
surat dan media.

4.8

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
SEBAGAI ASAS PILIHAN MORAL

Akhir sekali, sebelum kita mengakhiri topik keempat ini, mari kita simpulkan
hubungan undang-undang dengan moral atau etika. Persoalan utama yang perlu
difikirkan adalah sama ada proses-proses sosial dan politik yang panjang serta
kompleks ini benar-benar dapat menggabungkan piawaian moral peribadi para
penduduk majoriti untuk dijadikan keperluan undang-undang yang universal
atau tidak.
Pandangan bahawa undang-undang mewakili keputusan moral yang kolektif,
sudah pastinya menarik. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah
apabila piawaian moral individu dipindahkan kepada undang-undang yang
universal. Ini dapat dilihat pada peringkat proses sosial dan politik.
Mari kita lihat masalah-masalah tersebut seperti yang diterangkan dalam
Jadual 4.5 berikut:
Jadual 4.5: Masalah Piawaian Moral dan Penerangan
Masalah Piawaian Moral

Penerangan

Piawaian moral anggota


masyarakat mungkin
berdasarkan maklumat yang
tidak memadai berbanding
isu-isu kelakuan korporat.

x Kebanyakan orang ternyata tidak sedar tentang


pembayaran rasuah yang besar sehinggalah kes
Lockheed terdedah.
x Ramai orang mungkin tidak sedar betapa besarnya
masalah pembuangan sisa toksik di mana
dianggarkan 440 juta tan metrik sisa toksik terhasil
setiap tahun.
x Oleh itu, adalah sukar untuk piawaian moral
individu mempengaruhi undang-undang tanpa
maklumat yang relevan.

80

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Piawaian moral individu


mungkin menjadi lemah
semasa pembentukan
kumpulan-kumpulan kecil.

x Seseorang yang sama norma, kepercayaan dan nilai


adalah
cenderung
untuk
bersekutu
dalam
kumpulan-kumpulan kecil. Namun begitu, piawaian
mereka tidak sentiasa serupa secara tepat, maka
kompromi perlu dicapai.
x Seterusnya, banyak kumpulan-kumpulan kecil
bertindak berasaskan motif selain moral kerana
faedah ekonomi dan prestij profesional sering
memainkan peranan yang lebih besar.
x Oleh yang demikian, adalah sukar bagi piawaian
moral peribadi mempengaruhi undang-undang jika
ia tidak disampaikan dengan tepat.

Piawaian moral anggota


masyarakat mungkin
disalah erti dalam konsensus
organisasi-organisasi besar.

x Banyak
organisasi
yang
berkongsi
norma,
kepercayaan dan nilai yang sama. Walau
bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan
bahawa setiap individu dan setiap kumpulan dalam
organisasi mempunyai pengaruh yang sama dalam
menentukan sesuatu konsensus.
x Ini boleh dilihat dalam norma, kepercayaan dan nilai
dalam
kebanyakan
organisasi
yang
bukan
berasaskan keuntungan seperti rumah sakit dan
universiti, di mana piawaian profesional (pakar
perubatan dan fakulti) kerap mengatasi keadaan.

Piawaian moral anggota


masyarakat mungkin
disalah erti dalam
pembentukan undangundang.

x Perkara ini serupa seperti yang disebut di atas


tentang pembentukan konsensus organisasi tetapi ia
lebih berskala besar.
x Tidak terdapat jaminan bahawa semua organisasi
mempunyai pengaruh yang sama atau jumlah
pengaruh mengikut saiz masing-masing dalam
menentukan undang-undang.
x Ini dapat dilihat dalam peruntukan undang-undang
percukaian yang sering memihak kepada organisasi
tertentu sahaja.

Keperluan undang-undang
yang dibentuk melalui
proses politik sering kali
tidak lengkap atau tidak
tepat dan perlu disokong
oleh keputusan mahkamah
atau tindakan agensi
pentadbiran.

x Ini boleh dilihat dalam kes-kes liabiliti produk dan


ulasan tentang kesamarataan peluang pekerjaan.
Maksud dan aplikasi undang-undang perlu
dijelaskan di luar proses perundangan.
x Oleh itu, adalah sukar bagi piawaian moral peribadi
mempengaruhi undang-undang jika ia tidak diambil
kira dalam proses pembentukan undang-undang
atau hanya diambil kira secara tidak langsung dalam
dua proses berkenaan.

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG W

81

Sebagai penutup, mari kita cuba latihan berikut:

LATIHAN 4.2
1.

Pembentukan undang-undang melibatkan proses-proses yang


sangat kompleks dan menyusahkan. Apakah proses-proses ini?

2.

Padankan institusi sosial berikut dengan tanggungjawab mereka.


Institusi Sosial

Tanggungjawab

Badan perundangan dan majlismajlis

Mentafsirkan undang-undang

Peguam dan pembantu guaman

Menguatkuasa undang-undang

Mahkamah dan agensi-agensi

Membentuk undang-undang

Polis

Menerangkan undang-undang

Undang-undang adalah set peraturan universal yang konsisten ditubuhkan


untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat. Peraturan ini diterbitkan
dengan meluas, umumnya diterima dan kebiasaannya dikuatkuasakan.

Terdapat lima ciri dalam definisi undang-undang iaitu konsisten, universal,


diterbitkan, diterima dan dikuatkuasakan.

Peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat ini mencerminkan pilihan


kolektif anggotanya tentang sebarang keputusan dan tindakan yang memberi
kesan ke atas kebajikannya.

Terdapat pertindihan antara piawaian moral dengan keperluan undangundang sesebuah masyarakat seperti undang-undang negara yang melarang
merompak bank dan piawaian moral yang menegah mencuri.

Terdapat rangkaian empat proses dalam pembentukan undang-undang iaitu


proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik.

82

TOPIK 4

ETIKA PENGURUSAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Sesetengah perubahan dalam norma, kepercayaan dan nilai individu anggota


sesebuah masyarakat boleh dilihat dalam perubahan undang-undang yang
dilaksanakan.

Hujah undang-undang

Norma

Kepercayaan

Piawaian moral

Keperluan undang-undang

Pilihan moral

Konteks

Undang-undang

Nilai

Anda mungkin juga menyukai