Anda di halaman 1dari 29

KKD 2063

PEMBANGUNAN SAHSIAH

Pengenalan Pembangunan Sahsiah


Sahsiah adalah perkataan Bahasa Arab yang
membawa maksud keperibadian atau peribadi
(Kamus Dewan, 2011).
Maksud peribadi pula ialah manusia sebagai diri
sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang yang
sudah sebati dengan diri sendiri untuk membentuk
watak dirinya.
Ia juga menggambarkan sifat personaliti unik individu
yang membezakan dirinya dengan individu yang lain
(Cloninger, 2008).

Menurut Siti Fatimah (1993), sahsiah merujuk


kepada sistem tingkah laku individu.
Ini bererti setiap individu ada cara bertindak yang
tersendiri dan cara bertindak itu adalah lebih kurang
sama dari sehari ke sehari.
Namun,
Abdul
Majid
dan
Rahil
(1995)
mendefinisikan sahsiah sebagai perkaitan antara
penilaian, perasaan, emosi dan perlakuan manusia.
Selain itu, sahsiah juga merujuk kepada
pembentukan psikologi seseorang individu secara
keseluruhan.
Ini merangkumi perangai, kecerdasan, sentimen,
sikap, minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai-nilai.

Allport (dalam Cloninger, 2008) menyatakan sahsiah


adalah organisasi dinamik sistem psikofizikal pada
seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan
fikirannya yang khusus.
Sahsiah manusia boleh diperhati, dikenalpasti dan
diperihalkan (Asmah dan Herman, 1995).
Pembangunan sahsiah merujuk kepada aspek perubahan
pada diri manusia itu sendiri sama ada perubahan itu ke
arah positif atau negatif (Wan Azmi, 1992).
Perubahan yang positif akan membentuk individu yang
berdikari dengan segala nilai positif yang murni.
Pembangunan sahsiah juga membawa makna membina
akhlak, peribadi dan tingkah laku dengan matlamat
menjadikan seseorang itu bertamadun, intelek, murni
dan berdaya maju (Mohd Nasir et al. 2006).

Pembangunan Sahsiah
Mengikut Perspektif Islam
Dalam perspektif Islam, pembangunan sahsiah bukan
sahaja dilihat dari aspek jasmani, tetapi juga
merangkumi seluruh aspek rohani, naluri dan akal
individu.
Menurut Shahabuddin dan Rohizan (2007), sahsiah
juga bermaksud akhlak.
Akhlak terbahagi kepada dua bahagian iaitu akhlak
terpuji dan akhlak tercela.
Islam memberi penekanan penting kepada keduadua akhlak tersebut.

Menurut Habibah dan Noran Fauziah (1997), sahsiah


bermakna personaliti atau secara umumnya akhlak.
Mereka berpendapat bahawa faktor-faktor lain yang
dianggap penting dalam pembangunan sahsiah ialah
hubungan manusia dengan Allah s.w.t, interaksi roh
dan jasmani serta peranan akal.
Mohd Ismail (1999) menyatakan bahawa proses
pembangunan sahsiah pada insan cemerlang terdiri
daripada proses pembangunan insan yang
cemerlang, diikuti dengan proses pembangunan
anak cemerlang serta proses pembangunan individu
cemerlang.

Abdullah Nashih (1994) mendefinisikan pembangunan


sahsiah berdasarkan empat unsur dasar iaitu
pembinaan akidah (kepercayaan), ibadah (ritual),
akhlak (etika dan moral) dan penampilan (mazhar).
Keempat-empat unsur dasar ini telah mengaitkan
sahsiah dengan aspek kerohanian atau dalaman
manusia.
Aspek dalaman boleh dilihat menerusi mazhar atau
tingkah laku luaran.
Mazhar inilah yang dinamakan akhlak iaitu terjemahan
dari akidah dan amalan atau ibadah seseorang.
Tingkah laku luaran individu adalah berasaskan
kepercayaan atau akidah yang dikenali sebagai akhlak.
Maka, menerusi pembinaan akhlak inilah hakikat
manusia itu hendak dibina.

Menurut Iman Al Ghazali (1989), pembangunan


sahsiah merangkumi keseluruhan aspek diri individu
iaitu melibatkan pengetahuan agama, akidah,
penghayatan Al-Quran, adab kehidupan berkeluarga,
mencari rezeki, perhubungan sesama manusia, akhlak,
budi pekerti dan pembangunan jiwa serta hati.
Ibn Miskawah pula mempunyai takrifan yang berbeza
terhadap pembangunan sahsiah iaitu suatu keadaan
(sikap) diri yang mendorong seseorang bertindak
melakukan perbuatan serasi dengannya tanpa
merenung atau berfikir panjang.
Dengan kata lain, sifat yang tertanam dalam diri
individu yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan
dengan senang dan mudah tanpa melibatkan
pemikiran, penelitian serta paksaan.

Pembangunan Sahsiah Mengikut


Perspektif Barat
Berdasarkan pandangan para pemikir seperti
Mark (1818 - 1883), Weber (1864 - 1920) dan
Maslow (1908 - 1970), antara keperluan jasmani
yang ditekankan mengikut perspektif Barat ialah
keperluan fizikal dan keperluan psikologi
manusia, meningkatkan status kuasa dan agama
serta meningkatkan kelas sosial ekonomi yang
dianggap sebagai tunjang dalam menentukan
pembentukan dan perkembangan struktur sosial
masyarakat manusia (Kamarul Azmi, 2002).

Ciri-ciri Sahsiah

a. Kebolehan berinterksi dan


berkomunikasi
b. Penerimaan terhadap orang
lain
c. Persediaan untuk memberi
dan menerima pendapat

Ciri-ciri Sahsiah Mengikut Perspektif Islam

Ciri-ciri Sahsiah Mengikut Perspektif Islam

Tiga Faktor Mempengaruhi Pembentukan Personaliti/Sahsiah


Hati
Pengertian biologi : seketul daging berfungsi utk tubuh badan.
Islam : rohaniah manusia berpusat pada naluri rasional
Kualiti individu ditentukan sejauh mana hati menghayati risalah
Allah
Terdpt 3 jenis hati :
Hati qalbun
Hati lubbun
Hati fuaadun

A. Hati Qalbun
Hati belum kukuh dgn tuntutan agama yg memerlukan
akal utk bertindak.

B. Hati Lubbun
Hati berkualiti tinggi, pencetusan hati (intvition),
rasional ikhlas membimbing akal.

C. Hati Fuaadun
Hati di antara qalbun dan lubbun yg ada keyakinan
terhadap Allah

Nafs
Nafs : tabii keinginan, utk memahami nafs lihat individu
sekeliling.
Kualiti nafs dpt corakkan personaliti individu menjadi
manusia rasional / aman
Terdpt 7 jenis nafs :
Ammarah (terendah) : ikut hawa nafsu / peroleh kejahatan,
kerosakan
Lawwamah
Mulhamah
Mutmainnah : biasa dicapai manusia / dpt tahan hawa nafsu
syahwat / capai ketenangan
Radiah
Mardiah : lemah lembut, redha ketentuan Allah, berterima
kasih, bersyukur, kesederhanaan, baik hati
Kamiliah : pada para rasul yg miliki sifat diri yg sempurna.

Akal
Anugerah Allah kpd manusia (binatang tak ada)
Intelek manusia bentuk konsep, generalisasi, berdaya
usaha, rasional
Kualiti akal manusia berbeza
3 jenis akal

Akal Biasa (terendah)


Akal Taakul (sederhana)
Akal Tadabbur (kualiti tinggi)

A. Akal Biasa (Terendah)


Kanak2 bertindak ikut apa yg dilihat. Eg : bola ditutup
dgn kain Kanak2 akan beralih kpd objek lain & anggap
bola sudah tdk ada.
Pemikiran berasaskan pada apa yg dilihat dan tidak
berfikir kpd aspek abstrak spt nilai, pahala / dosa

B. Akal Taakul (Sederhana)


Keupayaan analisis, memberi sebab-musabab,
menghurai faktor

C. Akal Tadabbur (Kualiti Tinggi)


Berfikiran ikhlas, rasional berpandukan keimanan,
berkeyakinan dan bertindak kerana Allah.

Interaksi Antara Akal, Nafs & Hati Dlm


Membentuk Personaliti/sahsiah
A. Personaliti Celaru :

Individu personaliti : dirinya sebenar & diri personaliti


Nafs ammarah penentu personaliti individu &
membatas keupayaan berfikir & hati membuat
pertimbangan

B Personaliti Seimbang :

Tindakan nafsu dan hati dikawal akal / dpt imbangi @


sepadu tuntutan dunawi dgn akhirat
Akal yg rasional pengaruhi pembentukan personaliti @
corak kualiti hati / nafs

C. Personaliti Sempurna :

Akal dan hati penentu personaliti / nafs terkawal.

Faktor Utama Pembentukan Personaliti/Sahsiah

Akal
Tadabbur

Hati
Fuaadun

Nafs
Mardiah

Personaliti
Unggul

Akal
Taakul

Hati
Lubbun

Nafs
Mutmainnah

Personaliti
Seimbang

Nafs
Ammarah

Akal
Biasa

Hati
Qalbun

Personaliti
Celaru

Faktor-faktor Mempengaruhi Pembangunan Sahsiah

Faktor Baka
a) Saiz Badan
Saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang dalam
melakukan aktiviti. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti
akan meningkatkan keyakinan diri individu serta menjadi
tumpuan orang. Hal ini secara tidak langsung akan
meningkatkan penghargaan kendiri individu dan seterusnya
membentuk sahsiah diri yang sihat.
b) Penyakit
Terdapat beberapa jenis penyakit yang mungkin diwarisi
melalui baka seperti asma, kencing manis, sakit jantung dan
sebagainya. Individu yang menghidapi penyakit ini pada usia
yang muda akan menyekat aktiviti sosialnya dan kemungkinan
menjejaskan hubungan dirinya dengan rakan-rakan. Hal ini
secara tidak langsung boleh mempengaruhi pembangunan
sahsiah individu ke arah yang tidak sihat disebabkan
perkembangan sosial dan emosi terganggu.

c) Kecerdasan
Setiap orang mempunyai kecerdasan yang berbeza untuk
membantu individu menyelesaikan masalah seharian
mereka. Kemampuan individu dapat diukur berdasarkan
prestasi akademik atau pekerjaan. Menurut Azizi et al.
(2007), kecerdasan mempunyai hubungan yang signifikan
dengan prestasi akademik. Individu akan membentuk
sahsiah yang positif sekiranya mempunyai tahap
kecerdasan tinggi dan sebaliknya.
d) Temperamen
Temperamen merupakan sifat semula jadi individu yang
boleh mempengaruhi interaksi antara individu dengan
individu yang lain. Individu yang stabil emosinya lebih
mudah bergaul mesra dengan orang lain serta tenang
dalam menghadapi sebarang cabaran yang dihadapi.

Faktor Persekitaran
a) Keluarga
Faktor keluarga merangkumi didikan daripada ibu bapa
dan taraf sosioekonomi keluarga.
Didikan daripada ibu bapa sejak kecil banyak
mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti
individu.
Cara komunikasi ibu bapa, berpakaian, pemakanan
serta perhubungan dengan ahli keluarga secara tidak
langsung telah diterapkan dalam diri kanak-kanak.
Keluarga yang mesra dan harmoni lebih menggalakkan
pembentukan sahsiah yang sihat.
Corak didikan ibu bapa yang bersifat demokratik akan
membantu kanak-kanak dalam proses membuat
keputusan.

b) Pengalaman Awal
Pengalaman awal kanak-kanak memberi kesan yang
besar terhadap kehidupan di kemudian hari semasa
kanak-kanak tersebut melangkah ke peringkat dewasa.
Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan
kesilapan akan menyebabkan kanak-kanak tersebut
sentiasa merasa bimbang dan bersalah.
Hal ini juga menyebabkan terbentuknya perasaan
rendah diri dan terancam sehingga menjejaskan harga
diri atau konsep kendiri kanak-kanak tersebut.
Impak tersebut secara tidak langsung telah
menjejaskan perkembangan sahsiah individu serta
cenderung membentuk sahsiah kendiri yang negatif.

c) Kebudayaan
Kebudayaan yang berbeza mempunyai norma
dan nilai yang berbeza.
Budaya sama ada daripada keluarga atau
masyarakat telah dipupuk dalam diri individu
sejak kecil lagi.
Penekanan kepada satu-satu nilai dalam satu-satu
kebudayaan tertentu akan mempengaruhi
pembangunan sahsiah kanak-kanak.
Contohnya, sesebuah keluarga yang menekankan
kekayaan dan kebendaan sebagai nilai yang
penting dalam hidup, maka kanak-kanak yang
membesar akan bersifat materialistik.

d) Pengaruh Sekolah
Sekolah adalah agen sosialisasi yang berfungsi secara formal.
Tindakan atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh pengetua dan
guru akan menjadi teladan kepada murid-murid di sekolah.
Pengetua yang tidak tegas akan melahirkan pelajar yang pasif,
kurang inovatif serta takut membuat perubahan. Hal ini akan
menyebabkan sifat kepimpinan murid-murid terbantut.
Selain itu, guru merupakan agen sosialisasi yang berpengaruh. Guru
yang penyayang akan membentuk emosi murid-murid yang stabil.
Sifat-sifat baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat.
Sebaliknya, guru yang tidak adil, pilih kasih atau suka memarahi
murid-murid lebih cenderung melahirkan sahsiah murid-murid yang
tidak baik.
Persekitaran sekolah merupakan situasi yang menggalakkan
pembangunan sahsiah berlaku.
Suasana sekolah yang baik dapat membantu pembangunan sahsiah
yang sempurna disebabkan terdapat bimbingan guru dan
persekitaran yang menyenangkan.

e) Pengaruh Rakan Sebaya


Menurut Glidewell (dalam Mohd Ismail et al.
2004: 27), terdapat tiga cara utama bagaimana
individu dapat dipengaruhi oleh rakan mereka.
Pertama, anak-anak muda dipengaruhi oleh rakan
sebaya apabila mereka ingin diterima atau disukai
oleh kumpulan rakan mereka;
Kedua, mereka terpengaruh dengan kepimpinan
dan kemampuan rakan mereka.
Ketiga, mereka ingin membuktikan kebolehan diri
dan memperolehi pengakuan dan penghargaan
rakan.

f) Media Massa
Media massa memberi pengaruh yang kuat
terhadap pembangunan sahsiah individu.
Pendedahan kepada media massa yang sihat
adalah penting seperti program-program
bercorak keagamaan, sains, national geography
dan sebagainya akan membantu perkembangan
intelek seseorang individu.
Secara langsung melalui program-program ini
lebih menggalakkan individu untuk berfikir,
membangkitkan motivasi dan minat untuk
belajar.

g) Masyarakat
Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan normanorma yang sihat akan melahirkan anggotanya yang
bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia
berkorban untuk menolong orang lain.
Tetapi, masyarakat yang mementingkan kekayaan dan
harta benda dengan mengenepikan nilai-nilai murni
akan melahirkan lebih banyak insan yang mengejar
harta benda dan kemewahan.
Mereka sanggup melakukan tingkah laku yang
melanggar undang-undang demi memperolehi
kekayaan.
Hal ini jelas menggambarkan bahawa bagaimana nilai
masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu yang
tidak diingini.

Anda mungkin juga menyukai