Anda di halaman 1dari 13

CARA DIDIK ANAK HARGAI WANG

Ada kalanya ibu bapa tidak dapat menolak kehendak anak-anak yang mahukan
permainan. Biarpun ratusan ringgit harganya, ibu bapa berusaha untuk
mendapatkannya agar dapat memuaskan hati anak-anak. Tidak salah jika
memenuhi impian anak-anak ini. Bagaimanapun ibu bapa harus mendidik anakanak mengenai nilai wang dan tidak semua yang dihajati akan menjadi milik
mereka.
Sesuai dengan kata pepatah, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Ibu bapa
perlu memberi pendedahan kepada anak-anak ketika mereka masih kecil, iaitu
seawal mereka tahu mengira dan mengenal nilai wang. Terdapat pelbagai cara yang
boleh dilakukan ibu bapa bagi memastikan anak-anak tahu menghargai wang.
Antaranya :
Ajar nilai harga
Pada usia tiga hingga lima tahun, anak-anak dapat mengetahui mengenai wang
menerusi pemerhatian dan perlakuan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa boleh membawa
anak ketika membeli belah dan menerangkan mengenai wang dengan menunjukkan
harga barang. Mungkin pada mulanya mereka kurang memahami namun lama
kelamaan setelah menerima pendedahan, mereka akan mengetahui mengenai nilai
duit.
Latih anak untuk membayar
Selepas makan atau membeli barangan, berikan wang kepada anak dan minta dia
membayarkan di kaunter dengan ditemani ibu bapa. Cara ini, mereka dapat
mengetahui untuk mendapatkan barangan harus menggunakan wang. Cara ini juga
membolehkan mereka terus menghargai wang dan menilai proses pertukaran wang
menerusi pemberian baki yang diberikan. Terangkan kepada anak mengenai situasi
yang berlaku. Sebaiknya, gunakan gaya bahasa mudah supaya si kecil yang belum
bersekolah akan lebih memahami.
Sistem elaun
Bagi anak-anak yang bersekolah rendah, berikan elaun setiap hari atau secara
mingguan supaya mereka berpeluang menggunakan wang dengan bijak dan
menyimpan baki yang ada di tangan mereka. Pemberian elaun boleh mendidik
mereka menggunakan sumber kewangan secara bijak serta berwaspada ketika
membeli supaya dapat berjimat cermat.
Babitkan anak dalam merancang percutian
Sebelum memilih destinasi pelancongan, pastikan anak-anak turut terbabit dalam
pemilihan lokasi serta aktiviti yang akan diadakan. Beri peluang kepada mereka
untuk membuat keputusan kerana mereka akan dapat belajar mengenai
perbelanjaan yang akan ditanggung ibu bapa serta jumlah duit yang akan
dikeluarkan. Katakan juga kepada anak-anak bahawa setiap pilihan ada kelebihan
dan kekurangannya.

Libatkan anak ketika membuat bajet keluarga


Pembabitan ahli keluarga adalah sangat penting ketika membuat bajet keluarga. Ini
bagi memastikan anak-anak lebih tahu mengenai nilai wang dan bertanya harga
sesuatu barang. Mereka juga tidak akan meminta dibelikan barang di luar
kemampuan ibu bapa kerana sejak awal sudah ditetapkan bajet yang harus diikuti.

Elak mengajar anak mengenai barangan berjenama


Ada sesetengah ibu bapa mudah berasa kasihan dengan anak-anak dan berupaya
memenuhi permintaan mereka dengan membelikan barangan mahal atau
berjenama. Sebenarnya sejak kecil mereka langsung tidak mengenali jenama dan
harga barangan sekiranya ibu bapa tidak mengajarnya. Jadi sekiranya anda tidak
mahu anak-anak membesar menjadi remaja yang meminta-minta dibelikan
barangan mahal dan mewah, sebaiknya latih mereka untuk menghargai wang dan
betapa susah untuk mendapatkannya sejak kecil lagi.
Galakkan menabung
Mengajar anak-anak menabung untuk mendapatkan sesuatu barang adalah cara
terbaik mendidik mereka menghargai wang. Cara ini membantu mereka untuk
mendapat lebih memahami kaedah mendapatkan sesuatu barang dengan berusaha
dan bukan meminta daripada ibu bapa semata-mata.
Bekerja sendiri
Bagi anak-anak yang sudah bersekolah dan menunggu keputusan peperiksaan,
bantu mereka menjadi lebih berdikari dengan menggalakkan mereka menambahkan
simpanan dengan bekerja sambilan terutamanya pada cuti persekolahan. Ajarkan
juga cara mengendalikan rekod kewangan yang boleh memantau pendapatan dan
perbelanjaan.
Ibu bapa contoh terbaik
Ibu bapa harus menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Tonjolkan teladan yang baik seperti mengira balik wang baki yang diterima selepas
membayar dan tidak terus memasukkan ke dalam dompet. Biarpun tindakan
sebegini agak kecil, ia memberi impak yang besar kepada anak untuk menilai harga
wang.
Perbincangan
Sentiasa berbincang dengan anak mengenai aspek praktikal pengurusan kewangan
seperti menabung dan membuat pembelian bijak. Ini kerana pengurusan wang yang
bermanfaat boleh membantu anak-anak menetapkan matlamat dalam hidup
mereka.

Cara Mudah Untuk Membuat Anak Anda Disayangi

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit atau
perbelanjaan yang banyak. Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau
percutian yang menelan perbelanjaan yang besar. Malah, sekiranya kita membuat anak
kita berasa tidak istimewa sepanjang tahun, barang mainan yang mahal atau jamuan
hari jadi yang dibuat di hotel lima bintang tidak akan dapat mengubah perasaan yang
dirasai anak kita itu. Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah perkaraperkara kecil yang anda lakukan setiap hari.
Anak yang enggan solat, keras kepala, tidak mendengar kata dan gemar bergaul bebas
ini hanya sekadar beberapa masalah yang dihadapi ibu bapa. Tahukah anda, salah satu
cara paling efektif untuk membuatkan anak lembut hati dan mudah mendengar kata
ialah dengan membuatkan dia merasa disayangi?
Ada enam cara mudah yang boleh anda lakukan untuk membuatkan anak merasa
disayangi:
1. Ucapkan kata-kata sayang terutama di kala dia sedih
Anak-anak perlu mendengar ucapan kasih sayang ini lebih-lebih lagi sekiranya mereka
sedang mengalami masalah atau kemurungan. Contohnya, apabila berlaku sesuatu
kejadian di sekolah yang menyusahkan hatinya. Pada saat-saat duka seperti ini, dia
perlu tahu yang anda sentiasa di sisinya untuk memberi sokongan kepadanya.
2. Tunjukkan yang anda gembira apabila berjumpa dengannya
Serlahkan wajah riang ketika menyambut anak anda pulang dari sekolah, umpamanya.
Tunjukkan keceriaan bila anda pulang dari bercuti ataupun dari pejabat. Katakan yang
anda merinduinya.

3. Perhati dan akui perkara-perkara baik yang dilakukannya


Ibubapa selalunya bertujuan baik apabila menegur kesilapan atau kesalahan yang
dilakukan oleh anak-anak mereka, kerana berharap anak-anak tidak akan mengulangi
kesalahan itu lagi. Tetapi teguran-teguran ini mengecewakan anak-anak apabila
ibubapa tidak nampak dan tidak memuji perkara-perkara baik yang mereka lakukan.
Anak-anak akan berasa kurang bersemangat dan mungkin akan cenderung melakukan
perkara-perkara yang buruk hanya untuk menarik perhatian ibubapa. Apabila memuji
anak anda, berikanlah kata-kata pujian yang khusus dan jelas serta ikhlas kepada
mereka. Sebagai contoh, "Mama gembira sebab Lan mahu berkongsi biskut coklat cip
ini dengan nenek" atau "Rajin anak Papa menyimpan semula buku-buku itu setelah
dibaca" atau "Papa seronok tengok Liza melukis dan bermain dengan adik."
4. Dengarkan kata-katanya
Apabila anak bersuara dan ingin memberitahu anda sesuatu perkara, tumpukanlah
perhatian dan dengarlah apa yang ingin dikatakannya itu. Lihat wajahnya dan hindari
diri daripada menyampuk sehingga dia selesai bercakap. Mendengar bukanlah sekadar
mendengar dan mengangguk sahaja.
Satu cara untuk menunjukkan kepada anak yang anda betul-betul mendengar apa yang
dikatakannya adalah dengan bertanya soalan seperti "Jadi Faris ambil pen kamu tanpa
kebenaran kamu?" Mendengar tidak bermakna anda mesti bersetuju dengan apa yang
dikatakan oleh anak anda. Tetapi dengan mendengar, anda boleh membantu anak anda
meluahkan isi hatinya serta membuatkannya berasa lega dan tenteram kerana anda
mengambil berat di atas kesejahteraannya.
Anak anda akan berfikir, "Mama/Papa mengambil berat terhadap diri saya, jadi saya tak
perlu bimbang." Anak anda perlukan keselesaan emosi seperti ini. Kadangkala anak
anda perlukan anda mendengar pengakuannya. Ini berlaku kerana mungkin dia
merasakan yang dia telah melakukan satu kesalahan dan kesalahan ini membuatkan dia
berasa resah gelisah. Sekiranya ini terjadi, kawal diri daripada memarahinya.
Sebaliknya, pujilah dia kerana bersikap jujur dan berani berbincang dengan anda. Dia
perlu tahu yang anda tidak memandang rendah kepadanya hanya kerana dia telah
melakukan kesalahan. Ini bermakna, walaupun dia telah melakukan kesilapan, anda
masih menganggapnya istimewa.
5. Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya
Kanak-kanak mengaitkan kasih sayang dengan perbuatan. Lebih-lebih lagi kanak-kanak
kecil, mereka tidak begitu tahu untuk menjelaskan ungkapan ini, tetapi mereka tahu apa

itu kasih sayang. Bagi kanak-kanak, kasih sayang adalah apa yang dialami dan
dirasainya atau apa yang dilihatnya dilakukan oleh orang lain.
Apa yang anak anda mahu lakukan bersama anda? Menanam pokok bawang untuk
projek Sainsnya ataupun membaca sebuah buku cerita bersama-sama atau membaca
satu kisah lucu dan ketawa bersama-sama? Mungkin juga membuat dinosaur kertas
mengikut model yang terdapat dalam buku origami yang anda baru belikan untuknya
atau membuat kentang putar untuk makan malam nanti.
Apa pun yang anda lakukan bersamanya, biarlah dia yang memilih aktivitinya dan jika
anda tidak boleh melakukannya serta-merta, tetapkanlah tarikh dan masa yang sesuai
untuk anda dan juga untuk dirinya. Aktiviti-aktiviti ini boleh dirancang terlebih dahulu
tetapi boleh juga dilakukan secara spontan. Perkara-perkara kecil yang anda lakukan
bersama akan meninggalkan kesan mendalam di hati dan perasaan anda berdua.
6. Tunjukkan minat terhadap apa yang diusahakannya
Kanak-kanak gemar menunjukkan kepada kita apa yang sedang mereka lakukan.
Sebagai contoh, jika anak anda yang berusia sembilan tahun sedang menyiapkan dua
keping lukisan yang berlainan dan bertanya kepada anda lukisan mana satu yang anda
lebih suka, dekati anak anda dan amatilah kedua-dua lukisan dengan penuh minat.
Katakan sesuatu yang khusus seperti, "Yang ini lagi cantik sebab Ana melukis pokok dan
daunnya dengan jelas. Warnanya pun lebih terang."
Elakkan daripada menjawab secara acuh tak acuh, "Papa tengok sama saja kedua-dua
lukisan tu." Ataupun sekiranya anda sedang melihat anak belasan tahun anda bermain
badminton, anda boleh memujinya dengan berkata, "Pukulan Ina sekarang semakin
baik dan lebih bertenaga."
Ataupun sekiranya dia meminta pendapat anda mengenai karangan yang sedang
ditulisnya, anda boleh berkata, "Bahagian pengenalan karangan yang Zul tulis tu
memang bagus." Anda mungkin berfikir yang kata-kata pujian akan membuatkan diri
anak terlampau berpuas hati dengan dirinya sendiri dan tidak lagi mahu berusaha.
Tetapi tiada apa yang lebih memotivasikan seorang anak selain daripada kata-kata
perangsang daripada ibubapanya. Tidak kira dalam keadaan apa pun atau apa pun
yang sedang dilakukan oleh anak anda, carilah perkara yang elok dan betul dan
berikanlah puji-pujian. Anak anda akan menghargai kata-kata pujian itu dan akan
berasa gembira.

4 Cara Hilangkan Rasa Gugup

Sentiasa bersedia
Jika anda mempunyai mesyuarat yang penting, seeloknya anda lakukan sedikit
persediaan tentang apa yang perlu dibentangkan ketika mesyuarat yang akan
dimulakan esok pagi. Tambahan pula jika anda akan mengetuai mesyuarat tersebut.
Anda perlu tahu siapa yang akan menghadiri mesyuarat adakah disertai dengan
pihak atasan yang lain. Ini ada membuatkan anda lebih bersedia dan dapat
mengurangkan gementar di hati.
Bertenang 30 minit sebelum berlangsung
Bertenang seketika sebelum memulakan pembentangan ataupun sebarang
mesyuarat dapat mengembalikan rasa positif dalam minda. Lakukan pernafasan
yang betul dan tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan. Cara begini
boleh mengembalikan degupan jantung kepada tahap yang normal. Kebiasaannya
gementar akan lebih terasa apabila perasaan anda berada dalam gelisah. Setelah
anda berasa lebih berkeyakinan jadi mulakanlah pembentangan anda di hadapan
ketua dengan penuh rasa yakin. Sesekali jangan hilang kawalan terhadap perasaan
gementar.
Menggambarkan dengan cara yang positif
Gambarkan apa sahaja yang berlaku ketika sesuatu perkara itu berlangsung
dengan cara yang positif. Elakkan memberi gambaran yang negatif kerana ia
membawa kepada perasaan yang gementar apabila minda terbayangkan sesuatu
yang buruk bakal berlaku. Namun kebanyakan daripada kita lebih gemar
membayangkan negatif berbanding positif. Jadi ubah imiganisai anda mulai
sekarang supaya perasaan gementar yang sentiasa menghantui anda akan hilang

dengan segera supaya anda boleh melakukan pembentangan kertas kerja dengan
lancar.
Memberi lebih tumpuan
Cara lain untuk menghilangkan rasa gementar anda ialah dengan memberi tumpuan
kepada apa yang sedang berlaku sahaja. Jangan fikirkan mengenai perkara lain
yang belum selesai. Contohnya sedang memikirkan mesyuarat yang akan
berlangsung pada petang hari sedangkan yang sedang dihadapi belum selesai.
Pusatkan
pada tempat kejadian dan selepas selesai satu perkara barulah fikirkan yang lain
pula. Ini dapat meghilangkan rasa gemuruh dan gementar anda kerana perasaan ini
datang disebabkan banyak perkara. Sama ada anda tidak bersedia ataupun terlalu
banyak perkara yang berada di dalam minda anda.

Petua Menghafal Al - Quran

Pertama, mulakan dengan


bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan
memberi ruang untuk ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di
dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya
yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar
meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa- dosanya.
Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan
diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas.Mintalah bantuan Allah
dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat
suciNya.
Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk
menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita
tidak sibuk dengan hal-hal lain.
Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantu
minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat
ayat yang kita ingin hafal.(mind snapshot)
Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang
menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir( bermula dengan
juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)
Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar
membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan
sudah pula ingat sebahagiannya.

Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita


menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan
dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun,
walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah.
Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada
masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.

Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solatsolat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan
ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .

Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah
lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama
lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anakanak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik.

BIASAKAN PEGANG BUKU


Biasakan diri mereka memegang buku dan bermain dengannya sejak kecil.
Luangkan masa untuk bercerita tentang buku tersebut kepada anak kita dalam
beberapa minit sehari. Gunakan bahasa yang mudah dan bahasa tubuh yang
menarik.
Baca buku tersebut di hadapannya. Mungkin anak yang berusia setahun dan ke
bawah tidak memahami apa yang kita bacakan tetapi dengan bahasa tubuh yang
ditunjukkan dan senyuman yang diberikan menggalakkan anak ini untuk terus
mendengar dan sekali gus berminat dengan cerita dan kemudian buku tersebut.
Disini kanak-kanak membina persepsi bahawa melalui buku dia mendapat
keceriaan. Lakukan aktiviti ini bersama anak-anak kita setiap hari ataupun
sekurang-kurangnya setiap minggu.
GAMBAR BESAR DAN MENARIK
Pemilihan buku amat penting untuk menggalakkan anak-anak gemar membaca.
Kanak-kanak sukakan ilustrasi-ilustrasi yang besar dan menarik. Ilustrasi seperti
gambar manusia, binatang, acara yang biasa dilihat akan menambat hatinya untuk
terus bersama buku tersebut.
Jadi, pilihlah buku yang mempunyai gambar yang besar, menarik, biasa dilihat
dengan penerangan yang ringkas. Selain itu, penggunaan bahasanya biarlah yang
mudah dan dekat dengan hati dan pemikiran anak-anak kita. Penumpuan kanakkanak tidak lama, jadi memadai dengan memilih buku yang sedikit halamannya.
TUNJUKKAN KESERONOKAN
Titip keseronokan dalam penceritaan buku tersebut. Membaca bersama mereka.
Anak-anak amat suka mendengar cerita. Jadi gunakan minat ini untuk
menggalakkan mereka minat kepada membaca. Tunjukkan apa yang dibaca dan
pastikan mereka sedar apa yang sedang berlaku dengan menunjukkan gambar dan
melibatkan mereka dalam penceritaan.
Minta pendapat mereka atau minta mereka meneka apa yang mungkin berlaku
selepas ini. Jangan lupa untuk memberikan mereka pujian setelah tepat meneka.

Galakkan dalam bentuk pujian amat digemari kanak-kanak (reinforcement).


Aktiviti seringkas ini akan mendorong minat mereka untuk terus membaca.
Apabila mereka merasai keseronokan membaca, mereka pasti akan menantinantikan saat ini. Jadikan aktiviti ini sebagai rutin keluarga. Rutin yang dilakukan
ini akan membentuk persepsi positif dan minat anak-anak terhadap membaca.

Budaya Kerja Cemerlang

Pendahuluan
Seorang yang bekerja dengan cemerlang tidak akan bekerja sambil lewa. Kerja dan
tugas sehariannya tidak akan dianggap sebagai bebanan atau sebagai satu rutin
yang membosankan. Kerja yang perlu dilaksanakan akan dilakukannya dengan
bersungguh-sungguh, tidak sekadar melepaskan batuk di tangga.
Prestasi kerjanya akan sentiasa tinggi. Jika menemui kesulitan ketika melaksanakan
tugas, perkara perlu dilakukan adalah berusaha mencari jalan mengatasi atau
menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah berpatah hati dan mengaku kalah
sebelum menyelesaikannya.

Ciri-ciri Untuk Mencapai tahap kecermerlangan adalah seperti berikut:


Bersikap inisiatif.
Pekerja yang mempunyai sikap inisiatif adalah mereka yang melakukan usaha atau
sesuatu sebelum dipaksa oleh keadaan atau diarah melakukannya. Sesuatu kerja
itu perlu dilakukan dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan berlakunya
kesilapan.
Setiap pekerja mempunyai kebolehan tersendiri dalam bidang yang mereka ceburi.
Oleh itu, mereka yang beretika dalam kerjanya akan sentiasa giat berusaha
mengembangkan syarikat di mana mereka bekerja.
Mempunyai sikap yang positif
Bersikap positif dan mempunyai niat yang betul ketika bekerja. Orang itu tidak akan
mempunyai komitmen terhadap kerja dilakukan. Ramai orang bekerja, tetapi tidak
faham atau mengerti kenapa mereka bekerja selain daripada ingin menyara hidup.

Bertanggungjawab terhadap masyarakat


Bertanggungjawab terhadap masyarakat. Tidak wajar mementingkan keuntungan
semata-mata tanpa memikirkan akibat perbuatan itu kepada masyarakat dan alam
sekitar.
Amanah Dalam Menjalankan Tugas,
Sifat amanah adalah teras keharmonian dan kejayaan sesebuah institusi
masyarakat atau pekerjaan. Bayangkan jika seseorang pekerja atau pegawai tidak
mempunyai sifat amanah, segala urusan tidak akan berjalan sempurna dan
membawa kepada kehancuran institusi atau syarikat itu.
Komited terhadap kerjaya
Kunci kejayaan seseorang individu ialah komited terhadap kerjaya diceburinya.
Komited dimaksudkan di sini ialah menumpukan perhatian dan bersungguhsungguh terhadap apa dilakukan. Sifat komited ini dapat menyumbang ke arah
terhasilnya mutu kerja yang cemerlang.
Akhlak Yang Mulia
Akhlak, adalah teras pembentukan etika kerja profesional. Akhlak mulia yang dimiliki
seseorang pekerja mahu pun ketua menjadi lambang ketinggian peribadi dan kualiti
individu terbabit. Jujur dalam pekerjaan. Sifat jujur atau benar dapat membentuk
hubungan sihat di antara sesama pekerja, pekerja dan majikan dan sesama
pelanggan. Sifat jujur dan benar dapat membendung segala perasaan syak
wasangka dan tipu daya atau dusta.
Kesimpulan
Inilah beberapa perkara perlu ada pada seseorang pekerja untuk membentuk
kecemerlangan kerjaya seseorang dalam acuan perspektif Islam. Ciri-ciri diatas kan
dalam membentuk situasi kerja yang cemerlang dan mencpai matlamat organisasi
dengan lebih jaya dan tepat pada masanuya.

Anda mungkin juga menyukai