Anda di halaman 1dari 4

Diskusi Bedah Buku

SCHOOL OF ISLAMIC THOUGHT


Menekuni Pemikiran Ibn Qayyim dalam Penilaian Hadis
Sebuah refleksi oleh: Amirul Imran Amir Rudin

A.

Pengenalan

Buku ini dipilih atas dasar kebimbangan melihat penyebaran secara meluas hadis-hadis palsu di media
sosial. Tidaklah dengan menghabiskan buku yang ringkas ini menjadikan kita seorang yang alim
dalam bidang hadis. Akan tetapi sekurang-kurangnya ia berfungsi sebagai wasilah agar kita lebih
berhati-hati dalam berinteraksi dengan maklumat tambahan pula maklumat tersebut disandarkan
kepada baginda Nabi Muhammad SAW. Al-Quran telah memberikan satu garis panduan yang jelas
dalam hal ini dalam Surah al-Hujurat ayat ke-6:
}
{



Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa
sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan
sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.
Ketika membaca kitab-kitab tafsir tentang ayat ini pembentang cenderung mengambil tafsiran Abd arRahman ibn Nasir as-Sa'di at-Tamimi (18891956) dalam tafsir beliau, Tafsr Al-Sad yang mana
menceritakan salah satu kriteria ulul albab adalah berhati-hati dalam menerima sesuatu khabar.
Apabila menerima sesuatu khabar, seseorang perlu melihat kepada dua aspek:
1) Al-idq, yang diyakini kebenaran khabarnya. Ini merupakan aspek yang paling asas.
2) Al-Adl, yakni yang diyakini kewibawaannya
Jika wujudnya dua aspek ini, maka khabar tersebut wajib difahami dan diamalkan serta disebarkan.
Berlawanan dengan dua yang di atas adalah:
1) Al-Kidhb, yang diketahui pembohongannya
2) Al-Fisq, yang diragui kewibawaannya.
Al-Kidhb secara automatiknya ditolak penerimaannya, manakala al-Fisq inilah yang wajib kita
analisanya terlebih dahulu (Tabayyun). Buktinya penerimaan khabar yang diriwayatkan oleh Khawarij
yang makruf daripada segi kebenaran kata-katanya (buat dosa besar kafir) walaupun fasiq (daripada
sudut akidah dan akhlak). Demikian jugalah tafsiran Ibn Kathir, Muhammad Sayyid Tantawi dan
beberapa mufassirin yang lainnya.
B. Polemik Kempen Semak Status Hadis Sebelum Sebar
Semenjak dua menjak ini, masyarakat ramai yang mula menyedari tentang kepentingan hadis palsu
dan ada di antara kita yang mengambil inisiatif membuat satu kempen agar menyemak status hadis
sebelum disebarkan.
Namun ada segelintir pihak tidak berpuas hati terhadap kempen tersebut, lalu mengadakan kempen
antitesis terhadapnya iaitu Hadis Daif Bukan Hadis Palsu. Muncul juga yang menentang atas dasar
untuk menyemak sesuatu hadis adalah untuk orang yang cukup ilmu alatnya tidak selayaknya orang
awam menyemak hadis.
Berdasarkan permasalahan kempen ini, maka timbul dua persoalan:
Persoalan pertama, benarkah hadis daif bukan hadis palsu? Di sini pembentang ingin menerangkan
sedikit-sebanyak mengenai hadis daif dan pembahagiannya. Daif itu, ada yang ringan dan ada pula
yang berat.

Diskusi Bedah Buku

SCHOOL OF ISLAMIC THOUGHT

Adapun daif ringan, sekurang-kurangnya terdapat 3 pendapat ulama berkenaan kaedah berinteraksi
dengannya (tidak akan dibincangkan di sini). Termasuk dalam kategori ini muallaq, mursal, mual,
munqai, mudallas dan mursal khaf.
Manakala, untuk kategori daif berat, maka tidak ada keraguan lagi bahawa ulama bersepakat
menolaknya. Termasuk dalam kategori ini adalah sydh, malul, munkar, matruk dan mawu.
Kesimpulannya, hadis mawu (palsu) adalah salah satu daripada kategori hadis daif. Ibn Solah di
dalam Muqaddimah beliau mengatakan yang mafhumnya bahawa, seburuk-buruk hadis palsu adalah
mawu.
Persoalan kedua, orang awam tidak berkelayakan menyemak status hadis. Di sini pembentang mahu
menjelaskan bahawa kita menggalakkan orang awam menyebar status hadis sebelum disebarkan.
Namun bagi orang yang tidak berkemampuan cukuplah bertanya kepada mereka yang mempunyai
kemampuan dalam bidang hadis, sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah Taala menerusi Surah
al-Hujurat yang telah dijelaskan di atas.
Walaubagaimanapun, mungkin menjadi masalah apabila para agamawan sendiri yang menyebarkan
hadis-hadis palsu. Ini bergantung kepada sejauh mana kerendahan hati agamawan tersebut. Jikalau
seorang agamawan itu matlamatnya kebenaran maka dia dengan rendah dirinya menerima teguran dan
sedia membetulkan kesalahan di khalayak ramai. Jikalau tidak mungkin proses ini akan bertambah
rumit, dan agamawan ini akan mempertahankan bermati-matian hujah mereka.
C. Biografi Pengarang
Nama sebenar beliau adalah Muhammad ibn Abi Bakr ibn Ayyub ibn Sad ibn Hariz al-ZuraI alDimashqi, dikenali sebagai Ibn Qayyim Al-Jawziyyah1. Dilahirkan pada bulan Safar 691H di Zar
sebuah desa di Damshiq.
Digelar Ibn Qayyim Al-Jawziyyah kerana bapanya, Abu Bakr ibn Sad merupakan seorang pengetua
di Madrasah Al-Jawziyyah yang didirikan Abu al-Farj ibn al-Jawzi al-Hanbali al-Qurash al-Baghdadi.
Mendapat bimbingan daripada ramai para ulama antaranya bapanya sendiri khususnya dalam bidang
Faraid, Abu Bakr Ahmad ibn Abdul Daim ibn Nimah an-Nablusi dalam hadis dan Ibn Taymiyyah
dalam pelbagai bidang serta beliau sangat akrab dengan Ibn Taymiyyah. Beliau wafat pada bulan
Rajab 751H di Damshiq semasa berumur 60 tahun.
D. Metodologi Penulisan Ibn Qayyim
Pada asalnya beliau hanya menjawab soalan yang dikemukakan kepada beliau. Selepas itu, datang
soalan berkenaan apakah boleh kita mengetahui hadis palsu tanpa mengkaji terlebih dahulu sanadnya.
Bermula daripada sinilah beliau mengemukakan ciri-ciri matan hadis palsu. Maka lengkaplah sebuah
kitab bertajuk al-Manr al-Munf fi al-ahh wa al-af.
Ibn Qayyim, sebagaimana yang dilihat dalam karya-karya beliau yang lainnya, merupakan seorang
individu yang membumi penghujahannya. Ketika berhujah, beliau tidak mengemukakan sekadar nas
naqli sahaja, malahan juga beliau mengemukakan logika di sebalik nas naqli tersebut. Oleh sebab itu,
di awal kitab ini Ibn Qayyim diajukan sebanyak 4 soalan dan beliau menjawab bukan sekadar
kecacatan daripada metodologi para Muhaddithn, akan tetapi beliau juga mengemukakan hujah
aqliah di sebaliknya. Inilah kelebihan intelektual yang dapat dikesan oleh pembentang ketika
membaca karya-karya beliau yang lainnya.

Jangan terkeliru dengan Ibn al-Jawzi. Beliau dan Ibn Qayyim al-Jawziyyah merupakan dua sosok yang berlainan.

Diskusi Bedah Buku

SCHOOL OF ISLAMIC THOUGHT

E. Isi Kandungan Kitab


Pembentang menggunakan kitab al-Manr al-Munf terjemahan Bahasa Melayu terbitan Kemilau
Publika. Pembentang walaubagaimanapun tidak berhajat untuk menerangkan jawapan Ibn Qayyim
serta kaedah logika yang digunakan oleh beliau, kerana perbahasan tersebut berhajat kepada satu lagi
perbahasan yang lebih panjang. Di atas saranan salah seorang daripada tim penterjemah kitab ini, alFil Ustaz Muhammad Razif Muhammad Fuad, dengan izin Allah pembentang akan terus
membincangkan beberapa ciri-ciri hadis palsu berdasarkan kandungan yang dirasakan dekat dengan
masyarakat kita pada hari ini.
Antara ciri-ciri yang dikupas adalah :

Ganjaran pahala melampau-lampau (ciri 1)2


Peristiwa akan datang dengan tarikh yang spesifik (ciri 8 dan 25)
Kelebihan akal (ciri 10)
Khidr masih hidup (ciri 11)
Batu al-Sakhrah di Bayt al-Maqds (ciri 15)
Solat khusus Nif Shabn (ciri 17)
Hadis yang mengandungi unsur rasisme seperti mencela bangsa lain (ciri 19 & 20)
Kelebihan beramal pada hari shr kecuali puasa (ciri 26)
Fadilat surah-surah (ciri 27)3
Mencela sahabat secara spesifik serta beberapa hadis tentang kelebihan sahabat yang palsu
(28, 29, 30 dan 51) 4
Celaan atau pujian terhadap tokoh Islam secara spesifik (ciri 31) 5
Zikir dalam wudhu (ciri 35)
Anak zina tidak masuk syurga (ciri 45)
Memuji hidup bujang (ciri 39 dan 58)

F. Adab Berinteraksi Dengan Hadis Palsu


Setelah mengenali beberapa petanda hadis palsu maka sewajarnya kita lebih berhati-hati ketika
berinteraksi dengan hadis. Hukum menyebarkan hadis palsu dan beramal dengannya adalah haram,
kecuali dengan sebab mahu memberitahu kepalsuannya. Rasulullah SAW sangat tegas dalam masalah
ini, berdasarkan sebuah hadis yang mutawatir lafaznya yakni:

Maksud: Sesiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja maka tempahlah tempat duduknya
dalam neraka.
Apakah yang dimaksudkan dengan sengaja dalam hadis tersebut? Ada daripada kalangan kita yang
mahu menyedapkan hati dengan berkata Saya menyebarkannya dengan tidak sengaja. Jika palsu,
dapat saya tahu palsunya. Namun jika benar, dapatlah kita mengambil ibrah. Namun sejauh manakah
tahap sengaja itu dinilai?

Ganjaran dikira melampau apabila melebihi ganjaran para anbiya ataupun melibatkan angka yang berpuluh-puluh ribu.
Kelebihan surah yang sahih ialah tentang al-Fatihah, al-Baqarah, Ali-Imran, ayat Kursi, dua ayat terakhir surah Baqarah,
surah al-Kahfi, al-Ikhlas dan Muawwizatain (surah al-Nas dan al-Falaq). Selain daripada yang ditulis ini kebanyakannya
lemah dan memerlukan penelitian.
4 Antara contohnya Abdurrahman bin Auf masuk syurga merangkak, kisah Thalabah dan Alqamah.
5 Contohnya hadis mencela Imam al-Shafie ataupun hadis Nabi menyesal tidak bertemu dengan Imam al-Ghazali.
2
3

Diskusi Bedah Buku

SCHOOL OF ISLAMIC THOUGHT

Di dalam penyebaran hadis cukuplah seseorang dikira menipu apabila dia menyampaikan sesuatu
tanpa memastikan kesahihan khabar terlebih dahulu. Perkara ini diambil berdasarkan sebuah hadis
dalam Muqaddimah Sahih Muslim iaitu:

Maksudnya: Cukuplah seseorang itu berdusta apabila dia menyampaikan setiap yang didengarnya.
Namun, ada juga dalam kalangan kita yang mengatakan, bahawa hadis palsu juga merupakan hadis,
maka bolehlah kita menyebarkannya. Sungguh, ini adalah hasil salah faham mengenai istilah hadis
palsu. Takrif hadis palsu sebenarnya adalah:
Apa-apa yang direka atas nama Nabi Muhammad SAW, atau selain baginda, daripada perkataan,
perbuatan, taqrir atau sifat secara dusta6
Lantas atas sebab apa dinamakan maudhu itu tergolong dalam kategori hadis? Jawabnya, dimasukkan
dalam kategori hadis kerana makna hadis yang umum iaitu:
Apa sahaja yang disandarkan kepada Nabi SAW daripada perkataan, perbuatan, taqrir atau sifat,
sama ada sebelum diutuskan atau selepasnya.
Kesimpulannya hadis palsu hakikatnya bukan hadis Nabi SAW. Cuma ia dinamakan hadis kerana
disandarkan kepada Rasulullah SAW secara dusta.
G. Kesimpulan
Pembentang merumuskan perbincangan dengan menegaskan bahawa Islam merupakan agama yang
sangat menjaga integriti dalam segenap aspek keilmuan. Ini dapat dilihat daripada karangan ulama
yang pelbagai yang sangat menjaga ketepatan fakta dalam menaqalkan perkataan daripada seseorang.
Lebih-lebih lagi hadis Nabi SAW merupakan rujukan utama selepas al-Quran dalam Shariah Islam.
Pembentang berharap agar usai diskusi ini kita lebih teliti ketika mahu menyebarkan sesuatu khabar di
laman sosial ataupun ketika menyebarkan kepada masyarakat awam. Pembentang memohon kebaikan
daripada Allah SWT agar diberkati usaha kecil ini bagi menyedarkan masyarakat tentang bahayanya
penyebaran hadis palsu ini.
Wallahu alam

Abu al-Layth, Muhammad. Ulm al-adth Aluha wa Muiruha.

Anda mungkin juga menyukai