Anda di halaman 1dari 46

KONSEP KETUHANAN

PELAJARAN 4

KONSEP

KETUHANAN

Objektif:

Mendedahkan kepada pelajar sejarah ketuhanan dalam


pemikiran manusia sebagai mukadimah kepada memahami konsep ketuhanan dalam Islam, termasuk
dalam agama Kristian dan Yahudi supaya mereka dapat
m e m buat perbandingan antara kekeruhan konsep ketuhanan dalam agama-agama tersebut dengan konsep
ketuhanan Islam yang murni.

Mendedahkan kepada pelajar konsep ketuhanan dalam


Islam.

Memperkenalkan kepada mereka asas-asas Tauhid


Islam.

Memperjelaskan kepada pelajar asas-asas iman dalam


Islam.

75

PENGAJIAN ISLAM

76

KONSEP KETUHANAN

KANDUNGAN

Pendahuluan

79

Sejarah Ringkas Aqidah Ketuhanan

80

Tasawwur Ketuhanan dalam Agama Yahudi

83

Tasawwur Ketuhanan dalam Agama Kristian

90

Tuhan dalam Orientasi Islam

95

Ketauhidan Zat

98

Ketauhidan dalam Ibadah

99

Ketauhidan Sifat

101

Keperluan Iman dalam Kehidupan Manusia

105

Pengutusan Rasul

106

Kepentingan Konsep Tauhid

107

Tauhid Aw a m

110

Tauhid Khawas

111

Hakikat Iman dan Islam

115

116

Rukun Iman

77

PENGAJIAN ISLAM

78

Syarat Kesempurnaan Iman

116

Iman Kamil

116

Apa Erti Saya Beriman?

117

Kesimpulan

118

Rujukan

119

KONSEP KETUHANAN

PENDAHULUAN
Persoalan tentang tuhan dan ketuhanan amatlah luas skop
perbincangannya. Ia dapat dilihat dari pelbagai dimensi.
Setiap bangsa atau suku kaum manusia yang menghuni
alam ini mempunyai pandangan dan persepsi yang tersendiri
menyentuh perkara ini akibat daripada usaha-usaha mereka
yang berterusan untuk mencari dan memahami tuhan, sama
ada berasaskan sumber panca indera dan akal semata-mata
atau ditambah dengan wahyu. Kefahaman manusia pada
kebiasaannya sejajar dengan keupayaan ilmu dan teknik
semasa setiap peringkat perkembangan kehidupannya.
Kepercayaan kepada kewujudan tuhan adalah aspek terpenting dalam proses beragama. Manusia secara universalnya menerima peranan agama dan berhajat kepadanya. Ahliahli sains sosial dari pelbagai disiplin ilmu yang berbeza
seperti psikologi, sosiologi, antropologi dan falsafah banyak
mengemukakan pandangan masing-masing dalam menerangkan kenapa manusia menganut agama (Ibrahim Abu
Bakar, 1990, hlm. 12).
Sebelum membahaskan lebih lanjut konsep ketuhanan ini, akan didedahkan terlebih dahulu gambaran umum
proses dan peringkat pembentukan aqidah ketuhanan
manusia menurut pengkajian sarjana perbandingan agama
dan apakah yang mereka faham dan tafsirkan dengan
perkataan god atau tuhan itu. Merujuk kepada agama
Islam, isu fundamental kepada keseluruhan doktrin ajaran
Islam berkisar pada persoalan keesaan atau ketauhidan Allah
(Tuhan) sebagai kontradiksi pemahaman terhadap kata
ilah (Tuhan atau Allah) masyarakat Arab Jahiliah, Kristian, Yahudi, Majusi dan lain-lain lagi yang sezamannya.
Kesan penyaksian terhadap keesaan Allah nanti, menurut
Islam mendatangkan konsekuensi besar dan berbeza daripada fahaman atau pegangan sebelumnya. Implikasi dan
79

PENGAJIAN ISLAM

konsekuensi daripada konsep ketuhanan Islam yang


berbentuk intelektual, spiritual dan sosial-moral jelas akan
dapat diperolehi daripada intisari al-Quran sendiri dan juga
deduksi logik.

SEJARAH RINGKAS AQIDAH KETUHANAN


Fakta sejarah menunjukkan bahawa perbincangan secara
terperinci aqidah ketuhanan mungkin dapat dimulai dengan
dasar kepercayaan umat yang masih primitif, bangsa yang
pernah mengalami tamadun awal seperti Mesir, India, Cina,
r
Ian, Babylon, dan Yunani. Seterusnya, kepercayaan mereka
yang menerima kitab-kitab Tuhan dari langit yang diwakili
oleh Yahudi, Kristian dan Islam. Lebih jauh lagi, menyentuh tentang tuhan pada aliran falsafah awal sepertifalsafah
Yunani dan agama sepert
iYahudi, Kristian dan Islam selepas diserapi oleh falsafah dan tasawuf. Lebih lanjut lagi,
tuhan dalam pemikiran ahli falsafah Barat dan masalah ketuhanan menurut pendapat ilmu moden (Abbas Mahmud
al-Aqqad, 1969, hlm. 57). Ini dikemukakan walaupun
tidak dibincangkan kerana idea dan pegangan merekalah
yang mendominasi keseluruhan konsep aqidah ketuhanan
manusia. Abu al-Ala al-Maududi dalam kitabnya Risalah
al-Diniyyah menyatakan tentang keperluan manusia mempunyai aqidah ketuhanan, beliau berkata bahawa daripada
sejarah paling awal diketahui, begitu juga data paling tua
didapati, jelas menunjukkan dalam setiap zaman manusia
mengiktiraf bermacam-macam tuhan dan telah melakukan
penyembahan terhadap tuhan itu. Sehingga di zaman ini,
setiap bangsa yang menghuni bumi, berm ula daripada yang
paling primitif hingga kepada yang paling bertamadun atau
berkebudayaan, mempercayai dan menyembah bermacammacam tuhan. Ini membuktikan bahawa idea mempunyai
80

KONSEP KETUHANAN

tuhan dan melakukan penyembahan terhadapnya telah


tertanam pada manusia. Ini merupakan sesuatu yang berada
di dalam jiwa manusia yang memaksa mereka berbuat
demikian (Abu al-Ala al-Maududi, 1960, hlm. 67).
Pada hakikatnya, naluri beragama adalah sesuatu yang
fitrah dalam sejarah dan tamadun hidup manusia. Lantaran itu, ada tokoh yang melontarkan pendapat bahawa
m ungkin terdapat dalam tamadun sesuatu umat atau
bangsa yang tidak mempunyai binaan kota, istana, bangunan dan jalan tetapi tidak ada dalam tamadun sesuatu
umat di dunia ini yang tidak mempunyai tempat ibadah.
Bertolak dari situ, dalam membincangkan usaha-usaha manusia mencari tuhan, sarjana perbandingan agama membahagikan tiga peringkat umum yang dilalui oleh umat primitif tentang kepercayaan terhadap tuhan-tuhan dan dewa1
dewa.
Tiga peringkat tersebut ialah:
a)
b)
c)

Peringkat Polytheisme iaitu berbilang-bilang tuhan;


Peringkat Henotheisme iaitu pemilihan yang paling
menonjol di antara banyak tuhan atau dewa;
Peringkat Monotheisme iaitu keesaan atau ketauhidan.

Pembahagian di atas membuktikan berlakunya perubahan atau perkembangan kepercayaan di kalangan masyarakat bertamadun aw al. Kaum primitif, pada mulanya
mempercayai kepada roh-roh nenek-moyang mereka dan
ke mudiannya berpindah kepada kepercayaan dan pemujaan
kepada gejala-gejala atau fenomena-fenomena alam sepert
i
matahari,bulan, bintang dan lain-lain lagi dengan disertai

1 Penjelasan lebih lanjut tentang peringkat kepercayaan ini, lihat Harun


Nasution, Islam ditinjau dari berbagai aspeknya,Jakarta, UI Press,
1979, hlm. 1224.

81

PENGAJIAN ISLAM

juga pemujaan terhadap nenek-moyang. Peringkat keesaan


merupakan tahap terakhir adalah mempercayai adanya
tuhan yang melebihi tuhan-tuhan lain baik dari segi
kekuasaan, keagungan dan kekendiriannya.
Sehubungan dengan kefahaman terhadap tuhan, sesetengah sarjana Barat mengakui amat sukar dan barangkali
mustahil untuk memberi definisi tuhan dengan tepat yang
boleh merangkumkan semua penggunaan perkataan dan
persamaannya di dalam bahasa-bahasa lain, walaupun untuk
mendefinisikan tuhan secara umum sebagai superhuman or
supernatural being that controls the world. (The Encyclopedia of philosophy,Jil. 3, 1979). Contohnya, perkataan
superhuman adalah kontradiksi dengan penyembahan atau
mempertuhankan Maharaja Romawi, dan supernatural
pula bermasalah dengan penyamaan oleh Spinoza di antara
tuhan dengan nature. Seterusnya perkataan controls (pengawalan) juga akan berdepan dengan penafian Epicurean
bahawa tuhan mempengaruhi kehidupan manusia. Konklusi
yang mereka buat berasaskan kepada penghuraian di atas
bahawa, walaupun penggunaan definisinya memenuhi kerangka luas makna tetapi ia bukanlah secara universalnya
dapat diaplikasikan.
Kepercayaan dan keyakinan terhadap sesuatu dalam
hubungannya dengan kewujudan kuasa kepada universe
di dunia Barat, juga dibahagikan kepada dua jenis definisi.
Definisi pertama dike mukakan oleh Martin Luther di dalam
bukunya Greater Catechisme: Whatever then the heartclungs
to (I say), and relies upon, that is properlythy God.Definisi
seperti ini, secara existential memperkenalkan kewujudan
orang yang percaya dan ia tidak dapat dipisahkan daripada
keimanannya, di mana tidak memperkatakan secara langsung tentang realiti alam atau kosmik sebagaimana Luther
menjelaskan bahawa sesetengah manusia menjadikan
kekayaan sebagai tuhan dan sesetengah mereka pula men82

KONSEP KETUHANAN

jadikan ilusi-ilusinya sebagai tuhan. Jenis pertama ini hanya


menekankan persoalan kepercayaan dan keyakinan tanpa
menghubungkannya dengan realiti alam atau kosmik. Manakala jenis kedua adalah definisi berbentuk antological
yang merujuk kepada nature of being, di mana Tuhan ditanggapi sebagai primal being (makhluk utama dan awal)
atau kuasa dan sumber kepada universe. Dia mungkin digambarkan sebagai Supreme Being pencipta, kuasa pengatur kepada semua ini. Kepercayaan masyarakat moden
kepada tuhan dan pemikiran yang berhubungan dengannya,
berpusat kepada hubungan di antara dua definisi di atas.
Kesukaran untuk menghubungkan kedua-duanya telah diekspresikan oleh Blaise Pascal, seorang ahli sains dan mistik
kurun ke-17 dengan kenyataannya: Tuhan Ibrahim, Ishak,
Yakob, dan Tuhan Isa, bukanlah tuhan ahli falsafah dan
sarjana (Ibid).
Fakta di atas menunjukkan betapa seriusnya pencemaran dan penyelewengan terhadap konsep tuhan di kalangan sarjana dan pemikir yang diakibatkan oleh perbezaan
pentafsiran mengenainya. Inikerana mereka ini datang dari
pelbagai latar belakang keagamaan, aliran falsafah, tasawuf
dan aliran kebatinan yang mencelarukan serta mengkecamukkan idea tuhan itu sendiri daripada yang bersih dan
m urni. Perbincangan tentang persoalan ini banyak diperdebatkan dewasa ini khususnya di kalangan sarjana Barat.

TASA
WWUR
AW

KETUHANAN

DALAM

AGAMA YAHUDI

Agama Yahudi merupakan satu agama atau Din Samawi


yang datang daripada Allah S.W.T. Agama Yahudi berm ula
dengan pengutusan Nabi Musa a.s. dan orang Yahudi
adalah pengikut baginda. Kitab mereka ialah Taurat. Selain
Yahudi, mereka juga dipanggil dengan nama-nama lain
83

PENGAJIAN ISLAM

seperti Bani Israel dan al-Ibraniyyin (Dr. Hamdi Abd. AlAal 1989: 19).
Agama Yahudi pada asalnya mengakui hal yang berkaitan dengan harikebangkitan, hari Akhirat, hisab, syurga
dan neraka, sebagaimana yang dipaparkan oleh al-Quran alKarim (Dr. Ali Abdul W ahid W afitt: 38). Begitu juga dengan soal-soal ketuhanan, yang mempunyai gambaran
tauhid yang jelas di dalam ajaran Nabi Musa a.s. yang
merupakan nabi dan rasul utama agama Yahudi, di mana
kepada baginda diturunkan kitab al-Taurat.
Agama Yahudi, pada asalnya sebagaimana yang
dipaparkan oleh al-Quran, adalah suatu agama Tauhid yang
mana Zat Ketuhanan bersifat dengan sifat-sifat keEsaan
dan kesempurnaan, bersih suci daripada segala sifat kekurangan, berbeza daripada segala makhluk (mukhalafah li
al-hawadith) dalam segala perkara, sebagaimana yang terdapat dalam agama Islam. (Ali W afi, 26). Hal ini adalah
asal agama Yahudi yang merupakan salah agama samawi.
N a mun, keadaan ini telah berubah setelah ia melalui
berbagai-bagai zaman.
Berikut ialah beberapa tasawwur ketuhanan dalam agama Yahudi:
(1) Mereka menyangka Zat Tuhan boleh dilihat, bahkan
mereka mensyaratkan bahaw a mereka hanya akan
beriman dengan Nabi Musa a.s. dan risalah baginda
apabila mereka melihat Allah S.W.T.Ini dijelaskan oleh
al-Quran al-Karim yang bermaksud:
Ertinya: Dan ingatlah ketika kamu berkata: W ahai
Musa! Selama-lamanya kami tidak akan beriman
denganmu sehinggalah kami melihat Allah secara
nyata (dengan mata kasar), lalu kamu telah disambar
petir dalam keadaan kamu melihat (peristiwa itu).
(Surah al-Baqarah: 55)

84

KONSEP KETUHANAN

Demikian, al-Quran menjelaskan bahawa jiwa


mereka tidak tenang beribadah kepada Tuhan yang
mereka tidak dapat melihatnya. Oleh itu, ketika mana
mereka melihat suatu kaum menyembah berhala-berhala mereka, mereka meminta kepada Nabi Musa a.s.
supaya baginda menjadikan untuk mereka suatu Tuhan yang mereka boleh jangkau dengan panca indera,
sebagaimana kaum tersebut dapat menjangkau berhala
mereka dengan panca indera. Ini dijelaskan oleh alQuran yang bermaksud:
Ertinya: Dan Kami telah memperseberangkan Bani
Israel ke seberang laut itu (iaitu mengizinkan mereka
menyeberanginya dengan selamat), lalu mereka telah
sampai kepada suatu kaum (iaitu mereka telah
menemui suatu kaum) yang sedang mengeru muni
berhala-berhala mereka, merekapun berkata: W ahai
Musa! Perbuatkanlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka itu mempunyai beberapa
tuhan (berhala). Musa berkata: Sesungguhnya kamu
adalah kaum yang jahil (tidak mengetahui sifat-sifat
Tuhan). Sesungguhnya mereka itu kaum yang mana
kepercayaan yang mereka anuti itu dihancurkan dan
mereka itu adalah kaum yang mana apa-apa yang
mereka telah lakukan adalah batil. Musa berkata:
Apakah aku akan mencari untuk kamu selain daripada
Allah sebagai tuhan? Sedangkan Dia Tuhan Yang telah
melebihkan kamu berbanding seluruh bangsa di dunia
ini?
(Surah al-Araaf: ayat 138140)

Al-Quran al-Karim dan kitab suci mereka sendiri


menceritakan kepada kita bahawa mereka pada zamanzaman perm ulaan, mereka telah murtad daripada beribadah kepada tuhan mereka beberapa kali. Ada kala
85

PENGAJIAN ISLAM

mereka menyembah anak lembu dan ada kala yang


lain mereka menyembah berhala.
Mereka menggambarkan Allah S.W.T. dalam bentuk berjisim (m ujassamah), dan mereka menyifatkan-Nya dengan berbagai-bagai sifat kekurangan,
kelemahan, pembohongan, lupa lalai, jahil, dan mensyirikkan-Nya dengan tuhan-tuhan yang lain. Kadangkadang mereka murtad menyembah berhala dan
haiwan. Pemikiran ini kelihatan jelas sekali dalam Sifr
al-Takwin dan Sifr al-Khuruj.
Sifr al-Takwin (Ishah enam: 15) menyebut bahaw a Allah mempunyai anak lelaki. Mereka telah
terpesona dengan kejelitaan anak perempuan manusia
yang ketika itu sudah mula ramai di muka bumi, lalu
mereka mengambil perempuan-perempuan manusia
sebagai kekasih dan isteri, sehingga melahirkan suatu
keturunan yang mempunyai keistimew aan tubuh
badan yang besar.Mereka itu adalah al-jababirah yang
mendiami bumi sebelum al-Thufan.
Di antaranya ialah kisah pembinasaan kaum Nabi
Luth (Ishah 18) di mana sifr ini menggambarkan bahawa ada 3 orang lelaki telah menziarahi Nabi Ibrahim
ketika dalam perjalanan mahu menghancurkan kaum
Nabi Luth. Mereka ialah Allah S.W.T. dan dua orang
malaikat. Diceritakan bahaw a Allah S.W.T. dan 2
malaikat itu makan dengan lahapnya makanan yang
dihidangkan oleh Ibrahim di bawah sebatang pokok!
Di antaranya juga ialah kisah yang disebut oleh
Sifr al-Takwin (Ishah kedua: 1), bahawa Allah S.W.T.
letih selepas menciptakan langit dan bumi selama
enam hari, dan berehat pada hariyang ketujuh, iaitu
hari Sabtu. Ia juga menyatakan bahawa Allah S.W.T.
memberkati hari tersebut disebabkan peristiwa itu (Dia
berehat pada hariketujuh itu) dan Dia mengharamkan
86

KONSEP KETUHANAN

pekerjaan pada hari itu. Ia seolah-olahnya mahu menggambarkan Allah S.W.T. seperti manusia biasa yang
berhajat kepada rehat selepas penat bekerja!
Al-Quran menangkis sangkaan ini dengan firman-Nya yang bermaksud:
Ertinya: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan
langit-langit dan bumi dan apa-apa yang ada di antara
kedua-duanya selama enam hari dan tiadalah Kami
ditimpa sebarang keletihan.
(Surah Qaaf: 38)

Di antaranya juga ialah kisah yang disebut oleh


Sifr al-Takwin (Ishah 32:2432) iaitu kisah pergelutan Allah S.W.T. dengan Nabi Yaakub. Dalam pergelutan ini, Yaakub tidak dapat ditewaskan oleh Allah.
Yaakub tidak mahu mengalah kecuali jika Allah
S.W.T. menerima suatu syarat, iaitu supaya Dia memberkatinya. Gambaran ini menunjukkan bahawa Tuhan
adalah lemah dan dapat dikalahkan oleh manusia!
Di antaranya juga ialah kisah yang disebut oleh
Sifr al-Khuruj (lihat Ishah 29:3843) yang menyatakan bahawa tuhan merasa segar dan cergas dengan
menghidu bau asap korban yang dibakar.
Sangkaan palsu mereka ini ditangkis keras oleh
Allah S.W.T dalam al-Quran, di mana Dia menegaskan
bahawa tidak ada apa-apa yang akan sampai kepada
Allah S.W.T., sama ada daging korban mahupun darahnya. Dia hanya mensyariatkan ibadat korban supaya
ia menjadi suatu syiar tanda ketaqwaan kepada Allah
S.W.T., syiar kepatuhan menjunjung titah perintahNya dan tanda kesyukuran atas nikmat-Nya yang telah
dilimpahkan ke atas hamba-hamba-Nya, khususnya
nikmat binatang ternakan. Ibadat korban juga dijadi87

PENGAJIAN ISLAM

kan sebagai peluang untuk melakukan ehsan, pertolongan dan kebajikan kepada golongan fakir miskin.
Allah S.W.T.berfirman yang bermaksud:
Ertinya: Selama-lamanya daging-dagingnya dan
darah-darahnya (iaitu daging dan darah korban itu)
tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang akan
sampai ialah ketaqwaan daripada kamu. Demikianlah
Dia (Allah) memperm udahkannya (binatang korban
itu) untuk kamu agar kamu bertakbir kepada Allah
atas apa-apa nikmat hidayah yang Dia hidayahkan
kamu dan berikanlah khabar berita gembira kepada
orang-orang yang melakukan ehsan kebaikan.
(Surah al-Hajj: 37)

(2) Mereka beriktiqad bahawa mereka mempunyai tuhan


yang khusus untuk mereka, iaitu Tuhan Israel dan
mereka (Yahudi) adalah anak cucunya dan kekasihnya.
Mereka beriktiqad bahaw a umat-umat lain, mereka
mempunyai tuhan-tuhan yang lain, dan tuhan mereka
berada dalam pertembungan dan perm usuhan dengan
tuhan-tuhan umat lain.
(3) Gambaran Tuhan bertubuh badan seperti manusia.
Asfar al-Talmud menonjolkan tuhan Israel sebagai tuhan yang bersifat dengan banyak sifat baru(hawadith) dan sifat kekurangan. Ini jelas -khususnya
tentang sifat tubuh badan tuhan yang dinyatakan oleh
al-Talmud apabila ia menyebut perihal tubuh tuhan
dan kebesaran (kesasaan) anggota tubuh badannya.
Talmud juga meriwayatkan tentang kecergasan tuhan
dan kerja-kerja yang dilakukannya siang dan malam,
tentang keadaan tuhan setelah robohnya al-Haekal
dan pengusiran kaum Bani Israel. Talmud juga menerangkan tentang penetapan beberapa hari dalam
88

KONSEP KETUHANAN

setahun yang dikhususkan untuk beribadah kepada


tuhan lain yang lebih kecil, dan juga tentang prihatin
tuhan terhadap persembahan korban manusia kepadanya (Ali W afi: 32).
Sementara itu Sifr Tuma pula menyifatkan dahi
tuhan dan kesuakannya (luas), di mana ia menyatakan
bahawa luas dahi tuhan hingga ke hidungnya ialah
seluas lima ribu hasta. Dalam Sifr Sadirnasyim pula,
menyifatkan bahawa di kepala tuhan mereka ada sebuah mahkota yang diperbuat daripada seribu karung
emas. Di jarinya pula ada sebentuk cincin yang menjadi sumber cahaya kepada matahari dan planet-planet.
Di sebut juga bahawa malaikat yang menjaga mahkota
tersebut bernama Sandalifun (Ibn Hazm: juz 1,
hlm 163164).
Tersebut dalam setengah Asfar Talmud bahawa
Allah menghabiskan selama 3 jam pertamanya dari
pada masa siang hari untuk mengulangkaji syariatnya. Tiga jam kedua untuk urusan pemerintahan di
kalangan manusia. Tiga jam ketiga untuk mentadbir
urusan kehidupan makhluknya, sementara tiga jam
terakhir pula digunakan untuk bermain-main dengan
ikan Hut iaitu raja segala ikan.
Sementara pada malam hari, tuhan menghabiskannya dengan mengulangkaji kitab al-Talmud bersama malaikat dan raja segala syaitan yang naik ke
langit pada setiap malam, ke mudian turun semula ke
bumi setelah selesai perbincangan ilmiah tersebut. Sistem ini berubah setelah Allah S.W.T. merobohkan alHaekal dan menghalau Bani Israel. Tuhan telah mengiktiraf kesalahannya dan menyesal atas perbuatannya.
Oleh yang demikian, Dia telah mengkhususkan 3/4
daripada waktu malam untuk menangis dan menyesali
tindakan tersebut.
89

PENGAJIAN ISLAM

(4) Tuhan mempunyai anak.


Sebahagian kumpulan Yahudi beriktiqad dengan
kewujudan anak Allah S.W.T., sementara sebahagian
orang-orang Yahudi pula mengambil pendeta-pendeta
mereka sebagai tuhan-tuhan lain selain Allah S.W.T.
,
sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran tentang
perihal mereka dan perihal orang-orang Nasrani. Firman-Nya yang bermaksud:
Ertinya: Dan orang-orang Yahudi telah berkata Uzair itu
adalah anak Allah.

Ertinya: Mereka (iaitu orang-orang Yahudi) telah mengambil pendeta-pendeta dan paderi-paderi mereka sebagai
tuhan-tuhan selain daripada Allah.

TASA
WWUR KETUHANAN DALAM AGAMA KRISTIAN
AW
Dalam agama Kristian, konsep ketuhanan dan akidah
tauhid kelihatan tidak suci dan boleh dianggap sebagai amat
bercelaru sehingga menimbulkan tanda tanya yang bukan
kepalang dan banyak simpang siurnya di kalangan para
sarjana. Ada kalanya, didapati teks-teks injil menyifatkan
tuhan sebagai lebih daripada satu, tetapi dalam masa yang
sama sesetengah teksnya yang memberikan gambaran
bahawa tuhan itu adalah Esa, tunggal dan tidak berbilang.
Jika hal ini boleh dibuat suatu kesimpulan awal, ia memberikan gambaran betapa sumber pemikiran tauhid mereka
tidak murni, atau dalam erti kata lain, ia dicemari oleh
campur tangan manusia yang mengubah suai isi kandungan
Injil mengikut kehendak haw a nafsu mereka sendiri
.
Sebenarnya, konsep ketuhanan dalam agama Kristian
pada peringkat aw alnya adalah murni dan berteraskan
90

KONSEP KETUHANAN

tauhid. Keesaan Allah S.W.T. jelas tergambar dalam banyak


teks-teks Injil.1 Di antara teks-teks tersebut ialah:
Al-Quran telah merakamkan tentang keaslian dakwah
seruan al-Masih ini, dengan firman Allah S.W.T.yang
bermaksud:
Ertinya: Dan al-Masih telah berkata: W ahai Bani Israel!
Sembahlah kamu akan Allah Tuhanku dan Tuhan kamu.

Berikut adalah tasawwur ketuhanan dalam agama


Kristian secara ringkas:

rtama:
P er
tama: Al-Masih Itu Allah
Kenyataan ini dijelaskan oleh Allah S.W.T. dalam al-Quran
yang bermaksud:
Ertinya: Demi sesungguhnya, kafirlah orang yang berkata:
Bahaw asanya Allah ialah al-Masih Ibni Maryam. Katakanlah (wahai Muhammad): (Dakwaan itu tidak benar)
kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah
sedikit jua pun kalau Dia mahu membinasakan al-Masih
Ibni Maryam berserta ibunya dan orang yang ada di muka
bumi semuanya?. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa
pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Dia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(Surah al-Maidah, 17)

Sebahagian orang-orang Kristian menganggap bahawa


Allah S.W.T. adalah al-Masih, atau Allah S.W.T. telah men1 Contoh: Sesungguhnya bapa kamu adalah satu, iaitu yang berada di
langit (Mutta: Ishah 23:8).

91

PENGAJIAN ISLAM

jelma ke dalam tubuh al-Masih. Ia adalah pemikiran yang


tersebar luas di kalangan kebanyakan umat manusia terdahulu yang menganut agama berhala sepertiorang Mesir
Purba, di mana mereka beriktiqad dengan kepercayaan alhulul dan al-Ittihad.
Mereka beranggapan bahawa Ruh Allah meresap masuk ke dalam jasad al-Masih Isa Ibn Maryam sehingga
baginda disalib dan menjadi tebusan sebagai kafarat terhadap dosa Adam a.s. dan zuriat baginda. Peristiwa salib ini
menjadi sebab pengampunan kepada dosa tersebut dan
dengan itu, al-Masih menjadi pembebas manusia daripada
tanggungan dosa tersebut (Ibid, hlm. 76).
Kenyataan ini cukup lemah dan tidak logik. Ia boleh
ditangkis secara logiknya sebagai berikut:
1. Peristiwa salib menunjukkan kelemahan Allah S.W.T.
,
sedangkan Dia adalah Tuhan yang Maha Berkuasa. Ia
seolahnya menunjukkan bahawa Dia adalah Tuhan yang
lemah dan tidak mampu mengelakkan diri-Nya daripada
ditimpa kemudharatan atau kesakitan, sedangkan Dia
adalah Tuhan yang Maha Kuat dan Perkasa.
2. Ia juga menunjukkan bahawa Tuhan telah meminta pertolongan daripada orang lain, bukan pertolongan dari
pada Tuhan, bahkan pertolongan daripada manusia! Ia
juga menjadi hujah bahaw a Allah S.W.T. berhajat kepada pertolongan orang lain, sedangkan Allah S.W.T.
Dialah tuhan yang Maha Kaya, Maha Kuat dan Maha
Perkasa yang tidak ada tolok bandingnya.
3. Bagaimana pula Tuhan boleh meminta pertolongan dari
pada orang lain untuk menyelamatkannya, atau menolak
ke mudharatan, percubaan membunuhnya dan menyalibnya? Sedangkan dia sendiri yang telah mentakdirkan
perkara tersebut untuk dirinya sendiri dan meredhainya,
demi untuk membebaskan Adam dan keturunannya dari
pada dosa mereka. Dengan itu, dia telah menjadi tebusan
92

KONSEP KETUHANAN

untuk membebaskan mereka. Sesungguhnya kenyataan


seumpama ini tidak boleh dimengertikan atau difahami
dan tidak mempunyai sebarang dalil.

Kedua: Al-Masih ialah Anak Allah


Al-Masih disifatkan di dalam asfar Perjanjian Baru, kadang
kala sebagai Anak Allah dan kadang kala sebagai anak insan.
Sebenarnya, semasa al-Masih membahasakan dirinya sebagai
anak insan (Ibn al-Insan), baginda mengatakannya secara
hakikat. Ketika mana baginda membahasakan dirinya sebagai
anak Allah, baginda hanya bermaksud majazi,bukannya secara hakikat. Baginda tidak hanya membataskan penggunaan
nama anak Allah untuk diri baginda sahaja, bahkan baginda
1
membahasakannya untuk semua orang mukmin. Namun,
pembahasaan al-Masih sebagai anak Allah sebagaimana
baginda membahasakan diri baginda telah bertukar bersama perubahan zaman daripada penggunaan majazi
menjadi hakikat (Dr. Abd. Ghani Abbud, 1984, hlm.: 165
166).
Majoriti orang-orang Kristian beriktiqad bahawa Isa
adalah anak Allah, kerana baginda dilahirkan tanpa bapa dan
bonda baginda pula adalah seorang anak dara yang belum
pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Baginda juga boleh
menghidupkan orang mati, mengubati pesakit kusta dan
sopak serta dapat mencipta burung daripada tanah. (Dr.
Ibrahim al-Jayyusyie, 1988, hlm 42).
Iktiqad ini dirakamkan oleh al-Quran yang bermaksud:

1 Sebagai contoh ialah kata-kata al-Masih: Sesungguhnya aku naik (ke


langit menuju) kepada bapaku dan bapa kamu, dan Tuhanku dan
Tuhan kamu. (Yuhanna: Ishah 20:18).

93

PENGAJIAN ISLAM

Ertinya: Orang-orang Yahudi berkata Uzair adalah anak


Allah dan orang-orang Nasrani berkata al-Masih adalah
anak Allah.
(Surah al-Taubah: 30)

Al-Quran menjelaskan bahawa penciptaan Isa tanpa


bapa tidak bererti baginda adalah anak Allah, bahkan baginda adalah makhluk Allah. Bukan Isa seorang yang diciptakan tanpa bapa, kerana sebelum baginda, Nabi Adam juga
diciptakan tanpa bapa dan ibu. Tidak ada seorangpun yang
mengatakan bahawa dia adalah anak Allah. Demikian juga
Hawa isteri Adam, yang Allah S.W.T. ciptakannya daripada
sebatang tulang rusuk Adam, namun tidak ada orang yang
mendakwa bahawa Hawa adalah anak perempuan Allah.
Seluruh manusia sepakat bahawa mereka berdua adalah
makhluk Allah S.W.T. Apabila Allah S.W.T. berkuasa menciptakan manusia tanpa bapa dan ibu, apakah Dia tidak
berkuasa menciptakan seorang manusia tanpa bapa? Demikianlah penciptaan Isa a.s. Hal ini dinyatakan oleh Allah
S.W.T. dengan firman-Nya yang bermaksud:
Ertinya: Sesungguhnya perumpamaan (kejadian atau
penciptaan) Isa di sisi Allah adalah seumpama (penciptaan)
Adam, di mana Dia telah menciptanya daripada tanah,
ke mudian Dia berfirman kepadanya: Jadilah! Maka dia
pun tercipta.

TUHAN

D
ALAM
DA

ORIENT
ASI ISLAM
TASI
Bila dikaji dari sudut sumber akar kata kalimah yang diberikan kepada wujud yang Maha Tinggi dan Maha Kuasa
di dalam berbagai-bagai bahasa adalah diterima asalusulnya sama, terutamanya dalam bahasa-bahasa Indo

94

KONSEP KETUHANAN

Eropa sepertiperkataan Deva, Theo, Dieu, Dos dan Do serta


Khoda dan God. Dalam bahasa-bahasa semantik sepert
i
Ilah, El, dan Al; bahkan antara Yahweh dalam bahasa Ibrani
dan Ioa dalam bahasa Yunan Persian merujuk kepada kesemua konsep tentang kewujudan Maha Tinggi, juga
merujuk kepada kemiripan bunyi sehingga boleh juga merupakan perkongsian bersama seluruh manusia (cognate)
(Nurcholish Madjid, 1992, hlm. 78).
Manakala perkataan ilah yang jamaknya alihah dan
kata ilahah yang jamaknya ilahat di dalam bahasa Arab
memberi maksud yang sama iaitu sesuatu yang disembah
atau dipatuhi. Sekiranya alihah bermaksud mempertuhankan atau mendewakan, maka perkataan talah pula memberi
makna menjadi tuhan. Sebagai contoh, makhluk atau benda
yang disembah atas dasar kebebasan, kekuasaan dan bernilai
untuk disembah, untuk ditunduk dengan rasa kehinaan dan
kepatuhan. Namun, perlu diberi perhatian, perkataan ilah
ini adalah lebih umum atau luas penggunaannya daripada
Allah kerana memasukkan apa sahaja aspek atau apa-apa
makhluk yang mempunyai kuasa yang hebat untuk dipatuhi
oleh manusia, dinamakan atau dipanggil ilah.Ilah atau
tuhan ialah tiap-tiap sesuatu yang disembah oleh manusia,
sama ada yang berhak disembah atau tidak, merupakan
tuhan kepada orang itu. Jika penyembahan itu kepada yang
sepatutnya disembah, maka penyembahan itu adalah hak
dan jika penyembahan itu kepada yang tidak patut disembah, maka penyembahan itu adalah tidak hak atau tidak
benar. Selanjutnya, konsep ilah juga memasukkan pemikiran kuasa yang tidak berakhir, kuasa yang menakjubkan
yang lain. Ia juga mendedahkan pengertian bahawa yang
lain adalah bergantung padanya dan ia tidak bergantung
pada yang lain. Perkataan ilah juga mengandung makna
persembunyian (abstract) dan misteri. Oleh itu, ilah adalah
being yang tidak dapat dilihat.
95

PENGAJIAN ISLAM

Pertembungan dengan perkataan Allah di dalam bahasa Arab, sekali lagi perlu diteliti dan diperhalusi untuk
mengelakkan kekeliruan. Allah adalah nama khas atau
personal bagi tuhan dan tidak diambil daripada kata
ilah yang bermaksud tuhan walaupun Allah itu tuhan.1
Berdasarkan paradigma di atas dapat diambil kesimpulan bahawa Allah dari sudut kefahamannya adalah
salah satu di antara banyak-banyak tuhan yang diyakini dan
disembah oleh manusia. Ini tidaklah menghairankan kerana
jika ditinjau dari sejarah lampau di zaman Jahiliah pun, idea
tentang Allah ini sudah ada dan bukanlah sesuatu yang
asing di kalangan masyarakat Arab. Contohnya, dapat kita
perolehi daripada bait-bait syair sebelum Islam yang menghimpunkan nama-nama personal dan inskripsi-inskripsi
lama tulisan tangan. Allah bagi mereka adalah tuhan langit
dan bumi begitu juga Kabah sebagaimana al-Quran sendiri
mengakui dalam surah al-Ankabut 29:61.
Ertinya: Sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad)
bertanya kepada mereka (yang musyrikitu): Siapakah yang
menciptakan langit dan bumi dan yang memudahkan matahari dan bulan untuk faedah makhluk-makhlukNya? Sudah
tentu mereka akan menjawab: Allah. Maka bagaimanakah
mereka tergamak dipalingkan oleh hawa nafsunya daripada
mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya?.

(Surah al-Ankabut 29:61)

W alau bagaimanapun kepada mereka Allah adalah salah


satu di antara banyak-banyak tuhan, di samping Allah
merupakan yang tinggi. Mereka mempercayai Allah adalah

1 Penjelasan lebih lanjut dapat dilihat dalam Muhammad Zafrullah


Khan, Islam: Its meaning for modern man, London, Routledge and
Kegan, Paul, 1980, hlm. 47.

96

KONSEP KETUHANAN

Tuhan Tinggi atau Tuhan Utama. Sedangkan dalam waktu


yang sama juga mereka percaya kepada tuhan-tuhan lain
sebagai wujud yang bersifat divine dalam taraf yang sedikit
1
lebih rendah. Oleh yang demikian, pada masa yang sama
mereka mencari tuhan-tuhan lain sebagai perantara (mediator) dalam peribadatan dan penyembahan mereka kepada
Tuhan Tertinggi (Allah). Ini amat jelas dapat kita lihat dalam al-Quran yang mengatakan: Ingatlah! (Hak yang wajib
dipersembahkan) kepada Allah ialah segala ibadat dan bawaan yang suci bersih (dari segala rupa syirik). Dan orangorang musyrik yang mengambil selain dari Allah untuk menjadi pelindung dan penolong (sambil berkata): Kami tidak
menyembah atau memujanya melainkan supaya mereka
mendampingkan kami kepada Allah sedamping-dampingnya (Surah al-Zumar, 39: 3). Seterusnya mereka mengatakan Allah mempunyai anak-anak perempuan. Maha suci Dia.
Sedangkan bagi mereka pula mereka untukkan apa yang
mereka sukai (anak-anak lelaki). (Surah al-Nahl, 16:57).
Ayat-ayat di atas memberi penekanan serius kepada
kedudukan keesaan tuhan dan ianya tidak ada tolak ansur
langsung untuk mempersekutukannya. Menyentuh aspek
ketauhidan atau keesaan tuhan (Allah) ini, Zakaria Stapa
mengkategorikannya kepada tiga ciri utama yang boleh
disaringkan seperti berikut:
Ketauhidan Zat
Pengertiannya bahawa Allah adalah satu, esa secara mutlak.
Al-Quran berulang kali menegaskan idea wahdaniyyah
Allah S.W.T. Antaranya disebutkan bahaw a Allah S.W.T.

1 Lihat W att. W .M., The Quran and belief in a High God.Der Islam
2. 1979, t.tp., t.pt., 1993. Dan Lihat Zakaria Stapa. Beberapa aspek
kefahaman Islam: Persoalan ketuhanan dan kemanusiaan, Kuala
Lumpur. Pustaka Antara, 1993.

97

PENGAJIAN ISLAM

tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali


sebarang tuhan berserta-Nya; jika ada banyak tuhan tentulah
tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala
yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah
setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya
yang lain, Maha suci Allah daripada apa yang dikatakan oleh
mereka (yang musyrik) itu. (Lihat Surah al-Muminun,
23:91).
Allah yang menjadikan alam ini adalah Tuhan yang
Tunggal, tidak ada yang lain. Tidak ada dua tuhan: tuhan
baik dan tuhan jahat, tuhan cahaya dan tuhan gelap sepert
i
kepercayaan agama dualiti, iaitu masyarakat Parsi, Greek
kuno, Babylon dan seumpamanya. Pengukuhan kepada
kenyataan ini adalah firman Allah: katakanlah, (wahai
Muhammad) Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa; Allah
menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tiada beranak; dan Dia pula tidak diperanakkan; dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya.
(Lihat Surah al-Ikhlas, 112:14).
Hujah di atas memperlihatkan bahaw a Allah S.W.T.
adalah satu pada hakikat sebenarnya, zat Allah secara
mutlaknya tidak ada kena-mengena dengan apapun juga
selain daripada keesaan-Nya dan sebaliknya segala sesuatu
yang selain dari-Nya juga tidak ada kena-mengena dengan
zat Allah S.W.T.Kelangsungan daripada penegasan konsep
ketunggalan zat Allah S.W.T., maka sebarang bentuk yang
mengandaikan kepercayaan kepada polytheisme terbatal dan
tertolak sepertikepercayaan Kristian bahawa Allah S.W.T.
adalah satu dalam tiga atau konsep r
tiniti, beberapa kepercayaan yang mendakwakan bahawa Allah mempunyai anak
lelaki dan perempuan sepert
iYahudi dan pegangan golongan Majusi bahaw a Allah S.W.T. dan Iblis adalah dua saudara yang bekerja sama dalam melaksanakan kerja-kerja
mereka.
98

KONSEP KETUHANAN

Banyak ayat Allah S.W.T. membentangkan dan mengkritik kesalahan pegangan dan iktiqad kaum kafir membuktikan bahawa tauhid tidaklah cukup dan tidaklah hanya
bererti percaya kepada Allah S.W.T.sahaja, tetapi mencakupi
beberapa dimensi lain seperti pengertian sebenar tentang
siapa Allah S.W.T.yang diimani dan bagaimana kita bersikap kepada-Nya dan kepada objek-objek lain selain daripada Dia. Lantaran itu, percaya kepada Allah S.W.T.tidaklah dengan sendirinya bererti tauhid dalam konteks sebenar
maknanya di atas alasan percaya kepada Allah S.W.T.itu
masih mengandungi ke mungkinan-ke mungkinan percaya
kepada yang lain sebagai rakan atau tandingan Allah S.W.T.
dan keilahiannya. Permasalahan ketidakmurnian kepercayaan manusia nyata di sini.

Ketauhidan dalam ibadah


Konsep keesaan dalam ibadah (penyembahan) ini merujuk
kepada tauhid uluhiyyah.Tauhid ini bermaksud pengesaan
Allah S.W.T. dalam ketuhanannya. Ketauhidan dibina atas
dasar ikhlas kerana Allah S.W.T. semata-mata, mempunyai
kebulatan cinta, takut, mengharap,tawakkal, gerun, hormat
dan doanya kerana Allah yang Maha Esa (Sulaiman
Abdullah dan Jafar Soedjarm o, 1986, hlm. 62). Hal-hal itu
adalah dasar ikhlasnya ibadat keseluruhannya, baik lahir
mahupun batinnya, hanyalah kerana Allah S.W.T. sematamata. Dalam erti kata lain hanya Allah S.W.T.yang wajib
dan layak disembah dalam apa keadaan sekalipun sama ada
senang atau susah. Ini selari dengan firman Allah dalam alQuran yang menyebutkan bahawa Engkaulah sahaja (ya
Allah) yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja
kami memohon pertolongan (Surah al-Fatihah: 4). Dan
firman Allah yang maksudnya: Dan Allah jualah yang
mengetahui rahsia langit dan bumi dan kepada-Nyalah
dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia
99

PENGAJIAN ISLAM

serta berserahlah kepada-Nya, dan (ingatlah), Tuhanmutidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan (Surah
Hud, 11:123).
Dalam Surah al-Fatihah di atas yang bermaksud,
Engkaulah sahaja Ya Allah yang kami sembah ..., memberi penjelasan terhadap konsep yang dibicarakan ini. Pendekatan dalam bentuk penekanan khusus yang diberikan
oleh ayat di atas adalah secara langsungnya mengandungi
konsep keesaan dalam penyembahan. Hal ini adalah
disebabkan ayat itu tidak hanya menyatakan Kami menyembah Engkau tetapi sebaliknya secara cukup specifik,
ayat ini mengutarakan kata Engkaulah sahaja (Ya Allah)
yang kami sembah. Gaya ekspresi ini secara teguhnya
menyatakan bahawa Allah sahajalah yang kami sembah dan
Dia sahajalah juga yang berhak disembah (Zakaria Stapa,
1993, hlm. 25). Intisarinya ialah, sepanjang lembaran ayatayat al-Quran menegaskan konsep keesaan Allah secara
putus di dalam melaksanakan ibadat dan menolak sebarang
penyamataraan, perbandingan atau penyekutuan denganNya dalam penyembahan. Hakikat inilah yang sering dipaparkan pada ayat-ayat-Nya apabila menolak misconception
dan misunderstood masyarakat Arab Jahiliah terhadap Allah
S.W.T. sepertiyang disimpulkan oleh Lutpi Ibrahim (1993,
hlm. 53) kepada beberapa konsep:
a.
b.
c.
d.
e.

Dialah pencipta alam


Dialah pemberi ujian
Dialah pengetua suatu sumpah (oath)
Dialah objek yang dikatakan fahaman keesaan Tuhan
sementara(temporary monotheism)
1
Dialah pemilik Kaabah (the Lord of the Qaabah)

1 Penjelasan lanjut berhubung dengan perkara ini boleh dirujuk


kepada: Q.S. al-Ankabut, 29: 61, 63 dan 65; Q.S. Hud, 11:7071;
Q.S.Yunus, 10:2323 dan Q.S.al-Zumar, 39:3).

100

KONSEP KETUHANAN

Ketauhidan Sifat
Makna secara umumnya ialah iktiqad secara putus (jazim)
dan pasti bahawa Allah bersifat dengan semua sifat kesempurnaan dan bersih daripada segala sifat kekurangan. Dia
berbeza (bersendirian) dari segala makhluk-Nya. Maksud
mengithbatkan apa yang Allah S.W.T. ithbatkan untuk diri
Nya dan apa yang Rasul nyatakan adalah merujuk kepada
nama dan sifat yang termaktub di dalam al-Quran dan alSunnah tanpa menyelewengkan lafaz atau maknanya, tanpa
tatil (mazhab yang mengingkarisifat Tuhan) atau menafikan sebahagian, tanpa mengetahui bagaimana ciri-ciri
hakikatnya, tanpa ditasbihkan dengan sifat makhluk (Muhammad Naim Yassin, t.tp.
; 1979). Ulama menyatakan
bahawa semua nama AllahS.W.T.itu diitibarkan sebagai
sifat-sifat Allah S.W.T.kecuali satu sahaja, iaitu nama Allah
sendiri, kerana ia diketahui di atas zat bukan sifat (Hassan
Ayyub, 1979, hlm. 97). Inilah yang disebut nama-nama
Allah yang Maha Indah (al-Asma al-Husna) yang bilangan
lengkapnya disebutkan oleh hadith sebanyak 99 dan ia juga
boleh didapati bertaburan di sana-sini dalam al-Quran.
Firman Allah S.W.T.yang maksudnya: Allah S.W.T. mempunyai nama-nama yang baik (yang m ulia), maka serulah
(dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama
itu. (Lihat Surah al-Araf, 7:180) dan Firman-Nya lagi
yang maksudnya: Allah! Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia, bagi-Nyalah segala nama yang baik
(Lihat Surah Taha, 20:8).
Idea umum tentang ketauhidan sifat ini dapat dikategorikan kepada tiga perkara:
a.

b.

Memahasucikan atau membersihkan Allah S.W.T.


daripada penyerupaan dengan makhluk dan sebarang
kekurangan.
Beriman dengan nama-nama dan sifat-sifat yang tetap
di dalam al-Quran dan al-Sunnah tanpa mengurang101

PENGAJIAN ISLAM

c.

kan atau menambah atau menyelewengkan atau menafikannya.


Menghapuskan perasaan ingin tahu secara mendalam
akan kaifiyah sifat-sifat ini.

Pernyataan keesaan Tuhan adalah bertujuan untuk


membebaskan dan memperkembangkan intelek manusia
dalam usaha mencarikebenaran. W alau bagaimanapun dalam sejarah hidup manusia, penyembahan dilakukan kepada
bermacam-macam benda. Ada yang menyembah patung
dengan sesuatu kepercayaan yang ada di sebalik patung itu.
Ada yang menyembah pangkat, harta,keturunan dan hawa
nafsu. Ada orang yang menyembah Allah S.W.T. dan sebagainya. Allah S.W.T. menggambarkan kedudukan sepert
i
ini dengan firman-Nya yang bermaksud: Dengan yang
demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap orang yang menjadikan hawa nafsunya Tuhan yang
dipatuhi, dan ia pula disesatkan oleh Allah S.W.T.kerana
diketahui-Nya (bahawa ia tetap kufur ingkar, dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan
lapisan penutup atas penglihatannya. Maka siapakah lagi
yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah
Allah S.W.T. (menjadikan dia berkeadaan demikian). Oleh
itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang ingkar) tidak
mahu beringat dan insaf? (Lihat Surah al-Jathiyah, 45:23)
Ayat di atas menerangkan bahawa ada di kalangan manusia yang menjadikan nafsunya sebagai Tuhan yang dipatuhi. Pada masa yang sama, terdapat banyak ayat Allah
S.W.T.yang mengecam dan menyerang kaum musyrikyang
menurut jejak langkah bapa dan datuk nenek mereka secara
m e m buta-tuli, kritikan terhadap penganut agama Yahudi
dan Nasrani dan lain-lain lagi disebabkan penyelewengan
dan penyesatan di dalam konsep ketuhanan mereka yang
sudah banyak dibincangkan dan dibentangkan oleh ulama.
102

KONSEP KETUHANAN

Berdasarkan keterangan di atas, dapat dinyatakan


bahaw a peribadatan mereka kepada Allah S.W.T. hanya
untuk mencapai matlamat tertentu sahaja sedangkan jalannya tidak betul atau menyeleweng di mana mereka menyeru
nama-nama selain daripada Allah S.W.T. sebagai sekutu
kepada-Nya dalam sesuatu upacara peribadatan dan penyembahan. Sebagai contohnya, sewaktu menanam anakanak perempuan mereka hidup-hidup atau dikala melakukan upacara korban. Banyak ayat al-Quran mengisahkan
sifat keji dan bongkak kaum musyrik, yang hanya meraung
dan menjerit memohon pertolongan Allah S.W.T. dikala
kesusahan dan kesempitan tetapi apabila dihilangkan atau
dilepaskan bala atau azab, mereka ini lupa daratan dan kem1
bali ingkar dan kufur serta mempercayai banyak Tuhan.
Izutsu di dalam tulisannya God and Man in The Koran
menggunakan terma temporary monotheisme untuk menggambarkan sikap kaum musyrik yang hanya semata-mata
mahu mendapatkan manfaat sementara daripada Allah
S.W.T.,bukan sebagai puncak segala sesuatu yang mutlak
benar (al-Haq) dan berpusat kepadanya segala urusan kehidupan manusia dan alam.
Aspek ketuhanan yang paling penting di dalam alQuran ialah keesaannya, dimana penegasan mengenainya
menjadi agenda utama doktrin dan ajaran Islam. Ia dengan
lebih tepat disebut tauhid. Tauhid adalah kata yang maksudnya menjadikannya esa atau tunggal, berasal dari wahada.
Islam dinamakan agama tauhid disebabkan oleh pembinaan
dan pembentukannya di atas dasar bahawa Allah S.W.T.itu
esa dari segenap dimensi: pemerintahan-Nya, kerajaan-Nya,
perbuatan-Nya dan sifat-sifat-Nya. Idea ini boleh kita panggil sebagai all-encompassing world view of tauhid, satu

1 Huraian lanjut dapat dilihat pada Q.S. al-Nahl , 16:5354; Q.S.


Luqman, 31:32; dan Q.S. al-Ankabut, 29:65.

103

PENGAJIAN ISLAM

pandangan menyeluruh dan merangkum dari sekecil-kecil


isu dan aspeknya sehinggalah kepada yang sebesar-besarnya
diterokai dn diselami oleh paradigma tauhid Islam. Secara
ringkasnya, perkara-perkara di atas terangkum di dalam tiga
jenis pembahagian tauhid yang diutarakan oleh ulama
bagi memudahkan pemahaman terhadap konsep ketuhanan
Islam sebagai alternatif daripada pembahagian sifat-sifat
Allah S.W.T.yang dua puluh. Konsep tauhid ini ialah:
a.

b.

c.

Tauhid Rububiyyah (penegasan bahawa Allah adalah


Tuhan Maha Esa, yang Satu secara mutlak dan tran)
scendent.
Tawhid Uluhiyyah (penegasan bahaw a yang boleh
disembah hanyalah Allah, satu-satunya tanpa sekutu
dan perantara).
Tawhid Asma dan sifat (pernyataan ikrar bahaw a
sesungguhnya Allah S.W.T. mempunyai nama dan
sifat yang Maha Indah sama ada berbentuk Jamal atau
Jalal.

Kesemua wahyu Allah S.W.T.yang diturunkan menekankan konsep keesaan atau ketauhidan Allah ini. Allah
S.W.T.yang tunggal tiada bandingan dan tandingan, rakan
atau setara-Nya dan semua kepujian, kebesaran, penyembahan, peribadatan, ketaatan ditujukan khas dan sepenuh
untuk-Nya. Tuhan-tuhan lain adalah palsu dan tidak ada
apa-apa, hanya sekadar nama-nama yang disebut sahaja.
Tuhan di dalam Islam juga bukanlah sepertimana fahaman
dan tanggapan sesetengah pemikir-pemikir moden Barat
yang menghujahkan ia sebagai hasil ciptaan, rekaan dan
khayalan pemikiran manusia, akibat daripada beberapa
faktor terutamanyarasa kekurangan dan kelemahan diri
manusia (Murtada Mutahhari, 1985, hlm. 143).
Idea penolakan terhadap salah fahaman ini bertujuan
untuk memperjelaskan unsur-unsur kekeliruan yang ter104

KONSEP KETUHANAN

dapat di dalam pelbagai kepercayaan dan pemikiran cendekiawan yang akhirnya memurnikan idea ketuhanan dari apa
juga jenis pencemaran, ilusi dan kepalsuan.

KEPERLU
AN
UAN

IMAN

DALAM

KEHIDUP
AN
KEHIDUPA

MANUSIA

Manusia diciptakan dalam keadaan FITRAH, iaitu beriman


dengan Allah S.W.T.yang bermaksud:
Ertinya: Maka tolehkanlah wajahmu ke arah agama yang
suci. (Itulah) Fitrah Allah yang Dia telah menjadikannya
sebagai fitrah manusia. Tiada apa-apa perubahan pada kejadian makhluk Allah. Itulah agama yang tegak lurus,
namun kebanyakan manusia tidak mengetahui.

Firman-Nya lagi:
Ertinya: Dan ingatlah ketika Tuhanmu telah mengambil
daripada anak-anak Adam, iaitu daripada belakang-belakang
mereka (benih-benih) zuriat mereka, dan ketika Dia mempersaksikan mereka ke atas diri mereka sendiri
: Bukankah Aku ini tuhan kamu? Mereka berkata: Bahkan! Kami
telah bersaksi. (Tetapi bagaimana mungkin) Pada harikiamat kamu boleh berkata: Kami telah lupa akan perjanjian
ini.

Sementara dalam hadith, Rasulullah s.a.w. telah


bersabda:

Ertinya: Setiap anak yang dilahirkan adalah dilahirkan atas


fitrah, maka kedua ibubapanyalah yang mengubahnya
menjadi Yahudi, atau Nasrani atau Majusi.
105

PENGAJIAN ISLAM

Kufur adalah perkara baru yang berlaku ke atas manusia setelah mereka berikrar di alam arwah dahulu bahawa
Allah S.W.T.adalah Tuhan mereka. Antara sebab manusia
kufur di dunia:

Iblis dan Nafsu, yang sentiasa meruntun manusia agar


mendurhakai Allah S.W.T. dan seterusnya mengkufurkan-Nya.
Persekitaran yang kufur, seperti dilahirkan di kalangan
ibu bapa yang bukan Islam.
Ego manusia, sepertikeegoan Firaun.
Jahil. Dengan itu Allah S.W.T. mengutuskan Rasul.

PENGUTUSAN RASUL
Pengutusan Rasul adalah sebagai pembawa hidayah Islam
yang telah dilupai oleh kebanyakan manusia. Tugas utama
mereka ialah mengembalikan mereka kepada Fitrah mereka.

Manusia
Perlu
Kepada
S.W.
T.
K enapa Man
usia P
erlu Beriman K
epada Allah S.W
.T
.?
Manusia perlu beriman kerana:

106

1.

Iman adalah Fitrah mereka.


Kebahagiaan hakiki mereka hanya diperolehi apabila mereka memiliki iman.
Bukti iman kepada Tuhan sebagai Fitrah: Bahawa
manusia semenjak zaman Greek kuno telah mencari
cari hakikat Tuhan dan Hakikat Ketuhanan. Semua
manusia percaya kepada Tuhan atau Kuasa Sakti yang
menguasai alam maya seluruhnya. Tiada seorang manusiapun yang mengingkari hakikat ini, walaupun dia
seorang mulhid.

2.

Akal manusia yang cetek.

KONSEP KETUHANAN

Kecetekan akal manusia menyebabkan mereka


tidak dapat menjangkau apakah perkara-perkara yang
membawa kebaikan dan apakah pula perkara yang
membawa kecelakaan kepada mereka. Hanya Pencipta
mereka yang Maha Mengetahui maslahat mereka.
Sistem ciptaan manusia adalah serba lemah.
Sistem-sistem kehidupan dahulu dan kini telah membuktikan kegagalan manusia mencariform ula untuk
mentadbir kehidupan ini.

KEPENTINGAN

KONSEP

TAUHID

Sejauh yang berhubung dengan Islam, tentunya tiada siapa


yang mahu menafikan tentang kepentingan pegangan,
pengilmuan dan penghayatan terhadap konsep tawhid.
Kepentingan itu menjadi nyata, dari aspek rasionalnya,
apabila kita mengingati dalam tradisi Islamnya, keperluan
seseorang yang ingin meninggalkan dunia kufur.Pertama
melafazkan, secara penuh sedar akan dua kalimah syahadah
yang di dalamnya tidak lain hanyalah pengisytiharan terhadap konsep tauhid, sekaligus bermakna bahawa tauhid
serta konsepnya itu berperanan sebagai kriteria pembeza
kalangan manusia yang berterusan tegap di atas fitrah asli
keinsanannya, dengan kalangan mereka yang sudah lari
serta mendapatkan ke bawah fitrah tersebut.
Hal kepentingan di atas, lebih utama lagi, dapat dimengertikan bila mana al-Quran pada banyak tempat
dengan pelbagai pendekatannya menekankan secara
1
sungguh-sungguh aspek yang berhubung dengan tauhid.
Memahami hakikat taraf dan kedudukan tauhid sepert
i
di atas, maka munasabah apabila kita mendapati seorang
tokoh sufi terkemuka, al-Junayd al-Baghdadi misalnya, menyimpulkan bahawa majlis yang paling mulia dan paling
107

PENGAJIAN ISLAM

hormat ialah majlis yang terdapat di dalamnya perbincangan


mengenai bidang tauhid (Abu al-Qasim, Abd al-Karim Ibn
Haw azin b.Abd al-Malik b.Talhah al-Qushayri, hlm. 55).
Tetapi apakah sebenarnya tauhid itu. Dari aspek bahasa, sebagai yang dijelaskan oleh al-Jurjani serta juga dicatatkan oleh al-Qushayri, tauhid ialah memutuskan bahawa
sesuatu itu adalah satu serta mengetahui pula tentang satunya sesuatu itu (Lihat Ali bin Muhammad b. Ali al-Sayyid
al-Zayn Abi al-Hassan al-Husayni, 1938, hlm. 61; dan alQashayri, hlm. 581).
Ke mudian al-Tahanawi menjelaskan bahaw a tauhid
dari segi bahasanya ialah menjadikan sesuatu itu satu. Pada
pandangan golongan ulama, tauhid merupakan iktiqad tentang keesaan Allah. Dalam pandangan golongan sufi pula
fah tentang keesaan Allah S.W.T.
merupakan suatu mari
yang tetap bagi-Nya sama ada dalam hubungan dengan
parte ante (al-azal) atau parte pose (al-abad) (Muhammad
Ala ibn Ali Thanawi, 1947, hlm. 1368).
Jadi, nyatalah bahaw a tauhid merupakan suatu pegangan pengilmuan malah penghayatan tentang pengesaan
dan keesaan Allah S.W.T.Satu perkara lagi yang nyata dari
definisi tauhid di atas, terutama definisi yang diberikan
oleh al-Tahanawi ialah tentang wujudnya pembahagian
terhadap yang dinamakan tauhid tersebut berasaskan golongan mana yang memperkatakannya. Satu pihak menamakannya sebagai tawhid al-itiqad, iaitu yang diperkatakan
oleh kalangan ulama, dan satu pihak lagi mengistilahkannya
sebagai tawhid al-marifah yang diperkatakan oleh
golongan sufi.

1 Di antara ayat-ayat yang boleh diketengahkan dalam hubungan ini


ialah Q.S. al-Ikhlas, 112:2; Q.S. al-Baqarah, 2:163 dan 255; Q.S.
al-Naml, 27:64; Q.S.al-Saffat, 37:95; Q.S.al-Jathiah, 45:23; dan
Q.S. al-Maidah, 5:7273.

108

KONSEP KETUHANAN

Bagaimanapun, sufi melihat lebih jauh dalam hubungan dengan pembahagian tauhid ini. Hal ini boleh dilihat
1
dari sudut pandangan al-Junayd al-Baghdadi yang mengatakan: Ketahuilah bahawa tauhid di kalangan manusia
terdapat kepada empat jenis.Pertama tauhid golongan
awam (al-awwam); kedua, tauhid golongan yang mahir dalam ilmu-ilmu keagamaan yang zahir; dan dua jenis lagi
ialah tawhid al-Khawwas yang lahir dari golongan marifat
(Al-Junayd, 1976, hlm. 5556).
Sudut pandangan sebagai yang diketengahkan di atas,
secara jelas memperlihatkan wujudnya pembahagian yang
berbeza sekitar pegangan dan penghayatan tauhid. Ini pada
umumnya boleh dibahagikan kepada dua kategori yang
utama. Pertama tauhid yang bersifat zahir,yang dipegang
dan dihayati oleh kalangan orang awam dan orang yang
mantap dalam bidang-bidang ilmu keagamaan yang zahir,
dan keduanya tauhid al-khawwas dan al-khassah, yang
dihayati oleh kalangan ahli sufi.

TA
UHID
AU

AW
A M
WA
Berhubung dengan kategori tauhid yang bersifat zahir,
dapatlah diperihalkan bahawa tauhid merujuk kepada suatu
kategori iktiqad terhadap kewujudan dan keesaan Allah
S.W.T. dalam pengertian membezakan-Nya dari seluruh

1 Seorang tokoh Sufi lain, Yusuf ibn al-Husayn membahagikan tauhid


kepada tiga kategori
. Pertama diistilahkan sebagai tauhid al-ammah;
kedua tauhid golongan yang mantap dalam ilmu keagamaan yang
zahir; dan ketiga ialah yang diistilahkan sebagai tauhid al-khassah.
Lihat Abu Nasr al-Sarraj al-Tusi, al-Luma, taqdim dan tahqiq Abd
al-Halim Mahmud dan Taha Abd al-Baqi Surur, Mesir, Dar alKutub al-Hadithah, 1960, hlm. 5051.

109

PENGAJIAN ISLAM

makhluk ciptaan-Nya, dari aspek-aspek zat, pelbagai sifat


dan pelbagai afal-Nya.Ini bermakna bahaw a seseorang
sudah melaksanakan tauhid apabila dia menyifatkan Allah
S.W.T. dengan sifat-sifat azali, baqa, ilmu dan iradah yang
m utlak serta sifat-sifat lain yang layak bagi Allah S.W.T.
Sekaligus pula menyifatkan makhluk ciptaan Allah S.W.T.
dengan sifat-sifat lain yang baharu(hadis), berubah, berakhir,fana serta sifat-sifat lain yang layak bagi makhluk.
Inilah sebenarnya yang terkandung di dalam istilah m ukhalafatuhu taala li al-hawadith, dan juga merupakan nama
lain kepada yang diistilahkan sebagai tanzih, kerana pemusatan pembicaraan adalah di sekitar pengertian kesatuan,
iaitu suatu pembersihan Allah S.W.T. daripada seluruh sifat
yang dimiliki oleh makhluk (Abu al-Ula Affifi, 1963, hlm.
168169).
Bagaimanapun, perlu difahami bahawa dari sudut pandangan sufi terdapat sedikit perbezaan di antara tanggapan
dan penghayatan tauhid di kalangan muslim awam dan di
kalangan yang mahir dalam ilmu-ilmu keagamaan yang
zahir.W alaupun kedua-dua kalangan tersebut masih berada
pada paras yang zahir.Hal ini dapat diertikan dengan jelas
apabila diteliti sudut pandangan al-Junayd al-Baghdadi seperti katanya: Adapun tauhid golongan awam merupakan
pengikraran tentang keesaan Allah dengan penyingkiran
pandangan terhadap pelbagai Tuhan (yang lain), bandingan, lawan, kesamaan dan keserupaan (dengan-Nya), beserta
dengan tidak melakukan apa-apa terhadap pelbagai tekanan
dalam bentuk kemahuan dan ketakutan daripada pihak yang
lain dari Allah. Tauhid jenis ini memiliki ukuran ke mujaraban selama ikrar masih kekal. Adapun tauhid kalangan yang
mantap keilmuan zahir merupakan pengikraran keesaan
Allah dengan menyingkirkan pandangan terhadap pelbagai
Tuhan (yang lain), bandingan, lawan, kesamaan dan keserupaan (dengan-Nya), bersama melaksanakan perintah dan
110

KONSEP KETUHANAN

berhenti daripada melakukan yang dilarang pada aspek yang


bersifat zahir (Al-Junayd, hlm. 56).
Bertolak dariketerangan di atas,nyatalah perbezaan
itutertumpu pada aspek sikap; golongan awam bersikap pasif, sedangkan golongan yang satu lagi bersikap lebih aktif.

TA
UHID
AUHID

KHA
W AS
KHAW
Menyentuh tentang istilah tauhid al-khawas atau al-khassah
itu, maka bolehlah dijelaskan sebagai tauhid yang berhasil
secara dhawqi di tengah-tengah al-tajribah al-sufiyyah. Dalam kata lain dhawq atau kecapan terhadap pelbagai pengertian tauhid diperoleh secara langsung hasil pengertian
tersebut tertajalli di dalam qalb sufi. Ia merupakan suatu
hal di mana seseorang sufi yang mengalaminya menjadi
tenggelam dan fana daripada dirinya sendiri dan daripada
segala sesuatu yang selain dari Allah S.W.T., lalu yang tersyuhud kepadanya hanyalah Allah S.W.T. sahaja; kesedaran
dan perasaannya dilimpahi dengan qudrah ilahi yang
termanifestasi pada setiap benda. Dengan i
radah ilahiyang
melaksanakan segala-galanya, juga dengan perbuatan ilahi
yang muncul kesannya pada setiap gerak dan diamnya
persada wujud (Abu al-Ula Afifi, hlm. 171, 162). Inilah
yang dikatakan oleh al-Tahanawi, iaitu apabila seseorang
yang mengalami tauhid jenis ini dia melihat setiap zat, pelbagai sifat dan perbuatan, tenggelam hapus dalam pancaran
cahaya zat Allah S.W.T., pelbagai sifat dan perbuatan-Nya.
Dalam hubungan ini, al-Junayd mengatakan: ... dari
jenis tauhid al-khassah maka seseorang yang wujud tanpa
kemahuan berdiri di hadapan Allah S.W.T. (dalam keadaan)
tidak ada orang ketiga yang menjadi perantaraan di antara
keduanya; seorang yang tadbiran Allah S.W.T. menjadi
berlangsung ke atas dirinya, iaitu Allah S.W.T. di dalam
111

PENGAJIAN ISLAM

qudrah-Nya menentukan, dan dia menjadi tenggelam di


dalam lautan kesatuan Allah S.W.T., benar-benar fana
daripada dirinya dan daripada seruan Allah kepadanya serta
darijawapannya kepada Allah S.W.T., iaitu merupakan suatu
pengrealisasian sejati terhadap wahdaniyyah Allah di dalam
kehampirannya yang sejati kepada Allah S.W.T.Lalu kesedaran dan aksinya menjadi hilang kerana Allah S.W.T. melaksanakan di dalam dirinya apa yang dikehendaki olehnya.
Ilmu tentang hal yang demikian diperolehi apabila telah
kembalilah seseorang hamba dari akhir ke awalnya; supaya
dia menjadi sebagaimana semula, iaitu sebelum dia menjadi
seperti sekarang. Dalil dalam hal ini ialah firman Allah
S.W.T. (maksudnya): Ingatlah ketika Tuhan Engkau menjadikan keturunan anak Adam daripada punggung mereka,
dia mempersaksikan dengan diri mereka sendiri, seraya
Allah S.W.T. berfirman: Tidakkah Aku Tuhan kamu?
Sahut mereka: Ya ...! (Surah al-Araf, 7:172). Maka siapa
dan bagaimana keadaan semula sebelum terjadi (sepertisekarang). Apakah ada sesiapa yang memberi jawapan selain
dari roh-roh yang suci tulen bersih yang selaras dengan
qudrah dan masyiah Allah S.W.T.yang sempurna? Kewujudannya sekarang adalah sama seperti semula sebelum ia
wujud (seperti sekarang). Inilah matlamat pengrealisasian
sebenar tauhid kepada Allah S.W.T., dalam mana orang
yang mengalaminya menjadi hilang keindividuannya. (AlJunayd, hlm. 5657).
Nyatalah penganalisisan konsep tauhid sebagai yang
dijelaskan oleh al-Junayd di atas dihubungkan secara jelas
dengan aspek asal-usul al-nafs atau al-ruh al-insaniyyah;
dalam mana pengrealisasian tauhid menjadi terlaksana apabila hamba kembali semula ke taraf wujud awal sebelum ia
wujud sebagai sekarang. Pemerihalan dalam hal ini melibatkan pembicaraan satu konsep lain, iaitu yang diistilahkan sebagai al-mithaq.Konsep al-mithaq ini dibina ber112

KONSEP KETUHANAN

dasarkan teks al-Quran yang mengatakan: Ingatlah ketika


Tuhan engkau menjadikan keturunan anak Adam daripada
punggung mereka, Dia mempersaksikan dengan diri mereka
sendiri,seraya Allah S.W.T.berfirman: Tidakkah Aku Tuhan
kamu? Mereka menjawab: Ya, kami telah mempersaksikan,
supaya kami jangan mengatakan pada hari kiamat. Sesungguhnya kami lupa daripada ini. (Lihat Surah al-Araf,
7:172).
Ayat di atas menjelaskan bahawa Tuhan menceritakan
perihal Dia bercakap dengan insan dalam suatu tempoh
insan masih belum wujud sebagaimana sekarang. Kewujudan dalam tempoh tersebut tidak sama dengan kewujudan biasa yang boleh diistilahkan sebagai makhluk Tuhan
sebagai sekarang. Itu hanyalah kewujudan yang diketahui
dan disedari oleh Tuhan sahaja, yang sifatnya tidak terikat
dengan masa (Ali Hassan Abd al-Qadir, hlm. 76). Oleh itu,
kewujudan insan berlaku dalam dua jenis:
a)

b)

Kewujudan yang bersifat suci, iaitu sebelum insaninsan didatangkan ke alam semesta ini. W ujudnya
insan dalam tahap tersebut adalah penuh dengan kesucian dan kekudusan, berhubung secara langsung
dengan Allah tanpa apa-apa hijab; kerana hijab menjadi terhasil oleh wujudnya hubungan dengan alam
benda dan menjadi sibuk oleh kehendak-kehendak
kejasadan dan syahwat. Oleh itu, dalam keadaan demikian nufus atau arwah insan mengikrarkan dengan
pastinya keesaan Allah ketika dikhitabkan kepada mereka menerusi alastu birabbikum kerana nufus atau
arwah tersebut tidakpun melihat apa-apa dalam wujud
selain Allah yang melakukan sesuatu, yang menghendaki dan yang memiliki kuasa, lalu fana dan hilang
wujud dirinya sendiri (Ibid. Hlm. 77 dan lihat Abu alUla Affifi, hlm. 174).
W ujud insan dalam alam semesta yang diciptakan
113

PENGAJIAN ISLAM

ini. Kewujudan ini adalah bersama jasad, yang dengannya menghasilkan kelupaan pada persetiaan
awalnya oleh wujudnya hijab serta penguasaan syahwat
(Ali Hassan Abd al-Qadir, hlm. 77).
Berdasarkan keterangan di atas,nyatalah bahawa unsur
mithaq adalah terjadi pada peringkat insan masih berada di
alam nufus atau arwah di mana persoalan tentang
ketauhidan Allah dijawab dengan jitu. Bagaimanapun,
apabila insan telah diwujudkan sebagai manusia yang
sekaligus terdiri daripada jasad dan roh, maka persetiaan
awal itu menjadi semakin kabur; dikaburi oleh kehendak
syahwat dan tuntutan jasad. Lalu untuk mendapatkan
kembali taraf ketauhidan awal tersebut, perlulah insan
bergerak semula ke arah keadaan awalnya sebagai sebelum
ia diwujudkan dalam bentuk sekarang. Di sinilah kelihatan
terhubungnya konsep mithaq dan konsep tauhid itu.
Bagaimanapun, pengembalian sempurna ke taraf awal
seperti sebelum wujudnya insan sebagai yang ada sekarang,
menjadi tidak mungkin selama ada hubungan di antara roh
dan jasad terus-terusan. Pembebasan roh daripada ikatan
jasad, dalam kadar kekuasaan insan mestilah diusahakan
supaya terjadi. Hal ini, menurut al-Junayd, seorang ahli sufi
kontemporari, mestilah berlangsung menerusi suluk di dalam
al-tariqah al-suffiyyah dan tunduk serta penyerahan diri
secara mutlak kepada Allah, yang melibatkan kegiatankegiatan riyadah al-nafs dan pembersihannya serta pengekangan diri daripada kehendak-kehendak syahwat. Hasil
daripada kegiatan tersebut, seorang hamba akan menjadi
individu yang tidak memiliki sebarang kehendak, yang dirinya diurus oleh Allah mengikut kehendak-Nya, sedang diri
hamba itu sendiri telah karam atau tenggelam di dalam lautan tauhid; fana daripada dirinya sendiri dan daripada seruan
makhluk lain sejauh yang berhubungan dengan urusan ke-

114

KONSEP KETUHANAN

duniaannya. Hal itu semua terjadi disebabkan syuhudnya


terarah secara tajam ke arah pelbagai hakikat kewujudan dan
keesaan Allah dalam suatu kedudukan yang benar-benar
hampir dengan-Nya. Ketika itulah, kesedaran hamba tentang
diri dan aksinya menjadi hilang kerana Allah, menerusi
iradah-Nya menguasai perbuatan hamba tersebut, lalu kembalilah ketika itu pengakhiran seorang hamba ke tahap
awalnya, sebagaimana ia masih belum wujud sepertikewujudan sekarang. Di situlah terlaksananya pengrealisasian sejati
terhadap konsep tauhid yang hakikatnya tidak boleh dicapai
oleh akal, tetapi termanifestasi secara langsung ke dalam qalb
(Al-Junayd, hlm. 57 dan Abu alUla Affifi, hlm. 175).

HAKIKA
T IMAN DAN ISLAM
AT
Iman ialah pembenaran hati dengan ajaran yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w., dan dengan apa yang diketahui dalam agama secara dharurat, sepertiwajib sembahyang dan haramnya berzina.

Iman:
Rukun Im
an:
1.

2.

3.

Pembenaran Hati dengan apa yang dibawa oleh junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Rukun ini disepakati
oleh seluruh ulama Islam tanpa sebarang perselisihan.
Pengakuan Lidah (ucapan dua kalimah Syahadah). Ini
menjadi rukun di sisi Abu Hanifah, Muktazilah, Fuqaha, Ahli Tafsir dan Ahli Hadith.
Pembuktian Amali (mengerjakan segala perintah dan
meninggalkan segala larangan). Perkara ini menjadi
rukun di sisi Muktazilah, Fuqaha, Ahli Tafsir dan Ahli
Hadith.

115

PENGAJIAN ISLAM

Syarat
Kesempurnaan
Sy
arat K
esempurnaan Iman:
Bagi Ahli Sunnah W a al-Jamaah yang hanya menjadikan
pembenaran hati sebagai rukun iman atau hakikat iman,
mereka meletakkan 2 syarat untuk mencapai kesempurnaan
iman:
1. Pengakuan Lidah (ucapan dua kalimah Syahadah)
2. Pembuktian Amali (mengerjakan segala perintah dan
meninggalkan segala larangan)

Iman Kamil
Iman Kamil atau iman yang sempurna mestilah mengumpulkan ketiga-tiga perkara:
1. Pembenaran Hati.
2. Pengakuan Lidah.
3. Pembuktian Amali.

ert
ay
Apa er
ti sa
ya beriman?
Untuk melihat sejauh mana iman kita terhadap Islam memenuhi kriteria Kamil, perkara-perkara berikut harus dikaji
dan dipastikan ada dalam diri seseorang Mukmin (Fathi
Yakan: 1986, 1529):

Mengimani dan meyakini bahawa pencipta alam sejagat


ini ialah Allah S.W.T.
Mengimani dan meyakini bahaw a Allah S.W.T.tidak
menciptakan alam ini tanpa tujuan.
Mengimani dan meyakini bahawa Allah telah mengutuskan para Rasul dan menurunkan kitab untuk tujuan mengajar manusia mengenal Allah S.W.T., dan pengajaran
agama.
Mengimani dan meyakini bahawa matlamat hidup
manusia dalam kehidupan ini ialah untuk mengenal
116

KONSEP KETUHANAN

Allah S.W.T., mentaatinya dan mengabdikan dirikepadanya.


Mengimani dan meyakini bahawa syurga adalah balasan
dan ganjaran bagi mukmin yang taat, dan neraka adalah
balasan bagi mukmin yang berdosa dan orang-orang
kafir.
Mengimani dan meyakini bahawa penggubalan syariat
dan undang-undang hidup adalah hak mutlak Allah
S.W.T.
Saya mestilah mempelajarisifat-sifat Allah S.W.T. dan
nama-nama-Nya.
Saya mestilah berfikir tentang makhluk ciptaan Allah,
bukannya pada zat Allah S.W.T.
.
Saya mestilah mengabdikan diri hanya kepada Allah
S.W.T. semata-mata, tanpa mensyirikkan-Nya dengan
sesuatu perkara yang lain.
Saya mestilah takut hanya kepada Allah S.W.T. sahaja.
Saya mestilah sentiasa berzikir mengingati Allah S.W.T.
Saya mestilah mencintai Allah S.W.T. dengan kecintaan
yang tinggi.
Saya mestilah bersyukur kepada Allah S.W.T. atas segala
nikmat yang dikurniakan.
Saya mestilah sentiasa bertaubat dan beristighfar atas
segala dosa dan noda yang dilakukan.
Saya mestilah sentiasa berm uraqabah dengan Allah
S.W.T.

KESIMPULAN
Konsep ketuhanan dalam Islam adalah berbentuk monotheisme m utlak, menafikan adanya sebarang unsur campurtangan asing atau mediator dalam semua segi; berpaksi atas
117

PENGAJIAN ISLAM

dasar keesaan zat Allah S.W.T., peribadatan dan ketaatan


kepada-Nya dan nama serta sifat-Nya. Membuang dan
menggugurkan apa sahaja bentuk yang boleh membuka
ruang kepada syirik atau politheisme ke atas-Nya. Konsep
ketuhanan yang diajarkan oleh para Rasul dan Nabi, bukanlah datang dari bumi atau hasil pencarian akal manusia,
tetapi datangnya dariTuhan itu sendiri
.
Kemudian, jika dilihat daripada perspektif tauhid secara yang khusus, maka sudah pasti seseorang yang menyedari dan melihat bahawa Allah S.W.T. sahaja yang benarbenar wujud, yang benar-benar berkuasa, yang benar-benar
mentadbir dan melakukan segala, akan memandang mudah
kepada apa juga yang lain daripada Allah S.W.T.
, tidak ada
lagi ketakutan yang bukan-bukan, tidak membentuk bayang-bayang untuk ditakutinya. Sekiranya peribadi-peribadi
yang sedemikian dapat diwujudkan oleh sesebuah masyarakat, sudah tentu masyarakat berkenaan akan dapat manfaat yang besar daripadanya.

RUJUKAN
Abbas Mahmud al-Aqqad 1969. Allah: Kitab fi nashah alaqidah al-Ilahiyyah, Mesir, Dar al-Maari
f.
Abbud, Dr. Abd. Ghani Abbud 1984. Al-Masih W a al-Masihiyyah W a al-Islam, Dar al-Fikr al-Arabie, Kaherah.
Al-Tandi, Dr. Amin al-Tandi, tt Al-Masih Ibn Maryam Fi alTaurah W a al-Injil W a al-Quran , dar al-Qalam Li alTurath, Kaherah.
Hens W ehr 1974. A Dictionary of modern written Arabic
Arabic-English. Beirut, Librairie Du Liban.
Nurcholish Madjid, Islam 1992. Doktrin dan peradaban: Sebuah
telaah kritis tentang masalah keimanan, kemanusiaan dan
kemodenan,Jakarta, Yayasan W akaf Paramadian.
Abd. Aziz Mohd. Zin 1991. Syahadah, Ibadah, Asabiah, dakwah.
118

KONSEP KETUHANAN

Petaling Jaya, Tempo Publishing, hlm. 11.


Ahmad W arson Munawwir 1984. Al-Munawwir kamus Arab
Indonesia,Yokyakarta, Unit Pengadaan Buku-buku Ilmiah
Keagamaan Pondok Pesantren al-Munawwir.
Muhammad Naim Yassin 1979. Al-Iman: Arkanuhu wa
haqiqatuh, t.tp.; t.pt..
Lutpi Ibrahim 1993. Antologi pemikiran Islam, Shah Alam,
Hizbi.
Ali Hassan Abd al-Qadir,The Life Personality.
Hassan Ayyub,Tabsit al-aqaid al-Islamiyyah.
Abu al-Ala al-Maududi 1960. Tow ards Understanding Islam,
Lahore.Idarah Turjuman al-Quran.
Abu al-Ula Affifi 1963. al-tasawwuf: al-Thawrah al-Ruhiniyyah
fi al-Islam, Mesir, Dar al-Maari
f.
Abu al-Qasim, Abd al-Karim Ibn Hawazin b. Abd al-Malik b.
Talhah al-Qushayri, al-Risalah al-Qushayriyyah , Tahqiq
Abd al-Halim Mahmud dan Mahmud b. al-Sharif, 2 Jil, alQahirah, Dar al-Kutub al-Hadithah.
Al-Aal, Dr. Hamdi Abd. Al-Aal 1989. al-Millah wa al-Nihlah
Fi al-Yahudiyyah,al-Masihiyyah, al-Islam, Dar al-Qalam,
Kuwait.
Al-Jayyusyie, Dr. Muhammad Ibrahim al-Jayyusyie 1988.
Dirasaat Fi al-Nashraniyyah, Dar al-Huda Li al-Thibaah,
Kaherah.
Al-Junayd 1976. Rasail al-Junayd, Tashih Ali Hassan Abd alQadir, dalam The life personality and Writings of al-Junayd,
ed. & trans, Dr. Ali Hassan Abdel Kadir, E.J.W. Gibb
Memorial Series, New Series XXII, London, Luzac &
Company Ltd.
Ali bin Muhammad b. Ali al-Sayyid al-Zayn Abi al-Hassan alHusayni 1938. al-Tari
fat, Mesir, Syarikah Maktabah wa
Matbaah mustafa al-Babi al-Halabi.
Encyclopedia American ,Jil. 12 1972. New York, American
Corporation.
Ibrahim Abu Bakar 1990. Konsep kerasulan dan peranannya
dalam pembentukan masyarakat, Kuala Lumpur, Dew an

119

PENGAJIAN ISLAM

Bahasa dan Pustaka, hlm. 12.


Ismail al-Faruqi Raji 1992. Al-Tawhid: Its implications for thought
and life, Virginia: International Institute of Islamic
Thought.
Izutsu 1959. God and Man in The Koran, studies in the
humanities and social relations,jil. 2, Tokyo: Keio Institute
of Philological Studies.
Muhammad Ala ibn Ali Thanawi, Kashaf Istilahat al-Fumum,
2Jil. 1947. Tehran, Maktabah Khayyar wa Shurakahu.
Murtada Mutahhari 1985. Fundamentals of Islamic Thought:
God, man and the universe,Terj. Campbell. R., Barkeley:
Miza Press.
Sulaiman Abdullah dan Jafar Soedjarmo 1986. Ketuhanan yang
maha esa menurut Islam, Surabaya, Penerbit al-Ikhlas.
The Encyclopedia of Philosophy 1979. Ed. In chief.P. Edwards.Jil.
3, New York, Mac Millan Pub.
W afi, Dr. Ali Abdul W ahid W afi,tt, Al-Asfar al-Muqaddasah Fi
Al-Adyan al-Sabiqah Li Al-Islam , Nahdhah Misr Li alThibaah W a al-Nasyr W a al-Tauzie, Kaherah.
Zakaria Stapa 1993. Beberapa aspek kefahaman Islam.

120

Anda mungkin juga menyukai