Anda di halaman 1dari 63

S 135 akta kontrak

seseorang yang dibayar untuk membuat


sesuatu atau mewakili seseorang berurusan
dengan pihak ketiga.

Prinsipal adalah seseorang yang membayar


upah kepada ejen.

Wujud DUA kontrak:


a) Kontrak

ejensi:

Memberikan kuasa kepada ejen untuk


bertindak
untuk dan bagi pihak prinsipal; melakukan kerja
@ memasuki kontrak
a) Kontrak

seperti arahan prinsipal.

Ejen mewakili prinsipalnya.Pihak ketiga berurusan


dengan ejen seolah2 prinsipal tidak wujud.

S143 seseorang ejen boleh melantik ejen lain untuk


melakukan kerja ejensi

S 144 sub ejen adalah ejen yang diupah atau digajikan


oleh ejen asal, bertindak di bawah kawalan ejen asal
tersebut.

Terdapat 3 kesan lanjutan dari perlantikan sub ejen.


1.

S 145(1) prinsipal akan bertangungjawab setiap tindakan


sub ejen seperti juga tindakan ejen asal.

2.

S 145(2) ejen asal bertangungjawab kepada prinsipal bg


tindakan sub ejen

3.

S145(3) sub ejen hanya bertanggungan kepada ejen


asal, bukan kepada prinsipal kecuali didalam kes frod
atau salah sengaja.

Prinsipal

Ejen asal
ejen

Sub ejen

prinsipal tidak mempunyai


pertalian kepada sub

S 147 ejen ganti adalah:


Apabila ejen asal diberi kuasa melantik ejen
untuk melakukan kerja tertentu.
Lantikan itu setara dengan ejen asal.
Ejen ganti berkaitan dengan prinsipal secara
terus.

Prinsipal

Ejen asal Ejen ganti

Pembentukan
1. Ejensi
2. Ejensi
3. Ejensi
4. Ejensi
5. Ejensi

secara
secara
secara
secara
secara

Ejensi

perlantikan nyata
perlantikan tersirat
pengesahan (Ratifikasi)
perlu
persekatan

S140 ejen boleh dilantik melalui perjanjian


samada secara bertulis atau lisan. Prinsipal
akan menyatakan kuasa dan tugasan kepada
ejen serta upah atau komisen selepas
membuat tugasan.
Kebiasaan perlantikan ini melalui surat
dikenali surat kuasa wakil, Power of attorney
atau surat mandat letter of mandate.

S 140: hubungan ejensi boleh disiratkan atau


dianggap wujud melalui tutur kata atau
perbuatan prinsipal yang memperkenalkan
orang lain sebagai ejen nya.
Kata-kata tersebut menunjukkan bahawa
orang itu diberi kuasa melakukan kerja bagi
pihak nya.

Kes: Summers lwn solomon


Jika seseorang melalui kata-kata atau perbuatan
mengemukakan orang lain sebagai ejen, maka
itu dianggap perlantikan tersirat.akan
bertanggungan bagi setiap kontrak oleh orang
itu seolah olah orang itu sebagai ejennya.
Chan Yin Tee lwn William Jacks
Chan dan Yong(kanak-kanak) adalah rakan kongsi,
chan menyatakan dia adalah rakan kongsi
kepada yong. WJ membekalkan barangan
kepada yong,tetapi yong gagal membayar.
Mah : Chan telah mengemukakan Yong sbg
ejennya,Chan harus menjelaskan hutang kepada
WJ

B. Hubungan suami isteri.


Isteri dianggap boleh berhutang atas nama
suami kecuali:
- Suami telah secara nyata melarang
- Suami memberi amaran kepada pihak
ketiga tidak memberi hutang kepada
isterinya
- Suami telah menyediakan dengan cukup
- Suami telah memberi elaun belanja
- Pembelian isteri tidak munasabah kepada
kemampuan suami

C. Hubungan ejensi dari perkongsian perniagaan


S7 akta perkongsian pekongsi adalah ejen
kepada rakan kongsi yang lain
Mercantile Credit Co lwn Garrod
A dan B adalah rakan kongsi perniagaan
menyewa garaj dan membaiki kereta. Secara
nyata didalam perjanjian mereka dilarang
membuat urusan jual beli kereta. A tanpa
pengetahuan B, telah menjual kereta walhal
tidak memiliki hak menjual. Hasil jualan
dimasukan kedalam akaun perkongsian. MC
mengetahui penipuan A, dan menuntut ganti
rugi kepada B dan syarikat perkongsian mereka
kerana A melarikan diri.
B perlu menjelaskan ganti rugi kerana tindakan A
adalah seorang ejen kepada syarikat
perkongsian.

Ratifikasi adalah proses mengesahkan


sesuatu yang pada asalnya tidak sah.
Prinsipal bersetuju untuk mengesahkan
perbuatan ejen yang pada mulanya tidak sah.
Ia boleh dibuat secara tersirat atau nyata.

Lihat misalan pada Seksyen150

S 149 sesuatu yg dilakukan oleh ejen,


walhal tidak diketahui atau tidak diberi
kuasa oleh prinsipal, maka prinsipal boleh
memilih untuk menerima sah atau menolak
perbuatan ejen itu. Jika ia menerima, maka
kesan kepada perlakuan tersebut seolaholah sah dengan kuasa prinsipal.

Tindakan ejen adalah diluar kebenaran @ arahan


prinsipal

Tindakan seseorang yang berpura-pura menjadi


ejen, bertindak seolah-olah mempunyai kuasa
berbuat demikian

Jika prinsipal menerima perbuatan tersebut,


maka prinsipal dikatakan mengesahkan
perbuatan ejen (ratifikasi) dan membayangkan
seolah-olah melantik ejen dengan menganggap
perbuatannya adalah sah dan mengikat prinsipal

Perbuatan yang asalnya tidak sah menjadi


sah, dan prinsipal bertanggungan keatasnya
Ratifikasi akan mengesahkan keseluruhan
urusan
Ratifikasi mempunyai kesan retrospective
Ratifikasi hendaklah dibuat pada waktu
yang munasabah

Sesorang itu diamanahkan untuk menjaga


sesuatu amanah, mestilah melakukan sesuatu
yang berpatutan untuk melindungi amanah
tersebut walaupun tidak diberikan kuasa
secara nyata untuk berbuat demikian.
S 142. seseorang ejen didalam kecemasan
mempuyai kuasa untuk melakukan apa saja
demi
melindungi
kepentingan
prinsipal,
seperti yang dilakukan oleh yang bijak, bagi
dirinya sendiri dalam keadaan yang sama.

Kes: GN Railway lwn Swaffield


Seekor kuda dihantar ke suatu kawasan
menggunakan
perkhidmatan
keretapi.
Setiba di destinasi, tiada pihak yang
menuntut kuda berkenaan, pihak keretapi
menghantar kuda itu ke tempat rehat,
untuk bermalam dan melindungi kuda itu.
Pihak keretapi dianggap sebagai ejen perlu.

1.Adalah

mustahil untuk mendapatkan arahan dari


prinsipal didalam kecemasan.
Springer lwn GW Railway
S telah menghantar tomato dari Jersey ke London.
Kapal yang menghantar tomato tersebut terlewat
tiga hari berikutan dari mogok. Keretapi mendapati
tomato telah tidak lg segar, dan menjual di pasar
tempatan. S tidak dihubungi, maka syarikat
keretapi bertangunggan kepada tindakan mereka.

2. Keadaan yang wujud benar2 menimbulkan


keterpaksaan. Lazim melibatkan barang
yang mudah rosak.
Kes: Prager lwn Blatspiel
Kulit binatang dibeli oleh B, seorang ejen bg
dihantar kepada P, oleh kerana peperangan
meletus, P tidak dapat dihubungi, kulit
binatang juga tidak dapat dihantar, B
menjual kulit itu, Mahkamah memutuskan,
kulit
tidak
mudah
lupus,
maka
B
bertangunggan kepada P.

3. Ejen mestilah melakukan perbuatan


tersebut secara suci hati. Mestilah dengan
tindakan yang baik dan dengan iktikad yang
baik.

Jika prinsipal memberitahu pihak ketiga


samada melalui kata2 atau perlakuan
bahawa A adalah ejen beliau, dan pihak
ketiga telah mempercayai sehingga boleh
menyebabkan kerugian kepada pihak
ketiga, maka prinsipal disekat dari
menafikan tentang kewujudan kuasa ejen
tersebut.

1.

2.

3.

Ejen universal ejen ini dilantik melalui


surat kuasa wakil, beliau berhak
melakukan apa saja yg sepatutnya boleh
dilakukan oleh prinsipal.
Ejen am- dilantik untuk urusan umum,
pihak ketiga boleh menganggap beliau
berkuasa dalam urusan perniagaan biasa.
Ejen khas- dilantik membuat kerja2 khusus
dan kuasa yang terhad untuk kerja atau
maksud kerja sahaja

1.

2.

3.
4.

5.

Ejen del credere- mendapat komisen tambahan


sekiranya pihak ketiga melaksanakan tugas. Jika gagal,
ejen itu akan bertanggungan kepada prinsipal
Faktor- ejen perdagangan utuk utusan biasa. Dia
menjual barangan tanpa memberitahu siapa prinsipal.
Dia mempunyai hak lien terhadap barangan tersebut.
Ini bermakna selagi prinsipal tidak membayar
komisenya, dia boleh menahan barang2 tersebut.
Broker mendapat upah iaitu brokerage. Broker tidak
menyimpan barang prinsipal.
Juru lelong- ejen diupah untuk menjual brg2 secara
lelong. Ketika menjual dia menjadi ejen kepada penjual,
setelah dijual dia menjadi ejen kepada pembeli.
Jurubank
a) ejen pelanggan
b) ejen kepada bank

Secara lazimnya, ejensi wujud daripada


perjanjian di antara prinsipal dan ejen .
Maka dengan itu, hak-hak dan
tanggungjawab seorang ejen adalah
bergantung kepada syarat-syarat kontrak
ejensi sama ada secara nyata atau tersirat.
Sekiranya kontrak itu tidak mengikat, maka
hak-hak dan tanggungjawab seorang ejen
kepada prinsipal adalah terangkum di
dalam seksyen 164 hingga 178 AK 1950.

S.164
Kegagalan

untuk mematuhi arahan prinsipal boleh


dianggap sebagai pecah kontrak dan ejen akan
bertanggungjawab terhadap kesemua kerugian
yang dialami oleh prinsipal akibat dari pecah
kontrak tersebut.
Kes: Turpin lwn Bilton
E gagal mengambil insurans utk kapal P
sepertimana yg diarahkan. Kapal itu tlh hilang.
Maka, E bertanggungjawab ke atas kerugian yg
dialami olh P krn kegagalannya mematuhi arahan P.

Kes: Bostock lwn Jardine


E tlh membuat tempahan barang melebihi dari
apa yg diarahkan olh P. Maka E bertanggungan
atas tempahan yg lebih itu.

Walau bagaimanapun, bukanlah menjadi


tanggungjawab E untuk mematuhi arahan yang
salah di sisi undang-undang seperti yang
diputuskan di dalam kes Cohen vs. Kittel, di
mana E tidak perlu mematuhi arahan P utk
berjudi kerana ianya menyalahi undangundang.

Sekiranya tiada arahan daripada prinsipal,


tindakan E mestilah dilakukan mengikut
kelaziman

S. 165
Jika seseorang E bertindak sebagai seorang
profesional yang mempunyai skil tertentu,
dia mestilah menunjukkan skil yang
sepatutnya ada pada orang yang berada
dalam kerjaya sepertinya melainkan P telah
tahu tentang kekurangannya itu.
Kes: Keppel lwn. Wheeler

S.166
E hendaklah menyerahkan akaun yg betul kpd P
berkenaan wang / harta yg diterima bagi pihak P
termasuklah wang yg diterimanya drpd apa-apa
transaksi sama ada sah/ cara salah asalkan
kontrak ejensi itu sah di sisi undang-undang.
Kes: Parker ( Harry) Ltd. lwn. Mason.
untung yg diperolehi drpd transaksi haram/
batal hendaklah diserahkan kpd P jika kontrak
ejensi atr E dan P tidak menyalahi undangundang

S.170- 171

Walau bagaimanapun E boleh memegang wang dan


menolak sejumlah wang yang diterima atas apaapa pendahuluan yang dibuat olehnya atau
komisyen- komisyen yang patut dibayar kepadanya

Seksyen 174 AK 1950 juga memperuntukkan


kepada E hak untuk terus memegang harta benda
P( lien ) sehinggalah P membayar jumlah komisyen
yang sepatutnya kepadanya dengan syarat tiada
peruntukan yang sebaliknya di dalam kontrak di
antara mereka.

Di dalam kesulitan, E mestilah


menggunakan skil yang sepatutnya untuk
cuba menghubungi dan mendapatkan
arahan daripada P (s. 167).
Tetapi sekiranya komunikasi adalah tidak
mungkin boleh dilakukan dan sebarang
kelewatan akan menyebabkan kerugian
kepada prinsipal, maka ejen bolehlah
menggunakan budi bicaranya untuk
melaksanakan tindakan yang sepatutnya
demi menjaga hak prinsipal ( s. 142)

Seseorang ejen tidak boleh menjadi satu pihak


kepada kontrak yang bertentangan dengan
kepentingan prinsipalnya.
S.168
Contoh: A (P) mengarahkan B (E) menjual
estetnya kpd seseorang tetapi B telah membeli
estet untuknya sendiri dgn menggunakan nama
C. Apabila A mengetahui hal ini, dia boleh
menolak transaksi itu jika A boleh menunjukkan
bahawa B tlh menyembunyikan fakta material
dgn tidak jujur / urusniaga itu merugikannya.

Wong Mun Wai lwn Wong Tham Fatt & SL


E tidak sepatutnya mengaut keuntungan
dgn menggunakan kedudukannya sebagai E
kpd P. P berhak menuntut drpd E apa-apa
faedah yg tlh diperolehnya dari transaksi yg
dibuat oleh E yg gagal mematuhi
arahannya.

Untung rahsia merujuk kepada rasuah


contohnya pembayaran komisyen secara
rahsia atau kick back, tips dan sebagainya.
Maka E mestilah menyerahkannya kpd P.
Tetapi sekiranya prinsipal tahu tentang
untung rahsia ini dan bersetuju
mengenainya, maka ejen bolehlah
menyimpan untung tersebut kerana ia
sudah tidak menjadi rahsia lagi s. 168

Sekiranya untung rahsia berlaku, maka :


Prinsipal boleh menamatkan kontrak jika kontrak
itu tidak memberi keuntungan kepadanya
Prinsipal boleh menuntut untung rahsia itu
daripada ejen.
Kes: Tan Kiong Hwa lwn Andrew S.H. Chong
Plf tlh membeli sebuah flat drpd sebuah syarikat dimana
Def ialah pengarah urusannya. Plf tlh mengarahkan
Def sbg E utk menjual flat tersebut pd harga
RM45,000 tp Def tlh berjaya menjualnya pd harga
RM54,000. Maka, Plf berhak menuntut RM9,000 drpd
Def krn mungkir dlm tugasnya sbg E

Prinsipal boleh enggan membayar komisyen


kepada ejen atau ganjaran-ganjaran yang
lain.
S.173
Kes: Andrew lwn Ramsay & Co
P berhak menuntut komisen rahsia yg E peroleh dari
pembeli.

Prinsipal boleh memecat ejen kerana melanggar


kewajipannya/ tugasnya
Prinsipal boleh mendakwa ejen dan pihak ketiga
yang memberi rasuah bagi mendapatkan
gantirugi bagi sebarang kerugian yang
dialaminya akibat dari memasuki kontrak
tersebut
Kes: Mahesan lwn The Malaysian
Government Officers Cooperative Housing
Society
Def berhak menuntut semula amaun kerugian
yg dialaminya drpd perbuatan tersebut.

Wujudnya hubungan amanah atr E dan P.


Maka kedua-dua pihak mestilah mengetahui
had tanggungjawab yg perlu dipatuhi.
Kes: L.S. Harris Trustee Ltd lwn Power Packing
Services
Def tlh menyerahkan dokumen sulit tentang polisi
kebakaran itu. Def melarang Plf drpd mengemukakan
maklumat itu kpd pelanggan Def. Pengarah Plf telah engkar
larangan dan menyerahkan maklumat itu kpd pelanggan
Def. Def berhak utk menamatkan kontrak ejensi kerana
ejen gagal menjalankan kewajipannya terhadap P.

Ini
adalah
kerana
prinsipal
telah
mengamanahkan tugas tersebut kepada
ejen, maka adalah tidak adil sekiranya
ejen mewakilkan pula tugas tersebut
kepada orang lain. Di sini, maxim
delegatus non potest delagare boleh
digunakan.
Walau
bagaimanapun,
terdapat beberapa pengecualian terhadap
maxim tersebut. Seseorang ejen boleh
mewakilkan kuasanya kepada orang lain
dalam keadaan- keadaan berikut :

Sekiranya P membenarkan E mewakilkan


kuasanya kpd orang lain.
Kes: De Bussche lwn Alt
i.

Perlantikan sub ejen dipersetujui oleh P sendiri, maka


tiada perlanggaran kewajipan dilakukan.
ii.

iii.

Sekiranya jenis pekerjaan yg dilakukan


memang memerlukan perwakilan
Jika daripada perlakuan pihak-pihak yg
berkontrak, ejen hendaklah mempunyai
kuasa utk mewakilkan kuasanya.

Keadaan ejensi yg amat memerlukan


perwakilan kuasa
v.
Dalam keadaan darurat/ kecemasan
vi. Tindakan yg melibatkan pengurusan/
pengkeranian (pentadbiran) semata-mata
dan tidak melibatkan penggunaan budi
bicara.
Kes: Allam & Co
Kes: John Mc Cann & Co lwn Pow
iv.

Tanggungjawab
Prinsipal Terhadap
Ejen

1.

Membayar komisen / ganjaranganjaran lain seperti yg telah


dipersetujui melainkan jika
hubungan ejensi itu adalah secara
percuma.

S.172:
Jika tiada kontrak yang khas, bayaran bagi
perlaksanaan tindakan oleh ejen akan di bayar oleh
prinsipal apabila tindakan itu selesai disempurnakan.
Bayaran

ebrdasarkan Quantum Merit; jumlah yang


berpatutan
Ejen

juga berhak menahan wang yang diterima hasil


daripada jualan barang-barang.
Upah/komisen dibuat oleh P kpd E apabila E selesai
melaksanakan semua kerja yg telah dipersetujui
bersama.
Ejen berhak mendapat ganjaran yg munasabah dan
berpatutan dgn kerja yg dilakukan olh ejen.

2) Tidak akan menyekat / menghalang ejen


dgn sengaja daripada membuat komisen

Apabila prinsipal melantik seorang ejen


untuk mewakilinya, prinsipal tidak boleh
lagi mengupah orang lain semata-mata
untuk menarik balik komisyen yang
dijanjikan kepada ejen asal itu.

3) Melepaskan tanggungan ejen bagi tindakantindakan yg dilakukan dlm menjalankan tugasnya.


S. 175:

Prinsipal adalah terikat untuk menanggung rugi


akibat semua tindakan menurut undang-undang
yang dilakukan oleh ejen dalam melakukan tugas
ejensinya.

Kes: Hichen, Harrison, Woolston and Co lwn Jackson


P bertanggungan utk membayar semua wang
perbelanjaan yg didahulukan oleh ejen dan menanggung
apa-apa kerugian yg wujud daripada tugas ejensi tersebut.

i.

Ejen telah menanggung perbelanjaan dan


mengalami kerugian dalam melaksanakan
tugasnya. Berhak menuntut ganti rugi.
kes: Soloway & SL

ii.

Ejen telah menyebabkan pihak ke-3


mengalami bencana. S.176

ii.

Ejen berhak mendapat bayaran ganti rugi


jika mengalami kecederaan disebabkan
kecuaian P/ kurang kemahirannya.

Kuasa Ejen

S.141

Kuasa E meliputi semua perbuatan yg sah yg perlu


utk melaksanakan tugasnya kpd P

S 139
Kuasa E boleh wujud dlm bentuk nyata/ tersirat

Takrif kuasa nyata dan tersirat . S.140

Kuasa nyata : apabila diberi oleh kata-kata lisan


atau bertulis
Kuasa tersirat: kesimpulan mengikut keadaaan;
kata-kata, dokumen etc.

Kuasa E ada dua kategori: (1) kuasa sebenar


(2) kuasa zahir

Kuasa E yg diberi secara nyata olh P sama


ada secara nyata/melalui dokumen bertulis

Dinyatakan dalam kontrak ejensi dan


bertulis secara jelas dlm perjanjian

Boleh dimaklumkan secara lisan oleh P

P akan bertanggungjawab bagi semua


perbuatan E yg dikategorikan sbg kuasa
sebenar.

i.

Kuasa nyata yg diberikan oleh P termasuk


semua kuasa yg munasabah utk
melaksanakan tugas ejensinya.

i.

Merujuk kpd keadaan-keadaan tertentu

i.

Kelaziman /adat resam perniagaan

i.

Situasi / kelakuan pihak-pihak

Tidak diberikan secara nyata oleh P


Anggapan undang-undang E mempunyai
kuasa
Pihak ke-3 mengandaikan bahawa E
mempunyai kuasa utk bertindak sedemikian
walaupun pd hakikatnya E tidak mempunyai
kuasa itu
P bertanggungjawab bagi semua tindakan E
di bawah kuasa zahir.
Kes : Panorama Development (Guilford) Ltd.

i.

Melalui kata-kata dan perbuatan P ,


membiarkan pihak ke-3 percaya bahawa E
mempunyai kuasa utk bertindak bagi
pihaknya. S.190

Kes: Chew Hock San & YL & Ors vs


Connaught Housing Development Sdn.
Bhd.

mahkamah memutuskan bahawa tidak akan


wujud kuasa zahir sekiranya seorang ejen itu
bertindak bagi pihak seseorang prinsipal tanpa
pengetahuan atau kebenaran prinsipal itu
sendiri.

ii.

Apabila E yg mempunyai kuasa utk


bertindak sebelum ini, melakukan sesuatu
perkara bagi pihak P tp kuasa itu telah
ditamatkan olh P tanpa pengetahuan pihak
ke-3

Kes: Graphic Lines Pte Ltd lwn Chai Chee


Mein & Ors

Seksyen 154 hingga 163 AK 1950 adalah


berkaitan dengan penamatan sesuatu
ejensi.

ejensi boleh ditamatkan sama ada secara


perbuatan pihak-pihak atau secara
kuatkuasa undang-undang.

Penamatan ini boleh berlaku di dalam


beberapa keadaan :
a)Persetujuan

bersama iaitu apabila


kedua-dua pihak berhasrat dan bersetuju
supaya ejensi ditamatkan.
a)Pembatalan

kuasa oleh prinsipal


(seksyen 154 AK 1950). Mengikut
peraturan umum, kuasa ejen boleh
dibatalkan pada bila-bila masa oleh
prinsipal sebelum kuasa itu dijalankan
untuk mengikat prinsipal.

Bagaimanapun, sesuatu pembatalan yang


dibuat sebelum tempohnya boleh memberi
hak kepada ejen untuk mengambil tindakan :
a)Bagi

kehilangan komisyen atau ganjaran


ejen jika dia telah menjalankan perkhidmatan
untuk prinsipal.
b) Bagi perbelanjaan dan tanggungan yang
dialami dalam menjalankan tugasnya.
c)Gantirugi yang lain sekiranya pembatalan itu
tidak berpatutan atau jika tiada notis
pembatalan yang munasabah yang diberikan
kepada ejen.

d) Kuasa prinsipal untuk membatalkan kuasa

i.

ejen adalah terhad kepada keadaankeadaan berikut:


Jika ejen mempunyai kepentingan dalam
harta benda yang merupakan perkara
pokok ejensi itu. Ini adalah kerana kuasa
itu disertai dengan kepentingan ejen. S.155

ii.
jika prinsipal telah membenarkan ejen
menjalankan sesuatu kuasa itu, maka
pembatalan kuasa itu akan berkuatkuasa;
a) Terhadap ejen jika dia mengetahui tentang
pembatalan kuasa itu.
b) Terhadap pihak ketiga jika pihak ketiga tahu
tentang pembatalan itu.

iii.

(c)

Jika ejen tlh menjalankan sebahagian drpd


kuasa yg diberikan kpdnya, P tidak boleh
menamatkan kuasa ejen semata-mata utk
mengelakkan dirinya apa-apa tanggungan.
Penolakan kuasa oleh ejen
Sekiranya ejensi itu tempohnya tidak boleh
ditetapkan, maka ejen boleh menamatkan
ejensi itu dengan memberikan notis
penamatan yang munasabah kpd P. s.159

ejensi boleh dibatalkan secara kuatkuasa


undang-undang iaitu dengan cara:
i. Dengan kematian prinsipal atau ejen
ii. Apabila ejen atau prinsipal menjadi gila.
iii. Apabila prinsipal menjadi muflis atau diisytihar
bankrap.
iv. Dengan tamatnya tempoh yang ditetapkan
dalam kontrak ejensi
v. jika ejensi itu diwujudkan untuk sesuatu urusan
shj, maka ejensi itu tamat apabila urusan itu
selesai.
vi.Dengan berlakunya kejadian yang menjadikan
ejensi itu batal dan tidak sah

Penamatan kuasa ejensi juga menamatkan


kuasa sub-ejen yang dilantik oleh ejen

Anda mungkin juga menyukai