Anda di halaman 1dari 14

5 Buah Buku Rujukan Kaedah Fiqh Dalam Mazhab Shafie

1. Qawaid al-Ahkam fi Masalih al-Anam


Karangan Izzuddin bin Abdul Salam (577-660 H)
Nama penuh: Izzuddin Abdul Aziz bin Abdul Salam, asSulami, berasal dari Maghribi,
kelahiran Damsyik, menetap dan meninggal di Mesir, digelar Sultan al-Ulama oleh
Ibn Daqiq al-Eid1
Dilahirkan pada tahun 578 H. Mempelajari ilmu Usul Fiqh melalui al-Aamidi.
Terkenal dalam bidang Fiqh, Tafsir dan Bahasa Arab. Beliau mengatasi rakan-rakan
lain yang sezaman dengannya dalam pelbagai bidang ilmu. Beliau menjadi seorang
tokoh hebat di zamannya, terutama berkenaan Syariah. Tidak ada tandingan dari segi
warak dan keberanian berhujjah menegakkan kebenaran.2
Di hari kematiannya di Kaherah, jenazahnya dihadiri begitu ramai manusia. 3 Di antara
tulisannya ialah al-Tafsir al-Kabir dan Qawaid al-Syariah.4
Kandungan buku:
Buku ini ialah di antara buku terawal dalam bidang ini. Pengarang juga menyebut
bahawa beliau menyusun bukunya dan mengumpulkan Kaedah-kaedah Fiqh tidak
dalam satu bentuk tertentu:
'Tujuan menulis buku ini ialah menerangkan kepentingan-kepentingan yang diperolehi
dari bentuk ketaatan yang dibuat, muamalat dan semua tindakan oleh seorang hamba
Allah. Ia juga menerangkan bentuk larangan yang perlu dijauhi seorang hamba Allah,
dan menerangkan kepentingan ibadat supaya seorang hamba Allah itu beribadat dalam
keadaan paling baik. Buku ini juga menjelaskan kepentingan yang perlu didahulukan
ke atas kepentingan yang lain dan melewatkan kemudaratan mengatasi yang lain. Dan
perkara yang termasuk di bawah usaha seorang manusia berbanding perkara yang
tidak mampu dilakukan olehnya.'5

Jamaluddin al-Isnawi, Tabaqat as-Shafiiyyah, tahqiq Abdullah al-Jabburi, Cetakan: Riyadh, Dar alUlum littibaah wanNasyr 1401H/1981M, j 2 ms 197-198, no 813.
2
Tajuddin as-Subki, Tabaqat as-Shafiiyyah al-Kubra, j 8 ms 209, no 1183.
3
Abu Shamah ad-Dimasyqi, Tarajim Rijal al-Qarnain as-Sadis was-Sabi, Cetakan: Beirut, Dar al-Jil
1974M, ms 216
4
Az-Zarakli, al-Alam, j 4 ms 145.
5
Qawaid al-Ahkam, j 1 ms 9.

Keseluruhan buku ini membincangkan Kaedah syarak yang asasi 'menarik


kepentingan dan menolak kemudaratan.' Kaedah fiqh lain yang didapati dalam buku
ini dirujuk kepada kaedah umum ini.
Di antara kaedah yang disebut di dalam buku ini ialah seperti berikut:
1.
'Asalnya sesuatu hukum itu hilang dengan sebab hilangnya ilat'.
2.

'Sesiapa yang dibebankan dengan sesuatu ketaatan, ia mampu melakukan
sebahagiannya dan tidak mampu terhadap sebahagian yang lain, maka ia
melakukan perkara yang mampu dilakukannya dan gugur darinya perkara yang ia
tidak mampu melakukannya.' Pengarang menyebutkan kaedah ini di tempat lain
dengan lafaz lain:

' Perkara yang mudah tidak gugur dengan

sebab perkara yang sukar.'


3.
Setiap tindakan yang membawa kerosakan atau menolak kebaikan adalah ditegah.'
4.
'Perkara yang dihalalkan kerana darurat atau hajat, ia diukur mengikut ukurannya,
dan perkara itu hilang apabila darurat dan hajat itu hilang.'
5.

Setiap perkara yang thabit secara uruf, apabila dijelaskan oleh mereka yang
berkontrak menyalahi uruf dan masih menuruti tuntutan kontrak, maka akad itu
adalah lazim (diteruskan). Jika seorang pengupah mensyaratkan kepada pengambil
upah supaya bekerja sepanjang siang tanpa disediakan makan minum..kontrak
tersebut diteruskan.'

6.
'Memelihara perkara yang sedia ada lebih patut dari mendapatkan perkara yang
hilang. Menolak kemudaratan lebih utama dari menarik kemanfaatan.'
7.

'Setiap harta khusus digunakan pada tempat sepatutnya menurut keutamaan, dan
digunakan perkara melibatkan kepentingan awam mengikut keutamaannya.'
8.
'Perkara yang sedikit menurut perkara yang banyak dalam kontrak yang dibuat.'
9. '
Sesiapa yang meletakkan tangannya secara tersalah ke atas harta orang lain, ia
mesti menggantikannya (memberi pampasan), melainkan pemerintah dan
wakilnya dalam perkara berkaitan perjanjian jualannya.'
10.
Asal dalam perkara gantirugi ialah gantian seumpamanya, perkara yang boleh
dikira harga dengan harganya. Jika tidak dapat demikian, dikembalikan kepada
nilaiannya sebagai menampung kepada perkara yang ada nilai harga.'
Al-Imam al-Alai'i menyebut dalam muqaddimah al-Qawaid: " Kitab al-Qawaid
yang dikarang oleh Sheikh al-Islam Izzuddin bin Abdul Salam ialah sebuah kitab
yang tiada tolok bandingnya dalam bidangnya."6
Ada beberapa pandangan dan ijtihad dalam kitab tersebut yang menjadi tumpuan
dan kritikan kepada sebahagian fuqaha. Justru, al-Imam Sirajuddin al-Bulqini
mengarang kitabnya al-Fawaid al-Jisam ala Qawaid Ibn Abdul Salam dan
Muhammad al-Wanughi al-Maliki juga mengkritik Izzuddin ibn Abdul Salam. 7
Sarjana lain iaitu Abu Ishak as-Shatibi mengurang dan menambah dalam kitabnya
al-Muwafaqat fi usul al-Syariah. Beliau memasukkan kaedah-kaedah berkaitan
maslahah (kepentingan) dan membuat penilaian yang cukup baik.
6
7

Muqaddimah Al-Majmu al-Muzhib fi Qawaid al-Mazhab


Muhammad as-Sarah, Al-Hulal as-Sundusiyyah fi al-Akhbar at-Tunisiyyah j 1 ms 679

2. Al-Asybah wanNazair
Karangan Muhammad bin Umar bin Makki yang digelar Sadruddin, dan dipanggil
Abu Abdullah bin al-Murahhil. Dikenali di Syam sebagai Ibn Wakil al-Misri.
Beliau dikenali dengan nama tersebut sehingga ke akhir hayatnya.
Lahir di Dimyat pada tahun 665 H. Membesar di Damsyik dan mempelajari ilmu
melalui bapanya dan fuqaha hebat di zamannya. Beliau mempelajari Usul Fiqh
dari Safiyuddin al-Hindi. Beliau seorang yang hebat di zamannya dari segi
kecerdikan, hafalan dan ingatan.8
Ibn Kathir menyebut tentang Ibn Murahhil: " Beliau ialah sheikh asShafiiyyah di
zamannya, paling masyhur pada masanya, banyak mengajar, membelek buku dan
mengarang."9
AsSubki menyebut di dalam al-Tabaqat: "Beliau seorang Imam besar menonjol
dalam mazhab Shafie, mempunyai nama yang sentiasa disebut."10
Al-Murahhil pernah mempunyai perdebatan dengan Ibn Taimiyyah. Ibn
Taimiyyah sangat sedih apabila mendengar berita kematian Ibn Murahhil.
Katanya: "Mudah-mudahan Allah membaikkan takziah orang Islam terhadapmu
wahai Sadruddin."11
Di antara karya beliau ialah al-Asybah wan Nazair, puisi yang indah dan syair
baik yang dihimpun di dalam Diwan yang dinamakan Tiraz al-Durar.12
Kandungan buku:
Buku ini dianggap buku paling awal dalam bidangnya menggunakan nama alAsybah wan-Nazair. Terdapat buku lain menggunakan nama al-Asybah wan8

Muhamad bin Syakir al-Katbi, Fawat al-Wafayat, tahqiq Dr. Ihsan Abbas, Cetakan: Beirut, Dar Sadir,
1974M, j 40 ms 13-14, no 490, Ibn al-Imad, Syazarat az-Zahab, j 6 ms 40-41dan al-Isnawi, Tabaqat asShafiiyyah, j 2 ms 459-460, no 1143.
9
Ibn Kathir, Al-Bidayah wan-Nihayah, Cetakan: Beirut, Maktabah al-Maarif 1977M, j 14 ms 80
10
as-Subki, Tabaqat as-Shafiiyyah, j 9 ms 253
11
Fawat al-Wafayat, j 4 ms 13
12
al-Katbi, j 4 ms 14

Nazair tetapi dalam bidang lain. Di antara mereka yang menuruti jejak langkah
beliau dalam penamaan ini ialah Tajuddin al-Subki, Ibn Mulaqqin dan lain-lain.
Al-Ala'i menyebut dalam pendahuluan kitab Qawaidnya: "Perkara yang menjadi
faktor penulisan buku ini ialah pemerhatianku terhadap buku al-Asybah wan
Nazair karangan Sadruddin Abu Abdullah bin al-Murahhil dan aku memberi
komentar terhadapnya."13
Para cendekiawan Islam menyebut bahawa kitab al-Murahhil tersebut tidak dapat
ditulis dengan baik dan kemas oleh pengarangnya disebabkan penulisannya dibuat
ketika musafir, seperti yang disebut oleh pengarang Fawat al-Wafayat: " Di antara
perkara yang ditulisnya itu ialah ketika beliau di dalam kapal. Beliau namakan
karyanya itu al-Asybah wan-Nazair. Beliau meninggal sebelum sempat menyalin
balik dan menyemaknya." 14
As-Subki menyebut di dalam atTabaqat: "Sadruddin mempunyai sebuah kitab alAsybah wanNazair. Beliau meninggal sebelum sempat menyemak dan
mengeditnya. Justru, terdapat perkara-perkara yang ditulis dalam kitabnya
mempunyai kesilapan."15
Orang yang mengeditnya ialah anak saudaranya Zainuddin. Beliau membuat
beberapa penambahan dan membezakan di antara tambahannya dan tulisan asal
kitab dengan katanya: "Saya berkata:"
Kaedah-kaedah yang terdapat di dalam kitab tersebut, sama ada kaedah fiqh atau
kaedah usul tidak dibuat dalam bentuk yang biasa dikenali oleh ulama-ulama
mutaakhirin dari aspek penulisan yang baik. Ia kemudiannya diedit oleh as-Subki
dalam kitabnya al-Asybah wanNazair.

Kandungan buku:
13

Al-Majmu al-Muzhab fi Qawaid al-Mazhab


Fawat al-Wafayat, j 4 ms 15
15
as-Subki, Tabaqat as-Shafiiyyah, j 9 ms 255
14

1. Buku ini dimulakan dengan perbahasan usul di bawah tajuk: 'Qaedah' iaitu


'Apabila perbuatan Nabi saw beredar di antara jibilliy (sifatnya sebagai seorang
manusia biasa) dengan syar'i (sifatnya yang memperundangkan), adakah ia dianggap
jibilliy kerana asalnya tidak diperundangkan? Atau dianggap syar'i kerana asalnya
Nabi saw itu dibangkitkan untuk menerangkan syariat?
2.
Asal pengucapan tanpa mengaitkannya dengan sesuatu adalah menurut apa yang
diucap dan hakikat sesuatu. Terkadang dianggap majaz iaitu sindiran terhadap
sesuatu berdasarkan niat.' Pengarang menyebut kaedah ini di bawah tajuk
'khatimah' (kesudahan) dalam membincangkan beberapa masalah fiqh.
3
'Orang yang mampu melakukan sebahagian perkara yang wajib dalam beberapa
bentuk, antaranya wajib bagi mereka yang mampu menggunakan sebahagian air
yang ada.'
Ia dibincang berdasarkan kaedah 'Perkara yang mudah tidak gugur dengan sebab
adanya kesukaran.'
4
'Kemanfaatan harta perlu diberi pampasan dengan sebab pelupusan harta yang
dibuat, menurut pendapat Shafie.' Tajuk ini ditulis dengan meletakkan satu fasal
perbincangan di bawahnya dengan membawa beberapa cabang yang berkait
dengan kaedah tersebut.
5

'Perkara yang menyebabkan wajibnya suatu urusan lebih penting di antara dua
urusan secara khusus tidak menyebabkan wajibnya urusan yang kurang penting
kerana ia hanya bersifat umum.' Pengarang mengeluarkan beberapa cabang fiqh
berdasarkan kaedah ini. Di antaranya: 'Zina menyebabkan wajibnya hukum had
secara khusus. Sentuhan atau bertindih peha dengan bukan mahram menyebabkan
wajibnya hukum takzir. Apabila berlaku zina bersama bertindih peha dan
bersentuhan, kita tidak mengatakan takzir mesti dikenakan bersama-sama hukum
had.' Kebanyakan kaedah ini disunting dan dibetulkan balik oleh ulama
mutaakhirin yang membukukan kaedah-kaedah ini di dalam mazhab Shafie.
6

Di bawah tajuk 'fasal', pengarang menyebut:


'Menanggung kerosakan lebih ringan kerana adanya kerosakan yang lebih besar
itulah yang dikira dalam Qias menurut syarak.
7

'Perkara thabit kerana hajat yang menyalahi dalil diukur menurut ukurannya
tertentu, dan terkadang ia menjadi isu yang tersendiri.' Pengarang
menyebutkan kaedah ini bersama-sama beberapa masalah dan cabang fiqh.
Sesekali beliau membandingkan di antara beberapa cabang fiqh mazhab Shafie
dan mazhab Hanafi dan Maliki.
Kitab Ibn Wakil as-Shafie ini dianggap penting kerana ia menjadi rujukan penting
bagi ulama terkemudian seperti Tajuddin as-Subki, Zarkasyi dan Ibn Mulaqqan
yang menonjolkan kaedah-kaedah yang dibincangkan secara lebih tepat dengan
diedit dan ditokok tambah sehingga menjadi kaedah ilmiah terbaik sehingga kini.
3. Al-Majmuk al-Muzhab Fi Qawaid al-Mazhab
Pengarangnya ialah Khalil bin Kaikaldi, digelar Salahuddin, disebut Abu Said, alAla'i, as-Shafie. Dilahirkan di Damsyik pada tahun 694 H. Beliau mempelajari
ilmu Hadis dari al-Imam al-Hafiz Jamaluddin al-Mizzi, ilmu Fiqh dari
Burhanuddin al-Fazari dan al-Kamal az-Zamlakani. Beliau hebat dalam banyak
bidang.16
Al-Isnawi menyifatkan pengarangnya sebagai Hafiz di zamannya, Imam dalam
Fiqh, Usul dan lainnya. Seorang yang cerdik, mempunyai pandangan luas, fasih
berbicara, pemurah, mempunyai kedudukan baik.17
Ibn Kathir menyebut di dalam al-Bidayah: "Beliau mempunyai kemahiran di
dalam ilmu Hadis dan kemampuan yang kuat dalam Fiqh dan bahasa Arab."18

16

Ibn al-Imad, Syazarat az-Zahab, j 6 ms 40al-Isnawi, Tabaqat as-Shafiiyyah, j 2 ms 239, no 858


18
Ibn Kathir, Al-Bidayah wan-Nihayah, j 14 ms 267
17

Beliau mempunyai beberapa karya, antaranya kitab Qawaid ini, kitab berkenaan
al-Mudallisin, Talqih al-Fuhum fi Siagh al-Umum, Jami' al-Tahsil fi Ahkam alMarasil.19
Metodologi penulisan:
1. Meletakkan pendahuluan tentang kelebihan ilmu, peringkat Fiqh dan ciri-ciri
istimewanya.
2. Menjelaskan kepentingan Kaedah kulliyyah.
3. Menghimpunkan di antara kaedah usul Fiqh dan kaedah fiqh, mengeluarkan
beberapa masalah dan cabang fiqh dari kedua-duanya, menambah beberapa
masalah yang hampir maksudnya dan yang diperselisihkan tetapi kembali
kepada satu sumber, masalah yang jarang dari yang sebanding dengannya,
pengecualian dari kaedah dan lain-lain.
4. Membuat pembaharuan dalam penulisan dari segi susunan kitab dan
meletakkan bab-bab. Pengarang menyebut: " Saya memulai dengan dhabit
yang menghimpunkan semua bab fiqh yang dibacakan kepada saya secara
spontan oleh guru saya Abu al-Maali (iaitu kaedah am yang masyhur: menarik
maslahah dan menolak kerosakan). Kedua, saya membahagikan bab-bab fiqh
berdasarkan bentuk hukum syar'i sama ada khitab taklif (haram, halal, sah,
batal..) atau khitab al-wad' (syarat, rukun). Kemudian saya menyebut lima
kaedah di mana semua masalah fiqh kembali kepadanya. Saya menghuraikan
masalah-masalah tersebut, menyebut kaedah yang dirujuk oleh masalah
tersebut, dengan dimulakan kaedah paling penting dan seterusnya. Saya
mengakhiri penulisan dengan masalah-masalah yang terasing dari puncanya
dan yang berkaitan dengannya."
5. Faktor mendorong penulisan buku ini disebut oleh pengarang, antaranya ialah
komentar-komentar yang ingin dibuat terhadap al-Asybah wan-Nazair
karangan Sadruddin Abu Abdullah bin al-Murahhil, yang disempurnakan
kemudiannya oleh anak saudaranya Zainuddin dengan menyebut beberapa
masalah. Beliau menambah dari beberapa buah kitab lain seperti kitab alTalkhis karangan Abu Ahmad bin al-Qas al-Tabari dan dari huraian terhadap
kitab tersebut oleh penulis lain, kitab al-Raunaq yang dinisbahkan kepada
Sheikh Abu Hamid al-Isfirayini, kitab al-Lubbab karangan Imam Abu al19

al-Isnawi, Tabaqat as-Shafiiyyah, j 2 ms 239, Ibn al-Imad, Syazarat az-Zahab, j 6 ms 190

Hasan al-Mahamili, kitab al-Qawaid karangan Sheikh Izzuddin bin Abdul


Salam, kitab al-Furuq baina al-Qawaid karangan al-Qurafi; juga komentar
yang dibuat oleh guru pengarang iaitu Abu Ishak al-Fazari dan Abu al-Maali
al-Ansari serta nukilan dari kitab-kitab lain yang terdapat dalam mazhab
Shafie.20
6. Pengarang komited dengan manhaj yang dilalui dalam karangannya dengan
membuat rujukan atau notakaki setiap pandangan atau nukilan kepada
sumbernya yang asal. Semua bentuk rujukan disebut secara tersusun.
Pengarang kelihatan agak terkehadapan dalam metod penulisannya ini
berbanding dengan orang lain.
7. Di antara ciri penting kitab ini ialah pengarang memenatkan dirinya dengan
menghuraikan 5 kaedah asas. Beliau membuat huraian cukup panjang. Beliau
cuba mengembalikan segala masalah fiqh kepada 5 kaedah asas tersebut.
Beliau menyebut di akhir huraiannya terhadap 5 kaedah asas tersebut:
Dengan sempurnanya huraian tersebut, jelas dapat dilihat semua masalah fiqh
mungkin dapat dikembalikan kepada 5 kaedah tersebut. Sama ada secara
langsung, dan itulah majoritinya, atau tidak langsung, dan ia dirujuk kepada
salah satu dari kaedah-kaedah tersebut.21
8. Kitab ini mempunyai kelebihannya apabila pengarang menguatkan kaedahkaedah, khususnya 5 kaedah asas dengan dalil-dalil dari al-Quran dan asSunnah. Ia memperlihatkan ketokohan al-Alai sebagai seorang ulama Hadis
dan pengkritik yang baik.
9. Selain 5 kaedah asas, kitab tersebut tidak memperlihatkan sangat sebagai kitab
kaedah fiqh kerana tidak banyak kaedah fiqh yang dibincang. Bilangannya
sekitar 20 kaedah sahaja. Kebanyakannya dipetik dari al-Asybah wan Nazair
karangan Ibn al-Wakil yang disunting sedikit sebanyak.
10. Di antara contoh kaedah yang dibincang:

Asal tuturan tanpa dikaitkan dengan apa-apa ialah hakikat (iaitu mengikut
maksud asal perkataan tersebut). Tidak dianggap majaz (iaitu bukan makna
hakiki) melainkan adanya dalil yang menunjukkan demikian.

20
21

Al-Majmu al-Muzhab
Al-Majmu al-Muzhab

Apabila berhimpun larangan dan keharusan, aspek larangan dipakai.



Kaedah: berkenaan kesamaran yang menolak dari dilaksanakan hukum hudud.

Sesuatu yang menjadi kewajipan seseorang, lalu ia tidak melakukannya,
wajib

mengqadhakannya

kerana

mengembalikan

maslahahnya

(iaitu

mendapatkan balik perkara yang menjadi wajib kepadanya itu)




Setiap orang yang sah darinya melakukan sesuatu perkara, ia sah diwakilkan
kepada orang lain. Perkara yang tidak boleh dilakukannnya sendiri tidak sah
diwakilkan kepada orang lain; tidak juga bertindak terhadap perkara tersebut
sebagai wakil dari orang lain.
Kesimpulannya, sebahagian kaedah fiqh yang disebut oleh pengarang ialah
kaedah fiqh yang terdapat dalam mazhab Shafie yang mungkin tidak sesuai bagi
mazhab yang lain. Ada kaedah-kaedah yang layak menjadi dhawabit fiqhiyyah
dalam bab fiqh tertentu. Kitab al-Alai ini menjadi contoh terbaik mengeluarkan
masalah cabang fiqh menurut kaedah usul.
4. Ringkasan Qawaid al-Alai
Di antara orang yang awal meringkaskan kitab Qawaid al-Alai ialah as-Sarkhadiy
(792H). Beliau menghimpunkan kaedah-kaedah dari kitab al-Alai dan al-Isnawi
dengan disunting dan ditambah. Ini disebut oleh Ibn Hajar.22 Kemudian Ibn Khatib
ad-Dahsyah (834H) juga menuruti metod yang sama dengan menghimpunkan
kaedah-kaedah dari kitab al-Alai dan al-Isnawi juga. Selepas itu beliau menyusun
mengikut bab-bab fiqh seperti di dalam kitab Minhaj karangan Imam Nawawi dan
memasukkan kaedah-kaedah tertentu di bawahnya.
5. Al-Asybah wan-Nazair
Penulisnya ialah Abdul Wahhab bin Ali bin Abdul Kafi bin Ali bin Tamam as-Subki.
Digelar Abu Nasr. Disebut sebagai Tajuddin. Dilahirkan pada tahun 727H. Beliau
mendengar Hadis di Mesir. Berpindah ke Damsyik bersama bapanya Taqiyyuddin

22

Ibn Hajar, Ad-Durar al-Kaminah, tahqiq: Muhammad Sayyid Jad al-Haq, j4 ms 69-70

10

asSubki. Mengambil Hadis di sana dari al-Hafiz al-Mizzi, kemudian sentiasa bersama
dalam majlis al-Hafiz az-Zahabi.23
Ibn Hajar berkata: Beliau bersungguh mempelajari Hadis, menulis catatan-catatan,
bersungguh dalam mempelajari Fiqh, Usul dan bahasa Arab sehingga mahir dalam
usia yang masih muda. Beliau mempunyai balaghah yang hebat dan pemidato yang
baik. Karya-karyanya tersebar ketika hidupnya.24
Di Syam, beliau dilantik mengetuai Qadha. Diuji dengan sebab Qadha, dan beliau
bersabar terhadap ujian tersebut. Beliau meninggal kerana sakit taun ketika umurnya
44 tahun.
Di antara karyanya yang besar ialah Jamul Jawami fi Usul al-Fiqh, kitab Qawaid
Fiqhiyyah iaitu al-Asybah wan-Nazair, Tabaqat Shafiiyyah al-Kubra (dalam beberapa
jilid) dan 2 jilid Syarah Mukhtasar ibn al-Hajib al-Usuli.25
Kandungan buku:
Buku al-Asybah wan-Nazair ini dianggap di antara buku terbaik dalam bidang kaedah
Fiqh. Pengarang menyebut kaedah usul dan fiqh, menjelaskan kedua-duanya dengan
cukup baik. Perkara ini tidak menghairankan kerana beliau ialah seorang yang
mendalam ilmunya dalam kedua-dua bidang-fiqh dan usul. Kehebatan ilmu beliau
dimanifestasikan dalam kitab al-Asybah wan-Nazairnya. Walaupun kitab ini tidak
membincangkan masalah fiqh, namun ia adalah antara kitab terbaik dalam bidang
kaedah fiqh kerana susunan bahasanya yang baik dan kemantapan idea yang
dilontarkan ketika membincangkan sesuatu kaedah. Justru, ada ulama lain menurut
metod penulisan Tajuddin as-Subki. Di antaranya Ibn Nujaim yang juga menulis kitab
kaedah fiqh dengan menggunakan nama al-Asybah wan-Nazair.
As-Subki juga menyebut faktor yang menyebabkan beliau menulis kitabnya ialah
melihat kepada kitab al-Asybah wan-Nazair karangan Ibn al-Wakil yang memerlukan
kepada penjelasan yang lebih mendalam, penyusunan yang lebih baik dari awal kitab
hingga akhirnya kerana Ibn Wakil meninggal dalam keadaan isi karyanya itu
23

Ibn al-Imad, Syazarat az-Zahab, j 6 ms 221


Ibn Hajar, Ad-Durar al-Kaminah, j 3 ms 39-41, no 2547
25
Ibn Hajar, Ad-Durar al-Kaminah, j 3 ms 40, Ibn al-Imad, Syazar az-Zahab, j 6 ms 221
24

11

bertebaran di sana-sini.26 Bapa Tajuddin as-Subki gembira dengan keinginannya dan


menggalakkannya melakukan tugas tersebut.
As-Subki menggunakan metod berikut dalam penulisannya:
i.

Memulakan kitab dengan 5 kaedah asas dan menghuraikannya


dengan cukup baik.

ii.

Menyebutkan kaedah-kaedah fiqh penting yang dinamakan alQawaid al-Aammah keran ia tidak khusus kepada sesuatu bab
sahaja.

iii.

Menyebutkan dhawabit fiqhiyyah dan menamakannya al-Qawaid


al-khassah.

iv.

Menyebutkan beberapa masalah Aqidah yang lahir darinya


beberapa cabang fiqh yang diperlukan oleh seorang ulama fiqh.

v.

Membincangkan kaedah-kaedah usul dan masalah-masalahnya.

vi.

Meletakkan satu bab yang membincangkan beberapa kalimah


bahasa Arab dari aspek Balaghah dan Nahu yang muncul darinya
beberapa cabang fiqh.

vii.

Meletakkan satu bab membicarakan perselisihan pandangan di


antara Abu Hanifah dan Imam Shafie.

viii.

Beliau mengakhiri kitabnya dengan beberapa perbahasan yang


penting dan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian.27

As-Subki menggunakan metod yang cukup baik dalam penulisannya.


Setiap kali beliau memulakan sesuatu bab, beliau akan menyebutkan satu
pendahuluan ringkas memberikan gambaran perbincangannya. Dalam
metodologi penulisan masakini, mungkin boleh disebut sebagai sinopsis.
As-Subki menyebut hampir 60 kaedah dengan huraian yang berbeza
panjang dan ringkasnya.
Di antara contoh-contoh kaedah yang disebut:
i.

26
27

Muqaddimah Al-Asybah wan-Nazair


Tajuddin as-Subki, Al-Asybah wan-Nazair

12

Apabila bertemu dua perkara dari jenis yang sama, biasanya salah satu memasuki
yang satu lagi.
ii.

Perkara yang tidak menerima pembahagian, jika dipilih sebahagian maka dikira
dipilih

semuanya.

Menggugurkan

sebahagiannya

dikira

menggugurkan

keseluruhannya.
Beberapa ulama mazhab Shafie menyebut:
Pemilihan sesuatu perkara yang tidak boleh dibahagi dikira pemilihan
keseluruhan.
As-Subki menyebut dengan cara yang lebih umum tetapi menepati maksud
dengan katanya:
Menghukum ke atas sebahagian dari perkara yang tidak menerima pembahagian
dengan cara naf atau ithbat ialah dikira menghukum ke atas semuanya.
iii.

Keluar dari perselisihan ulama lebih utama dan afdhal.


iv.

Perkara yang menyertai dengan adanya halangan yang dicapai pancaindera atau
secara syarak dikira seperti tiada. Contohnya: Apabila seorang mendapati
adanya air sedangkan dihalang oleh penghalang yang sukar ia mendapatkannya
atau air tersebut dihajati oleh binatang tunggangan atau ternakan bersamanya atau
ia sakit yang menghalangnya dari menggunakan air. Maka dalam semua perkara
ini, haruslah ia bertayammum.
v.

Perkara yang mudah dilakukan tidak gugur dengan sebab adanya kesukaran.
vi.

Imam Shafie menyebut:


Zan tidak dipakai sehingga adanya dalil yang menunjukkan ia dipakai.
Imam Malik menyebut: Zan dipakai melainkan adanya dalil yang menunjukkan
ia tidak dipakai. As-Subki memindahkan kaedah ini dari ibn Abdul Salam. AsSubki menggunakan ibarat:
Asalnya tidak digunakan melainkan adanya dalil menggunakannya.
Juga dikatakan:
Asalnya digunakan melainkan adanya dalil bahawa ia tidak dipakai.
vii.


13

Setiap tindakan mewakili dari pihak lain hendaklah digunakan dengan menjaga
kepentingan pihak tersebut.
viii.

Harta hilang yang dijumpai dipegang oleh Qadhi kerana memelihara harta
tersebut bagi pihak tuannya.
Jika diteliti penulisan as-Subki dalam al-Asybah wan-Nazairnya ini, didapati ciriciri berikut:
i.

Pembentangan kaedah dengan ibarat tersendiri yang tidak ada pada orang
lain.

ii.

Membersihkan beberapa kaedah yang diterima dari ulama terdahulu dan


memberikan warna baru dari segi sighah dan ibarat dengan cara yang lebih
mantap.

iii.

Menyebut sighah berbeza bagi sebahagian kaedah serta merujukkannya


kepada mereka yang berkata demikian. Ini dapat membantu memahami
perkembangan ilmu kaedah fiqh.

Kesimpulannya, kitab al-Asybah wan-Nazair karangan Tajuddin as-Subki adalah


karya besar yang cukup hebat dalam bidang kaedah fiqh yang memberikan
sumbangan cukup berharga kepada khazanah ilmu Islam ketika itu dan zaman
selepasnya.

14

Anda mungkin juga menyukai