Anda di halaman 1dari 11

DIPLOMA IN ISLAMIC STUDIES WITH

EDUCATION
SEPTEMBER 2023

ADSQ1103
PENGENALAN ULUM AL-QURAN
TARIKH 13 NOVEMBER 2023

MATRICCULATION NO : 761103125065001
IDENTITY CARD NO : 761103125065
TELEPHONE NO : 016-8259697
E-MAIL : harris76@oum.edu.my
LEARNING CENTRE : Tawau, Sabah

1
ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1:
Perkara Muka Surat
1 Pengenalan Topik 3
i Biodata Imam Ibn al-Jauziy 4
ii Isi kandungan karya 6
iii Ulasan karya 8
iv Aktiviti Pembelajaran 9
a) Topik
b) Bentuk aktiviti
c) Bentuk penilaian

2 Rujukan 10
BAHAGIAN 2:
1 Tangkap Layar Perbincangan Forum 11

2
BAHAGIAN 1

Pengenalan

Ulum Al-Quran adalah segala sesuatu yang berkait dengannya merangkumi penurunan,sebab
ianya diturunkan,pecahan kepada ayat-ayat Makkiyah dan Madaniyah,ilmu tajwid,hukum-
hukum dan sebagainya.Ianya akan menyebabkan seseorang yang mempelajarinya akan dapat
lebih memahami,menerangkan dan menyampaikan isi kandungannya dengan lebih tersusun
dan tepat.Pengajian ini telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad SAW,sahabat dan tabi’in
namun ianya agak tidak teratur berbanding pada zaman sekarang.

Dari segi bahasa,perkataan ‘ilm adalah kata dasar kepada lafaz jamak ulum yang dapat
diertikan sebagai keupayaan memahami berdasarkan data yang tepat manakala Al-Quran pula
adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW,dicatat pada
mashaf,penyampaian adalah mutawatir dan dikira sebagai ibadat apabila membacanya.

Dari perspektif istilah pula,ianya adalah ilmu yang mengupas atau menyelidik isi
kandungannya dari sudut yang pelbagai,mencakupi cara penurunannya,lafaz-lafaz
kalimahnya,kaedah pengumpulan dan susunannya,catatan,terjemahan,sebab-sebab ayat-ayat
diturunkan,i’jaz,i’rab,nasikh,mansukh, dan juga gharib Al-Quran.

3
i) Biodata Imam Ibn al-Jauziy

Al-Wa’iz (yang memberikan nasihat) dan Sahib al-Tasanif (penulis karya-karya) adalah
gelaran yang diberikan kepada Imam Ibn al-Jauziy manakala Abu al-Faraj ‘Abd al-Rahman
bin Ali bin Muhammad bin Ali bin ‘Ubaidullah bin Abdullah bin Hammadi bin Ahmad bin
Muhammad bin Ja’far bin Abdullah bin al-Qasim bin al-Nadhr bin al-Qasim bin Muhammad
bin Abdullah bin al-Faqih ’Abd al-Rahman bin al-Faqih al-Qasim bin Muhammad bin Abu
Bakar al-Siddiq al-Quraisyi al-Taimi al-Bakri al-Baghdadi al-Hanbali pula adalah nama
sebenar yang diberikan kepada beliau.(Siyar A‘lam al-Nubala’, 21/365-366).

Gelaran Ibn al- Jauziy adalah merujuk kepada datuk beliau yang bernama Ja’far yang mana
ianya dikaitkan dengan sejenis kekacang daripada pokok jauz yang hanya ada pada mereka
dan telah tumbuh di dalam kediaman mereka sendiri.Dalam satu pendapat lain pula,ianya
merujuk kepada sebuah kawasan di Sungai Basrah sebagai tempat untuk meminum air atau
furdhah yang turut dipanggil sebagai Jauzah.(Zawa’id Ibn al-Jauzi ‘ala Muqatil fi al-Wujuh
wa al-Naza’ir, hlm. 33; Siyar A‘lam al-Nubala’, 21/372).

Ketika berusia 3 tahun.ayah beliau telah kembali ke rahmatullah dan ibu saudara beliau telah
mengasuhnya selepas itu.Perusahaan tembaga adalah perniagaan yang diceburi oleh keluarga
beliau pada zaman itu.Setelah dewasa,beliau telah dibawa berjumpa dengan Ibn Nasir untuk
diperdengarkan hadis dan semasa berusia 16 tahun beliau telah mula mendalami ilmu ini.
(Zawa’id Ibn al-Jauzi ‘ala Muqatil fi al-Wujuh wa al-Naza’ir, hlm. 33; Siyar A‘lam al-
Nubala’, 21/367-368).

Ibn al-Jauziy juga telah menjilidkan nama guru-guru beliau yang jumlahnya mencecah lebih
daripada 80 orang kepada dua juzuk dan di antara nama guru-guru atau syeikh tempat beliau
mengambil riwayat ialah Abu al-Qasim bin al-Husain, Abu ‘Abdillah al-Husain bin
Muhammad al-Bari‘, Ali bin ‘Abd al-Wahid al-Dinawari, Ahmad bin Ahmad al-Mutawakkili,
Isma‘il bin Abu Soleh al-Muazzin, al-Faqih Abu al-Hasan bin al-Zaghuni, Hibatullah bin al-
Tabari al-Hariri, Abu Ghalib Ibn al-Banna’, Abu Bakr Muhammad bin al-Husain al-Mazrafi,
Abu Ghalib Muhammad bin al-Hasan al-Mawardi, Abu al-Qasim Abdullah bin Muhammad
al-Asbahani al-Khatib, al-Qadhi Abu Bakr Muhammad bin ‘Abd al-Baqi al-Ansari, Isma‘il
bin al-Samarqandi, Yahya bin al-Banna’, Ali bin al-Muwahhid, Abu Mansur bin Khairun,
Badr al-Syaihi, Abu Sa‘d Ahmad bin Muhammad al-Zauzani, Abu Sa‘d Ahmad bin
Muhammad al-Baghdadi al-Hafiz, ‘Abd al-Wahhab bin al-Mubarak al-Anmati al-Hafiz, Abu

4
al-Su‘ud Ahmad bin Ali bin al-Mujli, Abu Mansur ‘Abd al-Rahman bin Zuraiq al-Qazzaz,
Abu al-Waqt al-Sijzi, Ibn Nasir dan Ibn al-Batti.

Anak beliau yang bernama Al-Sahib al-‘Allamah Muhyidin Yusuf yang merupakan seorang
guru di Dar al-Musta’sim adalah antara ulama yang bersanad dengan beliau dalam
meriwayatkan hadis.Selain itu juga,anak sulung beliau yang bernama Ali al-Nasikh,cucunya
yang bernama al-Waiz Syamsuddin Yusuf bin Quzghuli al-Hanafi,Mir’ah al-Zaman karangan
al-Hafiz’Abd Ghani,al-Syeikh Muwaffaq al-Din Ibn Qudamah,Ibn al-Dubaisi,Ibn al-
Najjar,ibn Khalil al-Dhiya’,al-Yaldani,al-Najib al-Harrani,Ibn ‘Abd al-Da’im turut
mengambil ilmu daripadanya.

Antara karya yang dihasilkan oleh Ibn al-Jauziy ialah:

1. Kitab tafsir Al-Mughni


2. Zad al-Masir iaitu ringkasan kepada kitab Al-Mughni
3. Tazkirah al-Arib kitab dalam bidang bahasa (1 jilid)
4. Al-Wujuh wa al-Naza’ir (1 jilid)
5. Funun al-Afnan(1 jilid)
6. Jami’ al-Masanid (7 jilid)
7. Al-Hada’iq (2 jilid)
8. Naqyu al-Naql (2 jilid)
9. ‘Uyun al-Hikayat (2 jilid)
10. Al-Tahqiq fi Masa’il al-Khilaf (2 jilid) dan banyak lagi.

Beliau telah menghembuskan nafas terakhir di usia 87 tahun pada 12 Ramadhan 597H
bersamaan malam Jumaat di antara waktu Maghrib dan Isyak dan dikebumikan di Bab
Harb,Baghdad,berdekatan dengan pusara Imam Ahmad.

Jenazahnya telah disolatkan selepas dimandikan pada waktu sahur yang diimami oleh
anaknya yang bernama Abu al-Qasim Ali bersama-sama dengan orang ramai.(Zawa’id Ibn al-
Jauzi ‘ala Muqatil fi al-Wujuh wa al-Naza’ir, hlm. 35; al-Bidayah wa al-Nihayah, 13/29-
30; Majallah al-Jami‘ah al-Islamiyyah bi al-Madinah al-Munawwarah, 10/101).

5
ii) Isi Kandungan Karya

ii.Menyedari betapa pentingnya ilmu Al Quran dalam kehidupan sehingga di akhirat


kelak,Ibn Al-Jauziy telah mengarang sebuah kitab yang dinamakan sebagai Kitab Funun Al-
Afnan fii ‘Uyun Ulum Al-Qur’an.Ianya dimulakan dengan muqaddimah yang berbunyi:

‫ؤال‬FF‫رعت في س‬FF‫ران أولى فش‬FF‫وم الق‬FF‫لما ألفت كتاب "التلقيح في غرائب علوم الحديث" رأيت أن تأليف كتاب في عجائب عل‬
‫التوفيق قبل شروعي وابتهجت بما ألهمته وألقي في روعي وها أنا أراعي عرفان المنن ومن راعى‬
]6[.‫روعي‬
Maksudnya: "Ketika aku mengarang kitab “At-Talqih fi Gharaib Ulum Al-Hadits" kemudian
aku berfikir bahwa mengarang kitab tentang keajaiban ilmu Al-Qur'an lebih utama, maka aku
meminta taufiq kepada Allah sebelum memulai untuk menulis kitab tersebut dan aku senang
atas apa yang menginspirasiku dan apa yang terlontar dalam fikiranku, dan di sini aku
panjatkan rasa syukur atas pengetahuan dan kepada siapa yang memberi ilham kepadaku".

Terdapat 19 tajuk utama yang diketengahkan oleh beliau di dalam kitab ini iaitu:

 Nubzah min fadhail Al-Qur'an (‫)نبذة من فضائل القرآن‬,


 Anna Al-Qur'an Ghairu Makhluq (‫)أن القرآن غير مخلوق‬,
 Nuzul Al-Qur'an 'Ala Sab'ati Ahruf (‫)نزول القرآن على سبعة أحرف‬,
 Kitabah Al-Mushaf wa hijaaihi (‫)كتابة المصحف وهجائه‬,
 'Adadu Suwar Al-Qur'an wa Ayatihi wa Kalimatihi wa Hurufihi wa Nuqatihi (‫عدد سور‬
‫)القرآن وآياته وكلماته وحروفه ونقطه‬,
 Dzikru Ajzail Qur'an (‫)ذكر أجزاء القرآن‬,
 'Adad Ayat As Suwar (‫)عدد آيات السور‬,
 Bayan As-Suwar Al-Makiyyah min Al-Madaniyyah (‫)بيان السور المكية من المدنية‬,
 Dzikru Al-Lughat Fi Al-Qur'an (‫)ذكر اللغات في القرآن‬,
 Adab Al-Waqfu wa Al-Ibtida (‫)آداب الوقف واالبتداء‬,
 Fi Tafsir An-nasakh,
 Al-Muhkam wa Al-Mutasyabih (‫ المحكم والمتشابه‬،‫)في تفسير النسخ‬,
 Min Musykil ma fi Al-Qur'an minhu harfun wahidun (‫رف‬F‫ه ح‬FF‫رآن من‬F‫من مشكل ما في الق‬
‫)واحد‬,
 Min Al-Mutasyabih (‫)من المتشابه‬,
 Ibdal Kalimah bikalimah au Harf biharf min Al-Mutasyabih (‫رف‬FF‫إبدال كلمة بكلمة أو ح‬
‫)بحرف من المتشابه‬,

6
 Al-Huruf Az-Zawa-id wa An-Nawaqish min Al-Mutasyabih (‫الحروف الزوائد والنواقص من‬
‫)المتشابه‬,
 Al-Mufrad min Al-Mutasyabih (‫)المفرد من المتشابه‬,
 Bab fihi masail ya'ya biha fi Al-Mutasyabih (‫)باب فيه مسائل يعايا بها في المتشابه‬,
 Bab Dziru Al-Awshaf Allati Syarakat Ummatuna fiha Al-Anbiya' (‫باب ذكر األوصاف التي‬
‫)شاركت أمتنا فيها األنبياء‬.

Beliau telah menerangkan tentang pahala besar yang menanti kepada orang yang membaca
Al-Quran di dalam bab ‘Keutamaan Al-Quran yang mana ianya dapat memberi semangat
kepada pembacanya.

Seterusnya,beliau juga telah menyatakan dalil yang berkaitan dengan bab “Al-Quran adalah
kalamullah dan bukan makhluk”berpandukan ijmak para sahabat,tabi’in dan imam-imam
yang bersetuju dengan kenyataan bahawa mana-mana orang yang mengatakan sebaliknya
akan jatuh kepada kafir.

Berkenaan dengan bab’Turunnya Al-Quran dalam tujuh huruf’pula,terdapat perbezaan


pendapat di kalangan ulama dan beliau berpegang kepada pendapat yang mengatakan maksud
tujuh huruf tersebut adalah pecahan bahasa daripada tujuh suku Arab.

Dalam bab”Penulisan Al-Mushaf dan pengejaannya’, beliau hanya akan memberikan komen
apabila mendapati adanya perbezaan ayat-ayat yang ditulis dengan kaedah penulisannya dan
akan memperhalusinya tanpa terburu-buru.

Menyebut bab yang berkaitan dengan’Jumlah surah dalam Al-Quran,ayat-


ayatnya,kalimat,huruf-huruf dan titik- titiknya”,Ibn Al-Jauziy telah menjelaskannya dengan
bersandarkan kepada beberapa mazhab yang diamalkan oleh lima daerah iaitu
Makkah,Madinah,Kuffah,Bashrah dan Syam yang secara khusus menerangkan perbezaan
perkara-perkara yang disebutkan.

Sebagai usaha mempergiat para pembaca kalamullah ini untuk mengingat dan menghafal Al-
Quran,beliau telah menerangkan pembahagian kitab ini di beberapa tempat.Beliau juga telah
menyatakan jumlah ayat di setiap surah berpandukan ahli qiroa’ah bermula daripada surah
Al-Fatihah sehingga An-nas.Namun begitu,masih terdapat perkara-perkara yang belum
disepakati sepenuhnya.

7
iii) Ulasan Karya

Bayan As Suwar Al Makkiyah Min Al Madaniyyah ( ‫)بيان السور المكية من المدنية‬ merupakan
sebuah kitab yang dikarang oleh Imam Ibn al-Jauziy (w. 597 H), seorang pendeta Islam yang
mashyur dan bermazhab Hambali.Pembahagian tentang surah-surah Al-Quran kepada
Makkiyah dan Madaniyyah telah dibahaskan dalam kitab ini,berkenaan penurunannya iaitu
pada masa sebelum dan sesudah penghijrahan Nabi Muhammad (‫ )ﷺ‬ke Madinah. Kitab
ini juga turut menjelaskan tentang sifat-sifat khusus, faedah dan kebestariannya.Ianya
termasuk dalam kategori yang sangat penting dalam karya-karya bidang Ulumul Quran, yang
menjurus kepada pengetahuan yang berkenaan dengan Al-Quran.

Ianya dibahagikan kepada tiga kategori:

 Kategori pertama: Penerangan berkenaan definisi, asal usul, dan kriteria surah-surah
Makkiyah dan Madaniyyah.
 Kategori kedua: Menyebutkan susunan surah-surah Makkiyah dan Madaniyyah
berpandukan urutan mushaf,diikuti bukti-bukti dan pendapat-pendapat ulama
berkenaan penetapan di mana turunnya surah -surah tersebut.
 Kategori ketiga: Memperincikan ciri-ciri, faedah, dan hikmah dari surah-surah
Makkiyah dan Madaniyyah, yang merujuk kepada surah-surah yang berdampingan.

Kitab ini adalah sumber rujukan terpenting khusus kepada yang meneliti dan menulis
perkara-perkara yang berkaitan dengan Ulum Al-Quran. Di samping itu,ianya akan dapat
memberi manfaat kepada pembaca Al-Quran untuk mencerna konteks, matlamat dan
maksud dari kalimah-kalimah yang telah diturunkan di Mekkah juga di Madinah.

8
iv) Aktiviti Pembelajaran Kendiri

a.Topik aktiviti: Pembentangan berkumpulan kandungan kitab Zikru Nubzah Min


Fadhail Quran karya imam Ibn al-Jauziy.

b.Bentuk aktiviti : Penyediaan soalan tugasan kerja berkumpulan untuk gerak kerja
pembentangan.

Arahan soalan:
1.Pelajar perlu membentuk kumpulan pembentangan yang terdiri 3-5 orang pelajar
2.Pembentangan perlu dilakukan menggunakan slaid powerpoint/ canva yang melibatkan
semua ahli kumpulan.
3.Bahan pembentangan softcopy ( slaid powerpoit/canva) yang perlu dihantar kepada
guru melalui telegram guru dan salinan hardcopy dihantar sebelum membuat
pembentangan dalam format cetakan handouts- 3 slides.
4.Setiap kumpulan perlu menyediakan 1 handout kepada guru semasa sesi pembentangan
5.Setiap kumpulan diberi masa 20 minit untuk melakukan pembentangan.

Soalan :
Zikru Nubzah Min Fadhail Quran karya Imam Ibn Al-Jauziy adalah sebuah kitab yang
membahas tentang keutamaan-keutamaan al-Quran dan hukum-hukum yang berkaitan
dengannya. Bincangkan dan bentangkan isi kandungan Zikru Nubzah Min Fadhail Quran
berkaitan dengan perkara-perkara berikut:

i. Asal usul turunnya Al-Quran


ii. Keajaiban dan keindahan Al-Quran
iii. Keutamaan dan fadhilah Al-Quran
iv. Hukum dan pengamalan Al-Quran

9
c.Bentuk penilaian : Bentuk penilaian pengetahuan dipilih untuk mengukur tahap
pengetahuan pelajar

Kriteria pemarkahan:

BIL KRITERIA MARKAH


1 Isi Pembentangan 40
2 Format 10
3 Penyampaian 15
4 Bahan grafik 10
5 Kefahaman topik 15
6 Kerjasama 10
JUMLAH 100

RUJUKAN :

1.Al-Quran Mukjizat Agung Sepanjang Zaman marsah2u.blogspot.com


2. https://maktabahalbakri.com/3323-biodata-imam-ibn-al-jauzi/M

3. https://www.jejakmufassir.my.id/2021/02/mengenal-kitab-funun-al-afnan-fii-
uyun.html#D._Isi_dan_Kandungan_Kitab_Funun_Al-Afnan_Fii_
%E2%80%98Uyun_Ulum_Al-Qur%E2%80%99an

4. [6] Abdurrahman Al-Jauzi, Funun Al-Afnan Fi Uyun Ulum Al-Qur’an, 1st ed. (Beirut: Dar
Al-Basya’ir Al-Islamiyyah, 1987 M/1408 H), h. 141.
5. Bing Chat with GPT-4

10
BAHAGIAN 2

11

Anda mungkin juga menyukai