Anda di halaman 1dari 45

PEMBELAJARAN SECARA

KONTEKSTUAL

PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL


MATLAMAT
Matlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai dan
menggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.

OBJEKTIF
Setelah menggunakan modul ini, guru berupaya :

Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkan


pendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.

Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjah


dengan yakin dan berkesan.

Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan


kontekstual.

Apakah Pembelajaran Secara


Kontekstual ?

PENGENALAN
Kenapa saya mesti belajar perkara
ini?

Anda mungkin perlukannya suatu hari


nanti.

Mereka tidak boleh didorong untuk


belajar
Mereka tiada kemampuan untuk
menguasai mata pelajaran akademik

The Average Child


I dont cause teachers trouble,
my grades have been OK.
I listen in my classes
and Im in school everyday.
My teachers think Im average,
my parents think so too.
I wish I didnt know that
cause theres lots Id like to do.
Id like to build a rocket, I have
a book that tells you how,
or start a stamp collection-well
theres no use in trying now.
Cause since I found Im average
Im just smart enough you see,
to know there is nothing special
that I should expect of me.
Im part of the majority,
that hump part of the bell,
who spends their life unnoticed
in an average kind of hell.

Kegagalan membantu murid mencari


hubungkait

Antara maklumat baru dengan


pengalaman sedia ada

Antara sekolah dengan dunia luar

Antara satu mata pelajaran dengan


mata pelajaran lain

Antara pengetahuan lepas dengan


cabaran kini, dan cabaran kini dengan
tanggungjawab masa depan

Apakah kekangan
dalam membina
hubungkait tersebut ?

Apakah kelemahan
pengajaran dan
pembelajaran hari ini ?

Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas


sekolah dan guru

Sistem pendidikan yang berorientasikan


peperiksaan

Tekanan untuk menghabiskan sukatan


pelajaran

Kebimbangan bahawa pengenalan elemen


baru dalam kelas akan menambahkan
bebanan guru

Terlalu terkongkong kepada pendekatan


pengajaran secara behaviourist iaitu
penekanan kepada tingkah laku yang boleh
diperhatikan

APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL ?


Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isi
kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.
Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti
hands on dan minds on.

Pengalaman Harian Individu

Persekolahan

Kehidupan Masyarakat

Alam Pekerjaan

Teori pembelajaran secara kontekstual

Pengetahuan sedia ada

Pengetahuan baru

Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat atau


pengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.

Budaya

Konteks yang
Pelbagai
Sosial

Fizikal

Psikologi
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan
dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.

Bilik Darjah

Kepelbagaian
Persekitaran
Pembelajaran

Makmal

Tempat Kerja

Kehidupan Harian
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaran
pembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.

10

Untuk kumpulan sasaran murid yang manakah pendekatan


kontekstual PALING sesuai ?

Jenis murid
Kumpulan sederhana

13 17 tahun

Ciri murid

cenderung kepada aplikasi konsep


terdorong melalui aktiviti hands-on
tidak yakin mempelajari matematik dan
sains secara abstrak

Lokasi

sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional


sekolah-sekolah menengah harian

11

Pendekatan Kontekstual merentas


pelbagai disiplin ilmu

Sains

Matematik

Bahasa

Teknologi Maklumat

Komunikasi

12

Teknikal dan Vokasional

Kemanusiaan

Apakah pandangan pakar pedagogi tentang pendekatan pembelajaran kontekstual ?


Students involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the
concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more
efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams.
Dan Hull
A curriculum and teaching methodology tied to the childs experiences and interests.
John Dewey
Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented, stimulus/response
methodologies.
Howard Gardner

The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with past experiences.
Renate Numella Caine and Geoffrey Caine
Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated through some case-based
or problem-based learning environment.
Jonassen

Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya,
fizikal dan psikologi.
D.A. Kolb

13

Mengapa Kontekstual ?

15

Mengapakah pendekatan kontekstual perlu


dalam pengajaran dan pembelajaran?

Individu mengekalkan
maklumat dengan lebih
berkesan melalui pengalaman
sendiri.

Individu memiliki
pelbagai jenis
kecerdasan.

16

Pembelajaran
kontekstual mengambil
kira pelbagai gaya
pembelajaran.

APA YANG KITA TAHU TENTANG


PROSES PEMBELAJARAN?
Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui
pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on
dan peluang untuk penemuan kendiri.
Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep
disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak
asing kepada murid.
Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan
melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam
kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu
dan maklum balas yang positif.
Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi
yang lain adalah satu kemahiran yang perlu
dipelajari.
17

CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM


PEMBELAJARAN
Kita kekalkan :
10 % Apa yang kita baca
20 % Apa yang kita dengar
30 % Apa yang kita lihat
Kita Belajar

50 % Apa yang kita dengar dan


lihat
70 % Apa yang kita bincang
dengan orang lain
80 % Apa yang kita alami sendiri
95 % Apa yang kita ajar kepada
orang lain

18

Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation

TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan
jenis kecerdasan pelbagai.

+
Verbal-Linguistik

Logik-Matematik

Muzik

Visual-ruang

Naturalis

Intrapersonal

Interpersonal
Kinestetik

Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan
kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi
maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana
mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi
kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan.

19

Gaya Pembelajaran

20

Murid

Faedah
Pembelajaran
Kontekstual
Kepada :

Guru

Industri

21

MURID
Dapat mengaitkan mata pelajaran dengan
pekerjaan atau kehidupan
Dapat mengaitkan kandungan mata
pelajaran dengan pengalaman harian
Boleh memindahkan kemahiran
Boleh meneroka dan mendapatkan
bukti
Boleh menguasai perkara abstrak
melalui pengalaman konkrit
Dapat belajar secara kerjasama

22

GURU
Dapat menjadikan pengajaran
sebagai satu pengalaman yang
berjaya.
Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata
pelajaran dengan dunia pekerjaan.
Dapat menjadi penghubung antara
pihak akademik dan vokasional atau
industri.

23

INDUSTRI
Menerima tenaga kerja
yang berpotensi untuk
dilatih atau dilatih semula
secara berkesan mengikut
keperluan
Menggerakkan industri ke
dalam pendidikan sebagai
rakan kongsi

24

APAKAH KAEDAH-KAEDAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?

Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau
lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut :

R
E

Belajar dalam konteks


menghubungkaitkan
pengetahuan baru dengan
pengalaman hidup

Experiencing
(Mengalami)

Belajar dalam konteks


penerokaan,
penemuan dan reka cipta

Applying
(Mengaplikasi)

Belajar dalam konteks


bagaimana pengetahuan atau
informasi boleh digunakan
dalam situasi lain.

Cooperating
(Bekerjasama)

Belajar dalam konteks


bekerjasama, memberi
maklum balas dan
berkomunikasi

T
28

Relating
(Menghubungkait)

Transfering
(Memindahkan)

Belajar dalam konteks


pengetahuan sedia ada
dengan menggunakan atau
membina daripada apa
yang telah diketahui

Relating (Menghubungkait)
Murid melakukan aktiviti mengutip sampah
di sekitar sekolah untuk menanam sikap
cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman
ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang
dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa
membersihkan kawasan tempat tinggal
mereka setiap hari.

Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan
demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin.
Pengalaman ini boleh digunakan di rumah
apabila berlakunya situasi di mana wayar plug 3
pin sterika tertanggal.

29

Applying (Mengaplikasi)
Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat
mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi
di mana sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak
mempunyai jek. Dengan mengamalkan pengetahuan
yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk
menggantikan jek kereta bagi membolehkan penukaran
tayar.

Cooperating (Bekerjasama)
Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk
menyelesaikan masalah pencemaran alam
menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka
berbincang dan bekerjasama dengan ahli
kumpulan masing-masing . Hasil yang
diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka
menyelesaikan masalah secara bekerjasama.
Transfering (Memindahkan)

30

Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut


tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras.
Murid boleh memindahkan pengetahuan bahawa
segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m akan menghasilkan
sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan
gelanggang permainan.

Bagaimana
Melaksanakannya ?

32

Bagaimanakah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran


kontekstual ?
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti
memenuhi keperluan strategi berikut:
MOTIVASI

Pengenalan
Isu
perbincangan
Alat bantu
mengajar

PEMAHAMAN

Penerangan
konsep dan
perbincangan
kelas
Bacaan dan
melakukan
Contoh kajian

KEMAHIRAN
APLIKASI
Aktiviti Hands-

On
Penyelesaian
masalah

IMBASAN
KEMBALI DAN
PENILAIAN

Ingat kembali
fakta utama
Penilaian
kemajuan

33

MOTIVASI
Segmen ini bertujuan untuk menarik minat
dan mencetuskan idea asas terhadap
sesuatu tajuk yang akan dibincangkan,
contohnya :

Bidang

Muzik

Sejarah

34

Konsep

Motivasi

Tayangan video
permainan gendang
Permainan gendang
oleh pelbagai kaum di
Malaysia

Peristiwa Bukit
Kepong

Memperdengarkan
rakaman bunyi tembak
menembak berserta
dialog antara pihak polis
dan komunis

PEMAHAMAN
Segmen
ini
merangkumi
kemahiran murid dan aktivitiaktiviti
yang
berkaitan
dengannya.
Kaedah
penyampaian maklumat harus
dipelbagaikan
untuk
dapat
menarik minat murid terhadap
sesuatu konsep itu. Murid diberi
kebebasan
mengutarakan
perkara-perkara yang berkaitan.
35

APLIKAS
I
Kemahiran yang diperolehi murid dapat diolah dan
diubahsuaikan mengikut situasi.
Murid dapat
mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk
menyelesaikan
masalah harian.
Guru boleh
menyediakan senario tertentu untuk membantu
murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh,
selepas murid
mempelajari cara penggunaan
ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yang
akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia
sebagai rujukan.

36

Bidang kerjaya juga dibincangkan oleh guru dalam


segmen ini.
Guru
mengaitkan isi kandungan
pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan.
Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan
sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam
kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset
utama yang mereka perolehi hasil dari pembelajaran
secara kontekstual.

IMBASAN
KEMBALI DAN
PENILAIAN

Menggulung fakta utama tajuk dan menilai


kemajuan adalah dua aspek segmen ini. Apabila
guru mengupas tajuk, murid diingatkan semula
mengenai fakta penting. Di sini perbincangan
dapat diarahkan untuk memperkayakan lagi
pengetahuan murid.
Selepas ini, guru perlu
mengadakan penilaian kemajuan murid.
Penilaian tidak semesti secara bertulis. Guru boleh
menggunakan kaedah lisan dan pemerhatian.
Contoh-contoh aktiviti adalah seperti
kuiz
berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan
penyediaan portfolio.
Perubahan sikap dan
perlakuan
yang dapat dilihat juga boleh
digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah
menghayati isi pelajaran.

37

Pembelajaran
Murid

42

Pengajaran
Guru

Sokongan
Pentadbir
Sekolah

Sokongan
Masyarakat

Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk


menghasilkan murid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua
pihak perlu bersetuju mengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju
mengenai
strategi pembelajarannya.
Di samping itu, sokongan
daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi
pengajaran dan pembelajaran kontekstual. Sokongan luaran ini akan
memberi galakan dan sumber-sumber untuk membantu murid dan guru
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN

Komunikasi

Pengajaran Guru
Sokongan
Pentadbir Sekolah
Sokongan
Masyarakat
43

Guru

Murid

Komunikasi

Ibu bapa
44

Masyarakat

Komunikasi
Antara :
Murid
Guru
Ibu bapa
Masyarakat

Pembelajaran kontekstual yang


berjaya memerlukan komunikasi
berterusan di kalangan murid,
guru, ibu bapa dan masyarakat.
Maklum balas daripada
murid adalah satu komponen
yang penting untuk mengukur
keberkesanan program
pembelajaran kontekstual.
Ibu bapa dan masyarakat perlu
memahami keadaan dan
kaedah pengajaran yang terkini dan
memberi sokongan kepada
perancangan dan perkembangan
pembelajaran kontekstual.

45

Teks dan
Bahan
Sokongan

Kurikulum
Pengajaran
Guru

Suasana
Bilik Darjah

Penilaian

Persekitaran
Luar Sekolah
46

Kurikulum

Disiplin tradisional diubahsuai dalam konteks yang bermakna.


Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan peranan
guru hanya sebagai fasilitator.

Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstual


dikenal pasti terlebih dahulu.

Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikan


dengan kaedah pembelajaran kontekstual.
Maklumat tentang hubungkait kurikulum dengan individu,
masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.

Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan .

Suasana
Bilik Darjah

Bilik darjah diubahsuai supaya murid boleh menjalankan


aktiviti hands-on secara berkumpulan.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid


Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.

Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya


bagi sekolah luar bandar, guru akan menggunakan konteks
yang ada di persekitarannya.

Penilaian

Teks & Bahan


Sokongan

Persekitaran
Luar Sekolah

Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk


membantu murid menguasai pembelajaran.

47

Infrastruktur

Perkembangan
Staf
Sokongan
Pentadbiran Sekolah

Masa

Kepimpinan

Kewangan
48

Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari


teori dan kaedah pembelajaran kontekstual dan
mempraktikkannya dalam bilik darjah.

Perkembangan
Staf

Guru perlu belajar dan memahami keadaan sebenar tempat kerja


di mana murid mungkin ditempatkan.

Infrastruktur

Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang,


perkakasan komputer dan perisian serta peralatan
lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran.

Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan.

Kepimpinan

Kewangan

Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir


amat perlu supaya guru boleh melaksanakan
pengajaran kontekstual dengan berkesan.

Jadual waktu perlu fleksibel supaya masa


mencukupi untuk menjalankan aktiviti.

Masa
49

Sokongan Teknikal
Dan Kewangan
Sokongan
Masyarakat
Penyediaan Situasi
Tempat Kerja
Sebenar

Kerjasama Industri Dan


Sekolah
50

Sokongan
Masyarakat

Hubungan rapat antara


Kementerian Pendidikan dengan
industri adalah penting untuk
mendapatkan sokongan teknikal,
kewangan dan memberi pendedahan
kemahiran kepada murid tentang
alam pekerjaan.
Murid memerlukan pengalaman
hands-on. Mereka menimba
pengalaman ini dengan cara bekerja
atau membuat latihan amali di
dalam situasi tempat kerja sebenar.
Industri perlu berkomunikasi
dengan Kementerian Pendidikan
untuk menyumbang dalam
perkembangan kurikulum.

51

PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
SECARA
I knew Applied Math wouldnt be easy for me. Math never is. Im
learning how to comprehend
problems and think through instead of just
KONTEKSTUAL
doing the mechanics of math. I like being able to have a group or
partner.

(Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan


secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat).

Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah


Still the SAME
Mathematics, History, Music, Science
BUT
taught and learned DIFFERENTLY

53

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai