Anda di halaman 1dari 11

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI

TOPIK 2

PEMBELAJARAN GEOMETRI

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:
1. Menerangkan pembelajaran geometri mengikut perspektif Van Hiele, dan
Piaget dan Inhelder.
2. Menerangkan Model Penyelesaian Masalah Polya dan aplikasinya dalam
masalah bidang bentuk dan ruang.

PENGENALAN
Di bahagian awal topik ini, perbincangan ditumpukan kepada pembelajaran
geometri mengikut perspektif Van Hiele dan aplikasinya dalam tajuk bentuk dan
ruang. Ini diikuti dengan pembelajaran geometri mengikut Perspektif Piaget dan
Inhelder. Model Penyelesaian Masalah Polya dan aplikasinya dalam bentuk dan
ruang juga dibincangkan.

2.1 Teori Perkembangan Pembelajaran VAN HIELE


Teori Van Hiele telah ditemui oleh Pierre Marie Van Hiele dan Dina Van HieleGeldof, sepasang suami isteri dan juga guru dari Negara Belanda. Teori ini
menjelaskan bagaimana kanak-kanak membentuk pemahaman terhadap
Geometri Euclid. Dalam teori tersebut, mereka berpendapat bahawa individu
mengalami perkembangan pemikiran melalui tahap-tahap tertentu dalam
pembelajaran
geometri.
Tahap-tahap
ini
adalah
berdasarkan
tahap
perkembangan teori Piaget tetapi tidak dikaitkan dengan umur individu; dan
tahap adalah berdasarkan pembelajaran geometri sebenar yang telah dialami
oleh pelajar. Beberapa kajian membuktikan pembelajaran melalui teori Van Hiele
memberikan impak yang positif dalam pembelajaran geometri.
Mengikut Teori Van Hiele, terdapat lima tahap pemahaman geometri iaitu:

Tahap 1 Visualisasi/penglihatan tahap mengenal dan menamakan


bentuk.
Tahap 2 Analisis tahap memperihalkan ciri-ciri bentuk
Tahap 3 hubungan (relationships) tahap mengelas dan membuat
generalisasi terhadap ciri-ciri bentuk.
Tahap 4 Deduksi (deduction) tahap membentuk pembuktian dan definisi
berdasarkan pengkelasan.
Tahap 5 Rigour tahap meneroka pelbagai sistem geometri, iaitu
memahami bahawa kemungkinan wujudnya lebih dari satu geometri selain
geometri Euclid.

Tiga tahap pertama adalah tahap yang berlaku dan perlu diterokai semasa
pendidikan rendah.
13

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI


Pada tahap pertama, kanak-kanak belajar:
Mengenal jenis bentuk dan menamakan bentuk-bentuk yang ada di
sekeliling mereka. Mereka mengenalpasti bentuk-bentuk ringkas seperti
bulat, segiempat tepat, segiempat sama, segitiga dan sebagainya.
Pengetahuan mengenal bentuk ini terbina sebelum alam persekolahan
bermula lagi.
Menamakan pepejal ringkas dengan labelnya atau dengan nama kurang
formal seperti sebiji kotak atau sebiji bola.

Mengenal pepejal ringkas seperti kiub, sfera, selinder, piramid dan kon.

Tahap kedua adalah keupayaan kanak-kanak untuk menggunakan perkataanperkataan yang lebih spesifik terhadap ciri yang ada pada bentuk tersebut seperti
segitiga ada tiga sisi, tiga bucu; segiempat ada empat sisi dan empat bucu.
Bahasa yang digunakan oleh kanak-kanak tidak semestinya terminologi
matematik yang tepat. Contohnya sfera adalah sebiji bola dan segiempat
mempunyai empat sudut lurus menggantikan sudut-sudut tepat. Sehubungan
itu, seorang guru perlu sentiasa sedar tentang bahasa kanak-kanak dan bersedia
untuk membetulkannya.
Tahap ketiga bermula di dalam tahap dua sekolah rendah. Kanak-kanak pada
tahap ini berupaya membuat pengkelasan terhadap ciri bentuk yang telah
diketahui serta memperkembangkannya ke dalam istilah-stilah yang lebih spesifik
seperti sekata, tak sekata, bersudut tegak, condong, capah dan sebagainya
Pelajar pada tahap keempat dan kelima ini berkeupayaan membentuk bukti
teorem tanpa memerlukan pengalaman konkrit. Pembelajaran geometri pada
tahap ini adalah lebih kepada kajian deduktif dan berlaku sejak sekolah
menengah lagi sehinggalah ke peringkat pendidikan menengah atas.
Oleh yang demikian, guru hendaklah menyediakan pengalaman belajar sesuai
dengan tahap pemikiran murid.
2.1.1

Aplikasi teori Van Hiele dalam tajuk bentuk dan ruang 3-D

Contoh: Tahun satu


a. Tahap satu (visualisasi)
Pada tahap ini kanak-kanak dibimbing melalui pelbagai aktiviti mengenal
pepejal 3D untuk melihat bentuk, menamakan mereka, dan
membezakannya dari bentuk pepejal yang lain. Contoh: kuboid, kon,
selinder dan sfera.
Contoh: Tahun dua
b. Tahap Dua (Analisis)
Menganalisis dan memperihal ciri-ciri khusus bentuk pepejal 3D dan
memperkenalkan konsep ringkas tentang penghampiran, pengasingan,
arah, saiz, garis, tertutup, ciri-ciri khas dan idea ruang. Contoh pejal, lebih
panjang, lebih besar, tidak sama, serupa, garis/muka melengkung, 8 sisi
lurus, 6 muka segiempat, muka bawah/sisi/atas, dan 8 bucu.
14

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI

Contoh: Tahun tiga


c. Tahap Tiga (hubungan)
Kebolehan murid-murid membanding bentuk pepejal, mengelas serta
mengelompokkan bentuk mengikut persamaan dan perbezaan. Muridmurid berupaya mencantum dan menerangkan jenis-jenis bentuk yang
digunakan untuk membina model dan mengaitkan model kepada bentuk
pepejal dalam kehidupan sebenar.
Contoh: murid mengelompokkan bentuk pepejal yang diberikan kepada
prisma dan bukan prisma. Murid membina model prisma menggunakan
plastisin yang disediakan dan mengaitkan model prisma kepada khemah.

2.1.2 Implikasi teori Van Hiele dalam pengajaran dan pembelajaran


Geometri yang diajar di sekolah rendah hendaklah tidak formal. Aktiviti geometri
tidak formal yang dimaksudkan hendaklah berbentuk penerokaan dan hands-on,
agar ia dapat menyediakan peluang kepada murid untuk menyiasat, membina
dan mengambil bahagian, mereka dan menghasilkan lukisan sendiri, dan
membuat pemerhatian berkenaan bentuk di dalam dunia di sekeliling mereka. Ini
menyediakan asas untuk melakukan lebih banyak aktiviti formal pada tahap yang
lebih tinggi.
Mengajar geometri mengikut suatu tahap van Hiele apabila murid berfungsi pada
tahap yang lebih rendah akan menghalang pembelajaran murid. Contohnya,
seorang guru
meminta murid-muridnya menjalankan aktiviti permainan
Siapakah saya dengan mengatakan sifat-sifat geometri, Saya mempunyai 4
sisi dan semua sudut dalaman saya adalah sudut tepat. Siapakah saya?. Untuk
menjawab soalan ini, seorang murid hendaklah berfungsi pada tahap 2 (Analisis)
dalam model penaakulan geometri van Hiele. Jika murid-murid berfungsi pada
tahap 1 (visualisasi), dimana mereka mengenal suatu rajah melalui
penampilannya, mereka tidak akan dapat memainkan permainan tersebut. Jika
murid-murid mempunyai tahap yang berbeza di dalam satu kelas, guru hendaklah
menggunakan pengajaran yang berbeza untuk memenuhi keperluaan muridmuridnya.
Ujian diagnosis akan membantu menentukan tahap perkembangan setiap pelajar
dalam geometri.
Cadangan untuk pengajaran menggunakan visualisasi.

Mengasing, mengenalpasti, dan memperihalkan bentuk.

memanipulasi model-model fizikal.


15

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI

melihat saiz dan orientasi yang berbeza bagi bentuk yang sama untuk
membezakan sifat-sifat suatu bentuk dan ciri-ciri yang tidak berkaitan .

membina,
melukis,
menghasilkan,
mengasingkan bentuk-bentuk.

mencantum

bersama,

dan

Cadangan untuk pengajaran menggunakan analisis

beralih dari pengenalan ringkas kepada sifat-sifat, dengan menggunakan


model konkrit atau maya untuk memdefinisi, mengukur, memerhati, dan
mengubah sifat-sifat.

menggunakan model dan/atau teknologi untuk menumpu kepada definisi


sifat-sifat, menghasilkan senarai bagi sifat/ciri, dan membincangkan
syarat-syarat untuk memdefinisi suatu bentuk.

melakukan penyelesaian masalah, termasuklah tugasan di mana sifat-sifat


bentuk adalah komponen penting.

membuat pengelasan menggunakan sifat-sifat suatu bentuk.

Cadangan untuk pengajaran menggunakan hubungan

melakukan penyelesaian masalah, termasuklah tugasan di mana sifat-sifat


bentuk adalah komponen penting.

menggunakan model dan senarai sifat/ciri, dan membincangkan kumpulan


sifat mana membentuk syarat-syarat mencukupi dan perlu untuk suatu
bentuk tertentu.

menggunakan bahasa informal, deduktif ("semua," "beberapa," "tiada,"


"jika-maka," "apa berlaku jika," etc.)

menyiasat hubungan tertentu dalam kalangan poligon untuk menentukan


samada sifat bertentangan juga betul (e.g., "jika sebuah sisiempat adalah
segiempat tepat, ia mesti mempunyai 4 sudut tepat; Jika sebuah sisiempat
mempunyai 4 sudut tepat, adakah ia sebuah segiempat tepat?")

menggunakan model dan lukisan (termasuk perisian dinamik geometri)


sebagai alat untuk mencari generalisasi dan contoh lawan.

membentuk dan menguji hipotesis.

menggunakan sifat untuk mendefinisi suatu bentuk atau menentukan jika


bentuk tertentu adalah termasuk di dalam senarai yang diberikan.

Aktiviti 2.1:
1. Van Hieles merupakan pasangan suami-isteri dan pasukan penyelidik
16

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI


Belanda telah mengenalpasti lima tahap pemahaman geometri. Apakah
pengalaman anda dengan pembelajaran geometri di sekolah rendah.?
Bincang pengalaman anda dengan dua atau tiga rakan kursus anda.

2.2

Pembelajaran Geometri mengikut Perspektif Piaget dan Inhelder

Kebolehan ruang adalah satu kebolehan semula jadi seseorang manusia sejak
dilahirkan dan akan berkembang mengikut peningkatan usianya. Berdasarkan
teori pengkonsepan ruang kanak-kanak (Piaget dan Inhelder, 1971), kebolehan
ruang seseorang individu dikatakan akan berkembang melalui tiga peringkat
perkembangan iaitu bermula dengan peringkat topologikal, diikuti dengan
peringkat projektif dan seterusnya ke peringkat peralihan projektif-Euclidean.
Setiap peringkat perkembangan tersebut berada dalam kategori umur tertentu
seperti peringkat topologikal lazimnya ketika seseorang itu berusia antara 3 dan 5
tahun. Namun begitu, kebolehan-kebolehan yang melibatkan perkembangan
mental seseorang individu tidak akan berkembang begitu sahaja, sebaliknya ia
perlu dipupuk dan diasah bagi memastikan kebolehan mereka memanipulasi dan
menggambar objek ruang terus meningkat.
Sebagai permulaan, dunia seorang bayi adalah terhad kepada ruang yang
berdekatan dengannya. Kanak-kanak sentiasa meneroka objek yang berada di
sekeliling mereka dan daripada perkembangan ini akan mula wujud
perkembangan-perkembangan baru seperti berupaya memahami maksud
"dekat", "jauh", "atas", "bawah", "besar", dan sebagainya walaupun sesetengah
kanak-kanak tidak dapat bertutur dengan betul namun mereka dapat memahami
maksud perkataan tersebut.
Konsep-konsep ini adalah relatif kepada dirinya - "saya sampai tapi tak boleh
menyentuhnya, atau, "saya dapat menyentuhnya tetapi tidak muat ke dalam
tangan saya". Apabila kanak-kanak berupaya untuk bergerak ke sana ke mari,
dunianya berkembang dan idea baru tentang ruang seperti 'sini', 'sana', 'dalam,
'luar', sekitar', 'di bawah' dan 'di atas' terbentuk. Lama ke lamaan konsep ruang
dihubungkan dengan bahasa dan dihalusi dan dijelaskan untuk diaplikasi dalam
berbagai situasi.

2.2.1

Konsep asas peringkat topological

Empat konsep asas peringkat topological adalah seperti berikut:

Penghampiran (Proximity) dekatnya suatu objek atau kejadian relatif kepada


objek atau kejadian lain.

Tertib urutan objek atau kejadian (dalam masa) mengikut saiz, warna atau
sifat-sifat yang lain. Contohnya, 3 alat permainan yang digantung pada satu
garis lurus di sepanjang katil bayi membolehkan bayi membiasakan diri
dengannya. Dia akan sedar jika urutan alat permainan tersebut telah ditukar.

Pengasingan kanak-kanak biasanya tidak dapat melihat bahawa objek


adalah terdiri daripada beberapa bahagian. Apabila kanak-kanak melukis
17

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI


manusia, biasanya mereka mewakili anggota badan dengan bulatan, garis
lurus sebagai kaki dan mulut.

Tertutup enclosure lokasi dikenalpasti sebagai dalam, luar, dan antara. Ia


merujuk kepada i) kedudukan suatu titik di antara 2 titik pada suatu garis. 2)
satu titik di dalam lengkungan tertutup pada satu satah, atau 3) satu titik
dalam ruang di dalam rajah 3-D tertutup.

Contoh lain: ikan itu di dalam akuarium, meja itu di antara pintu dan papan putih.
Idea tentang lengkung tertutup juga penting dan membantu untuk menerangkan
mengapa kanak-kanak menganggap bentuk seperti bulat, segiempat dan segitiga
adalah mempunyai bentuk yang sama, khasnya apabila kanak-kanak melukis
sendiri.

2.3 Teori pengkonsepan ruang kanak-kanak (Piaget dan Inhelder, 1971)


Daripada kajian dan pemerhatian, Piaget dan Inhelder mendapati bahawa
perkembangan kognitif kanak-kanak terhadap ruang berbeza dan berubah
melalui empat peringkat iaitu peringkat Sensorimotor (02 tahun), Pra-operasi (2
7 tahun), Operasi konkrit (711 tahun) dan Operasi formal (11 tahun ke dewasa).

2.3.1) Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun)


Bayi memberi perhatian terhadap beberapa ciri asas objek, seperti saiz dan
kontur, mengikut cara topologi. Contohnya, seorang bayi nampak mata ibunya
adalah di dalam bentuk muka. Sebagai permulaan, lokasi objek di dalam ruang
adalah dilihat mempunyai hubungan dengan anggota badan bayi itu sendiri.
Kemudian, apabila bayi mula belajar merangkak, posisi setiap objek di dalam
ruang adalah dirujuk kepada persekitarannya. Contohnya, persepsi pertama
kanak-kanak tentang sebiji bola mungkin Bola boleh dicapai oleh tangan saya.
Dan persepsi seterusnya mungkin saya nampak bola di bawah meja. Mengikut
Piaget dan Inhelder, persepsi tentang persekitaran termasuk juga kejadian,
seperti ibu dan bapa masuk ke bilik atau disusu ibu, tidak hanya terhad kepada
objek saja.
2.3.2) Peringkat Pra-operational (2-7 tahun)
Kanak-kanak mula mewakilkan ciri-ciri ruang melalui lukisan dan model.
Pemikiran topologi adalah terbukti dari hasil lukisan mereka. Contohnya, semasa
seorang kanak-kanak berumur lima tahun melukis seekor itik di bawah langit dan
tanah adalah diwakili oleh objek yang berbeza. Didapati kanak-kanak tidak
18

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI


menunjukkan pemahaman tentang sempadan. Kedua-dua mata itik dilukis pada
sebelah yang sama di kepala. ini kerana bagi kanak-kanak, ciri yang penting ialah
mata adalah di dalam (tertutup di dalam) bentuk kepala (McNally, p.29). Pada
umur ini, kanak belum lagi memiliki jenis pemikiran yang boleh dijelaskan oleh
geometri projektif, yang membolehkannya menggambarkan mata itik pada
sebelah muka itik tersebut.

2.3.3) Peringkat Operasi konkrit (7-12 Tahun)


Semasa kanak-kanak berumur antara 4 hingga 9 tahun, kanak-kanak mula
nampak dan mewakilkan objek dari sudut yang berbeza dan menggabungkan
berbagai idea/perpekstif. Kanak-kanak melihat dunia ini dengan mengaitkan
kedudukan atau ciri objek dengan mengambilkira hubungan menegak dan
mendatar.
Idea ini boleh dikelaskan sebagai tergolong dalam jenis geometri yang dipanggil
Geometri Projektif. Semasa melukis 'anjing bermain bola sepak', oleh kanak 7
tahun, terbukti jenis pemikiran ini wujud. Apabila ditanya mengapa anjing hanya
mempunyai satu mata, kanak- kanak menjawab, "mata satu lagi berada di
sebelah sisi tetapi kita tidak dapat melihatnya. Apabila ditanya mengenai
bilangan kaki yang dilukis bagi setiap anjing, dijelaskan bahawa anjing sebelah
kiri sedang berlari oleh itu kita dapat melihat kakinya, tetapi anjing sebelah kanan
sedang berdiri diam maka dua kakinya terselindung dari pandangan (unjuran
ketiga ialah ekornya!).

19

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI

Kanak-kanak juga mula menggunakan idea yang dikaitkan dengan geometri


Euclidean iaitu membezakan antara garis lurus dan garis lengkung, bentuk
spesifik (seperti segiempat sama dan bulatan), panjang dan bilangan sisi dan
sudut. Konsep pengukuran ini membenarkan kanak-kanak melukis objek-objek
dan bahagian objek secara relatif di dalam lukisannya.
Perkembangan koordinasi antara satah mendatar dan menegak ditunjukkan
dalam urutan lukisan di bawah (McNally pp.45-46). Kanak-kanak berumur antara
empat hingga 10 tahun diminta melukis cecair di dalam jar yang dicondongkan di
atas meja, dan melukis manusia atau pokok pada kaki bukit. Pelukis termuda
jelas menunjukkan pemikiran topologi, iaitu dengan cecair berada di dalam jar,
dan manusia ditutup oleh bukit. Apabila pemikiran kanak-kanak telah matang,
mereka telah dapat memperlihatkan koordinasi antara satah menegak dan
mendatar.

2.2.4 Peringkat Operasi Formal (12-18 tahun)


Pemahaman tentang konsep geometri terus berkembang sehingga mencapai
sistem formal satah geometri yang kompleks.
Keseluruhannya, teori pengkonsepan ruang kanak-kanak Piaget dan Inhelder
(1971) mengemukakan kebolehan ruang seseorang individu dikatakan
berkembang melalui 3 peringkat iaitu peringkat Topologi, peringkat Projektif dan
seterusnya ke peringkat peralihan Projektif-Euclidean.
20

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI

2.4 Model Penyelesaian Masalah Polya

Pakar matematik Hungari, George Polya 1887-1985


Pada tahun 1945, George Polya telah menerbitkan buku How To Solve It yang
telah menjadi sebuah penerbitan tersohor pada ketika itu. Bukunya telah terjual
lebih satu juta naskah dan diterjemahkan dalam 17 bahasa. Dalam buku ini beliau
telah memperkenalkan 4 prinsip dalam penyelesaian masalah matematik.

Prinsip pertama : Memahami Masalah


Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka
tidak memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk
bertanya pelajar soalan-soalan berikut :

Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan


dalam masalah tersebut ?

Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?

Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ?

Bolehkah kamu menggunakan gambar


membantu kamu memahamkan masalah ?

Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?

atau

diagram

yang

boleh

Prinsip kedua : Merangka strategi


Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah.
Kemahiran memilih strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya
pengalaman kita menyelesaikan masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh
membantu ialah:

Cuba jaya
21

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI

membuat senarai yang tersusun

mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan

menggunakan simetri

menimbangkan kes istimewa

menyelesaikan persamaan

melihat pola

melukis gambar

menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

guna model

bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu

guna formula

guna analogi/perbandingan

lakonkan/ujikaji

mempermudahkan masalah

Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi


langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan
pada langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan
kemahiran yang sedia ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke
langkah pertama dan merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa
dalam matematik yang juga digunakan oleh pakar matematik sekalipun.
Prinsip keempat : Menyemak jawapan
Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak
jawapan dan membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan
memantapkan pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang.
Gunakanlah Model Polya untuk menyelesaikan sebarang masalah hari ini.
Contoh:
Dimensi sebuah tangki air adalah 5 m panjang, 4 m lebar dan 6 m tinggi. Cari
ispadu
tangki
air.
Penyelesaian:
22

TOPIK 2: PEMBELAJARAN GEOMETRI


Apa yang diberikan?

Panjang : 5 m
lebar
:4m
tinggi : 6 m

Apa yang diminta?

Isipadu sebuah tangki air

Apa operasi diperlukan?

Pendaraban

Penyelesaian

Isipad
= panjang lebar tinggi
u
=5 m x 4 m x 6 m
= 120 m3.

Untuk semak

Luas tapak

= panjang lebar
=5 m 4 m
= 20 m2

Isipad
= luas tinggi
u
= 20 m2 6 m
= 120 m3.

23

Anda mungkin juga menyukai