Anda di halaman 1dari 3

Laporan Latihan Bebanan

Tarikh

: 4 September 2012

Hari

: Selasa

Masa

: 5.00 hingga 6.30

Tempat

: Blok Akademik ( IPG KAMPUS PULAU PINANG)

Pelajar Guru Bertugas

: Kumpulan 6

Objektif

: 1. Meningkatkan kekuatan otot


2. Meningkatkan daya tahan otot
3. Meningkatkan tahap kelembutan dan kepantasan
4. Meningkatkan kuasa eksplosif

Organisasi

: Pengerusi : Pn. Wan Fazah Binti Wan Ahmad

Ajk

: Kumpulan 6
1. Sarveswary A/P Ramamurthy
2. Gogilavani A/P Mahakrishnan
3. Bairavi A/P Govinda Raju
4. Tan yen Thing

Laporan Latihan Bebanan

Pada 4 september 2012, kumpulan enam permainan badminton (IPG


KAMPUS PULAU PINANG) telah mengadakan Latihan Bebanan di blok Akademik.
Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan otot, daya tahan otot, tahan
kelembutan dan kepantasan serta meningkatkan kuasa eksplosif.
Pada jam 5.00 hingga 6.30 petang, latihan bebanan telah dijalankan di blok
Akademik untuk pelajar-pelajar guru permainan badminton. Sebelum latihan
bermula. Kumpulan yang bertugas memberi penerangan tentang latihan bebanan
dan menjalanlan soal jawab. Selepas itu, latihan bebanan telah dikendalikan oleh
pelajar guru kumpulan enam. Seterusnya , pelajar-pelajar guru dibahagikan kepada
tiga kumpulan. Setiap kumpulan diminta membuat latihan- latihan bebanan yang
disediakan oleh kami.
1. Aktiviti (1)

: Kekuatan otot (Mengambil Berat)

Langkah (i)

: Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti kekuatan otot


yang sesuai.
Contoh Aktiviti : Mengambil Berat

Langkah (ii)

: Setiap ahli kumpulan melakukan aktiviti mengambil berat


dengan satu tangan

Langkah (iii) : Mengambil berat dengan kedua-dua tangan


Pemerhatian yang kami dijalankan menunjukkan bahawa aktiviti kekuatan otot ini
perlu dilakukan untuk mendapat kekuatan, khususnya kekuatan mengambil berat.
Kesimpulannya yang kami boleh dinyatakan apabila aktiviti ini dijalankan
menunjukkan impak yang sangat besar dalam membentuk keyakinan dan kekuatan
mengambil berat. Sedikit-sebanyak
aktiviti ini membentuk keberanian dan
keyakinan yang tinggi, apatah lagi fizikal semakin kuat.
2. Aktiviti (2) : Ketahanan otot / Daya tahan otot
Langkah (i) : Menyenarai dan menyusun aktiviti-aktiviti daya tahan otot yang
Sesuai.
Contoh Aktiviti : menolak dinding dan tekan tubi
Langkah (ii) : melaksanakan aktiviti- aktiviti daya tahan otot dalam bentuk
latihan litar berdasarkan prinsip-prinsip latihan. Setiap ahli
kumpulan menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut dengan masa

Yang ditetapkan.
Melalui pemerhatian kami, aktiviti aktiviti daya tahan otot ini perlu dilaksanakan
seiring dengan kekuatan otot. Dengan adanya daya tahan otot tinggi pemain-pemain
lebih yakin dan dapat bertahan dengan melaksanakan akiviti dalam tempoh yang
lebih lama tanpa lesu otot.
Kesimpulannya,para pelajar guru dapat melibatkan diri dalam aktiviti tersebut
dengan sepenuhnya. Tetapi kekurangan alatan untuk membuat latihan bebanan
para pelajar guru tidak dapat melakukan semua aktiviti. Walaubagaimanapun, aktiviti
diljalankan akan memberi banyak kebaikan kepada pemain- pemain badminton. Ia
merupakan satu latihan yang dapat meningkatkan kekuatan otot bagi pemainpemain badminton. Pada keseluruhannya, aktiviti latihan bebanan dapat dijalankan
dengan selamat dan dapat memberi manfaat kepada semuanya.

Anda mungkin juga menyukai