Anda di halaman 1dari 12

Pendidikan Moral

Tingkatan
4
Unit 5 : Berhemah Tinggi, Tinggi
Hikmahnya.
Nilai : Hemah Tinggi

Definisi Hemah Tinggi


Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
dalam pergaulan seharian.
Kata kunci: Beradab sopan
: Berbudi pekerti mulia

Cabang - cabang dalam Nilai Hemah


Tinggi
Menurut Ghazali Darusalam dalam
bukunya Kursus Tamadun Islam dan
Pendidikan Moral (2001), beliau telah
menyatakan bahawa nilai hemah tinggi
boleh dibahagikan kepada tiga cabang
utama.

Kesopanan.
Kesopanan boleh ditonjolkan melalui:

Bersopan-santun dalam kelakuan


Berbudi pekerti yang tinggi
Tidak angkuh
Tidak menunjuk-nunjuk
Tidak sombong dalam pergaulan dengan
orang lain

Mengakui Kesalahan Diri


Sikap bersedia menyatakan kesilapan dan
kelemahan diri sendiri dapat diperlihatkan
oleh individu yang berhemah tinggi.
Seseorang akan insaf, terus terang dan
mengakui kesalahan apabila dia
mengamalkan nilai hemah tinggi.

Ramah Mesra
Individu yang berhemah tinggi akan
bergaul mesra dan tidak mengasingkan
dirinya.
Mereka boleh mudah diajak berunding,
berbincang dan berbicara, mesra dan
memberi senyuman serta penyabar dan
tidak emosional.

Ciri - Ciri Individu yang Berhemah


Tinggi

Berbudi pekerti mulia dan beradab


Perlakuan yang sopan
Tidak menunjuk-nunjuk
Lemah-lembut
Membantu golongan yang memerlukan
bantuan.
Menjaga nama baik diri, agama,
masyarakat, bangsa dan negara

Contoh Perbuatan yang Berhemah


Tinggi

Rosida tidak sombong dan tidak suka


menunjukkan kelebihan diri kepada orang lain.
Steven senang diajak untuk berbincang dan
menjawab pertanyaan dengan tulus dan ikhlas.
Osman tidak suka menyinggung perasaan rakan
dengan sengaja.
Farouk sentiasa menjaga tingkah laku diri
supaya disenangi oleh orang lain.
Hassan tidak bersikap kasar terhadap orang lain
dan tidak menjatuhkan maruah orang lain.

Berhemah Tinggi Sesama Masyarakat


Individu seharusnya berhemah tinggi
sesama masyarakat supaya:
1. Mendapat layanan yang baik daripada
masyarakat.
2. Melahirkan masyarakat yang baik,
bertanggungjawab dan penuh amanah.
3. Menzahirkan rasa hormat antara satu sama lain.

Berhemah Tinggi Semasa Melancong


ke Luar Negara
Individu seharusnya berhemah tinggi
semasa melancong ke luar negara
kerana:
1.Membawa imej negara.
2.Perbezaan budaya dan peraturan.
3.Berada di rantau orang lain.

Jika belayar ke tanah Aceh,


Singgah dulu di kota Deli ,
Jika hendak orang
mengasih,
Hendaklah baik bicara budi.

Disediakan oleh: Chew Chen Loong Alyx


: Prasanth A/L Muniandy
: Haw Wai Kiat
: Jonathan Khoo Lee Min

Anda mungkin juga menyukai